• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,677,510 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,409 other followers

93. AQIDAH TERJAGA UMMAH MULIA


 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam  ayat 144 surah ali Imran :

وما محمد إلا رسول قد خلت من قبله الرسل , أفإن مات أو قتل انقلبتم على  أعقبكم  , ومن ينقلب على عقبيه فلن يضر الله شيئا , وسيجزي الله الشكرين .

Maksudnya : Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur

Kita baru sahaja meninggalkan bulan Rabiul Awwal yang merupakan bulan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Namun begitu ingatan terhadap segala sifat mulia dan perjuangan nabi tidak akan terhenti dengan berlalunya bulan Rabiul Awwal sebaliknya semangat kita terus marak membara dalam berusaha untuk mencontohi segala sifat terpuji yang ada pada nabi itu disamping meneruskan perjuangan suci dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini walau apa pun yang datang menghalang. Walau pun nabi Muhammad s.a.w telah meninggalkan kita 1400 tahun yang lalu namun melalui sumber wahyu al-Quran dan hadis nabi serta tunjuk ajar daripada para ulama’ maka segala ajaran yang ditinggalkan oleh nabi terus diamalkan dan agama Islam terus dipertahankan kesuciannya daripada dikotori dan dicemari oleh musuh Allah yang semenangnya begitu benci dan cemburu kepada kehebatan dan keadilan Islam.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Kelahiran nabi Muhammad s.a.w bersama dengan risalah Islam yang dibawanya telah merubah keadaan tamadun manusia di mana dunia dulu yang gelap dengan kesesatan jahiliah telah kembali bersinar dengan cahaya ilmu berdasarkan wahyu Allah, dunia dulu yang dipenuhi manusia yang bersifat kebinatangan kembali melahirkan manusia yang memiliki sifat kemanusiaan yang terpuji, dunia dulu yang dicengkam oleh kezaliman sistem ciptaan manusia kembali aman di bawah payung keadilan sistem Islam, dulu manusia bergerak dan bertindak berdasarkan nafsu tetapi setelah datangnya Islam maka mereka dikawal oleh sistem bersumberkan wahyu sehingga kehidupan manusia menjadi mulia. Kelahiran nabi Muhammad s.a.w telah membawa rahmat kepada sekalian alam bukannya terbatas di bumi arab sahaja bersesuaian dengan perutusannya sendiri untuk seluruh umat manusia yang tidak terbatas oleh perbezaan bangsa, negara, bahasa, budaya dan sebagainya.

Setelah kewafatan nabi Muhamad s.a.w pada 12 Rabiul Awwal tahun 11 Hijrah maka perjuangan nabi terus diwarisi oleh para ulama’ dari kalangan sahabat yang dimulai dengan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq. Perjuangan nabi tidak terhenti dengan kewafatannya malah semakin semarak sehingga pejuang Islam melalui semangat yang telah ditiupkan oleh nabi sebelum ini melalui al-Quran dan hadis maka mereka berjaya membawa obor Islam untuk menerangi seluruh bumi sehingga Islam berjaya merobohkan Empayar Kristian Rom, Empayar  Majusi Parsi, Empayar Hindu India dan Empayar Budha China serta berkembang di bumi Eropah dengan kejayaan panglima Toriq bin Ziyad menawan Sepanyol. Kemenangan yang dicapai oleh umat Islam ini adalah kerana mereka terus berpegang teguh dengan ajaran Islam yang menyeluruh walau pun nabi sendiri telah pun wafat. Mereka terus yakin dengan ajaran nabi dengan terus memperjuangkannya walau pun terpaksa bermandi darah dan menjadikan nyawa sebagai cagaran. Perjuangan para pejuang Islam yang dipimpin oleh para ulama’ itu mestilah dicontohi jika kita mahu mencari kemuliaan yang hakiki. Lebih baik kita berundur 1400 tahun ke belakang untuk menjadikan nabi sebagai tempat rujukan terbaik dalam mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat daripada kita terus mengikut sistem dan cara hidup barat yang sesat serta tidak mempunyai hala tuju yang jelas.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Kejayaan Islam dalam menyebarkan dakwah ke seluruh pelusuk dunia adalah kerana Islam merupakan agama yang benar yang mempunyai sumber yang tetap dan terjaga iaitu wahyu al-Quran disamping ia mempunyai ruh yang mampu memberi ketenangan dan menawan hati manusia. Islam tidak tersebar melalui kekerasan dan paksaan tetapi dipeluk dan diterima secara kerelaan hati oleh umat manusia. Islam menekankan ilmu kepada umat manusia sehingga ia mampu bangkit di atas kebenaran yang jelas dan Islam tidak tertegak di atas paksaan untuk menerimanya dan bukan juga diterima kerana kejahilan manusia itu sendiri. Melalui ilmu yang jelas berdasarkan wahyu Allah ini maka tertanamnya aqidah yang kukuh di dalam sanubari umat Islam sehingga mereka sanggup tunduk dan patuh terhadap setiap ajaran Islam yang menyeluruh samada dalam keadaan senang atau susah, kaya atau papa, sihat atau sakit.

Setelah jelas kepada kita bagaimana kehebatan Islam tertegak di atas kekuatan aqidah umatnya maka sudah semestinya kita terus memelihara aqidah kita, keluarga kita, masyarakat kita agar tidak dinodai oleh sebarang unsur syirik. Kita juga perlu faham bahawa musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk merosakkan aqidah umat Islam agar Islam tidak lagi menjadi suatu kuasa yang bakal menggugat kuasa kuffar pada masa kini dan akan datang. Dua golongan utama yang menjadi sasaran kuffar ialah golongan belia dan wanita di mana keduanya menjadi tunjang utama kepada perjuangan Islam. Jika golongan belia bakal menggantikan para pemimpin maka golongan wanita pula merupakan golongan yang diamanahkan untuk mengasuh dan mendidik anak-anak sehingga mereka mampu lahir sebagai golongan yang berguna untuk agama dan negara. Barat mengakui bahawa tamadun kebendaan yang mereka dirikan selama ini tidak lebih hanya mampu melahirkan masyarakat babi iaitu manusia yang hanya tahu untuk makan, berkerja, berhibur dan tidur sahaja tanpa mempunyai arah tujuan hidup yang jelas dan tiada masa untuk mendekatkan diri kepada Tuhan disebabkan masyarakat barat sendiri hanya memandang agama sebagai penyekat kepada kebebasan hidup. Kuffar begitu risau dengan kerosakan akhlak yang berlaku dalam masyarakat mereka dan dalam masa yang sama mereka begitu bimbang Islam akan kembali menguasai dunia disebabkan hanya Islam berjaya membina tamadun kemanusian dan kebendaan secara serentak berasaskan wahyu. Oleh itu mereka berusaha menghancurkan aqidah umat Islam agar semua masyarakat samada kuffar dan Islam akan menjadi umat yang rosak dan kuffar terus membina kekuatan tanpa batasan di atas kerosakan yang berlaku itu. Golongan belia dihanyutkan dengan hiburan yang melalaikan sehingga ramai yang terlibat dengan najis dadah, arak manakala golongan wanita pula disibukkan dengan kerja luar sehingga terabainya pembinaan diri anak-anak. Malah golongan wanita juga dicemari dengan kebebasan yang tidak terbatas sehingga berleluasanya kerosakan akhlak seperti zina.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Setelah menyedari bahawa Islam ada kekuatan ruhnya iaitu aqidah maka dengan sendirinya kita dapat membaca hasil kepada perjumpaan pemimpin negara kita dengan Presiden Amerika Syarikat ketua pengganas masa kini dan juga perjumpaan dengan Pope atau ketua paderi Kristian sedunia di Rome tidak banyak membantu umat Islam. Sebagai pemimpin yang berpegang kepada ajaran sekularisme maka beliau tidak mampu membawa risalah Islam yang sebenar malah tindakannya yang terus menahan rakyat yang tidak bersalah serta menyerang pusat pengajian agama secara membuta tuli melambangkan Islam yang dikehendakinya. Barat walau pun majority rakyatnya beragama Kristian tetapi disebabkan pemisahan antara pemerintahan dengan agama maka mereka hidup dengan duit yang menyebabkan dengan mudahnya golongan yahudi menguasai mereka untuk terus melakukan kezaliman dan penindasan terhadap umat Islam. Kristian tidak mampu memberi tekanan kepada yahudi kerana mereka sendiri telah dibeli oleh yahudi yang sememangnya jahat dan menguasai ekonomi dunia hari ini. Kejahatan yahudi hanya mampu disekat oleh pejuang Islam yang mempunyai aqidah yang kuat. Yahudi mampu untuk terus bermaharajalela selagi umat Islam meninggalkan ajaran Islam yang menyeluruh. Yahudi sebenarnya begitu takut kepada pejuang Islam sehingga apa yang terbaru ialah yahudi melarang kemasukan buah tamar ke Palestin kerana bimbang bijinya akan menjadi peluru lastik dan buah tamar itu sendiri memberi kekuatan kepada pejuang Islam.

Firman Allah dalam ayat 155 surah at-Baqarah

ولنبلونكم بشيء من الخوف والجوع ونقص من الأموال والأنفس والثمرات وبشر الصابرين

Maksudnya : Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut kepada  musuh dan dengan merasai kelaparan dan dengan berlakunya kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Satu Respons

  1. Reblogged this on KUkial_Jr@com.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: