• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3












  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,687,235 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,429 other followers

Berqiblatkan Islam Membina Masa Depan Gemilang


السلام عليكم

الحَمْدُ
للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى
الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا
اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
…أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ
وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai
hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya
menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar
kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita
kepada  Allah  dengan  melakukan  segala
suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang
ditegahNya.

Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 144 surah al-Baqarah :

قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاء
فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ
الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّواْ وُجُوِهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ
الَّذِينَ أُوْتُواْ الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ
وَمَا اللهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ

Maksudnya : Sesungguhnya Kami lihat engkau sentiasa
mengadah ke langit, maka Kami palingkan engkau (menghadap) ke kiblat yang
engkau ingini. Sebab itu, palingkanlah mukamu ke pihak Masjidil Haram. Dan di
mana saja kamu berada, hadapkanlah mukamu ke pihaknya. Dan sesungguhnya orang
yang diberi kitab mengetahui bahawasanya itu adalah kebenaran daripada Tuhan
mereka. Dan Allah tidak lalai terhadap apa pun yang kamu kerjakan.

Kini kita berada pada minggu ketiga bulan Sya’aban yang
pernah melakar beberapa peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya peristiwa
perubahan Qiblat daripada mengadap ke arah Masjid al-Aqsa di Palestin ketika
mula-mula sampai di Madinah kepada mengadap Ka’abah di Masjidil Haram, Mekah
selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w memohon daripada Allah. Pertukaran
qiblat ini telah menghentikan ejekan kaum yahudi terhadap nabi Muhammad s.a.w
dan para muslimin kerana yahudi menganggap baginda tidak benar serta tidak
tetap pendirian kerana terpaksa menghadap ke arah qiblat yang sama dengan
yahudi iaitu Baitul Maqdis. Peristiwa ini memberi pengajaran besar kepada umat
Islam agar kita mesti memerdekakan diri kita daripada mengikut jejak langkah
musuh Islam terutama yahudi dan Kristian dalam setiap aspek kehidupan samada
dalam sistem ekonomi, sosial, politik, perundangan dan sebagainya. Selagi
sistem yang digunakan oleh oleh umat Islam masih berqiblat kepada sistem kuffar
maka selagi itulah kita terus mundur dan terjajah dalam negara sendiri.

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah ,

Firman Allah dalam ayat 149 surah Ali ‘Imran :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تُطِيعُوا
الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ فَتَنقَلِبُوا خَاسِرِينَ

Maksudnya : Wahai
orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya
mereka akan mengembalikan kamu kepada kekufuran, lalu jadilah kamu orang-orang
yang rugi.

Kejahilan terhadap agama sendiri merupakan antara punca terbesar
kepada berlakunya kehilangan identiti umat Islam terutama aqidah dan akhlak. Kita
begitu bimbang bila masalah murtad terutama di Sabah kebanyakannya akibat salah
faham terhadap ajaran Islam di mana mereka hanya terikut-ikut dengan Islam bawaan
datuk nenek mereka yang sekadar mengucap 2 kalimah syahadah sahaja tetapi bila
diajar tentang solat, puasa dan cara hidup Islam yang lain menyebabkan mereka menganggap
Islam ini adalah ajaran baru dan susah lalu mereka memohon untuk keluar daripada
Islam beramai-ramai. Lebih menggerunkan apabila adanya laporan bahawa pihak Kristian
mempunyai maklumat yang begitu lengkap berkenaan lokasi dan pecahan etnik di seluruh
Sabah untuk mengembangkan Kristian ketika umat Islam terkial-kial dengan masalah
tersendiri. Kegagalan dalam membina identiti muslim sebagaimana yang digariskan
oleh al-Quran dan hadis nabi juga menyebabkan ramai umat Islam terperangkap pada
sarang labah-labah ciptaan Yahudi dan Kristian atau singkatannya SPIDER. Senjata
musuh Islam dalam menghancurkan umat Islam antaranya [1]
Sex dengan menggalakkan hubungan bebas sehingga meluasnya penzinaan. Yahudi
berkata dalam protokol mereka : “ Kita mesti bekerja untuk merosakkan akhlak di
setiap tempat. Dengan itu penguasaan kita akan mudah dicapai. Kita akan terus
membentangkan teori hubungan seks sejelas-jelasnya supaya tidak ada suatu pun
yang dianggap suci pada pandangan pemuda. Hasilnya ialah memuaskan hawa nafsu
seks adalah matlamat mereka. Ketika itu akan runtuhlah akhlak mereka”. Begitu
juga kata pemimpin penjajah Kristian : “ Gelas arak dan pelacur amat berperanan
dalam menghancurkan umat Muhammad lebih daripada apa yang dilakukan oleh seribu
meriam. Oleh itu tenggelamkan mereka ke dalam cintakan kebendaan dan syahwat”. Pemimpin
lebih berminat untuk mengembang mata pelajaran seks ala barat iaitu zina tidak
salah asalkan jangan mengandung sedangkan pintu zina terus terbuka luas. Pemimpin
hanya berminat untuk berubat penyakit yang telah parah daripada menyekat punca
penyakit.

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah ,

Firman Allah dalam ayat 71 surah al-Mukminun :

وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ
وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُم
بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَن ذِكْرِهِم مُّعْرِضُونَ

Maksudnya : Dan sekiranya kebenaran itu tunduk
menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala
yang adanya. (Bukan sahaja Kami memberikan ugama yang tetap benar) bahkan Kami
memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan
kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka tidak
juga mahu menerimanya;

Senjata musuh Islam seterusnya ialah [2] Politic
dengan menjadikan kuasa untuk mengaut
keuntungan bukan sebagai suatu amanah di mana akhirnya kekayaan negara dibahagi
sesama kroni sedangkan rakyat jelata dihimpit kenaikan harga barang dan bebanan
hidup yang menyusahkan. [3] Ideology yang bertentangan dengan Islam
disebarkan termasuk atas nama Islam seperti Islam Liberal sehingga akal menjadi
rujukan utama yang menyebabkan segala sistem Islam yang bercanggah dengan hawa nafsu
ditolak sebaliknya sistem barat walau pun jelas zalim dan merbahaya diagung-agungkan
. Musuh juga memastikan senjata berbentuk [4] Drug dengan
memastikan umat Islam dihancurkan dengan bahan memabukkan terutama dadah dan
arak. Apabila tengkorak hidup memenuhi negara maka penjajahan kuffar terus
berlangsung tanpa tentangan. Ibarat kata Syair : ‘Hanya
saja bangsa itu kekal selama berakhlak. Bila akhlaknya telah lenyap maka lenyap
pulalah bangsa itu’. Senjata
ke-[5]
Education dengan memastikan penjajahan terhadap sistem pendidikan
lebih berkiblatkan barat dan kurangkan pengajian agama. Pemerkasaan ilmu
agama samada di sekolah mahu pun universiti masih lagi gagal dilaksanakan
sehingga masalah buta al-Quran dan buta agama terus meningkat. Apa yang lebih
malang apabila adanya negara umat Islam yang tunduk pada kehendak yahudi agar
dibuang bab jihad dan kejahatan yahudi dalam sukatan pengajian sedangkan di
Israel sendiri bermula daripada pra sekolah hinggalah peringkat tinggi ditanam
sikap membenci umat Islam dan cara memerangi Islam. Seterusnya senjata
berbentuk [6] Rock dengan menghanyutkan umat Islam dengan hiburan
melalaikan sehingga jauh daripada petunjuk Allah. Minggu ini kita disajikan
dengan 2 keadaan berbeza iaitu jika kerajaan Kedah melaksanakan undang-undang
melarang umat Islam daripada memasuki pusat hiburan sepanjang Ramadhan manakala
kerajaan Melaka pula memanjang waktu berhibur sehingga jam 3 pagi. Kita bimbang
di Melaka bukan sahaja akan bertambah sekolah mengandung malah terpaksa pula
dibuka kolej dan universiti mengandung akibat tindakan yang tidak bertamadun atas
alasan untuk menarik pelancong akhirnya menambah jumlah pelacur. Tidak terlepas
pandang untuk kita mengutuk tangan-tangan ghaib yang cuba mempertikaikan
pengharaman judi di Kelantan apabila ada kes yang dibawa di mahkamah dalam
masalah ini.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Setelah faham dan sedar tentang
perancangan jahat musuh Islam yang tidak pernah serik daripada menghancurkan
Islam dan umatnya maka kita wajib berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam
melawannya. Jangan biarkan hati kita menjafi keras sehingga mudah dikuasai oleh
hawa nafsu dan syaitan. Antara tanda hati keras ialah [1] Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
terutama melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan kewajipan
ditetapkan itu seperti tidak serius menunaikan solat atau berasa berat
melaksanakan ibadah sunnah. [2] Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran.
Ketika disampaikan ayat berkenaan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak
terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk dan lalai daripada
membaca al-Quran serta mendengarkannya. [3] Berlebihan mencintai dunia
dan melupakan akhirat. Segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia
semata-mata. [4] Kurang mengagungkan Allah sehingga hilang rasa cemburu
dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah diperlecehkan orang. Tidak mengamal yang
makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa. [5] Tidak
belajar dengan ayat kauniah iaitu tidak terpengaruh dengan peristiwa yang dapat
memberi pengajaran seperti kematian, sakit atau bencana. Dia memandang kematian
atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah
kematian itu sebagai biasa.

Firman Allah dalam ayat 2-3 surah al-Anfal :

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ
اللَّـهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ
إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ ﴿٢﴾الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ
يُنفِقُونَ

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna
imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya)
gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,
menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka
berserah. (2)Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang
mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.

بَارَكَ اللهُ
لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ
مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ
وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: