• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3






  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,756,384 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 9,991 other followers

Islam DiHayati Kebahagiaan Hidup DiNikmati


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 97 surah an-Nahlu :

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً ۖ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿٩٧

Maksudnya : Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.

Setiap diri kita merindukan kehidupan yang baik dan bahagia. Tiada siapa yang memilih untuk hidup derita dan sengsara. Cuma kekaburan tentang erti sebenar kehidupan baik atau bahagia sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam yang menyebabkan ramai yang mengaku bahagia berdasarkan pandangan zahir sahaja iaitu banyak harta, tinggi pangkat, ramai pengikut, sihat tubuh badan, ramai anak dan kejayaan meraih nikmat duniawi yang lain semata-mata.

Ibnu Abbas RH, Sa’id bin Jubair, Ad-Dhahak, Atha’ bin Abi Rabah RHM ketika menafsirkan makna  حَيَاةً طَيِّبَةً  iaitu “kehidupan yang baik” dalam ayat 97  surah an-Nahlu adalah “rezeki yang baik dan halal di dunia”.

Ibnu Abbas RH juga menafsirkannya dengan As-sa’adah(kebahagiaan)

Sayyidina Ali Bin Abi Tholib RH, Al-Hasan Al-Basri, Ikrimah, Za’id bin Wahhab, Wahhab bin Munabbih RHM menafsirkannya dengan Al-Qona’ah (kecukupan).

Abu Bakar Al Waraq RHM menafsirkannya dengan “lazatnya dalam melakukan ibadat ketaatan”

Abdurrahman bin Nashr As-Sa’di RHM menafsirkannya dengan “ketenangan jiwa dan hati serta tidak terpengaruh dengan adanya yang
mengganggu ketenangan hatinya, sehingga Allah memberikan rezeki yang baik dan halal kepadanya dari jalan yang tidak disangka-sangka”.

Ibnu Katsir RHM berkata : “kehidupan yang baik mencakupi seluruh bentuk kelapangan dari segala sisi”

Yang lainnya menafsirkannya dengan “kehidupan yang baik di akhirat berupa Syurga”. Ada juga menafsirkan dengan “Kehidupan yang baik di alam kubur” . Begitu juga penafsiran dengan kehidupan hati, nikmat dan kegembiraan hati kerana iman kepada Allah SWT, mengenal-Nya, mencintai-Nya, bertaubat dan bertawakkal kepada-Nya. Sesungguhnya tidak ada kehidupan yang lebih baik daripada kehidupan hati yang seperti itu, dan tidak ada kenikmatan yang lebih baik daripada kenikmatan hati itu kecuali nikmat Syurga

Kesimpulannya, makna “kehidupan yang baik” adalah meliputi semua yang tersebut sebagaimana yang difahami daripada suatu hadis Abdullah bin Amr bin Al-Ash RH di mana Rasulullah s.a.w bersabda :

قَدْ أَفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ وَرُزِقَ كَفَافًا وَقَنَّعَهُ اللَّهُ بِمَا آتَاهُ – رواه مسلم وأحمد

Maksudnya : Sungguh beruntunglah orang masuk ke dalam Islam, diberi rezeki yang cukup, dan merasa cukup dengan apa yang Allah berikan kepadanya.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 7 surah Ibrahim :

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ ﴿٧

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”

Menyedari tentang betapa pentingnya untuk memiliki kehidupan yang baik berteraskan Islam maka kita wajib berusaha untuk mencapainya antaranya :

[1] Beriman dan beramal soleh sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Asr :

وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣

Maksudnya : Demi Masa!  Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

 

[2] Mensyukuri nikmat dan merasa cukup atas segala kurniaan Allah. Hakikat daripada syukur nikmat adalah mengenali nikmat dan pemberi nikmat, mengakui dan tidak mengingkarinya, tunduk, cinta dan redha kepada Allah Pemberi nikmat atas nikmat-nikmat tersebut, serta mempergunakan segala nikmat untuk taat dan pada apa-apa yang dicintai dan diredhai oleh Allah.

Antara cara untuk kita merasa nikmat yang kita ada jauh lebih baik daripada orang yang kurang bernasib baik daripada kita

انْظُرُوا إِلَى مَنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ – متفق عليه

Maksudnya : Lihatlah kamu kepada orang yang darjatnya lebih rendah dari kalian, dan jangan melihat kepada yang lebih di atas kalian, kerana yang demikian itu lebih baik, dan agar kalian tidak meremehkan nikmat Allah yang dikurniakan kepada-Mu

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 114-115 surah Huud :

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِّنَ اللَّيْلِ ۚ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ ﴿١١٤﴾ وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّـهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ ﴿١١٥

Maksudnya : Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.  Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan

Bagi mencapaikan kebahagiaan hidup juga kita mesti memiliki sifat yang ke-[3] Bersabar dalam melakukan ketaatan, meninggalkan maksiat serta menghadapi takdir Allah. As-Sa’adi RHM mengatakan Sabar terhadap takdir Allah yang menyakitkan, jangan marah. Sabar dari maksiat kepada-Nya, jangan dilakukan. Sabar dalam menta’ati-Nya, sehingga melaksanakan keta’atan kepada-Nya. Allah menjanjikan bagi orang-orang yang bersabar dengan pahala yang tidak terhitung, yakni tanpa batas, tanpa hitungan dan tanpa ukuran. Yang demikian itu disebabkan kerana keutamaan serta kedudukan sabar di sisi Allah, dan ini jelas pada setiap perkara

[4] Memohon ampunan ketika melakukan dosa serta bertaubat.

Firman Allah dalam ayat 110 surah an-Nisaa’:

 

وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا

Maksudnya : Dan Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

As-Sa’adi RHM  mengatakan : “iaitu sesiapa yang berani melakukan maksiat, tenggelam dalam dosa, lalu dia memohon ampun kepada Allah dengan sungguh-sungguh, mengakui dan menyesal atas dosa tersebut, kemudian meninggalkannya serta bertekad untuk tidak melakukannya, inilah yang dijanjikan oleh Allah Tuhan yang tidak pernah mengingkari janji dengan pengampunan dan rahmat”.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 124 surah Taha :

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ﴿١٢٤

Maksudnya : Dan sesiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari qiamat dalam keadaan buta

Ibnu Katsir dalam tafsirnya menjelaskan bahwa kehidupan yang sempit itu adalah kehidupan yang tidak ada ketenangan di dalamnya dan tidak ada kelapangan dada, bahkan dadanya selalu merasa sempit dan sesak meskipun secara zahirnya dia kelihatan dipenuhi kesenangan hidup, mampu memakai pakaian mahal dan makan apa saja serta tinggal dimana dia mahu. Selama dia belum sampai kepada keyakinan dan petunjuk Allah SWT. maka hatinya akan selalu resah, bimbang dan ragu yang merupakan bentuk kesempitan hidup.

Pastikan kehidupan kita tidak tersasar daripada Islam agar bahagia tidak derita dunia akhirat. Kita begitu sedih apabila ada orang Islam sendiri marah kepada kapten kapal terbang sebuah syarikat penerbangan dari Perth ke Kuala Lumpur yang meminta penumpang membaca doa agar kapal terbang yang mengalami masalah teknikal baru-baru ini selamat atas alasan ia masalah teknikal sahaja, tiada kaitan dengan Tuhan. Begitu juga kenyataan bekas Ketua Pegawai Operasi Malay Mail yang menggesa agar lebih ramai wanita memberanikan diri untuk menanggalkan hijab dengan seruan : mencuba menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik dengan menggesa wanita untuk menanggalkan tudung mereka dan menjadikan rambut yang bebas tanpa hijab kembali hebat. Seruan ini jelas melampaui batas seorang muslim.

Malah suara sumbang dalam mempertikaikan suatu keputusan terbaru Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan antaranya hukum sebat pesalah di tempat terbuka yang diwartakan yang dianggap tidak bertamadun dan pelbagai kata nista yang lain. Sedangkan jika diperhalusi dan mengkaji undang-undang dan pelaksanaan Islam bukannya bersifat menzalimi manusia, tetapi lebih kepada mendidik pesalah dan orang ramai. Tidak timbul ia mengaibkan pesalah dan menjadi bahan hiburan atau tontotan awam, kerana jika ia benar-benar dilaksanakan bakal membuatkan orang lebih gerun melakukannya. Jika kesalahan sebat dianggap mengaibkan, maka adakah pesalah rela diaibkan di khalayak ramai dengan sengaja mahu melakukan jenayah itu jika sedar kesan dan akibatnya? Justeru, Islam mengutamakan pendidikan daripada hukuman, dan dengan sebat di khalayak ini ia sebagai pendidikan paling ampuh agar tidak ada manusia bercita-cita mahu melakukan jenayah

Apabila orang Islam sendiri tanpa rasa malu dan bersalah untuk menghina Islam maka tidak pelik orang bukan Islam berani hina Islam. Antara isu terbaru apabila ada daging kambing import dicampur dengan daging babi dirampas dan banyak lagi terlepas untuk beredar di pasaran. Berhatilah kita agar selamat daripada perkara haram bukan sahaja pada makan minum malah pada semua perkara

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat 114 surah al-Baqarah

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ مَنَعَ مَسَاجِدَ اللَّهِ أَنْ يُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ وَسَعَىٰ فِي خَرَابِهَا ۚ أُولَٰئِكَ مَا كَانَ لَهُمْ أَنْ يَدْخُلُوهَا إِلَّا خَائِفِينَ ۚ لَهُمْ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

Maksudnya : “Dan siapakah yang lebih zalim daripada sesiapa yang menghalang daripada menggunakan masjid-masjid Allah untuk (solat dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah. Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.”

Sempena pada hari Jumaat yang mulia, masjid yang mulia maka seluruh umat Islam bermaruah mengutuk tindakan zionuis Yahudi yang tidak membenarkan solat Jumaat di Masjid Aqsa buat pertama kali semenjak tahun 1969 bermula Jumaat lepas. Tindakan tidak bertamadun ini sebagai tambahan kepada kezaliman dan penindasan yang sedia ada terhadap bumi Palestin dan batang tubuh saudara segama di sana. Kita terus bersama saudara segama dalam mempertahankan al-Aqsa. Biar bermandi darah namun pejuang Islam tidak akan menyerah kalah. Biar nyawa melayang namun bumi Palestin tetap kita pertahankan. Marilah sama-sama berdoa agar bumi Palestin dapat dibebaskan dan kezaliman zionis Yahudi dapat dihalang. Semoga Allah mendatangkan bantuan dalam memerdekakan bumi berkat ini. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

 

Advertisements

Satu Respons

  1. Mekaseh Ustaz. Jazakallohu khoiron kathira..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: