• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3

  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 2,008,488 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 42,867 other followers

Khutbah Audio 75 – Sistem Islam DiLaksana Keberkatan Negara DiRasa

Sistem Islam DiLaksana Keberkatan Negara DiRasa

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 15-17 surah Saba’ :

لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آيَةٌ ۖ جَنَّتَانِ عَن يَمِينٍ وَشِمَالٍ ۖ كُلُوا مِن رِّ‌زْقِ رَ‌بِّكُمْ وَاشْكُرُ‌وا لَهُ ۚ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَ‌بٌّ غَفُورٌ‌ ﴿١٥ فَأَعْرَ‌ضُوا فَأَرْ‌سَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِ‌مِ وَبَدَّلْنَاهُم بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَيْ أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ وَشَيْءٍ مِّن سِدْرٍ‌ قَلِيلٍ ﴿١٦ ذَٰلِكَ جَزَيْنَاهُم بِمَا كَفَرُ‌وا ۖ وَهَلْ نُجَازِي إِلَّا الْكَفُورَ‌

Maksudnya : Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba’, satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): “Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!. Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara. Demikianlah Kami membalas mereka disebabkan kekufuran mereka; dan sebenarnya Kami tidak menimpakan balasan yang demikian melainkan kepada orang-orang yang amat kufur        

Kita kini berada di penghujung bulan Disember tahun 2013 di mana kita bakal menyambut kedatangan tahun baru 2014 mulai Rabu depan. Jika pada penghunung tahun lepas ramai masyarakat dunia membicarakan tentang ramalan Qiamat mengikut kepercayaan Kalendar kaum Mayan yang menjangka berlaku pada 21 Disember 2012 sehingga ada yang begitu sibuk membuat pelbagai persiapan menghadapi Qiamat dengan pelbagai ragam dan gelagat mengikut logik akal yang lemah. Akhir-akhir ini sekali lagi masyarakat mula sibuk untuk membicara tentang Qiamat apabila berlakunya fanomena turun salji di beberapa negeri di Arab Saudi, Mesir disamping Vietnam dan Loas. Ini ditambah dengan peristiwa begitu banyak ikan tamban yang merupakan ikan pantai dalam mendarat di tepian pantai Lahad Datu, ikan lumba-lumba di pantai Terengganu sehingga masyarakat mula bimbang peristiwa tsunami yang pernah berlaku pada 26 Disember 2004 kembali berulang. Kita sebagai umat yang beriman kepada Allah dan hari Qiamat sewajibnya yakin bahawa tarikh Qiamat yang sebenar hanya diketahui oleh Allah.  Melalui peristiwa yang berlaku menambahkan keyakinan tentang kehebatan Allah yang berkuasa melakukan segala sesuatu tanpa mampu disekat.  Oleh itu kita mesti berebut-rebut untuk menambahkan bekalan akhirat bukannya sibuk mencari tarikh Qiamat kerana banyak tanda-tanda Qiamat samada besar atau kecil telah berlaku pada zaman kita.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “كَيْفَ أَنْعَمُ وَصَاحِبُ الْقَرْنِ قَدِ الْتَقَمَ الْقَرْنَ وَاسْتَمَعَ الْإِذْنَ مَتَى يُؤْمَرُ بِالنَّفْخِ فَيَنْفُخُ”، فَكَأَنَّ ذَلِكَ ثَقُلَ عَلَى أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَهُمْ: “قُولُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَا”. أخرجه أحمد ، والترمذي ، وابن حبان ، والحاكم

Maksudnya : “Bagaimana boleh aku berasa tenteram dan tenang sedangkan Malaikat Israfil telah meletakkan serunai sangkakala ke dalam mulutnya, menumpukan perhatian dan memusatkan pendengarannya sambil menunggu perintah untuk meniupnya.” Maka keadaan itu menyebabkan para sahabat merasa terlalu bimbang maka sabda nabi kepada mereka ucapkanlah : “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dialah sebaik-baik pengurus, kepada Allah segala urusan kami serahkan.

 

 Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Ketika merenung tentang kemakmuran dan keberkatan sesebuah Negara maka jadikan kisah al-Quran melalui kerajaan Saba’ sebagai contoh yang dirakam dalam surah Saba’ dan an-Namlu. Kerajaan Saba’ merupakan Suatu kuasa yang bertahan selama ratusan tahun bermula pada tahun 950 sebelum Masihi  sehinggalah 115 sebelum Masihi yang telah melalui zaman pembinaan dan zaman kegemilangan yang bukan sahaja merupakan sebuah negara yang kaya, bahkan ia merupakan sebuah negara yang mendapat pengampunan daripada Allah SWT. Menurut satu riwayat bahawa kerajaan tersebut pernah menaungi semua kerajaan yang berada di semenanjung tanah Arab pada satu ketika dahulu. Antara ciri kerajaan hebat ini ialah:

Ciri-[1]   Negara berkat ialah Kemajuan yang di dorong oleh aspek ketaqwaan kepada Allah SWT dan akidah yang tulen. Dalam  kitab sejarah Al-Kamil fi al-Tarikh, Al-Bidayah wa Al-Nihayah, dan juga kitab-kitab tafsir berkenaan dengan kisah ini, kita dapati bahawa zaman kegemilangan dan kemakmuran ini berpunca daripada kepimpinan Ratu Balqis yang diutus oleh Nabi Allah Sulaiman a.s yang telah menjadikan aspek iman dan taqwa kepada Allah SWT sebagai asas pemerintahan. Oleh itu kita wajib berusaha dalam mencontohinya dengan melaksanakan syariat Islam secara syumul termasuk pelaksanaan segala hukum-hakamnya untuk memberi jaminan keamanan dan kemakmuran di dunia dan akhirat. Untuk mencapai ini pelaksanaan pemerintahan mestilah mengikut prinsip Maqasid Syariah iaitu keperluan asasi (dharuriah) yang memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.  Contoh terbaru di mana apabila kerajaan Brunei mengisytiharkan pelaksanaan Syariat bermula Jun 2014 maka 50 peratus kes jenayah berkurangan disamping 6 telaga minyak baru ditemui yang boleh mengeluarkan hasil sehingga 600 tahun. Yakinlah kita bahawa Allah yang memberi rezeki bukannya manusia. Taatilah Allah nescaya Allah mengasihi kita. Sebaliknya keengkaran terhadap perintah Allah mengundang padah dan derita

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah SWT dalam Surah al-A’araf ayat 96:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَ‌ىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَ‌كَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْ‌ضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Maksudnya : Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan”.

            Ciri-[2] Negara berkat ialah Memberi keutamaan kepada aspek pembinaan sosial yang berasaskan ilmu dan keimanan kepada Allah. Keamanan terserlah sebagaimana dikisahkan  dalam Tafsir Ibnu Kathir, para musafir tidak menghadapi masalah bekalan, di mana saja mereka singgah mereka boleh mendapatkan keperluan seperti minuman dan makanan. Mereka juga boleh berehat siang di daerah yang lain dan malam di daerah yang lain pula. Jelasnya, mereka boleh bermusafir dalam keadaan selesa dan aman.

Ciri-[3] Negara berkat ialah Kekuatan ekonomi berasaskan tauhid sehinggalah keberkatan dan  kemakmuran yang Allah kurniakan kepada mereka menyebabkan mereka tidak pernah kekurangan makanan, malahan berlebihan. Menurut Qatadah menceritakan jika seorang wanita pergi ke kebun membawa bakul dan menjunjungnya di atas kepala, buah-buahan yang masak ranum akan jatuh dengan sendirinya ke dalam bakul tanpa perlu dipetik dan apabila ia keluar dari kebun, bakulnya itu penuh berisi dengan buah-buahan. Tidak sebagaimana kita yang dibelenggu system riba sehinga Negara dan rakyat dicengkam oleh hutang yang tinggi sehingga adanya dakwaan ada aset Negara yang digadai bagi menghadapi defisit sebagaimana laporan Bank Dunia. Ramai rakyat termasuk golongan muda yang diisytihar muflis. Malah Negara masih bergantung kepada cukai arak dan judi di mana  bagi tempoh 4 tahun dari 2006-2011 menjangkau RM 24.4 bilion

Ciri-[4]   Negara berkat ialah Kekuatan ketenteraan dan kesetiaan kepada pemerintah sehinggalah keselamatan dan keamanan dapat dinikmati oleh rakyat. Kita tidak mahu akibat salahguna dalam pembelian senjata yang tidak berkualiti, kehilangan senjata yang dianggap isu remeh-temeh serta masalah jenayah dari kalangan anggota keselamatan sendiri yang semakin menjadi-jadi akan menyebabkan keselamatan Negara semakin tergugat

Ciri-[5]   Negara berkat ialah Memiliki teknologi pembinaan yang tinggi sehingga mereka dapat membina empangan Maa’rib yang masyhur dan masih kekal sehingga ke hari ini. Sedangkan banyak pembangunan Negara kita untuk bermewah sehingga membazir dan banyak juga berlaku penyelengan sehinga adanya yang runtuh

Ciri-[6]   Negara berkat ialah Negara yang mengutamakan kebajikan untuk rakyat agar semua lapisan rakyat dapat mengecapi nikmat pembangunan, kemajuan dan menikmati hasil mahsul Negara. Bukan kekayaan hanya berlegar di kalangan orang kaya dan pemimpin sahaja sehingga rakyat diminta supaya berjimat sedangkan masalah ketirisan, pecah amanah dan rasuah menghanguskan berbilion wang rakyat tidak ditangani sebaliknya dijerut rakyat dengan kenaikan harga minyak, gula akan diikuti dengan kedatangan tahun baru 2014 dengan kebaikan tariff elektrik, tol, cukai pintu dan sebagainya.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat  46 surah al-Anfal :

وَأَطِيعُوا اللَّـهَ وَرَ‌سُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِ‌يحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُ‌وا ۚ إِنَّ اللَّـهَ مَعَ الصَّابِرِ‌ينَ

 Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.        

Ketika mahu menutup tirai 2013 maka sewajarnya kita melihat nasib malang yang menimpa saudara seagama di beberapa Negara yang lain. Kita tidak mahu akibat terlalu teruja dengan bilangan pingat dalam pertandingan sukan SEA baru-baru ini menyebabkan kita lupa keganasan kerajaan Myanmar dalam membunuh dan menzalimi bangsa Ronghiya. Kita juga jangan memandang sebelah mata sahaja hukuman gantung kepada pemimpin gerakan Islam di Bangladesh akibat tunduk kepada kehendak golongan sekulerisme. Kita tidak mahu harga maruah dan darah umat Islam begitu murah sehingga boleh dipermainkan begitu sahaja oleh musuh Islam tanpa sebarang pembelaan dan tindakan sewajarnya daripada saudara seagama yang lain akibat sibuk mengejar kemewahan dunia dan benci kepada kematian. Kita juga jangan lupa untuk menghiaskan akhir tahun dengan amalan soleh termasuk membantu mangsa banjir besar terutama persiapan persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi dengan pelbagai cara. Kasihanilah manusia nescaya kita dikasihani oleh Allah dan seluruh makhluk di bumi dan di langit

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-priority:99;
mso-style-qformat:yes;
mso-style-parent:””;
mso-padding-alt:0cm 5.4pt 0cm 5.4pt;
mso-para-margin:0cm;
mso-para-margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:11.0pt;
font-family:”Calibri”,”sans-serif”;
mso-ascii-font-family:Calibri;
mso-ascii-theme-font:minor-latin;
mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;
mso-fareast-theme-font:minor-fareast;
mso-hansi-font-family:Calibri;
mso-hansi-theme-font:minor-latin;
mso-bidi-font-family:Arial;
mso-bidi-theme-font:minor-bidi;}

Tahun Baru Disambut, Seruan Allah DiIkut

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam surah al-‘Asr:

وَالْعَصْرِ ﴿١﴾إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣

Maksudnya: Demi Masa! (1)Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian – (2)Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Kini kita berada dipenghujung tahun 2011 yang telah mencatat pelbagai kisah suka duka, pahit manis dalam diari kehidupan kita.  Peralihan hari, bulan dan tahun meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri manusia samada memberi perubahan positif dengan bertambahnya bekalan akhirat atau meninggalkan kesan negatif dengan menambah bebanan berat dan jijiknya dosa maksiat terhadap Allah. Surah al-‘Asr membayangkan segalanya kepada kita beza yang ketara antara manusia yang rugi dengan manusia yang beruntung dunia akhirat. Imam Syafi’e pernah berpesan bahawa sekiranya manusia berfikir dan memahami mengenai kandungan surah al-Asr maka sudah mencukupi untuk dia meletakkan dirinya atas landasan yang betul serta mengelak daripada tergelincir ke lembah kerugian. Begitu juga Ibnu Mas’ud meninggalkan wasiat dengan katanya: “Demi Allah, aku tidak menyesali sesuatu pun seperti penyesalanku terhadap suatu hari yang matahari terbit di dalamnya, di mana ajalku semakin dekat sedangkan amalanku tidak bertambah.”

Dunia ini hanya tempat kita menyemai amalan soleh untuk kita tuai pahalanya di akhirat nanti. Dunia hanya tempat persinggahan untuk mencari bekalan akhirat nanti

أَخَذَ رَسُولُ اللهِ صلی الله عليه و سلم بِمَنْكِبِي فَقَالَ: كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ. وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا يَقُولُ: إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ   – رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ

Maksudnya : Daripada Ibn Umar r.a., katanya : ” Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ‘ Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ‘ Maka Ibn Umar berkata : “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati. ”

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Berbeza dengan sambutan tahun baru Hijrah yang lebih banyak diisi dengan program keagamaan sedangkan sambutan tahun baru Masihi biasanya dipenuhi dengan program maksiat terhadap Allah. Apa yang lebih malang program maksiat ini bukan sahaja diberi lesen malah dianjur sendiri oleh pihak kerajaan bagi menambah kerosakan akhlak dan melambak jenayah serta menjemput bala dahsyat daripada Allah. Teguran dan nasihat yang diberi sudah dihirau lagi bila nafsu menguasai diri sebagaimana kata ulama’ bahawa memberi nasihat kepada manusia yang degil seumpama memberi emas berlian yang begitu berharga kepada binatang yang tidak tahu apa-apa nilai barangan kemas tersebut. Apa yang lebih menggerunkan apabila turunnya bala Allah yang dahsyat seperti Tsunami 2004 dan banjir besar barulah pemimpin mula bercakap tentang sambutan tahun baru tidak disambut secara besar-besaran kerana simpati kepada mangsa bala bencana. Ingatlah suatu hadis nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat, titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.”

Apa yang lebih malang akibat kejahilan maka lahir lebih ramai manusia yang seronok melawan Allah dan berbangga pula dengan perbuatan keji itu samada melalui percakapan atau menggunakan teknologi maklumat seperti laman sosial facebook, twitter dan lainnya untuk memberitahu dunia tentang maksiat yang telah dilakukan. Mereka tidak sedar mereka telah melakukan dosa besar terhadap Allah dan telah menayang dosa di dunia lagi sebelum ditayangkan semula pada hari yang lebih dahsyat di akhirat kelak yang diikuti dengan seksaan neraka yang begitu ngeri.

رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ– متفق عليه

Maksudnya: “Semua umatku akan diampunkan dosanya kecuali orang yang mujaharah (terang-terangan dalam berbuat dosa) dan yang termasuk mujaharah adalah seorang yang melakukan perbuatan dosa pada malam hari, kemudian hingga pagi hari Allah sudah menutupi dosa terbabit, kemudian dia berkata: Wahai fulan semalam saya berbuat ini dan berbuat itu. Padahal Allah sudah menutupi dosa itu semalaman, tetapi pada pagi hari dia buka dosa yang telah ditutup oleh Allah.”

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam Surah al-Nisa, ayat 110-111:

وَمَن يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّـهَ يَجِدِ اللَّـهَ غَفُورًا رَّحِيمًا ﴿١١٠﴾وَمَن يَكْسِبْ إِثْمًا فَإِنَّمَا يَكْسِبُهُ عَلَىٰ نَفْسِهِ ۚ وَكَانَ اللَّـهُ عَلِيمًا حَكِيمًا

Maksudnya : Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (110)Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana yang) menimpa dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana

Ingatlah kita antara bahayanya dosa maksiat dicabut cahaya dan seri keimanan terutama apabila melakukan dosa besar. Muka yang tidak pernah dibasahi air wuduk boleh hilang serinya. Tertutup daripada kebenaran sehingga dia tahu mana baik dan buruk tetapi tak ikut kebaikan, dia tahu yang buruk tetapi tidak dapat meninggalkannya. Hilang rasa ghairah terhadap amal kebaikan dan ganjaran serta tawaran pahala. Pelaku maksiat tidak meng­inginkan syurga dan apabila disebut neraka mereka tidak berasa takut malah mengejeknya. Rasa berat dan payah beramal soleh sebaliknya mudah apabila diajak melakukan dosa dan maksiat. Dosa membuatkan hati jadi keras dan degil. Mereka amat susah untuk mendengar nasihat. Suka berbalah dan tidak menghormati orang lain dan bahasa yang digunakan kasar serta tidak menghormati perasaan orang lain. Jika dosa derhaka kepada orang tua boleh berjangkit kepada anak-anak dengan tindakan anak yang menyakitkan hati­nya sebagaimana dia menyakiti ibu bapa suatu ketika dulu. Dosa menjadi hijab doa payah diterima Allah. Terkadang dosa menjadi penghalang daripada mendapat rezeki dan menemui jalan penyelesaian terhadap masalah hidup. Dosa penyebab turunnya bala Allah.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 187 surah al-A’araf :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي ۖ لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ۚ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً ۗ يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللَّـهِ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari qiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari qiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari qiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

Kedatangan tahun baru 2012 turut mendapat tumpuan apabila timbulnya ramalan bahawa qiamat bakal berlaku pada bulan Disember 2012. Bagi kita yang beriman kepada Allah percaya bahawa qiamat akan berlaku tetapi tarikh tentangnya hanya diketahui oleh Allah sahaja. Apa yang lebih penting sebagaimana saat kematian kita tidak diketahui begitu juga tarikh qiamat maka kita wajib bersedia dengan memperbanyakkan amalan soleh disamping memohon keampunan Allah bukan terjerat dengan ramalam manusia yang tidak beragama. Beberapa negara mengharamkan tayangan filem qiamat 2012 sebelum ini kerana ia boleh menjejaskan aqidah umat Islam malangnya negara kita bukan sahaja tidak sensitif berkenaan masalah ini malah bertambah teruk apabila penapisan filem selepas ini diserahkan kepada penerbit filem yang pasti lebih mendatangkan kesan yang lebih buruk kepada aqidah dan akhlak umat Islam. Malah ramalan ini turut dibaca oleh setengah pengkaji Islam sebagai tahun 2012 ialah tahun serangan besar-besaran musuh terhadap umat Islam seluruh dunia bagi memastikan cita-cita yahudi untuk menguasai dunia dapat dicapai dalam masa terdekat.

Oleh itu jangan kita disibuk dengan perkara kecil sehingga lupa pada perkara yang lebih besar seperti sibuk berbicara tentang ramalan sesat sedangkan kita lupa kepada ingatan Allah dalam al-Quran dan tanda-tanda qiamat yang pernah diberitahu oleh nabi junjungan. Jangan asyik membincangkan kes kecurian dalam kampung sahaja sehingga lupa kepada isu berbilion wang rakyat dirompak melalui rasuah dan pecah amanah. Jangan tertipu dengan pemberian hanya beratus ringgit sehingga lupa untuk menghukum pemimpin yang menyalahguna berbilion ringgit hasil mahsul negara. Jangan seronok dapat habuan sedikit sedangkan negara sedang digadai sedikit demi sedikit. Ingat sebelum terjerat, waspada sebelum kena, sedar sebelum menyesal

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

24. KESATUAN ULAMA’ DAN UMARA’

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  37 surah al-Ra’adu :

وكذلك أنزلناه حكما عربيا ولئن اتبعت أهواءهم بعد ما جاءك من العلم مالك من الله من ولي ولاواق

Maksudnya : Dan demikianlah Kami telah menurunkan al-Quran itu sebagai peraturan dalam bahasa Arab.Sekiranya kau mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang pengetahuan kepadamu. Tiada sekali-kali pelindung dan pemelihara bagimu terhadap siksaan Allah

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Kini kita berada di awal bulan Sofar di mana pada akhir bulan inilah Rasulullah s.a.w  selepas pulang daripada mengerjakan haji wida’ pada tahun 10 Hijrah telah mengatur tentera di bawah kepimpinan seorang pemuda yang bernama Usamah bin Zaid bagi menghancurkan kubu kerajaan Rom yang terletak di Balqa’, Jordan dan Palestin. Namun begitu ketika persiapan terakhir tentera Islam bagi menjalankan misi penting ini, tiba-tiba Rasulullah s.a.w telah ditimpa sakit tenat yang membawa kepada kewafatan baginda di keheningan pagi hari Isnin 12 Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah. Kewafatan Rasulullah s.a.w setelah segala ajaran Islam yang meliputi ibadat, sosial, ekonomi, pentadbiran dan seluruh aspek kehidupan manusia telah sempurna. Ajaran dan sistem Islam yang sempurna ini ditinggal bersama dengan 2 sumber rujukan yang utama iaitu al-Quran dan Hadis bagi mengelakkan umat manusia daripada tersesat dan kembali kepada kehidupan jahiliah. Kewafatan Rasulullah s.a.w bukanlah bererti segala ajaran dan sistem Islam terhenti pelaksanaan dan penghayatannya tetapi ia diteruskan oleh para sahabat dan ulama’ yang dikatakan pewaris para nabi dalam menunaikan kewajipan dakwah dan mentadbir dunia berasaskan Islam Tanggungjawab ini ditunaikan dengan penuh cermat oleh pemimpin Islam dibantu oleh para ulama’ bagi memastikan kemurnian Islam terjaga dan keadilan sejagat terus terbela daripada dirosakkan oleh tangan-tangan ganas yang begitu dahagakan kemusnahan dan huru-hara.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Gabungan dan kesatuan antara pemimpin dan ulama’ dalam menjalankan amanah besar dengan melaksanakan segala ajaran dan sistem Islam bagi menjamin keadilan dan keamanan dalam negara telah berjalan dengan baik termasuk di Alam Melayu. Contoh yang dapat lihat ialah bagaimana yang berlangsung di Acheh di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Islam Acheh apabila Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah melantik Syeikh Hamzah Fansuri dan Syeikh Syamsudin Sumetrani sebagai penasihatnya. Sultan selepas itu pula iaitu Sultan Iskandar Thani Mahkota Alam telah melantik Syeikh Nuruddin Raniri dan Syeikh Abdul Rauf Singkel sebagai penasihat dalam mentadbir negara dan menyebarkan Islam. Gabungan yang mantap antara pemimpin dan ulama’ telah membawa negara ke arah kegemilangan tamadun yang berasaskan material dan rohani secara serentak.

Selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki ditangan penjenayah sekulerisme yang dipimpin oleh Mustafa Kamal at-Tartuk pada tahun 1924 maka gabungan antara pemimpin dan ulama’ menjadi renggang kerana biasanya pemimpin negara umat Islam dipilih daripada kalangan yang berfahaman penjajah hasil daripada strategi musuh Islam yang begitu teratur dalam memastikan Islam tidak mampu bangkit sebagai suatu kuasa besar sebagaimana sebelum ini. Kebanyakan ulama’ yang ikhlas berjuang dalam mengembalikan semula kekuasaan dan kegemilangan Islam telah mengambil jalan menegur dan menasihati pemimpin yang begitu terpengaruh dengan sistem kuffar melalui jalan luar dengan menolak untuk bersatu dengan pemimpin selagimana mereka tidak melaksanakan perintah dan amanah Allah. Kebanyakan ulama’ memilih jalan sebagaimana yang diambil oleh imam Ahmad bin Hambal yang tidak mahu menerima jawatan yang ditawarkan oleh khalifah Makmun dan Muktasim disebabkan khalifah pada masa itu dipengaruhi oleh aliran muktazilah yang terkeluar daripada golongan ahli Sunnah wal jamaah. Imam Ahmad bin Hambal terus bertegas dengan keputusannya walau pun dipenjara dan disiksa begitu lama sehinggalah Khalifah Mutawakkil yang dikenali sebagai penegak ahli sunnah wal jamaah naik menjadi khalifah barulah beliau dibebaskan. Tindakan ini disebabkan perlantikan mereka nanti bukanlah bertujuan untuk menasihat tetapi terpaksa mengikut segala kemahuan pemimpin yang kebanyakannya bertentangan dengan Islam yang sebenar.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Dalam menyedarkan kesesatan pemimpin yang berjaya mempengaruhi rakyat melalui ideologi sekularisme yang pernah disifatkan oleh Syeikh Mustafa Sobri iaitu Mufti terakhir Khilafah Uthmaniah Turki di mana beliau menyatakan bahawa sekuler merupakan jalan pintas ke arah kemurtadan. Disebabkan berfahaman sekuler iaitu pemisahan antara agama dan urusan dunia maka pemimpin berani menghina Islam serta menghalalkan apa yang diharamkan serta mengharam apa yang dihalalkan oleh Allah seperi arak dan riba. Para pemimpin sanggup berperang dengan Allah dan rasul dengan menghalalkan riba yang menyebabkan umat Islam menjadi hina dan melarat di negara sendiri. Rakyat yang dijahilkan terus terikut dengan rentak pemimpin mereka sehingga  suasana dalam negara menjadi bercelaru apabila agama hanya dilaksanakan dalam urusan ibadat khusus dan nikah kahwin sahaja.

Melihat suasana penghayatan Islam mula hilang ditelan oleh keganasan serangan fahaman sekularisme menyebabkan ulama’ yang benar-benar ikhlas berjuang dalam memartabatkan Islam bangun menerangkan garisan antara Islam dan kufur. Tindakan berani mereka walau pun terpaksa menghadapi senapang pemerintah dan dipenjara namun demi Islam segala jiwa raga sanggup dikorbankan. Pengorbanan suci ini mestilah kita semua hargai dan sanjungi serta membantu para ulama’ yang meneruskan perjuangan dalam memastikan Islam berjaya ditegakkan kembali. Ulama’ bukanlah pengganas yang dahagakan darah manusia dan suka kepada perpecahan tetapi mereka adalah golongan yang cintakan kedamaian dengan memastikan semua hak umat manusia ditunaikan dan dikawal dengan sistem Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia. Dengan usaha dan pengorbanan murni merekalah maka kita pada hari ini dapat mengenali apakah Islam yang sebenar dan kita tidak hanyut dengan laungan agama suku politik suku yang dibawa oleh pendakyah sekularisme. Disamping itu Allah tidak menurunkan bala yang terlalu berat untuk dipikul oleh kita sebagaimana yang berlaku di Palestin, Kashmir, Bosnia dan sebagainya. Ini disebabkan para ulama’ di negara kita telah memainkan peranan mereka setakat yang mampu walau pun dihalang dan disekat dengan pelbagai cara dalam mnghadapi kesesatan sistem dan kezaliman pemimpin sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat 117 surah Hud :

وما كان ربك ليهلك القرى بظلم وأهلها مصلحون

Maksudnya : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali mahu membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagimana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Keberanian pemimpin dalam menghina hukum Islam telah menyebabkan ramai umat Islam yang berani murtad dan tanpa segan silu datang ke pejabat pendaftaran negara untuk menukar nama dan agama mereka dalam kad pengenalan dengan nama bukan Islam. Kelantangan pemimpin dalam menghina ulama’ dan meminta agar al-Quran ditafsirkan semula menyebabkan bertambah cergasnya gerakan anti hadis dan orang yang sanggup menterjemahkan al-Quran walau pun tidak tahu bahasa arab yang menyebabkan dia membawa ajaran sesat bahawa sembahyang hanya 3 waktu sahaja sehari semalam bukannya 5 waktu. Ini ditambah lagi dengan keberanian sekumpulan remaja yang berani membakar ayat al-Quran bertujuan memanaskan badan mereka daripada kesejukan pagi dengan alasan mereka tidak tahu bahawa ayat al-Quran merupakan sesuatu yang mulia di dalam Islam. Keadaan bertambah berat apabila baru-baru ini pemimpin negara menyatakan bahawa beliau tidak pernah membaca al-Quran dalam bahasa arab sedangkan al-Quran hanya dalam bahasa arab sahaja dan tiada dalam bahasa lain.

Oleh itu usaha dalam menyekat penerangan mengenai garisan iman dan kufur amatlah merbahaya walaupun dengan alasan menggugat perpaduan sedangkan semangat kebangsaan yang bertentangan dengan Islamlah yang menjadi punca kepada perpecahan ditambah dengan kezaliman sistem dan penindasan yang dilakukan oleh pemimpin yang mula merasakan bahawa jawatan dan harta yang dimiliki mula tergugat apabila rakyat mula kembali dan bersatu kepada mendokong Islam yang sebenar

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

89. GENERASI MUDA TERJAGA NEGARA TERBELA

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah S.W.T dalam ayat 41 surah al-Hajj :

الذين ان مكنــهم فى الأرض اقاموا الصلوة واتوا الزكوة وامروا بالمعروف ونهوا عن المنكر ولله عاقبة الامور

Maksudnya:  Mereka adalah orang-orang yang apabila kami berikan kekuasaan di muka bumi ini maka mereka sentiasa mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Dan kepada Allah jualah kembali segala urusan.

Tujuan Allah S.W.T mencipta umat manusia antaranya untuk dilantik menjadi khalifah bagi menjaga kesucian agama dan mengurus urusan dunia berdasarkan kehendak Allah S.W.T di atas muka bumi ini. Amanah yang begitu besar dan berat ini terpaksa dipikul oleh umat manusia sehingga ada yang mampu menunaikan segala tanggungjawab dengan baik yang membolehkannya meraih keredhaan Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Tidak kurang juga mereka yang mengabaikan amanah kepimpinan yang dipikul di atas bahunya yang menyebabkan banyak berlakunya kerosakan di muka bumi ini sehingga menjerumuskannya ke lembah kehinaan di dunia dan akhirat.

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ العَاصِ قَالَ : قَالَ الرَّسُوْلُ e : أَرْبَعٌ  إِذَا كُنَّ فِيْكَ فَلا عَلَيْكَ مَا فَاتَكَ مِنَ الدُّنْيَا  : حِفْظُ أَمَانَةٍ وَصِدْقُ حَدِيْثٍ وَحُسْنُ خَلِيْقَةٍ وَعِفَّةُ طُعْمَةٍ    – رواه الإمام أحمد والطبراني

Maksudnya : 4 perkara di mana jika engkau pelihara sebaiknya maka kayalah engkau walau pun banyak kemegahan dunia tidak mampu engkau capai iaitu : ( 1 ) memelihara amanah,     ( 2 ) berkata jujur, ( 3 ) perangai yang baik, ( 4 ) dapat mengawal diri daripada makan terlalu lahap

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Menyedari tentang betapa  penting dan besarnya amanah kepimpinan maka perlu ada suatu usaha yang bersungguh dalam memastikan tampuk pemerintahan dipegang oleh orang yang selayaknya mengikut timbangan wahyu bukannya nafsu dan apa yang lebih penting lagi ialah usaha ke arah menyediakan barisan pelapis kepada kepimpinan dari kalangan generasi muda. Keadaan generasi muda hari ini banyak mencerminkan keadaan arah tuju negara pada masa hadapan di mana jika baiknya  keadaan generasi muda pada hari ini maka baiklah negara pada masa akan datang sebaliknya jika rosaknya generasi muda akan menyebabkan  negara bakal porak peranda.

Khalifah Harun ar-Rasyid pernah bertanya kepada seorang tua tentang usahanya menanam pokok tamar sedangkan usianya telah tua di mana dia sendiri sudah pasti tidak mampu merasai hasil buahnya nanti. Orang tua itu mengatakan bahawa dia menanam pokok tamar itu untuk dinikmati hasilnya oleh anak cucunya sebagaimana dia sekarang ini merasai hasil pokok tamar yang ditanam oleh ayah dan datuknya. Mendengar jawapan daripada orang tua lalu Khalifah Harun ar-Rasyid memuji sebagai tanda kagumnya dengan wawasan yang ada pada orang tua itu. Melalui kisah ini maka kita dapat mengambil iktibar bahawa usaha kita hari ini bukan semuanya dapat dirasai hasilnya dengan segera tetapi dalam banyak keadaan ia bakal dinikmati oleh generasi akan datang. Jika kita menanam benih yang baik kemudian dijaga pula dengan rapi maka hasilnya nanti adalah baik. Begitulah juga jika kita berjaya membina keperibadian anak-anak muda berasaskan kehendak syarak maka kita bakal melihat urusan pemerintahan negara mampu ditunaikan dengan baik oleh generasi pelapis yang soleh sebaliknya jika tahap pembinaan peribadi generasi muda tidak diambil berat akan membawa kepada hancurnya pemerintahan negara.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Generasi muda sentiasa diberi perhatian oleh Islam sendiri sehingga kebanyakan nabi dan rasul dilantik dalam usia muda. Rasulullah s.a.w sendiri sebelumjatuh sakit pada penghujung bulan Sofar tahun 11 Hijrah telah mengumpul para tentera Islam bagi memerangi tentera Rom di mana baginda telah melantik Usamah bin Zaid yang baru berusia 18 atau 20 tahun menjadi panglima perang. Walau pun kebanyakan tentera Islam yang lain terdiri daripada para sahabat yang besar dan mereka yang lebih tua serta berpengalaman tetapi Usamah bin Zaid tetap dipilih sebagai panglima perang yang menunjukkan bagaimana Rasulullah s.a.w menaruh pengharapan tinggi kepada pemuda. Namun tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid tidak sempat keluar berperang kerana Rasulullah s.a.w jatuh sakit yang membawa kepada kewafatan baginda pada 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w maka Sayyidina Abu Bakar yang menjadi khalifah pertama telah meneruskan arahan baginda sebelum ini agar memerangi tentera Rom di mana Usamah bin Zaid dikekalkan sebagai panglima perang walau pun diminta oleh para sahabat agar ditukar kepada orang yang lebih tua dan berpengalaman. Sayyidina Abu Bakar bukan sahaja menolak permintaan itu malah memberi kata-kata semangat  dan pengharapan yang tinggi kepada Usamah bin Zaid agar dapat menunaikan amanah kepimpinan tersebut sehingga tentera Islam mendapat kemenangan yang besar dalam memerangi tentera Rom itu di bawah kepimpinan Usamah bin Zaid.

Suatu kisah yang lain yang menunjukkan bagaimana usia muda tidak menghalang dalam menyatakan kebenaran dan pendapat yang berguna di mana Sayyidina Umar bin Abdul Aziz ketika menjadi khalifah telah didatangi oleh beberapa utusan dari Hijaz di mana salah seorang daripadanya terdapat seorang pemuda yang usianya paling muda di antara mereka lalu Umar berkata, “Wahai pemuda! saya berharap yang menjadi juru bicara adalah orang yang lebih tua umurnya daripadamu”.

Mendengar ucapan seperti itu lantas pemuda tersebut berdiri dan berkata,”Wahai Amirul Mu’minin, sesungguhnya seseorang itu disebabkan dua perkara yang paling kecil padanya, iaitu hati dan lidahnya. Jika Allah telah menjaga hatinya dari maksiat dan memberikan lidah yang fasih dan sopan  maka dia berhak untuk berbicara. Dan seandainya segala perkara disebabkan oleh usia seseorang, maka yang berhak untuk duduk di tempat pemimpin adalah orang yang lebih tua daripadamu.” Mendengar ucapan tersebut lalu Khalifah Umar bin Abdul Aziz merasa kagum dan mengakui kebenarannya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Melihat kepada pentingnya pembentukan peribadi generasi muda yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara maka suatu usaha yang lebih serius dan bersungguh mesti di ambil dengan seberapa segera bermula daripada keluarga sehinggalah kepada kepimpinan negara.  Kerosakan dan keruntuhan akhlak generasi muda bakal mencacatkan kemajuan dan keamanan negara di mana pada hari ini budaya samseng dan buli di sekolah semakin teruk. Begitu juga dengan penglibatan generasi muda dengan aktiviti tidak sihat yang membahayakan seperti najis dadah, ketagihan arak, mencuri, merogol dan sebagainya. Dasar pendidikan negara dan pelaksanaannya berasaskan Islam mesti disegerakan bukan setakat teori tanpa pengamalan, bukan setakat mengejar kejayaan akademik dengan mengenepikan kejayaan dalam pembinaan peribadi mulia. Begitu juga dengan  perundangan Islam yang dijamin oleh Allah S.W.T mesti ditegakkan segera bagi memastikan kerosakan generasi muda dapat dibendung dengan lebih berkesan. Program yang dianjurkan kepada generasi muda mestilah bertepatan dengan Islam agar mereka sentiasa bergerak dalam suasana mengikut kehendak wahyu bukannya nafsu. Jangan pula akibat terlalu bimbang generasi muda akan kembali berpegang kepada ajaran Islam yang menyeluruh menyebabkan pemerintah terus berusaha menjauhkan mereka daripada kehidupan beragama dengan terus melalaikan generasi muda dengan program hiburan yang merosakkan, percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batasan. Malah banyak laporan tentang kelemahan Program Khidmat Negara dalam membina peribadi mulia muda mudi sehingga berlakunya pergaduhan, gangguan seksual terhadap perserta wanita, kurang menjaga solat di kalangan peserta muslim, jurulatih yang mabuk, tayangan video lucah kepada peserta dan selainnya. Jangan kita menurut telunjuk yahudi dan kristian yang berusaha merosakkan generasi muda Islam dengan menyediakan program yang menaikkan nafsu sehingga mereka tidak lagi menghiraukan kehendak wahyu. Kita mesti menyediakan generasi muda yang berilmu dan beramal serta ikhlas dalam berjuang untuk Islam sehingga membolehkan Islam menjadi agama yang memerintah dan merajai dunia.

Firman Allah dalam ayat 23 surah Ahzab :

من المؤمنين رجال صدقوا ماعــهدوا الله عليه فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا

Maksudnya : Di antara orang mukmin itu ada mereka yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah maka di antara mereka ada yang gugur syahid. Dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubahpun janji mereka itu

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Yahudi DiPuja Umat Merana

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 28 – 29  surah Ibrahim :

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ بَدَّلُوا نِعْمَتَ اللَّهِ كُفْرًا وَأَحَلُّوا قَوْمَهُمْ دَارَ الْبَوَارِ  جَهَنَّمَ يَصْلَوْنَهَا ۖ وَبِئْسَ الْقَرَارُ 

Maksudnya : Tidakkah engkau lihat dan merasa hairan terhadap orang-orang yang menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran dan telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan. Iaitu neraka jahannam yang mereka akan menderita bakarannya dan ingatlah seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka jahannam

            Kini kita telah berada pada bulan Sofar di mana banyak peristiwa penting  yang  pernah berlaku pada bulan ini antaranya Peristiwa berdarah ar-Raji’ yang telah berlaku pada bulan Sofar tahun 4 Hijrah di mana beberapa wakil daripada qabilah ‘Adal  dan Qarah telah datang menemui Rasulullah s.a.w untuk meminta agar menghantar beberapa orang sahabat bertujuan bagi mengajar al-Quran dan hukum-hakam agama atas dasar di tempat tinggal mereka yang bernama ar-Raji’ terdapat  sambutan yang baik kepada ajaran Islam. Lalu Rasulullah sa.w menghantar 6 orang sahabat (menurut riwayat imam Bukhari 10 orang sahabat) di mana Mar’id bin Abi Mar’id dilantik menjadi ketua kepada rombongan pendakwah tersebut. Malangnya apabila sampai di ar-Raji’, rombongan pendakwah ini telah dikepung oleh tentera musuh yang sememangnya memasang perangkap untuk menculik pendakwah Islam bagi diserahkan kepada kafir Quraisy Mekah bagi tukaran termasuk membebaskan tawanan perang. Sebahagian besar rombongan pendakwah ini tidak mahu menyerah diri kepada musuh sehingga gugur syahid. Manakala 3 yang sanggup menerima syarat musuh pula telah dijual kepada kafir Quraisy dan turut gugur syahid dibunuh oleh pembeli mereka yang sememangnya benci terhadap Islam.  Peristiwa ini memberi pengajaran besar kepada kita semua bagaimana dalam memperjuangkan Islam mesti berdepan dengan pelbagai helah musuh termasuk diculik dan dipaksa untuk belot kepada perjuangan Islam. Hanya golongan yang benar-benar teguh iman dan kesabarannya sahaja yang tidak akan sekali-kali menjual agama dengan dunia, tidak mengkhianati amanah rakyat demi kepentingan diri sendiri

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sejarah Islam turut mencatatkan bagaimana bulan Sofar tahun 656 Hijrah, tentera Tartar Monggol yang berasal dari hujung negara China yang diketuai oleh Halagu telah datang menyerang Kota Baghdad dan menghancurkannya sehingga jatuhnya Kerajaan Abbasiyah setelah 5 kurun memerintah berpusat di Baghdad  yang ketika itu diperintah oleh al-Musta’sim. Kejatuhan kerajaan Islam itu akibat perpecahan umat Islam, ajaran Islam yang menyeluruh diabaikan sehingga ramai yang hanyut dengan hiburan yang melalaikan. Malah ada seorang menterinya yang dikenali dengan ’Alqami telah berpaling tadah dengan meminta pertolongan daripada Halagu pemimpin tentera Tartar untuk menyerang Baghdad. Kita dapat melihat bagaimana perbuatan berpaling tadah dan belot daripada perjuangan sentiasa berlaku sekiranya berjuang untuk takhta dan harta tetapi ia jarang berlaku apabila diikat kukuh dengan ikatan aqidah yang kuat. Oleh itu kita mesti berhati-hati dalam memilih wakil atau pemimpin kita supaya tidak diserahkan kepada golongan yang sanggup menggadai maruah apatah agama demi keuntungan dunia dan nafsunya.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah ,

Pertembungan antara iman dan kufur terus berlangsung, pertentangan antara Islam dan jahiliah terus berlaku, percanggahan antara hak dan batil terus terjadi. Oleh itu kita umat Islam tidak mempunyai masa untuk berehat kerana tugas kita lebih banyak daripada masa yang ada. Hadapan kita ada antara 2 pilihan samada berjuang atau hidup sebagai hamba kepada musuh Islam, kembali kepada sistem Islam atau menjadi penyembah kepada sistem musuh Islam. Akhirat pula kita akan mendapat balasan Syurga jika berjuang untuk Islam sebaliknya menjadi bahan bakaran api neraka sekiranya menjadi petualang yang mengkhianati agama.

Kita dapat lihat sendiri bagaimana zionis yahudi telah merancang lebih 100 tahun untuk menguasai dunia iaitu bermula pada tahun 1897 hingga kini di mana mereka telah membahagikan kepada 2 fasa. Fasa pertama bermula tahun 1897 hingga 1947 yahudi mesti mempunyai sebuah negara berdaulat dimana ia telah berjaya dengan terdirinya negara haram Israel di bumi Palestin pada tahun 1948. Cuma fasa kedua iaitu 1947 hingga 1997 untuk menguasai seluruh dunia dengan terdirinya Israel Raya belum lagi berjaya sehingga tersasar hampir 12 tahun. Yahudi antaranya menggunakan formula 5F dalam menghancurkan umat Islam iaitu :

[1] Filem dimana bukan sahaja yahudi dapat mengaut keuntungan malah merosakkan aqidah Islam sehingga adanya laporan suatu kajian ilmiah yang dijalankan di mana ramai remaja Islam yang terlibat dengan pemujaan Syaitan seperti Black Metal, Jangan Ikut Tuhan (JIT) dan sebagainya antaranya disebabkan pengaruh filem. Begitu juga seks bebas dan sikap negatif yang ditanam melalui filem tajaan yahudi.

[2]Famili (keluarga) dengan menanamkan budaya hidup bebas dalam keluarga Islam sehingga berleluasanya perbuatan bersedudukan dengan suami atau isteri orang, anak-anak dibiarkan mendedah aurat dan bergaul bebas tanpa batasan

[3]Fesyen pakaian dengan memperkenalkan fesyen yang mendedah aurat dan mengghairahkan di mana setiap fesyen yang ditayangkan melalui filem terus dipasarkan secara meluas dengan harga yang murah. Umat Islam terus memakai pakaian yang menjolok mata dengan perasaan bangga kerana dianggap memakai pakaian mengikut peredaran masa. Pakaian yang mengikut kehendak syarak dihina malah diperangi habis-habisan sehingga pernah berlaku pekerja yang bertudung dibuang kerja, larangan memakai serban di tempat kerja dan pengajian sehingga ada pelajar sekolah dipecat malah akhir-akhir ini penunggang motosikal yang berserban dipandang seperti penjenayah berbanding mat rempit. Keadaan ini amat membahayakan kerana kita sedia maklum bahawa undang-undang jalanraya membenarkan umat Islam memakai serban semasa menaiki motosikal tetapi akibat tafsiran makna lebai yang kabur menyebabkan sesiapa yang tidak diakui sebagai lebai akan disaman sedangkan sijil atau dokumen untuk lebai belum pernah dikeluarkan oleh mana-mana agensi atau jabatan. Kita doakan semoga tafsiran makna lebai lebih mesra Islam bukannya berada bawah tempurung sekuler yang lebih hormat serban sikh daripada Islam. Begitu juga ketika orang yang tidak menutup aurat dikenakan tindakan seperti saman maka bangkitnya pejuang hak asasi manusia dalam membela mereka sedangkan bila pakaian yang disuruh oleh agama dihina dan disekat pemakaiannya maka tiada siapa yang bangkit secara bersama untuk mempertahankannya. Masyarakat telah diyahudikan pemikiran dan cara berpakaiannya sehingga Islam ditendang jahiliah dijulang. Ingatlah amaran nabi s.a.w melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said al-Khudri:

قال الرسول e  : لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ اَّلذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاٍع حَتَّى لَوْدَخَلُوْا فِى حُجْرِ ضَبٍّ لاتبَّعْتُمُوْهُمْ قُلْنَا : يارسولَ الله آليَهُوْدُ وَالنَّصَارَى؟. قَالَ : فَمَنْ ؟

Maksudnya: Kamu akan mengikut jejak langkah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang dhob nescaya kamu pun akan turut mengikuti mereka. Para sahabat bertanya : “ Ya Rasulullah! Adakah Yahudi dan Nasrani?. Nabi bersabda: Siapa lagi kalau tidak mereka

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Senjata yahudi ke-[4] ialah Fun (hiburan) di mana hiburan yang melampau terus dihidupkan sehingga banyak masa umat Islam dihabiskan untuk berbincang perkara berkenaan artis dan filem sedangkan masalah yang besar diabaikan. Umat Islam berasa senang hati untuk hadir program hiburan serta merasakan suatu siksaan dan deraan bila diminta menghadiri majlis keagamaan dan program dalam menggerakkan kerja-kerja Islam

[5] Food (makanan) di mana umat Islam kini lebih berselera untuk menjamu makanan yang dihasikan oleh jenama yahudi dan sekutunya berbanding produk umat Islam sendiri. Kita mesti sedar bagaimana adanya usaha mengedarkan gandum yang diproses di Israel yang dicampur dengan bahan untuk memandulkan manusia. Pernah berlaku di Mesir dan Jordan pengedaran telur ayam Israel yang disuntik ubat mandul. Jangan biarkan kita mandul semangat melawan Israel dan mandul keturunan kerana banyak menjamu selera makanan dan minuman yahudi. Renungilah suatu petikan kitab yahudi :“Angka kelahiran orang bukan Yahudi harus dikurangkan sekecil mungkin.”  ………Firman Allah dalam  ayat 45 surah al-Anfal:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu memerangi pasukan musuh maka teguhkan hatimu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beroleh kemenangan

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

65. IKTIBAR PEPERANGAN MAZAR 12 HIJRAH

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  261 surah al-Baqarah :

مثل الذين ينفقون أمولهم فى سبيل الله كمثل حبة أنبتت سبع سنابل فى كل سنبلة مائة حبة  والله يضــعف لمن يشاء والله وسع عليم

Maksudnya : Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya        

Kita kini berada pada bulan Sofar yang turut mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk direnungi bersama oleh umat Islam. Antaranya peristiwa Peperangan Al-Mazar yang telah berlaku pada bulan Safar tahun 12 Hijrah. Ia meletus akibat daripada peperangan Zat As-Salasil yang berlaku sebelum itu yang menyebabkan terbunuhnya panglima perang Parsi dianggap tidak memadai untuk mengecewakan maharaja Parsi, lalu peperangan Al-Mazar dicetuskan sebagai peperangan tambahan dalam melemahkan lagi kekuatan tentera Parsi. Sayyidina Khalid bin Al-Walid r.a telah telah diberi tanggungjawab yang besar iaitu memikul amanah sebagai panglima tentera Islam di mana tentera Islam di bawah pimpinannya ini telah bertempur dengan tentera Parsi yang mempunyai bilangan yang ramai dan dipimpin oleh seorang panglima yang bergelar Qorin. Di dalam peperangan Al-Mazar ini tentera Parsi berjaya dikalahkan oleh tentera Islam, malah Parsi terpaksa mengorbankan seramai 30,000 tentera. Belum lagi keletihan yang di alami oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid hilang di dalam peperangan Al-Mazar itu, mereka telah memasuki satu peperangan lain melawan tentera Parsi yang besar di akhir bulan Safar yang dikenali sebagai peperangan Alis. Di dalam peperangan Alis ini sekali lagi tentera Parsi terpaksa mengalami kerugian yang besar walaupun mereka membekalkan dengan kekuatan ketenteraan yang begitu ramai, di mana Parsi terpaksa mengorbankan sejumlah 70,000 tenteranya. Boleh dikatakan kesemua peperangan yang dilancarkan oleh tentera Islam bagi menghadapi kekuatan tentera Parsi adalah di dahului dengan perancangan yang halus, iaitu selama mana musuh menggunakan kekuatan tentera yang cukup besar, maka peperangan secara bertalu-talu digunakan dalam tempoh waktu yang lama. Tentera Islam menunggu sehingga pihak musuh menjadi lemah akibat kerosakan dan penderitaan semasa perang barulah serangan secara menyeluruh dapat dilakukan di mana akhirnya tentera Islam berjaya mencapai kemenangan

            Kemenangan yang besar ini telah membolehkan tentera Islam melemahkan kekuatan Empayar Parsi yang merupakan antara kuasa besar dunia pada masa itu. Kekuatan aqidah dan ikatan kukuh kepada Allah serta bersatunya umat Islam di bawah panji kalimah suci

 لاإِلهَ إِلا اللهُ مُحَمًَّد َرَسُوْلُ اللهُ    telah mendatangkan pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dijanjikan. Walau pun Rasulullah s.a.w telah pun wafat namun usaha di dalam menyebarkan dakwah Islam terus dijalankan malah janji kemenangan daripada Allah dan rasulNya bahawa kuasa Rom dan Parsi akan jatuh telah menyemarakkan lagi semangat jihad umat Islam untuk melihat Islam merajai dan memimpin dunia. Jumlah yang kecil bukan bererti lemah tetapi apa yang paling penting ialah keimanan kepada Allah serta keikhlasan diri dalam memperjuangkan agama Islam yang suci.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

            Apabila kita melihat kepada catatan sejarah Islam maka kita dapati bagaimana kehebatan Sayyidina Khalid ibnu Walid dalam mengetuai peperangan samada ketika belum Islam atau selepas keislamannya. Peperangan Uhud telah menukilkan bagaimana Khalid bin Walid yang belum lagi memeluk Islam pada masa itu telah diberi tanggungjawab dalam mengetuai angkatan berkuda kuffar Quraisy sehingga dengan perancangannya yang rapi telah menyebabkan tentera Islam tewas. Setelah beliau memeluk Islam maka seluruh kebijaksanaannya terutama dalam peperangan telah dicurahkan untuk perjuangan Islam. Sebelum kewafatan Rasulullah s.a.w, Sayyidina Khalid Ibnu Walid mula menjadi panglima perang Islam dalam peperangan Mu’tah  melawan tentera Rom setelah  ketiga-tiga panglima yang dilantik oleh Rasulullah s.a.w  telah gugur syahid dalam peperangan ini. Kehebatan dan ketangkasan Khalid Ibnu Walid begitu terserlah apabila kebanyakan peperangan melawan Rom dan Parsi yang diketuainya telah berjaya sehingga ketaatan dan keikhlasannya pernah diuji oleh Khalifah Uthman bin Affan di mana beliau telah membuat tindakan mengejut dengan melucutkan jawatan Khalid Ibnu Walid  sebagai panglima perang dalam peperangan Yarmouk. Sayyidina Umar yang baru dilantik menjadi khalifah setelah kewafatan Sayyidina Abu Bakar telah membuat keputusan yang membahayakan ini ketika pertempuran sengit sedang berlangsung. Namun begitu Khalid Ibnu Walid menerima arahan itu dengan tenang malah memberi kerjasama yang sebaiknya kepada panglima Islam yang baru dilantik sehingga kerjasama mereka telah berjaya menyembunyikan pemecatan itu daripada pengetahuan tentera Islam sehingga berjaya mencapai kemenangan gemilang. Ketika ditanya mengenai pemecatan ini lalu Sayyidina Umar menjawab bahawa beliau begitu bimbang jika tentera Islam hanya bersemangat untuk berperang kerana dipimpin oleh Khalid Ibnu Walid dan juga risau jika Khalid Ibnu Walid  semakin lupa kepada pertolongan Allah yang lebih utama berbanding kehebatan dirinya yang sentiasa diberikan kemenangan. Sikap taat kepada Allah dan patuh kepada pemimpin telah menjadikan Khalid Ibnu Walid seorang yang disanjung. Malah Khalid Ibnu Walid pernah menempelak golongan yang takut pergi berjihad di medan perang kerana takut mati dengan katanya : “ Sungguh hina mereka takut berperang kerana takut mati sedangkan aku pernah menyertai ratusan peperangan dengan harapan aku mati syahid tetapi akhirnya aku hanya mati di atas katil sahaja”.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bulan Sofar turut memahat peristiwa tentang kematian panglima Islam Solehudin al-Ayyubi yang terkenal dengan jasanya yang begitu besar dalam membebaskan masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis daripada cengkaman Empayar Rom. Keimanan yang tinggi kepada Allah dan rasulNya serta keyakinan dengan janji Allah bahawa Masjid al-Aqsa bakal dibebaskan daripada cengkaman kesesatan dan kezaliman telah menyemarakkan lagi semangat Solahuddin al-Ayyubi bersama tentera Islam untuk terus berjuang dalam membebaskan Baitul Maqdis. Solahuddin al-Ayyubi yang berbangsa Kurdi dan anak kelahiran Tikrik, Iraq yang juga tempat lahir Saddam Husein telah melakukan pelbagai perancangan dalam menawan semula Baitul Maqdis milik umat Islam. Kekalahan pemimpin dan tentera Islam sebelum ini tidak pernah melunturkan semangat jihad beliau dalam memperjuangkan Islam dan membebaskan Baitul Maqdis. Selain membina kubu hampir di kesemua negara keliling Baitul Maqdis, beliau turut menggulingkan raja-raja yang lebih mementingkan kepentingan diri daripada memperjuangkan Islam. Ketika hampir berjaya menawan Baitul Maqdis setelah banyak kali dipatahkan oleh tentera Rom maka Solahuddin al-Ayyubi  telah memeriksa setiap khemah tenteranya dan didapati ramai dikalangan tenteranya sedang solat tahajjud dan membaca al-Quran serta sedikit daripada mereka yang tidur. Lalu keesokan harinya beliau telah mengarahkan agar tenteranya yang tidur supaya tidak turut serta dalam serangan kerana hanya tentera yang sentiasa dekat dengan Allah sahaja yang diperlukan dalam mengalahkan musuh. Akhirnya Allah mendatangkan kemenangan yang gemilang yang terus dikenang sehingga hari ini setelah segala syarat kemenangan telah dipenuhi dengan penuh keikhlasan kepada Allah.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Melalui contoh yang ditunjukkan oleh 2 panglima Islam yang agung itu maka seluruh umat Islam wajib mengikuti cara mereka antaranya kembali bersatu di bawah panji Islam, yakin terhadap janji kemenangan daripada Allah serta berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya dengan penuh keikhlasan kepada Allah. Penderitaan umat Islam serta penjajahan baru terhadap negara umat Islam pada hari ini tidak mampu dihentikan oleh umat Islam yang berpecah dan jauh daripada ajaran Islam yang sebenar. Malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat serta pejuang Islam silam bukan memperolehi kemenangan dengan mudah sebaliknya terpaksa berkorban jiwa raga barulah kemenangan diraih. Kemenangan Islam bukan mudah diperolehi semata-mata bilangan yang ramai dan kuat pada kelengkapan senjata semata-mata sedangkan aqidah umat Islam begitu lemah yang menyebabkan ramai di kalangan umat Islam lebih suka tunduk kepada kuffar daripada berjuang untuk Islam. Malah bumi Iraq hari ini mudah dijajah kerana umat Islam berpecah malah ada yang sanggup membantu musuh untuk menjajah dan ramai pemimpin yang tahu bersuara lantang tetapi dalam masa yang sama terus sujudk di kaki musuh. Amerika sehingga kini gagal membuktikan mengenai senjata pemusnah dan kimia milik Iraq dan mereka hanya berjaya menggulingkan Saddam Husein tetapi belum mampu menangani masalah kepimpinan yang baru di Iraq. Amerika tidak layak bercakap tentang demokrasi kerana merekalah yang pernah mencabul sistem demokrasi di Algeria dan Turki apabila gerakan Islam mendapat kejayaan. Amerika juga tidak layak bercakap bahawa mereka sahaja mampu menggulingkan Saddam sedangkan menurut seorang tokoh gerakan Islam Iraq bahawa jika sekadar mahu menggulingkan Saddam maka  gerakan Islam Iraq sendiri sudah mampu melakukannya sejak 10 tahun lalu. Memandangkan keadaan rakyat Iraq yang berpecah mengikut bangsa terbesar kepada Arab dan Kurdi dan mengikut mazhab kepada Sunni dan Syiah maka penggulingan Saddam lebih memburukkan suasana sedangkan rakyat sendiri berpecah pula kepada pro-Islam, ideologi kebangsaan, sosialis, komunis dan lain-lain disamping Iraq terus menjadi rebutan penjajah luar serta dikenakan sekatan ekonomi. Kebanyakan ulama’ Iraq berpendapat lebih kurang mudharat dengan membiarkan Saddam memerintah manakala gerakan Islam terus menyedarkan rakyat Iraq agar kembali kepada Islam yang membolehkan pemerintahan Islam yang bakal naik selepas itu mudah untuk memerintah apabila  rakyat Iraq semakin faham dengan ajaran Islam yang menyeluruh. Penjajahan terhadap Iraq dan amaran keras terhadap Syria serta Iran mendedahkan lagi hasrat jahat yahudi untuk menguasai bumi Arab bagi menjayakan pembinaan negara Israel Raya dengan memperkudakan kuasa Kristian Amerika serta memandulkan peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Umat Islam mesti berhenti daripada berpecah agar musuh tidak terus memerintah dan meratah kita. Umat Islam mesti kembali bersatu agar usaha jahat musuh menjadi buntu. Kembalilah kita kepada Islam agar kita terus dimuliakan oleh Allah di dunia dan akhirat.

Ingatlah firman Allah   ayat 74 surah al-Nisa’ :

فليقــتل فى سبيل الله الذين يشرون الحيــوة الدنيا بالآخرة ومن يقــتل فى سبيل الله فيقتل أو يغلب فسوف نؤتيه أجرا عظيما

Maksudnya : Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ