• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Bahaya Musuh DiTatang Islam DiTentang

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar
Kini kita berada pada bulan Jamadil Awwal yang pernah menyaksikan bagaimana berlakunya peperangan Mu’tah, Jordan pada tahun ke 8 Hijrah disebabkan oleh pengkhianatan terhadap seorang utusan yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra iaitu Harith bin Umair al-Azdi di mana beliau telah gugur syahid apabila direbus hidup-hidup di dalam kawah air panas. Peperangan Mu’tah merupakan antara siri awal peperangan tentera Islam di luar semenanjung Tanah Arab menghadapi tentera bukan Arab. Sebagaimana maklum bahawa selepas pembukaan Kota Mekah pada bulan Ramadhan tahun yang sama maka tidak lagi berlaku peperangan besar dengan kafir Quraisy sebaliknya tumpuan dakwah Islam mula dikembangkan ke luar tanah arab melalui penghantaran utusan yang membawa surat daripada Rasulullah s.a.w yang biasanya turut ditulis beberapa ayat al-Quran kepada ketua qabilah, raja-raja dan pemimpin negara berhampiran. Jawapan yang diterima daripada pemimpin qabilah dan negara terhadap seruan dakwah melalui surat yang dihantar ini bermacam-macam di mana ada yang menerima Islam, tidak kurang yang menolak secara lembut dan ada juga yang menolak secara kasar termasuk dalam kes utusan kepada Raja Busra yang dibunuh secara kejam. Pada hari ini jarang berlaku pemimpin negara umat Islam yang menghantar surat dakwah kepada pemimpin bukan Islam sebaliknya ramai yang mengutus surat untuk terus taat setia kepada kuasa kuffar dan sistem ciptaan manusia. Apa yang lebih malang apabila pemimpin negara sanggup menggunakan khidmat nasihat syarikat yang mempunyai kaitan dengan zionis yahudi pembunuh kejam dunia sehingga musuh dijadikan kawan manakala saudara seagama dijadikan sasaran serangan serta keadaan keselamatan negara terdedah kepada musuh Islam

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 51 surah al-Maidah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim
Peperangan Mu’tah turut mengajar kita bagaimana ketegasan Rasulullah s.a.w terhadap musuh Islam di mana walau pun seorang utusan Islam yang dibunuh namun nyawanya mesti ditebus sehingga dihantar tentera ke Mu’tah dengan motif dakwah terlebih dahulu sebelum melakukan serangan jika musuh tidak mahu tunduk. Pada hari ini kita begitu marah dan kecewa apabila pemimpin negara begitu bangga dapat berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama seterusnya sanggup bersekongkol degan negara anti Islam dalam menyokong Israel dan dalam masa yang sama menekan negara umat Islam seperti menghentikan eksport petroleum bertapis kepada Iran selaras dengan seruan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang mendesak dunia agar menghentikan eksport bahan tersebut ke Iran bagi menghentikan negara itu daripada meneruskan projek nukleurnya. Ini mungkin antara kesan mendengar nasihat APCO pro zionis Yahudi. Kita perlu sedar bahawa setelah setahun Obama bekerja, akhirnya satu pasukan pemikir yang ditubuhkan, pada Mei tahun lalu menghasilkan satu dasar baru untuk AS berdepan dengan negara Islam khasnya dan umat Islam amnya. Pasukan yang diberi nama Global Engagement Directorate (GED) itu ditugaskan melakukan diplomasi bagi tujuan keamanan nasional. Sejak dibentuk, pasukan itu tidak hanya mengubah makna memerangi keganasan, tetapi juga mengatur bagaimana cara AS melakukan perniagaan dan pelaburan di negara Islam. Apa yang penting ialah Islam dan umatnya mesti diperangi habis-habisan tetapi caranya sahaja berbeza agar umat Islam tidak bangkit menentang terhadap penjajahan cara lembut
Jika Rasulullah s.a.w dan banyak pemimpin Islam zaman silam sanggup hantar tentera walau pun seorang umat Islam yang dibunuh atau dihina oleh musuh sebaliknya pada hari ini pemimpin sanggup mengkhianati umat Islam sedunia dengan menjemput pembunuh dan pengganas dunia Tony Blair untuk memijak bumi Malaysia esok 24 April. Ini mungkin kesan nasihat APCO-zionis yahudi yang dibayar RM 77 juta yang menyebabkan pemimpin seperti melupakan jenayah Tony Blair yang bersekongkol dengan Bush dalam pencerobohan terhadap Iraq pada tahun 2003 yang menyaksikan lebih daripada 1 juta orang mati, hampir 5 juta orang kehilangan tempat tinggal iaitu 2.7 juta melarat dalam negara dan 2.3 juta lagi menjadi pelarian di negara jiran. Ekonomi Iraq, hospital, sekolah, dan infrastruktur untuk kemudahan asas sosial turut musnah. Sanggupkah kita membiarkan pemimpin bersekongkol dengan pembunuh, penjajah, pengganas atau kita bangkit menentang tindakan bacul ini dengan memastikan mereka kembali bertaubat atau tidak lagi dipilih daripada menjadi pemimpin pada waktu terdekat

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 168 surah al-Baqarah :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Maksudnya : Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu
Pemimpin Negara bagaikan baru sedar bahawa arak dan judi itu haram sehingga mula melaungkan perkara ini. Apa yang paling besar dosa ialah golongan yang melulus dan member lesen kepada benda haram ini di mana pemimpin sentiasa berbangga dengan kadar cukai yang dikutip daripada arak dan judi semakin meningkat. Apa yang lebih malang hasil cukai judi terutamanya turut digunakan untuk pendidikan. Jika zaman Khalifah Islam dahulu kita dapat membaca banyak tulisan ulama’ yang menyatakan gaji dari Kerajaan adalah syubhat kerana dicampur dengan cukai yang tidak munasabah maka pada hari ini kita bimbang jika hasil haram digunakan untuk untuk membayar gaji kakitangan awam menyebabkan bukan lagi syubhat malah haram bekerja dengan kerajaan yang tidak sensitif masalah halal haram. Ini juga mungkin mempengaruhi akhlak rakyat yang semakin jauh daripada agama sehingga berlaku banyak jenayah termasuk buang bayi. Dalam Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007, satu kajian di Lembah Klang mendapati seorang bayi dibuang setiap 10 hari dan yang lebih membimbangkan kejadian ini bukan hanya berlaku di bandar besar sebaliknya semakin menular di desa dan luar bandar. Sebanyak 304 kes buang bayi dilaporkan antara 2004 hingga 2007, membabitkan 117 bayi lelaki, 96 bayi perempuan manakala bakinya tidak diketahui jantina kerana mayat reput. Menurut statistik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sejumlah 50 kes buang bayi dicatatkan sepanjang Januari hingga September 2008 dengan pasangan Melayu mencatat jumlah tertinggi iaitu 36 peratus. Ingatlah makanan haram merosakkan akhlak manusia dan diakhirat pula bakal dibakar dalam api neraka yang dahsyat

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Bila benci maka setiap perkara yang membabitkan musuh akan diperangi habis-habisan. Sejak kebelakangan ini, projek-projek pembinaan menara azan dan masjid di kebanyakan negara Eropah, termasuk Switzerland, Perancis, Itali, Austria, Greek, Jerman dan Slovenia mengundang bantahan daripada penduduk tempatan. Begitu juga pengharaman Burqa dan purdah termasuk yang terbaru di Perancis atas alasan merendahkan martabat perempuan dan mengancam keselamatan. Sebenarnya musuh Islam begitu risau dan bimbang dengan kebangkitan Islam terutama peningkatan yang begitu ketara dari kalangan rakyat Eropah yang memeluk Islam setiap hari terutama selepas serangan 11 September. Dunia perlu sedar bahawa tanpa Islam dan pengutusan nabi Muhammad s.aw nescaya masyarakat dunia tidak merasai kecantikan berpakaian sebagaimana hari ini. Islam yang mementingkan kecantikan termasuk pakaian terutama pada ketika mendirikan solat, hari Jumaat, hari raya dan sebagainya telah menjadikan manusia berlumba-lumba memakai pakaian cantik. Pernah berlaku dalam sejarah Afrika, kapitalis Kristian begitu marah kepada pendakwah Kristian yang hanya berjaya mengkristiankan rakyat Afrika sedangkan jualan pakaian tidak laku kerana mengekalkan pemakaian cara lama sedangkan kawasan Afrika yang dikuasai Islam melahirkan rakyat yang berpakaian cantik yang memajukan perniagaan pakaian. Pakaian yang cantik semestinya yang menutup aurat dan mengikut sunnah nabi. Kita berasa gembira apabila Mahkamah Tumpat semalam membebaskan 5 pelajar Pondok Gelang Mas daripada kesalahan memakai serban ketika menunggang motosikal di mana keputusan ini mengiktiraf kebebasan beragama dan peruntukan yang sedia ada dalam undang-undang jalanraya. Keputusan ini juga menyuntik kembali semangat untuk memakai serban di dalam menghidupkkan sunnah nabi disamping secara tidak langsung ia juga boleh membantu dalam mengurangkan gejala Mat Rempit dan pemanduan laju yang membahayakan kerana dengan memakai serban pemandunya akan memandu cara berakhlak dan perlahan. Islamlah nescaya selamat dunia akhirat
Firman Allah dalam ayat 149 surah Ali Imran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu mengikuti orang-orang kafir nescaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang (kekufuran) lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

48. IKTIBAR PEPERANGAN MU’TAH

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

فرمان الله تعالى دالم أية 45-46 سورة الأنفال :

يأيهاالذين ءامنوا إذا لقيتم فئة فاثبتوا واذكروا الله كثيرا لعلكم تفلحون وأطيعوا الله ورسوله ولاتنــزعوا فتفشلوا وتذهب ريحكم واصبروا إن الله مع الصــبرين

Maksudnya : Wahai orang-orang beriman! Apabila kamu memerangi pasukan musuh maka teguhkanlah hatimu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beroleh keuntungan. Dan taatlah kepada Allah dan rasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantah yang akan menyebabkan kamu menjadi gentar serta hilang kekuatanmu dan bersabarlah sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar

Kita masih berada dalam bulan Jamadil Awwal yang mengingatkan kita kepada suatu peristiwa besar yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w iaitu berlangsungnya peperangan Mu’tah yang banyak meninggalkan kesan bagi mereka yang mengambil iktibar dengan sewajarnya terhadap peristiwa itu. Peperangan yang berlaku di Mu’tah, Jordan disebabkan oleh pengkhianatan terhadap seorang utusan yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra iaitu Harith bin Umair al-Azdi di mana beliau telah gugur syahid apabila direbus hidup-hidup di dalam kawah air panas. Peristiwa ini telah berlaku pada bulan Jamadil Awwal tahun ke 8 Hijrah di mana Rasulullah s.a.w dalam masa yang pantas dapat mengumpul 3000 orang tentera Islam untuk keluar ke Mu’tah. Penghantaran tentera ini bukan atas misi membalas dendamsebalinya Rasulullah s.a.w telah meletakkan tujuan utama ialah berdakwah dengan mengajak terlebih dahulu penduduk Mu’tah agar memeluk Islam dan jika mereka enggan serta terus berkeras untuk berperang barulah serangan boleh dimulakan. Disamping itu Rasulullah s.a.w turut memberi arahan kepada tentera Islam agar tidak membunuh golongan kanak-kanak, wanita, orang tua serta tidak mengerat pohon-pohon dan tidak pula memusnahkan rumah kediaman penduduk. Inilah ia keadilan dan kemuliaan Islam yang menghormati hak kemanusiaan musuh terlebih dahulu bersama dengan usaha dakwah di mana peperangan hanya dijadikan tindakan terakhir apabila musuh terus berkeras untuk melawan walau pun telah diberi peluang untuk berdamai dan tunduk kepada keadilan Islam.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Kita juga dapat lihat bagaimana dalam peristiwa peperangan Mu’tah ini di mana setiap perancangan Rasulullah s.a.w walau pun baginda sendiri tidak turut serta dalam peperangan ini merupakan suatu tindakan yang berdasarkan wahyu. Kita dapat lihat bagaimana Rasulullah s.a.w telah melantik tiga panglima perang iaitu Zaid bin Harithah di mana jika beliau gugur syahid maka tempatnya akan digantikan oleh sepupu nabi Jaafar bin Abi Tolib dan seterusnya jika beliau turut gugur syahid maka tempatnya akan diganti oleh Abdullah bin Rawahah. Ketiga-tiga panglima perang yang dilantik ini menerima tugas yang diberikan dengan penuh kerelaan di mana mereka yakin bahawa perkataan nabi adalah benar dan mereka tidak sekali-kali merasa takut walau pun dari segi arahan nabi tadi bermakna mereka bertiga akan gugur syahid dalam peperangan nanti. Ujian pertama yang terpaksa mereka lalui apabila mendapat berita bahawa musuh telah pun bersiap sedia dengan angkatan tentera seramai 100 ribu orang sehingga ada tentera Islam mencadangkan agar mereka berundur terlebih dahulu bagi meminta bantuan tambahan dari Madinah. Dalam keadaan kelam kabut ini lalu Abdulah bin Rawahah bangun sambil memberi semangat kepada tentera Islam dengan katanya : “ Demi Allah! Adakah kita benci dengan sebab keluarnya kita ke Mu’tah iaitu untuk untuk memburu syahid. Kita bukan datang berperang semata-mata kerana bilangan, bukan untuk beradu kekuatan tetapi datangnya kita ke sini adalah untuk Islam yang telah memuliakan kita. Oleh itu maralah kita ke medan peperangan kerana di sana 2 kebaikan pasti kita perolehi samada beroleh kemenangan atau pun gugur syahid bersama dengan keredhaan Allah”.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Semangat jihad yang ditanam beserta keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada pertolongan Allah telah membawa kemenangan kepada tentera Islam di mana 12 tentera Islam gugur syahid termasuk tiga panglima perang yang telah dilantik oleh Rasulullah s.a.w di mana kepimpinan tentera Islam selepas itu diambil alih oleh Sayyidina Khalid ibnu Walid. Walau pun kehilangan tiga orang panglima perang dalam satu peperangan namun tentera Islam terus berjuang sehingga dianugerahkan kemenangan yang besar kerana perjuangan bukan berdasarkan bilangan dan pemimpin sebaliknya perjuangan mestilah ikhlas kerana Allah dalam meninggikan kegemilangan Islam.

Semangat jihad yang telah ditunjukkan oleh tentera Islam yang terpaksa menghadapi musuh yang berganda jumlahnya mestilah diambil iktibar yang sewajarnya oleh umat Islam pada hari ini samada kita yang terpaksa menghadapi mereka yang memusuhi sistem Islam melalui sistem demokrasi pilihanraya atau pun saudara Islam yang lain yang terpaksa menghadapi senjata musuh setiap masa. Kita yang berada di sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pimpinan melalui pilihanraya sepatutnya menggunakan peluang yang terbuka ini untuk terus menyebarkan dakwah kepada umat Islam sendiri yang masih jahil tentang sistem Islam yang menyeluruh disamping mengembangkan dakwah kepada orang bukan Islam. Walau pun banyak sekatan dari segi kuliah di masjid-masjid, ceramah penerangan, maklumat melalui media serta ada pusat pengajian ditutup namun kita mesti terus berusaha agar sistem Islam dapat difahami dan diterima dengan baik oleh semua pihak. Penglibatan gerakan Islam dalam proses pilihanraya bukanlah untuk merebut jawatan tetapi tujuan yang paling besar ialah untuk memastikan pemimpin yang ada kembali kepada ajaran Islam yang sebenar bukannya setakat bangga kerana boleh mengistiharkan bahawa negara ini adalah negara Islam sedangkan sistem dalam negara terus berqiblatkan sistem kuffar. Kita mesti terus menegur pemimpin yang mengaku Islam tetapi terus berbangga dengan eksport arak dengan terbinanya 27 kilang arak seluruh negara yang berlesen kecuali di Kelantan dan Terengganu. Kita turut tidak berputus asa untuk memberi nasihat kepada pemimpin yang mendakwa bahawa hukuman Islam begitu menindas golongan wanita sedangkan dalam masa yang sama mereka menutup mata apabila melihat sistem yang ada telah menyebabkan bilangan pelacur dalam negara kita berjumlah antara 50 ribu sehingga 100 ribu orang. Kita turut memberi peringatan kepada pemimpin yang mendakwa bahawa hukuman bunuh terhadap mereka yang murtad adalah zalim sedangkan sistem yang ada telah membolehkan umat Islam murtad dengan mudah sehingga 270 ribu orang di dapati telah murtad di Sabah dan Sarawak belum lagi dicampur dengan mereka yang telah murtad di Semenanjung akibat kelalaian kerajaan yang ada dari segi menjalankan kerja dakwah, penerangan dan pengawalan daripada berlakunya murtad.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Semangat jihad yang lebih besar mestilah disemat dalam sanubari seluruh umat Islam dalam membantu saudara seagama yang sedang ditindas dan dizalimi oleh penggans kuffar seperti di Afghanistan, Kashmir, India, Selatan Filiphina, Iraq, Palestin dan sebagainya. Antara kekejaman terbaru di Palestin ialah serangan kejam tentera Israel terhadap sebuah pangsapuri yang menyebabkan 15 orang terbunuh termasuk 9 orang kanak-kanak di mana yang termuda baru berumur 2 bulan. Kerajaan pengganas Amerika turut meluluskan bantuan terbaru sebanyak US 200 juta kepada yahudi Israel untuk terus membunuh umat Islam di Palestin. Malah kuffar terus tidak berpuas hati dengan Iraq walau pun negara itu telah diserang bertalu-talu bersama dengan sekatan ekonomi yang terus berjalan. Inilah antara contoh penganiayaan dan penindasan terhadap umat Islam oleh pengganas kuffar. Mereka tidak berhenti daripada membunuh umat Islam sehingga hari qiamat. Cuma apa yang malang ialah umat Islam itu sendiri yang tidak mampu bangkit untuk bersatu ke arah menghentikan segala bentuk kekejaman yang dilakukan oleh pengganas kuffar. Ramai pemimpin negara umat Islam sendiri lebih seronok menghimpun kekayaan peribadi dan menindas rakyat sendiri daripada bangun membangkitkan semangat jihad dalam sanubari rakyat jelata untuk Islam. Rakyat yang benar-benar bangkit untuk membantu menegakkan Islam pula terpaksa berhadapan dengan penindasan pemimpin dalam negara dan musuh kuffrar dari luar. Oleh itu gandakan lagi semangat jihad dan usaha kita dalam memartabatkan kembali sistem Islam. Kemenangan Islam semakin hampir dan nyata. Jika kita sendiri tidak mampu mengecapi pelaksaaan menyeluruh terhadap sistem Islam maka janganlah berasa hampa dengan perjuangan yang telah dicurahkan selama ini kerana kita berharap agar anak cucu dan generasi akan datang mampu mengecapinya hasil perjuangan ayah dan datuk mereka demi Islam. Pejuang Islam tidak pernah kecewa apabila mereka sentiasa bersyukur dengan kemenangan serta sentiasa sabar atas ujian kekalahan. Kekalahan di dunia bukan bererti turut kalah dalam meraih keredhaan Allah untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Yakinlah kita bahawa perjuangan Islam tidak pernah ditimpa kerugian sebaliknya kemenangan yang lebih manis bakal menunggu kita di akhirat sana.

Firman Allah dalam ayat 42 surah Saba’ :

فاليوم لايملك بعضكم لبعض نفعا ولاضرا ونقول للذين ظلموا ذوقوا عذاب النار التي كنتم بها تكذبون

Maksudnya : Maka pada hari ini sebahagian kamu tidak berkuasa untuk memberikan manfaat atau mudharat kepada sebahagian yang lain. Dan Kami katakan kepada mereka yang zalim : “ Rasakan olehmu azab neraka yang dahulunya kamu dustakannya”.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Cara Hidup Islam Subur Umat Makmur

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar

Kini kita berada pada bulan Jamadil Awwal yang pernah menyaksikan bagaimana berlakunya peperangan Mu’tah, Jordan pada tahun ke 8 Hijrah disebabkan oleh pengkhianatan terhadap seorang utusan yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra iaitu Harith bin Umair al-Azdi di mana beliau telah gugur syahid apabila direbus hidup-hidup di dalam kawah air panas. Peperangan Mu’tah merupakan antara siri awal peperangan tentera Islam di luar semenanjung Tanah Arab menghadapi tentera bukan Arab. Sebagaimana maklum bahawa selepas pembukaan Kota Mekah pada bulan Ramadhan tahun yang sama maka tiada lagi berlaku peperangan besar dengan kafir Quraisy sebaliknya tumpuan dakwah Islam mula dikembangkan ke luar tanah arab melalui penghantaran utusan yang membawa surat daripada Rasulullah s.a.w yang biasanya turut ditulis beberapa ayat al-Quran kepada ketua qabilah, raja-raja dan pemimpin negara berhampiran. Jawapan yang diterima daripada pemimpin qabilah dan negara terhadap seruan dakwah melalui surat yang dihantar ini bermacam-macam di mana ada yang menerima Islam, tidak kurang yang menolak secara lembut dan ada juga yang menolak secara kasar termasuk dalam kes utusan kepada Raja Busra yang dibunuh secara kejam. Pada hari ini jarang berlaku pemimpin negara umat Islam yang menghantar surat dakwah kepada pemimpin bukan Islam sebaliknya ramai yang mengutus surat untuk terus taat setia kepada kuasa kuffar dan sistem ciptaan manusia. Apa yang lebih malang apabila pemimpin negara sanggup menggunakan khidmat nasihat syarikat APCO yang mempunyai kaitan dengan zionis yahudi pembunuh kejam dunia sehingga musuh dijadikan kawan manakala saudara seagama dijadikan sasaran serangan serta keadaan keselamatan negara terdedah kepada musuh Islam

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 29 surah al-Fathu:

مُّحَمَّدٌ رَّسُولُ اللَّـهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّنَ اللَّـهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki – dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

Peperangan Mu’tah turut mengajar kita bagaimana ketegasan Rasulullah s.a.w terhadap musuh Islam di mana walau pun seorang utusan Islam yang dibunuh namun nyawanya mesti ditebus sehingga dihantar tentera ke Mu’tah dengan motif dakwah terlebih dahulu sebelum melakukan serangan jika musuh tidak mahu tunduk. Jika Rasulullah s.a.w dan banyak pemimpin Islam zaman silam sanggup menghantar tentera walau pun seorang umat Islam yang dibunuh atau dihina oleh musuh sebaliknya pada hari ini ramai pemimpin umat Islam sendiri sanggup bersekongkol dengan penjenayah dan pengganas dunia iaitu Amerika Syarikat dan zionis yahudi dalam menjajah dan membunuh umat Islam seperti di Palestin, Iraq dan terbaru di Libya. Kita lihat Libya bakal menjadi Iraq kedua di mana atas alasan mahu menggulingkan pemimpin berkuku besi maka musuh Islam melakukan serangan dan akhirnya ia dijajah dengan pemimpin boneka dijadikan sandaran. Inilah antara amaran nabi Muhammad s.a.w apabila sesebuah negara tidak melaksanakan sistem Islam dan memilih pemimpin yang jahat maka negara tersebut akan dijajah oleh penjajah yang jauh lebih jahat dan kejam.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 10 surah al-Buruj :

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang mencetuskan bencana fitnah [untuk memesong dan memporak – perandakan] orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam (kerana perbuatan keji itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).

Peperangan Mu’tah juga menyaksikan bagaimana Rasulullah s.a.w telah melantik tiga panglima perang sekaligus iaitu Zaid bin Harithah di mana jika beliau gugur syahid maka tempatnya akan digantikan oleh sepupu nabi Jaafar bin Abi Tolib dan seterusnya jika beliau turut gugur syahid maka tempatnya akan diganti oleh Abdullah bin Rawahah. Ketiga-tiga panglima perang yang dilantik ini menerima tugas yang diberikan dengan penuh kerelaan di mana mereka yakin bahawa perkataan nabi adalah benar dan mereka tidak sekali-kali merasa takut walau pun dari segi arahan nabi tadi bermakna mereka bertiga akan gugur syahid dalam peperangan nanti. Pemilihan sebagai pemimpin mesti berlandaskan syarak bukannya hawa nafsu dan rasuah bagi memastikan keadilan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat antaranya ialah mesti sanggup berkorban bukan sahaja harta benda malah jiwa raga dalam mempertahan dan menjulang sistem Islam bukan memilih pemimpin yang hanya tahu mengumpul kekayaan dengan merompak hasil mahsul negara. Memilih pemimpin yang sanggup menjaga maruah dan nyawa rakyat jelata bukannya pemimpin yang membiarkan budaya fitnah dan pelanggaran maruah seperti isu liwat dan video seks yang meletakkan maruah umat Islam lebih murah daripada besi buruk tanpa ada usaha dalam menyekat perbuatan terkutuk ini demi mengejar dan menjaga harta dan takhta. Memilih pemimpin yang menjadikan Allah sebagai Penguasa yang paling berkuasa sehingga tunduk patuh terhadap segala sistemNya bukannya pemimpin yang hanya melaungkan hak asasi manusia sedangkan hak Allah dilanggar sesuka hati. Bijak memilih pemimpin bawa bahagia, salah memilih pemimpin bawa derita. Ia bukan perkara kecil tetapi bakal ditanya di akhirat kelak

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Kesungguhan dan kecekalan nabi Muhammad s.a.w dan pejuang Islam dalam menjaga dan mengembangkan dakwah Islam sehingga sanggup gugur syahid di medan perjuangan wajib diteruskan barulah kita dianugerahkan dengan kemuliaan di dunia dan akhirat. Tugas menyebarkan Islam bukan dijanjikan dengan kejayaan yang mudah sebaliknya menuntut kepada penat dan lelah, tidak dihamparkan dengan permaidani merah sebaliknya menuntut kepada tumpahnya darah merah ke tanah. Kita sepatutnya merasa malu dengan gerakan Kristian contohnya yang begitu bersungguh dalam menyebar luas ajaran mereka termasuk melalui tekanan politik yang membolehkan mereka mengedar Bible berbahasa Melayu. Bagaimana pula dengan usaha kita dalam mempertahankan aqidah umat Islam yang semakin luntur disamping dakwah kepada orang bukan Islam agar mereka sama-sama merasai nikmat iman dan Islam atau sekurang-kurangnya mereka tidak menentang sistem Islam. Ketika menyoroti sejarah bagaimana umat Islam di China yang mampu mempertahankan agama walau pun ratusan tahun berada di bawah cengkaman komunis antaranya dengan menjaga solat berjemaah sehingga ada masjid bilangan jemaah solat Jumaatnya menjangkau 30 ribu orang manakala hari raya 200 ribu orang. Kita di negara ini wajib merasa gerun dan bimbang sekiranya semakin ramai umat Islam sendiri semakin jahil dan menjauhi cara hidup Islam apatah lagi bilangan orang bukan Islam yang membenci Islam semakin bertambah. Sesungguhnya seseorang itu akan membenci dan memusuhi apa yang dia tidak ketahui. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengorak langkah dengan serius dan bersungguh dalam menjadikan Islam sebagai cara hidup dalam setiap aspek kehidupan sehingga Islam dilihat sebagai satu-satunya cara dalam menangani pelbagai masalah masyarakat dan negara. Islamlah nescaya kita selamat dunia akhirat.

Firman Allah dalam ayat 149 surah Ali Imran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ فَتَنْقَلِبُوا خَاسِرِينَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu mengikuti orang-orang kafir nescaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang (kekufuran) lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jihad Kendur Umat Mundur

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar Kini kita berada pada pertengahan bulan Jamadil Awwal  yang pernah menyaksikan bagaimana berlakunya peperangan Mu’tah, Jordan pada tahun ke 8 Hijrah disebabkan oleh pengkhianatan terhadap seorang utusan yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w kepada Raja Busra iaitu Harith bin Umair al-Azdi di mana beliau telah gugur syahid apabila direbus hidup-hidup di dalam kawah air panas. Peperangan Mu’tah merupakan antara siri awal peperangan tentera Islam di luar semenanjung Tanah Arab menghadapi tentera bukan Arab. Sebagaimana maklum bahawa selepas pembukaan Kota Mekah pada bulan Ramadhan tahun yang sama maka tidak lagi berlaku peperangan besar dengan kafir Quraisy sebaliknya tumpuan dakwah Islam mula dikembangkan ke luar tanah arab melalui penghantaran utusan yang membawa surat daripada Rasulullah s.a.w yang biasanya turut ditulis beberapa ayat al-Quran kepada ketua qabilah, raja-raja dan pemimpin negara berhampiran. Kita boleh faham daripada tindakan Rasulullah s.a.w ini bahawa tidak salah orang bukan Islam diberi peluang untuk membaca ayat al-Quran bukan untuk tujuan menghina tetapi untuk mengkaji keindahan al-Quran dan penyebaran dakwah Islam. Jawapan yang diterima daripada pemimpin qabilah dan negara terhadap seruan  dakwah melalui surat yang dihantar ini bermacam-macam di mana ada yang menerima Islam, tidak kurang yang menolak secara lembut dan ada juga yang menolak secara kasar termasuk dalam kes utusan kepada Raja Busra yang dibunuh secara kejam. Pada hari ini jarang berlaku pemimpin negara umat Islam yang menghantar surat dakwah kepada pemimpin bukan Islam sebaliknya ramai yang mengutus surat untuk terus taat setia kepada kuasa kuffar dan sistem ciptaan manusia. Apa yang lebih malang apabila pemimpin negara umat Islam bukan sahaja merasa malu dan takut untuk menyebarkan Islam malah bertindak biadap menghina sistem Islam disamping menampilkan imej yang buruk akibat pecah amanah dan rasuah dan skandal moral yang lain

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  87 surah al-Qasas :

ولا يصدنك عن ءايت الله بعد إذ أنزلت إليك وادع إلى ربك ولاتكونن من المشركين

Maksudnya : Dan janganlah sekali-kali mereka dapat menghalangmu daripada (menyampaikan) ayat-ayat Allah sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu. Dan serulah mereka kepada (jalan) Tuhanmu dan janganlah sekali-kali kamu termasuk mereka yang mempersekutukan Allah.

Rasulullah s.a.w yang menerima berita tentang pengkhianatan terhadap utusannya itu lalu mengumpul 3000 orang tentera Islam dalam waktu yang singkat untuk keluar ke Mu’tah. Penghantaran tentera ini bukan atas misi membalas dendam sebaliknya Rasulullah s.a.w telah meletakkan tujuan utama ialah berdakwah dengan mengajak terlebih dahulu penduduk Mu’tah agar memeluk Islam dan jika mereka enggan serta terus berkeras untuk berperang barulah serangan boleh dimulakan. Tindakan tegas ini mengajar kita tentang betapa pentingnya umat Islam memilih pemimpin yang takutkan Allah bukannya pengecut dengan musuh barulah maruah dan nyawa umat Islam dapat dibela. Kita berasa sedih apabila pada hari ini bukan seorang umat Islam yang dibunuh terutama di Palestin, Iraq, Afghanistan, Selatan Filiphina dan selainnya namun tiada pemimpin negara umat Islam yang bangun membela sehingga musuh Islam lebih bermaharajalela dalam membaham dan meratah tubuh saudara seagama. Kebanyakan pemimpin negara umat Islam lebih memikirkan bagaimana mahu menambahkan kekayaan peribadi dan bagaimana mahu mengekalkan kuasa yang sedia ada bukannya untuk memperpejuang agama

Peperangan Mu’tah juga memberi pengajaran penting apabila Rasulullah s.a.w turut memberi arahan kepada tentera Islam agar tidak membunuh golongan kanak-kanak, wanita, orang tua serta tidak mengerat pohon-pohon dan tidak pula memusnahkan rumah kediaman penduduk. Inilah ia keadilan dan kemuliaan Islam yang menghormati hak kemanusiaan musuh terlebih dahulu bersama dengan  usaha dakwah di mana peperangan hanya dijadikan tindakan terakhir apabila musuh terus berkeras untuk melawan walau pun telah diberi peluang untuk berdamai dan tunduk kepada keadilan Islam. Ini berbeza dengan tindakan kejam musuh Islam pada hari ini terutama pengganas dunia Amerika Syarikat dan zionis yahudi yang tidak pernah menghormati perjanjian Ganeva yang dipersetujui oleh mereka sendiri apabila bertindak kejam membunuh orang awam dan mengebom bangunan Hospital, sekolah, masjid dan sebagainya tanpa rasa salah.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Peperangan Mu’tah juga menyaksikan bagaimana Rasulullah s.a.w telah melantik tiga panglima perang sekaligus iaitu Zaid bin Harithah di mana jika beliau gugur syahid maka tempatnya akan digantikan oleh sepupu nabi Jaafar bin Abi Tolib dan seterusnya jika beliau turut gugur syahid maka tempatnya akan diganti oleh Abdullah bin Rawahah. Ketiga-tiga panglima perang yang dilantik ini menerima tugas yang diberikan dengan penuh kerelaan di mana mereka yakin bahawa perkataan nabi adalah benar dan mereka tidak sekali-kali merasa takut walau pun dari segi arahan nabi tadi bermakna mereka bertiga akan gugur syahid dalam peperangan nanti. Ujian pertama yang terpaksa mereka lalui apabila mendapat berita bahawa musuh telah pun bersiap sedia dengan angkatan tentera seramai 200 ribu orang sehingga ada tentera Islam mencadangkan agar mereka berundur terlebih dahulu bagi meminta bantuan tambahan dari Madinah. Dalam keadaan kelam kabut ini lalu Abdullah bin Rawahah bangun sambil memberi semangat kepada tentera Islam dengan katanya : “ Demi Allah! Adakah kita benci dengan sebab keluarnya kita ke Mu’tah iaitu untuk untuk memburu syahid. Kita bukan datang berperang semata-mata kerana bilangan, bukan untuk beradu kekuatan tetapi datangnya kita ke sini adalah untuk Islam yang telah memuliakan kita. Oleh itu maralah kita ke medan peperangan kerana di sana 2 kebaikan pasti kita perolehi samada beroleh kemenangan atau pun gugur syahid bersama dengan keredhaan Allah”.

Semangat jihad yang ditanam beserta keyakinan yang tidak berbelah bahagi kepada pertolongan Allah telah membawa kemenangan kepada tentera Islam di mana hanya 12 tentera Islam gugur syahid termasuk tiga panglima perang yang telah dilantik oleh Rasulullah s.a.w di mana kepimpinan tentera Islam selepas itu diambil alih oleh Sayyidina Khalid ibnu Walid. Semangat jihad inilah yang digeruni oleh musuh Islam sehingga telah banyak usaha termasuk dalam merombak sukatan pengajian di Universiti al-Azhar, Mesir dan lain-lain supaya umat Islam mandul jihad dan tidak lagi bangkit menentang keganasan kuffar. Sekiranya terus ada pejuang Islam yang cintakan mati syahid bagi berdepan dengan tentera kuffar yang takut mati maka selagi itulah kuffar akan berdepan dengan tentangan sengit yang menakutkan. Umat Islam dimandulkan jihad mereka dengan kejahilan terhadap agama meraka sendiri, tenggelam dalam hiburan yang melalaikan, lemas dalam cinta dunia dan takutkan mati. Pemikiran umat Islam dipenuhi dengan cara hidup kuffar di mana ikutan mereka adalah artis, bintang sukan dan sebagainya. Bahan bacaan mereka adalah bahan hiburan yang merosakkan. Malah cara berpakaian bukan sahaja jauh daripada sunnah nabi malah bertentangan dengan syariat Islam seperti pemakaian gelang getah di kalangan remaja lelaki dengan pelbagai warna sedangkan ia adalah racun musuh di mana setiap warna melambangkan kumpulan anti Islam yang tertentu seperti gelang warna Putih untuk penyokong zina dan pengguguran anak, Merah untuk penganut Kristian yang menyokong McDonalds menyumbang kepada Amerika Syarikat bagi membantu zionis Yahudi, Oren untuk mendoakan usaha pendakyah Kristian, Kuning untuk memperingati Pope John Paul II, Hijau untuk menyokong ketenteraan Amerika, Warna Pelangi lambang merasa bangga menjadi ’say’ dan ’lesbian’ dan menyokong perkahwinan sejenis, Merah Putih lambang kebebasan bersuara termasuk menyokong penghinaan terhadap nabi Muhammad s.a.w dan warna Biru Putih  lambang menyokong zionis Yahudi menceroboh bumi Palestin. Pastikan masyarakat kita menjauhi cara pemakaian yang merosakkan ini

Firman Allah dalam ayat 149  surah Ali Imran:

ياأيها الذين ءامنوا إن تطيعوا الذين كفروا يردوكم على أعقــبكم فتنقلبوا خــسرين

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu mengikuti orang-orang kafir nescaya mereka akan mengembalikan kamu ke belakang (kekufuran) lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Audio 55 – 7 Dosa Besar DiJauhi Negara DiBerkati

120. PERKASAKAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

فرمان الله تعالى دالم أية    110   سورة   آل عمران :

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله ولو ءامن أهل الكتـب لكان خيرا لهم منهم المؤمنون وأكثرهم الفـسقون

Maksudnya : Kamu adalah sebaik-baik umat yang telah dikeluarkan antara manusia kerana kamu menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran serta beriman kepada Allah S.W.T. Dan sekiranya ahli Kitab itu beriman nescaya itulah yang lebih baik bagi mereka tetapi ada di antara mereka yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik

            Manusia diciptakan dengan sebaik-baik penciptaan dan memikul amanah yang begitu besar iaitu sebagai khalifah yang menjaga kesucian agama serta menguruskan urusan dunia berdasarkan wahyu yang tidak sanggup dipikul oleh makhluk yang lain termasuk langit, bumi dan gunung-ganang. Manusia selepas itu berpecah menjadi beberapa golongan di mana ada yang beriman dan tunduk kepada Allah dan ramai pula di  kalangan manusia yang kufur dan engkar kepada Allah. Golongan yang beriman dijadikan sebagai sebaik-baik umat dengan syarat kita mesti menjalankan tiga kewajipan yang besar iaitu menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran serta yang melengkapkan tugas tadi dengan keimanankepada Allah. Setelah menunaikan ketiga-tiga tugas yang besar ini barulah kita diiktiraf sebagai sebaik-baik umat. Kita jangan mengulangi jenayah besar yang telah ditunjukkan oleh golongan yahudi yang menganggap bahawa sebagai keturunan Bani Israel meletakkan mereka sebagai anak dan kekasih Allah yang bebas melakukan apa sahaja termasuk menderhakai Allah kerana bagi pegangan mereka bahawa jika dimasukkan ke dalam neraka sekalipun maka siksaan itu tidak lama kerana akhirnya mereka akan dimasukkan ke dalam syurga juga. Sikap dan pemikiran sesetengah umat Islam yang berfikiran sebagaimana yahudi itu yang menganggap bahawa cukup sekadar mengucap dua kalimah syahadah dan mengaku telah Islam maka membolehkan mereka menjadi umat pilihan dan dimasukkan ke dalam Syurga Allah dengan begitu mudah tanpa perlu tunduk dan patuh serta menjalankan kewajipan yang telah ditentukan oleh Allah telah merosakkan diri sendiri.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

            Sebagai umat akhir zaman yang sedang diserang oleh musuh Islam daripada pelbagai sudut dan cara maka kita terlebih wajib dalam menggerakkan tugas-tugas dalam menyeru kepada kebaikan  dan mencegah daripada kemungkaran dari segi teori dan pengamalan sehingga segala dakyah musuh dapat disekat dengan lebih berkesan. Ketika kita menyusuri perjalanan sejarah bermula dengan kejayaan nabi Muhammad s.a.w ketika mendirikan Daulah Islamiah di Madinah seterusnya perjuangan baginda diteruskan oleh para khalifah selepasnya maka antara tugas yang telah banyak membantu kejayaan itu ialah amar makruf nahi mungkar. Bergeraknya tugas amar makruf nahi mungkar telah membolehkan dakwah Islam semakin meluas manakala serangan musuh dapat dikurangkan terutama apabila dakwah Islam mula disebarkan kepada pemimpin dan raja disekeliling Daulah Islamiah. Kegagalan dalam menjalankan tugas amar makruf nahi mungkar pula merupakan antara punca kepada runtuhnya beberapa kerajaan Islam apabila merebaknya kerosakan aqidah dan akhlak di kalangan umat Islam disamping serangan musuh semakin kuat tanpa usaha yang bersungguh dalam menyekatnya.

            Menyedari tentang betapa pentingnya tugas amar makruf nahi mungkar dalam membentuk sebuah negara yang aman maka usaha ke arah itu mesti dilipat gandakan bukannya ditentang dengan pelbagai alasan di mana hanya orang yang rosak akhlak sahaja yang takut dan marah apabila suburnya budaya amar makruf nahi mungkar dalam masyarakat. Biasanya orang salah dan orang yang bersamanya yang takut pada hukuman dan tindakan. Kita mesti ingat kepada amaran Rasulullahs.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Huzaifah :

قال الرسول e   : لَتَأْمُرَنَّ بِالمَعْرُوْفِ وَلَتَنْهَوُنَّ عَنِ المُنْكَرِ أَوْ لَيُوْشِكَنَّ اللهُ  أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عِقَابًا مِنْهُ ثُمَّ تَدْعُوْنَهُ فَلا يُسْتَجَابُ لَكُمْ

Maksudnya: Suruhlah berbuat kebaikan dan cegahlah daripada kemungkaran atau jika tidak nescaya siksaan Allah boleh jadi akan menimpa kamu. Kemudian kamu memohon kepada Allah agar siksaan itu dihentikan maka permohonan kamu tidak diterima lagi.

 

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

            Cuba  perhatikan  tentang perancangan musuh dalam menghancurkan Islam dan umatnya di mana antara perancangan jahat itu yang telah dilaksanakan termasuk oleh pemimpin negara umat Islam iaitu mengawal dan menghadkan peranan masjid di mana masjid dikawal begitu ketat lebih daripada kelab malam. Malah apa yang lebih malang adanya surau dan masjid yang dirobohkan tanpa ada rasa bersalah demi menjaga kepentingan peribadi. Seterusnya cadangan musuh Islam agar ditutup pusat pengajian agama maka usaha jahat ini telah pun berlaku termasuk di negara kita. Masalah ini bertambah gawat apabila Perdana Menteri Singapura turut menyatakan kebimbangan tentang pengajian Islam di sekolah-sekolah sehingga rungutan ini dipanjangkan oleh seorang menteri bukan Islam di negara ini yang meminta agar pengajian Islam perlu dibuang daripada sekolah kebangsaan di mana agama hanya perlu belajar di rumah dan tempat ibadat sahaja. Orang bukan Islam hanya berani dan lantang mencaci Islam apabila umat Islam sendiri ada yang sanggup menghina Islam dan tidak lagi berasa betapa pentingnya agama.

            Kita turut berdepan dengan perancangan musuh yang seterusnya iaitu menyeru ke arah penubuhan lebih banyak persatuan atas nama Islam tetapi menyeru kepada Islam Liberal di mana di negara kita telah pun ada kumpulan itu antaranya Sisters In Islam. Kita dapat melihat bagaimana gerakanan kepada serangan pemikiran Islam Liberal begitu cergas dalam melahirkan umat Islam yang tidak mementingkan lagi ikatan dan kawalan agama sebaliknya mereka pula yang bertindak mengawal agama mengikut kehendak nafsu dengan mengenepikan wahyu. Golongan ini dalam sedar atau pun tidak telah menghidupkan budaya halal haram semuanya serupa, dosa pahala boleh belaka, Islam jahiliah sama sahaja, iman kufur tiada beza sehingga masyarakat Islam yang telah rosak semakin hilang pedoman. 

            Firman Allah dalam ayat 28 – 29  surah Ibrahim :

ألم تر إلى الذين بدلوا نعمت الله كفرا وأحلوا قومهم دار البوار    جهنم يصلونها وبئس القرار

Maksudnya : Tidakkah engkau lihat dan merasa hairan terhadap orang-orang yang menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran dan telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan. Iaitu neraka jahannam yang mereka akan menderita bakarannya dan ingatlah seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka jahannam.

 

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Kita mesti menyuburkan budaya amar makruf nahi mungkar terutama di zaman masyarakat menghadapi keruntuhan akhlak yang begitu teruk. Banyak racun yang diberi kepada rakyat berbanding usaha pencegahan daripada merebaknya penyakit sosial seperti usaha setiap rangkaian tv mengadakan pertandingan dalam melahirkan seramai mungkin artis begitu subur sedangkan pusat pengajian agama dibiarkan berkubur. Program maksiat bukan sahaja diberikan kebebasan malah dianjurkan sendiri oleh pihak kerajaan sedangkan program dalam memberi faham tentang Islam dikawal rapi sehingga masyarakat lebih suka ke tempat maksiat berbanding berada di masjid untuk menambah ilmu dan beribadat.  Bagaimana kita mahu lahir sebagai sebuah masyarakat yang diredhai Allah apabila keadaan umat Islam sendiri bergelomang dengan dosa sebagaimana kuffar. Akhirnya umat Islam tidak maju dari segi kebendaan dan hancur dari segi akhlaknya berbanding musuh Islam yang maju dari segi kebendaan walau pun hancur dari segi moral. Oleh itu sebelum keadaan lebih parah maka setiap diri kita wajib memperkasakan gerakan amar makruf nahi mungkar di zaman golongan yang menganjurkan maksiat begitu berani dan lantang. Jangan biarkan yang rosak gagal diselamatkan dan yang baik terus dirosakkan sehingga kehancuran negara semakin hampir.

            Sempena hari Jumaat yang mulia ini juga maka kita sebagai umat Islam bermaruah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Amerika Syarikat yang didakwa telah membuang al-Quran ke dalam lubang tandas sebelum mengepamnya. Kita meminta supaya pemimpin negara selaku pengerusi OIC mendesak kerajaan Amerika Syarikat mengambil tindakan sewajarnya terhadap perkara ini. Kita tegaskan bahawa kita sanggup mati demi memperjuang dan menjaga kesucian al-Quran. Biar bermandi darah namun pejuang Islam tidak akan berundur  walau selangkah. Biar bercerai nyawa dari badan namun kesucian al-Quran tetap dipertahankan.

Firman Allah dalam  ayat 45 surah al-Anfal:

يــأيهاالذين ءامنوا  إذا لقيتم فئة فاثبتوا واذكروا الله كثيرا لعلكم تفلحون

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu memerangi pasukan musuh maka teguhkan hatimu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beroleh kemenangan

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

113. LIMA SIKAP UMAT KEMENANGAN

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah S.W.T dalam ayat 54 surah al-Maidah :

يأيهاالذين آمنوا من يرتد منكم عن دينه فسوف يأتي الله بقوم يحبهم ويحبونه  أذلة على المؤمنين أعزة على الكفرين  يجهدون فى سبيل الله  ولايخافون لومة لائم  ذلك فضل الله  يؤتيه  من يشاء  والله  وسع عليم

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, sesiapa di kalangan kamu yang murtad daripada agamanya maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintaiNya. Bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin, bersikap tegas terhadap orang kafir, berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang mencela. Itulah kurniaan Allah yang dianugerahkan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui.

            Islam adalah satu-satunya agama yang menjadi cara hidup yang diredhai oleh Allah di mana sesiapa sahaja yang memilih system hidup selain daripada Islam maka semuanya akan ditolak dan dihina oleh Allah di dunia dan akhirat. Kewajipan dalam menyebar serta mempertahankan kesucian system Islam bukanlah terletak dan dipertanggungjawabkan ke atas batang tubuh nabi Muhammad s.a.w seorang sebaliknya kewajipan itu dipikul oleh setiap diri umat Islam. Sebab itulah setelah kewafatan Rasulullah s.a.w maka usaha dalam mengembangkan dakwah dan pemerintahan Islam diteruskan oleh para Khulafa’ ar-Rasyidin dan khalifah-khalifah Islam selepas mereka sehinggalah kita yang berada jauh daripada bumi arab turut dapat menikmati keindahan ajaran dan system Islam hasil daripada usaha dan perjuangan umat dahulu yang sanggup meninggal tanahair tercinta demi memastikan dakwah Islam dapat disebarkan ke seluruh dunia bertepatan dengan pengutusan nabi Muhammad s.a.w itu sendiri adalah untuk sekalian umat manusia bukan khusus untuk umat tertentu sahaja. Perjuangan dan dakwah Islam ini terus berjalan tanpa ada suatu kuasa besar pun yang dapat mengalah dan memadamkan cahaya Islam walau apa sahaja usaha jahat yang dilakukan. Oleh itu dalam memperjuangkan Islam maka kita mesti yakin bahawa kita bukanlah orang pertama yang menjalankan tugas dalam memartabatkan Islam di atas muka bumi ini dan kita juga bukan orang terakhir yang menjalankan misi suci ini sebaliknya kita merupakan antara rantaian orang-orang yang memperjuangkan Islam yang telah dilaksanakan oleh para nabi dan rasul serta pejuang Islam sebelum ini dan bakal diteruskan oleh generasi selepas kita sehinggalah berlakunya hari qiamat.

Sabda nabi dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh  imam Bukhari :

لاتَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِيْ ظَاهِرِيْنَ عَلَى الحَقِّ لايَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ

Maksudnya : Akan terus wujud segolongan umatku yang berani menyatakan kebenaran di mana tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang menyanggahinya sehingga datangnya ketentuan daripada Allah S.W.T

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Usaha dalam mendaulatkan kembali Islam dalam diri, keluarga, masyarakat, negara dan seterusnya dunia keseluruhannya tidak akan berjaya sehinggalah setiap pejuang Islam memiliki sifat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah antaranya ialah [1] kita  mestilah mencintai Allah lebih daripada segalanya sehinga Allah juga mencintai kita. Ingatlah kita bahawa cinta kepada Allah tidak akan bersatu dalam hati yang cintakan maksiat, cinta kepada jihad tidak akan bersatu dalam hati yang cintakan kehidupan sehingga takut pada kematian, cinta kepada pengorbanan tidak akan bersatu dalam hati yang cintakan harta dunia, cinta kepada kebenaran tidak akan bersatu dalam hati yang cintakan pangkat kedudukan, cinta kepada perdamaian tidak akan bersatu dalam hati yang cintakan kekerasan dan keganasan, cinta kepada kebaikan tidak akan bersatu dalam hati yang cintakan pengkhianatan. Sifat ke-[2] yang mesti ada ialah  bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin di mana kita mesti tolong-menolong sesama kita atas dasar iman dan kebaikan. Perpecahan dan perbalahan sesama sendiri telah melemahkan umat Islam sehingga musuh menggunakan kelemahan ini untuk terus menjajah dan mernindas umat Islam.  Sifat ke-[3] kita mesti bersikap tegas terhadap orang kafir sehingga mereka tidak berani menghina Islam dan menindas umatnya sesuka hati. Adalah suatu yang malang apabila ramai di kalangan umat Islam yang bersikap sebaliknya iaitu bertindak kejam terhadap saudara seagama seperti mengenakan tahanan ISA kepada umat Islam tanpa tahu kesalahannya sedangkan orang bukan Islam yang menghina Islam seperti antara yang terbaru mempertikaikan bacaan doa dalam majlis rasmi yang dianggap menjejas perpaduan tidak pula diambil cakna. Sifat ke- [4] kita mesti berjihad di jalan Allah tanpa merasa takut dan gentar kepada musuh Islam kerana hanya kepada Allah kita semua menyerah diri.  Seterusnya sifat ke-[5] ialah kita tidak takut kepada celaan orang mencela kerana dalam memperjuangkan Islam maka kita terpaksa berhadapan dengan musuh dan umat Islam sendiri yang tidak yakin dengan Islam yang sentiasa melakukan serangan pemikiran bagi melemah dan melunturkan semangat juang umat Islam. Sekiranya keyakinan kita kepada Islam tinggi dan pergantungan diri kepada Allah yang tidak berbelah bahagi maka segala serangan itu dapat ditangkis dengan mudah dan tenang.

 

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

فرمان الله دالم آية  55  سورة النور :

وعد الله الذين ءامنوا منكم وعملوا الصــلحــت ليستخلفنهم فى الأرض كما استخلف الذين من قبلهم وليمكنن لهم دينهم الذي ارتضى لهم وليبدلنهم من بعد خوفهم أمنا يعبدونني لايشركون بي شيئا  ومن كفر بعد ذلك فأولئك هم الفـسقون

Maksudnya : Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu bahawa Dia akan menjadikan mereka sebagai khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di muka bumi ini sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka sebagai khalifah yang berkuasa. Dan Dia akan meneguhkan bagi mereka agama  Islam yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia juga akan menukar keadaan mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka terus menyembahKu tanpa mempersekutukanKu dengan sesuatu pun. Dan sesiapa yang kufur engkar sesudah itu maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

            Inilah antara janji daripada Allah yang menjelaskan kepada kita bagaimana umat Islam pasti akan dianugerahkan dengan kemenangan walau pun terpaksa berhadapan dengan ribuan ujian dan cabaran. Bumi ini akan diberikan kuasa pemerintahannya kepada umat beriman yang soleh setelah kita mencukupi syarat-syarat kemenangan yang telah digariskan oleh Allah. Kemenangan yang ingin dicapai bukan dapat dengan jalan mudah sebaliknya perlu kepada tumpahnya darah. Umat Islam bukan dihamparkan dengan permaidani merah sebaliknya terpaksa berhadapan dengan senjata musuh Islam yang bernafsu serakah. Selain senjata peperangan, kuffar turut menyerang umat Islam dengan pelbagai cara yang lain dalam merosakkan aqidah umat Islam, menguasai ekonomi dan hasil bumi umat Islam dan memusnahkan akhlak umat Islam. Kita dapat lihat di negara kita sendiri usaha dalam mengkristiankan umat Islam terus berjalan termasuk di pusat pengajian tinggi ditambah lagi dengan usaha dalam menubuhkan kesatuan antara agama yang bakal menghancurkan Islam belum berhenti disamping fahaman Islam Liberal yang memesongkan ajaran Islam mengikut nafsu terus subur. Perlantikan mufti sebagai ahli mesyuarat kerajaan negeri tidak ada hasil sekiranya fatwa yang dikeluarkan tidak diguna pakai. Islam bukan bahan pameran yang berperanan hanya untuk tontonan.

            Pada peringkat antarabangsa pula kita dapat melihat musuh Islam terus mengganas dalam meratah tubuh umat Islam seperti di Afghanistan, Iraq. Kuffar turut menekan kerajaan HAMAS di Palestin melalui sekatan ekonomi yang bacul disamping memaksa dunia agar menyekat Iran daripada membangunkan teknologi nuklear. Kuffar turut menjadikan Darfur sebagai pengkalan dalam menjajah Sudan serta berusaha menghalang pejuang Islam daripada menguasai keadaan di Somalia. Sedikit gambaran ini sudah cukup mengingatkan kita bahawa kemenangan Islam bukan  suatu yang mudah dicapai sebaliknya ia memerlukan kepada pengorbanan

Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali Imran :

إن ينصركم الله فلا غالب لكم وان يخذلكم فمن ذا الذى ينصركم من بعده وعلى الله فليتوكل المؤمنون

Maksudnya : Jika Allah menolong kamu maka tiada lagi orang yang dapat mengalahkan kamu. Jika Allah membiarkan kamu (dengan tidak memberi pertolongan) maka siapa lagi yang dapat menolong kamu selain daripada Allah sesudah itu.  Oleh itu hanya kepada Allah sahajalah orang beriman berserah diri

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

153. TIGA TUGAS UTAMA UMAT MULIA

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  41 surah al-Hajj :

الذين إن مكنـهم فى الأرض أقاموا الصلوة وءاتوا الزكوة وأمروا بالمعروف ونهوا عن المنكر ولله عـقبة الأمور

Maksudnya : Orang-orang yang sekiranya Kami teguhkan mereka di atas muka bumi ini nescaya mereka akan mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kemungkaran dan bagi Allah jualah kesudahan semua perkara

Islam merupakan agama fitrah yang sesuai dengan kemampuan yang ada pada diri manusia itu sendiri. Islam bukanlah suatu agama yang payah difahami serta susah pula untuk diamalkan. Manakala umat Islam merupakan umat pilihan dan terbaik berbanding umat yang lain dengan syarat kita melaksanakan beberapa kewajipan yang terpikul atas bahu kita antaranya kita mestilah menjaga sembahyang, menunaikan zakat serta menjalankan tugas dalam menyuruh diri kita sendiri dan ahli keluarga serta masyarakat sekeliling kepada kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran. Umat Islam hanya diberi kemuliaan dan kekuasaan di dunia apabila kita dapat menunaikan beberapa kewajipan tersebut secara bersungguh-sungguh. Kegagalan umat Islam dalam menjalankan tugas itu menyebabkan kita ditimpa dengan pelbagai masalah serta penghinaan oleh Allah.

Masalah sembahyang yang merupakan tiang agama serta ia merupakan amalan pertama yang bakal ditanya oleh Allah S.W.T di akhirat nanti di mana telah ramai umat Islam hari ini yang mengabaikan sembahyang malah bagi mereka yang mendirikan sembahyang pula masih ramai yang mengerjakannya tanpa mengambil berat tentang ilmu mereka berkenaan bacaan atau perbuatan dalam sembahyang samada betul atau tidak sebagaimana yang dituntut. Benarlah peringatan nabi bahawa pada akhir zaman ikatan Islam akan dirungkai satu demi satu bermula daripada sembahyang sehinggalah kepada system Islam yang lain  akibat daripada kejahilan umat Islam sendiri.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

                Ketika kita menyebut tentang peristiwa hijrah maka antara perkara yang besar yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w setelah tiba di Madinah ialah mendirikan masjid bukannya membina kem tentera walau pun baginda mengetahui bahawa musuh sedang mengejarnya. Malah ketika mengingati beberapa peristiwa gempa bumi dan tsunami yang telah berlaku di negara umat Islam maka kita sentiasa diperingatkan tentang masjid yang tidak turut hancur bersama bangunan kukuh yang lain. Ini semua merupakan antara suatu isyarat yang jelas agar kita umat Islam kembali merapatkan diri kepada Allah S.W.T antaranya melalui solat dan juga menjinakkan diri dengan masjid. Ingatlah bahawa antara tujuh golongan yang bakal dibayangi oleh ‘Arasy Allah S.W.T pada hari akhirat nanti adalahseseorang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid. Alangkah bahagia dan mudahnya kita jika umat Islam mampu memenuhi masjid sebagaimana kita semua dapat lakukannya pada hari Jumaat di mana hati umat Islam dapat disatukan dan setiap arahan serta maklumat terkini dapat disalurkan dengan senang dan cepat tanpa memerlukan kepada sesuatu perhimpunan tertentu di tempat yang lain pula. Kita dapat melihat bagaimana keadaan umat Islam apabila mereka liar dan jauh daripada masjid maka semakin banyak masalah buruk yang berlaku dalam masyarakat. Umat Islam yang disatukan atas asas keduniaan tidak mampu diajak untuk berjuang atas dasar Islam sebaliknya mereka hanya mampu menjadi penyokong apabila menang dan akan lari apabila merasakan sokongan mereka tidak memberi pulangan keduniaan. Sesungguhnya hati manusia tidak boleh menyatukan dua perasaan yang berbeza antara cintakan Islam dengan cintakan harta, antara cintakan akhirat dengan cintakan dunia. Umat Islam yang hatinya dekat dengan Allah sentiasa bertanya pada diri tentang sumbangannya terhadap Islam sedangkan umat Islam yang kurang ikatannya dengan Allah sentiasa berfikir apakah yang mampu diberikan oleh Islam kepadanya.  Oleh itu muhasabahlah diri kita samada mahu menjadi hamba Allah atau hamba dunia. Penuhilah masjid setiap masa dan jangan jadikan diri kita sebagai umat yang hanya tahu bermegah dengan bangunan masjid bukannya berlumba-lumba untuk menghidupkannya. Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas bin Malik :

قال الرسول e  : لاتَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَبَاهَى النَّاسُ فِى المَسَاجِدِ

Maksudnya: Tidak akan berlaku qiamat sehingga umatku hanya bermegah-megah dengan binaan masjid sahaja

 

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

            Kewajipan kedua yang mesti ditunaikan oleh umat Islam yang ingin lahir sebagai umat mulia di dunia dan akhirat ialah menunaikan zakat. Zakat merupakan antara cara pembersihan harta serta memastikan harta orang kaya diagih untuk turut  sama dirasai oleh orang miskin sehingga wujudnya suasana kasih sayang yang mampu menghasilkan masyarakat yang aman. Malah nabi pernah memberi amaran bahawa antara punca datangnya bala angin merah, gempa bumi atau pun ditukar wajah sesuatu kaum ialah apabila mereka menganggap bahawa zakat itu sebagai hutang. Begitu juga dengan amaran nabi dalam sebuah hadis yang lain di mana mereka yang tidak mengeluarkan zakat akan ditahan air daripada langit sehingga jika tiada binatang yang hidup di atas muka bumi ini nescaya mereka tidak akan diberikan hujan oleh Allah. Sebab itulah Rasulullah s.a.w ketika menghantar Huzaifah bin Yaman ke suatu tempat maka baginda memperingatkan agar Huzaifah sentiasa berhukum dengan al-Quran dan hadis nabi serta mengambil harta orang kaya melalui zakat untuk diagihkan kepada fakir miskin. Begitu juga dengan tindakan tegas Sayyidina Abu Bakar yang sanggup memerangi puak yang dikira murtad akibat tidak mahu mengeluarkan zakat.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Kewajipan  yang seterusnya ialah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran di mana ramai di kalangan umat Islam hari ini mengabaikan kewajipan ini sehingga semakin rosaknya masyarakat. Kita mesti ingat amaran nabi iaitu kita diibaratkan seperti penumpang sebuah kapal di mana ada yang berada ditingkat atas dan sebahagian yang lain berada ditingkat bawah. Sekiranya penumpang tingkat atas tidak mencegah tindakan penumpang sebelah bawah yang bertindak menebuk lantai kapal agar lebih senang mengambil air maka kesemua penumpang itu bakal tenggelam bukannya penumpang sebelah bawah sahaja yang akan kelemasan apabila kapal itu karam nanti. Begitulah juga dengan keadaan kita apabila tidak mengajak orang lain untuk turut berbuat baik serta mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran maka bukan orang yang berbuat kejahatan sahaja yang bakal ditimpa bala daripada Allah malah kita turut menerima padahnya. Malah keadaan sekitar yang rosak bakal merosakkan anak cucu kita dalam jangka masa panjang. Oleh itu marilah kita sama-sama menjalankan kerja-kerja amar makruf nahi munkar ini agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan baik dan sentiasa dilimpahkan dengan rahmat oleh Allah. Kita juga mesti sedar bahawa cabaran dan ujian dalam menjalankan tugasan ini amat berat sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad :

قال الرسول e  : لايُدْرِكُنِيْ زَمَانٌ أَوْ لاتُدْرِكُوْا زَمَانًا لايُتَّبَعُ فِيْهِ العَلِيْمُ وَلايُسْتَحْيِي مِنَ الحَلِيْمُ قُلُوْبُهُمْ قُلُوْبُ الأعَاجِمِ وَأَلْسِنَتُهُمْ أَلْسِنَةُ العَرَبِ

Maksudnya : Ya Allah! Jangan Engkau ketemukan aku dengan suatu masa atau mudah-mudahan kamu wahai para sahabat tidak akan bertemu dengan suatu masa di mana orang alim sudah tidak diikut lagi dan orang yang berbudi pekerti tidak disegani lagi. Hati mereka seperti orang ‘ajam(pada fasiknya) dan lidah mereka seperti orang arab (pada  fasihnya).

            Kita dapat lihat pada tahun ini sahaja banyak tugasan dalam mencegah daripada kemungkaran menghadapi pelbagai tentangan dan tekanan termasuk tindakan tegas terhadap pengarah dan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan(JAWI) sedangkan remaja Melayu yang jelas salah kerana mengunjungi dan berkelakuan kurang sopan di kelab malam dibebaskan. Begitu juga dengan pesta arak di Genting Highland pada 5 dan 6 Mac yang baru lalu yang turut dihadiri oleh 10 ribu orang termasuk remaja Islam di mana sekatan awal tidak dibuat sebagaimana sekatan jalanraya oleh polis bagi ceramah dan tidak digunakan anggota FRU sebagaimana ketika menyuraikan penunjuk perasaan sebelum ini. Ini menunjukkan dengan jelas kepada kita bahawa dasar negara yang banyak bercanggah dengan Islam menjadi  punca terbesar kepada kegagalan pelaksanaan Islam Hadhari.

Firman Allah dalam ayat  63-64 surah al-Furqan :

وعباد الرحمن الذين يمشون على الأرض هونا وإذا خاطبهم الجــهلون قالوا سلــما . والذين يبيتون لربهم سجدا وقيــما

Maksudnya : Dan hamba-hamba Allah Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi ini dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka lalu mereka ucapkan kata-kata yang baik. Dan mereka melalui malam hari dengan bersujud serta berdiri bagi menyembah Allah

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

85. TUJUH GOLONGAN DILINDUNGI ALLAH S.W.T

                                                                        

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 51-52 surah al-Furqan :

ولو شئنا لبعثنا فى كل قرية نذيرا . فلاتطع الكــفرين وجــهدهم به جهادا كبيرا

Maksudnya : Dan sekiranya Kami menghendaki nescaya Kami bangkitkan pada setiap negeri itu seorang rasul yang memberi peringatan. Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir dan berjihadlah terhadap mereka dengan al-Quran melalui jihad yang besar

Umat Islam mesti menitikberatkan garisan antara iman dan kufur dalam kehidupan. Kita mesti berhati-hati terhadap perbezaan antara Islam dan jahiliah. Kita wajib mengetahui secara mendalam tentang halal haram, pahala dan dosa serta Syurga dan neraka. Umat Islam yang dijanjikan kemenangan oleh Allah S.W.T sentiasa menghidupkan budaya ilmu dan dakwah dalam kehidupan seharian agar pergerakan kita sentiasa disuluhi cahaya wahyu bukannya ditutupi dengan kegelapan nafsu. Kita mesti lahirkan diri kita antara golongan yang bakal dibayangi oleh ‘Arasy Allah S.W.T pada hari akhirat nanti sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis :

وعن أبي هريرة رضى الله عنه عن النبي e قال : سَبْعَةٌ يُظِلُّمُهُمُ اللهُ فِى ظِلِّهِ يَوْمَ لاظِلَّ إِلا ظِلُّهُ : إِمَامٌ عَادِلٌ وَشَابٌ نَشَأَ فِى عِبَادَةِ اللهِ عَزَّوَجَلَّ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ وَرَجُلانِ تَحَابَّا فِى اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ و َرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَة ٌذَاتُ مَنْصَبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ : إِنِّي أَخَافُ اللهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ فَأَخْفَاهَا حَتّى لاتَعْلَمَ شِمَالُهُ مَاتُنْفِقُ َيمِيْنُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ تَعَالَى خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ   ( متفق عليه )

Maksudnya : 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Allah S.W.T pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan Allah S.W.T pada hari akhirat nanti iaitu :

Golongan pertama ialah pemimpin yang adil di mana kebiasaannya jika pemimpin tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T serta adil dalam bertindak mengikut garisan yang telah ditetapkan oleh syarak maka rakyat bawahan pun ramai yang mengikut jejak langkahnya dalam mencari keredhaan Allah S.W.T di dunia dan akhirat. Rosaknya pemimpin maka ramailah rakyat jelata yang turut rosak kerana rakyat megikut agama pemimpin mereka. Kita sentiasa mengalu-alukan perancangan kerajaan untuk memastikan pelajar sekolah rendah wajib khatam al-Quran dan memahami agama dengan baik tetapi dalam masa yang sama pemimpin mestilah bukan sahaja mampu membaca al-Quran tetapi bersungguh-sungguh dalam melaksanakan segala tuntutan al-Quran yang menyeluruh termasuk ekonomi, perundangan, sosial dan sebagainya bukannya menjadikan Islam sebagai agama ibadat khusus semata-mata. Musuh Islam tidak pernah gerun terhadap pemimpin umat Islam yang kaya harta jika kurangnya agama sebaliknya musuh Islam sentiasa berusaha dalam memerangi pemimpin umat Islam yang miskin harta tetapi kaya agama kerana harta tidak pernah menggugat kedudukan kuffar tetapi agama telah banyak meruntuhkan kezaliman dan kesesatan kerajaan kuffar sebelum ini.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

            Golongan kedua ialah pemuda yang hidupnya sentiasa beribadat kepada Allah S.W.T di mana golongan ini mestilah dilahirkan dalam sesebuah negara bagi mengelakkan lebih banyak kemungkaran dan kerosakan yang berlaku. Apabila umat Islam sentiasa menjaga ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat ditambah dengan makan minum perkara yang halal dari hasil yang halal, menguruskan keluarga, masyarakat dan negara mengikut kehendak syarak disamping berusaha melaksanakan seluruh tuntutan Islam dalam setiap kerja dan pergerakannya sehingga semua itu dihisab sebagai ibadat oleh Allah S.W.T maka segala masalah jenayah dan keruntuhan akhlak dapat ditangani dengan baik. Sebaliknya jika umat Islam memisahkan urusan dunia seperti ekonomi, perundangan, sosial daripada dosa pahala maka keadaan kehidupan mereka semakin lama semakin hancur serta semakin dekat kepada kekufuran yang menyebabkan tiada lagi perbezaan yang ketara antara umat Islam dengan bukan Islam. Inilah yang bakal mengundang kemurkaan Allah S.W.T dan penghinaanNya. Kita begitu bimbang apabila program Khidmat Negara yang bakal bermula pada pertengahan bulan Februari nanti tidak memasukkan jadual waktu sembahyang dalam aktivitinya yang bakal menyukarkan peserta yang majoritinya beragama Islam untuk sembahyang atas alasan ia adalah isu peribadi. Jika sembahyang sebagai tiang agama diabaikan bagaimana negara mahu melahirkan warganegara yang soleh. Oleh itu kita desakkan agar sebelum program ini dijalankan maka waktu sembahyang mestilah diletakkan dalam jadual secara hitam putih. Ingatlah bahawa solat 5 waktu tidak boleh ditinggal melainkan pada perkara yang dibenarkan oleh syarak walau pun berada dipuncak gunung-ganang, berada di tengah hutan, meredah lautan, membentang belanjawan dan sebagainya. Kita dapat lihat kesan daripada tidak sembahyang menyebabkan ramai pemuda Islam yang runtuh akhlaknya dan banyak melakukan jenayah sehingga menggugat keamanan negara.

            Golongan ketiga ialah seseorang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid di mana pemimpin wajib berusaha menghidupkan masjid bukan berusaha mematikannnya agar negara dapat melahirkan lebih ramai rakyat yang sentiasa berjemaah di masjid serta menghidupkannya dengan pelbagai aktiviti yang dapat mengembalikan semula kegemilangan Islam. Tindakan jahat pemimpin yang menyekat kebebasan kuliah agama di masjid dan ada yang bertindak lebih kejam dengan merobohkan surau disamping pengawasan terhadap program di masjid lebih daripada tempat latihan pengganas amatlah dikesali. Begitu juga dengan penerusan kepada menjadikan hari Jumaat sebagai hari berkerja di kebanyakan negeri sebagaimana dibuat oleh penjajah merupakan suatu yang menyempitkan masa umat Islam untuk beribadat. Tindakan yang tidak bertamadun ini boleh menyebabkan umat Islam semakin jauh daripada masjid

 

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

            Golongan keempat ialah 2 orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T di mana mereka bersatu dan berpisah kerana Allah di mana kasih sayang yang ditanamkan atas dasar iman ini begitu penting terutama dalam berhadapan dengan kekejaman musuh Islam. Betapa bahayanya apabila kasih sayang seumpama ini tiada dalam hati sanubari umat Islam terutama pemimpin sehingga  sanggup menyerahkan negara dengan mudah kepada orang bukan Islam dengan memberikan kerusi yang lebih banyak kepada orang bukan Islam dalam parlimen daripada memperbanyakkan lagi jumlah wakil beragama Islam dalam parlimen. Pemimpin jenis ini lebih sanggup menggadaikan agama daripada harta dan kuasa yang dimilikinya. Begitu juga kasih sayang berasaskan iman wajib disuburkan agar saudara seagama sentiasa dibantu walau di mana mereka berada. Kita mesti sentiasa membantu sekurang-kurangnya dengan doa agar Allah S.W.T membantu umat Islam yang sedang ditindas di Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir, Selatan Filiphina, Acheh dan sebagainya. Begitu juga dengan tekanan disebabkan larangan bertudung ke atas umat Islam di Perancis. Tidak lupa kepada nasib yang menimpa umat Islam di Selatan Thailand termasuk Fatani, Narathiwat, Yala yang kini ditekan akibat pembakaran sekolah, bom balai polis dan kehilangan senjata 2 minggu lalu yang telah menyebabkan pelbagai tindakan keras dikenakan termasuk perintah berkurung yang menjejaskan perjalanan majlis ilmu pada waktu malam serta pemeriksaan ke atas pondok-pondok bila-bila masa yang dikehendaki sehingga baru-baru ini ada kubur yang baru ditanam mayatnya diperintah agar digali semula atas alasan disyaki dijadikan tempat simpan senjata. Umat Islam terus ditekan sedangkan bukti yang menyatakan umat Islam yang terlibat dalam kejadian itu belum diketahui.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Golongan kelima ialah seorang lelaki yang dipujuk oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik untuk berzina lalu dia menyatakan bahawa dia takutkan Allah  di mana usaha dalam memastikan kebanyakan pintu zina ditutup mestilah ditingkatkan. Jika terlalu banyak pintu zina dibuka maka semakin ramai yang cuba dan menghampirinya sehingga semakin teruknya keruntuhan akhlak rakyat. Betapa malangnya apabila ramai yang lantang bersuara membantah tindakan kerajaan Terengganu yang membuat etika berpakaian terhadap orang bukan Islam supaya lebih sopan. Sedangkan suara ini tidak kedengaran apabila wanita dijadikan alat pelaris barangan melalui iklan yang menjolok mata. Apa yang lebih malang ialah apabila pernah berlaku di mana seorang mufti boleh dipecat kerana menegur ratu cantik. Kita turut mendesak agar program Khidmat Negara diasingkan antara peserta lelaki dan perempuan serta dititikberatkan adab mengikut Islam bukannya nafsu. Jangan rosakkan rakyat dengan aktiviti pergaulan bebas sepanjang program tersebut sehingga anak-anak yang dididik begitu lama oleh ibubapa dan guru-guru akhirnya dirosakkan dalam masa beberapa bulan.

            Golongan keenam ialah seseorang yang bersedekah lalu dia sembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya di mana umat Islam sentiasa dilatih agar memberikan barangan miliknya kepada orang yang lebih memerlukannya melalui zakat. Apabila diri sentiasa dilatih dengan perkara yang wajib lalu melembutkan hati untuk melakukan sedekah sunat dengan penuh keikhlasan.  Sedekah jenis inilah yang digeruni oleh musuh Islam kerana ia bakal menguatkan kembali kesatuan umat Islam dan ekominya yang bakal menggugatkan kedudukan musuh.

 

 

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah ,

Golongan ketujuh ialah seseorang yang mengingati Allah S.W.T dalam keadaan sunyi lalu menitislah air matanya di mana umat Islam mesti berusaha untuk lahir sebagai golongan yang bertindak cergas seumpama singa disiang hari ketika melawan musuh serta begitu rapat hubungannya dengan Allah S.W.T terutama waktu malam. Golongan inilah yang digeruni oleh musuh Islam kerana mereka bakal dibantu oleh Allah S.W.T. Ingatlah bahawa persediaan untuk melawan musuh bukan semata-mata bergantung kepada kekuatan tentera dan senjata tetapi apa yang lebih penting ialah ikatan perhubungan umat Islam dengan Allah S.W.T yang membolehkan datangnya pertolongan dan kemenangan  daripada Allah S.W.T.

Firman Allah dalam ayat  63-64 surah al-Furqan :

وعباد الرحمن الذين يمشون على الأرض هونا وإذا خاطبهم الجــهلون قالوا سلــما . والذين يبيتون لربهم سجدا وقيــما

Maksudnya : Dan hamba-hamba Allah Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi ini dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka lalu mereka ucapkan kata-kata yang baik. Dan mereka melalui malam hari dengan bersujud serta berdiri bagi menyembah Allah

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

 

21. TIGA JENIS PEMERINTAHAN

 

السلام عليكم ورحمة الله

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 76 surah an-Nisa’ :

الذين آمنوا يقاتلون في سبيل الله  والذين كفروا يقاتلون في سبيل الطاغوت فقاتلوا أولياء الشيطان  إن كيد الشيطان كان ضعيفا

Maksudnya : Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Toghut, oleh itu perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Ibnu Khaldun di dalam al-Muqaddimah setelah mengamati dan mengkaji mengenai sejarah kehidupan dan tamadun manusia telah membuat kesimpulan di dalam kitabnya itu tentang 3 jenis dan bentuk pemerintahan yang telah dan sedang berjalan.

Pertama : yang dikenali sebagai al-Malik al-Tabi’e (الملك الطبيعي )  iaitu  pemerintahan di mana seluruh tanggungjawabnya  dilaksanakan berdasarkan kepada tujuan memenuhi hawa nafsu sahaja iaitu kecenderungan tabi’e yang terdapat dalam diri manusia itu sendiri. Pemerintahan jenis ini adalah suatu yang tercela kerana ia dijalankan berasaskan kepada kemahuan seseorang individu sahaja tanpa melihat dan memikirkan hak orang lain. Ia juga dikenali sebagai hukum rimba di mana siapa kuat dialah yang berkuasa berbuat apa sahaja tanpa dikawal oleh sebarang perlembagaan atau perundangan khusus bagi menjaga maslahat umum. Sesiapa sahaja yang berkuasa berhak melakukan apa yang dia mahu dan sebarang penentangan terhadapnya akan dihapuskan demi menjaga kuasa dan harta. Pemerintahan jenis ini merbahaya dan menggugat keamanan dan keharmonian dalam masyarakat. Si kuat terus menekan si lemah, si kaya terus memperkudakan si miskin, pemimpin terus melakukan kezaliman kepada rakyatnya demi kepentingan peribadi.

 

Sidang Jumaat yang dihormati,

            Kedua : Pemerintahan al-Malik al-Siyasi (الملك السياسي ) di mana pemerintahan jenis ini meletakkan tanggungjawab pemerintahan secara keseluruhannya berdasarkan kepada pandangan akal atau ideologi ciptaan manusia semata-mata dalam memenuhi kemaslahatan dunia serta menolak kemudharatannya. Menurut Ibnu Khaldun bahawa pemerintahan jenis ini dapat memberi kebaikan untuk tempoh jangka masa pendek tetapi ia akan memberi kesan yang buruk dalam jangka masa yang panjang. Pemerintahan jenis ini menolak agama dalam urusan pemerintahan kerana mereka menganggap bahawa agama hanya pada ibadat dan adat sahaja. Mereka bebas daripada pegangan dan pengaruh agama dalam pemerintahan yang menyebabkan mereka hanya mencari kemajuan dan mencipta perundangan yang berasaskan akal adalah untuk mencapai kemewahan hidup dunia sahaja dengan mengenepikan kehidupan hari akhirat. Mereka menggunakan akal dan pemikiran yang lemah dalam melawan kehebatan hukuman Allah.

            Contoh mengenai pemerintahan jenis ini dalam suasana masyarakat kita pada hari ini ialah fahaman Komunis di mana ketika berlakunya Revolusi di Russia maka telah berlaku pembunuhan yang ramai  sehingga tiga perempat rakyat Russia dibunuh dan ketika ditanya kepada Lennin sebagai ketua Revolusi tersebut maka dengan mudah beliau menjawab bahawa perkara itu bukan menjadi persoalan yang besar kepada mereka tetapi apa yang penting ialah satu perempat rakyat yang masih tinggal mestilah terdiri daripada mereka yang mendokong kefahaman komunis. Namun begitu kuasa komunis turut tumbang dalam masa yang tidak begitu lama walau pun tekanan terhadap rakyat agar terus patuh kepada ideologi komunis begitu kuat.

            Begitu juga sekularisme yang mula menular ke negara umat Islam bermula dari Turki di bawah regim Mustafa Kamal at-Tartuk di mana setelah berjaya menggulingkan Khilafah Uthmaniah Turki pada 1924  dengan bantuan umat Islam sendiri yang ditanamkan dengan semangat kebangsaan yang melampau di mana di negara-negara  arab diseru dakyah bahawa khilafah Uthmaniah untuk orang Turki bukan untuk umat Islam. Akhirnya Khilafah Uthmaniah dijatuhkan dan bagi menjayakan pemerintahannya maka pengaruh Islam dihapuskan satu demi satu bermula dengan penahanan dan pembunuhan ulama’, menghancurkan sebarang gerakan Islam, menukar pengunaan bahasa dan tulisan arab kepada Turki berdasarkan tulisan latin, melarang pemakaian kain tudung bagi perempuan dan bagi lelaki dilarang memakai kopiah di mana lebih mereka digalakkan memakai topi bagi menyamakan mereka dengan masyarakat barat. Walau bagaimanapun hebat dan kuat tekanan mereka terhadap rakyat agar dapat menerima cara hidup sekularisme namun begitu pengaruh Islam terus kuat hasil daripada perjuangan ulama’ yang menyebabkan 2 kali kemenangan gerakan Islam di Turki berjaya dicapai.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

            Apa yang berlaku di Turki maka inilah yang diamalkan di negara kita pada hari ini. Pengaruh agama cuba dihapuskan dalam pemerintahan diantaranya dengan menahan kemaraan ulama’ dengan menimbulkan dalam pemikiran masyarakat bahawa ulama’ merupakan golongan pelampau dan mengeluarkan hukum demi kepentingan mereka sahaja. Penghapusan penggunaan tulisan jawi pernah dilakukan dalam meramaikan lagi mereka yang buta al-Quran dan buta agama yang membolehkan pemimpin yang ada terus berkuasa. Pakaian menutup aurat juga dilarang di beberapa tempat bekerja terutama hotel-hotel malah pernah seorang muslimah dibuang kerja kerana memakai purdah semasa berkerja. Pernah dua orang pelajar sekolah rendah dibuang sekolah kerana memakai kopiah sebelum mahkamah memutuskan bahawa hukuman itu tidak sah setelah ibubapa mereka mengambil tindakan undang-undang. Bagaimana bencinya pemimpin sekuler Turki terhadap Islam maka begitulah yang dilakukan di negara ini. Ucapan pemimpin Turki bahawa pengajian Islam menyebabkan umat Islam mundur maka begitulah pemimpin negara ini yang menyatakan perkara yang sama sedangkan pusat pengajian agama hanya ada berapa buah sahaja di negara ini berbanding sekolah yang mahu melahirkan profesional yang lain seperti ahli sains, arkitek dan sebagainya. Jika benar-benar mereka mahu Islam maka sudah lama mereka mewujudkan kurikulum pengajian yang bersepadu iaitu menggabungkan antara ilmu fardhu ‘ain dengan ilmu fardhu kifayah bagi melahirkan golongan profesional yang faham agama secara menyeluruh. Sedangkan apa yang dilaksana pada hari ini hanya menitik-beratkan ilmu fardhu kifayah sahaja tetapi dibuang ruh Islam daripada pengajian tersebut yang menyebabkan sekolah yang dibina disusuli pula dengan pembinaan pusat pemulihan akhlak dan pusat serenti bagi menangani permasalahan sosial yang berlaku. Pemimpin sekuler juga sesuka hati mencabuli perundangan yang mereka cipta demi menjaga kedudukan mereka. Mereka sendiri tidak menghormati perundangan yang digubal. Inilah yang dikatakan oleh Ibnu Khaldun bagaimana pemerintahan yang berdasarkan akal ini hanya mewujudkan keamanan dan kemajuan sementara dan mereka sendiri akan melanggar apa yang digubal kerana nafsu manusia sentiasa buas dan  ganas.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Ketiga : Pemerintahan al-Malik al-Dini( الملك الديني  )  iaitu pemerintahan berdasarkan kepada kehendak dan neraca syarak. Pemerintahan jenis inilah yang akan dibantu oleh Allah sehingga memperolehi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Pemerintahan ini menitik-beratkan hubungan antara kehidupan dunia berlandaskan agama sehingga segala hak ditunaikan dengan adil dan saksama. Sebarang pelanggaran perlembagaan dan perundangan agama akan dihukum mengikut hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah. Allah adalah kuasa mutlak dan tidak ada kuasa lain yang boleh melawan segala ketetapan yang telah ditentukan oleh agama. Tiada pengaruh akal manusia dan tiada pula pengaruh nafsu buas manusia dalam menggubal dan melaksanakan peraturan kerana semuanya merupakan ketetapan Allah.

Firman Allah dalam ayat 151-152 surah al-Syu’ara’ :

ولاتطيعوا امر المسرفين الذين يفسدون فى الأرض ولايصلحون .

Maksudnya Dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melampaui batas, yang membuat kerosakn di muka bumi dan tidak melakukan kebaikan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ