• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Kem Cuti sekolah 2015 di Pondok Bukit Marak

Pondok al-Munawwarah, Bukit Marak

Alamat penuh : Kompleks Surau al-Munawwarah,

Lot No 195, Kg Padang Lati, 16070 Jelawat, Bachok, Kelantan

( 30 orang Muslimin Umur 12 – 17  Tahun )

Tarikh  : 6 – 19 Disember 2015

Pengisian

  • Pengajian kitab pilihan
  • Tazkirah dan ceramah motivasi
  • Kursus jenazah lengkap
  • Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
  • Hafalan surah-surah pilihan
  • Tadarrus al-Quran
  • Latihan amali fardhu ‘Ain

Yuran RM 250 (penginapan/makan minum/bahan kursus)

Keperluan Yang perlu dibawa

Fotostat kad pengenalan dan gambar berukuran passport

Pakaian harian  & pakaian solat (paling kurang sehelai jubah dan serban), bantal , selimut,  tilam@toto , alat tulis

Cara Daftar

Tempah melalui sms/wtsap

Taip nama <>umur<>sesi dan hantar kepada

Us Shairazi 0199388902

Blog : epondok.wordpress.com

Web : http://www.al-bakriah.com.my

Khutbah Audio 118 – Islam Jamin Kesejahteraan Menentang Keganasan

Islam Jamin Kesejahteraan Menentang Keganasan

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 54-56 surah al-Maidah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّـهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّـهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٥٤﴾ إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّـهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ ﴿٥٥﴾ وَمَن يَتَوَلَّ اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّـهِ هُمُ الْغَالِبُونَ ﴿٥٦

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.  Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).  Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.

Kini kita berada di bulan Sofar yang turut mencatatkan beberapa peristiwa besar dalam catatan sejarah Islam antaranya pada bulan Sofar tahun 656 Hijrah, tentera Tartar Monggol yang berasal dari hujung negara China yang diketuai oleh Halagu telah datang menyerang Kota Baghdad dan menghancurkannya sehingga jatuhnya Kerajaan Abbasiyah setelah 5 kurun memerintah berpusat di Baghdad yang ketika itu diperintah oleh al-Musta’sim. Kejatuhan Baghdad di tangan Tartar telah menyaksikan jutaan rakyat terbunuh sehingga Baghdad menjadi kolam darah dan bau mayat hanya hilang selepas 4 tahun. Banyak kitab-kitab ulama’ Islam di buang sehingga air Sungai Furat dan Dajlah menjadi hitam dengan dakwat kitab.  Namun kejatuhan Baghdad bukan penamat kepada perkembangan dan kebangkitan Islam kerana selepas itu Tartar dapat di tewaskan dalam peperangan ‘Ain Jalut malah ramai di kalangan pemimpin Tartar sendiri akhirnya memilih Islam sebagai cara hidup. Jarang berlaku dalam sejarah dunia penjajah memeluk agama rakyat yang dijajah kerana kebiasaannya penjajah akan mengubah cara berpakaian, cara hidup, cara berfikir hatta bahasa rakyat yang dijajah kepada memuja dan mendewakan penjajah. Tetapi dengan wujudnya umat Islam yang istiqamah berpegang teguh dengan ajaran Islam menyebabkan bukan sahaja Islam gagal dihancurkan di Baghdad malah kaum Tartar yang datang menjajah berjaya diIslamkan. Di antara ciri umat yang Istiqamah yang teguh dalam memperjuang dan mempertahankan Islam yang wajib dimiliki oleh umat kemenangan ialah [1] Mencintai Allah [2] Allah mencintai mereka [3] Lemah lembut kepada saudara seagama [4] Bertegas terhadap orang kafir [5] Bersungguh-sungguh berjuang pada jalan Allah [6] Tidak takut pada celaan manusia dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 174-175 surah an-Nisaa’ :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَكُم بُرْهَانٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَأَنزَلْنَا إِلَيْكُمْ نُورًا مُّبِينًا ﴿١٧٤﴾ فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّـهِ وَاعْتَصَمُوا بِهِ فَسَيُدْخِلُهُمْ فِي رَحْمَةٍ مِّنْهُ وَفَضْلٍ وَيَهْدِيهِمْ إِلَيْهِ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا ﴿١٧٥

Maksudnya : Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak). Oleh itu, orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada (ajaran Al-Quran) ini, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya (yang khas iaitu Syurga) dan limpah kurniaNya (yang tidak terkira), dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (jalan ugama Islam), yang membawa kepadaNya

Islam merupakan agama yang membawa rahmat kepada sekalian alam di mana kebanyakan ulama’ tafsir dalam menyatakan maksud rahmat Islam ialah untuk setiap manusia hatta orang kafir iaitu dengan dijauhkan daripada dihancurkan sebagaimana umat dahulu bila mereka tunduk kepada system Islam. Antara aspek-aspek kejayaan dan kecemerlangan yang dikehendaki oleh Islam ialah meliputi pelbagai bidang kehidupan antaranya :

[1] Di bidang ekonomi, kejayaan dan kecemerlangan boleh dicapai
melalui garis panduan yang ditentukan oleh syariat Islam iaitu Islam tidak melarang umatnya memiliki harta jika didapati daripada sumber yang halal dan menunaikan tanggungjawab yang diperintahkan oleh AllahIslam memelihara semua kepentingan dengan undang-undang dan peraturan yang diperlukan dalam berbagai perkara seperti jual beli, hutang-piutang, perdagangan dan perusahaan. Harta kekayaan adalah milik Allah di mana manusia harus memanfaatkan harta tersebut dengan sewajarnya. Untuk menjamin kekayaan diagihkan dengan adil, umat Islam diwajibkan supaya menjadi pengurus, pentadbir dan pemerintah yang bertanggungjawab. Ekonomi yang mantap dan terkawal dapat mengelakkan kemiskinan, dapat menyempurnakan kelima-lima rukun Islam, serta meraih banyak pahala daripada infak iaitu membelanjakan harta ke jalan Allah, sedekah dan wakaf dan menggunakan harta untuk perkara-perkara yang berfaedah. Suatu yang sedih bila pemotongan RM1.4 bilion peruntukan untuk pengajian tinggi dalam Belanjawan Negara 2016 sedangkan dalam masa yang sama menambah  RM1 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri yang dibimbangi bukan sahaja mengurangkan jumlah kemasukan pelajar ke universiti awam malah banyak membantut proses dalam melahirkan generasi berilmu. Alangkah moleknya jika derma sebanyak RM2.6 bilion dapat menampung peruntukan untuk pendidikan. Betapa malangnya bila pemimpin hanya berbangga dengan kutipan cukai GST yang tinggi sedangkan pengaliran untuk bantuan rakyat semakin kurang.

[2] Untuk mencapai kejayaan di bidang politik pula Islam menggariskan pula perkara-perkara yang berikut iaitu Umat Islam hendaklah memilih orang yang benar-benar berkelayakan untuk menjadi pemimpin, imam atau sebagainya mengikut dasar-dasar yang telah ditentukan oleh al Quran dan as-Sunnah. Pemimpin bertanggungjawab memastikan syariat Allah dijalankan dalam negara yang dipimpin serta syariat Islam terlaksana dengan sempurna. Pemimpin bertanggungjawab terhadap keamanan dan keselamatan negara untuk menjamin keadilan dan hak rakyat ditadbir dengan sebaik-baiknya. Adalah suatu yang malang bila perundangan Islam gagal dimartabatkan sehingga masalah jenayah semakin meningkat dan keselamatan semakin tergugat

[3] Di bidang sosial pula, perhubungan hendaklah menurut peraturan pergaulan yang disyariatkan Allah s.w.t. iaitu Manusia dilarang bergaul menurut kehendak hawa nafsu kerana ini akan merosakkan kehidupan dan menjadikan hidup seperti haiwan. Islam menggalakkan semua orang hidup dengan bekerjasama dan tolong-menolong. Kebebasan beragama yang diberikan oleh Islam kepada seluruh manusia adalah bertujuan mencapai keharmonian dan ketenteraman dalam hidup. Islam menganjurkan persaudaraan bagi seluruh manusia tanpa mengira kedudukan, harta dan rupa. Pelaksanaan keadilan bagi semua manusia mestilah dilakukan bagi membina keamanan. Setiap orang bertanggungjawab menjaga keharmonian antara kaum dengan mengamalkan sifat hormat-menghormati antara satu sama lain. Amat malang bila api perkauman dinyalakan yang membawa kepada kerosakan dan perbalahan

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Kahfi :

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ‌ عِندَ رَ‌بِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ‌ أَمَلًا

Maksudnya : Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

Syeikh Muhammad Ali as-Sobuni dalam kitab tafsirnya, Sofwah at-Tafasir mencatatkan  ciri-ciri kebahagiaan di dunia dan akhirat seperti yang terkandung di dalam al-Quran adalah kebahagiaan yang meliputi :

[1] Memperolehi kesihatan fizikal dan mental [2] Memiliki ilmu yang memberikan manfaat. [3] Melakukan perbuatan amal yang soleh. [4] Ikhlas dalam beramal ibadah. [5] Mendapat keredaan Allah [6] Disenangi oleh masyarakatnya. [7] Merasa puas dan cukup dengan harta yang ada. [8] Rumah tangga yang aman dan tenteram, mendapat isteri yang solehah dan anak-anak yang soleh. [9] Mendapat keselamatan daripada siksaan di dalam kubur. [10] Menempuhi penghitungan amalan yang mudah di hari akhirat kelak. [11] Dipersilakan masuk ke syurga dengan penuh nikmat kesenangan dan mendapat kepuasan yang abadi.

Semoga Allah menganugerahkan segala kebaikan tersebut dengan syarat kita bersungguh dalam melaksanakan kewajipan agama dan menjauhi segala larangan

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 8 surah al-Mumtahinah :

لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّـهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ ﴿٨

Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Menjadi kewajipan kita bersama dalam menyerlahkan kehebatan dan keadilan Islam untuk mengamalkan segala ajaran Islam dalam kehidupan termasuk adab dan hak terhadap orang bukan Islam. Islam melarang segala bentuk keganasan yang jelas mencabuli prinsip kemanusiaan dan keamanan sejagat. Merujuk kepada peristiwa  serangan di Paris yang menggemparkan dunia pada 13 November, sehingga meragut 129 nyawa dan mencederakan 352 orang yang lain.  Cuma yang kita sedih bila Islam dikaitkan dengan kejadian tersebut ketika kita semua maklum pada Paris antara kotaraya yang mempunyai jumlah umat Islam yang paling tinggi di Eropah. Kita tidak mahu ia menjadi suatu lagi perancangan musuh dalam menakutkan rakyat Eropah berkenaan Islam. Dalam membicarakan tragedy Paris maka dunia sepatutnya tidak digelapkan daripada  tragedi di Lubnan, sehari sebelum kejadian di Paris di mana kawasan awam di Selatan Beirut dibom dan mengorbankan 41 orang dan mencederakan 200 yang lain. Begitu juga kegasanan  penjajah Israel terhadap rakyat Palestin di mana hampir 2 bulan kebangkitan baru rakyat Palestin  menyaksikan 1,700 warga Paletin dipenjara dan 546 kanak-kanak turut menjadi mangsa tahanan dan ratusan yang gugur syahid. Malah zionis yahudi bertindak kejam menyerang hospital. Malang sekali, keganasan di Palestin ini direstui dan didanai Amerika Syarikat (AS).

Keprihatinan kita juga dizahirkan terhadap pergolakan berdarah di Syria yang masih belum reda sampai masuk tahun ke-4 kini. Keadaan bertambah parah dengan campur tangan Russia dalam pergolakan ini. Selain itu, isu pelarian Rohingya juga menjadi kepedulian kita bersama. Yakinlah kita bila ikatan hati umat Islam dengan Allah kuat, ikatan persaudaraan atas dasar Islam bertambah erat maka janji kemenangan daripada Allah semakin dekat . Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbat Audio 117 – Islam DiPerkasa Negara Sentosa Umat Sejahtera

Islam Perkasa Negara Sejahtera Umat Sentosa

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 1-2 surah al-Mulk :

تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١﴾ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Maksudnya : Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Kita baru sebulan memasuki tahun baru 1437H di mana penggunaan taqwim hijrah yang begitu terbatas dalam kehidupan harian akibat penjajahan menyebabkan suasana penghayatan Taqwim Hijrah begitu kurang sehingga ada di kalangan umat Islam sendiri tidak sedar dengan kedatangan tahun baru hijrah berbanding kedatangan tahun Masihi. Akhirnya taqwim hijrah hanya diambil berat ketika menyambut Ramadhan, raya puasa dan raya haji sahaja. Kegagalan dalam mengembalikan fungsi dan peranan taqwim hijrah pada tempat yang sepatutnya telah memberi kesan dalam kehidupan umat Islam terutama dalam menghayati peristiwa-peristiwa penting dalam sirah nabawiyyah untuk dilaksanakan dalam agenda kehidupan

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 5 surah al-Qosas :

وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ

Maksudnya : Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).

Antara penghayatan terhadap Taqwim Hijrah ialah penghayatan terhadap sirah nabawiyyah itu sendiri terutama Hijraturrasul s.a.w yang banyak mengajar kita bagaimana Islam bukan hanya melibatkan ibadat khusus malah merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. Berdirinya Daulah Islamiah yang hebat dan kuat di Madinah Munawwarah banyak mengajar kita tentang usaha dalam memastikan Islam sebagai kuasa yang memerintah bukan suatu yang mudah dan bukan juga bukan suatu yang mustahil untuk dicapai kerana ia merupakan suatu arahan dan janji oleh Allah. Pembinaan umat yang jatidiri dengan aqidah yang kukuh di Mekah ditambah dengan penyediaan umat yang bersiap sedia untuk bersama mendirikan daulah di Madinah dengan berlangsungnya Bai’ah Aqabah pertama dan kedua denagn penduduk Madinah sebelum hijrah menjadi pemangkin yang kukuh sehingga berdirinya Daulah yang dianggap ‘kerajaan nyamuk’ yang lemah pada awalnya tetapi akhirnya berjaya menawan Empayar Rom Kristian dan Empayar Parsi Majusi seterusnya bergerak maju ke sebelah sini dengan menawan Empayar Hindu India dan Empayar Budha China.

Keyakinan yang tinggi dengan janji kemenangan daripada Allah disamping strategi yang kemas dengan organisasi yang teratur mampu mengembalikan semula kemenangan Islam bagi menyekat sebarang bentuk penjajahan baru, menghentikan penindasan dan kezaliman musuh yang tidak berperikemanusiaan. Kisah al-Quran yang menunjukkan bagaimana jatuhnya kerajaan Firaun sehingga nabi Musa a.s dan golongan bani Israel yang sebelum ini menjadi budak suruhan dan golongan tertindas akhirnya diberi kekuasaan dan Negara. Begitu juga keyakinan Suraqah bin Malik yang baru beriman setelah gagal membunuh nabi Muhammad s.a.w bahawa dia bakal dikalungkan dengan gelang kerajaan Parsi yang bakal tumbang suatu hari nanti sedangkan ketika janji nabi itu belum lagi berdirinya Daulah Islamiah. Tidak ketinggalan dengan keimanan dan kesungguhan Sayyidina Umar yang bukan sahaja berjaya menawan kerajaan Parsi malah berjaya membebaskan Masjid Aqsa dengan tumbangnya kerajaan Rom. Malah kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh dalam menawan Kota Istanbul bagi menyahut seruan nabi sewajarnya menjadi motivasi kepada kita semua bahawa kejayaan umat Islam hari ini bergantung kepada keimanan dan usaha dalam menggerakkan agenda al-Quran dan hadis nabi dalam kehidupan. Dekatnya kita dengan al-Quran maka dekatnya kita kepada janji kemenangan. Jauhnya kita daripada al-Quran maka jauhlah kita daripada rahmat Allah. Usah bercakap tentang kemenangan bila al-Quran disisihkan daripada kehidupan. Usah bercakap tentang kejayaan bila al-Quran dipinggirkan daripada memandu kehidupan

 

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Firman Allah dalam ayat  55 surah an-Nuur :

وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَىٰ لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا ۚ يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ ﴿٥٥﴾‌

Maksudnya : Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.

Negara yang Berjaya ialah Negara yang mempunyai pemimpin dan rakyat yang beraqidah dan berakhlak. Bila merujuk kepada Model Daulah yang agung yang dibina oleh nabi Muhammad s.a.w berdiri atas 3 asas utama iaitu [1] pembinaan masjid bagi membina ikatan manusia dengan Allah yang menjadi kekuatan utama kepada kesejahteraan dan keberkatan Negara.  Sesuai dengan maksud politik Islam iaitu tindakan yang menjadikan manusia lebih dekat dengan kebaikan dan lebih jauh daripada kerosakan. Membangunkan rakyat dalam sebuah negara tidaklah cukup hanya dengan memberi mereka teknologi, makanan, wang dan lain-lain. Tetapi pembangunan yang sebenar perlu melibatkan membangunkan jiwa-jiwa mereka, emosi mereka, akhlak serta kelakuan mereka agar terus berada pada tahap kemulian yang tertinggi. Tiada nilai sebuah negara yang mempunyai teknologi serta wang yang banyak namun tidak mempunyai akhlak yang mulia kerana kelak sifat buruk itu pasti menyumbang ke arah runtuhnya negara tersebut pada semua sudut. Inilah yang sedang kita saksikan di Amerika Syarikat dan banyak lagi negara Barat. Oleh itu kita berasa kecewa bila pemotongan RM1.4 bilion peruntukan untuk pengajian tinggi dalam Belanjawan Negara 2016 sedangkan dalam masa yang sama menambah  RM1 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri yang dibimbangi bukan sahaja mengurangkan jumlah kemasukan pelajar ke universiti awam malah banyak membantut proses dalam melahirkan generasi berilmu. Alangkah moleknya jika derma sebanyak RM2.6 bilion dapat menampung peruntukan untuk pendidikan. Betapa malangnya bila pemimpin hanya berbangga dengan kutipan cukai GST yang tinggi sedangkan pengaliran untuk bantuan rakyat semakin kurang. Belanjawan Negara menjadi cacat bila yang penting disisihkan, pembaziran pada benda lain diteruskan, ketirisan dibiarkan tanpa tindakan

Itu belum lagi dikira dengan usaha seolah menyokong usaha dalam mengembangkan tabiat menghisap Vape atau rokok elektronik sedangkan semua maklum ia merupakan budaya negatif yang merosakkan. Akhirnya saudara seagama di Negara peperangan mati bawah asap bom, kita di sini mati akibat asap rokok, Vape, dadah dan seumpamanya

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Anfal :

وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖوَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٤٦

Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar

Asas ke-[2] Nabi s.a.w membina ikatan persaudaraan yang kuat antara golongan Muhajirin yang berhijrah dengan golongan Ansar yang merupakan anak watan Madinah sehingga hubungan kemanusiaan atas dasar iman ini banyak membantu membina Negara yang kuat. Perpecahan di kalangan umat Islam telah menyebabkan penderitaan dan penindasan terus berlaku tanpa henti dann kasihan belas daripada musuh Islam. Kita sedih melihat peperangan saudara di Syria bila kuasa besar Amerika Syarikat dan sekutunya menjual senjata kepada suatu puak manakala Rusia kepada puak yang lain akhirnya yang mati umat Islam, yang kaya raya musuh Islam. Begitu juga peningkatan keganasan zionis Yahudi selepas Intifadah atau kebangkitan umat Islam Palestin di mana Jabatan Kesihatan Palestin mengumumkan, sejak awal perjuangan pada 1 Oktober lalu, hingga hari Khamis kelmarin, jumlah para syuhada mencapai sehingga 76 orang dan 17 orang di antaranya adalah anak kecil. Ramai bertanya bilakah Islam mahu menang sedangkan kita tidak mahu kembali untuk bersatu atas dasar Islam. Ramai bertanya bilakah pertolongan akan datang daripada Allah sedangkan arahan Allah dipandang ringan, larangan Allah dijadikan mainan. Sedangkan zionis Israel pernah berkata bahawa jatuh bangunnya Negara haram zinois yahudi bukan bergantung kepada bilakah umat Islam berjaya membina senjata yang lebih canggih dan hebat daripada mereka sebaliknya bilakah umat Islam berjaya datang solat Subuh berjemaah di masjid sebagaimana ramainya mereka datang untuk solat Jumaat. Bila ikatan hati umat Islam dengan Allah kuat, ikatan persaudaraan atas dasar Islam bertambah erat maka janji kemenangan daripada Allah semakin dekat

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 214 surah al-Baqarah:

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم ۖ مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّـهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّـهِ قَرِيبٌ﴿٢١٤

Maksudnya : Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah)

Manakala asas ke-[3] yang dibina selepas hijrah ialah membentuk Piagam Madinah yang merupakan asas pembinaan Negara yang pertama di dunia dalam memastikan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama dapat hidup aman di bawah satu system yang saksama.

Ibnu Khaldun menegaskan bahawa manusia itu masyarakat Madani mengikut fitrahnya dengan syarat dibangunkan insannya, sifat dan ciri manusianya dengan betul. Aspek jasad, roh, akal individu masyarakat sehingga mampu membina negara dalam segala aspeknya. Bukan sahaja politik yang paling banyak dicaturkan sehingga mencelarukan bahkan termasuk juga ekonomi, keamanan dan keselamatan di semua peringkat. Merangkumi semua aspek kejadian manusia dan urusan kehidupannya daripada individu, keluarga, kelompok yang kecil sehinggalah sebuah negara masyarakat majmuk dan masyarakat antarabangsa. Islam begitu bencikan penjajahan yang menyebabkan penindasan samada melalui senjata zahir mahu pun perjanjian berat sebelah termasuk Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTPA) yang bakal menyebabkan lebih banyak pengangguran, peniaga tempatan bakal gulung tikar malah hasil Negara akan disedut tanpa batasan kerana kapitalis lebih berkuasa daripada undang-undang Negara malah boleh menggugat isu akhlak dan agama. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Kem Cuti Sekolah/IPT 2015 di Pondok-pondok Kelantan

1. Kem Kefahaman Islam di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas
Tarikh : 22 November – 18 Disember 2015 (26 hari)
(Terhad 80 Muslimin dan 80 muslimat berumur 18 tahun ke bawah)
Yuran : RM370 (penginapan/makan minum/bahan kursus)
Hubungi :
– Ustazah Kamariah 0199371856
– Ustaz Mohd Faizal 0139754428
– Ustazah Sofea 0145124435

2. Program Intensif Cuti Sekolah di Pondok Darilnaim, Melor, Kota Bharu
Tarikh : 22 November – 22 Disember 2015 (sebulan)
(Terhad 100 Muslimin berumur 10-15 tahun)
Yuran : RM450 (penginapan/makan minum/bahan kursus)
Hubungi :
-09-7531212 / 09-7531213
Blog : maahadtahfizdarilnaim.blogsppot.com

Khutbah Audio 116 – Qiamat DiIngati Islam DiHayati Jerebu Jahiliah diHindari

Qiamat DiIngati Islam DiHayati Jerebu Jahiliah diHindari

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat  10-11  surah ad-Dukhan:

فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ (10) يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ

Maksudnya: Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabus atau asap yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah azab yang pedih

Kita sebagaimana hamba Allah yang beriman kepada Allah dan hari qiamat sentiasa diingatkan hawa kehidupan dunia ini hanya sementara di mana bumi yang kita pijak, langit yang kita junjung ini sendiri bakal dihancurkan apabila tibanya saat berlakunya Qiamat. Sekiranya makhluk Allah yang besar seumpama langit dan bumi ada tempoh yang tertentu untuk dihancurkan begitulah juga kita sebagai makhluk yang kerdil hanya menunggu masa untuk menunggu saat kematian kita. Kita bukan disuruh untuk menjadi penunggu setia kepada hari mati dan tarikh berlakunya Qiamat sebaliknya kita disuruh untuk sentiasa bersiap sedia dalam menambah bekalan akhirat dengan amalan soleh disamping perbanyakkan istighfar dan memohon keampunan daripada Allah atas dosa kesalahan yang kita lakukan.

Bila berlakunya kejadian jerebu yang terus melanda negara maka marilah kita sama-sama merenung tentang suatu peringatan Allah melalui surah ad-Dukhan bagaimana akibat kedegilan kaum Quraisy yang tidak mahu menerima Islam, maka Rasulullah s.a.w mendoakan atas mereka:

أَللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَيْهِمْ بِسِنِيْنَ كَسِنِيْ يُوْسُفَ.

Ya Allah tolonglah aku untuk mengalahkan mereka dengan kelaparan seperti yang terjadi pada zaman nabi Yusuf. (HR. Bukhari dan Muslim).

Maka terjadilah kemarau panjang dan kelaparan, hingga sebahagian mereka binasa dan sebahagian lainnya memakan bangkai-bangkai dan tulang-tulang. Ketika itu setiap orang melihat seakan-akan di antara langit dan bumi ada asap.

Ada yang berpendapat, bahwa dukhan tersebut adalah asap yang meliputi manusia ketika neraka mendekat kepada orang-orang yang berdosa pada hari Qiamat, dan bahawa Allah mengancam mereka dengan azab pada hari Qiamat serta menyuruh Nabi-Nya menunggu hari itu.  Ia merupakan suatu ancaman kepada orang-orang kafir dan menakut-nakuti mereka dengan hari itu dan azabNya, dan dalam masa yang sama menghibur rasul dan kaum mukmin agar menunggu azab yang bakal menimpa orang yang mengganggu mereka pada hari Qiamat nanti

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam Surah ar-Ruum ayat 41:

ظَهَرَ‌ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ‌ وَالْبَحْرِ‌ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْ‌جِعُونَ

Maksudnya : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Ketika berbicara tentang jerebu juga maka mimbar Jumaat pada hari ini menyeru agar semua pihak bermula daripada pemimpin hingga rakyat di bawah supaya bersungguh-sungguh menjauhi dosa maksiat agar diangkat musibah ini dengan segera oleh Allah. Begitu juga perlu diambil tindakan yang tegas dari Kerajaan Indonesia dan Negara kita sendiri memandangkan banyak syarikat besar daripada 2 negara ini dan beberapa Negara lain yang terlibat secara langsung dalam pembakaran hutan bagi tujuan perniagaan terutama penanaman sawit dan sebagainya. Jangan disebabkan untuk kepentingan perniagaan maka keselamatan kesihatan dan nyawa rakyat menjadi taruhan. Akibat beberapa kerat syarikat berkepentingan maka maslahat umum diketepikan sehingga banyak aktiviti terutama sekolah, sektor pelancongan dan sebagainya terjejas akibat kerakusan  untuk mencari keuntungan. Adalah tidak berbaloi syarikat mengaut keuntungan ketika rakyat kehilangan nyawa, terjejas kesihatan malah Negara sendiri menanggung kos rawatan dan pemulihan yang jauh lebih tinggi daripada keuntungan yang diraih.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam Surah Yaasin ayat 48-49:

وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَـٰذَا الْوَعْدُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿٤٨﴾ مَا يَنظُرُ‌ونَ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً تَأْخُذُهُمْ وَهُمْ يَخِصِّمُونَ

Maksudnya : Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): ” Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!”, Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang – (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).

Sehari dua ini masyarakat dikejutkan dengan dakwaan kononnya dunia bakal bergelap selama 15 hari bermula 15-30 November nanti. Kekalutan yang timbul ini akhirnya dijawab oleh Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dengan menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp. Dalam satu kenyataan, Angkasa berkata, perbezaan jarak antara planet Musytari dan Zuhrah tidak memungkinkan sebarang proses seperti yang digembar-gemburkan akan berlaku dan tiada sebab untuk bumi bergelap pada ketika itu. Semakan daripada laman web Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendapati peristiwa planet Musytari kelihatan berada terlalu hampir dengan planet Zuhrah di langit atau juga dikenali sebagai fenomena Ijtimak atau ‘Conjunction’ adalah normal. Fenomena Ijtimak telah berlaku pada 30 Jun lepas dan akan berlaku sekali lagi pada 26 Oktober ini.

Kita tidak sepatutnya hanya perlu menunggu suatu yang pelik berlaku untuk berubah menjadi baik atau baru mahu insaf untuk bertaubat. Telah banyak perkara besar yang disebutkan oleh nabi s.a.w termasuk tentang alamat atau tanda Qiamat yang berlaku depan mata kita sendiri yang mengingatkan kita tentang betapa hampirnya dunia ini kepada saat kehancuran. Antaranya melalui suatu hadis

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ أَسِيدٍ الْغِفَارِيِّ قَالَ اطَّلَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ فَقَالَ مَا تَذَاكَرُونَ قَالُوا نَذْكُرُ السَّاعَةَ قَالَ إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ فَذَكَرَ الدُّخَانَ وَالدَّجَّالَ وَالدَّابَّةَ وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيَأَجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَثَلَاثَةَ خُسُوفٍ خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَخْرُجُ مِنْ الْيَمَنِ تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ

Maksudya: Rasulullah s.a.w menghampiri kami saat kami sedang membicarakan sesuatu, baginda s.a.w bertanya: “Apa yang kalian bicarakan?” Kami menjawab: Kami membicarakan berkenaan Qiamat. Baginda s.a.w bersabda: “Qiamat tidaklah terjadi hingga kalian melihat 10 tanda-tanda sebelumnya.” Baginda s.a.w menyebut iaitu [1] Asap, [2] Dajjal, [3] binatang yang akan bercakap kepada manusia, [4] terbitnya matahari dari barat, [5] turunnya nabi Isa bin Maryam a.s, [6] ya’juj dan ma’juj, [7] 3 gempa bumi; gempa bumi di timur, [8] gempa bumi di barat dan [9] gempa bumi di jazirah arab dan [10] yang terakhir adalah api muncul dari Yaman menghalau manusia menuju tempat perkumpulan mereka (HR imam Muslim)

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat  74 surah al-Anfal :

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَالَّذِينَ آوَوا وَّنَصَرُ‌وا أُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ لَّهُم مَّغْفِرَ‌ةٌ وَرِ‌زْقٌ كَرِ‌يمٌ

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

Sempena berada dipenghujung tahun 1436H di mana beberapa hari lagi kita bakal menyambut tahun baru 1437H maka marilah kita sama-sama merenung mengenai nasib yang menimpa saudara seagama dalam perang saudara yang berlaku di Syria, Iraq, Libya, Yaman dan sebagainya yang kebanyakannya ada tangan jahat dari musuh Islam yang merancangnya telah menyebabkan banyak nyawa terkorban dan ramai menjadi pelarian. Malah pemilihan Eropah sebagai tempat mencari perlindungan sehingga ramai yang terkorban lemas di lautan seperti mengulangi semula sejarah silam bagaimana universiti pertama di dunia, Universiti Al-Qarawiyyin menempatkan umat Islam di Eropah apabila mereka diusir semasa penjajahan Sepanyol pada abad ke-15. Penghijrahan ke Negara berlainan agama juga mengingatkan kita tentang Hijrah pertama ke Habsyah di bawah Raja an-Najjasyi beragama Nasrani pada zaman nabi s.a.w.

Di sini perlu perhatian kita bersama terutama di kalangan pemimpin Negara uma Islam agar lebih banyak memberi perhatian kepada bantuan untuk saudara segama kerana penghijrahan ke Negara berlainan akan membawa kesan positif dan negatif. Sudut positifnya jika sebelum ini Islam berjaya semula menembusi Eropah apabila ramai di kalangan pemimpin dan ahli gerakan Islam yang dibuang Negara terutama dari Negara Arab berjaya mengembangkan Islam di sana. Oleh itu kita doakan semoga penghijrahan ke Eropah akan menyebar luaskan lagi dakwah Islam sebagai bayaran terhadap kekejaman musuh Islam itu sendiri dalam membunuh dan memporak perandakan Negara umat Islam atas alasan membasmi keganasan. Akhinya Negara musuh dibanjiri dengan rakyat yang musuh kacau Negara mereka

Dari sudut negatif pula  dibimbangi akan menjejaskan agama mereka kerana adanya laporan pelarian sangggup menukar agama demi mendapatkan suaka politik

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat yang mulia ini maka mimbar Jumaat menyeru buat sekian kalinya agar seluruh umat Islam yang bermaruah bangkit dengan pelbagai cara dalam memerdekakan kembali bumi Palestin dan Masjid Aqsa. Kita sedia maklum di mana antara tindakan biadap zinois yang terbaru ialah menggempur masjid pada siang 13 September dengan memakai kasut dan menembak peluru api, bom bunyi dan gas pemedih mata ke arah para jemaah di dalam masjid Qibli di perkarangan Masjid al Aqsa. Pencerobohan ini adalah langkah pertama dari 2 langkah untuk melaksanakan satu ketetapan yang diputuskan oleh Parlimen Israel iaitu membahagikan Masjid al Aqsa kepada 2 dari sudut ruang dan masa. Langkah [1] ialah menetapkan waktu tertentu iaitu separuh untuk orang yahudi beribadat dalam masjid al Aqsa dan separuh lagi untuk umat Islam. Langkah ke[2]  ialah membahagikan masjid al Aqsa kepada 2 bahagian secara fizikal dan kekal iaitu sebahagian masjid untuk orang Islam dan sebahagian lagi diserahkan kepada yahudi.

Perbanyakkan doa kepada Allah dalam menghancurkan musuh Islam dan memberikan kemenangan yang besar kepada pejuang Islam disamping hulurkan bantuan berbentuk kewangan dan sebagainya. Kita juga mesti berusaha dalam memboikot syarikat yang jelas memberi sumbangan besar kepada zionis yahudi seperti Coca-cola, McDonald’s agar dapat memberi tekanan supaya mereka menghentikan bantuan kepada kezaliman yahudi Israel. Dunia telah menyaksikan bagaimana boikot telah menyebabkan banyak syarikat dan barangan telah menarik balik sokongan dan sumbangan kepada zionis yahudi. Amerika Syarikat sendiri terpaksa membuat undang-undang bagi mendenda syarikat yang memboikot Israel kerana bimbang sekutunya akan lenyap dari muka bumi ini. Bangkitlah wahai umat Islam. Jangan terus membiarkan saudara kita menangis hiba ketika kita bergelak ketawa, saudara kita memekik kesakitan ketika kita menjerit kegembiraan. Berambus berambus wahai Yahudi! Tentera nabi Muhammad akan kembali untuk memerdeka bumi Palestin dan Masjid Aqsa yang tercinta

Firman Allah dalam ayat 65 surah al-Anfal:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّ‌ضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُ‌ونَ صَابِرُ‌ونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ

Maksudnya: Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

29 Edisi Koleksi Himpunan Khutbah

Koleksi Khutbah Pilihan
Kini telah dikeluarkan 29 edisi koleksi khutbah pilihan dengan setiap edisi mengandungi 10 khutbah. Koleksi ini merupakan cetakan berbentuk fotostat  yang boleh didapati di pejabat Pondok Pasir Tumboh dengan harga RM 5.00 sahaja bagi setiap satu edisi di mana hasil jualan adalah sebagai sumbangan kepada aktiviti pondok
Kami turut menerima tempahan melalui pos di mana ditambah bayaran pos untuk setiap penghantaran. Sesiapa yang berminat bolehlah menghantar nama penuh dan alamat melalui e-mail ibnuatiq@gmail.com atau mesej kepada talian 019-9388902

Antara tajuk-tajuk khutbah yang terkandung dalam 29 koleksi khutbah tersebut adalah sebagaimana berikut :

Edisi 1
1. Aqidah Pengukuh Tamadun
2. Iktibar Peperangan Uhud
3. Hijraturrasul s.a.w dan Daulah Islamiah
4. Peristiwa Ar-Raji’
5. Syahid Sayyidina Umar al-Khottab
6. Kewafatan Rasulullah s.a.w
7. Perjanjian Hudaibiah
8. Merdekakan Negara Dengan Islam
9. Peperangan Mu’tah
10. Khutbah Eidil Adha 1420H

Edisi 2
1. Bahaya Sekularisme
2. Bahaya Pemimpin Gila Dunia
3. Tawadhu’ Sambut Kemenangan
4. Peristiwa Isra’ dan Mikraj
5. Perubahan Qiblat
6. Peperangan Badar al-Kubra
7. Peperangan Ahzab
8. Peperangan Hunain
9. Memerangi Gejala Murtad
10. Khutbah Eidil Fitri 1421H

Edisi 3
1. Rasulullah S.A.W Dan Tarbiah
2. Perlantikan Sayyidina Abu Bakar
3. Tiga Jenis Pemerintahan
4. Peristiwa Isra’ dan Mikraj
5. Tiga Asas Terbina Selepas Hijrah
6. Kesatuan Ulama’ Dan Umara’
7. Pembangunan Tanpa Iman Punca Kemusnahan
8. Suburkan Bumi Dengan Islam
9. Pengertian Isra’ Dan Mikraj
10. Khutbah Eidil Adha 1422H

Edisi 4
1. Jihad Senjata Ampuh Melawan Musuh
2. Ramadhan Penyemarak Semangat Juang
3. Ramadhan Penyubur Kasih Sayang
4. Peristiwa Pembukaan Kota Mekah
5. Kembalikan Semua Sistem Berqiblatkan Islam
6. Merdekakan Negara Daripada Penindasan
7. Merdekakan Seluruh Sistem Islam
8. Bahaya Pemimpin Berkuku Besi
9. Kembalilah Kepada Ajaran Al-Quran
10. Khutbah Eidil Fitri 1422H

Edisi 5
1. Kuffar Takut Kepada Islam
2. Daulah Islamiah Memperkasakan Islam
3. Hijrah Menjulang Kehebatan Islam
4. Lima Ujian Terhadap Orang Mukmin
5. Islam DiSanggah Masalah Bertambah
6. Antara Keimanan dan Amalan
7. Kuffar Menyerang Islam Melawan
8. Berundur atau Terkubur Wahai Yahudi
9. Kelahiran Rasulullah s.a.w Perubah Tamadun
10. Khutbah Eidil Adha 1422H

Edisi 6
1. Islamkan Dasar Pendidikan
2. Iktibar Peperangan Mu’tah
3. Ancaman Golongan Sesat Sekularisme
4. Merdekakan Negara Daripada Penjajahan Baru
5. Menyanggah Fahaman Kebendaan
6. Bersatu Mencapai Kemerdekaan Hakiki
7. Iktibar Peperangan Tabuk
8. Iktibar Peristiwa Isra’ dan Mikraj
9. Mendaulatkan Kembali Bumi Isra’
10. Khutbah Eidil Fitri 1423H

Edisi 7
1. Penuhi Syarat Kemenangan Islam
2. Penyebaran Islam Dan Penjajahan Kuffar
3. Pertahankan Keutuhan Tamadun Rohani
4. Ilmu Islam Penyebar Keamanan Sejagat
5. Bahaya Jauhi al-Quran
6. Peranan Agama dalam Pembangunan Negara
7. Bahaya Utamakan Dunia Daripada Agama
8. Islam Berkuasa Melayu Perkasa
9. Sistem Islam Penyembuh Keganasan
10. Khutbah Eidil Fitri 1425H

Edisi 8
1. Iktibar Peperangan Mazar 12 Hijrah
2. Islam Memuliakan Sesuatu Bangsa
3. Bersatu Hadapi Tentera Bergajah Moden
4. Maulidurrasul S.A.W Pemangkin Kesatuan Ummah
5. Maulidurrasul S.A.W Semarakkan Perjuangan Islam
6. Sanjungi Rasulullah S.A.W & Junjungi Agama Allah
7. Islam DiJulang Umat Gemilang
8. Beza Antara Umat Islam Silam Dan Sekarang
9. Sedarkan Umara’ Dan Bebaskan Ulama’
10. Khutbah Eidil Adha 1423H

Edisi 9
1. Merdekakan Perlembagaan Negara Dengan Islam
2. Hayati Kemerdekaan Hakiki Dengan Islam
3. Hindari Ciri Masjid Dhirar
4. Solat Dijaga Umat Mulia
5. Kurang Cakap Banyak Bertindak Gerakkan Umat
6. Guna Akal Tanpa Suluhan Wahyu Punca Umat Buntu
7. Ramadhan Menjulang Umat Bertaqwa
8. Iman Kuat Kemenangan Dekat
9. Kaya Agama Dan Harta Ciri Mukmin Jaya
10. Khutbah Eidil Fitri 1424H

Edisi 10
1. Iktibar Peperangan Bani Quraizah 5H
2. Tujuh Golongan Dilindungi Allah S.W.T
3. Bai’ah Aqabah Pemangkin Terdirinya Daulah
4. Cabaran Sebelum Hijraturrasul S.A.W
5. Islam Pentingkan Kepimpinan
6. Generasi Muda Terjaga Negara Terbela
7. Maksiat Bercambah Bala Bertambah
8. Islam Dijulang Jahiliah Dibuang
9. Ukhwah Islamiah Kukuh Ummah Utuh
10. Khutbah Eidil Adha 1424H

Edisi 11
1. Aqidah Terjaga Ummah Mulia
2. Bersatu Berqiblatkan Sistem Islam
3. Ramadhan Penyubur Jiwa Mulia
4. Hijraturrasul S.A.W Luaskan Peranan Agama
5. Hentikan Penjajahan Baru Kuffar Durjana
6. Hancurkan Kejahatan Dajjal Yahudi
7. Bahaya Negara Islam Cetak Rompak
8. Raihkanlah Kemuliaan Hidup Dengan Iman
9. Syawal Semarakkan Jihad Kemenangan
10. Khutbah Eidilfitri 1426H

Edisi 12
1. Ruh Islam Subur Tamadun Makmur
2. Tamadun Islam Dijulang Tamadun Barat Dibuang
3. Berita Diselidik Umat Terdidik
4. Solat Teras Kekuatan Umat
5. Ramadhan Dihayati Taqwa Dimiliki
6. Ketetapan Kalah Dan Menang
7. Menyoroti Hikmat Peperangan Uhud
8. Islam Dinobat Umat Selamat
9. Hijrah Dihayati Nabi Disanjungi
10. Khutbah Eidil Adha 1426H

Edisi 13
1. Sistem Islam Penjamin Kestabilan
2. Tarbiah Pemangkin Kejayaan Dakwah
3. Lima Sikap Umat Kemenangan
4. Senjata Yahudi Kuasai Dunia
5. Aqidah Goyah Akhlak Musnah
6. Menyanggah Kebiadapan Musuh Islam
7. Bersungguh Membina Jatidiri Muslim Sejati
8. Ramadhan Dihayati Umat Terpuji
9. Hijrah Bina Identiti Umat Merdeka
10. Khutbah Eidilfitri 1427H

Edisi 14
1. Perkasakan Amar Makruf Nahi Munkar
2. Al-Quran Dijulang Umat Gemilang
3. Generasi Muda Berilmu Umat Maju
4. 5 Sikap Umat Jauhi Al-Quran
5. Peperangan Uhud Peringatan Berharga
6. Pemimpin & Wanita Terjaga Ummah Berjaya
7. Korban Segalanya Demi Islam
8. Ukhwah Islamiah Terjaga Ummah Berjaya
9. Islam DiTegakkan Umat Cemerlang
10. Khutbah Eidil Adha 1427H

Edisi 15
1. Kekuatan Diguna Umat Berjaya
2. Nabi Disanjung Tugasnya Dijunjung
3. Umpan Musuh Ditelan Umat Ketinggalan
4. Bersama Bangun Tamadun Insan
5. Bahaya Sisih Cara Hidup Islam
6. Islam Diabai Maruah Tergadai
7. Martabatkan Islam Selamatkan Negara
8. Islam Dijulang Tamadun Gemilang
9. Daulatkan Islam Selamatkan Malaysia
10. Khutbah Eidil Fitri 1428H

Edisi 16
1. Pengusiran Yahudi Bani Nadhir
2. Islam Memuliakan Wanita
3. Hikmat Perjanjian Hudaibiah
4. Bahaya Assobiyah
5. Syahid Sayyidina Uthman Bin ‘Affan
6. Banteras Sikap Anti Ketuhanan
7. Peperangan Khandak
8. Iktibar Daripada Peperangan Hunain
9. Ulama’ Terpimpin Umat Terbimbing
10. Khutbah Eidil Adha 1428H

Edisi 17
1. Aqidah Terjulang Ummah
2. Merdeka Dirai Islam Dihayati
3. Isra’ Mikraj Peringatan Berharga
4. Iktibar Peperangan Bani Mastaliq 6H
5. Lima Langkah Bina Daulah
6. Tiga Tugas Utama Umat Mulia
7. Waspada Dengan Laungan Yahudi
8. Jauhi Islam Liberal
9. Teguhkan Iman Hadapi Ujian
10. Khutbah Eidilِ Adha 1425H

Edisi 18
1. Bahaya Engkar Perintah Allah
2. Bahaya Silap Pilih 3 Pangkat
3. Pemimpin Takabbur Negara Lebur
4. Hijrah Disahut Daulah Terbentuk
5. Jahiliah Dipuja Umat Derita
6. Sokong Bawa Bahagia Atau Derita
7. Undi Bijak Adil Ditegak
8. Rasulullah Dijulang Assobiyah Dibuang
9. Islam Antara Cinta Dan Benci
10. Taqwa Cemerlang Umat Gemilang

Edisi 19

1. Pertanian Subur Negara Makmur
2. Merdekakan Bumi Isra’ Dengan Islam
3. Maksiat Meningkat Nikmat DiSekat
4. Islam DiSanggah Fitnah Bercambah
5. Jahiliah DiPuja Rakyat Derita
6. Islam DiSisih Rakyat Merintih
7. Isikanlah Kemerdekaan Dengan Islam
8. Berqiblatkan Islam Menuju Kemenangan
9. Khutbah Gerhana Matahari
10. Khutbah Eidil Fitri 1429H

Edisi 20

1. Kesucian Islam Terjaga Umat Terbela
2. Islam Disanggah Alam Musnah
3. Hijrah DiMartabat Palestin Berdaulat
4. Fitnah Tersebar Maruah Tercemar
5. Yahudi DiPuja Umat Derita
6. Ulama’ Tegas Penderhaka Agama DiBanteras
7. Rasulullah s.a.w DiPertahan Umat Gemilang
8. Hidayah DiTerima Umat Sentosa
9. Kemenangan DiRai Islam DiSanjungi
10. Khutbah Eidil Adha 1429H

Edisi 21

1. Bahaya Kejar Kuasa Engkar Agama
2. Jihad Kendur Umat Mundur
3. Islam DiTolak Penyakit Merebak
4. Islam DiHina Umat Merana
5. Hati Rosak Punca Islam DiTolak
6. Islam DiPerkasa Umat Terbela
7. Ramadhan DiSambut Taqwa DiRebut
8. Ramadhan DiRai Al-Quran DiSanjungi
9. Islam DiTegak Penyakit DiSekat
10. Khutbah Gerhana Bulan

Edisi 22

1. Ramadhan DiRebut Al-Quran DiIkut
2. Lailatul Qadar DiHayati Kemenangan DiRai
3. Maksiat DiSisih Kemenangan DiRaih
4. Jauhi Maksiat Perolehi Berkat
5. Islam DiSanjung Umat Bertamadun
6. Maksiat DiBuru Bala DiTunggu
7. Qiamat DiIngat Amalan Soleh DiTingkat
8. Korban Dihayati Islam Disanjung Tinggi
9. Mesej Nabi DiMartabat Umat Selamat
10. Khutbah Aidil Fitri 1430H

Edisi 23

1. Hijrah Dihidupkan Islam Terjulang
2. Ajaran Nabi DiMartabat Negara Selamat
3. Sistem nabi DiJulang Racun Musuh DiBuang
4. Rasulullah s.a.w DiTeladani Rahmat Allah DiRasai
5. Rasulullah s.a.w DiPertahan Hukum Allah DiPerjuang
6. Jahiliah DiPilih Rakyat Merintih
7. Musuh DiTatang Islam DiTentang
8. Islam DiBendung Negara DiLelong
9. Nama Allah DiPertahan Hukum Allah DiJulang
10. Maksiat Tersebar Bumi Bergegar

Edisi 24

1. Zionis Yahudi DiPerang, Lesen Judi diTentang
2. Isra’ Mikraj DiHayati Kemenangan DiRai
3. Berqiblatkan Islam Meraih Kebahagiaan
4. Cemburu dan malu martabatkan maruah umat
5. Ramadhan DiRai Kemuliaan DiRasai
6. Nuzul al-Quran DiHayati Tamadun Islam Diraih Kembali
7. Islamkan sambutan raya raih kehidupan mulia
8. Maqasid Syar’iyyah DiJulang Umat Gemilang
9. Islam Jamin Bahagia, Jahiliah Bawa Derita
10. Khutbah Aidil Fitri 1431H

 

Edisi 25

  1. Jahiliah diJadikan Ubat Bala Allah Semakin Merebak
  2. Nabi Ibrahim a.s DiContohi Negara Berkat DiRai
  3. Hijrah Daulatkan Ketuanan Islam
  4. Bahaya Islam DiBenci Jahiliah DiCari
  5. Amanah DiSisih Umat Merintih
  6. Ketuanan Islam DiCapai Keberkatan Hidup DiRai
  7. Sistem Islam DiTegak Penindasan Jahiliah DiTolak 
  8. Nabi Muhammad s.a.w DiContoh Jahiliah DiRoboh 
  9. Nabi Muhammad s.a.w DiIkuti Sistem Islam DiJulang Tinggi
  10. Khutbah Aidil Adha 1431H

 

Edisi 26

 

  1. Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w DiPilih Kebahagiaan DiRaih
  2. Peringatan Allah Disisih Umat Merintih
  3. Cara Hidup Islam Subur Umat Makmur
  4. Sistem Islam Terabai Maruah Tergadai
  5. Ikut Wahyu Berjaya Turut Nafsu Binasa
  6. Berqiblatkan Islam Membina Masa Depan Gemilang
  7. Ramadhan DiRai Kemuliaan DiRasai            
  8. Merdeka jiwa dan negara rayakan kemenangan
  9. Penjajahan DiBuang Maruah DiJulang
  10.  Khutbah Aidil Fitri 1432H           

 

Edisi 27

  1. Islam Jamin Bahagia, Jahiliah Bawa Derita
  2. Undang-undang Islam diLaksana Kebahagiaan DiRasa
  3. Zulhijjah DiHayati Kemenangan DiRai
  4. Perjuangan nabi Ibrahim a.s Diikuti Senjata Yahudi DiPerangi
  5. Dunia Bertunjangkan Agama Jamin Bahagia
  6. Hijrah Diri Daulah Perangi Jahiliah
  7. Amanah Jamin Bahagia Khianat Bawa Derita
  8. Tahun Baru DiSambut, Seruan Allah DiIkut
  9. Nabi Muhammad s.a.w DiCintai Ajarannya DiRealisasi
  10. Khutbah Aidil Adha 1432H

 

Edisi 28

 

  1. Kepimpinan Penentu Antara Memuja atau Meroboh Jahiliah
  2. Kepimpinan Berteraskan Wahyu Menyanggah Pemujaan Nafsu
  3. Nasihat Subur Umat Makmur
  4. Ulama’ Berani Menegur Umat Makmur
  5. Ruh Islam DiHayati Kemenangan DiRai
  6. Isra’ Mikraj DiHayati Sistem Islam DiJulang Tinggi
  7. Islam DiLaksana Dunia Bahagia Akhirat Sentosa
  8. Lailatul Qadar DiGapai Kebahagiaan DiCapai
  9. Islamkan Sambutan Merdeka Raih Syurga Idaman
  10. Khutbah Aidil Fitri 1433H

 

Edisi 29

  1. Syarat DiPenuhi Kemenangan Dunia Akhirat DiRai
  2. Islam DiJulang Nabi Muhammad s.a.w DiPertahankan
  3. Redha Allah DiTagih Kebahagiaan DiRaih
  4. Zulhijjah DiHayati Islam DiJulang Tinggi
  5. Kepimpinan nabi Ibrahim a.s Dicontohi Kebahagiaan DiRai
  6. Berkorban Julang Islam Hancurkan Jahiliah
  7. Hijrah Martabat Islam Tolak Jahiliah            
  8. Qiamat DiYakini Yahudi DiPerangi            
  9. Islam DiJunjung Rasulullah s.a.w DiSanjung
  10. Khutbah Aidil Adha 1433H