• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,675,833 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,409 other followers

Islam DiHina Umat Merana


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 77 surah al-Qosas :

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

Maksudnya : “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.

Kini kita berada dipenghujung bulan Mei di mana pada bulan ini diadakan beberapa hari peringatan yang penting dalam kalendar masyarakat setempat mahu pun antarabangsa. Antaranya ialah Hari Pekerja yang disambut setiap 1 Mei bagi mengenang jasa para pekerja yang mengerah segala usaha dan tenaga dalam memajukan pelbagai sektor yang membawa kepada kemajuan negara. Bila kita bercakap berkenaan dengan kerja maka Islam menggalakkan umatnya bekerja dengan mengikut lunas yang telah disyariatkan antaranya mestilah kerja itu adalah halal bukannya terlibat dengan perniagaan haram seperti arak, judi, riba dan sebagainya. Islam tidak melarang umatnya daripada bekerja dan mencari harta kekayaan asalkan menjaga batas syarak seperti menutup aurat, menjaga pergaulan antara pekerja lelaki dan perempuan, amanah dalam melaksanakan tugasan dengan menjauhi pecah amanah, rasuah dan sebagainya. Kita tidak mahu umat Islam terkena racun yang disuntik oleh jarum yahudi yang menggalakkan pergaulan bebas antara pekerja yang menyebabkan berlakunya gangguan seks di tempat kerja. Islam juga mewajibkan manusia menjaga hak masing-masing samada hak majikan atau pekerja bawahan. Manusia mempunyai perasaan bukannya mesin yang boleh dilakukan sesuka hati sebagaimana ajaran kapitalisme yang menganggap pekerja adalah hamba majikan yang diikat dengan perjanjian sehingga masih ramai pekerja walau pun siang malam bekerja tetapi gaji yang diterima masih di bawah tahap kemiskinan sedangkan keuntungan yang dikaut oleh majikan begitu tinggi. Islam turut mengingatkan umatnya bahawa dalam mencari rezeki jangan melalaikan kita daripada mengingati Allah dan menambah bekalan akhirat kita. Jangan asyik mengejar dunia sehingga akhirat kita entah ke mana. Ingatlah suatu pesan nabi

قال الرسول e : لَوْ كَانَ  ِلابْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ لاَ بْتَغَى ثَاِلثًا وَلاَ  يَمْلأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلا َّالتُّرَابُ وَ يَتُوْبُ اللهِ عَلَى مَنْ تَابَ

Maksudnya : Seandainya anak Sdam mempunyai 2 lembah harta tentu dia masih menginginkan lembah harta yang ketiga. Sedangkan yang sebenar memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah-tanah kuburnya dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat – HR imam Bukhari dan Muslim

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  14 surah Luqman :

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

Maksudnya : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)

Bulan Mei juga disambut Hari Ibu walau pun ia merupakan amalan masyarakat barat yang semakin hilang perasaan hormat dan kasih pada ibu sehingga ramai ibu yang lebih rapat dengan kucing atau anjing belaan daripada anak-anak sendiri. Ada ulama’ yang berpendapat tidak salah untuk kita turut merai Hari Ibu asalkan jangan pada hari yang lain kita terus mengabaikan kebajikan terhadap ibu kita. Betapa ramai umat Islam sendiri pada hari ini yang kurang memberi perhatian sewajarnya terhadap ibu sedangkan ibu inilah yang berpenat lelah mengandung kita dalam kandungan selama 9 bulan seterusnya menyabung nyawa ketika melahirkan kita. Sikap mengejar kebendaan antara penyakit utama yang menyebabkan ramai ibu yang dipinggirkan. Sibuk dengan kerja, tidak ada masa luang dan pelbagai lagi alasan diberikan apabila ditanya berkenaan dengan kebajikan ibu. Ada yang rasa sudah cukup sekadar menghulurkan wang bulanan atau menyerahkan ibu untuk dijaga di rumah orang-orang tua. Apa yang malang apabila anak-anak ini tanpa rasa bersalah mengungkitkan segala pemberian mereka kepada ibu sedangkan mereka wajib sedar bahawa harga setitik air susu ibu tidak mampu dibayar dengan harta benda dunia. Ajaran yang diterima daripada kecil turut memberi kesan terhadap rasa tanggungjawab seorang anak terhadap ibunya. Jika pemikiran anak-anak tertanam bahawa wang adalah segalanya maka bagi mereka cukup sekadar wang sebagai tanda kasih pada ibu tanpa perlu lagi kepada perhatian dan kasih sayang. Betapa ramai ibu yang sanggup mati demi memastikan anaknya terus hidup sedangkan betapa ramai anak yang menginginkan ibunya lekas mati supaya tidak lagi menjadi bebanan hidupnya. Ingatlah Islam meletakkan ibu di tempat yang mulia. Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu, kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibu

عَنْ جَاهِمَة السُّلَمِيِّ جَاءَ إِلىَ رَسُوْلِ اللهِ e فَقَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ أَرَدْتُ الغَزْوَ وَجِئْتُكَ أَسْتَشِيْرُكَ فَقَالَ : هَلْ لَكَ مِنْ أُمٍّ, قَالَ: نَعَمْ, فَقَالَ : الزَمْهَا فَإِنَّ الجَنَّةَ عِنْدَ رِجْلَيْهَا

Maksudnya : Daripada Jahimah al-Sulami bahawa dia datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata : Wahai Rasulullah! Aku ingin berperang, dan aku datang untuk berbincang. Rasulullah bertanya : Adakah engkau mempunyai ibu?. Dia menjawab : Ya!. Rasulullah bersabda : Dampingilah dia sesungguhnya syurga terletak di kedua kaki ibu – HR al-Hakim

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 79 – 80 surah al-Qosas :

فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ ۖ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ  وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ

Maksudnya : Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: “Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik”. Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): “Janganlah kamu berkata demikian, pahala daripada Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar

Setiap 16 Mei disambut Hari Guru bagi mengenang jasa guru yang melahirkan manusia berjasa termasuk pemimpin negara. Pada hari ini kita bercakap berkenaan penderhakaan terhadap guru yang begitu ketara sehingga diperkatakan sekarang berkaitan mahu mengembalikan hukuman rotan di sekolah serta hukuman berat kepada Mat Rempit yang kebenyakannya remaja. Antara puncanya ialah dasar pendidikan negara yang lebih cenderung kepada pendidikan sains dan teknologi sesuai dengan peredaran zaman tanpa memberi penekanan kepada pendidikan agama sebagai perisai konkrit untuk berdepan dengan cabaran semasa. Tanpa didikan agama, manusia seolah-olah tidak memilikii matlamat hidup yang jelas dan tidak berasa takut untuk melakukan sesuatu perkara biarpun bercanggah dengan agama. Indeks gejala sosial semakin melonjak adalah disebabkan institusi keluarga yang pincang, cetek pendidikan agama, pembangunan tidak seimbang, pengaruh media massa dan rakan sebaya. Kita hidup dalam zaman fitnah di mana harta dipuja agama dihina, dunia dikejar akhirat ditinggal. Manusia lebih hormat kepada sesiapa yang mampu memberikannya kesenangan dunia daripada sayang kepada ulama’ yang menunjukkan jalan yang betul dalam mengurus dunia berasaskan agama serta bagaimana cara untuk meraih kebahagiaan yang kekal di akhirat nanti.

Firman Allah dalam ayat 9  surah al-Munafiqun:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

3 Respons

  1. Assalamualaikum

    Minta kebenaran copy khutbah saudara

    TQVM

  2. saudara seislamku, seharusnya kita jangan melenting. Ini adalah sebuah penghinaan, ya, tapi sebagai umat Islam iaitu agama yang harmoni, kita jangan membalas semula dengan “Laknat kau kafir, Celaka kau, Fuck you” dsb. Cara ni sendiri memaparkan kita ni jahil

    Ya, ia memang mengaibkan.. Tapi Nabi SAW dah pun ajar cara nak counter orang camni… Sepatutnya begini … sebagai mengikuti tatacara Rasullullah SAW

    “Terima kasih saya ucapkan, nampaknya cik ada salah sangka sedikit mengenai agama kami. Maafkan kami sebab kemarahan cik semestinya datang dari kesilapan kami sendiri. Maaf sangat sangat…”

    Bayangkan bila ada member kita tumbuk muka kita sampai lebam.. kemudian petang tu, kita tak membalas pun, tapi kita belanja dia makan, sembang2 ngan dia.. ketawa dengan dia.. Dia sendiri akan malu, malah menangis terkenang apa yang dia buat dan apa yang kita balas ..

    Jangan cepat marah sahabat Seharusnya fikirlah cara yang sebaiknya untuk mengatasi permasalahan ini

    Update :- http://berkatrezeki.com/blog/2010/11/kalimah-allah-satu-kupasan/

  3. MAJLIS-MAJLIS ILMU DI TEMPAT ANDA :
    1. Simposium Thariqat Tasawwuf 1432H/2011M

    2. Perhimpunan Pimpinan Pertubuhan-pertubuhan Islam Se Malaysia
    http://melayucyber.blogspot.com/2011/05/perhimpunan-pimpinan-pertubuhan.html

    3. Pengajian/Diskusi Kitab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
    http://melayucyber.blogspot.com/2011/05/pengajiandiskusi-kitab-bersama-syeikh.html

    4. Seminar Memperingati Sayyidatina Khadijah
    http://melayucyber.blogspot.com/2011/05/sayyidatina-khadijah-al-kubro-isteri.html

    5. PENGAJIAN KITAB 2011 : NASIHAT AGAMA WASIAT IMAN

    LAIN-LAIN MAJLIS ILMU TERKINI : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: