• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3






  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,747,681 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 9,952 other followers

120. PERKASAKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

فرمان الله تعالى دالم أية    110   سورة   آل عمران :

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله ولو ءامن أهل الكتـب لكان خيرا لهم منهم المؤمنون وأكثرهم الفـسقون

Maksudnya : Kamu adalah sebaik-baik umat yang telah dikeluarkan antara manusia kerana kamu menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran serta beriman kepada Allah S.W.T. Dan sekiranya ahli Kitab itu beriman nescaya itulah yang lebih baik bagi mereka tetapi ada di antara mereka yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik

            Manusia diciptakan dengan sebaik-baik penciptaan dan memikul amanah yang begitu besar iaitu sebagai khalifah yang menjaga kesucian agama serta menguruskan urusan dunia berdasarkan wahyu yang tidak sanggup dipikul oleh makhluk yang lain termasuk langit, bumi dan gunung-ganang. Manusia selepas itu berpecah menjadi beberapa golongan di mana ada yang beriman dan tunduk kepada Allah dan ramai pula di  kalangan manusia yang kufur dan engkar kepada Allah. Golongan yang beriman dijadikan sebagai sebaik-baik umat dengan syarat kita mesti menjalankan tiga kewajipan yang besar iaitu menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran serta yang melengkapkan tugas tadi dengan keimanankepada Allah. Setelah menunaikan ketiga-tiga tugas yang besar ini barulah kita diiktiraf sebagai sebaik-baik umat. Kita jangan mengulangi jenayah besar yang telah ditunjukkan oleh golongan yahudi yang menganggap bahawa sebagai keturunan Bani Israel meletakkan mereka sebagai anak dan kekasih Allah yang bebas melakukan apa sahaja termasuk menderhakai Allah kerana bagi pegangan mereka bahawa jika dimasukkan ke dalam neraka sekalipun maka siksaan itu tidak lama kerana akhirnya mereka akan dimasukkan ke dalam syurga juga. Sikap dan pemikiran sesetengah umat Islam yang berfikiran sebagaimana yahudi itu yang menganggap bahawa cukup sekadar mengucap dua kalimah syahadah dan mengaku telah Islam maka membolehkan mereka menjadi umat pilihan dan dimasukkan ke dalam Syurga Allah dengan begitu mudah tanpa perlu tunduk dan patuh serta menjalankan kewajipan yang telah ditentukan oleh Allah telah merosakkan diri sendiri.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

            Sebagai umat akhir zaman yang sedang diserang oleh musuh Islam daripada pelbagai sudut dan cara maka kita terlebih wajib dalam menggerakkan tugas-tugas dalam menyeru kepada kebaikan  dan mencegah daripada kemungkaran dari segi teori dan pengamalan sehingga segala dakyah musuh dapat disekat dengan lebih berkesan. Ketika kita menyusuri perjalanan sejarah bermula dengan kejayaan nabi Muhammad s.a.w ketika mendirikan Daulah Islamiah di Madinah seterusnya perjuangan baginda diteruskan oleh para khalifah selepasnya maka antara tugas yang telah banyak membantu kejayaan itu ialah amar makruf nahi mungkar. Bergeraknya tugas amar makruf nahi mungkar telah membolehkan dakwah Islam semakin meluas manakala serangan musuh dapat dikurangkan terutama apabila dakwah Islam mula disebarkan kepada pemimpin dan raja disekeliling Daulah Islamiah. Kegagalan dalam menjalankan tugas amar makruf nahi mungkar pula merupakan antara punca kepada runtuhnya beberapa kerajaan Islam apabila merebaknya kerosakan aqidah dan akhlak di kalangan umat Islam disamping serangan musuh semakin kuat tanpa usaha yang bersungguh dalam menyekatnya.

            Menyedari tentang betapa pentingnya tugas amar makruf nahi mungkar dalam membentuk sebuah negara yang aman maka usaha ke arah itu mesti dilipat gandakan bukannya ditentang dengan pelbagai alasan di mana hanya orang yang rosak akhlak sahaja yang takut dan marah apabila suburnya budaya amar makruf nahi mungkar dalam masyarakat. Biasanya orang salah dan orang yang bersamanya yang takut pada hukuman dan tindakan. Kita mesti ingat kepada amaran Rasulullahs.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Huzaifah :

قال الرسول e   : لَتَأْمُرَنَّ بِالمَعْرُوْفِ وَلَتَنْهَوُنَّ عَنِ المُنْكَرِ أَوْ لَيُوْشِكَنَّ اللهُ  أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عِقَابًا مِنْهُ ثُمَّ تَدْعُوْنَهُ فَلا يُسْتَجَابُ لَكُمْ

Maksudnya: Suruhlah berbuat kebaikan dan cegahlah daripada kemungkaran atau jika tidak nescaya siksaan Allah boleh jadi akan menimpa kamu. Kemudian kamu memohon kepada Allah agar siksaan itu dihentikan maka permohonan kamu tidak diterima lagi.

 

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

            Cuba  perhatikan  tentang perancangan musuh dalam menghancurkan Islam dan umatnya di mana antara perancangan jahat itu yang telah dilaksanakan termasuk oleh pemimpin negara umat Islam iaitu mengawal dan menghadkan peranan masjid di mana masjid dikawal begitu ketat lebih daripada kelab malam. Malah apa yang lebih malang adanya surau dan masjid yang dirobohkan tanpa ada rasa bersalah demi menjaga kepentingan peribadi. Seterusnya cadangan musuh Islam agar ditutup pusat pengajian agama maka usaha jahat ini telah pun berlaku termasuk di negara kita. Masalah ini bertambah gawat apabila Perdana Menteri Singapura turut menyatakan kebimbangan tentang pengajian Islam di sekolah-sekolah sehingga rungutan ini dipanjangkan oleh seorang menteri bukan Islam di negara ini yang meminta agar pengajian Islam perlu dibuang daripada sekolah kebangsaan di mana agama hanya perlu belajar di rumah dan tempat ibadat sahaja. Orang bukan Islam hanya berani dan lantang mencaci Islam apabila umat Islam sendiri ada yang sanggup menghina Islam dan tidak lagi berasa betapa pentingnya agama.

            Kita turut berdepan dengan perancangan musuh yang seterusnya iaitu menyeru ke arah penubuhan lebih banyak persatuan atas nama Islam tetapi menyeru kepada Islam Liberal di mana di negara kita telah pun ada kumpulan itu antaranya Sisters In Islam. Kita dapat melihat bagaimana gerakanan kepada serangan pemikiran Islam Liberal begitu cergas dalam melahirkan umat Islam yang tidak mementingkan lagi ikatan dan kawalan agama sebaliknya mereka pula yang bertindak mengawal agama mengikut kehendak nafsu dengan mengenepikan wahyu. Golongan ini dalam sedar atau pun tidak telah menghidupkan budaya halal haram semuanya serupa, dosa pahala boleh belaka, Islam jahiliah sama sahaja, iman kufur tiada beza sehingga masyarakat Islam yang telah rosak semakin hilang pedoman. 

            Firman Allah dalam ayat 28 – 29  surah Ibrahim :

ألم تر إلى الذين بدلوا نعمت الله كفرا وأحلوا قومهم دار البوار    جهنم يصلونها وبئس القرار

Maksudnya : Tidakkah engkau lihat dan merasa hairan terhadap orang-orang yang menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran dan telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan. Iaitu neraka jahannam yang mereka akan menderita bakarannya dan ingatlah seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka jahannam.

 

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Kita mesti menyuburkan budaya amar makruf nahi mungkar terutama di zaman masyarakat menghadapi keruntuhan akhlak yang begitu teruk. Banyak racun yang diberi kepada rakyat berbanding usaha pencegahan daripada merebaknya penyakit sosial seperti usaha setiap rangkaian tv mengadakan pertandingan dalam melahirkan seramai mungkin artis begitu subur sedangkan pusat pengajian agama dibiarkan berkubur. Program maksiat bukan sahaja diberikan kebebasan malah dianjurkan sendiri oleh pihak kerajaan sedangkan program dalam memberi faham tentang Islam dikawal rapi sehingga masyarakat lebih suka ke tempat maksiat berbanding berada di masjid untuk menambah ilmu dan beribadat.  Bagaimana kita mahu lahir sebagai sebuah masyarakat yang diredhai Allah apabila keadaan umat Islam sendiri bergelomang dengan dosa sebagaimana kuffar. Akhirnya umat Islam tidak maju dari segi kebendaan dan hancur dari segi akhlaknya berbanding musuh Islam yang maju dari segi kebendaan walau pun hancur dari segi moral. Oleh itu sebelum keadaan lebih parah maka setiap diri kita wajib memperkasakan gerakan amar makruf nahi mungkar di zaman golongan yang menganjurkan maksiat begitu berani dan lantang. Jangan biarkan yang rosak gagal diselamatkan dan yang baik terus dirosakkan sehingga kehancuran negara semakin hampir.

            Sempena hari Jumaat yang mulia ini juga maka kita sebagai umat Islam bermaruah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Amerika Syarikat yang didakwa telah membuang al-Quran ke dalam lubang tandas sebelum mengepamnya. Kita meminta supaya pemimpin negara selaku pengerusi OIC mendesak kerajaan Amerika Syarikat mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara ini. Kita tegaskan bahawa kita sanggup mati demi memperjuang dan menjaga kesucian al-Quran. Biar bermandi darah namun pejuang Islam tidak akan berundur  walau selangkah. Biar bercerai nyawa dari badan namun kesucian al-Quran tetap dipertahankan.

Firman Allah dalam  ayat 45 surah al-Anfal:

يــأيهاالذين ءامنوا  إذا لقيتم فئة فاثبتوا واذكروا الله كثيرا لعلكم تفلحون

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu memerangi pasukan musuh maka teguhkan hatimu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beroleh kemenangan

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Advertisements

2 Respons

  1. Assalaamu’alaikum Wr. Wb.

    Saya Khusni dari Jakarta, saya melihat materi khutbah anda sangat bagus dan sesuai dengan kondisi jaman.
    saya minta izin untuk meng kopi dan saya pakai untuk materi Khutbah saya ..
    Terima Kasih

    Wassalaamu’alaikum Wr. Wb

  2. salam……ustz,sy bce bez pea ustz bncgkan…..law bleh,ustz ley sbarkan di fb,,,ini krana rmai rmaja skang taksub gan fb trmsuk sy …..

    insan y lmah,,,,,time ksh ustz….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: