• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,678,031 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,416 other followers

Zulhijjah DiHayati Taqwa DiMiliki


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah !Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  24-25 surah al-Anfal :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ ﴿٢٤﴾ وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ﴿٢٥

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. Dan jagalah diri kamu daripada dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Kini kita berada antara hari daripada 10 hari-hari awal bulan Zulhijjah yang mempunyai begitu besar fadhilat di sisi Allah bagi hamba Allah yang menghidupkannya dengan amalan soleh. Gunakanlah peluang yang ada semaksima yang mungkin dalam menambah bekalan akhirat kita disamping memohon keampunan Allah agar kita menjadi hamba yang semakin hampir dengan Allah. Jika di dunia ramai yang sentiasa berlumba untuk menjadi orang kanan atau orang yang disayangi oleh pemimpin yang berkuasa, jutawan yang berharta bagi mendapat habuan dunia yang diidamkan maka mengapa kita tidak berebut untuk menjadi hamba Allah yang dekat dengan Tuhan Raja segala raja bagi meraih kebahagian dan kemuliaan dunia akhirat. Pada hari ini para jemaah haji di kota Mekah sedang berkumpul di bumi Arafah bagi menyempurnakan salah suatu rukun terbesar ibadat haji manakala kita di sini dikumpul di masjid rumah Allah yang mulia bagi menunaikan solat Jumaat yang difardhukan. Suasana seruan untuk berkumpul ini mengingatkan kita bagaimana kita semua bakal menemui saat kematian sebelum dibangkitkan semula di akhirat untuk dikumpulkan di padang Mahsyar suatu negeri pembalasan atas segala amalan kita di dunia ini. Jika di dunia ini kita diberi pilihan untuk datang berkumpul bagi menunaikan ibadat khusus seperti wukuf di Arafah dan berjemaah di masjid tetapi di akhirat kelak setiap diri kita samada bersedia atau tidak, rela atau tidak, mahu atau tidak pasti akan dikumpulkan tanpa pengeculiaan walau seorang pun bagi berdepan dengan Mahkamah Allah yang agong. Oleh itu jangan liat untuk kita rajin datang solat berjemaah, belajar ilmu agama dan berkumpul dalam mengerjakan amalan kebajikan agar ia membantu kita pada hari setiap anggota kita akan menjadi saksi dalam mendakwa kita, pada hari tiada bayangan kecuali bayangan ‘Arasy Allah yang hanya diberikan kepada umat pilihan antaranya hamba Allah yang sentiasa dekat hatinya dengan masjid

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Antara amalan yang digalakkan untuk dilakukan pada 10 hari terawal daripada bulan Zulhijjah ini ialah puasa sunat terutama puasa hari Arafahyang dijanjikan dengan pengampunan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Kita juga digalakkan untyk melaungkan takbir raya bermula Subuh hari ke-9 Zulhijjah sehingga berakhirnya hari Tasyriq iaitu hari ke-13 daripada bulan Zulhijjah. Begitu juga amalan khusus yang tiada pada bulan lain iaitu ibadat korban bagi yang berkemampuan sehingga nabi s.a.w begitu menekankannya kepada kita semua

قَالَ الرَّسُوْل: مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجهُ

Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami

Antara matlamat utama ibadat korban ialah untuk melahirkan umat yang bertaqwa yang sanggup mengorbankan segalanya kerana Allah. Betapa ramai umat Islam yang boleh berkorban pada hari ini dengan menyembelih binatang korban dan membawa pulang dagingnya, tetapi berapa ramaikah yang benar-benar sampai pahala taqwanya kepada Allah SWT?. Semoga kita tidak tergolong di kalangan golongan yang menyembelih binatang korban namun ditolak ibadah korban kerana tiadanya nilai taqwa dan keikhlasan kepada Allah.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Ketika menyoroti suatu peristiwa penting semasa nabi Muhammad s.a.w mengerjakan Haji Wada’ pada tahun ke 10 hijrah di mana baginda s.a.w menyatakan beberapa perkara penting dalam khutbahnya di padang Arafah di antaranya Islam menghalang penindasan melalui penyalah gunaan kuasa oleh pemimpin ke atas rakyat jelata. Malangnya pada hari ini, nilai taqwa dilemparkan ke tepi dan nilai kapitalisme mengambil alih minda masyarakat dan menjadikan golongan miskin semakin tertekan dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup. Kita yang akan menyambut hari raya korban telah dikorbankan terlebih dahulu dengan kenaikan harga minyak. Sekalipun kenaikan harga melibatkan nilai 20 sen sahaja untuk satu liter, namun ia sudah cukup mencekik kehidupan rakyat apatah lagi kenaikan ini wajib mendatangkan kesan kepada kos barangan keperluan. Lebih menghairankan, dalam pada minyak dunia jatuh menjunam di pasaran antarabangsa, minyak di negara ini dinaikkan atas nama rasionalisasi subsidi. Sekalipun rakyat digula-gulakan dengan pemberian pelbagai bantuan, namun persoalannya bolehkah bantuan yang sedikit ini menyelesaikan kehimpitan hidup akibat harga barangan yang melambung naik?

Malangnya rakyat hidup di bawah pemimpin yang tidak menyelami perit pedih rakyat menanggung bebanan. Tidak adakah rasa belas kasihan kepada rakyat yang tidak mampu untuk membeli makanan seharian bahkan hidup mengemis demi dibawa pulang rezeki kepada anak-anak yang setia menunggu. Ada rakyat yang menitis air dari atapnya akibat hujan di waktu malam hari kerana tidak mampu membeli atap yang baru. Pelbagai derita dan duka rakyat yang papa semakin papa, yang susah semakin derita

Beringat-ingatlah terhadap doa Nabi Muhmmad SAW yang berbunyi :

اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ

Maksudnya : Ya Allah, bagi siapa yang menjadi penguasa umatku, lalu dia menyulitkan mereka, maka timpakanlah kesulitan kepadanya. Dan barang siapa yang menjadi penguasa umatku, lalu dia menyayangi mereka, maka sayangilah dia. [riwayat Muslim]

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 31surah Ali ‘Imran :

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّـهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّـهُ وَيَغْفِرْ‌ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّـهُ غَفُورٌ‌ رَّ‌حِيمٌ

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani

Wasiat nabi yang paling penting sekali dalam khutbah Haji Wada’ ialah wajib menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan di mana kejayaan umat Islam bergantung kepada sejauh mana mereka berpegang teguh kepada 2 sumber utama ini dalam kehidupan. Bila hawa nafsu menjadi Tuhan dan syaitan menjadi iuktan menyebabkan hilangnya sifat taqwa. Bila hilangnya sifat taqwa inilah, berlakunya pelbagai kes pecah amanah di negara ini. Jangan dilupa bagaimana anak-anak calon UPSR terpaksa mengulangi semula peperiksaan beberapa subjek hasil daripada kebocoran soalan yang didalangi oleh pihak dalaman sendiri. Inilah akibat apabila integriti dan amanah dibakulsampahkan semata-mata mengejar keputusan cemerlang di dalam peperiksaan. Inilah kesan pemikiran sekular yang menjajah masuk ke dalam benak pemikiran rakyat lalu menghasilkan suasana yang sangat tidak harmoni di setiap lapisan perkhidmatan. Di bidang pentadbiran, ketirisan dan kebocoran perbelanjaan mengakibatkan kerugian berbillion ringgit. Di bidang perguruan pula kebocoran soalan peperiksaan pula menjadi gaya baru, bahkan di bidang penguatkuasaan, pelbagai pegawai di pelbagai peringkat dari rendah sehingga tertinggi turut dihadapkan ke mahkamah silih berganti kerana dituduh rasuah. Apakah punca kepada semua ini? Tidak lain dan tidak bukan hakikatnya berpunca dari satu faktor utama sahaja iaitu hilangnya taqwa kepada Allah SWT.

Apalah ertinya generasi yang cemerlang keputusan peperiksaannya, namun kosong dari sudut nilai rohani dan akhlaknya. Apakah ini generasi yang ingin dibentuk? Apakah kita sedang mencetak anak-anak yang bukan sahaja menjadi graduan universiti namun boleh sahaja menjadi banduan neraka Allah SWT di akhirat kelak, nauzubillah akibat terlalu mengejar A dalam peperiksaan sedangkan masalah akhlak dan hukum halal haram, dosa pahala, Syurga Neraka dikesampingkan.

Justeru, mimbar khutbah menyeru semua pihak, tunduk dan patuhlah kepada perintah Allah SWT. Yakinlah di sebalik kepatuhan ini akan disediakan oleh Allah SWT segala macam bentuk kebahagian dan ketenangan.

Firman Allah dalam ayat 2-3 surah at-Talak:

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا (2) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Maksudnya : Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya dijadikan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan sesiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Dia (Allah) akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: