• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,675,833 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,409 other followers

36. BAHAYA PEMIMPIN KUKU BESI


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُاللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ…أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَحَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Sayamenyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalianagarkitasama-samameningkatkanketaqwaankitakepadaAllahdenganmelakukansegalasuruhanNyadanmenjauhisegalayangditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 41 surah al-Hajj :

الذين ان مكنــهم فى الأرض اقاموا الصلوة واتوا الزكوة وامروا بالمعروف ونهوا عن المنكر ولله عاقبة الامور

Maksudnya:Mereka adalah orang-orang yang apabila kami berikan kekuasaan di muka bumi maka mereka sentiasa mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Dan kepada Allah jualah kembali segala urusan.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Permusuhan antara keimanan dan kekufuran terus berlangsung. Pertembungan antara Islam dan kufur terus berlaku kerana ia merupakan sunnatullah dalam menguji kekuataan pejuag Islam. Kuasa kuffar telah melihat dan memerhati sejarah dunia yang berlaku dari dulu sehingga sekarang maka kesimpulan yang mereka perolehi ialah Islam merupakan agama yang suci dan mempunyai kekuatan yang menakjubkan sehingga boleh membantutkan segala niat dan perancangan jahat kuffar dalam menguasai dunia. Islam yang didatangkan oleh Allah Tuhan yang mencipta orang Islam dan orang kafir telah mengatur sistem kehidupan dengan baik di mana kehidupan dunia tidak terhenti dengan kematian tetapi akan diteruskan dengan alam akhirat yang merupakan tempat pembalasan di atas setiap amalan di dunia. Islam mempunyai senjata yang kukuh iaitu aqidah dan jihad di mana kedua senjata inilah telah menyaksikan bagaimana runtuhnya kuasa besar Rom dan Parsi pada zaman sahabat nabi serta pembebasan Baitul Maqdis daripada cengkaman Kristian pada zaman Sayyidina Umar al-Khottab. Bersama dengan keutuhan aqidah dan kekuatan jihad maka Islam mampu menawan Empayar China dan India di timur seterusnya memasuki nusantara. Begitu juga dengan kekuataan aqidah dan jihad jugalah maka bumi eropah yang berada dalam kegelapan ilmu pengetahuan dan kemunduran pembangunan berjaya dtembusi oleh cahaya Islam dengan kejayaan panglima Toriq bin Ziyad menawan Sepanyol. Seterusnya dengan keyakinan yang tinggi kepada janji Allah bersama semangat jihad cintakan syahid maka tentera Islam yang diketuai oleh Muhammad al-Fateh telah berjaya mengalahkan tentera Rom bagi menawan kota Istanbul, Turki. Kejayaan dalam membuka negara taklukan yang begitu luas telah menyaksikan bagaimana kehebatan Islam apabila dapat memerintah. Islam bukan sahaja mampu membina manusia yang tunduk dan taat kepada Allah dalam setiap aspek kehidupan malah telah membuat banyak pembangunan material di mana setengahnya tidak mampu dilakukan oleh kuffar walau pun mempunyai peralatan yang canggih. Cuma bezanya pembangunan yang dibina oleh Islam ialah ia tidak mengenepikan pembangunan insan yang lebih penting dan utama. Islam melarang dan begitu benci lahirnya ramai manusia berhati dan bersikap kebinatangan di celah-celah hutan batu akibat daripada pengabaian terhadap pembinaan insan yang bersepadu. Kita telah menyaksikan di barat pada hari ini di mana mereka mendabik dada bahawa mereka maju kerana mampu naik ke bulan sedangkan pada hakikatnya mereka begitu menonjolkan kejayaan mereka naik ke angkasa bagi menutup kegagalan mereka dalam membina sifat kemanusiaan pada diri rakyat mereka sehingga suasana dalam negara tidak aman. Amerika Syarikat sendiri menyaksikan bagaimana jumlah banduan di dalam penjara yang paling ramai di dunia. Namun begitu apa yang lebih malang pemimpin negara umat Islam yang mahu mengikut jejak langkah barat secara seratus peratus turut mendabik dada dengan kejayaan yang tidak seberapa sedangkan mereka gagal melahirkan pakar yang mampu ke bulan dan dalammasa yang sama rakyatnya di bumi hancur akhlaknya sehingga mengancam kestabilan negara.

Sidang Jumaat yang dihormati,

Kuffar telah menyaksikan bagaiman ideologi dan kuasa lain bukanlah musuh mereka tetapi Islam bersama senjata utama iaitu aqidah dan jihad merupakan musuh ketat mereka. Seorang tokoh barat telah berkata : Selama ini para pemimpin kami menakut-nakutkan kami daripada ancaman pelbagai kuasa luar seperti bangsa yahudi yang merbahaya,kuasa kuning iaitu Jepun yang beracun dan ancaman kuasa merah iaitu komunis tetapi semuanya silap kerana bangsa yahudi menjadi rakan kami, komunis menjadi sekutu kami manakala Jepun pula maka sudah ada negara demokrasi besar yang menaklukinya. Apa yang nyata ialah bahaya yang sebenar ialah dating daripada Islam di mana ia adalah musuh kami yang sebenar samada dari segi penyebaran atau sistem kehidupan yang lain mahu pun semangat jihadnya yang begitu menakjubkan.

Seorang lagi tokoh barat menyatakan bagaimana ketakutan dan perhatian yang berlebihan kepada bangsa arab bukanlah disebabkan tangki minyak yang melimpah di negara arab tetapi kegerunan kuffar kepada Islam yang ada pada diri mereka.

Bagi berhadapan dengankekuatan Islam yang bersenjatakan aqidah dan jihad melalui cara peperangan begitu sukar malah Islam semakin cepat menang hasil perjuangan para mujahidin yang dilahirkan oleh Islam. Kuffar telah menyaksikan kepahitan kejatuhan kuasa besar komunis yang bukan sahaja dihalau dari bumi Afghanistan malah kuasa besar Kesatuan Soviet turut tumbang. Mereka melakukan pembunuhan etnik di Bosnia dan Kosova tetapi turut buntu apabila tentera mujahidin dari pelbagai negara yang berjaya menyusup masuk bukan sahaja mampu menawan kembali bumi yang dirampas oleh tentera Serbia malah hampir menakluki bumi Serbia. Jika tidak disebabkan tandatangan yang dilakukan hasil daripada perancangan jahat kuffar yang diketuai oleh Amerika Syarikat maka sudah tentu lebih luas tanah Russia akan ditakluk oleh Islam. Antara isi perjanjian di Bosnia dan Kosova ialah kerajaan yang baru dibentuk mesti menghalau para mujahidin keluar dari bumi Bosnia dan Kosova. Mengapakah orang Islam mesti dihalau dari bumi umat Islam yang dizalimi dengan penuh penghinaan jika bukan kerana hasutan kuffar. Begitu juga dengan apa yang berlaku di Ambon, Indonesia di mana bantuan Allah termasuk kedatangan mujahidin dari pelbagai negara telah meredakan pembunuhan oleh pihak Kristian. Kuffar telah melihat bagaimana mereka akan gagal jika melakukan cara kekerasan dalam melawan arus kebangkitan Islam.

Manakala tindakan negara umat Islam menjatuhkan hukuman buang negeri terhadap pejuang Islam bukanlah menyelesaikan masalah apabila para pejuang ini telah menubuhkan persatuan yang kuat yang bukan sahaja membimbangkan negara asal mereka tetapi turut mencemaskan kerajaan di negara tempat mereka dibuang seperti Amerika Syarikat dan Britain di mana semakin ramai yang memeluk Islam hasil usaha dakwah mereka yang dibuang negeri tadi sedangkan Kristian semakin dipinggirkan. Di Amerika Syarikat sahaja jumlah umat Islam semakin ramai iaitu dengan nisbah setiap tujuh orang maka ada seorang Islam. Inilah yang mencemaskan pihak kuffar kerana tekanan kebangkitan Islam begitu kuat dan tidak mampu ditahan lagi.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Setelah melihat cara kekerasan tidak begitu berjaya maka kuffar mengggunakan cara yang lebih licin dan jarang disedari oleh umat Islam. Mereka berusaha di dalam menjauhkan umat Islam daripada agama mereka dengan tersebar luasnya sekularisme. Kuffar melantik anak didik mereka bagi memerintah di negara umat Islam dalam mengaburi segala perancangan jahat kuffar untuk menghancurkan Islam. Namun begitu kuffar turut sedar akan bangkitnya ulama’ dan pejuang Islam yang akan menentang pemimpin sebangsa dengan mereka sendiri kerana kesesatan tetap jelas. Oleh itu dalam memastikan kuasa pemerintahan tidak akan diperolehi oleh para ulama’ dan pejuang Islam maka kuffar menyokong agar di negara umat Islam wujudnya pemimpin diktator atau kuku besi yang mampu menyekat kemaraan Islam. Seorang orientalis barat berkata: Apabila umat Islam diberi kebebasan dalam dunia Islam dan sistem demokrasi maka Islam pasti menang. Hanya dengan sistem diktator atau pemerintahan kuku besi sahajalah maka kita dapat membuat kacau dan menjauhkan umat Islam daripada Islam.

Tujuan mereka melantik pemimpin diktator supaya timbulnya kebencian antara pemimpin dan rakyat di mana dengan cara ini kuffar mudah menguasai negara umat Islam. Apabila wujudnya pertentangan antara pemimpin dan rakyat maka pemimpin kuku besi ini akan terus menggunakan kuasa yang ada dalam berhadapan dengan Islam disamping bantuan daripada pihak kuffar. Ini membenarkan lagi sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Sejahat-jahat pemimpin kamu ialah mereka yang kamu benci dan meraka pula membenci kamu, mereka yang kamu kutuk dan mereka pula mengutuk kamu…..

Oleh itu berwaspadalah kita dengan segala perancangan kuffar dan jangan sekali-kali tunduk terhadap tekanan anak didik mereka. Islam pasti menang tetapi persediaan kita mesti terancang dan berterusan sebelum Allah mendatangkan kemenangan gemilang. Islam memuliakan kita dulu, kini dan selamanya.

Firman Allah dalam ayat 36surah Fussilat :

وإما ينزغنك من الشيطان نزغ فاستعذ باللهإنه هو السميع العليم

Maksudnya : Dan jika syaitan menggangggumu dengan suatu gangguan maka pohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: