• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,675,833 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,409 other followers

Antara Kesesatan Pemikiran anti Hadis Kasim Ahmad


Tulisan DR RIDUAN MOHAMAD NOR

Kasim Ahmad dalam bukunya “Hadis; Jawapan Kepada Pengkritik” telah menyenaraikan lebih dari sepuluh perkara yang menurut beliau hadis memberi kenyataan yang bercanggah dengan Al-Quran;

1.Menurut beliau; Al-Quran menegaskan bahawa rujukan kaum muslimin hanya satu sahaja ialah kitab Al-Quran. Namun hadis menegaskan ada dua iaitu Al-Quran dan as-Sunnah (atau al-Hadis).

2.Al-Quran menyebutkan lima sahaja rukun iman, sedangkan hadis menyebut enam iaitu dengan menambah Qadha dan Qadar.

3.Al-Quran mengajar syahadah hanya Lailaha-Illallah, tetapi hadis menambah Muhammadur-Rasulullah. Tambahan tersebut menurut Kasim bercanggah dengan ayat yang memerintahkan agar jangan menyengutukan Allah dengan sesiapapun.

4.Al-Quran melarang mendewa-dewakan manusia. Namun hadis memerintahkan agar mendewakan Rasulullah (Nabi Muhammad) iaitu dengan berselawat kepadanya ketika membuka dan menutup doa dan juga apabila mendengar namanya disebut.

5.Al-Quran menerangkan bahawa Nabi Muhammad atau mana-mana Nabi tidak memiliki kuasa syafaat, namun hadis menjelaskan bahawa Nabi Muhammad mempunyai kuasa syafaat.

6.Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi Muhammad tidak diberi mukjizat melainkan Al-Quran. Namun hadis menceritakan bermacam-macam mukjizat Nabi Muhammad selain al-Quran.

7.Menurut al-Quran, Nabi Isa telah wafat. Namun hadis menjekaskan bahawa beliau tidak mati dan akan turun di akhir zaman untuk membunuh Dajjal.

8.Al-Quran tidak menetapkan sebarang hukuman bagi orang murtad. Namun hadis menetapkan bahawa orang yang murtad hendaklah dibunuh.

9.Al-Quran menetapkan hukuman ke atas orang berzina hanya sebatan sahaja, namun hadis menambah satu lagi hukuman iaitu rejam.

10.Al-Quran memerintahkan manusia menggunakan akal dan fikiran. Namun hadis pula melarangnya di mana Rasulullah SAW pernah berkata “Sesiapa mentafsir al-Quran mengikut fikirannya, biarlah ia menghuni neraka”.

11.Al-Quran mengajar kebebasan beragama iaitu terdapat ayat menyebutkan “Tiada paksaan di dalam agama”. Namun hadis menetapkan orang yang murtad dihukum bunuh. Hukum ini menurut Kasim berasal dari Taurat. (Lihat; halaman 139-151). Buku Kasim yang mempertikai banyak ajaran Islam ini bertebaran dalam dalam negara dan wajib dijawab dengan ilmiah oleh para sarjana Islam supaya akidah umat Islam terpelihara.

Saya merasa hairan akan keberanian melulu Kasim Ahmad terhadap al-hadith bahkan al-Quran itu sendiri, contohnya Kasim dalam tulisannya telah meragui ayat terakhir daripada surah at Taubah dimana sosok yang kontroversi ini mendakwa;

“Tiap-tiap surah dalam al Quran dibuka dengan kenyataan” dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih” dikenali sebagai Basmalah, kecuali surah sembilan (yakni Surah at-Taubah). Ketiadaan Basmalah dari surah 9 menimbulkan kehairanan kepada ahli-ahli tafsir selama 14 abad. Banyak teori telah dikemukan oleh untuk menghuraikan fenomena ini. Sekarang kita tahu bahawa  ketiadaan Basmalah memainkan peranan penting sebagai satu ciri dalam mukjizat matematik Quran dan juga satu tanda daripada Allah bahawa surah 9 (surah Taubah) telah dicemar dan perlu dibersihkan”(lihat buku kasim Ahmad, hadith, jawapan kepada pengkritik, halaman 61).

Dua ayat yang terakhir surah at-Taubah yang didakwa oleh Kasim sebagai mencemari al Quran (yakni menurut beliau ayat tersebut sebenarnya bukanlah ayat al Quran, tetapi ditambah oleh para Sahabat) berbunyi:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagi Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy Yang Besar.”

Kasim sebenarnya mempunyai niat buruk tersendiri disebalik kritikannya terhadap ayat tersebut. Ayat-ayat di atas memuji Rasulullah SAW yang kita cintai. Maka Kassim yang memicu polemik ini harus berani berdepan secara terbuka dengan agamawan yang memiliki disiplin ilmu dalam bidang ulum al-hadith.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: