• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Khutbah Audio 171 – Runtuhkan Jahiliah Julang Izzah Ummah

Runtuhkan Jahiliah Julang Izzah Ummah

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  7-15 surah al-Insyiqaq :

فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ ﴿٧﴾ فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا﴿٨﴾ وَيَنقَلِبُ إِلَىٰ أَهْلِهِ مَسْرُورًا ﴿٩﴾ وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ ﴿١٠﴾ فَسَوْفَ يَدْعُو ثُبُورًا ﴿١١﴾ وَيَصْلَىٰ سَعِيرًا ﴿١٢﴾ إِنَّهُ كَانَ فِي أَهْلِهِ مَسْرُورًا ﴿١٣﴾ إِنَّهُ ظَنَّ أَن لَّن يَحُورَ ﴿١٤﴾ بَلَىٰ إِنَّ رَبَّهُ كَانَ بِهِ بَصِيرًا ﴿١٥

Maksudnya : Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,  Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita. Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang. Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)! Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan) ! (Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!

Setiap kali keluarnya sesuatu keputusan peperiksaan samada peringkat sekolah, university, alam pekerjaan dan sebagainya seperti semalam diumumkan keputusan SPM maka suasana berbeza di antara yang berjaya dengan mereka yang gagal. Ada yang berjaya mencapai sasaran, ada pula yang tersasar. Bagi yang cemerlang maka sedang merancang untuk melangkah ke peringkat lebih tinggi manakala yang tidak cemerlang atau gagal maka cuba mencari pilihan yang lain dalam meneruskan kehidupan. Apa yang paling penting kehidupan dunia adalah alam ujian di mana kita diberi peluang untuk berusaha dalam mencapai cita-cita. Kegagalan dalam peperiksaan bukan pengakhiran kepada peluang untuk berjaya sebaliknya ia antara ujian dalam membina kejayaan pada masa depan bila adanya matlamat, kesabaran dan usaha yang berterusan.

Suasana berjaya dan gagalnya di alam dunia tidak sama dengan keadaan kita di alam barzakh dan akhirat nanti. Gagalnya dalam membawa bekalan pahala terbaik apatah lagi dikotori dengan dosa maksiat yang tidak disuci dengan taubat penyesalan akan menyebabkan kita menderita yang tidak lagi mampu untuk kita beramal soleh semula

Firman Allah dalam ayat 12 surah as-Sajadah :

وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُءُوسِهِمْ عِندَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ ﴿١٢

Maksudnya : Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 17 surah Luqman :

يَا بُنَيَّ أَقِمِ الصَّلَاةَ وَأْمُرْ بِالْمَعْرُوفِ وَانْهَ عَنِ الْمُنكَرِ وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا أَصَابَكَ ۖإِنَّ ذَٰلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ ﴿١٧

Maksudnya : “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.

Menyedari tentang hakikat kehidupan dunia ini penuh ujian dalam menentukan siapa antara kita yang berjaya lahir sebagai hamba Allah yang bertaqwa yang merasai kelazatan dalam ibadat dan gerun pada maksiat atau menjadi manusia derhaka yang benci beramal soleh dan tenggelam dalam najis maksiat. Pilihan berada dalam tangan kita samada memilih jalan bahagia atau derita, kebenaran atau kebatilan. Allah masih panjangkan umur kita bagi memberi peluang untuk kita beramal soleh dan bertaubat atas dosa maksiat. Guna peluang ini sebelum terlepas, ambil kesempatan sebelum ditutup

Terdapat 5 faktor utama yang menyebabkan berlakunya perlanggaran tatasusila agama dan pelbagai gejala sosial di kalangan umat Islam hari ini iaitu: [1] Faktor agama dan peribadi iaitu masyarakat mengalami krisis iman, ibadah, akhlak dan ukhuwah. [2] Faktor keluarga yang tidak memainkan peranannya. [3] Faktor persekitaran sosial yang menggalakkan perlanggaran tatasusila agama. [4] Faktor undang-undang iaitu penguatkuasaan undang-undang yang lemah, dan [5] Faktor media massa yang mempengaruhi pemikiran dan cara hidup.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 85 surah Ali ‘Imran

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٨٥

Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi

Asakan demi asakan daripada musuh Islam terutama dalam merosakkan aqidah dan akhlak umat Islam termasuk melalui pemikiran sekuler yang memisahkan antara urusan dunia daripada agama di mana Mufti Turki Mustofa Sobri menyifatkan sekuler adalah jalan pintas kepada murtad. Agama dan Negara sebagaimana disifatkan oleh Imam al-Ghazali: “Negara dan agama adalah saudara kembar, agama adalah asas sedangkan kuasa adalah penjaga, sesuatu yang tidak memiliki asas akan hancur dan sesuatu yang tidak memiliki penjaga akan hilang”. Bahayanya bila agama dipisahkan daripada Negara :

[1] Segala pertimbangan dibuat hanya berdasarkan kepentingan duniawi semata. Masyarakat dipimpin oleh pemimpin yang tidak mengambilkira ajaran agama, kesejahteraan rohani, dan kebahagiaan ukhrawi. Akhirnya subur pecah amanah, rasuah, bazir harta rakyat, beban cukai kepada rakyat bagi kemewahan pemimpin. Arak dan judi begitu diperlukan dalam menjana ekonomi Negara sehingga diberikan kebebasan [2] Masyarakat tidak memiliki sistem nilai yang teguh untuk memandu masyarakat, akibatnya aqidah dan akhlak masyarakat menjadi rosak. Malah masalah murtad akan bertambah seperti apa yang terbaru apabila 4 individu memohon Mahkamah Sivil di Sarawak untuk membenarkan mereka murtad namun permohonan mereka ditolak dengan alasan bahawa kes murtad adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Namun ia tidak berhenti setakat itu apabila adanya parti politik mendesak Kerajaan Negeri Sarawak meminda akta menyediakan suatu garis panduan atau SOP bagi membenarkan orang murtad. Perkara ini mesti ditentang habis-habisan. Murtad bukan isu kecil sebagaimana dakwaan setengah pihak bahawa dosanya seperti tinggal solat sahaja.

Firman Allah dalam ayat 217 surah al-Baqarah :

وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُوْلَـئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Maksudnya : Sesiapa dari kalangan kamu yang murtad dari agamanya kemudian dia mati dalam kaadaan kafir, maka orang berkenaan amal usahanya yang baik menjadi lupus ; baik di dunia mahu pun di akhirat. Mereka menjadi penduduk neraka yang kekal di dalamnya selama-lamanya

Timbul juga golongan liberal yang menafsirkan Islam tanpa terikat dengan nas al-Quran dan sunnah sebaliknya menjadikan akal sebagai kayu ukur memahami agama. Islam sebenarnya tidak menolak akal dan tidak juga mengagungkan akal. Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya, al-Iqtisad fi al-I‘tiqad antaranya: “Akal itu umpama penglihatan yang sempurna. Al-Quran umpama matahari yang menyinari alam, melalui kedua-duanya seseorang memperoleh hidayah. Seorang yang mengambil satu daripadanya tergolong dalam kalangan yang bodoh. Orang yang menolak akal hanya cukup dengan al-Quran adalah sama dengan mereka yang mendapat cahaya matahari tetapi menutup mata, maka dia tiada bezanya dengan orang buta”.

Bahayanya bila akal tanpa wahyu menyebabkan adanya yang berani bukan sahaja halalkan murtad, budaya songsang LGBT dan sebagainya

[3] Bila agama dipisahkan daripada Negara maka Pemimpin tidak memiliki kawalan dalaman, sehingga kecenderungan untuk berbuat zalim akan lebih besar. Tiada kuasa di atasnya untuk mempertanggungjawabkan segala apa yang dilakukannya. Pemimpin yang tidak takutkan Allah, akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan atau menambahkan kekuasaannya, termasuk dengan menipu rakyat dan memanipulasi undang-undang.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 40 surah al-Hajj :

الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِم بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّـهُ ۗ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّـهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّـهِ كَثِيرًا ۗ وَلَيَنصُرَنَّ اللَّـهُ مَن يَنصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّـهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ﴿٤٠

Maksudnya : Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah”. Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;

Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia, di rumah Allah yang mulia maka marilah kita sama-sama doakan keselamatan kepada saudara segama yang sedang dibunuh di Palestin, Syria, Iraq, Yaman, Filiphina, Myanmar dan selainnya. Bagi yang berkemampuan hulurkan bantuan melalui badan bantuan yang berkenaan. Adakah subur iman kita jika saudara seagama meraung kesakitan sedangkan kita melaung keseronokan, adakah kita boleh rehat kekenyangan sedangkan saudara seagama sedang menggelupur kelaparan, adakah kita boleh tidur nyenyak ketika musuh sedang melanyak tubuh saudara seagama, adakah air mata kita dibazirkan untuk menangis ditipu filem tv daripada sedih memikirkan penderitaan saudara seagama yang dibom, adakah kita tersenyum girang melihat mahligai indah sedangkan rumah saudara seagama sedang ranap menyembah tanah, adakah kita bergembira melihat tanah kebun yang subur ketika sejengkal demi sejengkal tanah saudara seagama dirampas oleh musuh yang mengganas. Tepuklah dada tanyalah iman

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Audio 170 – Sistem Khilafah DiJulang Murtad DiHalang

Sistem Khilafah Islam DiJulang Murtad DiHalang

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ! الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  120 surah al-Baqarah :

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ ۗ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّـهِ هُوَ الْهُدَىٰ ۗ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ ۙ مَا لَكَ مِنَ اللَّـهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ ﴿١٢٠

Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Tanggal 3 Mac 1924M bersamaan 27 Rejab 1342H merupakan tarikh hitam dalam sejarah Islam dengan berakhirnya Khilafah Uthmaniyyah, Turki yang menaungi umat Islam selama ini. Kini 94 tahun ia berlalu samada kita ambil peduli atau pun tidak menghiraukannya. Antara faktor luaran kejatuhan khilafah Islam terakhir ini ialah sikap Yahudi zionis dari dulu sampai sekarang memainkan peranan sangat konsisten dalam melemahkan umat Islam. Sebelum kejatuhan Khilafah Uthmaniah, Yahudi dan sekutunya telah menjatuh dan menghancurkan satu persatu Negara –negara Islam sejak kurun ke 16 lagi dengan dasar pecah perintah dengan tiupan api assobiyyah perkauman sempit untuk memisahkan diri daripada berada bawah naungan Khilafah Uthmaniah termasuk Revolusi Negara Arab dengan laungan Khilafah Uthmaniah untuk Turki bukan untuk orang Arab. Negara umat Islam telah dirosakkan struktur bernegara mereka dan dirosakkan juga pemikiran umat Islam . Episod ini hampir ke kemuncak apabila berlaku persidangan Yahudi Antarabangsa pada 1897 untuk merampas Palestin namun batu penghalangnya ialah Kerajaan Uthmaniah terutamanya Sultan Abdul Hamid II. Pada mulanya yahudi meminta untuk diberikan secara percuma bumi Palestin untuk menjadi Negara yahudi namun ditolak. Akhirnya setelah ditubuh Kesatuan Zionis Sedunia maka sekali lagi yahudi menemui Sultan Abdul Hamid II dengan cara mahu membayar sebanyak 150 juta pound sterling emas disamping melangsai hutang Khilafah Uthamniah namun tetap ditolak dengan katanya: “Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menyerah walau sejengkal bumi Palestin yang merupakan tanah wakaf milik seluruh umat Islam”.

Akhirnya yahudi dengan bantuan Mustafa Kamal Atartuk telah berpakat menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II dan menaikkan boneka Sultan Abdul Majid untuk memudahkan laluan penjajahan Palestin. Mustafa Kamal Atartuk sendiri naik menjadi Presiden Turki dan telah melakukan banyak reformasi dan antara yang terbesar ialah mengisytihar Turki sebagai Negara sekuler. Bermula detik hitam ini, dunia Islam bagaikan anak ayam kehilangan ibu dalam mencari-cari suatu pemerintahan yang dapat menyatukan semula seluruh umat Islam di bawah satu payung Khilafah dengan system Islam agar penindasan demi penindasan daripada musuh Islam dapat disekat. Malah penjajahan bumi Palestin sehingga hari ini terus berlaku di mana kebangkitan demi kebangkitan saudara seagama di bumi Palestin berdepan dengan senjata zionis Yahudi yang begitu memerlukan bantuan dan perhatian kita bersama dari setiap segi termasuk doa dan harta

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Anfaal :

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ فَسَيُنفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ ۗ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ ﴿٣٦

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.

Kejatuhan Khilafah Islamiyyah, secara keseluruhan memberi kesan yang amat mendalam bagi umat Islam dari pelbagai aspek antaranya :

[1] Hilangnya Identiti Umat Islam akibat hilangnya sistem khilafah. Umat islam menjadi lemah sehingga mudah dijajah satu persatu dan diperkotak-kotikkan serta ditindas kerana tiada ada suatu pemerintah yang adil lagi bijak yang menaunginya. Umat Islam lebih mementingkan bangsa dan Negara masing-masing berbanding agama sehingga penderitaan saudara seagama di Palestin, Syria dan selainnya bagaikan tiada pembela

[2] Agama  di mana Mustafa Kemal Atartuk memerintahkan penterjemahan Al-Quran ke dalam bahasa Turki, sehingga hilang makna-makna dan cita rasa bahasanya. Umat Islam dipaksa membaca Al-Quran dengan bahasa Turki bukan dengan bahasa arab. Hari cuti Jumaat diganti kepada Ahad mengikut orang Kristian.  Kalendar Barat menggantikan Kalendar Hijrah. Kaum muslimin dipaksa menyerukan azan dengan bahasa Turki.

[3] Sosial di mana Umat islam dilarang memakai kopiah dan menggantikannya dengan topi

Pelarangan tudung bagi wanita juga dilakukan di sekolah, university, pejabat. Larangan poligami dan menggalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan

[4] Undang-undang di mana Al-Quran tidak lagi dijadikan dasar utama dalam penyelenggaraan negara dan pembentukan undang-undang. Undang-undang Allah SWT dianggap kuno dan ketinggalan zaman. Undang-undang Syariah digantikan dengan undang-undang Sivil yang berdasarkan sekularisme

[5] Pendidikan di mana kebanyakan sekolah agama diganti dengan sekolah sekuler, yang menerapkan sistem pendidikan sekular sebagai dasar sistem pendidikan negara. Sistem yang bertujuan memisahkan Islam dari kehidupan dunia. Memperbanyakkan program hiburan dan pelbagai bentuk maksiat yang meninggalkan syariat Islam

[6] Ekonomi di mana Ekonomi Islam dihapus dan diganti dengan sistem ekonomi barat seperti Kapitalis, Sosialis, atau globalisasi ekonomi dan sebagainya. Bank-bank riba bebas bergerak  dalam negara negara Islam.  Arak dan judi dijual secara bebas dan dijadikan sumber utama negara tanpa melihat kesan negatifnya dalam masyarakat.

[7] Bahasa dengan mengganti bahasa Arab dan bahasa Turki dengan huruf Latin.Dengan cara tersebut, bangsa Turki dipisahkan secara total dari agama dan warisan mereka.  Pengajaran bahasa arab dan bahasa Turki dihapuskan serta penggunaan bahasa arab dalam penulisan dan komunikasi diharamkan. Kini di Malaysia pernah merasai bila tulisan jawi dihapuskan sehingga lahirnya rakyat yang buta al-Quran dan agama

[8] Pemikiran Umat Islam mulai ditanamkan pemikiran sekulerisme yang meyakini bahwa kemajuan hanya dapat dicapai dengan mengikut cara barat dengan meninggalkan agama. Menghilangkan keyakinan bahawa Kekuatan umat Islam yang sebenarnya adalah Khilafah Islamiyyah yang dianggap oleh Barat sebagai kekuatan ancaman yang dapat menyatukan umat Islam di bawah pemerintahan yang satu

Hampir 100 tahun hilangnya system khilafah di mana hampir semua yang dilaksana oleh Mustafa Kamal dalam memastikan system Islam tidak lagi dilaksana dan diperkasakan turut dibuat di Negara umat Islam yang lain termasuk Negara kita. Oleh itu bangkitlah kita sebagai umat Islam yang bermaruah untuk mengembalikan system Islam dengan meruntuhkan system jahiliah yang ada demi mencapai kebahagian hidup dunia akhirat

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 217 surah al-Baqarah :

وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُوْلَـئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Maksudnya : Sesiapa dari kalangan kamu yang murtad dari agamanya kemudian dia mati dalam kaadaan kafir, maka orang berkenaan amal usahanya yang baik menjadi lupus ; baik di dunia mahu pun di akhirat. Mereka menjadi penduduk neraka yang kekal di dalamnya selama-lamanya

2 minggu lepas Negara sekali lagi dipanaskan dengan isu murtad apabila 4 individu memohon Mahkamah Sivil di Sarawak untuk membenarkan mereka murtad namun permohonan mereka ditolak dengan alasan bahawa kes murtad adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Namun ia tidak berhenti setakat itu apabila adanya parti politik mendesak Kerajaan Negeri Sarawak meminda akta menyediakan suatu garis panduan atau SOP bagi kes-kes murtad. Perkara ini mesti tentang habis-habisan. Dalam Islam, bila seseorang itu masuk Islam, dia mesti faham sebelum dia masuk Islam lagi bahawa agama ini bukan macam pakaian boleh pecat, boleh cabut dengan mudah. Islam ada ikatan 2 kalimah syahadah yang merupakan perjanjian seseorang dengan Allah. Sekiranya seseorang itu mungkir perjanjian dengan manusia, dianggap satu kesalahan yang sangat besar. Di sini Islam meletakkan bahawa mereka yang masuk Islam kemudian murtad, mungkir janji dengan Allah, khianat terhadap Allah. Ikatan agama dalam Islam yang kita tak boleh sama dengan agama lain. Dengan sebab itu maka Islam memberi penegasan yang sekuat-kuatnya kepada mereka yang masuk Islam tidak mudah untuk murtad, mesti dipujuk. Apa lagi bila Islam itu dikaitkan dengan negara. Maka mereka yang murtad itu dianggap bukan sahaja pengkhianat terhadap agama, pengkhianat terhadap negara dan umat yang dominan di dalam negara itu. Di sinilah maka penegasan kita dalam berpegang dengan agama Islam. Kita tak paksa orang bukan Islam masuk Islam. Tetapi seorang yang bukan Islam nak masuk Islam dia mesti faham, dia mesti tahu bila sudah masuk Islam tak boleh dirungkai dengan mudah. Di sana banyak ayat-ayat Quran yang menegaskan bahawa Islam mesti ditinggikan dalam negara itu

Oleh itu dalam menangani masalah murtad maka perlu kesungguhan pemimpin dalam memperkasakan Mahkamah Syariah termasuk pindaan RUU355, perlu kesungguhan majlis agama Islam negeri, NGO, system pendidikan dalam memahamkan tentang Islam dan bahayanya murtad. Perangi fahaman sekuler, plurel dan liberal daripada merasuk pemikiran umat Islam agar tidak lagi wujud umat Islam sendiri yang menganggap isu murtad sebagai isu biasa. Golongan anti Islam terus memperjuangkan agar murtad dihalalkan begitu juga budaya hidup songsang. Kita begitu bimbang dengan suatu pendedahan data oleh Unit HIV/AIDS, Kawalan Penyakit Berjangkit dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling terhadap sebuah unversiti awam (UA) sangat mengejutkan. Dilaporkan terdapat 15 kes HIV/AIDS untuk universiti awam terbabit pada tahun 2017 yang daripada keseluruhan kes itu, 13 kes membabitkan pelaku homoseksual; pelaku biseksual (satu) dan pelaku heteroseksual (satu), manakala terdapat satu kes kematian berpunca dari AIDS. Di universiti yang sama juga, sehingga Februari tahun ini pula, terdapat 3 kes HIV, manakala kes jangkitan penyakit kelamin (STD) juga dilaporkan semakin meningkat. Masyarakat Islam wajib melihat perkara ini dengan serius kerana terdapat larangan jelas dari Al-Quran dan Sunnah terhadap perbuatan zina, hubungan seks sesama sejenis seperti yang sering disebut sebagai lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat

Firman Allah dalam ayat 85 surah Ali ‘Imran

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ ﴿٨٥

Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ