• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,675,833 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,409 other followers

156. TEGUHKAN IMAN HADAPI UJIAN


 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

 

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman  Allah  dalam  ayat  2 dan 3  surah al-Ankabut :

أحسب    الناس  أن  يتركوا  أن  يقولوا  آمنا  وهم  لايفتنون  .   ولقد  فتنا  الذين  من  قبلهم   فليعلمن  الله  الذين  صدقوا  وليعلمن  الكذبين  .

 

Maksudnya  :  Adakah  manusia itu mengira  bahawa  mereka akan dibiarkan  untuk  mengatakan: “ Kami  telah beriman “,  sedangkan  mereka  belum  diuji.  Dan  sesungguhnya Kami  telah  menguji  orang-orang  yang  sebelum mereka  maka sesungguhnya  Allah mengetahui  orang-orang  yang  benar  dan  Dia  mengetahui  orang-orang  yang  berdusta.

            Umat Islam sentiasa diuji, dicuba dengan pelbagai ujian dan cabaran oleh Allah dalam memastikan siapakah di kalangan kita yang benar-benar beriman dan yakin terhadap Allah serta seluruh ajaranNya. Ramai di kalangan umat yang mengaku dengan mulut bahawa mereka beriman dan tunduk kepada Allah sedangkan kebanyakan tingkah laku dan tindak tanduk mereka bercanggah dengan apa yang disuruh oleh syarak. Begitu juga ramai di kalangan umat Islam yang mengaku berjuang untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi tetapi apabila datangnya ujian, cabaran, halangan maka mereka gugur dan lari daripada perjuangan akibat tidak tahan dengan ujian yang datang. Oleh itu setiap kata-kata tentang keimanan dan sikap tundui patuh kepada arahan Allah serta menjauhi segala tegahannya bukanlah suatu yang mudah setakat terhenti di bibir sahaja tetapi ia mesti dilaksanakan melalui seluruh anggota disamping perlunya kepada sikap mujahadah atau bersungguh serta istiqamah dalam mempertahankan iman dan Islam daripada dirobek dan dirosakkan oleh musuh dalam diri berupa nafsu serta musuh luaran yang tidak nampak daripada kalangan iblis dan syaitan penggoda dan musuh luaran yang nyata dari kalangan manusia munafik dan kuffar.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Kebanyakan umat Islam diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Ujian yang pertama iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya di mana perasaan hasad dengki biasanya datang kerana sikap suka menimbulkan permusuhan, perasaan takabbur atau membesarkan diri, perasaan ‘ujub, gila kuasa, terlalu mementingkan diri sendiri sehingga sanggup mengorban atau mengkhianati orang lain dan perasaan hasad dengki juga sentiasa bersarang dalam diri disebabkan kebakhilannya. Selagi mana hati ini dikotori dengan penyakit hasad dengki maka dirinya sentiasa memusuhi kebenaran dan membenci saudara seagama atas dasar yang bercanggah dengan syarak. Oleh itu sebagai membuktikan keimanan kepada Allah maka kita wajib membersihkan diri kita daripada sifat yang tercela ini demi mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

            Ujian yang kedua di mana kita akan diuji dengan sikap permusuhan yang dicetuskan oleh golongan munafiq yang merupakan musuh di dalam selimut. Golongan ini begitu merbahaya kerana mereka sentiasa menyembunyikan sikap permusuhan mereka dengan menyatakan bahawa mereka juga beriman kepada Allah sedangkan banyak kelakuan dan tindakan mereka ke arah memerangi ajaran Islam yang menyeluruh. Umat Islam yang benar-benar beriman dan berjuang menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini terpaksa berhadapan dengan umat Islam sendiri yang meletakkan nafsu melebihi wahyu. Kita dapat lihat bagaimana serangan terhadap pusat pengajian dan sukatan pelajaran agama oleh umat Islam sendiri atas desakan Amerika telah menyebabkan saudara seagama kita yang lain terutama di negara bukan Islam seperti Thailand, Singapura, Kemboja turut tertekan. Begitu juga dengan larangan bertudung labuh malah ada larangan bertudung terus di sesetengah tempat kerja turut memberi kesan terhadap saudara seagama di negara bukan Islam untuk menuntut daripada kerajaan mereka bagi membenarkan pemakaian tudung sebagaimana tekanan yang sedang dihadapi oleh minoriti umat Islam di Perancis dan Jerman pada hari ini.

            Golongan ini juga sanggup mempertahankan perlembagaan penjajah yang telah memurtadkan perlembagaan negara umat Islam semasa penjajahan sehingga setiap undang-undang termasuk perundangan Allah akan terbatal atau tidak boleh dilaksanakan jika bercanggah dengan perlembagaan negara. Keadaan ini telah melahirkan golongan umat Islam yang berani melawan hukum hudud dan mempertikaikan keadilannya seperti masalah saksi dalam pelaksanaan perundangan Islam sedangkan jika kita lihat kepada perundangan yang ada telah menyebabkan bukan sahaja wujudnya ramai saksi fasik malah munculnya terlalu ramai saksi palsu ditambah dengan kes yang lebih memalukan apabila tilam pun boleh menjadi saksi dalam kes liwat.  Ini ditambah dengan masalah baru apabila ada beberapa orang yang terlibat dengan ajaran sesat cuba menggunakan peruntukan kebebasan agama yang dijamin oleh perlembagaan negara untuk membatalkan hukuman ke atas mereka dengan alasan bahawa mahkamah syariah dalam negara ini tidak berhak untuk menjatuhkan hukuman ke atas orang murtad. Semua ini berlaku dalam negara kita yang didakwa sebagai negara Islam contoh di mana jika kita perhatikan antara ciri yang nyata yang terdapat pada negara Islam contoh yang dilaungkan oleh golongan yang terpengaruh dengan sekulerisme ialah mesti mempunyai nombor atau kedudukan dalam setiap perkara samada dalam perkara dosa atau pahala, baik atau jahat  seperti negara ini berada di tangga ke-33 dalam masalah paling teruk mengamalkan rasuah, berada di tangga ke-10 dalam masalah pengguna terbesar arak di dunia dan sebagainya. Sedangkan dalam pelaksanaan perundangan Islam maka kita dapati yang terbaru di Kanada iaitu sebuah negara bukan Islam di mana ia sedang berusaha melaksanakan perundangan Islam termasuk hudud ke atas rakyat yang beragama Islam. Ini merupakan suatu tamparan yang paling hebat bagi umat Islam yang selama ini membenci dan memusuhi perundangan Islam jika mereka berfikir. Sebaliknya jika mereka masih belum sedar dengan terus memekakkan telinga, memejamkan mata, menutup pintu hati maka mereka menjadi umat yang lebih hina daripada binatang berkaki empat.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Ujian yang ketiga di mana umat Islam akan diuji dengan golongan kuffar yang sentiasa memusuhi dan memerangi kita dengan pelbagai cara samada melalui serangan pemikiran sehingga mampu menjauhkan umat Islam daripada ajaran agama mereka atau pun melalui serangan fizikal yang menyebabkan ramai di kalangan umat Islam yang menjadi mangsa kepada senjata canggih milik kuffar durjana di mana yang terbaru ada senjata baru dikeluarkan oleh sebuah syarikat Amerika yang kini sedang dicuba terhadap rakyat Iraq. Betapa hinanya umat Islam apabila saudara seagama kita menjadi bahan ujian terhadap senjata baru keluaran kuffar.

Kita mesti memperakui bahawa permusuhan yang dicetuskan oleh golongan kuffar terutama yahudi dan kristian akan berlarutan sehingga hari qiamat kerana golongan kuffar ini akan berusaha sedaya upaya mereka untuk membuatkan kita agar berlutut di kaki mereka walau dengan apa cara sekali pun. Walau pun jumlah umat Islam hari ini begitu ramai tetapi kita tidak ubah seperti  buih air banjir atau buih di laut disebabkan umat Islam diserang dengan dua penyakit yang merbahaya iaitu terlalu cintakan dunia sehingga sanggup mengorbankan prinsip agama dan diserang penyakit terlalu takut kepada kematian sehingga sanggup membiarkan saudara seagama terus ditindas dan menjadi mangsa peluru dan bom kuffar. Pengganas kuffar kini menghalakan mucung senjata mereka ke arah yang satu iaitu umat Islam kerana Islam dianggap musuh terakhir kuffar yang tidak pernah padam hajat mereka untuk menguasai dunia dengan melakukan pelbagai kekejaman dan penindasan demi membolot hasil mahsul bumi yang ada.

Betapa malangnya apabila umat Islam saling berbalah sesama sendiri akibat tidak mahu kembali kepada Islam. Usahlah melaungkan perpaduan dan kesatuan jika masing-masing terus mengikut kehendak nafsu dengan mengenepikan arahan wahyu. Adakah sudah tiada sinar kemenangan untuk umat Islam dalam berhadapan dengan senjata canggih milik kuffar. Yakinlah kita bahawa sinar kemenangan terus ada dengan syarat kita semua kembali melaksanakan seluruh system Islam dalam kehidupan sehingga datangnya janji kemenangan daripada Allah.

               

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Ujian yang keempat dan yang kelima kita akan menghadapi godaan syaitan dan hawa nafsu yang merupakan teman rapat dalam  memujuk kita ke arah kesesatan. Syaitan dan nafsu jahat akan sentiasa berusaha mengheret kita untuk melakukan maksiat sehingga manusia yang bertuhankan nafsu dan sentiasa mengikut telunjuk syaitan akan sentiasa melakukan segala tegahan Allah. Semoga tarbiah Ramadhan yang baru lepas disamping kita tambahkan dengan ibadat puasa sunat 6 hari di bulan Syawal dapat melahirkan diri kita sebagai umat bertaqwa yang mampu menghadapi musuh yang paling merbahaya iaitu syaitan dan nafsu.

Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran :

وكأين من نبي قــتل معه ربيون كثير  فما وهنوا لمآ أصابهم فى سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا والله يحب الصــبرين

Maksudnya : Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang sabar.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: