• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Azarbaijan Pindah Solat Jumaat ke Hari Sabtu

Blog AnakRimau

Jawatankuasa Kebangsaan Bahagian Urusan Agama Republik Azarbaijan memerintahkan kepada para khatib masjid di seluruh negara itu untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari Sabtu. Arahan itu dikeluarkan pada 30 Jun yang lalu.

Alasan pemindahan tersebut kerana dinilai mengganggu jam kerja, di mana hari Jumaat di Azarbaijan adalah hari kerja rasmi negara itu.

Menurut pemerintah Azarbaijan, pemindahan solat Jumaat ke hari Sabtu diharapkan dapat mengurangkan beban para pegawai dan pekerja pemerintah.

Menanggapi alasan pemerintah, khatib Masjid Masyhadi Dodosh, H Shahin Hasanali mengatakan, pemindahan tersebut dinilai sebagai sebuah sentimen politik semata-mata.

“Pemerintah risau solat Jumaat menjadi medan pendidikan politik yang boleh menggugat kewibawaan pemerintah. Solat Jumaat tidak boleh dipindahkan hari sesuka hati,” ujarnya.

Republik Azarbaijan adalah negara kecil yang majoriti penduduknya beragama Islam. Dilaporkan, jumlah komuniti muslim di sana mencapai 90% dari jumlah keseluruhan penduduknya.

Kedekatan regim yang berkuasa dengan Israel, menyebabkan dasar-dasar pemerintah cenderung anti Islam. Sehingga kini, warga muslim Azarbaijan masih memperjuangkan hak-hak kaum muslimah untuk memakai tudung.

Ijtima’ Pondok Nusantara Sempena Ihya’ Ramadhan 1433H

Ijtima’ besar-besaran yang bakal dihadiri oleh Ulama’ seluruh Malaysia, Indonesia dan Thailand akan diadakan pada 15 dan 16 Ramadhan 1433H bersamaan 4 dan 5 Ogos 2012M bertempat di Qaryah Ramadhan, Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, Kelantan. Semua pencinta Islam dijemput hadir beramai-ramai dalam memeriahkan majlis ini

15 dan 16 Ramadhan 1433H bersamaan 4 dan 5 Ogos 2012M

Hari Sabtu dan Ahad

TARIKH

MASA

PROGRAM

 

Sabtu

4.39– 5.00 pm Solat Asar berjemaah di Qaryah Ramadhan

15 Ramadhan

5.10 – 6.00 pm Halaqah al-Quran

1433H

7.30 – 8.00 pm Iftar Jamai’e dan Solat Maghrib berjemaah

8.39 pm Solat Isyak’ dan Terawih berjemaah

4 Ogos 2012M

  Tazkirah oleh wakil Persatuan Ulama’ Fathoni

11.35 pm Minum malam
  11.45 pm Khidmat diri dan tidur

 

4.00 –  4.55 am Khidmat diri & Qiamullail*

5.00 am Bersahur

Ahad

5.51 –  7.40 am Solat Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh oleh wakil Ulama’ Nusantara

16 Ramadhan

7.45 am Solat Dhuha

1433H

9.00-9.20 am – Dhif kehormat dan tetamu jemputan mengambil tempat

5 Ogos 2012M

9.30 am Halaqah Ilmu 1 : “ Peranan Ulama’ Dalam Amar Makruf Nahi Mungkar”

Moderator : Ustaz Hj Tuan Syarifudin b Tuan Ismail (KIAS)

Pembentang : Dr Hj Abdul Basit bin Hj Abdul Rahman (Pondok Sungai Durian)

Pengulas        : Syeikh Muhd Zainul Asri b Hj Mohd Romli (Kedah)

 

10.45 am Halaqah Ilmu 2 : “ Peranan Pusat Pengajian Pondok Dalam Melahirkan Kepimpinan Ummah”

Moderator : Ustaz Hj Mokhtar b Senik (Pahang)

Pembentang : al-Fadhil Tuan Guru Hj Salleh b Musa (Kedah)

Pengulas        : Ustaz Hj Zulkifli b Ismail (Melaka)

12.00 pm – Ketibaan YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

12.10 pm Majlis Perasmian Ijtima’ Pondok Nusantara 1433H

– Ucapan aluan Pengerusi Majlis

– Bacaan al-Quran al-Karim oleh Ustaz Hj Nazri b Hj Muhamed (Pondok Beta Hilir)

– Ucapan wakil Pusat Pembangunan Pondok Berhad (Dr Hj Lukman bin Hj Abdullah – Timbalan Pengerusi PPPB)

– Ucapan Perasmian oleh YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Menteri Besar Kelantan

1.20 pm Solat Zohor berjemaah

2.00 pm Liqa’ Ulama’ Nusantara dan Resolusi

4.39 pm Solat Asar berjemaah

5.00 pm Qasidah dan Majlis zikir Ratib Haddad

7.30 – 8.00 pm Iftar Jamai’e dan Solat Maghrib berjemaah

8.39 pm Solat Isyak’ dan Terawih berjemaah

  Tazkirah oleh Ulama’ Indonesia

10.35 pm Minum malam

Pusat tuisyen didakwa guna karikatur hina sahabat Nabi

TANGKAK – Sebuah pusat tuisyen di sini mencetuskan kontroversi apabila menggunakan karikatur dalam nota ringkas subjek Sejarah tingkatan empat, yang didakwa telah menghina sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW dan baginda.

Nota tersebut didakwa digunakan sebagai bahan rujuan bab Kerajaan Islam di Madinah.

Menurut Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin, dalam nota berkenaan, terdapat 16 gambaran sahabat nabi yang dilukis mencerminkan perwatakan tidak baik.

Sulaiman berkata, Pejabat Agama Daerah Ledang (PADL) telah menerima nota tersebut pada 4 Julai lalu selepas seorang lelaki menyampaikannya kepada salah seorang kakitangan PADL.

“Sebenarnya, nota ini dijumpai seorang pelajar sebuah sekolah menengah di Tangkak, di tepi longkang sekolahnya.

“Kemudian pelajar itu menyerahkannya kepada guru agama sekolah terbabit, sebelum diserahkan kepada PADL,” katanya.

Menurutnya, berikutan penemuan itu, PADL membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ledang, 26 Julai lalu dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

Jelas Sulaiman, beliau juga mahu pusat tuisyen terbabit ditutup dan diberikan amaran manakala tenaga pengajar yang terlibat diminta meminta maaf secara terbuka.

“Kami bimbang perbuatan individu tidak bertanggungjawab mempermainkan agama Islam ini akan menjadi bertambah serius. Ini yang kami jumpa, yang kami tidak jumpa mungkin lebih teruk.

“Tindakan menghina sahabat nabi samalah seperti menghina Rasulullah SAW. Mereka adalah pejuang Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Sinar Harian difahamkan, Persatuan Imam-imam Daerah Ledang akan membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.

Namun beliau enggan mengulas lanjut kerana kes itu masih dalam siasata

Program Halaqah Ilmu 2012 (sempena cuti sekolah/IPT) – Telah Tutup Pendaftaran

Istimewa Cuti Sekolah/IPT

Tarikh : 24 November  – 8 Disember 2012

Tarikh tutup pendaftaran bila peserta telah mencukupi had iaitu 80 orang.

Tempah dan sahkan pendaftaran melalui telefon/ sms

Syarat & Yuran Penyertaan

  • Pelajar lelaki berumur 11 – 24 tahun (terhad 80 orang sahaja)
  • RM 245 sahaja (meliputi bahan kursus, penginapan dan makan minum)

 

Tarikh & Masa Daftar Diri

24 November 2012 (Sabtu) jam 2.30  – 3.15 petang

Tempat Program

Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumboh,

16150, Kota Bharu, Kelantan

Pengisian

  • Pengajian kitab pilihan
  • Risalah Masbuk & Muafiq Dalam Solat
  • Kitab Pelita Penuntut
  • Tazkirah dan ceramah motivasi
  • Kursus jenazah lengkap
  • Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
  • Hafalan surah-surah pilihan
  • Tadarrus al-Quran
  • Latihan amali fardhu ‘Ain
  • Latihan khutbah dan azan
  • Cungkil bakat nasyid, ceramah, marhaban

Pelajar yang lemah jawi dan al-Quran

  • Diletakkan dalam kelas khusus
  • Tekan Fardhu ‘Ain berdasarkan kertas kerja khusus
  • Tekan pembelajaran Iqra’
Keperluan Yang perlu dibawa

Pakaian harian  & pakaian solat (diwajibkan bawa jubah dan serban), bantal , selimut, cadar tilam , alat tulis

Sila hubungi :

Tel :09-7657786 (P) Fax:09-7659099

019- 9388902(Ust. Shairazi ) / 013-2756400 (Hafiz)

e-mail : bakriah1954@gmail.com

Blog : albakriah.wordpress.com

Web : www.al-bakriah.com.my

Program Pondok Intensif 2012 (sempena cuti sekolah/IPT) – Telah Tutup Pendaftaran

stimewa Musim Cuti Sekolah/IPT

Sesi Pertama

Tarikh : 17 November – 1 Disember 2012

Sesi Kedua

Tarikh : 8– 22 Disember 2012

Tarikh Tutup Daftar :

Bila Cukup Bilangan Yang diTetapkan

(Tempah dan Sahkan pendaftaran melalui telefon / sms)

Syarat & Yuran Penyertaan

  • Pelajar lelaki dan perempuan berumur 11 – 24 tahun (terhad 100 orang sahaja)
  • RM 245 sahaja (meliputi bahan kursus, penginapan dan makan minum)

Tarikh & Masa Lapor Diri (setelah sah daftar melalui email atau sms)

a. Sesi pertama : 17 November 2012 (Sabtu) jam 2.30 – 3.15 ptg

b. Sesi kedua : 8 Disember 2012 (Sabtu) jam 2.30 – 3.15 ptg

Tempat Program

Madrasah Fununiah Tunjuniah, Pondok Tunjung,

KM7, Jln Kuala Krai,

16210 Mulong, Kota Bharu, Kelantan

Pengisian

  • Pengajian kitab pilihan
  • Risalah Masbuk & Muafiq Dalam Solat
  • Kitab Pelita Penuntut
  • Tazkirah dan ceramah motivasi
  • Kursus jenazah lengkap
  • Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
  • Hafalan surah-surah pilihan
  • Tadarrus al-Quran
  • Latihan amali fardhu ‘Ain
  • Latihan khutbah dan azan
  • Cungkil bakat nasyid, ceramah, marhaban

Pelajar yang lemah jawi dan al-Quran

  • Diletakkan dalam kelas khusus
  • Tekan Fardhu ‘Ain berdasarkan kertas kerja khusus
  • Tekan pembelajaran Iqra’
Keperluan Yang perlu dibawa

Pakaian harian (wajib jubah dan tudung labuh bagi perempuan) & pakaian solat (wajib jubah dan serban bagi lelaki), bantal , selimut, cadar tilam , alat tulis

Hubungi :

019-9388902 (Ust Shairazi)

Tel: 09-7126708 (P) / 016-9381870 (Ust. Azmi)-Pondok Tunjung

e-mail : pppb1995@gmail.com

Blog : epondok.wordpress.com

Khutbah Audio 40 – Berqiblatkan Islam Menerajui Perubahan

Berqiblatkan Islam Menuju Kemenangan

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat  144 surah al-Baqarah :

قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاء فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّواْ وُجُوِهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوْتُواْ الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ وَمَا اللهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ

Maksudnya : Sesungguhnya Kami lihat engkau sentiasa mengadah ke langit, maka Kami palingkan engkau (menghadap) ke kiblat yang engkau ingini. Sebab itu, palingkanlah mukamu ke pihak Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, hadapkanlah mukamu ke pihaknya. Dan sesungguhnya orang yang diberi kitab mengetahui bahawasanya itu adalah kebenaran daripada Tuhan mereka. Dan Allah tidak lalai terhadap apa pun yang kamu kerjakan.

Kita sekarang ini masih berada pada bulan Sya’aban yang pernah melakar beberapa peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya peristiwa perubahan Qiblat daripada mengadap ke arah Masjid al-Aqsa di Palestin ketika mula-mula sampai di Madinah kepada mengadap Ka’abah di Masjidil Haram, Mekah selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w memohon daripada Allah. Pertukaran qiblat ini telah menghentikan ejekan kaum yahudi terhadap nabi Muhammad s.a.w dan para muslimin kerana yahudi menganggap baginda tidak benar serta tidak tetap pendirian kerana terpaksa menghadap ke  arah qiblat yang sama dengan yahudi iaitu Baitul Maqdis. Peristiwa ini memberi pengajaran besar kepada umat Islam agar kita mesti memerdekakan diri kita daripada mengikut jejak langkah musuh Islam terutama yahudi dalam setiap aspek kehidupan samada dalam sistem ekonomi, sosial, politik, perundangan dan sebagainya. Selagi sistem yang digunakan oleh oleh umat Islam masih berqiblat kepada sistem kuffar maka selagi itulah kita terus mundur dan terjajah dalam negara sendiri. Sebagai contohnya yahudi sentiasa memastikan agar umat Islam tidak kembali kepada penggunaan wang dinar walau pun di kalangan negara bawah Pertubuhan Negara Islam (OIC) sahaja kerana yahudi bimbang sistem riba akan hancur dan pelbagai penipuan melalui wang kertas yang membolehkan mereka kaya raya akan musnah. Kita pernah menyaksikan bagaimana pertukaran penggunaan wang dinar emas kepada wang kertas antara penyebab kepada kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki 1924. Malah perlaksanaan hukum hudud iaitu kerat tangan kepada pencuri turut terganggu jika kadar minima dibuat berdasarkan wang kertas kerana nilainya sentiasa berubah berbanding dinar emas. Ketika menyebut berkenaan Masjid Aqsa juga maka tidak boleh lari untuk kita memperkatakan tentang usaha yang perlu kita lakukan dalam membebaskan bumi Palestin terutama ketika memperingati suatu sejarah hitam 39 tahun tindakan jahat seorang pelampau yahudi yang membakar Masjid Aqsa pada  21 Ogos 1969 atas alasan agama bagi membina Haikal nabi Sulaiman di atas runtuhan Masjid Aqsa itu. Buat sekian kalinya kita sebagai umat Islam yang bermaruah menyatakan bahawa Masjid Aqsa milik Islam dan sekiranya benar Masjid Aqsa dibina adalah Haikal nabi Sulaiman maka ia pun milik umat Islam kerana semua nabi adalah menyeru kepada agama yang satu iaitu Islam.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Firman Allah dalam ayat 173 dan 174 surah Ali ’Imran :

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ   فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنَ اللهِ وَفَضْلٍ لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللهِ ۗ وَاللهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ 

Maksudnya : Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”. Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. Dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar

            Peristiwa besar kedua yang pernah berlaku pada bulan Sya’aban tahun ke 4 Hijrah ialah Peperangan Badar Sughra atau Badar Kecil. Peperangan ini meletus setahun selepas Peperangan Uhud bagi mememenuhi janji Abu Sufian yang merupakan antara pembesar kafir Quraisy pada waktu itu di mana sebaik sahaja menang dalam peperangan Uhud maka Abu Sufian dengan angkuhnya mencabar nabi Muhammad s.a.w untuk bertempur di Badar pada tahun berikutnya bagi menentukan siapa sebenarnya yang layak untuk bergelar pemenang samada nabi bersama tentera Islam atau tentera kafir Quraisy. Nabi Muhammad s.a.w sebagai memenuhi janji tersebut mengumpul sejumlah tentera Islam telah keluar ke Badar manakala tentera kafir Quraisy pimpinan Abu Sufian turut keluar tetapi belum sampai di Badar lalu Abu Sufian terus berasa takut untuk berperang lalu dinyatakan alasan untuk menarik diri disebabkan cuaca kemarau dan dipersetujui oleh semua tentera kafir yang sememangnya takut untuk berperang. Bagi menutup kelemahan dan perasaan takut ini lalu Abu Sufian mengupah seorang Islam yang bernama Nua’im bin Mas’ud yang baru pulang dari Mekah kerana menunaikan umrah supaya menakut-nakutkan nabi dan tentera Islam  agar jangan keluar ke Badar atas alasan tentera musuh begitu ramai dan tidak mampu dihadapi oleh tentera. Dia juga menyatakan supaya tentera Islam jangan terlalu mengikut perasaan untuk pergi berperang agar kekalahan dalam peperangan Uhud yang baru setahun berlalu tidak berulang  semula. Hasutan ini diterima oleh sebahagian besar tentera Islam tetapi bila mendengar kata-kata Rasulullah bahawa baginda tetap akan keluar ke Badar walau pun seorang diri telah menyebabkan semangat tentera Islam semakin berkobar-kobar. Akhirnya bila tiba di Badar dan menunggu ketibaan tentera kafir Quraisy selama 8 hari maka didapati musuh tidak kunjung tiba. Nabi Muhammad s.a.w dan para tentera Islam telah mendapat 2 kemenangan iaitu musuh yang menyerah sebelum berperang dan keuntungan berlipat ganda daripada perniagaan sepanjang 8 hari di Badar sambil menunggu musuh datang. Persitiwa ini memberi pengajaran penting agar kita sentiasa menepati janji walau pun terhadap musuh. Kita juga mesti beringat bahawa sentiasa wujud musuh dalam selimut yang sanggup makan upahan musuh Islam di dalam melemah dan menghancurkan kesatuan umat Islam. Kita sebagai umat Islam yang cintakan Allah dan rasulNya mesti sentiasa bersiap dari segi ilmu dan kemampuan yang lain dalam menghadapi musuh Islam. Kewajipan kita sekarang  ialah untuk mengurangkan musuh dengan memastikan kita sendiri betul-betul faham dan beramal dengan Islam sehingga orang bukan Islam semakin jelas tentang Islam dan mereka bertindak bijak masuk Islam atau sekurang-kurangnya mereka tidak menentang Islam

 

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Peristiwa besar yang ketiga yang berlangsung pada bulan Sya’aban ini juga ialah Peperangan Bani Mustaliq pada tahun 6 Hijrah apabila Rasulullah bertindak pantas menyerang Bani Mustaliq yang sedang merancang untuk menyerang Madinah. Antara perkara yang besar sepanjang peperangan ini ialah khabar Ifk atau berita bohong yang dilempar terhadap diri Siti Aisyah yang dituduh melakukan perbuatan  sumbang dengan Safwan bin al-Mu’tal. Fitnah ini begitu kuat sehingga Rasulullah s.a.w sendiri tidak mampu berbuat apa-apa sehinggalah turunnya wahyu yang menjelaskan bagaimana bersihnya Siti Aisyah daripada sebarang tuduhan liar yang ditujukan kepadanya. Rasulullah s.a.w sendiri meminta agar diselidik mengenai orang- yang mula-mula menaburkan fitnah yang dahsyat ini di mana akhirnya 3 orang dihukum dengan hukuman qazaf 80 kali sebatan iaitu Hasan bin Thabit, Musytaq dan seorang perempuan bangsawan Quraisy. Peristiwa ini memberi pengajaran yang begitu besar kepada umat Islam supaya berhati-hati dan cermat terutama dalam berdepan dengan fitnah dan tuduhan liar terhadap Islam dan umatnya. Kita bimbang budaya bersumpah sebelum lagi sesuatu bukti tuduhan ditunjukkan di mahkamah akan menjadi suatu cara untuk tidak lagi menggunakan saluran mahkamah sebagai tempat untuk menghukum siapa salah dan siapa benar sebaliknya cukup sekadar siapa yang berani bersumpah dialah yang benar walau pun bukti tiada.

Firman Allah dalam ayat 19 surah an-Nur :

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ۚ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ  تَعْلَمُونَ 

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman maka bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat.  Dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Pengajaran Peperangan Bani Mustaliq 6H

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat  11 surah an-Nur :

إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالإِفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ ۚ لاَ تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَكُمْ ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۚ لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ مَا اكْتَسَبَ مِنَ الإِثْمِ ۚ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ 

Maksudnya : Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah dari kalangan kamu juga. Janganlah kamu anggap bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik untukmu. Setiap orang  dari mereka mendapat balasan daripada dosa yang dikerjakannya.  Dan sesiapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam menyiarkan berita bohong itu maka baginya azab yang amat besar

Bulan Sya’aban yang sedang kita berada sekarang ini bukan sahaja menjadi bulan yang paling banyak nabi Muhammad s.a.w berpuasa sunat padanya malah turut mempunyai suatu malam yang dinamakan malam nisfu Sya’ban dimana kelebihannya dinyatakan melalui sebuah hadis  isnadnya Hasan yang dikeluarkan oleh Al-Kharaiti, Al-Baihaqi dan imam Sayuti Daripada Hisham bin Hassan daripada ( Al-Hasan daripada) Usman bin Abi Al-’As daripada Nabi S.A.W telah bersabda maksudnya : Apabila tibanya malam nisfu (pertengahan) daripada bulan Sya’ban, pemanggil akan memanggil : Adakah daripada mereka yang memohon keampunan maka nescaya diampun baginya. Adakah daripada kalangan mereka yang meminta maka akan diberi. Maka tidak ada seseorang yang memohon sesuatu melainkan akan diberi melainkan penzina dengan kemaluannya ataupun orang syirik. Disamping itu, bulan Sya’aban juga sarat dengan peristiwa yang besar yang pernah berlaku pada diri Rasulullah s.a.w dan para sahabat antaranya Peperangan Bani Mustaliq yang berlaku pada bulan Sya’aban tahun Keenam Hijrah . Peperangan ini meletus selepas Rasulullah s.a.w bertindak pantas menghantar tentera apabila mendengar bahawa Bani Mustaliq pimpinan al-Harith bin Abi Dirar sedang bersiap untuk menyerang umat Islam. Tindakan nabi itu telah menyebabkan perancangan jahat Bani Mustaliq dapat dipatahkan dengan mudah sehingga ramai yang menjadi tawanan. Apa yang menariknya para sahabat telah memerdekakan tawanan perang yang memeluk Islam malah Rasulullah s.a.w sendiri telah menjadikan anak kepada ketua Bani Mustaliq yang telah memeluk Islam iaitu Juwairiyyah sebagai isteri. Tindakan ini merupakan antara strategi dakwah yang telah membuka hati ramai di kalangan Bani Mustaliq untuk memeluk Islam setelah melihat bagaimana Islam begitu banyak menawar erti keamanan dan perdamaian. Sebab itulah pada hari ini, kita membuat  penentangan awal terhadap  sebarang usaha dalam memburukkan Islam apatah lagi bergerak secara halus termasuk melalui forum anjuran Majlis Peguam yang mahu membuang peranan Mahkamah Syariah. Kita wajib memperkasakan peranan dan kuasa Mahkamah Syariah dan pelaksanaan perundangan Islam terutama setelah 51 tahun menyambut kemerdekaan negara sehingga keadilan Islam kembali terserlah.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Ketika menyoroti peperangan Bani Mustaliq ini juga kita dapati bagaimana sikap golongan munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai yang turut serta dalam tentera Islam bertujuan membuat kacau dan menabur fitnah serta lebih berminat untuk mendapatkan hasil rampasan perang. Antaranya Abdullah bin Ubai begitu marah apabila mendengar berita tentang 2 tentera Islam dari kalangan Ansor dan Muhajirin yang kembali berbaik semula selepas berbalah lalu dia berkata : “ Adakah munasabah dia melakukan demikian, apabila mereka (Muhajirin) sudah ramai dalam negeri kita maka mereka hendak menunjukkan kekuatan samalah seperti kata pepatah gemukkan anjingmu kemudian ia akan menggigitmu. Tengoklah nanti apabila pulang ke Madinah tahulah dia bagaimana orang mulia (Ansor) akan mengeluarkan orang yang hina ( Nabi dan Muhajirin)”.

Mendengar kata-kata biadap yang keluar daripada mulut Abdullah bin Ubai  itu lalu Sayyidina Umar meminta izin daripada nabi untuk membunuhnya tetapi nabi menegahnya bagi mengelakkan fitnah yang mengatakan nabi membunuh sahabatnya sendiri. Hasil daripada kesabaran ini juga menyebabkan lebih ramai  orang membenci Abdullah bin Ubai sehingga dia semakin terpinggir. Allah turut merakamkan  peristiwa bagi menjawab tuduhan Abdullah bin Ubai terhadap nabi dan golongan Muhajirin melalui ayat 8 surah al-Munafiqun :

يَقُولُونَ لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الأَعَزُّ مِنْهَا الأَذَلَّ ۚ وَِللهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَٰكِنَّ الْمُنَافِقِينَ لاَ  يَعْلَمُونَ 

Maksudnya : Mereka (golongan munafik) berkata : “ Sesungguhnya jika kita telah kembali ke Madinah maka benar-benar orang yang kuat akan mengusir orang yang lemah daripadanya”. Sedangkan kekuatan itu hanyalah bagi Allah S.W.T, bagi rasulNya dan bagi orang-orang mukmin tetapi orang munafik itu tidak mengetahui.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Api fitnah tidak terhenti setakat peristiwa yang melibatkan golongan munafik itu  malah suatu lagi peristiwa fitnah yang paling besar yang berlaku semasa perjalanan pulang daripada Peperangan Bani Mustaliq ialah khabar Ifk atau berita bohong yang dilempar terhadap diri Siti Aisyah yang tertinggal daripada rombongan yang pulang  ke Madinah kerana ingin mengambil sesuatu barang yang tercicir. Akhirnya Safwan bin al-Mu’tal yang ditugaskan untuk memeriksa kawasan yang ditinggalkan oleh tentera Islam bagi memastikan tiada barangan yang tertinggal telah menemui Siti Aisyah lalu membawanya sehingga bertemu semula dengan ahli rombongan yang lain di Nahru Zahirah. Tentera Islam yang melihat ketibaan mereka merasa terkejut dan Abdullah bin Ubai menggunakan peluang itu untuk menabur fitnah. Fitnah ini begitu kuat sehingga Rasulullah s.a.w sendiri tidak mampu berbuat apa-apa sehinggalah turunnya wahyu yang menjelaskan bagaimana bersihnya Siti Aisyah daripada sebarang tuduhan liar yang ditujukan kepadanya. Penurunan wahyu ini telah menenangkan hati Rasulullah s.a.w, Siti Aisyah sendiri dan para sahabat terutama Sayyidina Abu Bakar.

Rasulullah s.a.w sendiri meminta agar diselidik mengenai orang- yang mula-mula menaburkan fitnah yang dahsyat ini di mana akhirnya 3 orang dihukum dengan hukuman qazaf 80 kali sebatan iaitu Hasan bin Thabit, Musytaq dan seorang perempuan bangsawan Quraisy. Peristiwa ini memberi pengajaran yang begitu besar kepada umat Islam dahulu dan kini supaya berhati-hati dan cermat terutama dalam berdepan dengan fitnah dan tuduhan liar terhadap Islam dan umatnya

Sidang Jumaat yang dikasihi,

            Antara pengajaran besar yang boleh diambil melalui peristiwa bersejarah ini ialah dalam mencari, mengisi dan mempertahankan kemenangan Islam maka kita terpaksa berdepan dengan musuh dalam selimut daripada golongan munafiq yang  hanya mahu mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi bukannya ikhlas berjuang kerana Allah. Kita mesti berusaha bersungguh-sungguh dalam mempertahankan kesucian dan kemuliaan Islam dengan menyekat lebih awal sebarang cubaan dan usaha musuh melalui program penerangan dan juga dialog dengan golongan bukan Islam bagi menjelaskan kedudukan Islam yang sebenar. Pelaksanaan seluruh sistem Islam juga menjadi teras kejayaan utama dalam menerangkan secara lebih praktikal berkaitan keadilan dan keindahan Islam termasuk cara hidup dan bersosial berlandaskan akhlak nabi sehingga orang bukan Islam lebih yakin tentang kemampuan Islam dan umatnya. Perkara ini sukar direalisasikan sekiranya kesedaran dan semangat umat Islam sendiri begitu lemah dan diserang penyakit takut untuk mengagungkan cara hidup Islam yang mereka anuti. Pengajaran seterusnya ialah kita semua wajib menyelidik tentang sebarang berita yang sampai agar tidak tertipu dan menjadi agen yang turut menyuburkan berita fitnah yang merugikan kita di dunia dan akhirat. Betapa malangnya sekiranya umat Islam sendiri lebih suka hidup dalam suasana fitnah yang subur sehingga Islam dipandang serong oleh orang bukan Islam. Oleh itu, Islam daripada awal lagi menyekat sebarang unsur fitnah terutama yang melibatkan maruah manusia seperti tuduhan zina atau liwat dengan tindakan yang keras supaya budaya fitnah ini tidak membarah teruk dan maruah manusia terus terbela. Islam diperkasa umat bahagia, Islam dilaksana negara sentosa. Islamlah nescaya kita selamat di dunia dan akhirat.

Firman Allah dalam ayat 19 surah an-Nur :

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ۚ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ  تَعْلَمُونَ 

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman maka bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat.  Dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

The Store buat promosi Carlsberg sempena Ramadhan

PETALING JAYA: Langkah sebuah pasaraya di Sri Petaling membuat promosi arak Carlsberg dengan meletakkannya ‘Ramadhan Sale’ menyemarakkan darah umat Islam menjelang Ramadhan ini.

Iklan itu yang kemudiannya dimasukkan dalam facebook sekejap sahaja sudah menerima puluhan komen dari pengguna laman sosial itu.

Posting gambar iklan ini dibuat melalui facebok milik Lajnah Penerangan Dppsa (Dewan Pemuda PAS Shah Alam) dan beberapa pemilik lagi  telah mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Ramai yang marah-marah namun ada juga yang agak rasional dengan berkata, mungkin ianya dibuat oleh orang Bukan Islam yang tidak faham.

Oleh itu, mereka yang terjumpa iklan sebegini sepatutnya terus membuat bantahan kepada pihak pengurusan pasaraya ini.

Iklan ini seumpama promosi daging babi panggang yang dibuat oleh akhbar MCA, The Star dalam bulan Ramadhan yang lalu.

The Star telah menerima amaran ekoran penyiaran itu.

Namun pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus juga memberi amaran apabila The Star membuat satu lagi kesilapan apabila menyiarkan tulisan dan gambar penyanyi Amerika, Erika Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang telanjang.

14. PERUBAHAN QIBLAT

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat  144 surah al-Baqarah :

قد نرى تقلب وجهك في السماء فلنولينك قبلة ترضئها  فول وجهك شطر المسجد الحرام   وحيث ماكنتم فولوا وجوهكم شطره  وإن الذين أوتوا الكتب ليعلمون أنه الحق من ربهم  وما الله بغفل عما يعملون

Maksudnya : Sesungguhnya Kami lihat engkau sentiasa mengadah ke langit, maka Kami palingkan engkau (menghadap) ke kiblat yang engkau ingini. Sebab itu, palingkanlah mukamu ke pihak Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, hadapkanlah mukamu ke pihaknya. Dan sesungguhnya orang yang diberi kitab mengetahui bahawasanya itu adalah kebenaran daripada Tuhan mereka. Dan Allah tidak lalai terhadap apa pun yang kamu kerjakan.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Ayat suci Al-Quran yang dibaca tadi mengingatkan kita bagaimana peristiwa perubahan arah qiblat daripada mengadap ke arah Masjid Aqsa di Palestin kepada Ka’abah di Mekah Mukarramah. Jika pada bulan Rejab lepas kita dingatkan dengan peristiwa Isra’ Mikraj di mana disebut secara jelas bagaimana perjalanan nabi Muhammad s.a.w dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjdi al-Aqsa di Palestin maka dalam peristiwa perubahan qiblat juga kita dapati bagaimana kuatnya ikatan antara kedua-dua masjid tersebut.

Sewaktu Rasulullah s.a.w tiba di Madinah, baginda diarahkan agar menghadap ke arah Baitul Maqdis dan ramai di kalangan penduduk Madinah waktu itu daripada golongan Yahudi di mana sememangnya qiblat mereka adalah Baitul Maqdis. Oleh itu kaum yahudi sentiasa mengejek dan mencerca nabi Muhammad s.a.w dan muslimin kerana mereka menganggap baginda tidak benar serta tidak tetap pendirian kerana terpaksa menghadap ke arah qiblat yang sama dengan yahudi iaitu Baitul Maqdis. Cercaan dan ejekan yahudi ini agak memberi kesan mendalam terhadap umat Islam pada masa itu sehingga nabi berdoa dan memandang ke langit mengharapkan turunnya wahyu yang mengizinkannya dan para sahabat berpaling ke Baitullah di Mekah. Akhirnya selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w menghadap ke Baitul Maqdis, barulah Allah memerintahkan agar baginda menghadap ke Ka’abah.

Antara riwayat yang menyebut tentang peristiwa perubahan qiblat daripada Baitul Maqdis, Palestin ke Baitullah, Mekah ialah riwayat daripada Ibnu Saad di dalam at-Tobaqat di mana Rasulullah s.a.w sedang melawat Ummu Bishr bin al-Bara’ bin Ma’rur di kawasan Bani Salamah. Dia telah menyediakan jamuan untuk Rasulullah s.a.w dan sahabatnya. Apabila tiba waktu solat Zohor, baginda bersembahyang di masjid perkampungan itu. Ketika baginda berada pada rakaat kedua, turun wahyu daripada Allah memerintahkannya agar menukar arah qiblat dari Masjid al-Aqsa ke arah Ka’abah di Masjidil Haram. Baginda terus berpaling menghadap ke arah Ka’abah ke sudut yang bertentangan dengan mizab (saluran emas) dengan pusingan 180 darjah dan terus menyambung baki solatnya. Oleh sebab itulah masjid tersebut dinamakan Masjid al-Qiblatain yang bererti masjid dua Qiblat yang terus kekal dan boleh dilawati sehingga hari ini.

Menurut al-Hafiz Ibnu Hajar, solat pertama menghadap Ka’abah ialah solat Zohor di masjid Qiblatain di perkampungan Bani Salamah, solat pertama menghadap Ka’abah di Masjid Nabawi ialah solat Asar manakala solat Subuh pertama menghadap Ka’abah ialah di masjid Quba’.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

            Kaabah di Masjidil Haram Mekah dan Masjid al-Aqsa si Baitul Maqdis, Palestin mempunyai hubungan yang begitu rapat dan merupakan tempat ibadat bagi umat Islam yang mempunyai kelebihan yang begitu besar. Kaabah telah dibina oleh nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail di mana ia merupakan rumah Allah atau masjid yang pertama dibina di atas muka bumi ini. Manakala Masjid al-Aqsa merupakan masjid yang kedua dibina dimana ia dibina 40 tahun selepas pembinaan Kaabah  oleh nabi Ibrahim juga sekembalinya baginda dari Mekah ke tanahairnya Baitul Maqdis.

            Dari dahulu sehingga sekarang perebutan ke atas Baitul Maqdis oleh tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi terus berlaku. Masing-masing berusaha untuk menguasai bumi suci ini  kerana ia mempunyai kelebihan menurut ketiga-tiga agama ini sehingga ada yang menyatakan bahawa jika sesuatu agama atau kuasa ingin menguasai dunia maka mereka mesti menguasai Baitul Maqdis. Kita lihat bagaimana kejayaan yahudi setelah menduduki bumi Palestin di mana jumlah mereka yang beberapa juta sahaja tetapi mampu hidup dan menguasai dunia arab yang terdiri daripada beratus juta penduduk yang majoritinya beragama Islam. Kejayaan yahudi mendapatkan sebuah negara yang dinamakan Israel di bumi Palestin ini pada 14 Mei 1948 adalah hasil penipuan fakta dan penguasaan mereka terhadap kuasa besar dunia termasuk Amerika Syarikat sehingga mereka berjaya mendapat sokongan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu  (PBB). Mereka diberikan sebuah negara haram di atas bumi Palestin atas nama simpati dan menebus dosa dunia terhadap kekejaman bangsa Jerman yang didakwa melakukan pembunuhan yang paling kejam dengan membakar berjuta-juta yahudi. Dakwaan mereka ini adalah palsu kerana jumlah sebenar yahudi pada masa itu tidak sampai kepada jumlah sebagaimana yang didakwa itu. Sedangkan pembunuhan yang paling kejam dan dahsyat ialah pembunuhan yahudi terhadap umat Islam di mana yahudi telah menyembelih begitu ramai umat Islam ketika mula-mula memasuki bumi Palestin  sehingga darah yang mengalir di atas masjid al-Aqsa bagaikan air banjir. Pembunuhan dan kekejaman mereka terus berjalan sehingga hari ini di mana semenjak sebulan terakhir ini sahaja hampir 300 orang kanak-kanak Islam mati dibunuh.

 

Siang Jumaat yang dikasihi,

            Setelah berjaya membina negara haram di bumi Palestin, kini yahudi mengatur langkah seterusnya untuk meruntuhkan masjid al-Aqsa dengan alasan masjid ini di bina di atas Haikal Kerajaan nabi Sulaiman. Sememangnya Haikal Kerajaan nabi Sulaiman terbina berhampiran masjid Aqsa sekarang tetapi pembinaannya yang dilakukan oleh nabi Sulaiman adalah beberapa ratus tahun selepas pembinaan Masjid al-Aqsa. Ini bermakna masjid Aqsa dibina terlebih dahulu sebelum terbinanya Haikal tersebut dan kedua-duanya merupakan hak umat Islam bukannya hak yahudi yang merupakan pembunuh nabi-nabi. Nabi Sulaiman sendiri merupakan keturunan nabi Ibrahim dan penerus kepada dakwah Islam.

            Yahudi akan terus berusaha dalam meruntuhkan masjid al-Aqsa dengan apa cara sekali pun dan kita umat Islam akan terus mempertahankannya walau terpaksa menumpahkan darah demi Islam. Kita akan sentiasa mengingati kata-kata tegas yang pernah keluar daripada mulut Sultan Abdul Hamid II yang merupakan salah seorang Khalifah Kerajaan Uthmaniah Turki di mana ketika ditawarkan dengan tawaran lumayan oleh kesatuan yahudi antarabangsa supaya dibenarkan yahudi berpindah beramai-ramai dan menduduki bumi Palestin lalu beliau menjawab : Kami tidak menjual tanahair dengan wang. Kami mendapat negeri kami dengan pengorbanan darah datuk nenek kami. Kami tidak mungkin melepaskannya walau pun seinci tanpa kami mengorbankan darah kami untuk mempertahankannya.

            Bumi Palestin dan masjid Aqsa adalah milik seluruh umat Islam bukannya milik umat arab yang mesti dipertahankan. Yahudi mesti terus diperangi dan diusir dari tanahair milik umat Islam ini dengan apa cara sekali pun. Jangan terlalu mengharap kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kerana ia dikuasai oleh Yahudi yang berpusat di Israel dan mengatur segala perancangan mereka melalui pusat pentadbirannya di barat Amerika Syarikat dan Asia Tenggara ialah di Singapura. Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) pula hanya bergegar di dewan tetapi bantuan yang akan disalurkan ialah makanan dan ubatan bagi yang cedera dan kain kapan bagi yang telah mati ditembak. Pemimpin negara umat Islam hanya pentingkan pangkat dan harta mereka sahaja sedangkan kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada seluruh negara umat Islam sebenarnya untuk mempertahan dan mengembangkan Islam.

            Umat Islam di Palestin memerlukan bantuan ketenteraan dan persenjataan dalam menghadapi yahudi yang kejam. Menunggu kebenaran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum menghantar bantuan ketenteraan seperti terus merelakan umat Islam dibunuh dan masjid Aqsa diruntuhkan. PBB yang dikuasai yahudi tidak akan membantu umat Islam dalam memerangi yahudi.

            Perjuangan kita masih jauh dan teruskanlah memberi bantuan material disamping doa kepada semua umat Islam terutama di Palestin yang dibunuh sesuka hati. Kita juga mengharapkan agar dibuka hati para pemimpin negara umat Islam untuk lebih bertanggungjawab dan berani dalam mempertahankan Islam dan umatnya daripada terus ditindas dan dizalimi oleh musuh Islam. Kita tidak mahu lagi melihat pemimpin yang hebat bercakap dalam masalah memerangi yahudi tetapi ada rakyatnya merengkok dalam penjara kerana membantah kemasukan pengganas yahudi ke negaranya.

            Firman Allah dalam ayat 67 surah Ali- Imran :

ما كان إبراهيم يهوديا ولا نصرانيا  ولكن كان حنيفا مسلما وما كان من المشركين

Maksudnya : Bukanlah nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama yahudi dan tidak pula dia seorang Kristian tetapi dia seorang  yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang muslim dan dia pula bukanlah daripada orang-orang musyrik

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ