• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,678,031 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,416 other followers

Komentar terhadap fahaman sesat Irshad Manji


Oleh: ustaznik

irshad and salman addajjalSaya merujuk kepada satu wawancara yang disiarkan oleh Malaysiakini dengan Irshad Manji mengenai pegangan dan penulisan bukunya. Saya berikan sedikit komentar kepada jawapannya. Saya juga kesal dengan pihak berwajib yang lambat dan lembap mengambil tindakan pro aktif terhadap penulis yang-walaupun namanya tidaklah besar dalam dunia Islam-tetapi memberikan impak negatif kepada cara berfikir terutamanya generasi muda Islam yang masih jauh dan kosong dari ilmu sebenar Islam. Islam agama persekutuan tetapi tidak dililihat GAH dan hebatnya. Ia diinjak dengan mudah ibarat semut di bawah kaki.

Irshad: ‘Hadis, undang-undang Islam ciptaan manusia’

Penulis wanita yang melabelkan dirinya sebagai reformis Islam, Irshad Manji, seolah-olah tidak gentar apabila buku pertamanya, The Trouble with Islam Today: A Muslim’s Call for Reform in Her Faith diharamkan edarannya di Malaysia.

Beliau tetap hadir ke ibu negara minggu lalu untuk mempromosi buku terbarunya, Allah, Liberty and Love yang dianggap menghina Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Komentar: Pihak berwajib gagal mengambil tindakan pro aktif menghalang kemasukannya ke Malaysia dan cetakan bukunya walaupun telah jelas bukunya menghina Islam.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini, Irshad tetap konsisten dengan premis yang dikemukakan dalam buku pertamanya, mendakwa bahawa “Muslim adalah satu masalah kepada Islam hari ini.”

Komentar: Benar! Sebahagian orang yang mendakwa dirinya muslim tapi jauh dengan Islam menjadi masalah kepada Islam, termasuk anda wahai Irshad Manji.

Menurutnya, masyarakat bukan Islam hanya memahami maksud Islam berdasarkan perlakuan umat Islam itu sendiri.

“Pengertian Islam itu tidak penting tetapi perkara yang kita lakukan sebagai Muslim itu yang memberi pengertian kepada Islam,” katanya.

Komentar: Apa yang anda lakukan kepada Islam? Tulisan anda sendiripun sudah memberikan gambaran buruk terhadap ajaran Islam.

Walaupun begitu, Irshad berkata beliau percaya penyelesaian kepada masalah itu terletak di tangan umat Islam sendiri – selari dengan ayat Al-Quran yang menyarankan bahawa nasib sesuatu kaum itu akan hanya dapat diubah kaum itu sendiri.

Irshad menggesa Muslim hari ini kembali kepada ‘ijtihad’ iaitu tradisi yang menurutnya ‘menggalakkan pemikiran bebas dan merdeka’.

Komentar: Apa yang anda faham dengan ijtihad? Kalau ijtihad hanya difahami sebagai menggalakkan pemikiran bebas dan merdeka yang tidak didasari petunjuk al-Quran dan Hadis, maka ia bukan ijtihad menurut apa yang difahami melalui sumber ilmu yang ada otoriti tetapi ia adalah nafsu sebenarnya.

“Dalam pendekatan saya kepada Islam, ijtihad adalah antara nilai yang paling penting untuk diraikan.

“(Ini kerana) dalam Quran terdapat lebih tiga kali seruan untuk berfikir, analisis, merenung dan berfikir semula berbanding surah-surah yang memberitahu kita perkara yang betul dan yang salah,” kata Irshad.

Komentar: Benar! Ayat betul dan salah, halal dan haram adalah sebahagian dari ayat al-Quran. Namun, beberapa ayat sebegini pun anda tidak dapat menurutinya, apatah lagi kalau ia datang begitu banyak sehingga anda rasakan ia ‘membebankan’ anda. Berfikir, merenung, menganalisa menggunakan akal yang waras yang tentunya dilandasi al-Quran dan hadis. Mengiktiraf LGBT misalnya termasuk dalam penggunaaan akal yang waras?

Ancaman jadi dorongan

Seruannya itu mengundang perasaan kurang senang pelbagai pihak yang menganggapnya mencabar kewibawaan golongan ulama yang dipercayai lebih layak berbicara tentang Islam.

Komentar: Bukan soal mencabar wibawa, tetapi apa otoriti anda dan wibawa anda sendiri bercakap tentang Islam yang anda sendiri tidak memahaminya dari sumber sebenar?

Natijahnya, beliau menerima banyak surat ugutan termasuklah ugutan bunuh selepas penerbitan buku pertamanya.

Hinggakan, beliau terpaksa melengkapi kediamannya di New York dengan cermin kalis peluru sebagai langkah keselamatan.

Di sebalik semua ancaman itu, Irshad mendakwa menerima sokongan dari beberapa Muslim generasi muda yang bersetuju dengan mesej dalam buku pertamanya tetapi takut untuk bersuara.

Komentar: Saya tidak mahu mengugut tetapi saya menasihati anda, termasuk kalangan muda Islam yang terpengaruh atau akan terpengaruh dengan aliran ini agar segera kembali kepada ajaran Islam sebenar. Generasi muda tidak berani bersuara pun kerana mereka tidak ada ilmu tentang Islam. Apa yang mahu disuarakan dalam keadaan tiada ilmu?

Sokongan itu, kata Irshad, mendorongnya menulis buku terbarunya.

“Allah, Kebebasan dan Cinta (adalah) untuk membantu generasi muda Muslim mengatasi rasa takut dan menjadi lebih jujur kepada diri mereka sendiri dan juga Allah,” katanya.

Komentar: Perkataan yang benar tetapi racun di sebaliknya.

Selain itu, kata Irshad, buku terbarunya turut menyampaikan mesej “keberanian moral” yang menuntut “berkata benar kepada mereka yang berkuasa di dalam masyarakat demi manfaat yang melangkaui masyarakat itu sendiri.”

“Saya percaya ini mesej buat generasi baru yang merentasi agama dan budaya,” katanya.

Mengakui dirinya sebagai sebahagian daripada kelompok yang menerima Al-Quran sebagai sumber rujukan tunggal Islam, Irshad menolak peranan ulama dan mufti yang didakwanya menyebabkan agama dan kepercayaan bertukar menjadi dogma yang “kaku.”

Komentar: Sumber dalam Islam yang utama adalah al-Quran, Hadis, Ijmak ulama, Qias dan beberapa sumber lain yang menjadi khilaf. Apabila dikatakan sumber tunggal, bermakna Irshad tidak mempercayai Hadis dan lain-lain sedangkan Allah meminta orang mukmin menurut Nabi SAW jika benar mereka percayakan al-Quran. Aliran sesat Irshad Manji addajali ini membenarkan hadis Nabi SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana ada yang mengaku Islam tetapi hanya mahu menerima al-Quran sebagai sumber dan menolak hadis sebagai sumber kedua. (Kuliah mengenainya di sini)

“Dogma selalu tercabar dengan soalan. Dogma sifatnya kaku dan ia tidak dapat dipertahankan apabila dicabar dengan pemerhatian yang teliti,” katanya.

Tolak hadis, hukum Islam

Irshad juga berpendapat iman merupakan perkara yang sangat peribadi di antara seorang Muslim dan Tuhannya.

Komentar: Saya tak faham apa maksud ‘sangat peribadi’.

Ia adalah satu hubungan unik yang menurut Irshad menjadi sumber kekuatan ilmuan Islam zaman lampau menjadi individu yang hebat dan menguasai pelbagai disiplin ilmu.

“Kepercayaan saya (adalah) dengan Tuhan, bukan dengan duta Tuhan yang melantik diri mereka sendiri,” katanya.

Komentar: Kalau yang dimaksudkan duta Tuhan itu Nabi Muhammad SAW, maka baginda bukan melantik dirinya sendiri tetapi Allah yang melantiknya. Kalau menerima Allah dan menolak Nabi, itu jelas kufur iktikad namanya. Kalau mengaku Islam, tetapi tidak menerima Nabi dan apa yang dibawa, itu boleh membawa kepada riddah (keluar Islam), dan penganutnya dipanggil murtad.

Beliau juga secara berterus-terang mengaku menolak hadis dan hukum syariah, yang diterima sebahagaian besar penganut Islam sebagai sebahagian daripada sumber rujukan dalam Islam.

Sebaliknya, beliau menerima Al-Quran dan menterjemah serta memahami Al-Quran berdasarkan sifat kitab suci itu yang lengkap.

“Interpretasi saya terhadap Quran adalah berdasarkan Quran itu sendiri. Hadis adalah ciptaan manusia. Undang-undang Islam juga ciptaan manusia.

“Manusia tidak sempurna. Undang-undang ini dan hadis seperti manusia, juga tidak sempurna,” katanya.

Komentar: Pegangan dan aliran anda ini jelas MEMBUKTIKAN anda bukan Islam, tetapi DAJJAL yang bertopengkan Islam.

Ironinya, beliau mengakui konsep ijtihad yang dipromosikannya bukan berasal dari Al-Quran tetapi dicipta ulama Islam selepas Al-Quran diturunkan.

“Quran sendiri tidak guna perkataan ijtihad. Tetapi surah-surah dalam Quran menggalakkan penggunaan minda, kemahuan sendiri dan suara hati yang diberikan Allah untuk terus berfikir,” katanya.

Komentar: Cara pegangan yang bersimpang-siur. Tidak terima hadis, ulama, hukum syariah tetapi promosi ijtihad. Ijtihad jugalah yang melahirkan beberapa hukum cabang.

Edisi terjemahan buku terbarunya, Allah, Kebebasan dan Cinta dilancarkan Sabtu lalu di Kuala Lumpur dan dijangka akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Komentar: Pihak berwajib KDN, JAKIM telah gagal menghalang kemasukan Irshad Manji dan alirannya ke Malaysia. Malaysia sudah sarat dengan aliran pemikiran yang sesat dan menyesatkan dari Islam sebenar. Ditambah lagi dengan aliran Irshad Manji yang bodoh ini. Kalau baharu mahu meneliti bukunya samada bercanggah dengan aliran ahli Sunnah walJamaah, nampaknya pihak berwajib KDN, JAKIM amat lembap mengambil tindakan kerana alirannya sedang memusnah ranahkan generasi muda Islam yang masih kosong jiwanya dengan Islam sebenar itu.

Artikel berkaitan:

Perintah Larangan Jika Buku Irshad Manji Bertentangan Ahli Sunah Wal Jamaah

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengenakan perintah larangan ke atas buku penulisan atau penerbitan Irshad Manji sekiranya isi kandungannya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran KDN, Abd Aziz Md Nor berkata buku bertajuk ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’, tulisan Irshad, yang dialih bahasa ke dalam Bahasa Melayu telah diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk dikaji dan diteliti.

“Tindakan ini diambil memandangkan kandungan buku tersebut dipercayai mengandungi unsur-unsur yang boleh memesongkan pemahaman umat Islam terhadap nilai-nilai peradaban semasa dan mencabar aliran pemikiran dalam Islam tanpa merujuk kepada sumber-sumber sahih.

“Selain itu, penerbitan ini juga dikhuatiri boleh mengelirukan pandangan masyarakat tentang kaitan antara agama dan budaya di kalangan penganut Islam dan mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam,” kata Abd Aziz dalam kenyataan, Isnin.

Irshad ialah seorang wanita berfahaman Islam liberal yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transeksual.

Pada 30 Julai 2009, sebuah buku Irshad bertajuk ‘The Trouble With Islam Today’ diharamkan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana kandungannya mempropagandakan akidah, hukum dan ajaran yang bercanggah dengan fahaman mazhab Ahli Sunah Wal Jamaah. – BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: