• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

76. HINDARI CIRI MASJID DHIRAR

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُاللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ…أَمَّا بَعْدُفَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَحَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Sayamenyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalianagarkitasama-samameningkatkanketaqwaankitakepadaAllahdenganmelakukansegalasuruhanNyadanmenjauhisegalayangditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalamayat 107dan 108 surah al-Taubah :

والذين اتخذوا مسجدا ضرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين وإرصادا لمن حارب الله ورسوله من قبل وليحلفن إن أردنا إلا الحسنى والله يشهد إنهم لكــذبون . لاتقم فيه أبدا لمسجد أسس على التقوى من أول يوم أحق أن تقوم فيهفيه رجال يحبون أن يتطهروا والله يحب المطهرين

Maksudnya : Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) kekufuran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:” Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata “. Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta. Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), lebih patut engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan ( mensucikan ) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)

Kita kini telah berada dalam bulan Rejab yang turut mencatatkan beberapa peristiwa penting dalam kalendar umat Islam terutama yang paling masyhur ialah pada bulan ini telah berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj. Tidak ketinggalan juga untuk umat Islam mengingati suatu lagi peristiwa yang amat penting ialah peperangan Tabuk yang berlaku pada bulan Rejab tahun 9H di mana Rasulullah s.a.w telah berjaya mengumpulkan 30 000 orang tentera bagi mengajar kebiadapan dan kezaliman kerajaan Rom yang telah membunuh Farwah bin ‘Amru Al-Jazami yang merupakan salah seorang ketua yang dilantik oleh Rom setelah mengetahui bahawa beliau telah memeluk Islam dan menjalankan kerja dakwah Islam di kawasan tersebut. Sepanjang peperangan ini tidak berlakunya pertempuran yang sengit kerana musuh berundur diri di mana Rasulullah s.a.w melarang tentera Islam daripada mengejar mereka kerana bimbang akan terjatuh dalam perangkap musuh yang kemungkinan besar akan datang menyerang secara mengejut dan juga disebabkan peluang memang mudah yang diperolehi digunakan sebaik mungkin untuk menghantar wakil ke kawasan berhampiran bagi menyebarkan dakwah Islam. Islam bukan berperang untuk membalas dendam sebaliknya apabila keadaan memaksa seperti berlakunya penindasan terhadap umat Islam atau mempertahankan diri apabila musuh mahu menyerang serta bertujuan mengembangkan dakwah di mana orang bukan Islam Islam hanya perlu bersetuju untuk tunduk kepada sistem Islam sehingga mereka layak untuk mendapat hak keamanan sebagai rakyat bukannya memaksa mereka agar memeluk Islam.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Peperangan yang dibenarkan oleh Islam begitu berbeza jauh dengan penjajahan terutama yang baru dilakukan oleh kuasa besar kuffar yang diketuai oleh Amerika yang berusaha meranapkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengannya terutama negara umat Islam. Amerika yang baru sahaja memperingati tahun kedua serangan 11 September di mana dalam masa yang sama telah 2 buah negara negara umat Islam baru dijajah iaitu Afghanistan dan Iraq disamping musuh bersiap sedia untuk meluaskan penjajahan ke atas Iran dengan alasan yang sama semasa menyerang Iraq iaitu berusaha membangunkan nuklear dan senjata merbahaya. Tidak ketinggalan di mana umat Islam di Palestin juga semakin tertekan terutama apabila Iraq mula dijajah sehingga hampir setiap hari adanya umat Islam yang terbunuh dan cedera serta rumah mereka ranap dimusnahkan oleh rejim yahudi. Negara arab sekelilingnya hanya melihat saudara seagama ditindas tanpa ada suatu tindakan yang sewajarnya kerana kebanyakan pemimpin negara umat Islam sanggup menjadi hamba kepada yahudi dan Amerika. Perasaan takut kepada mati dan terlalu cintakan dunia telah menyebabkan bumi Isra’ Mikraj iaitu Baitul Maqdis hampir ditawan sepenuhnya. Umat Islam di Palestin terpaksa berhadapan dengan musuh yang lengkap bersenjata sedangkan mereka tiada apa-apa kelengkapan yang spatutnya sehingga banyak serangan berani mati terpaksa dilakukan. Kita perlu faham bahawa seluruh rakyat yahudi Israel ialah rakyat yang sedia terlatih dengan latihan ketenteraan dan peperangan yang menyebabkan mereka termasuk dalam hukum kafir harbi yang menjajah bumi umat Islam danboleh diperangi bila-bila masa sahaja. Ingatlah kita bahawa umat Islam bukan tidak pernah berdamai dengan yahudi malah perjanjian damai yang terbaru dilanggar oleh yahudi terlebih dahulu sebelum gerakan Islam bertindak menarik balik gencatan senjata dan menyerang balas yang menyebabkan bumi Isra’ hari ini begitu kacau bilau. Yahudi bagaikan benci pada perdamaian sebaliknya hanya menunggu saat yang dijanjikan oleh Allah iaitu yahudi bakal dikumpulkan di suatu tempat untuk dihancurkan oleh umat Islam yang benar-benar memperjuangkan kesucian agama Islam.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Selepas selesai dalam misi peperangan di Tabuk maka Rasulullah s.a.w telah dijemput oleh golongan munafik untuk merasmikan sebuah masjid yang di bina oleh mereka yang digelar oleh Allah sebagai masjid Dhirar. Masjid ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah dalam ayat 107 surah at-Taubah yang telah dibaca pada awal khutbah tadi mempunyai 4 ciri buruk yang membezakannya daripada masjid yang dibina atas asas taqwa seperti Masjid Quba’. Ciri pertama yang ada pada masjid Dhirar ialah mendatangkan kemudharatan terhadap ummah, kedua untuk mengkufurkan kaum muslimin, ketiga untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan umat Islam dan keempat ia menjadi pusat intipan untuk memerangi Allah dan rasulNya.

Cuba kita bayangkan bagaimana jahatnya golongan munafik di mana sanggup mempergunakan masjid untuk kepentingan mereka bukannya untuk memperkasakan lagi kekuatan umat Islam dalam mengembangkan dakwahnya yang suci melalui masjid sebagaimana sepatutnya. Jika masjid yang dibina bukan atas taqwa serta mendatangkan keburukan kepada umat Islam telah diarahkan agar diruntuhkan oleh Allah lalu dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w apatah lagi tempat yang lain yang dibina untuk menghancurkan kekuatan umat Islam serta menjadi tempat untuk melakukan maksiat kepada Allah seperti kelab malam, pusat judi, kedai arak maka ia lebih utama untuk diruntuhkan. Cuma cara meruntuhkan tempat sarang maksiat ini mengikut kebijaksanaan pemerintah samada meruntuhkan bangunan atau melalui tindakan undang-undang dan perlesenan yang ketat. Tempat maksiat yang melawan arahan dan larangan Allah ini tidak boleh dibiarkan merebak kerana ia akan merosakkan masyarakat seterusnya menggugat kestabilan negara.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Amat malang apabila masjid hari ini begitu dikawal ketat lebih daripada pusat maksiat sehingga ia banyak memberi kesan kepada pembinaan insan itu sendiri. Ada juga masjid yang hanya terkenal sebagai tempat pelancongan untuk dilihat kecantikan seni binanya sedangkan pengisian untuk menghidupkannya begitu terhad. Malah ada yang bertindak lebih rakus dengan meletakkan kamera dan alat perakam untuk mengintip majlis yang ada dalam masjid sehingga ia dianggap bagaikan sarang yang melahirkan pengganas sedangkan pusat maksiat yang lain dibiarkan bebas dan tidak dikawal begitu ketat. Kita ingat kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaki yang bermaksud : Akan datang suatu zaman di mana tidak tersisa daripada Islam kecuali tinggal namanya sahaja. Tidak tersisa daripada al-Quran kecuali tulisannya. Masjid-masjid mereka megah dan cantik tetapi jauh daripada petunjuk Allah…..

Oleh itu kita janganlah menjadikan masjid berperanan sebagaimana masjid Dhirar malah kita hendaklah menghidupkannya dengan majlis ilmu dan program yang dapat menyemarakkan lagi kehebatan Islam dan umatnya. Jangan liar dan jauh daripada masjid sehingga kita dijauhkan daripada mendapat rahmat daripada Allah. Jadikan masjid sebagai pusat yang membangkitkan lagi semangat persaudaraan dan semangat jihad dalam mengembalikan semula kegemilangan Islam.

Firman Allah dalamayat 109 dan 110 surah al-Taubah:

أفمن أسس بنيــنه على تقوى من الله ورضون خير أم من أسس بنيــنه على شفا جرف هار فانهار به فى نار جهنم والله لايهدى القوم الظــلمين . لايزال بنيــنهم الذي بنوا ريبة فى قلوبهم إلا أن تقطع قلوبهم والله عليم حكيم

Maksudnya : Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersamanya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka kecuali bila hati mereka telah hancur. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

11. BAHAYA PEMIMPIN GILA DUNIA

 

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Renungilah firman Allah dalam ayat  166  dan167 surah al-Baqarah :

إذ تبرأ الذين اتبعوا من الذين اتبعوا ورأو العذاب وتقطعت بهم الأسباب وقال الذين اتبعوا لو أن لنا كرة فنتبرأ منهم كما تبرءوا منا  كذلك يريهم الله أعمــلهم حسرت عليهم وماهم بخـــرجين من النار

 Maksudnya : Ketika orang-orang yang diikuti (pemimpin) itu berlepas diri daripada  mereka yang mengikutinya dan mereka melihat siksa dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah para pengikut : ” Sekiranya kami dapat kembali (ke dunia) sudah pasti kami akan berlepas diri daripada mereka (pemimpin) sebagaimana mereka (pemimpin) berlepas diri daripada kami”. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka yang menjadi kesesalan bagi mereka dan mereka tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripada api neraka.

Inilah  gambaran yang dinyatakan oleh Allah kepada kita  semua mengenai keadaan pemimpin dan para pengikut mereka di hari akhirat nanti. Para  pemimpin akan melarikan diri daripada tanggungjawab yang pernah dipikul di dunia  apabila melihat melihat siksa neraka yang bakal diterima akibat daripada kecuaian dan kelalaian mereka yang mengajak pengikut  mereka di dunia ini ke arah kesesatan dengan mengamalkan sistem ciptaan manusia dalam pemerintahan yang menyebabkan  pemimpin itu sendiri dan para pengikut mereka makin hari semakin jauh daripada Allah dan ajaran Islam. Itulah dia pemimpin dunia yang menganggap bahawa  pemerintahan yang dijalankan tidak terlibat langsung dengan agama sehingga  mereka tidak melaksanakan Islam dalam perundangan, ekonomi, kebudayaan, sosial dan lain-lain. Para pengikut yang mengikut pemimpin yang sesat dan menyesatkan mereka pula merasa sesal dengan apa yang berlaku kerana pemimpin itu bukan sahaja tidak mampu mermbantu mereka untuk melepaskan diri daripada siksaan Allah malah pemimpin mereka itu tidak mengaku bahawa mereka semua adalah pengikutnya di dunia dulu. Sesalan mereka hanya sia-sia kerana  pemimpin itu dan juga pengikut yang sesat itu tidak akan dikembalikan semula ke dunia malah akan disiksa dalam neraka Allah.

Kita semua yang yakin dengan janji dan peringatan Allah dan rasulNya mestilah memilih pemimpin  yang memimpin urusan negara daripada kalangan ulama’ akhirat yang mana mereka sentiasa taat kepada Allah dan rasulNya serta berusaha sedaya upaya yang termampu untuk membawa kita kepada ajaran Islam yang sebenar bukannya Islam palsu dan juga mereka ini berusaha menyelamatkan kita agar tidak terjerumus ke lembah kesyirikan dan kesesatan iaitu dengan mengamalkan sistem yang telah ditetapkan oleh Allah dalam setiap aspek kehidupan bukannya setakat pada ibadat  khusus sahaja. Pemimpin daripada kalangan ulama’ akhirat ini sentiasa takut kepada Allah dan memang tersemat di hati mereka bagaimana  kepimpinan ini merupakan suatu amanah yang akan dipetrtanggungjawabkan oleh Allah di akhirat nanti bukannya ia sebagai suatu tempat untuk mengaut kemewahan dan pengaruh.

Oleh itu sebagai rakyat mestilah sentiasa peka dan mengambil berat mengenai siapa yang memerintah kita kerana ia merupakan amanah kepada kita agar amanah kepimpinan ini tidak  diberi kepada  mereka  oleh mereka yang tidak layak dan jahil tentang hukum agama. Ingatlah kita kepada hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dalam sohihnya  yang bermaksud  : Maka apabila telah dirosakkan amanah maka tunggulah qiamat. Dia bertanya lagi : Bagaimanakah mengkhianati amanah itu? Sabda baginda : Apabila diserahkan urusan (pemerintahan) kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah qiamat.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Jika kita perhati kepada kebanyakan pemimpin hari ini merupakan mereka yang tidak layak untuk  menanggung  amanah  malah mereka ini  bertujuan untuk menjadi pemimpin bukan untuk melaksanakan Islam kerana mereka sendiri jahil tentang Islam dan suka menghina keadilan Islam dan juga merendah-rendahkan  para  ulama’ akhirat. Mereka ini diberi amanah oleh mereka yang masih jahil dengan Islam dan juga mereka yang  terpesona dengan janji keduniaan serta mereka yang terhutang budi apabila melihat taburan wang yang melimpah di depan mereka sedangkan mereka tidak sedar mereka sendiri akan dikhianati oleh pemimpin yang mereka serahkan amanah itu apabila dia berjaya berada di tampuk pemerintahan dan Islam pula akan dipenjarakan.Kita dapat lihat hari ini ramai pemimpin yang melaung-laungkan bagaimana mereka mahu laksanakan Islam secara ansur-ansur sedangkan  asas  ke arah  pelaksaaan Islam itu sendiri sudahpun menyeleweng iaitu dengan menjadikan sistem sekuler yang diwarisi daripada  penjajah sebagai asas ke arah pelaksanaan Islam sedangkan sistem tersebut yang memisahkan antara agama dan pemerintahan merupakan sistem yang bercanggah dengan Islam. Di sini dibawakan misal mudah iaitu jika seseorang  itu  ingin makan buah durian maka dia mesti menanam benih durian bukannya benih rambutan atau sebagainya. Barulah dia dapat merasa untuk makan buah durian hasil tanamannya itu. Begitulah juga dengan pelaksanaan Islam yang mesti dimulakan dengan  asas Islam bukan selainnya.

Dalam pelaksanaan sistem sekuler yang diadunkan dengan pragmatisme iaitu perubahan cara mengikut perubahan massa seperti mendirikan banyak masjid atau pun menyediakan bank-bank yang turut menawarkan sistem perbankan Islam semata-mata mengabui mata rakyat bahawa mereka juga mahu kepada Islam sedangkan pada hakikatnya perkara ini dibuat kerana  ingin  mendapatkan sokongan  rakyat  bukannya  untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh. Kita tidak menafikan usaha mereka tetapi yang dipersoalkan adakah cukup rakyat sahaja yang menghidupkan masjid sedangkan para  pemimpin berseronok di mahligai yang mewah. Adakah cukup sekadar rakyat yang beramal dengan sistem perbankan Islam sedangkan para pemimpin terus bergelumang dengan  najis riba dan rasuah. Ingatlah kita kepada suatu peristiwa yang penting di mana Rasulullah s.a.w meruntuhkan sebuah masjid yang dibina oleh golongan munafik yang bernama masjid DHIRAR kerana ia tidak dibina atas dasar  taqwa sebaliknya bertujuan untuk memecahkan kesatuan umat Islam dan juga kerana gilakan jawatan.Tidak dapat dinafikan ramai mereka yang terpengaruh dan  tertarik dengan  tindakan mereka ini yang menyebabkan Islam terus diperintah bukannya memerintah. Mereka juga mengamalkan sistem Micahavelli iaitu( الغاية تبرر الوسيلة )yang bererti Matlamat penghalal cara seperti sanggup memerintah agar al-Quran ditafsirkan semula dan mempertahankan anti hadis untuk bersama mereka di dalam mengelirukan umat Islam tentang keadaan Islam yang sebenar di mana dengan  cara ini  kuasa dan kedudukan mereka terus kukuh walau pun terpaksa menggadaikan Islam itu sendiri. Mereka menghina hukum Islam dan menakut-nakutkan orang bukan Islam dengan mengatakan bahawa Islam ini adalah suatu yang melampau dan boleh menggugatkan kehidupan orang bukan Islam. Mereka tidak takut kepada Allah ketika bercakap menghina hukum Allah, mencaci sunnah Rasulullah s.a.w, mengfitnah para ulama’ akhirat kerana bagi mereka agama hanya ditempat ibadat bukannya ketika memerintah. Mereka bagaikan menganggap bahawa  Islam ini seperti agama Kristian atau pun Budha yang mana ia hanya layak berada digereja dan kuil sahaja dengan membiarkan urusan pemerintahan kepada orang lain sedangkan Rasulullah s.a.w telah menunjukkan kepada kita bagaimana. Islam yang sebenar iaitu pada diri Rasulullah s.a.w sendiri terpikul pelbagai amanah yang dijalankan secara serentak iaitu sebagai suami kepada isteri-isteri, ayah kepada anak-anak, imam dalam solat, pendakwah dan juga sebagai  ketua negara. Inilah dia ciri-ciri kepimpinan yang mesti ada kepada setiap mereka yang kita berikan amanah untuk memerintah dan ciri ini  ada  kepada  para  ulama’ akhirat.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Penipuan mereka walau pun terpaksa menggadaikan Islam demi kedudukan dan pangkat memang menjadi kebiasaan dan amalan kepada pemimpin yang jahil dan zalim. Di dalam hati mereka bagaikan tidak tercetus kegerunan kepada amaran Rasulullah s.a.w  melalui sebuah hadis riwayat Muslim :

ما من عبد يسترعيه الله رعية يموت يوم يموت وهو غاش لرعيته إلا حرم الله عليه الجنة

Maksudnya:  Bukan daripada hamba yang mati di mana Allah meminta dia menjaga rakyat dimana pada hari kematiannya sedangkan dia menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga.

Kita sebagai rakyat  mestilah mengambil berat  tentang masalah kepimpinan ini di mana jika di sana adanya kezaliman dan juga kesesatan yang dilakukan maka kita mesti hindarkan dengan menurunkan mereka daripada tampuk pemerintahan. Ingatlah kita kepada pesanan imam al-Ghazali  sebagaimana kita fahami daripada kitabnya Ihya’ Ulumiddin di mana antara nasihatnya ketika menghadapi pemimpin yang zalim iaitu.

Janganlah bergaul dengan para pemimpin yang zalim malah jangan bertemu dengan mereka dan jika boleh jangan pandang pada mereka. Berjumpa dan bergaul dengan mereka banyak padah atau keburukannya. Sekiranya kamu terpaksa, maka jangan sekali-kali memuji mereka kerana Allah amat murka sekiranya orang fasik dan zalim dipuji. Sesiapa yang mendoakan agar mereka terus kekal di tampuk pemerintah maka dia sebenarnya redha  melihat  Allah diderhakai di muka bumi ini.

Jangan menerima apa-apa pemberian daripada golongan pemimpin walau pun kamu tahu pemberian itu adalah daripada sumber yag halal. Sikap tamakkan pemberian mereka akan merosakkan agama. Dari situ akan timbul rasa simpati terhadap mereka. Kamu akan mula menjaga kepentingan mereka dan berdiam diri terhadap kezaliman yang  mereka lakukan. Ini semua akan merosakkan agama.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Oleh  dalam memastikan kezaliman dan kesesatan agar ia mampu di hindari maka tidak dapat tidak kita semua sebagai mukmin  yang sejati mestilah bersatu ke arah ke arah meninggikan kembali Kalimah Allah di muka bumi ini. Kita tidak boleh berdiam diri terhadap kezaliman dan kesesatan yang berlaku di depan mata kita. Kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah  nanti  tentang  usaha kita dalam memperjuangkan keadilan Islam dan merobohkan kezaliman sistem yang berdasarkan sistem  ciptaan  manusia. Jangan kita ingat perkara ini main-main dan boleh dipandang sambil lewa sahaja.Ingatlah kita peringatan Rasulullah s.a.w dalam  sebuah  hadis yang di riwayatkan oleh imam Muslim dalam  sohihnya yang bermaksud  : Akan ada selepas daripadaku pemimpin-pemimpin yang menipu dan melakukan kezaliman. Maka  sesiapa yang membenarkan  mereka dengan  penipuan yang  mereka lakukan dan  sesiapa  yang membantu mereka di atas kezaliman yang dilakukan maka dia bukan daripadaku (umatku) dan aku bukan daripadanya. Dan dia tidak sama sekali akan dapat merasai HAUDH (telaga kauthar).

 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

 

Komentar terhadap fahaman sesat Irshad Manji

Oleh: ustaznik

irshad and salman addajjalSaya merujuk kepada satu wawancara yang disiarkan oleh Malaysiakini dengan Irshad Manji mengenai pegangan dan penulisan bukunya. Saya berikan sedikit komentar kepada jawapannya. Saya juga kesal dengan pihak berwajib yang lambat dan lembap mengambil tindakan pro aktif terhadap penulis yang-walaupun namanya tidaklah besar dalam dunia Islam-tetapi memberikan impak negatif kepada cara berfikir terutamanya generasi muda Islam yang masih jauh dan kosong dari ilmu sebenar Islam. Islam agama persekutuan tetapi tidak dililihat GAH dan hebatnya. Ia diinjak dengan mudah ibarat semut di bawah kaki.

Irshad: ‘Hadis, undang-undang Islam ciptaan manusia’

Penulis wanita yang melabelkan dirinya sebagai reformis Islam, Irshad Manji, seolah-olah tidak gentar apabila buku pertamanya, The Trouble with Islam Today: A Muslim’s Call for Reform in Her Faith diharamkan edarannya di Malaysia.

Beliau tetap hadir ke ibu negara minggu lalu untuk mempromosi buku terbarunya, Allah, Liberty and Love yang dianggap menghina Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Komentar: Pihak berwajib gagal mengambil tindakan pro aktif menghalang kemasukannya ke Malaysia dan cetakan bukunya walaupun telah jelas bukunya menghina Islam.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini, Irshad tetap konsisten dengan premis yang dikemukakan dalam buku pertamanya, mendakwa bahawa “Muslim adalah satu masalah kepada Islam hari ini.”

Komentar: Benar! Sebahagian orang yang mendakwa dirinya muslim tapi jauh dengan Islam menjadi masalah kepada Islam, termasuk anda wahai Irshad Manji.

Menurutnya, masyarakat bukan Islam hanya memahami maksud Islam berdasarkan perlakuan umat Islam itu sendiri.

“Pengertian Islam itu tidak penting tetapi perkara yang kita lakukan sebagai Muslim itu yang memberi pengertian kepada Islam,” katanya.

Komentar: Apa yang anda lakukan kepada Islam? Tulisan anda sendiripun sudah memberikan gambaran buruk terhadap ajaran Islam.

Walaupun begitu, Irshad berkata beliau percaya penyelesaian kepada masalah itu terletak di tangan umat Islam sendiri – selari dengan ayat Al-Quran yang menyarankan bahawa nasib sesuatu kaum itu akan hanya dapat diubah kaum itu sendiri.

Irshad menggesa Muslim hari ini kembali kepada ‘ijtihad’ iaitu tradisi yang menurutnya ‘menggalakkan pemikiran bebas dan merdeka’.

Komentar: Apa yang anda faham dengan ijtihad? Kalau ijtihad hanya difahami sebagai menggalakkan pemikiran bebas dan merdeka yang tidak didasari petunjuk al-Quran dan Hadis, maka ia bukan ijtihad menurut apa yang difahami melalui sumber ilmu yang ada otoriti tetapi ia adalah nafsu sebenarnya.

“Dalam pendekatan saya kepada Islam, ijtihad adalah antara nilai yang paling penting untuk diraikan.

“(Ini kerana) dalam Quran terdapat lebih tiga kali seruan untuk berfikir, analisis, merenung dan berfikir semula berbanding surah-surah yang memberitahu kita perkara yang betul dan yang salah,” kata Irshad.

Komentar: Benar! Ayat betul dan salah, halal dan haram adalah sebahagian dari ayat al-Quran. Namun, beberapa ayat sebegini pun anda tidak dapat menurutinya, apatah lagi kalau ia datang begitu banyak sehingga anda rasakan ia ‘membebankan’ anda. Berfikir, merenung, menganalisa menggunakan akal yang waras yang tentunya dilandasi al-Quran dan hadis. Mengiktiraf LGBT misalnya termasuk dalam penggunaaan akal yang waras?

Ancaman jadi dorongan

Seruannya itu mengundang perasaan kurang senang pelbagai pihak yang menganggapnya mencabar kewibawaan golongan ulama yang dipercayai lebih layak berbicara tentang Islam.

Komentar: Bukan soal mencabar wibawa, tetapi apa otoriti anda dan wibawa anda sendiri bercakap tentang Islam yang anda sendiri tidak memahaminya dari sumber sebenar?

Natijahnya, beliau menerima banyak surat ugutan termasuklah ugutan bunuh selepas penerbitan buku pertamanya.

Hinggakan, beliau terpaksa melengkapi kediamannya di New York dengan cermin kalis peluru sebagai langkah keselamatan.

Di sebalik semua ancaman itu, Irshad mendakwa menerima sokongan dari beberapa Muslim generasi muda yang bersetuju dengan mesej dalam buku pertamanya tetapi takut untuk bersuara.

Komentar: Saya tidak mahu mengugut tetapi saya menasihati anda, termasuk kalangan muda Islam yang terpengaruh atau akan terpengaruh dengan aliran ini agar segera kembali kepada ajaran Islam sebenar. Generasi muda tidak berani bersuara pun kerana mereka tidak ada ilmu tentang Islam. Apa yang mahu disuarakan dalam keadaan tiada ilmu?

Sokongan itu, kata Irshad, mendorongnya menulis buku terbarunya.

“Allah, Kebebasan dan Cinta (adalah) untuk membantu generasi muda Muslim mengatasi rasa takut dan menjadi lebih jujur kepada diri mereka sendiri dan juga Allah,” katanya.

Komentar: Perkataan yang benar tetapi racun di sebaliknya.

Selain itu, kata Irshad, buku terbarunya turut menyampaikan mesej “keberanian moral” yang menuntut “berkata benar kepada mereka yang berkuasa di dalam masyarakat demi manfaat yang melangkaui masyarakat itu sendiri.”

“Saya percaya ini mesej buat generasi baru yang merentasi agama dan budaya,” katanya.

Mengakui dirinya sebagai sebahagian daripada kelompok yang menerima Al-Quran sebagai sumber rujukan tunggal Islam, Irshad menolak peranan ulama dan mufti yang didakwanya menyebabkan agama dan kepercayaan bertukar menjadi dogma yang “kaku.”

Komentar: Sumber dalam Islam yang utama adalah al-Quran, Hadis, Ijmak ulama, Qias dan beberapa sumber lain yang menjadi khilaf. Apabila dikatakan sumber tunggal, bermakna Irshad tidak mempercayai Hadis dan lain-lain sedangkan Allah meminta orang mukmin menurut Nabi SAW jika benar mereka percayakan al-Quran. Aliran sesat Irshad Manji addajali ini membenarkan hadis Nabi SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana ada yang mengaku Islam tetapi hanya mahu menerima al-Quran sebagai sumber dan menolak hadis sebagai sumber kedua. (Kuliah mengenainya di sini)

“Dogma selalu tercabar dengan soalan. Dogma sifatnya kaku dan ia tidak dapat dipertahankan apabila dicabar dengan pemerhatian yang teliti,” katanya.

Tolak hadis, hukum Islam

Irshad juga berpendapat iman merupakan perkara yang sangat peribadi di antara seorang Muslim dan Tuhannya.

Komentar: Saya tak faham apa maksud ‘sangat peribadi’.

Ia adalah satu hubungan unik yang menurut Irshad menjadi sumber kekuatan ilmuan Islam zaman lampau menjadi individu yang hebat dan menguasai pelbagai disiplin ilmu.

“Kepercayaan saya (adalah) dengan Tuhan, bukan dengan duta Tuhan yang melantik diri mereka sendiri,” katanya.

Komentar: Kalau yang dimaksudkan duta Tuhan itu Nabi Muhammad SAW, maka baginda bukan melantik dirinya sendiri tetapi Allah yang melantiknya. Kalau menerima Allah dan menolak Nabi, itu jelas kufur iktikad namanya. Kalau mengaku Islam, tetapi tidak menerima Nabi dan apa yang dibawa, itu boleh membawa kepada riddah (keluar Islam), dan penganutnya dipanggil murtad.

Beliau juga secara berterus-terang mengaku menolak hadis dan hukum syariah, yang diterima sebahagaian besar penganut Islam sebagai sebahagian daripada sumber rujukan dalam Islam.

Sebaliknya, beliau menerima Al-Quran dan menterjemah serta memahami Al-Quran berdasarkan sifat kitab suci itu yang lengkap.

“Interpretasi saya terhadap Quran adalah berdasarkan Quran itu sendiri. Hadis adalah ciptaan manusia. Undang-undang Islam juga ciptaan manusia.

“Manusia tidak sempurna. Undang-undang ini dan hadis seperti manusia, juga tidak sempurna,” katanya.

Komentar: Pegangan dan aliran anda ini jelas MEMBUKTIKAN anda bukan Islam, tetapi DAJJAL yang bertopengkan Islam.

Ironinya, beliau mengakui konsep ijtihad yang dipromosikannya bukan berasal dari Al-Quran tetapi dicipta ulama Islam selepas Al-Quran diturunkan.

“Quran sendiri tidak guna perkataan ijtihad. Tetapi surah-surah dalam Quran menggalakkan penggunaan minda, kemahuan sendiri dan suara hati yang diberikan Allah untuk terus berfikir,” katanya.

Komentar: Cara pegangan yang bersimpang-siur. Tidak terima hadis, ulama, hukum syariah tetapi promosi ijtihad. Ijtihad jugalah yang melahirkan beberapa hukum cabang.

Edisi terjemahan buku terbarunya, Allah, Kebebasan dan Cinta dilancarkan Sabtu lalu di Kuala Lumpur dan dijangka akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Komentar: Pihak berwajib KDN, JAKIM telah gagal menghalang kemasukan Irshad Manji dan alirannya ke Malaysia. Malaysia sudah sarat dengan aliran pemikiran yang sesat dan menyesatkan dari Islam sebenar. Ditambah lagi dengan aliran Irshad Manji yang bodoh ini. Kalau baharu mahu meneliti bukunya samada bercanggah dengan aliran ahli Sunnah walJamaah, nampaknya pihak berwajib KDN, JAKIM amat lembap mengambil tindakan kerana alirannya sedang memusnah ranahkan generasi muda Islam yang masih kosong jiwanya dengan Islam sebenar itu.

Artikel berkaitan:

Perintah Larangan Jika Buku Irshad Manji Bertentangan Ahli Sunah Wal Jamaah

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengenakan perintah larangan ke atas buku penulisan atau penerbitan Irshad Manji sekiranya isi kandungannya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran KDN, Abd Aziz Md Nor berkata buku bertajuk ‘Allah, Kebebasan dan Cinta’, tulisan Irshad, yang dialih bahasa ke dalam Bahasa Melayu telah diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk dikaji dan diteliti.

“Tindakan ini diambil memandangkan kandungan buku tersebut dipercayai mengandungi unsur-unsur yang boleh memesongkan pemahaman umat Islam terhadap nilai-nilai peradaban semasa dan mencabar aliran pemikiran dalam Islam tanpa merujuk kepada sumber-sumber sahih.

“Selain itu, penerbitan ini juga dikhuatiri boleh mengelirukan pandangan masyarakat tentang kaitan antara agama dan budaya di kalangan penganut Islam dan mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam,” kata Abd Aziz dalam kenyataan, Isnin.

Irshad ialah seorang wanita berfahaman Islam liberal yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transeksual.

Pada 30 Julai 2009, sebuah buku Irshad bertajuk ‘The Trouble With Islam Today’ diharamkan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana kandungannya mempropagandakan akidah, hukum dan ajaran yang bercanggah dengan fahaman mazhab Ahli Sunah Wal Jamaah. – BERNAMA

Irshad Manji pelopor budaya songsang dan anti hadis bebas lancar buku di Malaysia

Oleh: jarihantu

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan kenyataan sebelum ini mengharamkan sebarang program yang melibatkan sokongan terhadap gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) diadakan di negara ini.

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Walaupun menerima kecaman dan kritikan yang berterusan dari pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa agama di negara ini, buku karya penulis kontroversi Kanada, Irshad Manji dilancarkan tanpa sebarang insiden provokasi hari ini.

Penulis berusia 48 tahun anak kelahiran pelarian Uganda itu tetap hadir melancarkan buku terbarunya “Allah, Kebebasan dan Cinta” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCH) di sini dalam keadaan aman dengan kehadiran sekitar 30 peminatnya di negara ini.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan kenyataan sebelum ini mengharamkan sebarang program yang melibatkan sokongan terhadap gaya hidup songsang lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) diadakan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya memandang serius terhadap perkara itu dan meminta semua jabatan agama di setiap negeri menghalang sebarang program melibatkan wanita itu daripada berlangsung.

Beliau berkata buku berkenaan dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.

Irshad bagaimanapun menjelaskan “apa yang diharamkan? Adakah ia dilihat seperti diharamkan kepada saya?” soalnya apabila ditanya berkenaan kemungkinan pengharaman buku terbarunya itu.

Buku 388 muka surat yang menggunakan kulit berwarna merah itu menggunakan dua burung merpati putih berada di luar sangkar yang mempunyai simbol bulan sabit di atasnya sebagai simbolik kebebasan telah di alih bahasa kepada Bahasa Melayu mula dijual di negara ini dengan harga RM50.

Menurut penerbit buku berkenaan, IZ Publisher, pihaknya menyerahkan kepada KDN untuk tindakan lanjut berhubung kemungkinan pengharaman buku tersebut.

“Kami hanya serahkan kepada budi bicara KDN untuk menentukan apa yang terbaik,” kata Pengarah Iz Publisher, Ezra Zaid, kepada pemberita selepas pelancaran buku tersebut.

“Kami telah cuba mengadakan tiga majlis untuk pelancaran buku ini termasuk di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kedai buku Borders di pusat membeli belah The Gardens, serta di Universiti Monash, bagaimanapun, kesemuanya di batalkan di saat-saat akhir.

“Kami bernasib baik dapat mengadakan majlis pelancaran di sini (KLSCH) di saat-saat akhir. Walaupun mengejut tapi masih ada peminat yang dapat hadir,” kata anak kepada Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim.

Selepas majlis pelancaran pertama buku tersebut hari ini, Irshad akan terus berlepas pulang ke New York.

Jamil Khir menjelaskan, ideologi yang dibawa Irshad jelas bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan), Akta dan Enakmen Agama Islam negeri-negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat.

Beliau berkata Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang turut dianggotai Malaysia menolak orientasi seksual songsang yang mendukung LGBT sebagaimana yang ditegaskan dalam persidangan Sesi ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 7 Mac lepas di Geneva, Switzerland.

Justeru, beliau menyeru umat Islam di negara ini sentiasa peka dan berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan fahaman ideologi yang dibawa oleh kumpulan dan individu tersebut.

Ini kerana beliau khuatir ia akan menyentuh sensitiviti agama serta menjadi provokasi serius terhadap umat Islam secara harmoni di bawah naungan institusi Raja-Raja Melayu, Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara ini.

Irshad merupakan seorang wanita muslim berfahaman liberalismie, pluralisme dan feminisme dan dia merupakan pendukung LGBT di peringkat antarabangsa.

Beliau pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk “Permasalahan Dengan Islam Hari Ini” (“The Trouble With Islam Today”) yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel “The Satanic Verses”, Salman Rushdie.

Gerhana matahari cincin berlaku tadi 20 Mei 2012


GERHANA matahari cincin yang dirakamkan di China pada 15 Januari 2010

KUALA LUMPUR – Gerhana matahari Anulus atau gerhana matahari cincin telah berlaku tadi Ahad 20 Mei 2012i (waktu tempatan di Hemisfera Timur) dengan magnitud 0.9439.

Namun sebahagian daripada gerhana matahari itu hanya boleh disaksikan di Sabah dan Sarawak.

Menurut Portal Pendidikan Sains Angkasa, gerhana itu juga dapat dilihat di Brunei dan sebahagiannya di Indonesia secara separa

Jahiliah DiPilih Rakyat Merintih

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 33 surah Luqman :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ وَاخْشَوْا يَوْمًا لَا يَجْزِي وَالِدٌ عَنْ وَلَدِهِ وَلَا مَوْلُودٌ هُوَ جَازٍ عَنْ وَالِدِهِ شَيْئًا ۚ إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ ۖ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ
Maksudnya : Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah
Kita telah melalui alam ruh dan alam rahim ibu di mana tiada gangguan syaitan dan hawa nafsu di situ sebaliknya telah berlangsungnya perjanjian untuk taat beribadat kepada Allah dengan mengakui bahawa Allah adalah Tuhan Pencipta manakala kita hanya hambaNya yang serba kekurangan. Kini kita berada pada alam dunia yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran dan ujian terhadap keimanan serta ketaatan kita kepada Allah sepanjang masa dan tempat. Syaitan mengotakan janjinya kepada Allah untuk memastikan umat manusia dapat dipesongkan aqidahnya, dirosakkan akhlaknya, dilalaikan kehidupannya. Oleh itu sebelum dijemput untuk pergi ke alam barzakh dan alam akhirat akhirat untuk ditimbang dan dibalas segala amalan kita di dunia maka persiapkanlah diri kita sentiasa dengan bekalan akhirat. Jadikanlah kita anak akhirat yang dipermudahkan oleh Allah untuk mengerjakan amalan ahli Syurga bagi mendapat kehidupan senang di akhirat. Jangan terpedaya dengan hasutan hawa nafsu dan syaitan yang menyebabkan kita tergolongan dalam golongan anak dunia yang dipermudahkan oleh Allah untuk beramal dengan amalan ahli neraka sehingga bakal menderita di akhirat sana. Hayatilah pesanan Salafussoleh bahawa biarlah kita berpenat dengan amal ibadat di dunia asalkan kita mampu berehat dalam Syurga Allah di akhirat berbanding lebih banyak berehat di dunia sehingga penat diseksa di akhirat nanti. Letihnya beramal ibadat akan segera hilang sedangkan balasan pahalanya terus kekal bagi meraih Syurga Allah berbeza dengan seronok melakukan maksiat hanya sekejap sedangkan dosanya terus kekal untuk dibalas dengan panasnya api neraka Allah. Tepuklah dada tanyalah iman kita samada jalan Syurga yang kita lalui atau sebaliknya

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Firman Allah dalam ayat 51 surah al-Maidah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim
Syurga dikelilingi dengan perkara yang dibenci oleh hawa nafsu sedangkan neraka dikelilingi dengan perkara yang diingini oleh hawa nafsu. Keimanan kita sentiasa dicuba dan diuji bagi memastikan siapa yang benar-benar beriman dan siapa pula yang berdusta. Umat Islam diuji dengan pelbagai serangan daripada musuh Islam samada secara keras melalui peperangan atau cara lembut melalui tawaran harta dan takhta serta serangan pemikiran yang membahayakan. Contohnya peperangan yang diuji terhadap saudara seagama di bumi Iraq, Kashmir, Afghanistan, Selatan Filiphina, selatan Thailand, Palestin dan sebagainya. Ketika kita menghulurkan bantuan yang termampu kepada saudara seagama terutama di Palestin dalam berdepan dengan perancangan jahat zionis yahudi untuk meruntuhkan Masjiq Aqsa bagi dibina kuil Haikal Sulaiman disamping perluasaan tanah jajahan di bumi Palestin sedangkan pemimpin Negara boleh duduk semeja mendapatkan nasihat daripada syarikat pro zionis yahudi sehingga nasib Negara berada dalam tangan musuh yang dibenci. Tindakan menjadikan musuh sebagai kawan mengundang bahaya semata-mata mahu menjaga harta dan takhta sehingga kepentingan agama dan Negara diketepikan. Kita turut menyokong bantahan terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh Syarikat Coca-Cola yang bakal mendirikan kilangnya atas tanah yang dibeli daripada Tabung Haji di Nilai, Negeri Sembilan yang bukan sahaja mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan. Malaysia yang merupakan negara ke-8 pengguna gula tertinggi di dunia malah syarikat Cola-Cola sememangnya jelas penyumbang utama kepada keganasan zionis yahudi di Palestin disamping mencabuli hak asasi manusia dan alam sekitar di beberapa buah negara sebelum ini. Kita turut menuntut agar Kementerian Kesihatan mengambil langkah segera dalam menangani kes adanya ubat vaksin untuk kanak-kanak bawah 12 bulan yang dicemari vaksin babi sebagaimana yang dilaporkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Peringatan kepada kaki rokok pula bahawa satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok. Oleh itu jagalah makan minum kita supaya halal dan baik untuk kesihatan…… Firman Allah dalam ayat 168 surah al-Baqarah :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Maksudnya : Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Apabila nafsu serakah didahulukan manakala petunjuk al-Quran dilletak di belakang maka rosak binasa negara. Bermula dengan nilai aqidah yang dipandang lebih murah daripada besi buruk, akhlak dilihat tidak penting untuk dijaga. Kita mesti membangkitkan rasa bertanggungjawab dalam kes penjagaan 3 anak muallaf bernama Muhammad Riduan bin Abdullah yang terpaksa diserahkan kepada isterinya yang bukan Islam di mana rayuannya ditolak semalam. Bagi peguam dan hakim Islam yang pakar dalam bidang ini wajib berusaha dalam menangani masalah ini manakala doa kita mesti sentiasa dirafakkan ke hadrat Allah agar menetapkan iman Muhammad Riduan dan anak-anaknya. Ketika kita masih terkejut dengan laporan jumlah anak luar nikah berbangsa Melayu yang melebihi 17 ribu untuk tahun lepas sahaja dengan anggaran daripada tahun 2000 lagi setiap 17 minit seorang bayi luar nikah dilahirkan iaitu 83 sehari. Itu jumllah yang didaftarkan bagaimana pula dengan jumlah yang tidak didaftar, dibuang, dibunuh dengan kejam. Masalah sosial semakin teruk dengan bertambahnya lesen judi bagi menampung ekonomi Negara yang semakin tenat termasuk judi sukan yang dihentikan sekejap dan sedang dipertimbangkan untuk dilulus semula. Lebih dahsyat lagi dengan laporan bahawa Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia sebanyak lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras setahun. Pemimpin patut malu dengan kenyataan tegas Menteri di Brunei bila dicadangkan agar Brunei menyediakan zon khas jual beli arak bagi pelancong bukan Islam lalu dijawab bahawa Brunei tidak sanggup menerima laknat Allah yang bukan sahaja mengena peminum arak malah seluruh rakyatnya. Pelancong yang ingin minum arak minumlah di negara mereka malah boleh mandi arak tanpa dilarang asalkan bukan di Brunei. Sekiranya diluluskan zon bebas arak maka lepas ini diminta pula zon bebas judi, zon bebas zina dan bermacam penyakit sosial yang lain. Pemimpin diberi pilihan samada mahu mengikut Islam untuk menangani masalah yang ada atau pun terus menggunakan sistem jahiliah yang bakal merosakkan negara. Rakyat pula diberi peluang samada terus memilih pemimpin yang menolak Islam atau bersama memperjuangkan sistem Islam dalam kehidupan. Islamlah nesacaya kita maju di dunia dan bahagia di akhirat
Firman Allah dalam ayat 219 surah al-Baqarah :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ
Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

102. RUH ISLAM SUBUR TAMADUN MAKMUR

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 9 surah ar-Ruum :

أولم يسيروا فى الأرض فينظروا كيف كان عاقبة الذين من قبلهم كانوا أشد منهم قوة واثاروا الأرض وعمروها أكثر مما عمروها وجاءتهم رسلهم بالبينات فما كان الله ليظلمهم ولكن كانوا أنفسهم يظلمون

Maksudnya:  Dan adakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memerhatikan bagaimana penderitaan azab orang-orang sebelum mereka?. Orang-orang itu adalah lebih kuat daripada mereka sendiri dan telah mengolah bumi serta memakmurkannya lebih banyak daripada apa yang telah mereka sendiri makmurkan. Dan telah datang kepada mereka rasul-rasul dari kalangan mereka dengan membawa bukti-bukti nyata namun didustakannya. Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim terhadap mereka tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri

            Kekayaan dan kemewahan sering dikaitkan dengan kejayaan yang sentiasa diidamkan oleh umat manusia.  Pelbagai cara dan usaha dilakukan oleh umat manusia dalam mencapai kekayaan dan kemewahan hidup. Islam sendiri sentiasa menganjurkan agar umatnya rajin berusaha dan tekun bekerja dalam membina kekayaan harta namun Islam telah meletakkan garis panduan tertentu bagi memastikan usaha itu adalah halal dan dibelanjakan pula pada jalan yang dibenarkan oleh syarak. Islam sentiasa memberi peringatan kepada umatnya bahawa kekayaan harta dunia mestilah dicari dan digunakan sebaik mungkin dengan penuh kesederhanaan sehingga ia mampu menambahkan lagi bekalan akhirat bukannya kekayaan itu digunakan penuh dengan pembaziran dan rasa takabbur sehingga ia bakal menghumbankan pemiliknya ke dalam api neraka di akhirat nanti. Dunia ini ialah tempat mencari sebanyak mungkin bekalan akhirat bukannya tempat untuk berseronok sehingga melupakan kita semua tentang akhirat. Kita mesti menjadikan setiap kerja kita sebagai suatu ibadat yang menambah pahala bukan menjadikannya sebagai suatu maksiat yang mencambahkan lagi dosa.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

                Kekayaan dan kemewahan jika tidak digunakan dengan cara yang betul maka ia bakal menjerumuskan pemiliknya kepada kehancuran. Betapa banyak kaum dan umat sebelum ini yang dihancurkan sehingga segala kemewahan dan kekayaan yang dibina sebelum ini menjadi bahan peninggalan dan pewarisan kepada generasi selepas mereka. Kemewahan Namrud tidak kekal lama dan hancur akibat daripada perderhakaan terhadap Allah S.W.T dan nabi Ibrahim. Kekayaan Qarun tidak bertahan lama apabila dia ditenggelamkan oleh Allah S.W.T bersama kekayaannya itu ke dasar bumi akibat melawan nabi Musa. Begitu juga hancurnya Firaun dan segala kekuatan kerajaannya akibat takabbur menentang Allah. Runtuhnya kekuatan empayar Rom dan Parsi ditangan umat Islam apabila kemewahan yang dicapai telah menyebabkan mereka melakukan penindasan dan kezaliman terhadap rakyat jelata sehingga kerajaan mereka jatuh menyembah bumi. Malah jatuhnya Khilafah Islam Baghdad akibat pemimpin dan rakyat dihanyutkan oleh kemewahan yang disalahgunakan sehingga dengan mudah jatuh di tangan tentera Tartar Monggol. Begitu juga jatuhnya Khilafah Islamiah Turki akibat umat Islam hanyut dengan kemewahan sehingga sanggup menjual agama dan pemerintahan kepada Kristian. Betapa ramai umat yang ingatkan Allah S.W.T apabila ditimpa kesusahan dan penderitaan tetapi ramai lagi umat yang lupa malah melawan Allah S.W.T apabila berada dalam kemewahan dan kesenangan dunia.

            Oleh itu bukan semua ajakan dan laungan kemajuan mesti disambut dan diterima oleh umat Islam. Laungan kemajuan yang berlandaskan Islam wajib diterima manakala laungan kemajuan yang dipisahkan daripada Islam mesti ditolak. Jangan kita terpengaruh dengan ajakan golongan yang begitu mengagungkan tamadun kebendaan barat sehingga sanggup menafsirkan Islam berdasarkan pemikiran barat serta golongan ini tidak senang apabila melihat adanya pertentangan antara Islam dan pemikiran barat. Apa yang lebih merbahaya apabila golongan ini berusaha dalam membawa Islam sedekat-dekatnya dengan pemikiran barat sedangkan kita sudah maklum bahawa Islam dan jahiliah tidak boleh bersatu, iman dan kufur tidak boleh bergabung. Islam bukan suatu agama yang bersifat peribadi dan pertapaan malah ia merupakan agama yang lengkap termasuk dalam masalah membina kemajuan tamadun. Islam tidak menolak kemajuan tetapi meletakkan garis yang tertentu agar tamadun yang dibina dapat membawa manusia kepada kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Tamadun yang dibina mesti mempunyai ruh Islam sehingga kemajuan yang dicapai dapat melahirkan umat yang tunduk kepada Allah S.W.T bukannya umat yang melawan Allah S.W.T. Tamadun tanpa ruh Islam seumpama tubuh tanpa nyawa yang tidak memberi makna lagi kepada manusia. Tamadun sebahagian daripada Islam di mana jika dipisahkan tamadun daripada Islam maka ia tidak berguna lagi seumpama kaki yang dipotong daripada tubuh maka ia tidak mampu berfungsi lagi sebagaimana sebelumnya.

 

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

            Jika umat Islam benar-benar mahu mengembalikan kegemilangan dan keagungan Islam maka kita mesti kembali membina tamadun kebendaan dan rohani berasaskan Islam dengan ditiupkan ruh Islam di dalamnya. Suatu usaha dan pengorbanan yang bersungguh-sungguh wajib dijalankan dalam melahirkan para tentera Allah S.W.T yang mampu bergading bahu dalam melaksana dan mempertahankan seluruh system Islam. Tamadun Islam yang bakal dijelmakan kembali hanya mampu ditunaikan oleh umat Islam yang benar-benar menjiwai Islam dan rapat hubungannya dengan Allah S.W.T sepanjang waktu tanpa terhad ketika mendirikan ibadat khusus sahaja. Antara sifat yang mesti ada pada pejuang Islam dalam menjulang semula system Islam dan mendirikan kegemilangan tamadun Islam ialah sebagaimana firman Allah S.W.T dalam ayat 37 surah an-Nur :

رجال لاتلهيهم تجارة ولا بيع عن ذكر الله  واقام الصلوة وايتاء الزكوة يخافون يوما تتقلب فيه القلوب والابصار

Maksudnya : Golongan lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli daripada mengingati Allah S.W.T dan daripada mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Mereka takut kepada suatu hari di mana bergoncangnya hati dan pendengaran

Umat Islam terus berada dalam kehinaan apabila terlalu mengagungkan tamadun kebendaan barat sehingga kita terpaksa menjadi hamba kepada harta bukannya hamba yang tunduk patuh kepada setiap suruhan Allah Maha Mencipta. Tamadun kebendaan tanpa ruh Islam hanya melahirkan golongan mewah yang hidup bergelumang dengan maksiat yang menjadikan nafsu sebagai kayu ukur bukannya wahyu. Akhirnya berleluasanya golongan kaya yang sanggup memeras keringat si miskin demi mengaut keuntungan yang sebanyak mungkin sehingga meluaskan lagi jurang antara golongan kaya dengan miskin. Golongan kaya yang sudah mabuk dengan kemewahan bukan sahaja tidak mampu lagi diajak untuk berjuang Islam malah kebanyakan daripada mereka bangun menentang system dan ajaran Islam yang bertentangan dengan nafsu serakah mereka. Apabila perkara yang merosakkan ini subur dalam masyarakat Islam maka tiada lagi pertolongan dan bantuan daripada Allah melainkan kehinaan yang menimpa kita.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Setiap apa yang kita semai itulah yang bakal ditunai. Jika kita menanam benih rambutan maka hasil rambutanlah yang bakal kita kecapi. Begitulah juga apabila menyemai benih Islam dalam masyarakat maka suasana kehidupan berlandaskan Islam bakal kita lihat nanti. Sedangkan jika kita tanam benih jahiliah dan kufur dalam diri rakyat maka masyarakat yang rosaklah yang bakal dituai nanti. Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila benih jahiliah yang disemai sedangkan hasil yang ditunai adalah Islam. Rosaknya golongan umara’ atau pemimpin dan hanyutnya ulama’ dengan dunia akan menyebabkan hancurnya rakyat dan negara. Islam bukan cukup setakat laungan slogan tetapi mesti disusuli dengan tindakan dan pengamalannya dalam setiap aspek kehidupan. Usaha dalam merosakkan akhlak dan aqidah rakyat semakin subur terutama selepas laungan Islam Hadhari antaranya dalam menghalalkan buka aurat, memperkecilkan dosa, hiburan yang tidak terbatas, program khidmat negara yang banyak melahirkan remaja yang kosong jiwanya daripada ruh Islam. Berhatilah kita agar tidak terpedaya dengan tipuan golongan yang cuba mereka-reka agama dan memaksa Islam mengikut tafsiran nafsu.

Firman Allah dalam ayat 25 surah al-Anfal :

واتقوا فتنة لا تصيبن الذين ظلموا منكم خاصة واعلموا أن الله شديد العقاب

Maksudnya : Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu. Dan ketahuilah bahawa Allah S.W.T amat keras siksaanNya.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

167. TAQWA CEMERLANG UMAT GEMILANG

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah S.W.T dalam ayat 18-19 surah al-Hasyru :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ وَلا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللهَ فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ أُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amalannya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka

                Umat Islam sentiasa disuruh supaya takut Allah pada setiap masa dan tempat agar setiap perbuatan, perkataan malah niat kita tidak terpesong daripada syariat Islam. Kejayaan umat Islam bergantung kepada ketaqwaan yang ada dalam diri di mana yang paling bertaqwa dimuliakan oleh Allah manakala yang hilang rasa taqwa akan dihina oleh Allah di dunia dan akhirat. Antara makna taqwa   sebagaimana yang diberitahu oleh Abu Hurairah iaitu seumpama seseorang yang terpaksa melalui sebatang jalan yang dipenuhi duri maka semestinya dia akan berusaha menjauhi, berundur atau cermat semasa melangkah agar tidak terpijak duri itu. Begitulah yang dilakukan oleh orang yang bertaqwa di mana setiap kali mahu melakukan sesuatu maka diperhatikan terlebih dahulu samada ia dibenarkan oleh Allah atau sebaliknya. 4 ciri utama taqwa pula sebagaimana yang pernah disebut oleh Sayyidina Ali Karramallahu wajhah iaitu : [1] sentiasa takut kepada Allah dalam setiap perkara, [2] sentiasa redha dengan pemberian Allah walau pun sedikit, [3] sentiasa melaksanakan sistem Islam sebagaimana yang diturunkan dalam al-Quran [4] dan sentiasa bersedia dengan bekalan terbaik bagi menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Firman Allah dalam ayat 2 – 3 surah at-Talak :

وَمَن يَتَّقِ اللهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ …….

Maksudnya : ….sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya…….

 Ketika kita merenungi 5 ayat pertama surah at-Talak maka kita dapati bagaimana kelebihan dan balasan kepada orang bertaqwa begitu banyak antaranya 5 kelebihan utama iaitu : [1] Allah akan mengadakan baginya jalan keluar daripada segala perkara yang menyusahkannya [2] Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya [3] Allah memudahkan baginya segala urusannya [4] Allah menghapuskan segala kesalahannya [5] Allah akan menggandakan pahala balasan amalannya. Memandangkan kepada peri pentingnya ketaqwaan kepada Allah yang boleh membawa kepada penyelesaian dalam semua perkara yang berlaku dalam diri seorang individu, sebuah keluarga, suatu masyarakat, suatu negeri seterusnya negara malah dunia sejagat maka Islam sentiasa menyuruh umatnya agar bertaqwa kepada Allah. Cara yang utama dalam melahirkan diri sebagai orang bertaqwa kepada Allah ialah dengan kembali mengamalkan cara hidup berasaskan al-Quran. Ingatlah kepada suatu pesanan daripada Abu Musa alAsy’ari dengan katanya : Sesunggunya al-Quran ini adalah pahala bagi kamu dan dosa atas kamu. Maka ikutilah al-Quran dan janganlah al-Quran mengikuti kamu. Kerana sesiapa mengikut al-Quran maka ia meletakkan dia ke dalam taman Syurga manakala sesiapa yang diikuti oleh al-Quran maka dia dicampakkan ke dalam Neraka. Khalifah Umar  bin bin Abdul Aziz pula pernah berwasiat : ”Aku berpesan dengan ketaqwaan kepada Allah di mana Dia tidak menerima selain taqwa, Allah tidak kasih melainkan kepada ahli taqwa, Allah tidak memberi ganjaran pahala melainkan atas taqwa. Sesungguhnya mereka yang berpesan dengan taqwa begitu ramai sedangkan mereka yang beramal dengan taqwa begitu sedikit”.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 96  surah al-A’araf :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ وَلَكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ

Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

            Negeri yang penuh dengan keberkatan mesti berdiri atas dasar taqwa bermula daripada pemimpin, ulama’ dan seluruh rakyat jelatanya. Taqwa mampu menangani masalah pemimpin yang zalim, ulama’ yang menjual agama, peniaga yang menipu, majikan yang menindas, pekerja yang pecah amanah, anak yang derhaka, pelajar yang melawan guru dan sebagainya. Taqwa lahir daripada ilmu yang diamalkan dengan penuh keikhlasan kepada Allah. Semua ini mesti bermula daripada pemimpin kerana rakyat jelata terikut dengan gaya hidup pemimpin. Sajak yang sering dilaungkan oleh pemimpin negara kita misalnya sering mengingatkan kita tentang peranan ulama’ seperti imam al-Ghazali dan as-Syafie dalam memastikan para pemimpin sentiasa bertaqwa dalam memimpin negara. Imam Syafie contohnya banyak memberi tunjuk ajar yang terbaik kepada pemimpin melalui nasihatnya yang begitu bernilai seperti katanya : Perdalamkanlah ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu. Seseorang itu tidak mampu untuk menghukum tentang sesuatu samada halal atau haram melainkan dengan ilmu yang dimiliki. Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima perkara iaitu [1] benar dalam percakapan, [2] menjaga rahsia, [3] menunaikan segala janji, [4] sentiasa memberi nasihat dan [5] menunaikan kewajipan yang diamanahkan

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Imam al-Ghazali sendiri selain melalui kita-kitabnya maka beliau sentiasa berani dalam menegur melalui banyak suratnya yang dihantar kepada pemimpin, ulama’, menteri, pegawai, hakim agar sentiasa selari dengan kehendak Allah. Antara suratnya ialah yang berbunyi : Bertafakkurlah selama satu atau dua jam dan berfikirlah secara mendalam mengenai golongan miskin yang darah dan keringatnya dihisap oleh pegawai kerajaan. Berapa saat setelah itu maka anda akan melihat betapa rahsia Allah semuanya akan terbuka bagi anda dan doa rakyat didengar dan dimakbul oleh Allah. Janganlah lupa bahawa orang yang tidak adil bererti dia tidak taqwa. Berfikirlah seperti mukmin sejati dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan keluhuran sempurna dan sederhana serta kasih sayang dan keadilan. Kasihanilah rakyat dan berbuat baik kepada mereka kerana saya benar-benar belajar daripada pengalaman bahawa kezaliman yang dilakukan oleh yang kuat ke atas yang lemah tanpa batas. Tahanlah diri daripada menyiksa rakyat yang tidak berdosa kerana ia dimurkai Allah kepadamu. Jika tidak mahu murka Allah maka perangilah kekejaman dan ketidakadilan. Oleh itu kita mahu pemimpin negara bukan hanya mahu mencari imam al-Ghazali dan as-Syafie tetapi mencontohi segala yang pernah ditunjuk ajar oleh mereka. Jangan biarkan kezaliman seperti terus menzalimi mangsa ISA yang setengahnya telah 6 tahun merengkok dalam penjara dan kini disambung lagi penahanan mereka. Melalui mimbar Jumaat yang mulia ini untuk buat sekian kalinya kita mendesak agar pemimpin membebaskan mangsa ISA atau dakwa mereka di mahkamah jika benar-benar mereka bersalah. Kasihanilah mangsa dan anak isteri mangsa ISA yang begitu banyak menderita. Kita juga meminta agar pemimpin negara bertegas dalam masalah kedaulatan negara. Jangan biarkan negara tunduk kepada kehendak Amerika Syarikat dan sekutunya seperti yang terbaru tindakan menamatkan  secara mengejut penyertaan Iran daripada pameran senjata di Kuala Lumpur. Kita juga mendesak agar pemimpin sensitif terhadap penderitaan umat Islam di Palestin dan kejahatan zionis yahudi dengan melarang 2 warga Israel daripada turut serta bersama pasukan bolasepak Chelsea ke negara kita nanti. Sukan dan politik ada kaitannya sebagaimana yang sedang hangat dibincangkan berkenaan beberapa pertubuhan menyeru agar diboikotsukan Olimpik di Beijing atas alasan negara China melakukan penindasan terhadap warga Tibet. Jika sukan dan politik tidak bersatu maka seruan ini pasti tidak berbangkit. Bersama kita bangkit menentang kezaliman zionis yahudi tanpa memberi muka kepada kejahatan mereka walau atas nama sukan sekali pun. Jangan kita berseronok atas penderitaan saudara seagama kita di bumi Palestin. Bantulah mereka dengan apa yang termampu

Firman Allah dalam ayat 132 surah Taha :

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلاَةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى

Maksudnya : Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Islam DiHina Umat Merana

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 77 surah al-Qosas :

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ ۖ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِنْ كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

Maksudnya : “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan “.

Kini kita berada dipenghujung bulan Mei di mana pada bulan ini diadakan beberapa hari peringatan yang penting dalam kalendar masyarakat setempat mahu pun antarabangsa. Antaranya ialah Hari Pekerja yang disambut setiap 1 Mei bagi mengenang jasa para pekerja yang mengerah segala usaha dan tenaga dalam memajukan pelbagai sektor yang membawa kepada kemajuan negara. Bila kita bercakap berkenaan dengan kerja maka Islam menggalakkan umatnya bekerja dengan mengikut lunas yang telah disyariatkan antaranya mestilah kerja itu adalah halal bukannya terlibat dengan perniagaan haram seperti arak, judi, riba dan sebagainya. Islam tidak melarang umatnya daripada bekerja dan mencari harta kekayaan asalkan menjaga batas syarak seperti menutup aurat, menjaga pergaulan antara pekerja lelaki dan perempuan, amanah dalam melaksanakan tugasan dengan menjauhi pecah amanah, rasuah dan sebagainya. Kita tidak mahu umat Islam terkena racun yang disuntik oleh jarum yahudi yang menggalakkan pergaulan bebas antara pekerja yang menyebabkan berlakunya gangguan seks di tempat kerja. Islam juga mewajibkan manusia menjaga hak masing-masing samada hak majikan atau pekerja bawahan. Manusia mempunyai perasaan bukannya mesin yang boleh dilakukan sesuka hati sebagaimana ajaran kapitalisme yang menganggap pekerja adalah hamba majikan yang diikat dengan perjanjian sehingga masih ramai pekerja walau pun siang malam bekerja tetapi gaji yang diterima masih di bawah tahap kemiskinan sedangkan keuntungan yang dikaut oleh majikan begitu tinggi. Islam turut mengingatkan umatnya bahawa dalam mencari rezeki jangan melalaikan kita daripada mengingati Allah dan menambah bekalan akhirat kita. Jangan asyik mengejar dunia sehingga akhirat kita entah ke mana. Ingatlah suatu pesan nabi

قال الرسول e : لَوْ كَانَ  ِلابْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ مَالٍ لاَ بْتَغَى ثَاِلثًا وَلاَ  يَمْلأُ جَوْفَ ابْنِ آدَمَ إِلا َّالتُّرَابُ وَ يَتُوْبُ اللهِ عَلَى مَنْ تَابَ

Maksudnya : Seandainya anak Sdam mempunyai 2 lembah harta tentu dia masih menginginkan lembah harta yang ketiga. Sedangkan yang sebenar memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah-tanah kuburnya dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat – HR imam Bukhari dan Muslim

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat  14 surah Luqman :

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

Maksudnya : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)

Bulan Mei juga disambut Hari Ibu walau pun ia merupakan amalan masyarakat barat yang semakin hilang perasaan hormat dan kasih pada ibu sehingga ramai ibu yang lebih rapat dengan kucing atau anjing belaan daripada anak-anak sendiri. Ada ulama’ yang berpendapat tidak salah untuk kita turut merai Hari Ibu asalkan jangan pada hari yang lain kita terus mengabaikan kebajikan terhadap ibu kita. Betapa ramai umat Islam sendiri pada hari ini yang kurang memberi perhatian sewajarnya terhadap ibu sedangkan ibu inilah yang berpenat lelah mengandung kita dalam kandungan selama 9 bulan seterusnya menyabung nyawa ketika melahirkan kita. Sikap mengejar kebendaan antara penyakit utama yang menyebabkan ramai ibu yang dipinggirkan. Sibuk dengan kerja, tidak ada masa luang dan pelbagai lagi alasan diberikan apabila ditanya berkenaan dengan kebajikan ibu. Ada yang rasa sudah cukup sekadar menghulurkan wang bulanan atau menyerahkan ibu untuk dijaga di rumah orang-orang tua. Apa yang malang apabila anak-anak ini tanpa rasa bersalah mengungkitkan segala pemberian mereka kepada ibu sedangkan mereka wajib sedar bahawa harga setitik air susu ibu tidak mampu dibayar dengan harta benda dunia. Ajaran yang diterima daripada kecil turut memberi kesan terhadap rasa tanggungjawab seorang anak terhadap ibunya. Jika pemikiran anak-anak tertanam bahawa wang adalah segalanya maka bagi mereka cukup sekadar wang sebagai tanda kasih pada ibu tanpa perlu lagi kepada perhatian dan kasih sayang. Betapa ramai ibu yang sanggup mati demi memastikan anaknya terus hidup sedangkan betapa ramai anak yang menginginkan ibunya lekas mati supaya tidak lagi menjadi bebanan hidupnya. Ingatlah Islam meletakkan ibu di tempat yang mulia. Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu, kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibu

عَنْ جَاهِمَة السُّلَمِيِّ جَاءَ إِلىَ رَسُوْلِ اللهِ e فَقَالَ : يَا رَسُوْلَ اللهِ أَرَدْتُ الغَزْوَ وَجِئْتُكَ أَسْتَشِيْرُكَ فَقَالَ : هَلْ لَكَ مِنْ أُمٍّ, قَالَ: نَعَمْ, فَقَالَ : الزَمْهَا فَإِنَّ الجَنَّةَ عِنْدَ رِجْلَيْهَا

Maksudnya : Daripada Jahimah al-Sulami bahawa dia datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata : Wahai Rasulullah! Aku ingin berperang, dan aku datang untuk berbincang. Rasulullah bertanya : Adakah engkau mempunyai ibu?. Dia menjawab : Ya!. Rasulullah bersabda : Dampingilah dia sesungguhnya syurga terletak di kedua kaki ibu – HR al-Hakim

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 79 – 80 surah al-Qosas :

فَخَرَجَ عَلَىٰ قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ ۖ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ  وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ

Maksudnya : Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: “Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik”. Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di antara mereka): “Janganlah kamu berkata demikian, pahala daripada Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar

Setiap 16 Mei disambut Hari Guru bagi mengenang jasa guru yang melahirkan manusia berjasa termasuk pemimpin negara. Pada hari ini kita bercakap berkenaan penderhakaan terhadap guru yang begitu ketara sehingga diperkatakan sekarang berkaitan mahu mengembalikan hukuman rotan di sekolah serta hukuman berat kepada Mat Rempit yang kebenyakannya remaja. Antara puncanya ialah dasar pendidikan negara yang lebih cenderung kepada pendidikan sains dan teknologi sesuai dengan peredaran zaman tanpa memberi penekanan kepada pendidikan agama sebagai perisai konkrit untuk berdepan dengan cabaran semasa. Tanpa didikan agama, manusia seolah-olah tidak memilikii matlamat hidup yang jelas dan tidak berasa takut untuk melakukan sesuatu perkara biarpun bercanggah dengan agama. Indeks gejala sosial semakin melonjak adalah disebabkan institusi keluarga yang pincang, cetek pendidikan agama, pembangunan tidak seimbang, pengaruh media massa dan rakan sebaya. Kita hidup dalam zaman fitnah di mana harta dipuja agama dihina, dunia dikejar akhirat ditinggal. Manusia lebih hormat kepada sesiapa yang mampu memberikannya kesenangan dunia daripada sayang kepada ulama’ yang menunjukkan jalan yang betul dalam mengurus dunia berasaskan agama serta bagaimana cara untuk meraih kebahagiaan yang kekal di akhirat nanti.

Firman Allah dalam ayat 9  surah al-Munafiqun:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ