• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3

  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,990,083 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 40,757 other followers

  • Advertisements

39. DAULAH ISLAMIAH MEMPERKASAKAN ISLAM

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

فرمان الله تعالى دالم أية    54   سورة المائدة :

يأيها الذين ءامنوا من يرتد منكم عن دينه فسوف يأتى الله بقوم يحبهم ويحبونه أذلة على المؤمنين أعزة على الكـفرين  يجــهدون فى سبيل الله ولا يخافون لومة لآئم  ذلك فضل الله يؤتيه من يشآء والله وسع عليم

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di kalangan kamu yang murtad daripada agamanya maka Allah akan mendatangkan suatu kaum di mana Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, bersikap lemah lembut sesama orang beriman serta tegas terhadap golongan kafir, berjihad di jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Itulah kurnian Allah yang dianugerahkannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas pemberianNya lagi Maha Mengetahui

            Kini kita berada di minggu terakhir bulan Zulhijjah di mana tidak lama apabila terbitnya fajar 1 Muharram maka kita akan meninggalkan tahun 1422 bagi sama-sama menyambut ketibaan tahun baru 1423 Hijrah. Kesyukuran dipanjatkan ke hadhrat Rabbul ‘Izzati di atas segala kurniaan dan rahmatNya yang melimpah ke atas kita semua dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba di alam dunia fana sebelum dijemput menemuiNya di alam akhirat yang kekal selamanya. Masa begitu pantas berlalu meninggalkan kita di mana beredarnya masa bersama dengan meningkatnya usia kita yang turut mengingatkan kita betapa hampirnya kita kepada hari mati serta bertambah dekatnya dunia ini untuk menemui hari terakhirnya iaitu hari qiamat. Kita berharap agar semua amalan kita setahun yang bakal berlalu diterima oleh Allah sebagai bekalan hari akhirat disamping mengharapkan agar segala dosa diampunkan oleh Allah Tuhan Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Tahun 1422 yang bakal meninggalkan kita telah meninggalkan seribu satu pengalaman dan peristiwa samada manis atau pahit, kenangan indah atau berdarah buat umat Islam sedunia. Semoga fajar tahun baru yang bakal tiba akan menjanjikan kehidupan yang lebih mulia dan aman kepada umat Islam yang kini dihina dan hidup dalam ketakutan akibat kezaliman dan penindasan yang dihadapi silih berganti. Kita umat Islam telah diberikan kemuliaan oleh Allah dalam membina sebuah kuasa yang besar dengan tamadun yang tinggi bermula daripada zaman Rasulullah s.a.w dan seterusnya disambung tugas sebagai pemerintah yang menjaga kesucian agama dan mengurus kehidupan dunia berdasarkan wahyu oleh Khulafa’ al-Rasyidin dan khalifah-khalifah selepas mereka termasuk di alam Melayu ini. Malangnya apabila kesucian Islam dicemari dan system Islam dipenjarakan oleh penjajah dan diteruskan peranan ini oleh  anak didik mereka maka umat Islam terus menjadi umat yang hina dan tertindas termasuk di negara umat Islam sendiri. Bila diperhatikan bagaimana perbezaan ketara antara kehidupan umat Islam semasa di Mekah sebelum hijrah tanpa kuasa pemerintahan di mana kuffar quraisy saban hari sentiasa mengancam dan berusaha mengembalikan umat Islam kepada kekufura sehingga ramai yang terbunuh syahid. Penindasan terhadap umat Islam di Mekah pada masa itu tidak dapat disekat sehingga datangnya kebenaran untuk berhijrah ke Habsyah sedangkan Rasulullah s.a.w sendiri tidak turut serta ke sana walau pun penentangan terhadap dakwah Islam dan keselamatan tubuh baginda sendiri tidak terjamin. Kehidupan umat Islam dan kehebatan umat Islam mula berubah daripada umat yang tertindas kepada umat yang memerintah, daripada umat yang dihina kepada umat yang mulia, daripada umat lemah kepada umat yang gagah apabila tertegaknya pemerintahan Islam pertama di Madinah selepas penghijrahan Rasulullah s.a.w dan umat Islam dari Mekah ke Madinah dengan mendapat keizinan daripada Allah. Kuasa pemerintahan yang dianugerahkan bersama dengan pelaksanaan seluruh sistem Islam dalam urusan kehidupan telah mengubah segala-galanya di mana Islam tidak lagi dipandang rendah oleh musuh malah Islam dipandang begitu indah bagi mereka yang mencintainya dan dipandang sebagai suatu kuasa yang gagah dan mampu menggugat kuasa besar yang lain bagi sesiapa yang memusuhinya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Jika dilihat keadaan masyarakat majmuk di Madinah semasa ketibaan Rasulullah s.a.w maka dari segi perkiraan akal begitu payah untuk menegakkan Daulah Islamiah yang melaksanakan seluruh sistem Islam kerana ia agak asing dan belum terlaksana sebelum ini. Kuasa Allah melebihi segala kuasa makhlukNya di mana jumlah umat Islam pada masa itu di kalangan Muhajirin dan Ansor adalah sedikit berbanding rakyat Madinah yang belum memeluk Islam termasuk yahudi tetapi Daulah Islamiah yang melaksanakan seluruh sistem  dapat ditegakkan dengan jayanya hasil kebijasanaan Rasulullah s.a.w, keadilan system Islam yang diperakui oleh rakyat Madinah pada masa itu serta pertolongan Allah. Kehebatan Daulah Islamiah terus dicemburui dan dimusuhi oleh kuffar Quraisy Mekah sehingga banyak peperangan yang berlaku. Kekuatan Islam yang menguasai hati manusia dan mengawal pergerakan mereka dengan perundangan yang adil telah membolehkan Islam tersebar luas ke seluruh tanah Arab dan sekitarnya dan seterusnya berjaya meruntuhkan 2 kuasa besar pada masa itu iaitu kuasa Kristian Rom dan kuasa Majusi Parsi serta menawan 2 Empayar kuat Hindu India dan Budha China. Kekuatan Islam bukan terletak pada paksaan senjata bagi menundukkan orang lain kepada Islam sebaliknya Islam dengan keindahan dan kesempurnaan sistemnya yang bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri telah berjaya menundukkan hati manusia untuk akur dan taat kepada Islam. Ini berbeza dengan ideologi dan sistem ciptaan manusia yang hanya mampu meluaskan kuasanya melalui senjata dengan memaksa orang lain tunduk kepada sistem yang dicipta. Kejatuhan pemerintahan Islam kebanyakannya akibat kecuaian umat Islam sendiri yang meninggalkan ajaran dan sistem Islam yang menyebabkan kezaliman berlaku sedangkan kejatuhan kuasa pemerintahan yang berasaskan sistem ciptaan manusia akibat daripada kezaliman system itu sendiri yang terlalu memaksa rakyat untuk tunduk kepadanya malah mereka yang bertanggunggjawab mencipta sistem itu sendiri menjadi golongan yang melanggar sistem yang dicipta. Hanya Allah Tuhan  Pencipta sahaja yang mampu mengawal manusia dengan sistem Islam yang berdasarkan wahyu yang diturunkan kepada umat manusia sedangkan manusia tidak mampu mengawal manusia yang lain berdasarkan akalnya yang lemah.

 

Sidang Jumaat yang dihormati,

            Jika Rasulullah s.a.w dan para sahabat terpaksa berhijrah daripada tanahair tercinta menuju ke Madinah maka ramai saudara kita hari ini turut dipaksa berhijrah tetapi yang berbezanya Rasulullah s.a.w berjaya membina Daulah Islamiah dan menjadi umat mulia sedangkan umat Islam hari ini terus menjadi pelarian yang mengharapkan ihsan daripada orang lain. Jika Rasulullah s.a.w berjaya menghalau yahudi daripada bumi Madinah apabila mereka melanggar piagam Madinah sedangkan umat Islam hari ini dihalau oleh yahudi yang melanggar perjanjian damai sesuka hati dari bumi Palestin milik umat Islam. Jika para sahabat nabi berjaya meruntuhkan kuasa besar dengan kekuatan Islam sedangkan umat Islam pada hari ini seperti di Aghanistan, Kashmir, Selatan Filiphina diserang oleh kuasa besar kuffar yang dibantu oleh umat Islam yang tidak sedar diri apabila ajaran Islam diketepikan. Jika Rasulullah s.a.w dan khalifah Islam selepas itu berjaya memberi layanan istimewa dan menghormati umat bukan Islam tetapi umat Islam pada hari ini yang hidup dalam negara kuffar diperangi seperti di Gujerat India di mana lebih 650 umat Islam dibunuh dan dibakar oleh pelampau hindu atas alasan umat Islam bertanggungjawab membunuh 58 aktivis hindu dalam sebuah keretapi baru-baru ini. Jika pada zaman Rasulullah s.a.w dan khalifah selepas itu masjid mudah dibina tetapi kebanyakan masjid hari ini terdedah kepada bahaa sehingga ada pelampau yahudi yang mencadangkan untuk mengebom Ka’abah di Mekah disamping yahudi sehingga hari ini cuba meruntuhkan Masjid al-Aqsa, Palestin dan pelampau hindu pula cuba membina kuil di atas runtuhan Masjid Babri, India yang diruntuhkan beberapa tahun yang lalu. Inilah bezanya apabila Islam dilaksana dan bala Allah apabila Islam diketepikan. Oleh itu hayunkan tangan, langkahkan kaki dalam mengembalikan semula kemuliaan umat Islam dengan sama-sama kembali bersatu di bawah panji Islam dan seterusnya melaksanakan seluruh system Islam dalam setiap aspek kehidupan. Islamlah nescaya kita selama dunia dan akhirat.

Firman Allah dalam ayat 33 surah Ahzab :

من المؤمنين رجال صدقوا ماعــهدوا الله عليه فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا

Maksudnya : Di antara orang mukmin itu ada mereka yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah maka di antara mereka ada yang gugur syahid. Dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah janjinya

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Advertisements

119. HIJRAH BINA IDENTITI UMAT MERDEKA

 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 100  surah an-Nisa’ :

ومن يهاجر فى سبيل الله يجد فى الأرض مرغما كثيرا وسعة ومن يخرج من بيته مهاجرا إلى الله ورسوله ثم يدركه الموت فقد وقع أجره على الله  وكان الله غفورا رحيما

Maksudnya : Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah S.W.T  nescaya mereka mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah S.W.T dan rasulNya kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang dituju maka telah tetap pahala di sisi Allah S.W.T. Dan adalah Allah S.W.T Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Kini kita berada di bulan Muharram bagi tahun baru 1427 Hijrah. Pelbagai usaha dan cara yang dilakukan oleh umat Islam dalam merayakan kedatangan tahun baru hijrah untuk sama-sama meningkatkan kesedaran umat Islam bahawa kita mempunyai taqwim hijrah yang tinggi nilainya setelah begitu lama umat Islam sendiri lebih membesarkan kalendar masihi dalam kehidupan seharian. Tanyalah diri kita masing-masing tentang sejauh manakah penggunaan taqwim hijrah yang digunakan untuk mengatur urusan seharian. Jika tidak disebabkan dengan kaitan antara taqwim hijrah dengan waktu sembahyang, puasa Ramadhan, hari raya dan beberapa lagi hari penting dalam Islam maka semakin lama taqwim hijrah akan dilupai oleh umat Islam sendiri. Oleh itu menjadi kewajipan kepada umat Islam dalam memartabatkan semula penggunaan yang lebih meluas terhadap taqwim hijrah agar identiti umat Islam lebih terserlah dan tidak lagi terlalu bergantung kepada musuh Islam dalam pelbagai perkara termasuk taqwim tahunan.

Sambutan tahun baru hijrah juga bertujuan mengajak umat Islam agar menghayati konsep hijrah yang pernah dilalui oleh nabi Muhammad s.a.w. Sekiranya pada bulan Zulhijjah yang baru lalu kita banyak menyentuh tentang pengorbanan suci yang pernah dilakukan oleh nabi Ibrahim dan anak kesayangannya nabi Ismail serta beberapa pengorbanan yang lain maka pada bulan Muharram pula umat Islam banyak diberikan penekanan terhadap hijrah nabi Muhammad s.a.w dari tanahair tercinta Kota Mekah sehingga berjaya mendirikan Daulah Islamiah di Kota Madinah. Perintah hijrah ini bukan sahaja dilalui oleh nabi Muhammad s.a.w tetapi turut dilalui oleh beberapa nabi dan rasul sebelum ini di mana hijrah merupakan antara kewajipan yang terpaksa ditempuhi sebelum datangnya pertolongan dan kejayaan yang lebih besar daripada Allah. Hubungan rapat antara korban dan hijrah tidak dapat dinafikan kerana hanya orang yang sanggup berkorban apa sahaja untuk Allah dan rasulNya yang sanggup berhijrah meninggalkan tanahair tercinta bukan untuk mengejar kemewahan hidup sebaliknya bersama memartabatkan seluruh system Islam.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

            Kita dapat menyaksikan bagaimana hijrah yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w bukan berlaku secara tergesa-gesa dan mudah sebaliknya hijrah itu didahului dengan pelbagai perancangan dan strategi yang rapi terutama dalam membina umat Islam yang mantap aqidahnya serta bersedia untuk memperjuangkan Islam walau pun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan. Apabila berjaya melahirkan umat Islam yang berhijrah yang digelar Muhajirin dan penduduk Madinah yang sanggup membantu digelar Ansor di mana kedua-dua golongan ini begitu mantap aqidahnya, indah akhlaknya dan tinggi semangat juangnya maka ini semua merupakan aset penting bagi membantu Rasulullah s.a.w dalam mendirikan Daulah Islamiah yang gemilang di Madinah.  Kegagalan melahirkan pemimpin dan umat yang  benar-benar kukuh aqidahnya, utuh budi pekertinya dan bersungguh dalam meninggikan kalimah di muka bumi ini menyebabkan umat Islam gagal mengembalikan kejayaan system Khilafah yang pernah menerajui dunia sebelum ini. Umat Islam yang kabur aqidahnya, hancur akhlaknya dan kendur semangat juangnya tidak mampu melawan godaan dunia berbentuk politik wang dan juga cabaran yang lebih keras seperti undang-undang rimba ISA, buang kerja dan sebagainya.

            Ramai juga umat Islam yang terkeliru dengan janji manis yang dibawa oleh golongan yang mendakwa ingin melaksanakan system Islam sebaliknya dalam keadaan yang begitu halus mereka membuang sedikit demi sedikit kekuatan dan ruang untuk umat Islam memahami Islam secara menyeluruh seperti sekatan terhadap masjid, pusat pengajian agama, proses tarbiah di pusat pengajian tinggi dan sebagainya.  Kita mesti ingat kepada kata-kata musuh Islam bahawa untuk memasukkan umat Islam kepada agama Kristian agak payah tetapi Kristian mesti melahirkan golongan daripada umat Islam sendiri untuk memesongkan aqidah umat Islam sebagaimana pemburu gajah akan menggunakan gajah denak untuk menangkap gajah liar. Mengharapkan golongan sekuler untuk menegakkan Islam seolah-olah kita seperti ayam daging yang menganggap ia adalah ternakan yang disayangi kerana diberikan makanan setiap hari tetapi rupa-rupanya hanya menunggu masa untuk disembelih dan seterusnya bakal dijual kepada pembeli.  Oleh itu kita perlu faham bahawa slogan seperti Islam Hadhari bukan suatu usaha dalam memartabatkan Islam sebaliknya ia bertujuan untuk mengendurkan semangat serta mengelirukan umat Islam yang benar-benar cintakan Islam daripada meneruskan perjuangan sebagaimana yang disuruh oleh Allah dan rasulNYa.

Firman Allah S.W.T dalam ayat 204-205 surah al-Baqarah :

ومن الناس من يعجبك قوله فى الحيــوة الدنيا ويشهد الله على ما فى قلبه وهو ألد الخصام.  وإذا تولى سعى فى الأرض ليفسد فيها ويهلك الحرث والنسل والله لايحب الفساد

Maksudnya : Dan di antara manusia ada orang di mana ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu. Dan dipersaksikan kepada Allah S.W.T isi hatinya sedangkan dia adalah penentang yang paling keras. Dan apabila dia berpaling dari kamu, dia berjalan di atas muka bumi ini untuk melakukan kerosakan padanya dan merosak tanaman dan binatang ternakan dan Allah S.W.T tidak menyukai kebinasaan

 

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

            Hijrah yang berjaya ialah hijrah yang berjaya menukarkan umat tertindas kepada umat berdaulat, umat dihina kepada umat memimpin dunia, umat yang lemah bertukar menjadi gagah. Hijrah yang berjaya juga mengubah dunia daripada kongkongan jahiliah kepada keluasan Islam, daripada gelap kekufuran kepada terangnya iman, daripada kezaliman nafsu kepada keadilan wahyu.

Kedatangan tahun baru hijrah sepatutnya mengubah diri kita daripada terus tunduk kepada system ciptaan manusia dengan berhijrah kepada system Islam. Kita lihat perundangan manusia telah gagal apabila masalah Hiv/AIDS menunjukkan peningkatan apabila Malaysia kini berada di tempat kelima di rantau Asia Pasifik. Oleh itu pengajian seks bermula daripada kanak-kanak mestilah diselaraskan dengan kehendak Islam agar rakyat bukan sahaja bimbang pada bala Hiv/AIDS malah mesti takut kepada Allah dan juga azab neraka. Begitu juga dengan laporan bagaimana 5000 orang gadis Melayu menjadi tukang urut di sekitar Lembah Klang sahaja. Kini timbul pula golongan terutamanya bukan Islam yang mendesak agar mahkamah syariah berada di bawah kehakiman sivil yang sekuler sebagaimana pada era penjajah selepas perebutan mayat pendaki gunung Everest baru-baru ini. Desakan ini begitu merbahaya terutama agama Islam bakal dikawal sepenuhnya oleh mahkamah sivil. Perundangan yang ada sekarang pun sudah menyekat banyak kebebasan umat Islam untuk mengamalkan seluruh system Islam apatah lagi jika ia dipinda. Malah desakan agar menghalalkan perkahwinan bukan Islam dengan orang Islam tanpa perlu memeluk Islam terlebih dahulu serta memberi kebebasan untuk murtad di mana semua desakan ini bakal meletakkan umat Islam dalam penuh kehinaan di negara majoriti umat Islam. Kita turut bimbang apabila Sisters In Islam yang mengaku Islam mempertikaikan beberapa ketetapan Allah dalam pembahagian pesaka dan masalah poligami serta talak. Golongan ini hanya menggunakan akal dan panduan berasaskan hak asasi bawaan barat dalam menafsirkan hukum agama. Hilangnya ilmu agama menyebabkan zahirnya kejahilanyang membawa kepada kesesatan. Oleh itu marilah kita berhijrah dengan menyuburkan semula pengajian agama dan perkasakan pusat pengajiannya. Bersama kita berhijrah dengan membasmi kejahilan dan memerangi kesesatan.

Firman Allah dalam ayat  74 surah al-Anfal :

والذين ءامنوا وهاجروا وجــهدوا فى سبيل الله والذين ءاووا ونصروا  أولئك هم المؤمنون حقا  لهم مغفرة ورزق كريم

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

40. HIJRAH MENJULANG KEHEBATAN ISLAM

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

فرمان الله تعالى دالم أية    100   سورة النساء :

ومن يهاجر في سبيل الله يجد فى الأرض مرغما كثيرا وسعة ومن يخرج من بيته مهاجرا إلى الله ورسوله ثم يدركه الموت فقد وقع أجره على الله وكان الله غفورا رحيما

Maksudnya : Sesiapa berhijrah di jalan Allah nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang melimpah. Sesiapa keluar dari rumahnya dengan niat berhijrah kepada Allah dan rasulNya kemudian kematian menimpanya sebelum tiba ke tempat yang dituju maka sesungguhnya dia tetap mendapat pahala di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

            Kini kita berada pada minggu pertama bulan Muharram yang mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri dan kita juga bakal menyambut ketibaan hari Asyura iaitu hari kesepuluh Muharram pada hari Ahad ini bagi sama-sama berpuasa sunat sebagai menyambut saranan dan galakan daripada Rasulullah s.a.w. Kita berdoa kepada Allah agar ketibaan tahun baru hijrah ini dapat mengubah kehidupan umat Islam daripada tersepit dalam kesesatan sistem hidup kepada kelapangan hidup dengan terlaksananya sistem Islam yang adil, daripada kegelapan jahiliah moden yang bersumber hawa nafsu dan akal yang lemah kepada terangnya dunia dengan suluhan wahyu Allah, daripada suramnya dunia daripada kasih sayang akibat meluasnya kezaliman kepada amannya dunia dengan tebaran kasih sayang berasaskan Islam, daripada terseksanya manusia dan hancurnya bumi disebabkan tangan-tangan manusia pengganas yang dahagakan darah dan nyawa demi mencapai kuasa dan harta kepada bahagianya manusia diterajui oleh manusia yang soleh dan bertaqwa yang sentiasa berusaha memimpin dan membimbing umat manusia ke arah mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Jika pengganas kuffar dengan angkuh mengatakan bahawa tahun 2002 Masihi sebagai tahun peperangan maka kita umat Islam selain berwaspada dengan amaran kuffar itu maka kita sepatutnya menyambut ketibaan tahun baru 1423 Hijrah sebagai tahun untuk umat Islam kembali bersatu di bawah panji Islam seterusnya mengatur langkah dari segi dakwah sehingga bertambahnya umat Islam yang bukan sahaja mampu mengucap 2 kalimah syahadah tetapi turut memahami segala tuntutannya seterusnya mengamalkannya dalam setiap aspek kehidupan. Melalui peristiwa Hijraturrasul s.a.w maka kita boleh dapati banyak pengajaran dan juga taktik yang terbaik dalam mengembalikan semula daulah Islamiah yang telah lama hilang sehingga memungkinkan Islam kembali menjadi agama yang memerintah bukannya agama yang diperintah. Sudah cukup air mata yang dicurahkan bagi meratapi penderitaan umat Islam seluruh dunia yang menjadi sasaran peluru kuffar durjana dan sudah cukup hati kita merintih sayu melihat darah umat Islam mengalir membasahi bumi akibat kezaliman pengganas kuffar yang tidak berhati perut membunuh umat Islam sesuka hati. Kini kita mesti berusaha untuk kembali menjadi umat pilihan dan mulia dengan sama-sama melaksanakan Islam dalam kehidupan bukan sahaja pada ibadat khusus tetapi turut merangkumi sistem ekonomi, politik, sosial dan sebagainya sehingga usaha kita ini mendapat keredhaan Allah dan memenuhi syarat sebagai umat yang dijanjikan kemenangan oleh Allah di dunia dan akhirat. Biarlah air mata yang mengalir selepas ini adalah air mata  kegembiraan menyambut kemenangan Islam setelah segala syarat untuk mencapai kemenangan sudah pun kita tunaikan. Ingatlah bahawa kemenangan Islam bukan datang melayang tetapi memerlukan kepada pengorbanan dalam melawan hawa nafsu dan syaitan daripada kalangan jin dan manusia yang sentiasa berusaha melawan pejuang Islam yang ikhlas berjuang meninggikan kalimah Allah di muka bumi yang fana ini.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Apabila merenung beberapa tugas yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w setelah tiba di Madinah dalam peristiwa Hijrah maka kita akan dapati di sana beberapa pengajaran penting yang mesti kita buat mengikut kesesuaian tempat dan masa sehingga Daulah Islamiah yang berjaya ditegakkan di Madinah pada zaman nabi akan dapat ditegakkan kembali pada hari ini. Tugas pertama nabi ialah mendirikan masjid bagi mendekatkan diri hamba dan Allah sehingga sebarang perkara yang melalaikan dan bercanggah daripada syariat Islam dapat dicegah. Masjid bukan sahaja berperanan sebagai tempat ibadat khusus dan pengajian agama malah tempat untuk merapatkan tali persaudaraan berasaskan agama bukannya harta dan bangsa. Pada zaman nabi masjid dijadikan pusat pemerintahan yang utama sehingga peranannya dapat melahirkan sebuah pemerintahan yang adil lagi saksama. Ini berbeza dengan peranan masjid pada hari ini yang cuba disempitkan peranannya sehingga masjid hanya dikunjungi ketika solat jemaah malah ada juga larangan daripada menyampaikan kuliah agama dalam masjid kerana begitu gerun dengan kesedaran masyarakat tentang Islam yang menyeluruh.

            Rasulullah s.a.w turut mempersaudarakan antara kaum Muhajirin dan Ansor sehingga ikatan yang berasaskan iman ini akan lebih menguatkan lagi ukhwah Islamiah sehingga memungkinkan Daulah Islamiah yang ditegak sentiasa dijaga dengan penuh tanggungjawab oleh setiap umat Islam disamping mampu menjadi pemimpin kepada orang bukan Islam yang bersedia tunduk kepada pemerintahan Islam. Persaudaraan yang dibuat ini banyak memberi kebaikan kepada nabi dan umat Islam sehingga Daulah Islamiah yang dibina dengan bilangan umat Islam agak kecil berbanding jumlah orang bukan Islam termasuk yahudi yang menjadi rakyat kepada negara Madinah namun begitu dengan bilangan yang kecil ini Daulah Islamiah yang dibina ini bukan sahaja mampu menguasai orang bukan Islam dalam negara malah mampu meluaskan kuasa pemerintahan sehingga tumbangnya kerajaan Majusi Parsi dan Kristian Rom. Ini berbeza dengan kita pada hari ini di mana perpaduan yang dibuat atas dasar bangsa yang menyebabkan timbulnya perasaan dendam yang merbahaya di mana setiap bangsa hanya menunggu peluang untuk berkuasa bagi menguasai bangsa lain yang lebih lemah. Keadaan dalam negara nampak tenang tetapi apabila api perkauman mula dibangkitkan maka masing-masing mula berbalah antara satu sama lain sehingga berlakunya rusuhan kaum. Inilah bahayanya apabila asas perpaduan yang dibina berdasarkan bangsa bukannya agama. Kehinaan daripada Allah akan menimpa bangsa yang meninggalkan Islam dan kemuliaan akan  menyirami ke atas bangsa yang melaksanakan Islam.

 

Sidang Jumaat yang dihormati,

            Usaha Rasulullah s.a.w yang paling besar dan mesti dijadikan rujukan utama dalam membina Daulah Islamiah ialah Piagam Madinah. Melalui piagam Madinah banyak peraturan dan undang-undang yang melibatkan orang Islam, orang bukan Islam dan hubungan antara negara luar di mana jika perhatikan secara terperinci mengenai piagam Madinah ini maka semakin jelaslah kebijaksaan Rasulullah s.a.w  yang memulakan semula pemerintahan secara teratur berdasarkan wahyu bukannya berasaskan siapa yang paling kuat dan siapakah yang paling ramai penyokongnya. Jika dibandingkan antara piagam Madinah dengan perlembagaan Malaysia maka akan jelaslah perbezaan antara keduanya dan menafikan pengistiharan bahawa negara ini adalah negara Islam. Asas kepada piagam Madinah sendiri yang meletakkan hukum yang tertinggi atau hakimiah ialah Allah sehingga sebarang peraturan yang bercanggah daripada apa yang dibawa oleh nabi adalah salah dan tidak boleh diguna pakai sedangkan perlembagaan negara kita meletakkan hukum yang tertinggi ialah perlembagaan Lord Reid yang berasaskan ideology manusia di mana sebarang percanggahan terhadap perlembagaan ini akan terbatal termasuk undang-undang Islam itu sendiri. Jika pada asasnya sudah bercanggah dan berlainan apatah lagi yang selainnya. Sebab itulah ketika di Madinah Rasulullah s.a.w bukan sahaja dihormati sebagai pemimpin tetapi turut dipandang mulia sebagai seorang rasul sedangkan dalam negara yang dikatakan negara Islam di mana sunnah nabi boleh dihina oleh pemimpin malah lebih ramai umat Islam sendiri yang berani menulis tentang perkara yang memburukkan keperibadian nabi seperti menuduh nabi mempunyai 15 orang gundik. Inilah betapa Islam boleh dipermain-mainkan apabila hilangnya daulah. Oleh itu sempena kedatangan tahun baru hijrah marilah kita sama-sama bersatu di bawah panji Islam dalam mengembalikan semula pemerintahan Islam di muka bumi ini.

Firman Allah dalam ayat 108 surah at-Taubah :

لاتقم فيه أبدا لمسجد أسس على التقوى من أول يوم أحق أن تقوم فيه  فيه رجال يحبون أن يتطهروا والله يحب المطهرين

Maksudnya : Sesungguhnya masjid yang didirikan di atas dasar taqwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri dan Allah mencintai mereka yang bersih.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

96. HIJRATURRASUL S.A.W LUASKAN PERANAN AGAMA

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُاللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ…أَمَّا بَعْدُ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَحَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Sayamenyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalianagarkitasama-samameningkatkanketaqwaankitakepadaAllahdenganmelakukansegalasuruhanNyadanmenjauhisegalayangditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat90-91 surah Yunus :

و جوزنا ببني إسرائيل البحر فأتبعهم فرعون وجنوده بغيا وعدوا حتى إذا أدركه الغرق قال آمنت أنه لاإله إلا الذي ءامنت به بنوا إسرائيل وأنا من المسلمين. ءالئن وقد عصيت قبل وكنت من المفسدين

Maksudnya : Dan Kami memungkinkan Bani Israel melintasi laut lalu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya kerana hendak menganiayai dan menindas mereka sehinggalah ketika Firaun itu telah hampir tenggelam lalu dia berkata : “ Aku percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai olehBani Israel dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri kepada Allah “. Adakah sekarang baru engkau percaya sedangkan engkau telah derhaka sejak dahulu dan engkau termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan.

Kita baru sahaja menyambut kedatangan tahun baru 1430 Hijrah dan juga bakal sama-sama menghidupkan ketibaan hari ‘Asyura’ nanti iaitu hari kesepuluh Muharram dengan puasa sunat. Puasa sunat hari ‘Asyura’ mengingatkan kita kepada suatu pesanan nabi s.a.w yang menggalakkan agar umat Islam lebih menghidupkan hari ‘Asyura’ berbanding umat yahudi bagi memperingati bagaimana pada hari tersebut di mana Allah telah menyelamatkan nabi Musa bersama kaumnya bani Israel daripada dikejar oleh Firaun dan bala tenteranya. Nabi Musa dan pengikutnya berjaya merentasi Laut Merah yang terbelah dua dengan izin Allah apabila nabi Musa memukulnya dengan tongkatnya sedangkan Firaun dan bala tenteranya ditenggelamkan di tengah Laut Merah apabila air laut itu kembali bercantum sebagaimana asal. Penghijrahan nabi Musa akibat tekanan dan permusuhan yang diterima daripada bapa angkatnya sendiri iaitu Firaun kerana dakwah Islam di mana Allah menunjukkan kepada kita bagaimana keangkuhan Firaun yang mengaku sebagai tuhan dihancurkan dengan mati lemas di tengah Laut Merah. Allah juga membawa gambaran bagaimana Firaun yang hampir mati lemas mula percaya kepada Tuhan yang dipercayai oleh nabi Musa dan Bani Israel tetapi pintu taubat kepadanya telah tertutup sehingga dia mati dalam keadaan penuh hina di dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Manusia angkuh dan sombong sentiasa lahir pada setiap masa dan tempat. Jika nabi Musa terpaksa berhadapan dengan manusia angkuh bernama Firaun dibantu oleh Haman dan Qarun maka tidak ketinggalan nabi kita Muhammad s.a.w yang terpaksa berhadapan dengan pembesar musyrikin Quraisy termasuk bapa saudaranya sendiri juga kerana dakwah Islam. Abu Lahab, Abu Jahal serta manusia angkuh bersamanya turut mengakui kebenaran Islam tetapi akibat tiadanya hidayah Allah dan permusuhan terhadap Islam telah menyebabkan cahaya iman dan kebenaran Islam cuba dipadamkan termasuk usaha membunuh nabi Muhammad s.a.w. Akhirnya nabi Muhammad s.a.w diizinkan oleh Allah untuk berhijrah sambil dikejar oleh musuh yang terus cuba membunuhnya. Penghijrahan yang terancang ini telah membawa suatu kejayaan yang gemilang kepada dakwah Islam. Jika dalam dakwah dan penurunan ayat al-Quran di Mekah sebelum ini hanya berkisar tentang dasar aqidah, hukum syariat yang boleh dilakukan oleh individu serta masalah pembinaan akhlak yang baik bersesuaian dengan keadaan dan kedudukan umat Islam di Mekah tanpa tampuk pemerintahan. Sebaliknya apabila berlakunya peristiwa hijrah ke Madinah maka dakwah Islam dan penurunan ayat al-Quran mula meluas bukan sahaja menyentuh dari sudut aqidah dan akhlak sahaja tetapi turut merangkumi keseluruhan sistem hidup seperti ekonomi, kemasyarakatan dan kenegaraan agar umat manusia terhindar daripada kesesatan dan kezaliman dalam mencari kebahagiaan yang hakiki di dunia dan akhirat.

Proses pembinaan masjid dan persaudaraan antara golongan Muhajirin dari Mekah dan Ansor dari kalangan penduduk tempatan itu sendiri telah menyuburkan lagi ikatan kehambaan manusia terhadap Allah dan hubungan manusia sesama manusia dalam membina pembangunan insan yang sememangnya mesti didahulukan sebelum pembangunan kebendaan. Kita dapat saksikan bagaimana hubungan antara Muhajirin dan Ansor begitu terserlah sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam Bukhari di dalam Sohihnya yang berbunyi : “ Setelah mereka tiba di Madinah, Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan di antara Abdul Rahman ‘Auf dengan Sa’ad bin Rabi’ di mana Sa’ad telah berkata kepada Abdul Rahman: “ Saya adalah orang yang paling kaya di kalangan golongan Ansor. Oleh itu marilah kita bahagi dua harta saya. Saya mempunyai dua orang isteri. Oleh itu pilihlah yang mana satu awak suka agar saya ceraikannya di mana setelah habis ‘iddahnya maka awak kahwinilah dia”. Abdul Rahman ‘Auf menjawab: “ Mudah-mudahan Allah memberkati keluarga dan hartamu. Tunjukkanlah kepada saya di mana pasar kamu”.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Peristiwa Hijraturrasul ini wajar dihayati dengan bersungguh bukannya hanya disambut saban tahun tanpa usaha yang sewajarnya untuk mencontohi segala perancangan dan tindakan yang telah ditunjukkan oleh nabi Muhammad s.aw sehingga terdirinya Daulah Islamiah yang pertama di Madinah. Melalui pembangunan insan telah berjaya melahirkan generasi yang lebih sayang kepada Allah dan rasulNya sehingga tidak timbul bahawa nabi dan para muhajirin adalah pendatang asing yang hanya berhak diberi bantuan sebagaimana pelarian. Sebaliknya nabi Muhammad s.a.w telah dilantik sebagai pemimpin yang diberi kuasa penuh dalam mememerintah Madinah dan seluruh rakyat bersatu atas dasar iman bukannya kebendaan. Kekuatan aqidah ini bukan sahaja memudahkan nabi untuk mentadbir umat Islam tetapi turut merangkumi penduduk Madinah yang belum Islam dan juga golongan yahudi. Perpecahan di kalangan bangsa arab dan penindasan yahudi melalui manopoli ekonomi berjaya ditangani melalui piagam Madinah. Daulah Islamiah Madinah yang pertama ini wajib dijadikan model oleh umat Islam hari ini dan dunia sejagat dalam menghentikan penindasan dan peperangan yang berlaku saban hari bagaikan tidak mahu berhenti.

Ramai di kalangan cerdik pandai yahudi pada hari ini dalam penulisan mereka turut mengakui bahawa tiada cara yang terbaik dalam membawa kejayaan yahudi untuk menguasai dunia melainkan kembali kepada agama yang dibawa oleh nabi seperti nabi Musa. Pendapat ini bertentangan dengan apa yang berlaku di mana kebanyakan keganasan dan peperangan yang meletus pada hari ini adalah hasil hasutan golongan pengganas zionis yahudi yang terus berusaha menguasai dunia dengan cara keganasan demi mencapai keuntungan kebendaan semata-mata. Amerika dan Britain merupakan antara negara yang paling banyak berhutang dengan kapitalis yahudi yang menyebabkan mereka mesti mengikut telunjuk yahudi dalam setiap tindakan termasuk masalah serangan ke atas Iraq pada hari ini. Sebelum ini kuffar meranapkan Afghanistan hasil hasutan yahudi yang begitu bimbang tentang beberapa perkara antaranya tentang penanaman pokok popi untuk menghasilkan dadah telah dimusnahkan oleh kerajaan Taliban. Sebab itulah apabila dilantik kerajaan Boneka Afghanistan maka penanaman pokok itu untuk menghasilkan dadah semakin meningkat. Kita juga melihat bagaimana Amerika cuba juga untuk menyerang Iraq dalam memastikan tiada lagi negara Islam yang kuat kelengkapan senjatanya daripada terus wujud berhampiran negara zionis yahudi Israel. Yahudi begitu lama tidak memerintah dunia dengan kuasa mereka sendiri semenjak beberapa tahun selepas kewafatan nabi Sulaiman di mana yahudi hanya berjaya mencipta beberapa ideologi untuk digunakan oleh orang lain dengan yahudi bertindak sebagai penasihat. Selagi sesebuah kerajaan terus menggunakan sistem yahudi maka dengan mudah yahudi akan menekan dan menindas terutama dari sudut ekonomi mereka walau pun hasil mahsul negara agak banyak seperti seorang kapitalis yahudi Soros boleh meranapkan ekonomi Asia Tenggara dengan mudah kerana pemimpin negara bergantung kepada sistemtajaan yahudi.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Permusuhan zionis yahudi terhadap Islam semakin marak termasuk pembunuhan di Palestin semakin meningkat ditambah dengan tekanan terhadap Iraq disamping amaran awal untuk turut meranapkan Iran dan Syria selepas itu. Negara kita tidak terkecuali setelah kuffar sedang meranapkan pejuang Islam di Selatan Filiphina dan Indonesia. Oleh itu berhijrahlah kita daripada bergantung kepada sistem yahudi kepada melaksanakan seluruh sistem Islam. Jika seluruh negara Islam bersatu atas dasar Islam dengan melaksanakan seluruh sistem Islam maka zionis yahudi dan kuasa besar kuffar akan jatuh. Kita sebagai rakyat bolehlah terus berusaha termasuk berdoa agar Allah menyelamatkan bumi Iraq, Palestin dan sebagainya. Kita juga mesti lebih bersemangat dalam memboikot atau memulaukan barangan yang banyak membantu zionis yahudi seperti minuman pepsi, coca-cola di mana di setengah tempat dimasukkan gelatin babi serta makanan ringan Kentucky dan Micdonalds yang berjaya ditutup di kebanyakan negara Arab, Fatani dan Indonesia. Ingatlah kita bahawa Islam pernah menguasai dunia lebih kurang 1300 tahun tetapi telah diranapkan oleh musuh dengan hilangnya sistem khilafah. Kita hina dan ditindas kerana meninggalkan ajaran Islam yang menyeluruh. Oleh itu kembalilah kepada seluruh ajaran Islam yang lengkap demi mencapai kemuliaan hidup di dunia dan akhirat.

Firman Allah dalam ayat74 surah al-Anfal :

والذين ءامنوا وهاجروا وجــهدوا فى سبيل الله والذين ءاووا ونصرواأولئك هم المؤمنون حقالهم مغفرة ورزق كريم

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

160. HIJRAH DISAHUT DAULAH TERBENTUK

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  83 surah al-Maidah :

وَإِذَا سَمِعُواْ مَا أُنزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَى أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُواْ مِنَ الْحَقِّ يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ

Maksudnya :Dan apabila mereka (paderi Kristian) mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka bercucuran air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).              

Sudah lebih 4 hari kita menyambut tahun baru 1430 Hijrah bersama dengan seribu pengharapan agar umat Islam dapat berhijrah daripada penindasan kepada keadilan, daripada kemunduran kepada kemajuan, daripada kegagalan kepada kejayaan, daripada penjajahan kepada kemerdekaan, daripada perpecahan kepada perpaduan. Hijrah dalam kehidupan tak mampu dilakukan melainkan dengan pengorbanan yang berterusan berserta dengan perancangan yang rapi diikuti dengan pelaksanaan yang tersusun dalam memastikan kelangsungannya. Kita dapat lihat dalam penghijrahan yang dirancang oleh nabi Muhammad s.a.w begitu teliti dengan matlamat bukan hanya menyelamatkan umat Islam yang tertindas tetapi turut membawa dakwah Islam bersama. Sebagai contohnya dalam arahan penghijrahan yang pertama ke bumi Habsyah di ketuai oleh sepupu nabi iaitu Jaafar bin Abi Tolib di mana nabi Muhammad s.a.w seperti begitu arif tentang sikap Raja Najjasyi pemerintah Habsyah adalah seorang raja yang baik dan berpegang kepada ajaran Injil yang asal termasuk mengakui bahawa nabi Isa adalah nabi bukannya Tuhan. Penghijrahan ini begitu berjaya apabila wakil kafir Quraisy Mekah bukan sahaja gagal memujuk Raja Najjasyi agar menyerah semula rombongan Islam malah bila Jaafar bin Abi Tolib membaca surah Maryam telah menyebabkan Raja Najjasyi dan paderi-paderi Kristian yang turut hadir dalam suatu majlis perbahasan antara wakil kafir Quraisy dengan rombongan Islam menangis kerana mendengar kebenaran al-Quran dalam menceritakan kehidupan nabi Isa dan ibunya Siti Maryam dan seterusnya mereka memeluk Islam. Itulah kebijaksanaan nabi Muhammad s.a.w dalam merancang strategi hijrah yang mana bukan sahaja selamat daripada penindasan malah dapat mengembangkan dakwah Islam ketika Islam masih belum mempunyai daulah. Sebaliknya kita pada hari ini dapat menyaksikan betapa banyak negara Islam di sekeliling Palestin tetapi penindasan yahudi termasuk yang terbaru mengebom Gazza serta memotong bekalan elektrik dan menyekat bahan api di mana tiada tindakan tegas yang diambil terhadap pengganas dunia itu. Umat Islam Palestin menjadi pelarian yang dipandang hina di negara saudara sebangsa dan seagama malah yang lebih malang apabila ada umat Islam sendiri menjadi boneka kepada yahudi.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Firman Allah dalam ayat  74 surah al-Anfal :

والذين ءامنوا وهاجروا وجــهدوا فى سبيل الله والذين ءاووا ونصروا  أولئك هم المؤمنون حقا  لهم مغفرة ورزق كريم

Maksudnya : Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia

            Seterusnya kita dapat lihat bagaimana rapinya perancangan sebelum berlakunya hijrah yang lebih besar iaitu ke Madinah di mana Rasulullah s.a.w bukan sahaja mentarbiah umat Islam di Mekah agar sanggup berkorban apa saja untuk Islam malah rakyat Madinah yang bakal menjadi tempat hijrah juga dipastikan memeluk Islam dan juga sanggup berkorban untuk Islam. Rasulullah s.a.w bertindak melawat khemah-khemah pemimpin arab yang datang ke Mekah untuk menunaikan haji bagi menyebarkan dakwah Islam di mana didapati pemimpin Bani ‘Amir mahukan janji kesenangan dunia yang dapat dilihat dengan mata sekiranya Islam menang lalu nabi meninggalkannya. Pemimpin Bani Syaiban pula mengakui Islam adalah benar tetapi bila mendengar kalimah syahadah lalu dia menyatakan bahawa dia tidak mahu mengucapnya kerana yakin bahawa Islam boleh menyebabkan mereka diperangi bukan sahaja oleh puak arab malah oleh kuasa besar dunia. Akhirnya pemimpin Aus dan Khazraj dari Madinah yang bukan sahaja menerima Islam malah sanggup bersumpah taat setia dalam mempertahankan nabi bila berlakunya hijrah nanti disamping sanggup menjadikan Madinah sebagai Daulah Islamiah yang dipimpin oleh nabi Muhammad s.a.w sendiri di mana bai’ah Aqabah ini berlangsung sebanyak 2 kali.  Bila telah ada golongan Muhajirin dan Ansor yang benar-benar berserah diri kepada Allah dalam meninggikan kalimah Allah serta telah siap sebuah tempat untuk didirikan Daulah Islamiah maka barulah arahan hijrah diterima oleh nabi Muhammad s.a.w. Hijrah yang berjaya ialah bila adanya keyakinan, kesanggupan serta pengorbanan dalam meninggikan syiar Islam di muka bumi ini. Umat Islam pada hari ini mempunyai jumlah yang begitu ramai dengan negara sendiri yang agak banyak tetapi bila diseru untuk berhijrah daripada system jahiliah kepada Islam, daripada kesesatan kufur kepada kebenaran iman maka umat Islam terbahagi dua di mana ada yang yakin dan ramai pula yang was-was, ada yang sanggup dan tidak sedikit yang menolak, ada yang rela berkorban dan tidak kurang yang enggan. Selagi keadaan ini terus berlaku maka kegemilangan dan kejayaan yang dijanjikan oleh Allah masih lambat untuk dicapai.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Firman Allah dalam ayat  18 surah Taubah

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللهِ مَنْ آمَنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ اللهَ فَعَسَى أُوْلَئِكَ أَن يَكُونُواْ مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Maksudnya : Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk

            Ketika menghayati peristiwa Hijrah juga maka kita dapat mengambil iktibar yang sebaik mungkin daripada pembinaan Masjid Quba’ dan juga Masjid Nabawi dari sudut peranannya  bukan pada pembinaannya sahaja. Kita juga ingat kepada suatu amaran nabi bagaimana pada akhir zaman ini banyak masjid dibina dengan bangunan yang besar bersama hiasan yang mahal-mahal  tetapi ia dibiarkan kosong daripada hidayah Allah akibat tiada pengisian ke arah menghidupkannya dengan solat berjemaah, pengajian, pembinaan insan, medan dakwah dan sebagainya. Kita begitu bimbang apabila usaha dalam mendidik generasi yang jinak dengan masjid dihalang sejak dari sekolah lagi. Apa yang terbaru ialah berkaitan dengan suatu surat pekeliling daripada Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang berbentuk umum menghadkan pembacaan doa di perhimpunan, bacaan Yaasin dan aktiviti keagamaan yang lain yang disifatkan sebagai  pengasingan kaum. Arahan ini sepatutnya tidak dikeluarkan memandangkan keadaan sebelum inipun pelajar bukan Islam diasingkan daripada turut serta dalam program keagamaan. Akhirnya Islam sebagai agama rasmi negara hanya tertulis dalam perlembagaan negara sahaja sedangkan dari segi pelaksanaannya sedikit demi sedikit keistimewaan Islam ditolak oleh umat Islam sendiri. Bagaimana mahu wujudkan negeri Tamadun Islam sekiranya amalan Islam yang asas pun disekat sedangkan hiburan dan budaya merosakkan dikembangkan. Jika jahiliah yang disemai maka jahiliah jugalah yang bakal dituai.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

                Nabi Muhammad s.a.w telah bertindak menghapuskan amalan riba yang begitu subur di Madinah  yang dipelopori oleh yahudi. Penghapusan riba antara cara dalam mengembalikan amalan cekik darah kepada kebajikan dalam sesebuah kerajaan. Malangnya negara kita masih belum berhijrah daripada amalan riba sehingga pegawai kerajaan terus tertekan dengan riba bila meminjam daripada kerajaannya sendiri diikuti para pelajar universiti. Pilihlah samada mahu hijrah dengan Islam atau mahu terus dikongkong dengan jahiliah yang terus menindas rakyat.

Firman Allah dalam ayat  87 surah al-Qasas :

وَلاَ   يَصُدُّنَّكَ عَنْ آيَاتِ اللهِِ بَعْدَ إِذْ أُنزِلَتْ إِلَيْكَ وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ وَلاَ  تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Maksudnya : Dan janganlah sekali-kali mereka dapat menghalangmu dan (menyampaikan) ayat-ayat Allah sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu. Dan serulah mereka kepada (jalan) Tuhanmu dan janganlah sekali-kali kamu termasuk mereka yang mempersekutukan Allah.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Khutbah Audio 29 – Dunia Bertunjangkan Agama Jamin Bahagia

Dunia Bertunjang Agama Jamin Bahagia

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 18-19 surah a-Isra’ :

مَّن كَانَ يُرِيدُ الْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُ فِيهَا مَا نَشَاءُ لِمَن نُّرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُ جَهَنَّمَ يَصْلَاهَا مَذْمُومًا مَّدْحُورًا ﴿١٨﴾وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ وَسَعَىٰ لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَـٰئِكَ كَانَ سَعْيُهُم مَّشْكُورًا

Maksudnya : Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah. Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya

Islam mengajar kita bagaimana kehidupan dunia berkait rapat dengan kehidupan akhirat di mana dunia tempat kita beramal manakala akhirat tempat kita menerima pembalasan.  Rasulullah s.a.w berulangkali memperingatkan kita tentang bahayanya dunia jika kita gagal menguruskannya berdasarkan panduan agama. Dunia tiada berharga di sisi Allah malah ia dikutuk sekiranya tidak mengaitkannya dengan akhirat. Dunia yang diraih tanpa mengingati Allah akan menyebabkan manusia menjadi hamba dunia. Dunia yang tiada pantang halal haram, dosa pahala disifatkan seumpama bangkai manakala pemburu dunia jenis ini diibaratkan anjing rakus yang tidak mempeduli samada yang dibahamnya itu bangkai atau daging yang halal. Sebaliknya akan berjaya manusia yang mentadbir dunia dengan sentiasa mengingati Allah dengan hati, lidah dan amalan soleh disamping segala gerakgeri dan kerja hariannya berada dalam batas syarak.

حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ , قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , وَهُوَ يَقُولُ : ” الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ , مَا فِيهَا إِلَّا ذِكْرَ اللَّهِ , وَمَا وَالَاهُ أَوْ عَالِمًا أَوْ مُتَعَلِّمًا   – رواه ابن ماجه

Maksudnya : Ketahuilah bahawa dunia ini dilaknat kecuali zikrullah, barang yang dikasihi Allah daripada ketaatan, orang yang berilmu dan orang yang belajar

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Kita pernah ingat bagaimana nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda berkenaan seorang sahabat yang kaya-raya iaitu Abdul Rahman bin ‘Auf walau pun antara orang yang dijanjikan Syurga tetapi akan memasukinya secara merangkak. Apabila Abdul Rahman bin ‘Auf mendengar kata-kata nabi itu lalu beliau memahami antara sebab beliau memasuki dalam keadaan itu kerana harta yang dimiliki begitu banyak sehingga terpaksa berhenti begitu lama ketika diperiksa di akhirat kelak. Menurut beberapa riwayat antara punca beliau menyerah kesemua hartanya sebanyak 100 ekor unta penuh dengan barang dagangan dan ada riwayat yang mengatakan 700 ekor unta kepada Rasulullah s.a.w  disebabkan beliau terlalu bimbang sekiranya harta yang banyak akan menyukarkannya untuk memasuki Syurga Allah sebagaimana yang dikhabarkan oleh nabi kepadanya. Jika kekayaan dengan harta daripada sumber yang halal dan dibelanja pula dengan cara yang halal sudah begitu payah untuk memasuki Syurga apatah lagi jika harta itu didapati daripada sumber yang haram seperti rasuah, riba, pecah amanah dan sebagainya. Kita juga wajib memastikan bagaimana kerja untuk mencari rezeki mesti mengikut kehendak syarak disamping tidak melalaikan kita daripada mengerjakan perkara fardhu ‘ain terutama belajar ilmu agama, solat, puasa dan sebagainya

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَقُولُ : ” يَا ابْنَ آدَمَ تَفَرَّغْ لِعِبَادَتِي أَمْلَأْ صَدْرَكَ غِنًى وَأَسُدَّ فَقْرَكَ ، وَإِلَّا تَفْعَلْ مَلَأْتُ يَدَيْكَ شُغْلًا وَلَمْ أَسُدَّ فَقْرَكَ ” – رواه الترمدي

Maksudnya : Sesungguhnya Allah berfirman : Wahai anak Adam! Luangkanlah dirimu untuk beribadat nescaya Aku akan penuhkan dadamu dengan kecukupan dan Aku menutup kefakiran kamu. Jika kamu tidak melakukannya nescaya Aku membuatkan drimu sentiasa dalam keresahan dan Aku tidak menutup kefakiranmu

Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah ,

Firman Allah S.W.T dalam ayat 27 surah al-Isra’ :

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

            Islam juga mengajar kepada kita tentang betapa buruknya amalan membazir walau pun harta itu milik kita apatah lagi membazir harta rakyat dan orang ramai maka ia suatu perbuatan keji dan hina. Pernah nabi Muhammad s.a.w ketika melintasi sebuah rumah seorang Ansor yang mempunyai kubah lalu bila nabi berselisih dengan pemiliknya maka nabi berpaling ke arah lain dengan wajah yang masam. Apabila sahabat Ansor ini mengetahui antara punca nabi marah kepadanya kerana dia membina kubah iaitu suatu yang bukan keperluan sebaliknya sebagai tanda bermegah-megah lalu dia dengan segera menghancurkannya. Kisah ini mengajar kita supaya tidak membuat binaan secara berlebihan luar daripada keperluan walaupun dengan harta kita apatah lagi dengan berhutang. Jadikanlah diri kita sebagai hamba akhirat dengan menjadikan dunia sebagai tempat menyemai amalan soleh untuk kita tuai pahalanya di akhirat nanti. Jangan jadikan kita hamba dunia sehingga kita bakal diseksa dalam lubang kubur dan merana dengan seksaan yang dahsyat di akhirat kelak. Kita wajib menjadi hamba yang bertaqwa antaranya redha kepada Allah walau menerima nikmat yang sedikit serta tidak mengeluh apabila ditimpa musibah. Jangan jadi hamba dunia yang bukan sahaja tidak bersyukur kepada Allah bila diberi nikmat malah menggunakannya untuk melakukan perderhakaan terhadap Allah dan sentiasa keluh kesah bila ditarik nikmat oleh Allah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” تَعِسَ عَبْدُ الدِّينَارِ وَالدِّرْهَمِ ، وَالْقَطِيفَةِ ، وَالْخَمِيصَةِ إِنْ أُعْطِيَ رَضِيَ وَإِنْ لَمْ يُعْطَ ، لَمْ يَرْضَ ” – رواه البخاري

Maksudnya : Binasalah hamba kepada dinar dan dirham dan hamba kepada kain tebal yang berbulu dan kain bercorak (ghairah dengan kemewahan dan kesenangan) sekiranya diberikan kepadanya maka dia redha sebaliknya jika tidak diberikannya maka dia tidak redha

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 65 surah Yaasin :

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Maksudnya : Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (dosa masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.

            Kegagalan dalam memahami dan menghayati suruhan dan tegahan Allah kehidupan menyebabkan pelbagai masalah sosial, jenayah dan juga penyelewengan berlaku termasuk dalam menguruskan harta rakyat. Laporan Audit Negara 2010 antara bukti bagaimana penyelewengan dan pembaziran ratusan juta wang rakyat akibat hilangnya penghayatan terhadap kehidupan beragama. Laporang tersebut juga secara jelas membezakan pengurusan kewangan antara 2 buah kerajaan iaitu satu kerajaan lebih suka menambah hutang, membazir dan menyeleweng manakala satu kerajaan lagi menumpu untuk membayar hutang lapok dan memikirkan kebajikan rakyat dengan kekangan kewangan yang terhad. Apabila sesebuah kerajaan merasakan dirinya lebih tinggi dan tidak merasai bahwa mereka sebenarnya berada di bawah kerajaan Allah yang Maha Besar maka penyelewengan yang dilakukan tidak dirasa bersalah malah sanggup merompak harta rakyat dengan pelbagai alasan termasuk rompakan besar terhadap royalti minyak milik rakyat Kelantan yang menjangkau RM 6 bilion. Penyelewengan dan pembaziran yang berlaku terus bertambah dari tahun ke tahun tanpa tindakan diambil disamping negara juga berdepan dengan hutang yang bertambah iaitu dengan purata setiap rakyat Malaysia termasuk yang masih dalam kandungan menanggung hutang negara lebih satu juta seorang. Apa yang lebih malang apabia semua hutang itu berasaskan sistem riba yang pastinya bungan jauh lebih besar daripada pokok. Kita telah menyaksikan dalam masa terdekat bagaimana banyak kerajaan dunia seperi Greece dan terbaru Itali telah muflis akibat hutang. Menteri juga yang dahulunya mempertahankan kenyataannya bahawa negara akan muflis sekiranya subsidi kepada rakyat diteruskan akhirnya menjilat muntahnya semula dengan mengatakan bahawa negara tidak muflis akibat subsidi sebaliknya akan bankrap akibat hutang dan penyelewengan. Betapa malangnya jika rakyat terus dibuai mimpi indah dengan mainan dan penipuan melalui tv, radio, akhbar sehingga tidak menyedari negara hampir digadai, negara hampir dilelong akibat hutang dan penyelewengan disebabkan menyerahkan amanah kepada bukan yang layak. Benarlah kata pujangga

شَرَارُ المُلُوْكِ   ِ  بِشَرارِ الرَّعِيَّةِ 

Maksudnya : Jahatnya pemimpin kerana ramai rakyatnya yang jahat yang memilihnya 

        Usah salahkan orang lain sekiranya harta Negara kita dirompak akibat kita sendiri yang memilih orang yang tidak amanah, Jangan menuding jari kepada orang lain sekiranya urusan Negara dikhianati akibat kita sendiri yang mencari penyakit dengan memilih orang pecah amanah untuk menguruskannya.

Firman Allah dalam ayat 113 surah Hud :

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللَّـهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ

Maksudnya : Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ