• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Isra’ Mikraj DiHayati, Solat DiHargai, Kemenangan DiRai

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ :

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Setiap kali berada pada bulan Rejab maka kita tidak lekang daripada memperkatakan tentang suatu peristiwa besar yang pernah berlaku pada tubuh nabi Muhammad s.a.w iaitu peristiwa Isra’ Mikraj yang menguji tahap keimanan manusia. Peristiwa yang hebat ini berlaku setelah tentangan terhadap dakwah Islam semakin memuncak terutama dengan kematian isteri tercinta Siti Khadijah yang selama ini banyak membantu nabi disamping kehilangan bapa saudaranya Abu Tolib yang banyak memberi sokongan. Dakwah nabi mendapat tentangan yang hebat dari permulaan daripada masyarakat Mekah yang keras ditambah dengan penolakan oleh masyarakat Taif. Itu belum lagi berdepan dengan kuasa besar Rom dan Parsi yang merupakan empayar terbesar pada masa itu. Namun kesungguhan nabi Muhammad s.a.w dalam menyebarkan dakwa Islam tidak terhenti malah pergantungan diri dengan Allah semakin kuat sehingga berlakunya peristiwa Isra’ Mikraj yang menyaksikan nabi menjadi tetamu Kerajaan Allah untuk menyaksikan alam nyata dan ghaib, alam bumi dan langit yang membuktikan Kekuasaan Allah. Peristiwa ini mengajar bahawa tiada kerajaan yang lebih kuat dan hebat mengatasi Kerajaan Allah. Tidak ada kerajaan yang kekal memerintah kecuali Kerajaan Allah. Oleh itu setiap kerajaan yang ada mesti tunduk patuh kepada Kerajaan Allah jika mahu selamat dan berjaya dunia dan akhirat. Usah sombong takabbur bila diberi amanah untuk memegang kuasa kerana ia boleh ditarik bila-bila masa oleh Allah. Jangan hilang rasa pergantungan diri kepada Allah setiap masa dan tempat supaya bantuan dan pertolongan daripada Allah sentiasa bersama kita

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Hajj:

أَفَلَمْ يَسِيرُ‌وا فِي الْأَرْ‌ضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا أَوْ آذَانٌ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ‌ وَلَـٰكِن تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ‌

Maksudnya : Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

Sebelum dibawa dengan suatu perjalanan yang hebat maka dada nabi Muhammad s.a.w telah dibelah untuk dibersihkan hati baginda yang mulia. Ia mengajar kita bagaimana pentingnya pembersihan hati daripada sebarang unsur syirik dan sifat mazmumah atau tercela daripada hati kita. Hati yang mati punca utama kepada kerosakan akhlak di mana ia hanya mendengar tentang peristiwa Isra’ Mikraj tetapi tidak mampu untuk dijadikan pengajaran. Begitu juga dengan begitu banyak bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, ribut taufan, angin puting beliung yang banyak mengorbankan harta dan nyawa hanya dilihat biasa saja tanpa diambil pengajaran berharga dalam memperbanyakkan lagi amalan soleh disamping segera bertaubat atas dosa yang dilakukan.

Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia ini marilah kita sama-sama bermusabah menghitung diri kita terutama tahap kesihatan hati kita samada sihat atau sakit. Imam Hasan Al-Basri pernah mengajarkan teknik bagi menyemak kesihatan hati dengan katanya: “Rasakanlah kemanisan dalam 3 perkara: [1] ketika melakukan solat, [2] ketika membaca al-Quran dan [3] ketika berzikir. Jika engkau merasakan kemanisan dalam ibadat itu maka bergembiralah kerana hatimu masih hidup dan sihat. Namun jika engkau tidak merasakan kemanisan dalam ibadat maka ketahuilah bahawa pintu hatimu telah tertutup”.

Ibrahim Al-Khawas pula mengajar kita tentang 5 cara untuk mengubat hati iaitu : [1] Membaca al-Quran sambil memahami maknanya, [2] mengosongkan perut, [3] solat malam, [4] berdoa pada waktu fajar dan [5] bergaul dengan orang-orang soleh.

Jika kita tidak segera mengubati hati yang sakit, ia akan terus sakit. Suatu hari nanti, iaboleh mati. Orang yang mati hati lebih berbahaya daripada mati jasad. Sebab orang yang mati jasad boleh segera dikuburkan. Sedangkan orang yang mati hati akan menjadi sampah masyarakat. Ia sangat mengganggu kehidupan masyarakat, namun tidak boleh dibuang ataupun ditanam

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 45 surah al-‘Ankabut:

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Maksudnya : Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Hadiah yang paling berharga yang dibawa pulang oleh nabi Muhammad s.a.w dalam peristiwa Isra’ Mikraj ialah solat 5 waktu sehari semalam. Ia sebagai bukti bahawa betapa pentingnya solat dalam kehidupan kita kerana solat banyak memberi manfaat untuk dunia seperti adanya kajian sains yang menunjukkan bagaimana solat yang sempurna mampu menajamkan otak, memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh, gerakan jantung lebih teratur, orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang, ubat mati pucuk kalangan lelaki dan masalah kelamin kaum wanita serta seribu macam lagi kebaikan. Apatah lagi kebaikan solat untuk agama dan akhirat kita. Solat 5 waktu merupakan ruang dalam kita berhubung dengan Allah ke arah mendekatkan diri kepadaNya disamping menanam rasa taqwa di mana semuanya ini boleh menghilangkan rasa takut dan begitu bergantung kepada makhluk yang lain sehingga mengenepikan arahan dan larangan Allah, meyakini bahawa hanya Allah yang Maha Besar sedangkan makhluk yang lain kerdil dan hina. Bila perasaan ini berjaya dihasilkan daripada solat kita maka masalah kerosakan akhlak dan jenayah dapat ditangani. Banyak berlakunya masalah sosial dikeliling kita akibat daripada pengabaian solat walau pun ada juga yang mempersoalkan bagaimana ramai juga yang sembahyang tapi turut terlibat dengan masalah keruntuhan akhlak. Maka jawapan mudah ialah kualiti solat yang tidak dijaga sehingga dirosakkan oleh hilangnya khusyu’, riya’ dan perkara yang menghilangkan ruh solat itu sendiri menyebabkan solat seseorang tidak mampu menghalangnya daripada perkara mungkar. Ia ibarat manusia yang bertubuh sasa tetapi tidak bernyawa sehingga dia tidak mampu menahan serangan orang lain walau pun kanak-kanak kecil. Oleh itu bersungguhlah kita dalam memastikan kualiti solat kita sentiasa ditingkatkan dari masa ke semasa agar ia bukan sahaja diterima oleh Allah malah mampu menjadi perisai daripada terlibat dengan perkara mungkar.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 59 surah Maryam:

فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

Maksudnya : Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),

Allah telah menjelaskan dalam al-Quran bagaimana akibat meninggalkan solat membawa manusia kepada kerosakan akibat hawa nafsu menjadi ikutan sehingga agama diketepikan. Nabi Muhammad s.a.w ketika saat hampir wafat turut memberi wasiat penting agar menjaga solat. Oleh itu kita menyokong penuh usaha dalam memastikan sebarang pengambilan pegawai baru kerajaan serta kenaikan pangkat mesti daripada kalangan orang yang menjaga solat kerana manusia yang takut kepada Allah pasti menjauhi amalan buruk seperti pecah amanah dan rasuah. Ibubapa sendiri mesti memastikan diri sendiri dan anak-anak menjaga solat. Begitu juga apabila memilih menantu mesti dipastikan dahulu dari segi sembahyang bukan setakat tanya tentang pekerjaan dan gaji bulanan

Kita juga mendesak agar suatu program khusus diatur bagi memberi kesedaran dan keinsafan kepada rakyat yang meninggalkan solat seperti Kursus Bina Tatanegara digunakan untuk melahirkan pegawai yang jaga solat bukan mengapi-apikan sikap rasis perkauman sempit. Begitu juga Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) misalnya digunakan sebaik mungkin dalam melahirkan generasi muda yang menjaga solat dan menutup aurat dengan sempurna bukannya dijadikan pusat mengajar pergaulan bebas yang menambah masalah akhlak yang sedia ada

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar

            Ketika membicarakan tentang peristiwa Isra’ Mikraj juga maka tidak ketinggalan untuk kita mendoakan kemerdekaan bumi Isra’ Palestin daripada cengkaman Yahudi. Kita pernah menyaksikan bagaimana kejayaan Salehuddin al-Ayyubi dalam memerdekakan Masjid Aqsa daripada tentera Salib dengan memastikan angkatan tenteranya daripada kalangan mereka yang menjaga solat malam. Maka kita pada hari ini wajib memastikan Negara kita merdeka daripada system yang bercanggah daripada Islam dan seterusnya memerdekakan bumi Palestin dengan melahirkan generasi yang sentiasa menjaga solat. Mari kita berusaha dalam memenuhkan ruang masjid dan surau dengan solat berjemaah dan majlis ilmu terutama dari kalangan anak-anak muda bagi memastikan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah semakin dekat dan hampir. Inilah sumber kekuatan kita di mana jika mencari dengan cara lain yang bercanggah dengan Islam maka selagi itulah kita dihinakan dengan kekalahan dan kehinaan di dunia akhirat. Jagalah solat dalam menjana kemenangan. Jagalah solat dalam meraih kejayaan

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

Khutbah Audio 59 – Julang Islam Raih Kemenangan Gemilang

Julang Islam Raih Kemenangan Gemilang

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 38 surah at-Taubah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ ۚ أَرَضِيتُم بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ ۚ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Apakah sebabnya apabila diseru kepada kamu: “Berangkatlah untuk berperang pada jalan Allah”. Kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempatmu. Adakah kamu berpuas hati dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat sedangkan kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit.

Kini kita berada bulan Rejab yang pernah mencatatkan beberapa peristiwa besar terutama peristiwa Isra’ dan Mikraj dan Peperangan Tabuk tahun 9H. Peristiwa-peristiwa ini meninggalkan begitu banyak pengajaran dan iktibar yang mesti diambil dalam meninggikan kalimah Allah atas muka bumi ini. Pelbagai cabaran dan halangan pasti akan ditempuhi dalam menegakkan system Islam atas muka bumi ini di mana kita bukan sahaja dituntut untuk mengorbankan masa dan tenaga malah menuntut tumpahnya darah ke bumi dan berpisahnya nyawa dari badan. Perjuangan Islam bukan dihamparkan dengan permaidani merah sebaliknya menempuh pelbagai ujian dan cabaran samada luaran mahu pun dalaman. Sebelum berlakunya Isra’ Mikraj, kita dapat melihat bagaimana tentangan terhadap dakwah nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja oleh majoriti penduduk Mekah termasuk kaum keluarga baginda sendiri malah turut menerima tentangan daripada penduduk Taif. Ia mengajar kita bagaimana bukan suatu kerja yang senang dalam memberi kesedaran tentang kebaikan Islam samada kepada orang yang paling hampir dari sudut hubungan kekeluargaan atau persahabatan dengan kita apatah lagi mereka yang agak jauh hubungan daripada kita. Walau pun ramai ahli keluarga terdekat yang menentang namun begitu dakwah nabi banyak juga dibantu oleh orang yang terdekat seperti isteri tersayang Siti Khadijah dan sokongan bapa saudaranya Abu Tolib. Malah nabi sentiasa peringatkan kita tentang bahayanya ahli keluarga terdekat kepada agama kita jika kita tidak cermat dan berhati-hati di mana betapa ramai ibubapa yang rosak akibat anak, anak yang rosak akibat ibubapa, isteri yang rosak akibat suami dan sebaliknya, rakan merosakkan rakannya yang lain dan sebagainya. Kesungguhan dan istiqamah dalam menjalankan kerja dakwah merupakan suatu yang dituntut dalam memastikan perkembangan Islam terus berlangsung. Apa yang lebih penting ialah pergantungan kita dengan Allah dalam setiap keadaan yang menjamin kebahagiaan dan kemuliaan hidup di dunia dan akhirat. Tanam dalam diri kita tentang semangat kental yang diajar oleh nabi Muhammad s.a.w iaitu biarlah kita dibenci oleh seluruh manusia asalkan kita diredhai oleh Allah atas amal dan usaha yang dilakukan. Jangan sekali-kali kita mencari redha manusia atas kemurkaan Allah

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 41 surah at-Taubah :

انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya : Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan atau pun berasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui

Begitu juga kita ambil iktibar tentang Perang Tabuk di mana sebelum keluar ke Tabuk, Rasulullah s.a.w terpaksa berhadapan dengan beberapa golongan iaitu [1] golongan yang menangis kerana tiada kelengkapan terutama tunggangan untuk turut sama ke sana. Golongan ini mempunyai keinginan yang tinggi untuk turut keluar berperang tetapi akibat tidak mempunyai kemampuan maka mereka tidak mampu berbuat demikian. Oleh itu marilah kita bermusabah menghitung diri tentang usaha yang telah, sedang dan akan kita lakukan dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini. Ingatlah bahawa setiap diri kita ada tugas masing-masing mengikut kelayakan dan kemampuan masing-masing. Tiada alasan untuk rehat atau tidak terlibat dengan perjuangan Islam. Manakala golongan ke-[2]  ialah golongan yang meminta keuzuran daripada Rasulullah daripada turut serta dalam peperangan dengan alasan yang tidak diterima oleh Allah kerana mereka cukup dengan kelengkapan tetapi takut dan malas untuk berbuat demikian demi kepentingan peribadi terutama begitu terpesona dengan dunia seperti musim mengait kurma yang sedang masak dan sebagainya. Oleh itu nabi banyak mengajar kita berdoa kepada Allah agar tidak menjadikan dunia sebagai matlamat sebaliknya sentiasa bersiap dengan bekalan akhirat antara doa baginda

اللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا يَحُولُ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعَاصِيكَ ، وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهِ جَنَّتَكَ ، وَمِنَ اليَقِينِ مَا تُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مُصِيبَاتِ الدُّنْيَا

Maksudnya : Ya Allah! Bahagikan untuk kami akan rasa takut kepadaMu yang akan menghalang antara kami daripada menderhakaiMu. Ketaatan kepadaMu yang akan menyampaikan kami kepada SyurgaMu dan keyakinan yang menyebabkan musibah dunia itu menjadi mudah dan ringan atas kami

            Begitu juga kita bukan sahaja tidak mudah tertipu dengan tipuan dunia yang sementara malah menjadikan nikmat dunia sebagai alat untuk menambah pahala akhirat. Peristiwa Isra’ Mikraj turut mengingatkan kita tentang hakikat dunia yang terlalu uzur dan bakal hancur. Malah nabi Muhammad s.a.w pernah mengibaratkan dunia seumpama bangkai anak kambing yang terpotong telinganya di mana jika ia masih hidup pun sudah ramai yang tidak sanggup membelinya apatah bila sudah menjadi bangkai. Itulah hakikat dunia yang tiada harga di sisi Allah di mana jika kita sentiasa sedar tentang perkara ini membolehkan hati kita tidak tertipu dan lalai dengan tipuan dunia yang banyak merosakkan manusia yang alpa

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” نِعْمَتِ الدَّارُ الدُّنْيَا لِمَنْ تَزَوَّدَ فِيهَا خَيْرًا لآخِرَتِهِ مَا يُرْضِي بِهِ رَبَّهُ ، وَبِئْسَتِ الدَّارُ لِمَنْ صَدَّتْهُ عَنْ آخِرَتِهِ ، وَقَصَّرَتْ بِهِ عَنْ رَضِيَ رَبِّهِ –  رواه الحاكم

Maksudnya : Sebaik-baik tempat di dunia adalah orang yang menjadikannya sebagai tempat untuk mempersiapkan bekal di akhirat sehingga mendapat keredhaan Tuhannya. Dan seburuk-buruk tempat di dunia  adalah yang menghalangi untuk mendapatkan akhirat dan terhalang pula daripada meraih keredhaan Tuhannya

 

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

            Firman Allah dalam ayat 55 surah at-Taubah :

فَلَا تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَلَا أَوْلَادُهُمْ ۚ إِنَّمَا يُرِ‌يدُ اللَّـهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَتَزْهَقَ أَنفُسُهُمْ وَهُمْ كَافِرُ‌ونَ

Maksudnya : Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula).

Ketika Perang Tabuk juga Rasulullah s.a.w terpaksa berdepan dengan golongan yang ke-[3]  yang menjadi musuh dalam selimut ialah golongan munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai. Golongan ini bukan sahaja cuba menarik seramai mungkin umat Islam supaya tidak keluar berperang bermula dari awal lagi, sebahagian lagi cuba mempengaruhi tentera Islam yang sedang menunju ke Tabuk untuk menarik diri dan sebahagian lagi menunggu kepulangan nabi Muhammad s.a.w untuk merasmikan Masjid Dhirar yang dibina oleh golongan yang merupakan musuh dalam selimut ini. Akhirnya bukan sahaja usaha mereka gagal malah Allah memerintahkan nabi supaya meruntuhkan masjid Dhirar yang bukan dibina atas asas Taqwa malah sebagai lambing perpecahan dan pengkhianatan terhadap Islam. Peristiwa ini memberi peringatan penting kepada kita agar pembinaan Masjid mestilah atas asas Taqwa bukannya untuk menunjuk-nunjuk atau hanya untuk dapat projek sahaja sehingga yang terbaru ada kes masjid runtuh walau pun kos binaan jutaan ringgit. Masjid yang dibina mesti disuburkan dengan pelbagai aktiviti dalam memperkasakan Islam dan umatnya bukan hanya gah dengan binaan yang besar dan cantik sahaja tetapi kosong daripada hidayah Allah. Sesuai dengan kita berada pada bulan Rejab yang merupakan bulan kita memperingati peristiwa Isra’ Mikraj yang dianugerahkan dengan kewajipan solat 5 waktu maka kita mahu setiap diri kita bukan sahaja menjaga solat fardhu malah menggunakan peluang yang ada untuk memenuhi ruang di masjid dan surau. Musuh Islam termasuk zionis yahudi pernah menyatakan bahawa mereka tidak akan bimbang dengan umat Islam sehinggalah umat Islam mampu memenuhi masjid terutama pada waktu Subuh sebagaimana umat Islam datang beramai-ramai ke masjid pada hari Jumaat maka barulah saat hancurnya zionis yahudi akan tiba. Ayuh kita sahut cabaran musuh Islam ini untuk sama-sama memastikan kita, anak-anak kita, rakan-rakan kita, jiran-jiran kita untuk memenuhi masjid dan surau tiap waktu agar janji kemenangan daripada Allah semakin dekat dan berada dalam genggaman

Firman Allah dalam ayat 18 surah at-Taubah :

إِنَّمَا يَعْمُرُ‌ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ‌ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Maksudnya : Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

Ruh Islam DiHayati Kemenangan Islam Dirai

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 38 surah at-Taubah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ ۚ أَرَضِيتُم بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ ۚ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Apakah sebabnya apabila diseru kepada kamu: “Berangkatlah untuk berperang pada jalan Allah”. Kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempatmu. Adakah kamu berpuas hati dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat sedangkan kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit.

Kini kita berada bulan Rejab yang pernah mencatatkan beberapa peristiwa besar terutama peristiwa Isra’ dan Mikraj, Peperangan Tabuk tahun 9H serta kembali tertawannya bumi Palestin oleh Yahudi pada 15 Mei 1948 bersamaan 6 Rejab 1367H dengan penubuhan negara haram Israel selepas Palestin dibebaskan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 27 Rejab 583 Hijrah bersamaan 2 Oktober 1187 Masihi. Peristiwa-peristiwa ini meninggalkan begitu banyak pengajaran dan iktibar yang mesti diambil dalam meninggikan kalimah Allah atas muka bumi ini. Kita perlu faham tentang ketentuan kemenangan iaitu سُنَّةُ النَّصْرِ dan ketentuan kekalahan iaitu سُنَّةُ الهَزِيْمَةِ di mana musuh Islam sekali pun tetap diberi kemenangan jika mereka memenuhi syarat kemenangan. Begitulah juga dengan umat Islam jika mencukupi syarat kekalahan maka kita akan kalah walau pun perjuangan Islam adalah benar sekali pun.  Sayyidina Ali pernah mengingatkan kita : “Kebenaran yang bergerak tanpa organisasi dan perancangan yang tersusun bakal dikalahkan oleh kebatilan yang bergerak dengan cara tersusun”.

Ketika berdepan dengan musuh Islam yang menyerang kita dengan pelbagai cara samada dengan senjata atau serangan pemikiran maka kita wajib bersiap sedia sepanjang masa dengan aqidah yang kukuh melalui proses mendalami ilmu agama yang berterusan tanpa terhad di pusat pengajian khusus dan umur tertentu sahaja bahkan berlangsung sepanjang masa selagi hayat dikandung badan. Seterusnya bersihkan hati kita daripada sifat mazmumah atau tercela dengan mengisinya dengan sifat mahmudah atau terpuji sehingga hubungan kita dengan Allah semakin dekat yang menghampirkan kita dengan janji kemenangan dunia dan akhirat. Imam Al-Ghazali berkata: “Carilah hatimu di tiga tempat. [1] ketika membaca al-Quran, [2]  ketika sembahyang dan [3]  ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka pohonkanlah kepada Allah agar Allah memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati.”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 41 surah at-Taubah :

انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya : Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan atau pun berasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui

Ketika menyoroti tentang Peperangan Tabuk yang meletus apabila Rasulullah s.a.w menerima berita tentang pembunuhan Farwah bin ‘Amru Al-Jazami yang merupakan salah seorang ketua yang dilantik oleh Rom bagi kawasan Ma’an di mana beliau telah dibunuh dengan direbus di dalam kawah air panas apabila Rom mengetahui dia telah memeluk agama Islam dan menjadi wakil kepada nabi Muhammad S.A.W di dalam mengerjakan dakwah Islamiah di sana. Inilah suatu sikap dan tindakan tegas yang telah diambil oleh nabi selaku pemimpin negara Islam Madinah dalam mempertahankan kehormatan diri dan nyawa umat Islam di mana bila seorang dibunuh di negara musuh maka tentera Islam terus dikerah untuk mengajar kebiadapan musuh yang mengajar kita tentang harga diri umat Islam adalah begitu mahal nilainya bukannya boleh dibunuh sesuka hati. Mimbar Jumaat hari ini mengutuk kekejaman pemimpin Syria yang meneruskan pembunuhan terhadap rakyatnya sendiri di mana yang terbaru di bandar Houla pada 25 dan 26 Mei lalu yang menyaksikan lebih 100 orang termasuk 49 kanak-kanak dibunuh.

Berbalik kita berkenaan Perang Tabuk di mana sebelum keluar ke Tabuk Rasulullah s.a.w terpaksa berhadapan dengan beberapa golongan iaitu [1] golongan yang menangis kerana tiada kelengkapan terutama tunggangan untuk turut sama ke sana. Manakala golongan ke-[2]  ialah golongan yang meminta keuzuran daripada Rasulullah daripada turut serta dalam peperangan dengan alasan yang tidak diterima oleh Allah kerana mereka cukup dengan kelengkapan tetapi takut dan malas untuk berbuat demikian demi kepentingan peribadi.

Alasan-alasan ini mengingatkan kita tentang apa yang pernah digariskan oleh Imam Ghazali tentang 4 perkara besar yang selalu menjadi penghalang kepada seseorang mukmin untuk melakukan ibadat dan berjuang pada jalan Allah SWT iaitu dunia, makhluk, nafsu dan syaitan. Perkara [1] iaitu dunia merujuk kepada semua perkara yang akan ditinggalkan apabila manusia mati seperti wang ringgit, harta, pakaian, makanan dan minuman. Jika keperluan duniawi itu tidak lebih sebagai alat dan perantara untuk membolehkan diri kita mengurus dan membelanjakannya ke jalan yang diredai Allah SWT maka ia dipuji sedangkan bila ia melalai daripada menambah bekalan akhirat maka ia suatu yang keji. Betapa ramai umat Islam yang hanya mengejar kesenangan dunia sehingga tidak kira halal haram malah lebih rela memilih pemimpin yang menjerat dengan habuan dunia tanpa mempedulikan kebenaran. Akhirnya rasuah, pecah amanah yang berjuta-juta tidak dihiraukan lagi akibat dibutakan dengan habuan yang sedikit. Perkara ke-[2], ialah gangguan dan halangan daripada makhluk iaitu apa saja yang dikurniakan Allah kepada kita termasuk anak, binatang ternakan dan harta benda yang boleh melalaikan manusia daripada mengingati Allah jika gagal diuruskan mengikut kehendak agama. Manusia yang terlibat dengan perkara yang haram akan malas melakukan ibadat sebaliknya lebih mudah untuk melakukan dosa maksiat. Perkara ke-[3] pula ialah keinginan atau lebih dikenali sebagai nafsu jahat yang sentiasa cuba menguasai diri sehingga manusia yang gemar tunduk dan tewas kepada kehendak nafsu sendiri dengan menyingkirkan niat dan azam untuk melakukan kebaikan. Kejahatan dan kemungkaran yang timbul dari nafsu inilah sukar untuk dikekang jika kita tidak bersungguh melawannya.  Kita begitu kecewa ketika masalah kerosakan di kalangan belia semakin parah maka pemimpin sanggup mengupah kumpulan muzik K-Pop dari Korea dan penari menjolok mata dari Jepun dengan bayaran berjuta ringgit dalam meruntuhkan lagi akhlak muda mudi ketikan Himpunan Sejuta Belia minggu lepas. Lebih mengecewakan apabila ada ceramah agama dibatalkan kerana memberi laluan kepada kumpulan yang terkenal dengan gaya menjolok mata ini. Perbuatan ini sama dengan tindakan menangkap pelacur sedangkan dalam masa yang sama memberi lesen kepada kelab malam dan aktiviti maksiat. Menangkap orang berjudi sedangkan lesen judi terus subur. Manakala perkara ke-[4], adalah desakan dan bisikan iblis dan syaitan durjana yang sentiasa menggoda serta menipu daya manusia ke jalan yang sesat sehinggalah hari Kiamat. Syeikh Ibrahim Adham pernah menyatakan bagaimana semakin ramai manusia yang hatinya mati menyebabkan walau pun mereka tahu bahawa syaitan itu adalah musuh tetapi ia dijadikan teman rapat dalam menyesatkan kehidupan mereka.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Firman Allah dalam ayat 55 surah at-Taubah :

فَلَا تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَلَا أَوْلَادُهُمْ ۚ إِنَّمَا يُرِ‌يدُ اللَّـهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَتَزْهَقَ أَنفُسُهُمْ وَهُمْ كَافِرُ‌ونَ

Maksudnya : Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula).

Ketika Perang Tabuk juga Rasulullah s.a.w terpaksa berdepan dengan golongan yang ke-[3]  yang menjadi musuh dalam selimut ialah golongan munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai. Golongan ini terus ada pada setiap zaman yang mesti kita jauhi daripada bersifat dengan sifat munafiq antaranya bila berjanji tidak ditepati, bila bercakap suka berdusta dan bila diberi amanah sentiasa dikhianati. Musuh dalam selimut ini lebih bahaya daripada kafir yang jelas menentang Islam kerana mereka bergerak atas nama Islam tetapi memesongkan ajaran Islam. Kita berasa kecewa apabila pihak berkuasa gagal menyekat kehadiran Irsyad Manji seorang penulis berketurunan Uganda daripada melancar buku seterusnya menyebar fahaman sesat liberalismie, pluralisme dan feminisme di Negara ini di mana dia merupakan pendukung budaya songsang Lesbian, Homoseks di peringkat antarabangsa. Beliau pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk “Permasalahan Dengan Islam Hari Ini” (“The Trouble With Islam Today”) yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel Surah Syaitan (“The Satanic Verses”), Salman Rushdie yang telah diisytiharkan murtad. Beliau jelas mendakwa seolah-olah nabi Muhammad s.a.w melantik diri sendiri bukannya utusan pilihan Allah, menolak hadis yang didakwa sebagai rekaan manusia. Beliau menolak ijtihad ulama’ tetapi dalam masa yang sama meminta supaya pemikiran sesatnya diiktiraf oleh masyarakat. Kita desak supaya kerajaan lebih serius dalam masalah ini terutama ketika krisis aqidah dan pengamalan umat Islam agak lemah dan mudah terpengaruh dengan pemikiran bebas dan logik semata-mata

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sebaik sahaja selesai daripada Perang Tabuk juga, Allah telah memerintahkan kepada Rasulullah s.aw agar meruntuhkan masjid yang bina oleh golongan munafik dikenali dengan Masjid Dhirar bertujuan untuk bermegah-megah,memecah belahkan hati para muslimin, asas yang membawa kepada kekufuran dan pengkhiatan kepada Islam. Oleh itu kita wajib pastikan setiap pembinaan masjid bukan semata-mata untuk menunjuk-nunjuk tentang kecantikan senibina atau saiznya sebaliknya apa yang paling penting ialah kerja-kerja dalam memakmurkannya agar cahaya Islam terus berkembang. Kita tidak mahu menjadikan masjid kita sebagaimana suatu amaran nabi iaitu hanya megah dari segi binaan tetapi kosong daripada hidayat Allah. Kita wajib berlumba-lumba membina masjid kerana Allah bukan untuk untuk merebut projek bagi memenuhi kocek semata-mata. Jadikanlah masjid sebagai pusat perkembangan Islam bukan hanya menjadi tatapan pelancong tanpa ada ruh yang menyuburkannya.

Firman Allah dalam ayat 107 surah at-Taubah:

وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مَسْجِدًا ضِرَ‌ارً‌ا وَكُفْرً‌ا وَتَفْرِ‌يقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْ‌صَادًا لِّمَنْ حَارَ‌بَ اللَّـهَ وَرَ‌سُولَهُ مِن قَبْلُ ۚ وَلَيَحْلِفُنَّ إِنْ أَرَ‌دْنَا إِلَّا الْحُسْنَىٰ ۖ وَاللَّـهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ

Maksudnya : Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:” Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata “. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

54. IKTIBAR PEPERANGAN TABUK

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُاللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ…أَمَّا بَعْدُ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَحَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Sayamenyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalianagarkitasama-samameningkatkanketaqwaankitakepadaAllahdenganmelakukansegalasuruhanNyadanmenjauhisegalayangditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalamayat 38surah at-Taubah :

يــأيهاالذين ءامنوا مالكم إذا قيل لكم انفروا فى سبيل الله اثاقلتم إلى الأرض أرضيتم بالحــيوة الدنيا من الآخرة فما متــع الحــيوة الدنيا فى الآخرةإلا قليل

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Apakah sebabnyaapabila diseru kepada kamu: “Berangkatlah untuk berperang pada jalan Allah”. Kamuberasa berat dan ingin tinggal di tempatmu. Adakah kamu berpuas hati dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat sedangkan kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit.

Kita sekarang berada dalam bulan Rejab yang mengingatkan kita tentang beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w seperti peristiwa yang kita sentiasa sebutkan iaitu Isra’ dan Mikraj dan juga satu lagi peristiwa yang telah meninggalkan kesan yang besar dalam penyebaran Islam ke luar daripada kawasan tanah arab iaitu peperangan Tabuk yang berlaku pada bulan Rejab tahun 9H. Peperangan Tabuk meletus apabila Rasulullah s.a.w menerima berita tentang pembunuhan Farwah bin ‘Amru Al-Jazami yang merupakan salah seorang ketua yang dilantik oleh Rom bagi kawasan Ma’an di mana beliau telah dibunuh dengan direbus di dalam kawah air panas apabila Rom mengetahui dia telah memeluk agama Islam dan merupakan wakil kepada nabi Muhammad S.A.W di dalam mengerjakan dakwah Islamiah di sana. Inilah suatu sikap dan tindakan tegas yang telah diambil oleh nabi selaku pemimpin negara Islam Madinah dalam mempertahankan kehormatan diri dan nyawa umat Islam di mana seorang dibunuh di negara musuh maka tentera Islam terus dikerah untuk mengajar kebiadapan musuh tentang harga diri umat Islam adalah begitu mahal nilainya bukannya boleh dibunuh sesuka hati. Tetapi malangnya apa yang berlaku kepada umat Islam hari ini di mana sudah tidak dihormati lagi sehingga musuh boleh membunuh, membakar, menembak, mengebom umat Islam sesuka hati di tanahair mereka sendiri. Penderitaan ini ditambah lagi dengan penyeksaan yang dilakukan oleh pemimpin negara umat Islam sendiri yang terus menindas rakyat demi kepentingan peribadi. Pemimpin negara umat Islam lebih suka melobi dan melutut di hadapan pengganas kuffar sedangkan pengganas kuffar terus bersandiwara dan mempermainkan mereka seperti tindakan Amerika Syarikat sesuka hati menutup kedutaannya di Kuala Lumpur dan Jakarta pada 11 September lalu atas alasan bimbang dengan serangan pengganas dan juga kegagalan 150 pelajar Malaysia yang pulang bercuti untuk masuk semula ke Amerika kerana tidak diberi visa. Jika pengganas Amerika menghormati pemimpin negara ini maka mereka tidak akan berbuat demikian sesuka hati. Dulu musuh tunduk kepada kemuliaan Islam dan umatnya tetapi kini akibat umat Islam meninggalkan Islam maka musuh menjadikan umat Islam sebagai bahan mainan.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Rasulullah S.A.W telah mengerahkan agar para tentera Islam untuk keluar berjihad ke Tabuk dengan menjelaskan kepada mereka tujuan tersebut secara terang-terangan di mana baginda berjaya mengumpulkan 30 000 orang tentera. Penjelasan ini adalah disebabkab keadaan pada masa itu agak panas dan banyak kesulitan yang berlaku. Rasulullah S.A.W telah mengarahkan agar tentera Islam bersiap sedia dengan segala kelengkapan yang ada. Rasulullah S.A.W juga mengarahkan agar para muslimin yang mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan harta mereka untuk tujuan berjihad di jalan Allah agar bersedekah untuk tujuan tersebut sekadar yang termampu. Antara para sahabat yang menyahut seruan itu ialah Sayyidina Abu Bakar yang memberi kesemua harta beliau, Sayyidina Umar yang memberi setengah daripada harta beliau, begitu juga dengan Sayyidina Uthman dan Abdul Rahman Al-‘Auf serta ramai lagi sahabat yang lain yang turut berbuat demikian. Inilah antara contoh pengorbanan besar yang telah dilakukan oleh para sahabat dalam memastikan Islam bukan sahaja dapat dipertahankan malah akan terus tersebar luas ke seluruh alam. Pengorbanan yang telah ditunjukkan ini sepatutnya dapat menyedarkan umat Islam hari ini yang hanya tahu bertanya bilakah penderitaan umat Islam akan berakhir dan bilakah janji kemenangan oleh Allah akan hadir sedangkan diri umat Islam sendiri terus dihanyutkan oleh kesenangan dunia yang menyaluti diri serta dijangkiti pula dengan penyakit takut mati.Selagi umat Islam terus kaku memerhati penderitaan saudara seagama yang lain dan telah merasa cukup dengan pengorabanan yang tidak seberapa dalam memastikan kemenangan Islam maka jawapan kepada kemenangan yang dijanjikan Allah masih jauh malah penderitaan yang sedang dan akan dihadapi oleh umat Islam akan bertukar silih berganti. Oleh itu ikutilah jejak langkah nabi dan para sahabat serta pejuang Islam selepas mereka yang bersedia sepanjang masa dalam mengorbankan seluruh kemampuan yang ada demi Islam bukannya mengorbankan kemuliaan Islam demi kepentingan diri. Jika kita sedar tentang tanggungjawab kita sebagai pejuang Islam yang dibebankan dengan amanah yang banyak dan berat maka kita tidak lagi mempunyai masa untuk ketawa dan kita juga sedar bahawa tugas kita lebih banyak daripada masa yang ada. Kita sudah tidak punyai masa lagi untuk melengahkan kerja kerana di hadapan kita ada dua jawapan samada berkorban sehingga beroleh kejayaan atau terkorban dengan beroleh mati syahid yang diidamkan.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Perjuangan Islam terpaksa menghadapi pelbagai cubaan, cabaran, halangan, dugaan, tentangan dan rintangan. Begitulah yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w sebelum keluar ke Tabuk di mana baginda terpaksa berhadapan dengan beberapa golongan iaitu golongan yang menangis kerana tiada kelengkapan terutama tunggangan untuk turut sama ke sana. Mereka terdiri daripada tujuh orang daripada golongan Ansar dan Bani Amru bin Auf. Manakala golongan kedua ialah golongan yang meminta keuzuran daripada Rasulullah daripada turut serta dalam peperangan dengan alasan yang tidak diterima oleh Allah kerana mereka cukup dengan kelengkapan tetapi takut dan malas untuk berbuat demikian demi kepentingan peribadi. Mereka terdiri daripada 82 orang dari Bani Ghafar. Golongan yang ketiga yang menjadi musuh dalam selimut ialah golongan munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai. Golongan munafik ini dibahagi kepada tiga kumpulan yang mana kumpulan pertama akan mempengaruhi tentera Islam yang lain agar tidak turut serta dalam peperangan ini dan mereka sendiri tidak menyertainya. Kumpulan kedua pula akan memecahkan kesatuan dalam tentera Islam yang bertujuan mengkhianati Rasulullah S.A.W.

Manakala golongan ketiga pula terdiri daripada mereka yang menunggu kepulangan Rasulullah s.aw untuk merasmikan masjid yang bina oleh golongan munafik dikenali dengan Masjid Dhirarbertujuan untuk bermegah-megah,memecah belahkan hati para muslimin, asas yang membawa kepada kekufuran dan pengkhiatan kepada Islam. Jika kita perhatikan kepada golongan yang telah menyusahkan nabi ini maka golongan yang sama terpaksa kita hadapi pada hari ini dalam berdepan dengan musuh. Umat Islam yang cintakan Islam terpaksa berhadapan dengan pemimpin mereka sendiri yang lebih cintakan dunia daripada Islam sehingga ramai yang terbunuh dan menderita terpenjara serta tertekan akibat dikenakan pelbagai sekatan daripada bergerak dalam menyatakan kebenaran. Kita juga terpaksa berhadapan dengan saudara seagama yang tidak mahu berkorban untuk Islam tetapi lebih banyak bertanya apakah yang mampu Islam berikan untuk kesenangan mereka. Tidak terlepas juga di mana kita terpaksa berhadapan dengan golongan munafik yang merosakkan Islam dan kesatuan umat Islam. Setelah cabaran dan ujian daripada ketiga-tiga golongan ini berjaya dilalui maka kita mampu berdepan dengan pengganas kuffar dengan lebih mudah dan senang. Sebab itulah kuffar terus menaja dan menjaga kepentingan ketiga-tiga golongan yang lahir dalam kelompok umat Islam ini agar pejuang Islam tidak terus berdepan dengan kuffar sebaliknya terpaksa melawan halangan daripada kalangan umat Islam terlebih dahulu.

Kita ingatkan kepada kuffar bahawa dunia Islam bukan selama-lamanya suram sebaliknya ia akan kembali terang. Kami tidak akan izinkan lagi saudara kami dibunuh di Palestin, Afghanistan, India, Kashmir, Selatan Filiphina, Iraq dan lainnya.Walau pun sudah ramai mujahidin yang telah gugur syahid namun pertempuran ini akan terus berlangsung selagi kuffar merajai dunia dengan kesesatan dan keganasan. Islam akan terus melahirkan mujahidin termasuk yang masih berada dalam perut muslimat-muslimat yang bakal dilahirkan untuk menyambut kemenangan Islam. Biar darah membasahi bumi tetapi Islam tetap dijulang tinggi. Biar nyawa terpisah dari badan namun kemuliaan Islam tetap dipertahankan. Semoga kemenangan yang pernah dicapai oleh nabi dan tentera Islam dalam peperangan Tabuk tanpa menumpahkan banyak darah kerana musuh berundur ketakutan maka begitulah juga kita semua sama-sama berusaha dan berdoa kepada Allah agar kemenangan Islam dapat dicapai dalam masa terdekat hasil kesatuan umat Islam yang sama-sama kembali semula kepada seluruh sistem Islam dalam kehidupan seharian demi mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

Firman Allah dalam ayat 41 surah at-Taubah :

انفروا خفافا وثقالاوجــهدوا بأمولكم وأنفسكم فى سبيل الله ذلكم خيرلكم إن كنتم تعلمون

Maksudnya : Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan atau pun berasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Rakyat Bijak, Pemimpin Hebat Wujudkan Negara Berkat

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 38 surah at-Taubah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ ۚ أَرَضِيتُم بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ ۚ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Apakah sebabnya apabila diseru kepada kamu: “Berangkatlah untuk berperang pada jalan Allah”. Kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempatmu. Adakah kamu berpuas hati dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat sedangkan kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit.

Kita baru menyambut kedatangan bulan Rejab yang mengingatkan kita tentang beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w seperti peristiwa yang kita sentiasa sebutkan iaitu Isra’ dan Mikraj dan juga suatu lagi peristiwa yang telah meninggalkan kesan yang besar dalam penyebaran Islam ke luar daripada kawasan tanah arab iaitu peperangan Tabuk yang berlaku pada bulan Rejab tahun 9H. Peperangan Tabuk meletus apabila Rasulullah s.a.w menerima berita tentang pembunuhan Farwah bin ‘Amru Al-Jazami yang merupakan salah seorang ketua yang dilantik oleh Rom bagi kawasan Ma’an di mana beliau telah dibunuh dengan direbus di dalam kawah air panas apabila Rom mengetahui dia telah memeluk agama Islam dan menjadi wakil kepada nabi Muhammad S.A.W di dalam mengerjakan dakwah Islamiah di sana. Inilah suatu sikap dan tindakan tegas yang telah diambil oleh nabi selaku pemimpin negara Islam Madinah dalam mempertahankan kehormatan diri dan nyawa umat Islam di mana seorang dibunuh di negara musuh maka tentera Islam terus dikerah untuk mengajar kebiadapan musuh yang mengajar kita tentang harga diri umat Islam adalah begitu mahal nilainya bukannya boleh dibunuh sesuka hati. Malangnya apa yang berlaku kepada umat Islam hari ini di mana sudah tidak dihormati lagi sehingga musuh boleh membunuh, membakar, menembak, mengebom umat Islam sesuka hati di tanahair sendiri. Dulu musuh tunduk kepada kemuliaan Islam dan umatnya tetapi kini akibat umat Islam meninggalkan Islam maka musuh menjadikan umat Islam sebagai bahan mainan. Umat Islam menjadi lemah dan hina walaupun memiliki jumlah penganut yang begitu ramai tetapi tidak lebih daripada buih air banjir akibat terkena 2 penyakit bahaya iaitu terlalu cinta kepada dunia dan sangat takut kepada kematian.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : بَدَأَ الإِسْلامُ غَرِيبًا ، وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا ، فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ- رواه مسلم

Maksudnya : Islam mula tersebar dalam keadaan asing dan ia kembali dipandang asing sebagaimana ianya bermula. Maka beruntunglah bagi orang-orang yang dipandang asing kerana mempertahankan Islam

Siri penghinaan dan penjajahan terhadap umat Islam terus berlangsung silih berganti di mana antara yang sedang heboh diperkatakan berkenaan permainan video yang menghina nama Allah dan Ka’bah, penghinaan melalui tulisan, gambar di internet akibat kesilapan Islam sendiri yang kebanyakannya meninggalkan cara hidup Islam. Apa yang lebih malang apabila umat Islam sendiri membuka jalan untuk Islam dihina seperti isu liwat, video seks yang menunjukkan kepada dunia betapa buruknya perangai umat Islam yang begitu seronok dengan budaya fitnah yang menjaja maruah. Bila ada individu atau kelompok dengan jelas memperlecehkan ajaran Islam, Allah, al-Quran dan nabi Muhammad s.a.w maka dengan nada lembut orang mengatakan itu adalah kebebasan berpendapat dan kepelbagaian menafsir ilmu agama. Namun apabila ada individu atau masyarakat Muslim mengajak umat Islam untuk istiqamah mengamalkan ajaran Islam maka tindakannya dituduh  keras dan tidak berhikmah. Apa saja yang dicatatkan dalam akhbar, TV, radio,internet dengan mudah orang mempercayainya dan dianggap lambang kemajuan. Tetapi apa yang terkandung di dalam Al-Qur’an belum tentu dipercayai dan diyakini kebenarannya, walaupun mengaku sebagai Muslim dan apa yang lebih dahsyat apabila ada tanggapan bahawa belajar al-Qur’an melahirkan seseorang menjadi pengganas. Sebilangan besar umat Islam lebih yakin dan bangga dengan sistem hidup ciptaan manusia berbanding system Islam yang dianggap zalim dan ketinggalan zaman. Ketika seorang Yahudi atau agama lain memanjangkan janggutnya maka orang akan mengatakan dia menjalankan ajaran agamanya. Namun jika seorang Muslim memelihara janggutnya, dengan mudah orang menuduhnya pengganas yang dicurigai khususnya ketika berada di tempat-tempat umum seperti hotel dan sebagainya. Ketika seorang paderi perempuan memakai pakaian yang menutup kepala dan tubuhnya, orang akan mengatakan bahawa dia sedang menjalankan ajaran agamanya. Namun apabila wanita Muslimah menutup auratnya dengan jilbab atau hijab maka orang akan menuduh mereka terkebelakang dan tidak sesuai dengan kehidupan zaman moden. Bila wanita Barat tinggal di rumah dan tidak bekerja kerana menjaga rumah dan mendidik anaknya maka orang akan memujinya kerana dia rela berkorban dan tidak bekerja demi kepentingan rumah tangga dan keluarganya. Namun bila wanita Muslimah tingal di rumah menjaga harta suaminya, mendidik anaknya maka orang akan menuduhnya diri perempuan itu dijajah dan harus dimerdekakan daripada penguasaan dan penindasan kaum lelaki. Setiap mahasiswi Barat bebas ke kampus dengan memakai pakaian yang disukainya, dengan alasan itu adalah hak asasi mereka dan kebebasan. Namun bila wanita Muslimah ke kampus atau ke tempat kerja dengan memakai pakaian menutup aurat maka orang akan menuduhnya berfikiran sempit dan tidak sesuai dengan peraturan kampus atau tempat kerja mereka.  Inilah antara contoh Islam dipandang asing termasuk oleh umat Islam sendiri. Ingatlah bahawa kita dimuliakan oleh Allah dengan Islam maka selagimana kita mencari kemulian menggunakan cara jahiliah maka selama itulah kita akan dihina oleh Allah

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Firman Allah dalam ayat 41 surah at-Taubah :

انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya : Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan atau pun berasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui

Berbalik kita kepada perbincangan berkenaan Perang Tabuk di mana Rasulullah s.a.w telah mengerahkan agar para tentera Islam untuk keluar berjihad ke Tabuk dengan menjelaskan kepada mereka tujuan tersebut secara terang-terangan di mana baginda berjaya mengumpulkan 30 000 orang tentera. Rasulullah s.a.w juga mengarahkan agar para muslimin yang mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan harta mereka untuk tujuan berjihad di jalan Allah agar bersedekah untuk tujuan tersebut sekadar yang termampu. Antara para sahabat yang menyahut seruan itu ialah Sayyidina Abu Bakar yang memberi kesemua harta beliau, Sayyidina Umar yang memberi setengah daripada harta beliau, begitu juga dengan Sayyidina Uthman dan Abdul Rahman Al-‘Auf serta ramai lagi sahabat yang lain yang turut berbuat demikian. Golongan kemenangan ini menjadi begitu mudah untuk keluar berjihad dan mengorbankan harta benda untuk perjuangan Islam kerana mencontohi kepimpinan Rasulullah s.a.w yang banyak berkorban. Sedangkan umat Islam pada hari ini takut untuk berjihad kerana pemimpin mereka sendiri lebih suka menghalakan senjata kepada rakyat berbanding musuh kuffar. Umat Islam sendiri sayang kepada harta benda akibat pemimpin sendiri yang lebih seronok membina kekayaan atas penderitaan rakyat. Kita begitu rindu untuk memiliki pemimpin yang mencontohi kepimpinan nabi yang mendahulukan kesenangan rakyat. Kita begitu berharap untuk memiliki pemimpin sebaik Sayyidina Abu Bakar yang sentiasa mengeluh bimbang sekiranya masih ada walau pun seekor kambing yang tersepit di hujung negara akibat beliau tidak sempat membantunya. Kita ingin memiliki pemimpin sehebat Sayyidina Umar al-Khottab yang pernah mengungkap sekiranya rakyat lapar maka aku ingin menjadi orang pertama yang merasai lapar itu dan sekiranya rakyat telah kenyang biarlah aku orang terakhir yang merasainya. Kita inginkan pemimpin seadil Umar bin Abdul Aziz yang sentiasa menekankan sekiranya pemimpin hidup dalam kemewahan maka rakyat terus menderita dalam kemiskinan sebaliknya sekiranya pemimpin sanggup membuang segala kekayaan maka rakyat pasti merasai nikmat kekayaan. Kita juga ingin lahirkan lebih ramai Ulama’ yang berperanan besar dalam kerja amar makruf nahi mungkar sebagaimana kehebatan Sultan Ulama’ Izzuddin Abdul Salam yang bangkit menentang khalifah yang ingin menaikkan cukai terhadap rakyat atas alasan untuk membeli senjata bagi melawan tentera Kristian. Beliau sebaliknya meminta agar bermula daripada khalifah, menteri dan pegawai kerajaan terlebih dahulu menjual segala barang yang mewah untuk menampung kekurangan kewangan negara kemudian jika masih tidak mencukupi barulah rakyat boleh dikenakan kenaikan cukai. Semuanya payah untuk kita temui pada hari ini di mana pemimpin sentiasa membebankan rakyat dengan kenaikan harga minyak dan terkini tarif elektrik yang sepastinya akan disusuli dengan kenaikan harga barangan. Pemimpin akan terus memperkudakan akhbar, TV, radio dalam memperbodohkan rakyat bagi menghalalkan tindakan mereka bagi mengurangkan kemarahan rakyat. Pembaziran dengan rasuah dan pecah amanah terus subur disamping perut kroni terus membucit ketika poket rakyat semakin kempis. Sekiranya rakyat terus rela untuk diperbodohkan dengan alasan memual dan meloyakan setiap kali kenaikan harga barangan maka selagi itulah kezaliman dan penindasan akan berlaku. Sesungguhnya seseorang yang benar-benar beriman tidak akan disengat di tempat yang sama lebih daripada sekali. Oleh itu jadilah orang yang benar-benar beriman yang bijak dan pandai memilih pemimpin yang mampu membawa kepada kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Firman Allah dalam ayat 188 surah al-A’araf :

قُل لَّا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّـهُ ۚ وَلَوْ كُنتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ ۚ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Maksudnya : Katakanlah: “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

13. PERISTIWA ISRA’ DAN MIKRAJ

 

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُاللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ…أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَحَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Sayamenyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalianagarkitasama-samameningkatkanketaqwaankitakepadaAllahdenganmelakukansegalasuruhanNyadanmenjauhisegalayangditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat1 surah al-Isra’ :

سبحن الذي أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى الذي بركنا حوله لنريه من ءايتناإنه هو السميع العليم

Maksudnya : Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Kini hampir seminggu kita berada di bulan Sya’aban yang disifatkan oleh nabi Muhammad s.a.w sebagai bulan baginda yang mempunyai banyak kelebihannya jika kita penuhi dengan puasa sunat dan amalan soleh yang lain. Belum terlewat pada hari ini untuk kita sama-sama merenungi peristiwa besar iaitu Isra’ dan Mikraj yang berlaku pada bulan Rejab yang sahaja meninggalkan kita terutama hampir setiap hari media massa menayangkan bagaimana kezaliman dan pembunuhan kejam oleh Yahudi yang terus berlangsung di Palestin iaitu bumi yang terletaknya Masjid Aqsa yang merupakan masjid yang menjadi tempat persinggahan nabi sebelum mikraj ke Sidratul Muntaha.

Melalui ayat tadi dapatlah kita mengambil iktibar bagaimana pentingnya masjid di mana perjalanan nabi sebagai tetamu Allah pada malam Isra’ Mikraj bermula dari masjidil Haram di Mekah dan singgah sebentar di masjid Aqsa di Palestin. Begitu juga dalam peristiwa hijrah di mana Rasulullah s.a.w telah membina masjid Quba’ sebelum membina masjid Nabawi ketika tiba di Madinah dalam memastikan syiar Islam dan ikatan antara hamba dengan Allah dapat disemai sehingga membangkitkan semangat jihad dan kesatuan hati sesama manusia dalam menghadapi sebarang cabaran dan tentangan samada daripada manusia atau pun syaitan. Memandangkan kepada pentingnya peranan masjid maka marilah kita sama-sama memakmurkannya dengan sentiasa solat berjemaah dan juga menghidupkannya dengan majlis ilmu dicelah-celah ada pihak yang cuba menghalang masjid daripada dimakmurkan atas alasan tiada permit dan sebagainya.

Disamping itu kita juga mesti bersemangat dalam mempertahankan masjid Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam yang kini cuba diruntuhkan oleh Yahudi laknatullah. Mereka mendakwa bahawa dibawah bangunan masjid Aqsa terdapat kerangka bangunan Kerajaan Nabi Sulaiman yang menyebabkan mereka cuba meruntuhkan masjid Aqsa dengan pelbagai cara di antaranya dengan menggali terowong dibawah masjid Aqsa di mana dengan cara ini apabila berlakunya banjir atau hujan lebat akan menyebabkan tanah dibawah masjid Aqsa akan mendap dan ia menyebabkan masjid Aqsa akan runtuh. Di atas runtuhan masjid Aqsa nanti akan didirikan bangunan Kerajaan nabi Sulaiman sebagaimanadakwaan sesat mereka.

Yahudi juga cuba mengelirukan umat Islam tentang bangunan masjid Aqsa yang sebenar di mana mereka sentiasa membesar-besar Kubah Sukhra’ iaitu bangunan yang kubahnya berwarna kuning dibuat daripada emas oleh kerajaan Jordan. Bangunan tersebut terletak di hadapan masjid Aqsa yang berkubah hijau di mana dalam bangunan ini terdapat batu tergantung yang cuba mengikut nabi ketika mikraj ke sidratul muntaha bersama-sama malaikat Jibril. Dengan cara mengelirukan kedudukan masjid Aqsa yang sebenar, yahudi berpendapat umat Islam akan bersungguh-sungguh menjaga bangunan yang berkubah kuning itu yang membolehkan mereka dengan mudah meruntuhkan masjid Aqsa. Walau bagaimana pun usaha jahat musuh Islam dalam meruntuhkan masjid Aqsa namun usaha mereka tetap digagalkan oleh Allah. Berkumpulnya yahudi sedunia di bumi Palestin hanya menunggu masa untuk dihancurkan oleh Allah melalui umat Islam yang berani bukannya umat arab yang bacul dan pengecut.

 

 

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

 Dalam perjalanan menemui Allah, Rasulullah s.a.w bersama Jibril telah melalui 7 lapisan langit sebelum diangkat ke sidratul muntaha. Ketika ingin melalui langit pertama baginda bertemu dengan nabi Adam, dilangit kedua bertemu dengan nabi Yahya dan nabi Isa, ketika dilangit ketika berjumpa dengan nabi Yusuf, semasa melalui langit keempat bertemu dengan nabi Idris, dilangit kelima bertemu dengan nabi Harun. Semasa bertemu dengan nabi-nabi tersebut, nabi telah memberi salam kepada mereka dan disambut salamnya serta disebut-sebut kenabiannya. Ketika berada dilangit keenam baginda bertemu dengan nabi Musa di mana didapati nabi Musa menangis. Apabila ditanya lalu nabi Musa menjawab bahawa dia menangis kerana seorang pemuda yang dibangkitkan selepasnya (nabi Muhammad) di mana umat nabi itu paling ramai memasuki syurga berbanding umatnya. Selepas itu nabi Muhammad s.a.w diangkat ke sidratul muntaha.

Ketika berada di Sidratul muntaha, Jibril telah memberitahu nabi tentangnya dan menjelaskan tentang 4 batang sungai iaitu dua yang batin yang merupakan sungai di Syurga manakala 2 yang baki dan zahir ialah Sungai Nil yang meliputi beberapa negara termasuk Mesir dan juga Sungai Furat yang menjadi sumber kepada beberapa negara termasuk Syria. Ini memberitahu kepada nabi bahawa dakwahnya mula subur dan tersebar di Semenanjung tanah arab yang terletak antara Sungai Nil dan Furat.

Selepas itu nabi berada di Baitu Makmur di mana Jibril membawa datang bekas minuman yang berisi arak, susu dan madu lalu nabi memilih minuman susu. Jibril mengatakan itulah fitrah di mana nabi dan umatnya akan mengikutinya.

Siang Jumaat yang dikasihi,

Ketika bertemu Allah pada mulanya difardhukan solat sebanyak 50 waktu. Selepas menerima kewajipan ini lalu Rasulullah s.a.w ingin beredar dari situ. Ketika bertemu dengan nabi Musa dalam perjalanan lalu baginda menasihatkan supaya nabi Muhammad s.a.w meminta agar Allah mengurangkan bebanan itu. Begitulah yang berlaku sehinggalah Allah meringankan kewajipan kepada 5 waktu sehari semalam dan ketika nabi Musa menyuruh nabi Muhammad menemui lagi Allah agar diringankan lagi kewajipan itu kerana umatnya dahulu walau pun hanya difardhukan lebih sedikit daripada yang difardhukan ke atas umat nabi Muhammad s.a.w namun bani Israel tidak mampu melakukannya tetapi nabi enggan berbuat demikian kerana terlalu malu kepada Allah. Kemudian terdengar suara yang memanggil menyatakan bahawa laksanakanlah segala kewajipan iaitu solat5 waktu di mana telah diringankan bebanannya kepada hamba-hamba Allah daripada 50 waktu kepada 5 waktu.

Kemudian Rasulullah s.a.w dibawa melawat Syurga di mana dapat dilihat segala keindahannya. Seterusnya nabi dibawa melihat neraka di mana antara perkara yang dilihat oleh baginda ialah sekumpulan manusia yang perutnya begitu besar sehingga mereka tidak mampu untuk mengubah kedudukan mereka. Jibril menjelaskan bahawa itulah mereka yang mengamalkan riba yang mana ia mengingatkan kita bagaimana azabnya mereka yang suka mengamalkan riba semasa di dunia. Dunia pada hari ini dari segi ekonominya telah dimanopoli oleh Yahudi yang sememangnya mengamalkan amalan riba dengan orang lain tetapi mengharamkan riba sesama yahudi. Kita walau pun berada di negara yang tertera dalam perlembagaannya Islam sebagai agama rasmi tetapi turut bergelumang dengan riba kerana pemimpinnya yang jahil dan hanya mengejar kebendaan sahaja.

Nabi juga melihat bagaimana sekumpulan lelaki di mana terdapat pada tangan mereka daging yang bagus dan segar disamping daging yang busuk dan rosak tetapi mereka tetap makan daging yang busuk itu. Jibril memberitahu bahawa mereka merupakan orang yang mempunyai isteri yang baik tetapi tetap melakukan zina dengan perempuan lain. Inilah antara azab bagi mereka yang berzina di mana kita di negara ini turut merasai balanya dengan serangan penyakit AIDS yang terus merebak termasuk kepada mereka yang tidak terlibat dengan perbuatan yang tidak bermaruah itu seperti yang terkena kepada 2 orang ibu yang dijangkiti AIDS melalui perdermaan darah. Malah disebuah negeri dalam negara kita telah disyorkan oleh muftinya agar pasangan ingin berkahwin diperiksa terlebih dahulu samada dia dijangkiti AIDS atau pun tidak. Inilah bahayanya apabila rakyat hanya diberitahu tentang bahayanya AIDS bukannya diberi penjelasan tentang bahayanya zina disamping menhukumkan penzina dengan hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah.

Rasulullah s.a.w juga melihat sekumpulan wanita yang diikat buah dadanya di mana Jibril menjelaskan bahawa mereka adalah wanita yang bergaul bebas dengan lelaki yang bukan mahramnya. Sebab itulah Islam banyak menekankan tentang garisan yang sepatutnya dijaga oleh kaum wanita semasa berada di luar rumah samada berkerja atau pun urusan lain dalam menjaga kehormatan dan maruah mereka daripada tercemar.

Firman Allah dalam ayat 130 – 131 surah Ali- Imran :

يأيها الذين آمنوا لا تأكلوا الربا أضعافا مضاعفةواتقوا اللهلعلكم تفلحونواتقوا النار التي أعدت للكافرين

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu beroleh keuntungan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Isra’ Mikraj DiHayati Sistem Islam DiJulang Tinggi

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ :

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Setiap kali berada pada bulan Rejab maka kita tidak lekang daripada memperkatakan tentang suatu peristiwa besar yang pernah berlaku pada tubuh nabi Muhammad s.a.w iaitu peristiwa Isra’ Mikraj yang menguji tahap keimanan manusia. Umat yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya sentiasa menerima apa sahaja yang berlaku sekalipun di luar jangkauan pemikiran manusia tanpa banyak soal dan pertikaian tetapi bagi manusia yang lebih banyak menggunakan akal yang lemah dan terbatas kemampuannya sentiasa mencari alasan untuk menolak kebenaran ini. Kita sebagai umat yang beriman kepada nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi lagi rasul pilihan Allah yang memiliki mukjizat sepastinya dapat menerima sepenuh hati tanpa perasaan syak terhadap peristiwa hebat yang berlaku pada malam Isra’ Mikraj sedangkan manusia yang sentiasa melihat nabi Muhammad s.a.w tidak lebih sebagai manusia biasa dengan memisahkannya daripada mukjizat anugerah Allah sentiasa menolak sebarang yang berlaku ke atas tubuh nabi di luar jangkauan akal mereka. Keimanan terhadap peristiwa Isra’ Mikraj banyak mengajar kita tentang erti keimanan sebenar kepada Allah dan rasulNya yang bukan terhasil daripada akal yang mengikut hawa nafsu sebaliknya melalui ilmu yang disuluh dengan cahaya wahyu Allah. Budaya menerima dan menolak sesuatu perkara samada benar atau salah berdasarkan logik akal semata-mata semakin subur dalam masyarakat umat Islam sendiri sehingga pertikaian terhadap system al-Quran, hadis nabi dan ajaran agama berlaku silih berganti. Akhirnya timbul umat Islam yang mempertikaikan hukum Hudud, kewajipan menutup aurat, larangan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, pengharaman riba dan sebagainya. Perkara ini wajib diubati supaya ia tidak semakin membarah dalam merosakkan aqidah dan pengamalan syariat oleh umat Islam. Sesuai dengan tawaran antara susu dan arak kepada nabi pada malam Isra’ Mikraj di mana bila nabi memilih susu lalu dikatakan kepada baginda : “ Engkau telah dianugerahi fitrah. Jika engkau memilih arak nescaya engkau menyesatkan umatmu sendiri”. Pemilihan Islam yang suci berbanding kehidupan yang dimabukkan dengan hawa nafsu mengajar kita supaya sentiasa melawan sebarang pemikiran dan cara hidup yang bercanggah daripada Islam untuk Berjaya di dunia dan akhirat

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 45 surah al-‘Ankabut:

اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Maksudnya : Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Bulan Rejab dikenali sebagai bulan solat memandangkan kewajipan solat diterima oleh nabi Muhammad s.a.w dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj secara langsung daripada Allah tanpa perantaraan malaikat Jibril. Melihat kepada kewajipan solat yang begitu istimewa maka kita yakin bahawa solat mempunyai banyak nilai dalam member kebaikan kepada umat Islam. Di antara nilai solat itu adalah [1] solat mendidik Muslim menyucikan dirinya dari sifat buruk. [2], solat mendidik kesatuan dan perpaduan ummah. Ini kerana setiap Muslim menunaikan solat akan menghadap ke arah satu qiblat yang sama, iaitu Baitullah al-Haram. Kesatuan dan perpaduan ini akan mewujudkan perasaan saling memahami dan saling melengkapi antara sesama Muslim. [3], solat mendidik Muslim supaya memiliki disiplin waktu. Setiap Muslim yang menunaikan solat akan selalu memerhati dan menunggu masuknya waktu solat, sekali gus akan berusaha menunaikannya tepat pada waktunya, di samping menundukkan nafsunya untuk tidak tenggelam dalam kesibukan duniawi. [4], solat mendidik setiap Muslim kepentingan tertib atau susunan organisasi. Solat berjemaah yang didirikan menuntut susunan jemaah yang berbaris lurus di belakang imam dengan memastikan tiadanya celah kosong antara setiap jemaah di kanan kirinya di samping menyedarkan umat Islam perlunya tertib organisasi di dalam segala lapangan hidup ummah. [5], solat mendidik Muslim terhadap ketaatan kepada pemimpin. Mengikuti imam dalam setiap gerakan rukun solat, dengan tidak mendahuluinya walau sesaat pun, menunjukkan adanya ketaatan dan komitmen yang tulus dari makmum, serta menjauhkan diri daripada keingkaran terhadap perintahnya, selama mana perintah itu tidak menjurus ke arah maksiat. [6], solat mendidik Muslim memiliki sifat keberanian menegur dan memperingatkan pemimpin. Jika imam terlupa dalam sesuatu rukun solat, maka makmum berkewajipan untuk memperingatkan dan menegur imamnya dengan membaca Subhanallah. Hal ini menunjukkan kewajipan rakyat untuk memperingatkan pemimpinnya jika melakukan kesalahan atau kesilapan dalam kepimpinannya atau tidak menunaikan hak kepada rakyatnya. [7], solat menyedarkan umat Islam persamaan hak antara sesama Muslim. Dalam solat berjemaah, pengisian saf atau barisan solat tidak didasarkan pada status sosial, pangkat kedudukan atau darjat seseorang, walau pun pada saf yang paling hadapan. Gambaran ini menunjukkan adanya persamaan hak tanpa mengambil kira kedudukan mahu pun tua umurnya, bukan saja di dalam solat jemaah, bahkan dalam arena kehidupan ummah. [8], solat mendidik umatnya mengamalkan gaya hidup yang sihat. Mendirikan solat secara istiqamah memberikan kesan kesihatan yang menyeluruh. Oleh itu tidak menjadi suatu perkara yang pelik apabila adanya kajian sains yang menunjukkan bagaimana solat yang sempurna mampu menajamkan otak, memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh, gerakan jantung lebih teratur, orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang, ubat mati pucuk kalangan lelaki dan masalah kelamin kaum wanita serta seribu macam lagi kebaikan.

Oleh itu pastikan diri, keluarga dan masyarakat kita sentiasa menjaga solat untuk kebaikan dan kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 81 surah al-Isra’:

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

Maksudnya : Dan katakanlah:” Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”

Melihat kepada kelebihan solat maka begitulah juga ibadat-ibadat khusus yang lain mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita sebagai umat Islam wajib mencari kekuatan daripada ibadat khusus yang telah disyariatkan oleh Allah dan jangan mencari alasan untuk mengabaikannya. Kita tidak mahu suara sumbang yang mengatakan boleh meninggalkan solat untuk tujuan menaikkan nama Negara dengan bersukan tidak berulang kembali. Oleh itu kita mahu pemimpin kita dan Negara umat Islam yang lain yang bakal menyertai Sukan Olimpik 2012 di London bermula 27 Julai sehingga 12 Ogos ini yang jatuh pada bulan Ramadhan menjaga hak atlit beragama Islam untuk menjaga ibadat puasa. Musuh Islam telah tahu bahawa tarikh itu adalah musim puasa tetapi sukan itu tetap diteruskan maka menjadi tanggungjawab pemimpin samada menjaga ibadat atau membiarkan musuh menghina kita yang lebih mendewakan sukan dengan mengenepikan kewajipan agama. Jawapan pihak bertanggungjawab dalam sukan ini amat menyedihkan dengan mengatakan terpulang kepada atlet berkenaan sama ada mahu meneruskan puasa mereka apabila beraksi di pentas Olimpik nanti walaupun beliau secara peribadi menganggap bersukan juga satu perjuangan dan ada ketikanya ibadat itu dibolehkan untuk digantikan pada waktu lain

Jika umat Islam semacam ini semakin ramai maka lambat lagi saat kemenangan yang dijanjikan oleh Allah untuk datang. Kita pernah menyaksikan tentera Islam tetap berpuasa ketika peperangan Badar al-Kubra yang berlaku pada bulan Ramadhan sehingga datangnya kemenangan yang besar

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar

Ketika membicarakan tentang peristiwa Isra’ Mikraj juga maka tidak ketinggalan untuk kita mendoakan kemerdekaan bumi Isra’ Palestin daripada cengkaman Yahudi. Dunia turut memberi perhatian penting terhadap pilihanraya Presiden Mesir pusingan kedua antara tokoh gerakan Islam dengan kebangsaan pada 16 dan 17 Jun iaitu esok dan lusa di mana keputusannya diramal dapat memberi kesan besar terhadap penjajahan zionis yahudi di Israel samada dapat dihenti atau diteruskan. Mimbar Jumaat hari ini turut mengutuk penerusan kepada pembunuhan kejam terhadap rakyat sendiri di Syria dan terbaru terhadap saudara seagama Ronghiya di Myanmar. Kampung mereka diserang, kedai dirompak, makanan dirampas, saudara seagama dibunuh. Difahamkan sehingga kini lebih 1500 muslim Rohingya dibunuh dan lebih 3000 lagi cedera dalam perbalahan etnik di negara itu. Jangan biarkan telinga menjadi pekak, mata menjadi buta dek asyik berbincang tentang bolasepak Piala Eropah sehingga masalah umat Islam tidak dipedulikan. Semoga semangat yang difahami daripada Isra’ Mikraj ini dapat kita laksanakan di bumi nyata dalam mengembalikan kehebatan dan keagungan Islam. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ikut Wahyu Bahagia Turut Nafsu Binasa

السلام عليكم

الحَمْدُ
للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى
الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا
اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
…أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ
وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai
hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya
menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar
kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita
kepada  Allah  dengan  melakukan  segala
suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang
ditegahNya.

Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian,

Renungilah
firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ :

سُبْحَانَ
الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى
الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا
إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maksudnya
: Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil
Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami
perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Setiap
kali berada pada bulan Rejab maka kita tidak lekang daripada memperkatakan
tentang suatu peristiwa besar yang pernah berlaku pada tubuh nabi Muhammad
s.a.w iaitu Isra’ Mikraj yang menguji tahap keimanan manusia. Rejab yang
merupakan antara 4 bulan haram selain Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram boleh dikatakan bulan memperteguhkan
aqidah sebelum tibanya bulan penuh ibadah iaitu Ramadhan di mana ibadah menjadi
suatu sia-sia tanpa aqidah yang benar sempurna. Aqidah yang kukuh akan
menyelamatkan kita daripada perbuatan syirik samada pada ibadah khusus, sosial,
ekonomi, politik dan seluruh sistem hidup. Peristiwa Isra’ Mikraj turut menekankan
tentang kepentingan menjaga hati daripada mati sehingga segala tawaran Syurga
Allah dipandang sepi manakala peringatan azab neraka Allah tidak membawa
apa-apa erti. Seorang Ulama’ hebat Syeikh Ibrahim Adham pernah menukilkan 10
tanda manusia hati mati iaitu [1] Mengaku kenal Allah s.w.t tetapi tidak menunaikan hak-hakNya
[2] Mengaku cinta pada Rasulullah s.a.w tetapi tidak menunaikan Sunnah
baginda [3] Membaca al-Quran tetapi tidak beramal dengan hukum- hukum di
dalamnya [4] Memakan nikmat- nikmat Allah s.w.t  tetapi tidak mensyukuri atas pemberiannya [5]
Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya [6] Mengaku
adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya [7] Mengaku
adanya seksa neraka  tetapi tidak
berusaha untuk menjahinya [8] Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap
jiwa tetapi masih tidak bersedia untuknya [9] Menyibukkan diri  membuka keaiban orang lain tetepi lupa akan
keaiban diri sendiri [10] Menghantar dan menguburkan jenazah saudara
seIslam tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya

Firman Allah dalam ayat 88 dan 89 surah as-Syua’ra’ :

يَوْمَ لَا يَنفَعُ
مَالٌ وَلَا بَنُونَ  .إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّـهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Maksudnya : “Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak
tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,”Kecuali (harta benda
dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat
sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)

Sidang
Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 45 surah al-‘Ankabut:

اتْلُ
مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ
تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ

Maksudnya
: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari
Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu
mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati
Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah
mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Bulan Rejab dikenali sebagai bulan solat
memandangkan kewajipan solat diterima oleh nabi Muhammad s.a.w dalam peristiwa
Isra’ dan Mikraj secara langsung daripada Allah tanpa perantaraan malaikat
Jibril. Peristiwa Isra’ Mikraj turut mengetuk hati kita tentang betapa besarnya
peranan masjid yang bukan sahaja disebut nama Masjidil Haram, Mekah dan Masjid
Aqsa, Palestin tetapi turut dikisahkan bagaimana nabi Muhammad s.a.w menjadi
imam solat kepada nabi-nabi yang lain. Ini semua memberitahu dengan jelas
kepada kita betapa pentingnya masjid untuk dihidupkan bukan sahaja untuk solat
berjemaah, pengajian ilmu malah program manfaat yang lain sehingga usaha musuh
Islam dalam memisahkan umat Islam terutama golongan remaja daripada masjid
dapat ditangani, buta agama dapat dibasmi, jenayah yang meningkat akibat
rosaknya hati dan akhlak dapat diubati. Betapa malangnya apabila solat yang
merupakan tiang agama dan amalan pertama yang bakal ditanya ketika manusia
berada di padang Mahsyar nanti dianggap perkara remeh temeh dan meninggalkannya
dianggap biasa. Sudah tibanya orang yang meninggal solat dikira sebagai
penjenayah yang mesti diambil tindakan keras kerana cara nasihat sudah tidak
diambil hirau. Akibat meninggal solat maka melarat kepada kerosakan akhlak dan
perbuatan jenayah yang lain malah antara punca perceraian juga menunjukkan
akibat mengabaikan solat 5 waktu.

Sidang
Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 70 surah al-An’am :

وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا
وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا
مِن دُونِ اللَّـهِ وَلِيٌّ وَلَا شَفِيعٌ وَإِن تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَّا
يُؤْخَذْ مِنْهَا ۗ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُوا بِمَا كَسَبُوا
ۖ لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا
يَكْفُرُونَ

Maksudnya
: Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai
permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia
dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di
akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia
telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya
pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia
hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu)
tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan
(ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka
disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak
terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya)

Ketika membicarakan tentang peristiwa Isra’
Mikraj maka manusia terbahagi kepada 3 peringkat dari segi keimanan mereka
iaitu yang pertama golongan kufur semakin kufur akibat mereka melihat nabi
sebagai manusia biasa dan apa yang diceritakan tidak masuk akal, golongan kedua
yang telah beriman kembali murtad akibat hanya menggunakan akal untuk menolak
kebenaran cerita nabi sehingga lupa bahawa yang menceritakan peristiwa hebat
itu adalah seorang nabi yang tidak pernah bercakap mengikut hawa nafsu manakala
golongan yang paling hebat keimanan mereka umpama Sayyidina Abu Bakar yang
semakin bertambah keyakinan kerana melihat yang menceritakan perkara ini ialah
seorang rasul yang wajib bersifat benar. Begitulah juga keadaan yang menimpa
umat Islam pada hari ini apabila membicarakan tentang aqidah dan syariat Islam di
mana golongan yang menjadikan akal sebagai rujukan utama nescaya akan memandang
undang-udang Islam sebagai lambang kezaliman seperti mempertikaikan 4 saksi
dalam masalah kesalahan zina dan tuduhan zina, potong tangan terhadap pencuri
dan sebagainya. Golongan ini sebaliknya mengagungkan undang-undang manusia
walau pun jelas menjatuhkan maruah malah begitu zalim seperti sebatan yang
mencederakan pesalah bukan mendidik dan mencegah sebagaimana hukum Islam. Malah
mimbar Jumaat hari ini mengutuk kebiadapan penghinaan kartun dalam Utusan
Malaysia yang menggambarkan Islam tidak memberi keadilan kepada mangsa rogol. Kita
juga merasa begitu bimbang apabila isu murtad kembali bergema apabila menteri
menjawab dalam parlimen Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk
menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010 di mana 168 diluluskan
walau pun selepas itu pelbagai alasan diberikan samada yang diluluskan bukan
murtad tetapi disahkan tidak Islam sejak awal lagi dan terbaru alasan kesilapan
nama seperti nama orang Islam sehingga ditulis beragama Islam tetapi apabila
dirujuk semula maka ditukar status kepada bukan Islam. Apa yang lebih penting
ialah marilah kita bersama bermula daripada pemimpin hingga rakyat di bawah
supaya menjaga aqidah kita dan keluarga disamping berusaha menjaga golongan
muallaf dengan kebajikan dan didikan yang berterusan agar mereka terus kekal
dalam Islam. Pemimpin wajib menggubal undang-undang murtad bagi menangani
jenayah aqidah ini

Sidang
Jumaat yang diberkati Allah,

Ketika menyingkap lawatan nabi
Muhammad s.a.w melihat nikmat Syurga dan seksa Neraka maka ia menambahkan lagi
keyakinan kita tentang balasan Allah terhadap ahli ibadat dan ahli maksiat. Janji
dan amaran Allah bukan perkara main-main atau khayalan. Oleh itu pastikan
bekalan akhirat kita semakin bertambah, taubat kita semakin banyak agar kita
dapat menjadi hamba Allah yang benar-benar beriman tentang balasan akhirat
disamping menjadi ahli ibadat yang istiqamah dalam mengerjakan amalan soleh
disamping bersungguh-sunguh dalam menjauhi maksiat. Nasihat Sayyidina Ali : Apabila
kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan
hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu
berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa
yang dilakukan akan terus kekal.

Firman
Allah dalam ayat 108 yang berbunyi:

وَيَقُولُونَ
سُبْحَانَ رَبِّنَا إِنْ كَانَ وَعْدُ رَبِّنَا لَمَفْعُولاً

Maksudnya
: Dan orang-orang Mukmin itu hanya berkata: Maha suci Tuhan kami, sesungguhnya
janji-janji Tuhan kami pasti akan terjadi.

بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا
فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ
تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ
لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ
وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ
التَّائِبِيْنَ

27. PENGERTIAN ISRA’ DAN MIKRAJ

 

 

السلام عليكم ورحمة الله

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah

Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ :

سبحن الذي أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى الذي بركنا حوله لنريه من ءايتنا  إنه هو السميع العليم

Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Tanggal 27 Rejab tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya hijrah nabi s.a.w ke Madinah Munawwarah, telah berlaku suatu peristiwa yang sangat penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa isra’ dan mikraj di mana ia merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sidang Jumaat yang dihormati

   Isra’ membawa pengertian perjalan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.
Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

 Para ulama’ hadis, ulama’ feqah dan ulama’  tafsir  secara umum menegaskan bahawa perisitiwa isra’ dan mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda s.a.w sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan ruh nabi s.a.w bukannya ruh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan “ asra bi ‘abdihi lailan ” yang bermaksud memperjalankan hambaNya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu nabi Muhammad s.a.w yang mana meliputi batang tubuh dan ruhnya serentak bukannya ruhnya sahaja.Jika ia berlaku pada ruhnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi ” asra bi ruhi ‘abdihi lailan ” yang bermaksud memperjalankan ruh hambaNya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hambaNya iaitu nabi s.a.w dalam keadaan tubuh dan ruhnya serentak.

      Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasulNya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Setelah baginda s.a.w menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda s.a.w. Fitnah terhadap baginda s.a.w bertambah kuat malah ramai juga di kalangan mereka yang sebelum telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda s.a.w maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh nabi s.a.w lalu beliau dengan tegas menyatakan : ” Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda s.a.w mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jaubh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya “. Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasulNya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.

Demikianlah peristiwa isra’ dan mikraj ini merupakan satu ujian dan proses pemisahan antara mereka yang benar-benar beriman dengan mereka yang tipis imannya dan kufur terhadap Allah dan rasulNya. Ramai di kalangan mereka yang sebelum ini menyatkan keimanan mereka tetapi setelah mendengar penjelasan Rasulullah s.a.w tentang peristiwa isra’ dan mikraj, mereka menjadi murtad.Walau pun ramai yang telah murtad namun Rasulullah s.a.w tidak dapat mengambil tindakan ke atas mereka kerana baginda s.a.w tidak mempunyai kuasa pada masa itu. Sedangkan jika kita baca satu lagu kisah yang berlaku selepas baginda menjadi ketua Daulah Islamiah di Madinah Munawwarah di mana selepas Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa baginda telah di isra’ kan oleh Allah maka ada seorang yang meminta supaya nabi s.a.w mengangkatkan kaki kanannya lalu baginda s.a.w terus melakukanya. Orang itu menyuruh lagi agar nabi mengangkat kaki kirinya tanpa meletakkan kaki kanannya. Mendengar permintaan itu lalu nabi s.a.w menyatakan bahawa baginda tidak mampu mengangkat kedua kakinya secara serentak. Setelah mendengar kata-kata nabi s.a.w itu maka orang itu terus mengatakan bagaimana kita boleh mempercayai bahawa nabi s.a.w telah di isra’ kan sedangkan untuk mengangkat kakinya secara serentak pun baginda tidak mampu.Mendengar penjelasan daripada orang itu lalu baginda s.aw meminta agar dia menemui Sayyidina Umar al-Khottab. Setelah menemui Sayyidina Umar dan memberi penjelasan dengan apa yang telah berlaku lalu beliau terus masuk ke rumahnya untuk mengambil pedang. Ketika keluar dari rumahnya bersama dengan pedang yang terhunus lalu tanpa banyak berbicara  beliau terus memancung kepala orang itu. Melihat peristiwa itu lantas orang ramai bertanya Sayyidina Umar mengenai tindakan yang telah dilakukan terhadap orang itu. Sayyidina Umar dengan tegas menyatakan bahawa dia bukanlah orang yang lebih alim daripada Rasulullah s.a.w dalam masalah Isra’ mikraj tetapi baginda s.a.w menghantar orang itu kepadanya untuk dipancung kerana telah murtad bukannya untuk menerangkan masalah isra’ dan mikraj. Kita dapat lihat bagaimana dengan adanya kuasa maka Rasulullah s.a.w dapat mengambil tindakan ke atas mereka yang melanggar ketetapan Allah. Berkesinambungan daripada inilah kita dapat memahami bahawa dalam melaksanakan Islam yang sebenar maka mestilah bertunjang kepada kuasa bagi memastikan konsep amar makruf dan nahi munkar dapat berjalan lancar bukan sebagaimana hari ini di mana hanya amar makruf atau menyuruh membuat kebaikan sahaja yang telah dijalankan oleh pihak berkuasa sedangkan nahi munkar dengan menutup pusat hiburan, membasmi pelacuran, menghadkan penjualan arak dan sebagainya tidak dilaksanakan.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Sepanjang perjalanan Isra’ dan mikraj, Rasulullah s.a.w telah disaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia samada mereka beriman atau pun tidak. Salah satu peristiwa yang wajar untuk kita sama-sama ambil iktibar ialah apabila baginda s.a.w telah tercium bauan harum Mashitah dan keluarganya yang telah gugur syahid kerana mempertahankan keimanan kepada Allah dan sanggup berhadapan dengan Firaun yang zalim. Mereka lebih sanggup dihumbankan ke dalam kawah yang bergelegak panas demi Allah daripada menerima azab Allah yang lebih pedih jika tunduk kepada Firaun yang sesat itu. Jika kita menghayati peristiwa yang berlaku ke atas Mashitah dan keluarganya ini maka kita akan merasa begitu kerdil sekali berbanding pengorbanan tinggi Mashitah seorang penyikat rambut anak perempuan Firaun dan mendapat gaji daripada Firaun tetapi tetap mempertahankan imannya.Kita belum lagi diminta terjun kawah panas tetapi apabila diugut sesuatu yang menggugat kerjaya maka kita terus gelabah dan senyap. Tidak kurang yang terus terhutang budi kepada pemimpin walau pun mereka zalim semata-mata kita lihat merekalah yang memberi gaji kepada kita dan mesti ditaati walau pun sudah jelas kezaliman dan kesesatan yang dilakukan di hadapan mata. Fikiran waras kita seperti tidak dapat mengukur dimanakah perbezaan antara tanggungjawab atau amanah dengan sumbangan. Kita seperti lupa bahawa Allah sebenarnya pemberi rezeki dan mesti disembah bukannya pemimpin yang menjalankan amanah diangkat sebagai  pemberi rezeki yang mesti disembah dan ditaati.Ingatlah bahawa jika kita benar-benar sayangkan Islam dan mahu ia diletakkan disinggahsananya yang sebenar maka sebarang ugutan, tindakan dan sebagainya ke atas kita mestilah diharungi dengan penuh kesabaran kerana kemenangan Islam pasti tiba dan kita yang berjuang ini jika kalah di dunia tetapi habuan akhirat tetap menunggu kita dengan syarat kita bersungguh-sungguh, yakin, sabar dan ikhlas kepada Allah.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

   Dalam peristiwa ini Allah telah mewajibkan kita untuk menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Sebab itulah solat dikenali sebagai mikraj mukmin kerana ia satu-satunya ibadat fardhu yang diterima semasa mikraj sedangkan ibadat fardhu lain seperti puasa, zakat dan haji hanya difardhukan ketika Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah selepas peristiwa ini. Mengenai dakwaan mereka yang jahil dan terkeliru dengan pembawaan pemimpin yang jahil yang mengatakan bahawa ibadat tidak ada kaitannya dengan kepimpinan. Jika betul dakwaan mereka mengapakah cuti hari Jumaat yang ditukar kepada hari Ahad telah menyebabkan kesulitan kepada pekerja Islam untuk menunaikan solat Jumaat. Malah ada majikan yang berani menghalang pekerjanya daripada menunaikan solat Jumaat dan tidak kurang juga yang membuat peraturan supaya pekerjanya mengerjakan solat Jumaat mengikut giliran mingguan. Mengapakah majikan ini begitu berani membuat peraturan yang mana secara teran-terangan menghina Islam dan menghalang kebebasan beragama sedangkan telah tercatat di perlembagaan Malaysia bahawa Islam adalah agama rasmi dan juga rakyat diberikan kebebasan beragama. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana pemimpin negara yang tidak bertanggungjawab terhadap agama dan takut untuk mengambil tindakan terhadap majikan dan syarikat terbabit kerana  terhutang budi kepada majikan yang telah banyak membantu mereka dalam mengaut keuntungan. Adakah pemimpin seperti ini akan terus diberikan kepercayaan untuk melaksanakan Islam atau telah timbul kesedaran dalam diri kita semua untuk sama-sama menabalkan para ulama’ sebagai pengganti kepada pemimpin yang jahil dan zalim itu dalam memegang tapuk pemerintahan negara yang kita sayangi ini.Ingatlah bahawa setiap usaha kita dalam memastikan Islam berjaya dijunjung akan diberikan ganjaran yang besar di sisi Allah sedangkan mereka yang cuba menyekat Islam daripada bebas untuk dilaksanakan disetiap lapangan kehidupan pasti akan dikalahkan di dunia serta akan diazabkan diakhirat nanti.

Renungilah firman Allah dalam  ayat 8 surah as-Sof:

يريدون ليطفئوا نور الله بأفواههم والله متم نوره ولو كره الكــفرون

Maksudnya : Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membenci.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ