• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,677,510 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,409 other followers

Qiamat DiYakini Yahudi DiPerangi


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 187 surah al-A’araf:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْ‌سَاهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَ‌بِّي ۖ لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ۚ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْ‌ضِ ۚ لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً ۗ يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا ۖ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللَّـهِ وَلَـٰكِنَّ أَكْثَرَ‌ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

Bulan Muharram telah berada dipenghujungnya yang mengingatkan kita bahawa telah sebulan kita sama-sama berada pada tahun baru 1434H manakala tahun baru Masihi bakal datang tidak lama lagi. Perjalanan masa yang begitu pantas sepatutnya mengetuk hati kita untuk sama-sama bermuhasabah menghitung diri tentang persiapan bekalan akhirat kita dan usaha dalam memohon keampunan daripada Allah atas segala dosa yang dilakukan. Beradanya kita pada bulan Disember turut menghangatkan kembali tentang ramalan Qiamat mengikut kepercayaan Kalendar kaum Mayan yang dijangka berlaku pada hari Jumaat depan 21 Disember disamping ramalan berlakunya fenomena alam yang menyebabkan bumi bakal bergelap selama 3 hari pada 23 hingga 25 Disember ini yang turut cuba dikaitkan dengan tarikh Qiamat. Kita sebagai umat yang beriman kepada Allah dan hari Qiamat sewajibnya tidak merasa panik dan takut dengan ramalan ini kerana kita yakin bahawa tarikh Qiamat yang sebenar hanya diketahui oleh Allah. Sebaliknya kita mesti berebut-rebut untuk menambahkan bekalan akhirat bukannya sibuk mencari tarikh Qiamat kerana banyak tanda-tanda Qiamat samada besar atau kecil telah berlaku pada zaman kita. Ikutlah arahan Allah dan rasulNya dalam berdepan dengan Qiamat dan jauhi segala larangannya serta jangan termasuk dalam golongan yang menjadi tanda Qiamat iaitu pemimpin yang khianat, anak yang derhaka ibubapa, peniaga yang menipu dan sebagainya. Jadikan nabi s.a.w sebagai ikutan dan orang soleh sebagai teman agar kita dibangkitkan di akhirat nanti bersama dengan mereka.

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ السَّاعَةِ فَقَالَ مَتَى السَّاعَةُ قَالَ وَمَاذَا أَعْدَدْتَ لَهَا قَالَ لَا شَيْءَ إِلَّا أَنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ قَالَ أَنَسٌ فَمَا فَرِحْنَا بِشَيْءٍ فَرَحَنَا بِقَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ قَالَ أَنَسٌ فَأَنَا أُحِبُّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ مَعَهُمْ بِحُبِّي إِيَّاهُمْ وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِمِثْلِ أَعْمَالِهِمْ ( رواه البخاري ومسلم (

Maksudnya : Anas bin Malik berkata bahawa ada seorang arab badwi bertanya : “Bilakah berlakunya Kiamat?” Rasulullah s.a.w bersabda, “Apakah persiapan engkau untuk menghadapinya?” Lelaki itu menjawab, “Tiada sesuatu amalan pun kecuali aku mencintai Allah dan RasulNya.” Rasulullah s.a.w bersabda, “Engkau akan tetap bersama orang yang engkau cintai. Anas telah berkata : Maka tiada apa yang lebih menggembirakan kami dengan suatu yang diucapkan oleh nabi iaitu engkau akan tetap bersama orang yang kamu cintai. Seterusnya Anas berkata : Maka aku mencintai nabi s.a.w, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar dan aku berharap agar dapat bersama-sama mereka semata-mata perasaan cinta terhadap mereka walaupun aku tidak beramal sebagaimana amalan mereka

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam Surah Yaasin ayat 48-49:

وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَـٰذَا الْوَعْدُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿٤٨﴾ مَا يَنظُرُ‌ونَ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً تَأْخُذُهُمْ وَهُمْ يَخِصِّمُونَ

Maksudnya : Dan (apabila mereka diingatkan tentang huru-hara dan balasan akhirat) mereka bertanya (secara mempersenda): ” Bilakah datangnya (hari akhirat) yang dijanjikan itu? Jika betul kamu orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)!”, Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan yang – (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka semasa mereka dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing).

Kita jangan menjadi umat yang sibuk mencari tarikh Qiamat dan hanya melihat sahaja tanda-tanda Qiamat berlaku di depan mata tanpa mengambil iktibar apatah lagi berlumba-lumba untuk menambah bekalan akhirat disamping menjauhi larangan Allah. Kedahsyatan tentang Qiamat banyak disebut dalam al-Quran dan hadis nabi antaranya pekikan kuat yang menyebabkan semua hancur musnah. Ibnu Jarir meriwayatkan daripada Ibnu Umar yang berkata: “Sebenarnya sangkakala akan ditiup ketika manusia berada di jalan, majlis-majlis dan pasar-pasar. Ketika itu sehelai kain masih berada di tangan dua orang yang sedang tawar-menawar, tiba-tiba mereka terkejut.” Ibnu Kathir berkata: “Mereka tidak menunggu kecuali satu teriakan sahaja. Ketika ditiupkan sangkakala, manusia masih lagi bertengkar, tawar-menawar di pasar-pasar. Malaikat Israfil diperintahkan Allah SWT meniup dengan kuat dan berterusan, tidak satu makhluk yang terkecuali mendengarnya lantas semuanya dibangkitkan dan berkumpul di hari kiamat.”

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Qiamat akan berlaku ketika dua orang masih merentang sehelai kain dalam proses tawar-menawar hingga kedua-duanya tidak sempat lagi meneruskan urusan jual belinya, apatah lagi melipat semula kainnya itu.

Qiamat juga akan berlaku ketika seseorang baru menyimen kolahnya sebelum sempat mengisi air di dalamnya, seseorang membawa susu kambingnya tanpa sempat meminumnya, seseorang baru menyuap makanan ke dalam mulutnya sebelum sempat dia mengunyahnya. Ketika itu mereka tidak lagi berpeluang membuat pesanan wasiat kepada seseorang di kalangan ahli keluarganya. Begitu juga dengan seseorang yang berpisah dengan keluarga tidak sempat lagi untuk berkumpul semula. Pekikan itu datang dengan mendadak sehingga mereka akan mati kelaparan di mana sahaja ketika itu. Marilah sama-sama kita menginsafi betapa kerdilnya kita yang akan melalui peringkat perjalanan yang jauh, bermula daripada kehidupan dunia menuju ke alam kubur seterusnya dibangkitkan menjadi hamba Allah yang perlu taat dan patuh kepada perintah-Nya. Ini kerana kebahagiaan yang hakiki ialah apabila seseorang selamat dari neraka Allah dan dapat menghuni syurga-Nya

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقَاتِلَ الْمُسْلِمُونَ الْيَهُودَ ، فَيَقْتُلُهُمُ الْمُسْلِمُونَ حَتَّى يَخْتَبِئَ الْيَهُودِيُّ مِنْ وَرَاءِ الْحَجَرِ وَالشَّجَرِ ، فَيَقُولُ الْحَجَرُ أَوِ الشَّجَرُ : يَا مُسْلِمُ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا يَهُودِيٌّ خَلْفِي فَتَعَالَ فَاقْتُلْهُ ، إِلَّا الْغَرْقَدَ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرِ الْيَهُودِ

Maksudnya : Tidak berlaku qiamat sehingga orang Islam memerangi kaum yahudi maka mereka akan diperangi oleh orang Islam sehingga yahudi akan bersembunyi di sebalik batu dan pokok lalu berkatalah batu atau pokok :Wahai orang Islam Wahai hamba Allah! ini dia yahudi dibelakangku maka datanglah dan bunuhlah dia melainkan pokok gharqad maka sesungguhnya ia merupakan pokok yahudi.

Antara tanda qiamat juga apabila para pejuang Islam akan memerangi yahudi habis-habisan sehingga musuh terpaksa sembunyi di sebalik pokok dan batu di mana batu dan pokok turut memberitahu tentang kedudukan musuh untuk dibunuh oleh umat Islam. Keyakinan yang diberitahu oleh nabi s.a.w ini pasti berlaku bukan dengan hanya menunggu sebagai penonton sebaliknya meneruskan perjuangan dan memberi sokongan kepada perjuangan umat Islam di bumi Palestin. Kita begitu kecewa bila ada orang yang mendakwa bahawa tidak berlaku jihad di bumi Palestin hari ini kerana jumlah pejuang Islam sedikit dan keadaan senjata yang lemah. Orang ini juga meminta agar umat Islam Palestin berhijrah sebagaimana hijrah nabi s.a.w dengan menyerahkan secara percuma bumi Isra’ dan Masjid Aqsa kepada zionis yahudi. Ingatlah kita bagaimana pertempuran dengan kafir termasuk zaman nabi s.a.w membuktikan bagaimana bilangan sedikit bukan penghalang besar kepada kemenangan yang dijanjikan oleh Allah. Malah kita ingat dalam Peperangan Mu’tah, Jordan pada tahun 8H antara tentera Islam berjumlah 3 ribu orang sahaja berdepan dengan tentera Rom seramai 200 ribu orang sehingga ramai di kalangan tentera Islam telah mencadangkan agar menghantar maklumat kepada Rasulullah S.A.W mengenai perkara ini tetapi panglima perang iaitu Abdullah bin Rawahah dengan tegas bangun menyatakan : Demi Allah! Adakah kita benci kepada sebab keluarnya kita ke sini iaitu memburu syahid.Kita bukan datang berperang semata-mata kerana bilangan, bukan kekuatan dan bukan kerana bilangan tetapi kerana agama Islam yang telah Allah memuliakan kita dengannya. Maka maralah kamu sesungguhnya salah satu daripada 2 kebaikan akan kamu perolehi samada beroleh kemenangan atau pun gugur syahid bersama keredhaan Allah.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 65 surah al-Anfal:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَرِّ‌ضِ الْمُؤْمِنِينَ عَلَى الْقِتَالِ ۚ إِن يَكُن مِّنكُمْ عِشْرُ‌ونَ صَابِرُ‌ونَ يَغْلِبُوا مِائَتَيْنِ ۚ وَإِن يَكُن مِّنكُم مِّائَةٌ يَغْلِبُوا أَلْفًا مِّنَ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ

Maksudnya: Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti.

Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia, di rumah Allah yang mulia marilah kita terus mengecam dan mengutuk kekejaman zionis Yahudi dan sekutunya dalam membunuh dan menindas umat Islam di bumi Palestin. Perbanyakkan doa kepada Allah dalam menghancurkan musuh dan memberikan kemengan yang besar kepada pejuang Islam disamping hulurkan bantuan berbentuk kewangan dan sebagainya. Kita juga mesti berusaha dalam memboikot syarikat yang jelas memberi sumbangan besar kepada zionis yahudi seperti Coca-cola, McDonald’s agar dapat memberi tekanan supaya mereka menghentikan bantuan kepada kezaliman yahudi Israel. Kita berasa kecewa apabila ramai yang bukan sahaja makan makanan segera ini malah melekatkan logo di kenderaan dengan penuh bangga. Dunia telah menyaksikan bagaimana boikot telah menyebabkan banyak syarikat dan barangan yang sebelum ini memberi sumbangan kepada zionis yahudi dalam membunuh umat Islam dan meruntuhkan Masjid Aqsa telah menarik balik sokongan dan sumbangan. Amerika Syarikat sendiri terpaksa membuat undang-undang bagi mendenda syarikat yang memboikot Israel kerana bimbang sekutunya akan lenyap dari muka bumi. Bangkitlah wahai umat Islam. Jangan terus membiarkan saudara kita menangis hiba ketika kita bergelak ketawa, saudara kita memekik kesakitan ketika kita menjerit kegembiraan. Berambus berambus wahai Yahudi! Tentera nabi Muhammad akan kembali untuk memerdeka bumi Palestin dan Masjid Aqsa yang tercinta

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Satu Respons

  1. Reblogged this on october desire 65.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: