• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,678,031 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,416 other followers

Isra’ Mikraj dan Pembebasan Masjid Aqsa


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ :

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

            Setiap kali tibanya bulan Rejab maka umat Islam sentiasa diperingatkan berkenaan suatu peristiwa penting yang telah berlaku terhadap diri Rasulullah s.a.w iaitu Isra’ dan Mikraj di mana melalui peristiwa inilah maka umat Islam diwajibkan agar mendirikan sembahyang lima waktu sehari semalam. Isra’ yang merupakan perjalanan nabi pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa manakala Mikraj pula merupakan perjalanan nabi dari Masjidil al-Aqsa ke langit tertinggi di mana peristiwa ini yang merupakan antara mukjizat nabi Muhammad s.a.w telah berlaku terhadap tubuh dan ruh Rasulullah s.a.w secara serentak. Peristiwa ini telah menguji keimanan umat yang telah pun beriman dan juga kepercayaan mereka yang terus memusuhi baginda dari dulu hingga kini. Peristiwa ini begitu penting untuk diambil pengajaran sewajarnya terutama dalam memikirkan kekuasaan Allah yang berkuasa melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya termasuk memperjalankan nabi Muhammad s.a.w dalam masa yang suatu masa yang singkat ke tempat yang begitu jauh

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

فرمان الله تعالى دالم أية    82   سورة المائدة :

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُواْ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الَّذِينَ قَالُوَاْ إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ

Maksudnya :  Sesungguhnya kamu dapati mereka yang paling keras permusuhannya terhadap orang mukmin ialah orang yahudi dan orang musyrik. Dan sesungguhnya kamu dapati orang yang paling dekat persahabatannya dengan orang beriman ialah orang yang berkata : “ Sesungguhnya kami ini orang Kristian”. Demikian itu disebabkan ada di antara mereka itu, terdapat pendeta dan rahib, (juga) kerana mereka tidak menyombong diri.

Setiap kali membicarakan peristiwa Isra’ Mikraj maka tidak terlepas untuk menyentuh berkenaan kedudukan bumi Isra’ itu sendiri iaitu Baitul Maqdis dan Masjid Aqsa yang kini dijajah oleh yahudi laknatullah. Pada tahun ini umat Islam memperingati Nakbah atau malapetaka yang menimpa umat Islam Palestin yang sehingga kini terus menderita sejak  60 tahun yang lalu. Pada 31 Ogos 1897 merupakan tarikh Persidangan Basel, Swisszerland  iaitu permulaan kepada sejarah tercetusnya gerakan untuk menubuhkan sebuah Negara untuk umat Yahudi . Ini diekori dengan Deklarasi Balfor untuk merealisasikan hasrat ini di mana pada 15 Mei 1948 negara Israel diisytiharkan yang didokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat. Tepat 15 hb Mei 2008 baru lalu maka genaplah 60 tahun  berlaku peristiwa Nakbah iaitu peristiwa malapetaka ke atas rakyat Palestin. Pada 15 hb Mei 1948 itu tentera Zionis Israel telah melancarkan pembersihan etnik iaitu sejumlah 750,000 orang  atau tiga perempat populasi daripada rakyat Palestin dihalau keluar dari kediaman mereka. Mereka telah dipaksa menjadi pelarian dalam negara Palestin sendiri dan negara-negara jiran yang kini telah mencecah lebih 4.5 juta orang. Kini sudah 6 dekad pelarian Palestin hidup dalam kemiskinan dan penafian keperluan asasi yang sangat parah.

Mereka terpaksa hidup tanpa makanan yang mencukupi , tanpa tempat tinggal , tiada pekerjaan , pendidikan dan kemudahan rawatan. Nasib mereka hingga kini tidak dipeduli oleh masyarakat antarabangsa yang didominasi oleh Amerika Syarikat. Sebagai hasil gerakan Zionis Yahudi ini , sekarang bumi Palestin telah dicerobohi oleh 6 juta orang Yahudi  sementara  5 juta rakyat Palestin sendiri menjadi pelarian di  sekitar negara-negara di Timur Tengah . Sebanyak 80 kem pelarian kini menampung 1 juta pelarian Palestin di Jordan , Lebanon dan Syria.

Sidang Jumaat Yang diberkati Allah ,

قَالَ الرَّسُوْلُ e  : مَنْ قُتِلَ دُوْنَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دِيْنِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ –  رواية الترمذي دان النسائي

Maksudnya: Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya maka dia adalah mati syahid dan sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya maka dia adalah mati syahid

            Perpecahan di kalangan pemimpin dan umat Islam telah membuka ruang yang luas kepada zionis yahudi untuk terus mengganas di bumi Palestin. Kebanyakan umat Islam di negara arab sekeliling bumi Palestin lebih seronok berbicara berkenaan hiburan, sukan dan perkara yang melalaikan daripada membincangkan isu Palestin. Perasaan persaudaraan yang semakin longgar akibat semangat kebangsaan yang kuat disamping tidak merasakan bahawa isu Palestin adalah isu umat Islam bukannya isu rakyat Palestin sahaja. Perasaan tidak menghargai betapa bernilainya Masjid Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam turut menjadi punca utama kepada penerusan tindakan zalim dan ganas yahudi terhadap saudara seagama kita di Palestin. Penyakit takut kepada mati dan tamak kepada habuan dunia yang membarah dalam diri umat Islam juga membuka luas ruang kepada musuh Islam untuk membunuh umat Islam tanpa rasa takut dan bimbang. Perasaan inilah yang merebak hingga ke negara kita sehingga pemimpin tidak berasa malu menggadaikan Pulau Batu Putih kepada Singapura tanpa kesungguhan yang secukupnya dalam mempertahankannya. Jika pulau yang dalam laut telah digadai maka kita bimbang sebahagian bumi Johor turut digadai tanpa rasa bersalah demi mengejar keuntungan.

 

Sidang jumaat yang dikasihi Allah ,

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ قَالَ : لاَتَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ المُسْلِمُوْنَ اليَهُوْدَ فيقتلهم المُسْلِمُوْنَ حَتَّى يَخْتَبِيْءَ اليَهُوْدِيُّ مِنْ وَرَاءِ الحَجَرِ وَالشَّجَرِ  فَيَقُوْلُ الحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ : يَا مُسْلِمُ يَاعَبْدَاللهِ هَذَا يَهُوْدِيُّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ إَلاَّ الغَرْقَد فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ اليَهُوْدِ.

Maksudnya : Tidak berlaku qiamat sehingga orang Islam memerangi kaum yahudi maka mereka akan diperangi oleh orang Islam sehingga yahudi akan bersembunyi di sebalik batu dan pokok lalu berkatalah batu atau pokok :Wahai orang Islam hamba Allah! ini dia yahudi dibelakangku maka datanglah dan bunuhlah dia melainkan pokok gharqad maka sesungguhnya ia merupakan pokok yahudi.

Kita juga perlu mengambil berat berkenaan 3 juta rakyat Palestin menjadi banduan di penjara terbesar di dunia apabila mereka di kepung oleh tentera Israel di Palestin dengan tembuk sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi . Lebih 11 000 rakyat Palestin dipenjarakan di Israel  sehingga ada yang dipenjara sehingga 30 tahun. Penjara Israel ini menyaksikan pelbagai tindakan kejam yang dilakukan terhadap banduan sehingga ramai yang mati. Bila mengingati kekejaman penjara Israel ini maka tidak lupa untuk kita mengutuk kekejaman terhadap tahanan ISA yang diperlakukan seperti binatang. Malah ada tahanan yang terpaksa bercerai dengan isteri akibat tekanan yang dahsyat ini. Apa yang terbaru ialah seorang mangsa ISA tidak dapat melihat anaknya yang koma akibat terjatuh tangga pada saat-saat akhir kehidupannya. Sempena hari Jumaat yang mulia ini maka untuk sekian kalinya kita mendesak pemimpin agak membebaskan semua tahanan ISA atau bicarakannya di mahkamah jika mereka benar-benar bersalah. Kita juga mendesak agar pemimpin menarik balik kebenaran kepada 2 warga Israel yang bakal datang bersama pasukan bolasepak Chelsea untuk mengotori bumi Malaysia. Sayangilah bumi dan umat Islam Palestin dan pulaukanlah penjenayah zionis yahudi.

Sama-sama kita laungkan خَيْبَرْخَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ: Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Satu Respons

  1. askm.sekadar perkongsian, sy yang bertugas di dalam penjara berjumpa dengan ramai penagih dan pengedar dadah melayu islam yang menjadi hamba kepada tokey2 dadah cina yang berselindung disebalik tabir orang2 politik cina. Banduan yg tertangkap berkata bahwa tokey2 ini tidak akan tertangkap kerana dia hanya memberi arahan dengan mulut dan melayu2 ini yang bergerak mengikut arahan, yang akhirnya membawa kpd penangkapan mereka.
    Bagi saya, ISA bagus kpd tokey2 ini kerana maklumat cukup tetapi pendakwaan tidak dapat dilakukan. Buat pengetahuan Yg berbhg ustaz, ISA banyak dihuni oleh orang2 ini . kerana jika tidak mereka akan mengrekrut orang melayu islam yg baru utk kerja kotor mereka.
    Apa yang tidak baiknya, ISA juga digunakan utk mengawal pengaruh politik pemerintah. Buat pencerahan ust, tahanan ISA dilayan secara ‘first class prisoner’ .saya tidak tahu Yg Berbhg ustaz rujuk dimana “tahanan ISA yang diperlakukan seperti binatang”, cuma nasihat saya , ustaz perlu bertanya dengan jelas kpd bekas tahanan dan pegawai penjara yang bertugas disana kerana al fakir takut kita menghebahkan sesuatu yang di sampaikan secara tidak jujur. wallahu a’lam.
    Maaf jika saya tersalah kata cuma sebagai teguran diatas kalimah tauhid. Assalamualaikum

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: