• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,678,031 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,416 other followers

89. GENERASI MUDA TERJAGA NEGARA TERBELA


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah S.W.T dalam ayat 41 surah al-Hajj :

الذين ان مكنــهم فى الأرض اقاموا الصلوة واتوا الزكوة وامروا بالمعروف ونهوا عن المنكر ولله عاقبة الامور

Maksudnya:  Mereka adalah orang-orang yang apabila kami berikan kekuasaan di muka bumi ini maka mereka sentiasa mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Dan kepada Allah jualah kembali segala urusan.

Tujuan Allah S.W.T mencipta umat manusia antaranya untuk dilantik menjadi khalifah bagi menjaga kesucian agama dan mengurus urusan dunia berdasarkan kehendak Allah S.W.T di atas muka bumi ini. Amanah yang begitu besar dan berat ini terpaksa dipikul oleh umat manusia sehingga ada yang mampu menunaikan segala tanggungjawab dengan baik yang membolehkannya meraih keredhaan Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Tidak kurang juga mereka yang mengabaikan amanah kepimpinan yang dipikul di atas bahunya yang menyebabkan banyak berlakunya kerosakan di muka bumi ini sehingga menjerumuskannya ke lembah kehinaan di dunia dan akhirat.

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ العَاصِ قَالَ : قَالَ الرَّسُوْلُ e : أَرْبَعٌ  إِذَا كُنَّ فِيْكَ فَلا عَلَيْكَ مَا فَاتَكَ مِنَ الدُّنْيَا  : حِفْظُ أَمَانَةٍ وَصِدْقُ حَدِيْثٍ وَحُسْنُ خَلِيْقَةٍ وَعِفَّةُ طُعْمَةٍ    – رواه الإمام أحمد والطبراني

Maksudnya : 4 perkara di mana jika engkau pelihara sebaiknya maka kayalah engkau walau pun banyak kemegahan dunia tidak mampu engkau capai iaitu : ( 1 ) memelihara amanah,     ( 2 ) berkata jujur, ( 3 ) perangai yang baik, ( 4 ) dapat mengawal diri daripada makan terlalu lahap

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Menyedari tentang betapa  penting dan besarnya amanah kepimpinan maka perlu ada suatu usaha yang bersungguh dalam memastikan tampuk pemerintahan dipegang oleh orang yang selayaknya mengikut timbangan wahyu bukannya nafsu dan apa yang lebih penting lagi ialah usaha ke arah menyediakan barisan pelapis kepada kepimpinan dari kalangan generasi muda. Keadaan generasi muda hari ini banyak mencerminkan keadaan arah tuju negara pada masa hadapan di mana jika baiknya  keadaan generasi muda pada hari ini maka baiklah negara pada masa akan datang sebaliknya jika rosaknya generasi muda akan menyebabkan  negara bakal porak peranda.

Khalifah Harun ar-Rasyid pernah bertanya kepada seorang tua tentang usahanya menanam pokok tamar sedangkan usianya telah tua di mana dia sendiri sudah pasti tidak mampu merasai hasil buahnya nanti. Orang tua itu mengatakan bahawa dia menanam pokok tamar itu untuk dinikmati hasilnya oleh anak cucunya sebagaimana dia sekarang ini merasai hasil pokok tamar yang ditanam oleh ayah dan datuknya. Mendengar jawapan daripada orang tua lalu Khalifah Harun ar-Rasyid memuji sebagai tanda kagumnya dengan wawasan yang ada pada orang tua itu. Melalui kisah ini maka kita dapat mengambil iktibar bahawa usaha kita hari ini bukan semuanya dapat dirasai hasilnya dengan segera tetapi dalam banyak keadaan ia bakal dinikmati oleh generasi akan datang. Jika kita menanam benih yang baik kemudian dijaga pula dengan rapi maka hasilnya nanti adalah baik. Begitulah juga jika kita berjaya membina keperibadian anak-anak muda berasaskan kehendak syarak maka kita bakal melihat urusan pemerintahan negara mampu ditunaikan dengan baik oleh generasi pelapis yang soleh sebaliknya jika tahap pembinaan peribadi generasi muda tidak diambil berat akan membawa kepada hancurnya pemerintahan negara.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Generasi muda sentiasa diberi perhatian oleh Islam sendiri sehingga kebanyakan nabi dan rasul dilantik dalam usia muda. Rasulullah s.a.w sendiri sebelumjatuh sakit pada penghujung bulan Sofar tahun 11 Hijrah telah mengumpul para tentera Islam bagi memerangi tentera Rom di mana baginda telah melantik Usamah bin Zaid yang baru berusia 18 atau 20 tahun menjadi panglima perang. Walau pun kebanyakan tentera Islam yang lain terdiri daripada para sahabat yang besar dan mereka yang lebih tua serta berpengalaman tetapi Usamah bin Zaid tetap dipilih sebagai panglima perang yang menunjukkan bagaimana Rasulullah s.a.w menaruh pengharapan tinggi kepada pemuda. Namun tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid tidak sempat keluar berperang kerana Rasulullah s.a.w jatuh sakit yang membawa kepada kewafatan baginda pada 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w maka Sayyidina Abu Bakar yang menjadi khalifah pertama telah meneruskan arahan baginda sebelum ini agar memerangi tentera Rom di mana Usamah bin Zaid dikekalkan sebagai panglima perang walau pun diminta oleh para sahabat agar ditukar kepada orang yang lebih tua dan berpengalaman. Sayyidina Abu Bakar bukan sahaja menolak permintaan itu malah memberi kata-kata semangat  dan pengharapan yang tinggi kepada Usamah bin Zaid agar dapat menunaikan amanah kepimpinan tersebut sehingga tentera Islam mendapat kemenangan yang besar dalam memerangi tentera Rom itu di bawah kepimpinan Usamah bin Zaid.

Suatu kisah yang lain yang menunjukkan bagaimana usia muda tidak menghalang dalam menyatakan kebenaran dan pendapat yang berguna di mana Sayyidina Umar bin Abdul Aziz ketika menjadi khalifah telah didatangi oleh beberapa utusan dari Hijaz di mana salah seorang daripadanya terdapat seorang pemuda yang usianya paling muda di antara mereka lalu Umar berkata, “Wahai pemuda! saya berharap yang menjadi juru bicara adalah orang yang lebih tua umurnya daripadamu”.

Mendengar ucapan seperti itu lantas pemuda tersebut berdiri dan berkata,”Wahai Amirul Mu’minin, sesungguhnya seseorang itu disebabkan dua perkara yang paling kecil padanya, iaitu hati dan lidahnya. Jika Allah telah menjaga hatinya dari maksiat dan memberikan lidah yang fasih dan sopan  maka dia berhak untuk berbicara. Dan seandainya segala perkara disebabkan oleh usia seseorang, maka yang berhak untuk duduk di tempat pemimpin adalah orang yang lebih tua daripadamu.” Mendengar ucapan tersebut lalu Khalifah Umar bin Abdul Aziz merasa kagum dan mengakui kebenarannya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Melihat kepada pentingnya pembentukan peribadi generasi muda yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara maka suatu usaha yang lebih serius dan bersungguh mesti di ambil dengan seberapa segera bermula daripada keluarga sehinggalah kepada kepimpinan negara.  Kerosakan dan keruntuhan akhlak generasi muda bakal mencacatkan kemajuan dan keamanan negara di mana pada hari ini budaya samseng dan buli di sekolah semakin teruk. Begitu juga dengan penglibatan generasi muda dengan aktiviti tidak sihat yang membahayakan seperti najis dadah, ketagihan arak, mencuri, merogol dan sebagainya. Dasar pendidikan negara dan pelaksanaannya berasaskan Islam mesti disegerakan bukan setakat teori tanpa pengamalan, bukan setakat mengejar kejayaan akademik dengan mengenepikan kejayaan dalam pembinaan peribadi mulia. Begitu juga dengan  perundangan Islam yang dijamin oleh Allah S.W.T mesti ditegakkan segera bagi memastikan kerosakan generasi muda dapat dibendung dengan lebih berkesan. Program yang dianjurkan kepada generasi muda mestilah bertepatan dengan Islam agar mereka sentiasa bergerak dalam suasana mengikut kehendak wahyu bukannya nafsu. Jangan pula akibat terlalu bimbang generasi muda akan kembali berpegang kepada ajaran Islam yang menyeluruh menyebabkan pemerintah terus berusaha menjauhkan mereka daripada kehidupan beragama dengan terus melalaikan generasi muda dengan program hiburan yang merosakkan, percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batasan. Malah banyak laporan tentang kelemahan Program Khidmat Negara dalam membina peribadi mulia muda mudi sehingga berlakunya pergaduhan, gangguan seksual terhadap perserta wanita, kurang menjaga solat di kalangan peserta muslim, jurulatih yang mabuk, tayangan video lucah kepada peserta dan selainnya. Jangan kita menurut telunjuk yahudi dan kristian yang berusaha merosakkan generasi muda Islam dengan menyediakan program yang menaikkan nafsu sehingga mereka tidak lagi menghiraukan kehendak wahyu. Kita mesti menyediakan generasi muda yang berilmu dan beramal serta ikhlas dalam berjuang untuk Islam sehingga membolehkan Islam menjadi agama yang memerintah dan merajai dunia.

Firman Allah dalam ayat 23 surah Ahzab :

من المؤمنين رجال صدقوا ماعــهدوا الله عليه فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا

Maksudnya : Di antara orang mukmin itu ada mereka yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah maka di antara mereka ada yang gugur syahid. Dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubahpun janji mereka itu

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Satu Respons

  1. mintak share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: