• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Maqasid Syar’iyyah DiJulang Umat Gemilang

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 36 surah ar-Ruum :
وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا ۖ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ
Maksudnya : Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa
Islam adalah suatu agama yang lengkap dalam mengatur seluruh kehidupan umat manusia. Hukum-hukum syariah yang digariskan adalah untuk kemaslahatan dan kesejahteraan manusia. Sebagai hamba Allah SWT kita perlu meyakini bahawa hukum-hukum ini bukan untuk memberikan keberatan atau menambah bebanan ke atas kita sebaliknya untuk menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat. Jika kita memerhatikan kejadian alam ini, semuanya dicipta untuk kemudahan dan kepentingan hidup manusia. Begitu juga hukum-hakam syariah di mana kita akan mendapati bahawa setiap suruhan dan perintah Allah SWT pastinya akan diakhiri dengan penerangan tentang maslahah (kebaikan) yang akan diperolehi oleh mereka yang melaksanakannya. Begitu juga ayat-ayat yang menyentuh tentang larangan biasanya ia akan diakhiri dengan peringatan tentang mafsadah (keburukan) yang akan menimpa mereka yang melakukannya. Sebagai contoh, dalam persoalan solat, Allah SWT jelas menyatakan matlamat dari pensyariatannya adalah supaya dapat mencegah manusia itu dari melakukan maksiat dan penderhakaan kepada Allah SWT dalam kehidupan mereka. Begitu juga hukum kerat tangan bagi kesalahan mencuri bertujuan supaya terjaganya harta daripada diceroboh Terdapat 5 perkara penting yang terkandung di bawah kemaslahatan ini yang dinamakan Maqasid Syar’iyyah iaitu [1] memelihara agama, [2] memelihara diri atau jiwa, [3] memelihara keturunan, [4] memelihara akal dan [5] memelihara harta

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Anfal :
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ فَسَيُنْفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ ۗ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan dan ke dalam neraka jahannam mereka akan dikumpulkan
Perkara yang paling penting yang wajib kita jaga ialah aqidah daripada terpengaruh dengan ajaran sesat apatah lagi murtad. Pada hari ini begitu banyak masalah dan perkara yang cuba menggugat aqidah umat Islam terutama ketika kebanyakan umat Islam jahil tentang agama mereka sendiri. Begitu juga dengan masalah Islamophobia iaitu sikap benci kepada Islam atas pelbagai alasan yang tidak munasabah yang bukan sahaja melanda negara Eropah malah merebak ke negara kita sendiri. Kadang-kadang sikap benci Islam itu timbul akibat kesalahan umat Islam sendiri yang memperlekehkan Islam dan sistemnya disamping akhlak dan sikap buruk yang ada pada segelintir umat Islam yang dipandang oleh orang bukan Islam sebagai ajaran Islam. Bak pesan Sayyidina Ali : Kenalilah muslim melalui Islam, jangan kenali Islam melalui muslim. Begitu juga kata pujangga : Keindahan Islam itu terlindung disebalik keburukan umat Islam sendiri yang tidak mengamalkan cara hidup Islam
Ketika bumi Eropah digegarkan dengan tindakan membakar, mengoyak al-Quran ditambah lagi dengan tindakan bacul kerajaan Denmark yang tetap berdegil untuk membenarkan buku yang melakar karikatur yang menghina nabi Muhammad s.a.w yang dibantah sejak beberapa tahun lalu untuk dijual mulai semalam, maka di negara kita timbulnya suatu laporan polis terhadap satu klip video oleh seorang Paderi bernama Benjamin di Sarawak yang mencaci nabi Muhammad s.a.w sebagai orang tua yang bernafsu terhadap kanak-kanak apabila salah seorang daripada isteri baginda berusia enam tahun disamping mendakwa dosa umat Islam akan diampunkan jika umat Islam dapat mengucup batu Hajarul Aswad yang berbentuk seperti alat kelamin wanita.
Tidak ketinggalan untuk kita mengambil perhatian terhadap keputusan Mahkamah di India semalam memutuskan tapak Masjid Babri seluas 25 hektar perlu dipecahkan, dengan masyarakat Islam mendapat kawalan satu pertiga dan dua kumpulan Hindu diberi bakinya. Penduduk Islam tetap berpegang bahawa perkarangan di Ayodhya sebagai tapak Masjid Babri yang dibina pada kurun ke-16 yang diruntuhkan oleh pelampau Hindu pada tahun 1996 yang menyaksikan lebih 2000 terkorban ketika mempertahankannya sementara penduduk Hindu mendakwanya sebagai tempat kelahiran dewa Rama. Perebutan tanah masjid ini memberi pengajaran besar kepada kita dalam mempertahankan Masjid Aqsa, Palestin yang cuba dirobohkan oleh Yahudi dengan alasan di bina atas kuil milik mereka

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 195 surah al-Baqarah :
وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Maksudnya : Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan; dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
Kedua kita wajib menjaga diri daripada membunuh orang lain tanpa sebenar atau bunuh diri sendiri. Kita dapat saksikan bagaimana masalah pembunuhan termasuk terhadap bayi yang tidak berdosa semakin serius. Begitu juga masalah membunuh diri yang turut menghantui dunia dengan nisbah satu kes bunuh diri yang berlaku dalam setiap 40 saat di seluruh dunia di mana ia bukan hanya dilakukan oleh golongan jahil malah melarat kepada golongan profesional seperti doktor dan peguam selain pegawai polis dan pemilik hotel. Cara bunuh diri pula biasanya golongan wanita dengan cara meminum ubat dengan dos berlebihan, minum racun dan peluntur. Bagi lelaki pula, kebiasaannya memilih cara menggantung diri atau menembak diri sendiri. Statistik menunjukkan, bagi tempoh 15 tahun lalu, seramai tujuh hingga 12 orang daripada setiap 100,000 penduduk Malaysia, mati kerana membunuh diri. Bagi tempoh sama di Singapura, nisbahnya adalah 15 hingga 20 orang bagi setiap 100,000 mati bunuh diri. Kebanyakan kes bunuh diri akibat putus asa dalam menyelesaikan masalah seperti hutang, kerja, rumahtangga dan sebagainya. Islam memandang berat masalah ini di mana nabi Muhammad s.a.w telah banyak memberi amaran keras terhadap pelakunya seperti maksud hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 71 surah al-Mukminun:
وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ ۚ بَلْ أَتَيْنَاهُمْ بِذِكْرِهِمْ فَهُمْ عَنْ ذِكْرِهِمْ مُعْرِضُونَ
Maksudnya : Dan Sekiranya kebenaran itu tunduk menurut kehendak hawa nafsu mereka nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta apa yang ada padanya. Bahkan Kami telah berikan kepada mereka itu al-Quran untuk kehormatan sebutan mereka namun mereka tetap berpaling daripada kehormatan itu
Melihat kepada pelbagai bala Allah yang berlaku di depan mata termasuk tergugatnya Aqidah, terancamnya nyawa manusia, rosaknya keturunan dengan merebaknya zina dan anak zina, rosak akal dengan mabuk arak atau dadah serta rompakan dan kecurian di mana-mana maka tiada ubat paling mujarab kecuali kembali kepada Islam. Pastikan segala ibadat wajib dilaksanakan dengan penuh kualiti sebagai perisai diri daripada terjerumus ke lembah maksiat dan jenayah seumpama solat kita biar ada ruh yang mampu mencegah daripada melakukan kemungkaran bukan hanya sekadar menunai perintah wajib sahaja. Pastikan al-Quran bergerak dalam diri dan system kehidupan bukan setakat tergantung di dinding sebagai perhiasan dan tersimpan di dalam almari sebagai koleksi sahaja. Contohilah bagaimana bergerak dan hidupnya al-Quran pada zaman nabi, para sahabat dan pemimpin Islam sebelum ini yang mendatangkan kegemilangan dalam mentadbir dunia dengan agama. Selagi hukum Allah diketepikan maka semakin banyak dan parah bala Allah yang turun silih berganti. Islamlah nescaya kita bahagia di dunia dan akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Audio 23 – Penjajahan DiBuang Maruah DiJulang

Filem ‘Hantu Bonceng’ hina Islam

Pemuda PAS menyatakan kekesalannya terhadap kelemahan agensi kerajaan membenarkan filem “berbaur penghinaan kepada Islam” diterbitkan untuk tontonan umum, seperti filem Hantu Bonceng arahan sutradara terkenal Ahmad Idham.

NONEKetuanya Nasrudin Hassan (kiri) berkata, filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.

Nasrudin berkata, terdapat dialog dalam satu babak yang berbunyi “asyhadu anna Muhammadar syaitan” (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

“Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa, justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan,” katanya.

Filem dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.

Selain Zizan yang sinonim dengan rancangan Raja Lawak, ia turut membariskan aktres terkenal Juliana Evans dan Jue Aziz.

Penapis teh atau cendol?

Ia mengisahkan Amran yang sering diganggu dengan hantu Maya yang mati ketika diboncengnya sebelum itu. Berbagai cara dilakukan Amran untuk menepis gangguan itu sehinggalan tanpa disedari Amran mula berubah menjadi lebih baik.

hantu bonceng the movieDalam kenyataannya hari ini, Nasrudin berkata, filem untuk tontonan umum itu akan mencetus kekeliruan, memberi gambaran salah terhadap Islam, dan turut merosakkan akidah masyarakat awam.

Justeru, dewan itu mempersoalkan, sekiranya benar wujud panel penapisan di Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), mengapa masih wujud babak kontroversi itu.

“Apa yang ditapis selama ini? Penapis apa yang mereka pakai? Penapis tea (teh)? Atau penapis cendol yang berlubang besar?

“Sehingga masih banyak adegan yang ‘menyenakkan mata’ dan mengganggu sensitiviti masyarakat, lolos menjadi paparan umum melalui filem yang telah diluluskan,” kata graduan Universiti Al-Azhar itu.

Lebih malang, Nasrudin menambah, pihak berkuasa agama didakwa seperti kaku dan kelu tidak tahu berbuat apa-apa meskipun berdepan dengan isu penghinaan terhadap Islam, seperti dalam kes blog Mak Cik Hajjah Sitt Al Wuzara sebelum ini.

Cadang lembaga penapisan tertinggi

Nasrudin juga menyatakan kekesalannya terhadap lambakan filem tahyul dan karut untuk tontonan umum di kaca televisyen bermaharajalela di pelbagai saluran.

“Jika orang awam pun menyedari berlakunya perkara ini, bagaimana pihak berkuasa agama masih tidak menyedarinya?” soalnya lagi.

hantu bonceng the movieSehubungan itu, Nasrudin berkata, pihaknya menggesa Finas dan LPF mewujudkan panel syariah berautoriti sebagai lembaga penapisan yang tertinggi, terutama dalam menangani karya berkaitan Islam.

“Selain itu, Dewan Pemuda PAS juga menyeru kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam industri ini seperti penerbit, pelakon dan penyiar untuk merujuk kepada alim ulama seperti mufti atau pihak berkuasa agama, seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dahulu sebelum menerbitkan sesebuah filem.

“Jangan apabila sudah wujudnya kontroversi baru mencari ulama untuk melepaskan diri,” katanya lagi.

Katanya, industri filem harus maju dan berkembang ke seluruh dunia dengan membawa imej baik tanpa perlu mencetus elemen lucah, persendaan terhadap agama, tahyul dan perlecehan akhlak, semata-mata untuk dijadikan “tangkal pelaris”

Bongkar rahsia dan bahaya COCA-COLA

 

Quantcast

Apakah ramuan rahsia Coke

Pendahuluan

Coca-Cola ialah minuman kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola (The Coca-Cola Company; NYSE : KO) dari Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Minuman ini merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan sejagat yang amat meluas. Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai cap dagangannya pada tahun 1886.

Asalnya ia dicipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19. Namun begitu hasil usaha dan strategi pemasaran yang bijaksana oleh usahawan Asa Griggs Candler, Coke berjaya mendominasi pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20. Walaupun sekali sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coke masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia. Sebagai satu strategi pemasaran awam yang dimulakan oleh Robert W. Woodruff, syarikat ini telah menghebahkan bahawa ramuan minuman Coke merupakan suatu rahsia perdagangan dalam perniagaan moden yang hanya diketahui oleh beberapa orang pekerja sahaja.

Rahsia ini termasuklah, ramuan yang dikenali “7X” yang selama ini dianggap sebagai komponen rahsia untuk Coke. Walaupun begitu, sehingga kini tiada sesiapa yang mengetahui “X” itu merujuk kepada apa. Walaupun begitu adalah dipercayai pekerja Coca-Cola telah mencampuradukkan minuman ini menurut nombor yang diberi kepada ramuan tertentu dan bukannya nama, untuk mengelakkan kemungkinan pekerja melakukan kejuruteraan terbalik ke atas resipi Coke. Namun demikian, pembuat minyak wangi dan ahli sains pemakanan melalui kaedah yang moden mampu mengenalpasti komposisi produknya yang disokong oleh kewujudannya banyak perisa minuman kola dan minuman bergas, seperti Pepsi.

Resipi Merchandise 7X Flovaring

Ramuan Rahsia Coca-Cola “Merchandise 7X Flavoring”

Resipi minuman tersebut telah ditemui oleh John Pemberton, seorang ahli farmasi ubat pada tahun 1886, terus menjadi misteri. Mesteri ini hanya terjawab apabila sebuah gambar seseorang memegang buku dengan resepi yang didakwa sebagai replika yang tepat daripada Pemberton’s yang disiarkan oleh Atlanta Journal – Constitution pada 8 Februari 1979. Resepi ini dilaporkan mengandungi ukuran yang tepat dari pelbagai minyak yang berbeza yang diperlukan untuk bahan rahsia Coca-Cola yang dinamakan “Merchandise 7X Flavoring”. Walaupun hanya satu peratus dari jumlah keseluruhan formula minuman itu digunakan, ia dikatakan dapat memberi rasa yang unik pada minuman yang popular tersebut. Merujuk kepada petikan sumber di dalam artikal bertajuk “Original Recipe” yang diterbitkan oleh This American Life menceritakan maklumat berikut:

“Kami tidak mendakwa bahawa kita telah menemui resipi yang digunakan hari ini untuk Coca-Cola. Kami percaya kami mendapati resipi yang sama ada resipi asal yang dibuat oleh pencipta Coke, John Pemberton, atau versi Coca-Cola bahawa dia dibuat sama ada sebelum atau selepas produk berada di pasaran pada tahun 1886. Kami percaya bahawa kerana ia didapati di dalam buku sahabatnya, pada halaman yang bertajuk “Coco-Cola resipi bertambah baik,” dan kerana ia dijumpai dalam komputer riba sendiri Pemberton, di arkib Coca-Cola.”

http://widgets.vodpod.com/w/video_embed/Video.4167893

Coca-Cola Haram

Kesan daripada penyiaran artikel mengenai Coke mengandungi ekstrak daripada komponen babi yang disiarkan dalam Akhbar Al-Riyadh pada 20 Ogos 2006 telah menyebabkan kebanyakan orang ramai cuba mengelak dari membelinya. Ia diburukkan pula dengan penemuan kandungan kimia yang berbahaya seperti karbonat berlebihan dan sebagainya. Senario ini bertambah kronik apabila hasil semakan mendapati Coke ini adalah produk Yahudi dan mereka yang menyokong dan membiayai aktiviti-aktiviti pengganas Israel.

Isu pengambilan Coke yang keterlaluan menjadi topik hangat di seluruh dunia

Namun begitu, hasil penyelidikan saintifik dan perubatan yang dijalankan oleh Dr. Mangoshada, Ketua Pusat Sains Dan Teknologi, Universiti Delhi di India telah membuktikan bahawa minuman Coke membawa kepada penyakit kanser kerana unsur utama yang diambil dari usus babi. Ini kerana ia adalah satu-satunya haiwan yang memakan kotoran, tahi dan air kencing yang membawa kuman maut dan mikrob. Hasil kajian juga mendapati kesan meminum Coke boleh membawa kepada kadar jantung lebih cepat dan tekanan rendah. Hanya dengan meminum 6 botol Coke dalam satu masa, ia boleh menyebabkan kematian segera.

Hina Islam

Muslihat musuh dalam menjajah dan menjahanamkan minda umat Islam

Pernah anda membeli Coke? Cuba perhatikan perkataan ‘”Coca-Cola” dengan mengoyakkan ‘cover plastic’ dan terbalikkannya. Apa yang anda dapat lihat? Ya, sudah semestinya tulisan perkataan “Coca-Cola” akan bertukar menjadi ” La’ Muhammad La’ Makkah ” yang bermaksud ” TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH “. Astazfirullah…. Ingatlah wahai Saudara ku, jika kita mengucapkan kata-kata ” TIADA MUHAMMAD, TIADA MAKKAH ” secara sedar atau di bawah sedar, AQIDAH kita sudah terpesong secara HALUS. Nauzubillahi minzalik…. Jesteru itu, marilah kita sama-sama menyampaikan MESEJ ini kepada Saudara Islam yang lain agar kita MEMBOIKOT dan MENGHARAMKAN minuman COKE walau setitik masuk ke dalam tubuh kita. Insya’Allah….. Kita renungkan kembali, kerja siapakah ini? Sudah pasti bangsa Yahudi dan Nasrani yang tidak akan aman selagi umat Islam itu tidak tenggelam dibuai keseronokan dunia. Punca utama masalah ini terjadi adalah kerana kita ALPA dan LEKA. Mereka sering berusaha dan terus mencuba untuk menghancurkan ISLAM. Jika dibuat pengamatan serius, kita dapati sebahagian usaha MEREKA telah hampir berjaya kerana umat Islam lebih terikut-ikut dengan Budaya Barat. Bangsa Yahudi tahu bahawa mereka tidak boleh mengalahkan ISLAM melalui peperangan. Sebaliknya mereka cuba untuk musnahkan ISLAM melalui pemikiran.

10 Kegunaan Coca-Cola

Berdasarkan kepada kajian santifik yang dijalankan oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai kebaikan dan keburukan minuman Coca-Cola (Coke). Kajian ini meliputi sektor peruncitan, bahan “household”, restoran, bengkel dan persekitaran kehidupan manusia seperti berikut :

  1. Sektor Makanan (Untuk merebus) : Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang.
  2. Sektor Pembersihan (Untuk mencuci tandas) : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun sudah habis. Rasa-rasa buat sabun badan, boleh tak?
  3. Sektor Automotif (Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome) : Gilapkan bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang.
  4. Sektor Automotif (Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta) : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
  5. Sektor Kejuruteraan (Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat) : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
  6. Sektor Pencucian (Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian) : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak itu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
  7. Sektor Pencucian (Untuk mengelap cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit) : Celup tuala dengan Coke dan lap. pasti bersih. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
  8. Sektor Pencucian (Untuk memcuci bahagian enjin lori/trak) : Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis. Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki, pasti dilengkapi dengan tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau “Bahan Penghakis : bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis.
  9. Sektor Makanan (Untuk meningkatkan kemanisan minuman) : Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula itu di rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo dan F&N.
  10. Sektor Perubatan (Untuk melebur) : Cuba rendamkan gigi dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi itu hilang/lebur dalam masa 24 – 49 jam. Kepada sesiapa yang sakit gigi cubalah cara ini, agaknya-agaknya gigi itu pun boleh hilang. (Sila lihat klip video di atas)

Kesimpulan

Faktor kelemahan dan kedaifan umat Islam dalam berbagai sudut tidak perlu diperkatakan lagi. Apa yang perlu diteliti adalah jalan penyelesaian bagaimana umat Islam boleh memecah keluar daripada kancah kelemahan-kelemahan ini. Merujuk kepada Sekretariat World Muslim Consumers Association (WMCA) telah membuat kajian mendalam semenjak beberapa tahun lalu dan mendapati antara punca utama kelemahan umat Islam adalah tiadanya perpaduan dan koordinasi dalam hampir segala bidang kehidupan.

Sungguhpun jumlah umat Islam sebenarnya berjumlah 1/3 penduduk dunia. Ditambah pula kalau dinilai secara individu, ramai umat Islam mempunyai berbagai kepakaran dan kekayaan yang luar biasa, malangnya kelebihan ini tidak mampu menterjemahkan sebarang kekuatan kerana rapuhnya jaringan dan perpaduan antara mereka. Islam mewajibkan umatnya bersatupadu, namun hari ini ianya tidak berlaku. Malah amalan perpaduan dan kerjasama erat yang diamalkan bangsa Yahudi, China, Jepun, Jerman mahupun Sikh tidak langsung terujud dalam masyarakat Islam.

Inilah yang menyebabkan umat Islam dan negara-negara Islam lemah serta dengan amat mudah diperbodoh, diperhamba, diperkuda dan dipersendakan sehinggakan rata-rata masyarakat Islam terpaksa bergantung kepada musuh untuk bantuan dan perlindungan malah barangan makanan sekalipun terpaksa diperolehi dari masyarakat bukan Islam. Sedangkan dengan jumlah umat yang ramai, kita boleh mengambil tindakan drastik untuk MEMBOIKOT atau MEMPROTES semua produk Yahudi bukan sahaja COKE tetapi merangkumi semua jenis produk harian yang terbukti HARAM.

Sehubungan itu, kita perlulah bersatu HATI dan MINDA untuk meneraju perjuangan ini dalam mengeratkan tali silatulrahim dan ukhuwah sesama ISLAM. Ini kerana hanya umat Islam sendiri dapat mengubah dan mencorakkan nasibnya sendiri seperti yang difirmankan oleh Allah S.W.T dengan mafhumnya :

“ Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”

(Surah Arra’d – Ayat 11)

Sumber Rujukan :

http://newsfeed.time.com/2011/02/15/is-this-the-real-thing-coca-colas-secret-formula-discovered/

http://www.mohamadazhan.com/2010/12/bahaya-coca-cola-fatwa-coca-cola-haram.html

http://www.thisamericanlife.org/radio-archives/episode/427/original-recipe

http://www.islam.com/reply.asp?id=805484&ct=8&mn=805484

Jauhi Maksiat Perolehi Berkat

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 89 surah an-Nahlu :
وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ
Maksudnya : Dan Kami telah turunkan kepada engkau (wahai Muhammad) al-Quran sebagai penjelas setiap sesuatu sebagai petunjuk, rahmat dan berita gembira bagi orang-orang beriman
Kita masih berada dalam bulan Syawal di mana suasana sambutan hari raya masih terasa bagi sesetengah tempat. Bulan Syawal sewajarnya dijadikan bulan muhasabah dalam menghitung diri kita dari segi kualiti dan kuantiti amal ibadat kita samada semakin bertambah serta cemerlang atau sebaliknya. Kehadiran Syawal yang datang selepas tarbiah Ramadhan biasanya menzahirkan pembahagian manusia samada hanya setakat menjadi hamba Ramadhan iaitu golongan yang hanya rajin beribadat dan berakhlak mulia pada bulan Ramadhan sedangkan setelah berlalunya Ramadhan kembali menjadi manusia yang derhaka kepada Allah. Golongan yang benar-benar berjaya hasil tarbiah Ramadhan ialah yang berjaya menjadi hamba Allah yang meneruskan tarbiah tersebut pada 11 bulan yang lain. Tanyalah diri kita sekiranya pada bulan Ramadhan yang lepas mampu berjemaah di masjid atau surau bagaimana sesudah Ramadhan. Jika Ramadhan yang lepas kita mampu solat sunat berpuluh malah beratus rakaat bagaimana sekarang. Jika Ramadhan yang lepas mampu khatam al-Quran bagaimana hari ini di mana berapa juzu’ atau helai yang telah dibaca. Jika Ramadhan yang lepas kita mampu berpuasa sebulan bagaimana hari ini adakah mampu mengerjakan puasa sunat sekurangya pusat sunat Syawal. Berubahlah ke arah yang terbaik terutama dalam menambah bekalan akhirat

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Firman Allah dalam ayat 46 surah al-A’araf :
وَأَطِيعُوا اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar
Syawal juga merupakan bulan kemenangan yang mesti kita hayati syarat kemenangan sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terutama ketika mencapai kemenangan gemilang dalam peperangan Ahzab yang bermaksud tentera bersekutu kuffar atau Khandak yang bererti parit yang digali dalam menyekat kemaraan musuh Islam. Begitu juga kemenangan dalam peperangan Hunain walaupun menerima kejutan serangan musuh pada peringkat pertama. Perjuangan Islam tidak dijanjikan dengan kemenangan yang senang sebaliknya menuntut kepada pengorbanan dalam berdepan dengan pelbagai halangan. Perjuangan Islam tidak dihampar dengan permaidani merah sebaliknya menuntut kepada tumpahnya darah merah dalam berdepan dengan musuh yang bernafsu serakah. Oleh itu dalam menghadapi musuh maka kita kena kenal siapa musuh kita yang sebenar melalui ilmu yang bertunjangkan al-Quran dan hadis nabi bukannya berdasarkan hawa nafsu
Kita berasa sedih dan marah apabila ada golongan yang mengaku Islam tetapi bergerak menjadi lidah kepada musuh Islam seperti Isu sebat Kartika Sari Sukarno yang kembali bergolak dan menjadi tumpuan masyarakat selepas Kumpulan Bertindak Bersama Bagi Persamaan Gender (JAG) yang turut disertai Sisters in Islam (SIS) dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menghantar memorandum kepada Perdana Menteri pada 25 Ogos lalu, mendesak Kerajaan Persekutuan dan negeri memansuhkan undang-undang jenayah Syariah yang sekian lama berkuatkuasa di negara kita. Tindakan JAG itu mencemarkan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi seperti yang termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang Islam bukan baru diadakan dan ia wujud sejak empayar Kesultanan Melayu Melaka. Melaka bukan saja berperanan sebagai pusat penyebaran Islam, malah sistem pentadbirannya juga berteraskan Islam dengan melaksanakan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang berpaksikan Islam. Sekiranya umat Islam menerima cadangan pemansuhan JAG ini bermakna kita bakal kembali ke zaman sebelum kedatangan Islam. Ia juga akan menjadikan Malaysia seperti negara yang walaupun majoriti rakyatnya Islam, tetapi tidak mempunyai undang-undang yang boleh membendung kesalahan syariah, perilaku moral dan akhlak, sehingga masalah sosial semakin berleluasa dan meruncing. Golongan ini mesti dibanteras samada memanggil mereka untuk berbincang atau diambil tindakan sebagaimana ajaran sesat lain dengan dipaksa untuk ditarbiah dan diberi kefahaman tentang Islam

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 1 dan 2 surah al-Hajj:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ ۚ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّا أَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَىٰ وَمَا هُمْ بِسُكَارَىٰ وَلَٰكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ
Maksudnya : Wahai umat manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu. Sesungguhnya goncangan hari qiamat itu adalah suatu yang dahsyat. Hari itu kamu dapati goncangan itu menyebabkan lalai semua perempuan yang menyusui anak daripada anak yang disusuinya, gugurlah perempuan yang hamil dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk sedangkan mereka sebenarnya bukan mabuk akan tetapi azab Allah itu sangat keras
Ketika berseronok menyambut kedatangan Syawal maka kita dapat saksikan bagaimana ribut beserta banjir besar yang melanda Filiphina yang turut dirasai di negeri kita bila banyak kampung yang terkena ribut yang memusnahkan harta benda. Kemudian berlaku pula gempa bumi di Indonesia di mana bila kita mendengar dan membaca pengalaman mangsa maka ini semua mengingatkan kita bagaimana usia dunia semakin uzur dan semakin dekat dengan berlakunya qiamat. Jika peristiwa yang meragut betapa banyak nyawa dan meranap harta benda inipun sudah dirasai dahsyat maka bayangkanlah bila bumi dan langit ini akan digulung dan dihancurkan bila berlakunya qiamat yang sebenar nanti. Ambillah pengajaran yang berguna daripada apa yang berlaku di hadapan mata. Akuilah bahawa ia adalah tanda kekuasaan Allah bukannya berselindung atas nama bencana alam sahaja. Insaflah diri, banyakkan bertaubat dan istighfar, jauhilah maksiat. Jangan tunggu bala ini berlaku atas batang tubuh kita baru mahu insaf maka semuanya sudah terlewat dan tiada guna lagi
Ingatlah bahawa bala Allah bila datang tanpa pengecualian kepada sesiapa pun sama ada yang kufur dan melakukan kemungkaran ataupun golongan beriman dan melaksana suruhan Allah. Manusia ini terbahagi kepada dua iaitu satu yang kufur dan satu lagi beriman. Bagi yang kufur, memang apa yang berlaku merupakan azab Allah SWT di dunia ini dan mereka tidak akan terlepas daripada azab yang lebih dahsyat di akhirat nanti sebagaimana keadaan Firaun yang ditenggelamkan Allah SWT di tengah Laut Merah adalah azab yang Allah SWT turunkan atas kekufuran pemerintah zalim itu dan untuk menghapuskannya dari dunia ini. Bagi golongan beriman pula, ini adalah musibah yang mereka terima di dunia tetapi dijanjikan dengan pelepasan daripada azab di akhirat nanti dimana bagi umat yang beriman serta sabar dengan ujian maka musibah yang didatangkan sebagai kaffarah iaitu penghapusan dosa atas kesalahan yang dilakukan atau untuk menambahkan lagi keimanan kepada Allah. Jauhi maksiat untuk raih berkat, jauhi dosa untuk hindari bala

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah S.W.T dalam ayat 25 surah al-Anfal :
وَاتَّقُواْ فِتْنَةً لاَّ تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمْ خَآصَّةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Maksudnya : Dan takutlah kamu kepada siksaan yang tidak diturunkan khusus terhadap orang-orang yang zalim di antara kamu sahaja. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaanNya
Tiga kategori manusia yang akan dibangkitkan di akhirat iaitu Pertama mereka yang melakukan maksiat, degil serta ingkar perintah Allah SWT yang mendapat dua kali pembalasan azab iaitu di dunia dan di akhirat.
Kedua, orang baik dan membiarkan kejahatan berlaku yang akan dibalas di dunia serta akhirat kerana tidak menjalankan tanggungjawab menyeru kepada kebaikan, melarang perbuatan mungkar.
Ketiga ialah orang soleh yang melakukan amal ibadat dengan tekun tetapi berdepan musibah di dunia dan mereka ini akan mendapat pelepasan di akhirat atas kesabaran ketika menerima ujian Allah SWT di dunia
Jadikanlah diri kita sebagai hamba Allah yang bersyukur atas nikmat yang diberi dan bersabar atas bala musibah yang dihadapi
Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud :
وما كان ربك ليهلك القرى بظلم وأهلها مصلحون
Maksudnya : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali mahu membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagimana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

156. TEGUHKAN IMAN HADAPI UJIAN

 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

 

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman  Allah  dalam  ayat  2 dan 3  surah al-Ankabut :

أحسب    الناس  أن  يتركوا  أن  يقولوا  آمنا  وهم  لايفتنون  .   ولقد  فتنا  الذين  من  قبلهم   فليعلمن  الله  الذين  صدقوا  وليعلمن  الكذبين  .

 

Maksudnya  :  Adakah  manusia itu mengira  bahawa  mereka akan dibiarkan  untuk  mengatakan: “ Kami  telah beriman “,  sedangkan  mereka  belum  diuji.  Dan  sesungguhnya Kami  telah  menguji  orang-orang  yang  sebelum mereka  maka sesungguhnya  Allah mengetahui  orang-orang  yang  benar  dan  Dia  mengetahui  orang-orang  yang  berdusta.

            Umat Islam sentiasa diuji, dicuba dengan pelbagai ujian dan cabaran oleh Allah dalam memastikan siapakah di kalangan kita yang benar-benar beriman dan yakin terhadap Allah serta seluruh ajaranNya. Ramai di kalangan umat yang mengaku dengan mulut bahawa mereka beriman dan tunduk kepada Allah sedangkan kebanyakan tingkah laku dan tindak tanduk mereka bercanggah dengan apa yang disuruh oleh syarak. Begitu juga ramai di kalangan umat Islam yang mengaku berjuang untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi tetapi apabila datangnya ujian, cabaran, halangan maka mereka gugur dan lari daripada perjuangan akibat tidak tahan dengan ujian yang datang. Oleh itu setiap kata-kata tentang keimanan dan sikap tundui patuh kepada arahan Allah serta menjauhi segala tegahannya bukanlah suatu yang mudah setakat terhenti di bibir sahaja tetapi ia mesti dilaksanakan melalui seluruh anggota disamping perlunya kepada sikap mujahadah atau bersungguh serta istiqamah dalam mempertahankan iman dan Islam daripada dirobek dan dirosakkan oleh musuh dalam diri berupa nafsu serta musuh luaran yang tidak nampak daripada kalangan iblis dan syaitan penggoda dan musuh luaran yang nyata dari kalangan manusia munafik dan kuffar.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Kebanyakan umat Islam diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafiq yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Ujian yang pertama iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya di mana perasaan hasad dengki biasanya datang kerana sikap suka menimbulkan permusuhan, perasaan takabbur atau membesarkan diri, perasaan ‘ujub, gila kuasa, terlalu mementingkan diri sendiri sehingga sanggup mengorban atau mengkhianati orang lain dan perasaan hasad dengki juga sentiasa bersarang dalam diri disebabkan kebakhilannya. Selagi mana hati ini dikotori dengan penyakit hasad dengki maka dirinya sentiasa memusuhi kebenaran dan membenci saudara seagama atas dasar yang bercanggah dengan syarak. Oleh itu sebagai membuktikan keimanan kepada Allah maka kita wajib membersihkan diri kita daripada sifat yang tercela ini demi mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

            Ujian yang kedua di mana kita akan diuji dengan sikap permusuhan yang dicetuskan oleh golongan munafiq yang merupakan musuh di dalam selimut. Golongan ini begitu merbahaya kerana mereka sentiasa menyembunyikan sikap permusuhan mereka dengan menyatakan bahawa mereka juga beriman kepada Allah sedangkan banyak kelakuan dan tindakan mereka ke arah memerangi ajaran Islam yang menyeluruh. Umat Islam yang benar-benar beriman dan berjuang menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini terpaksa berhadapan dengan umat Islam sendiri yang meletakkan nafsu melebihi wahyu. Kita dapat lihat bagaimana serangan terhadap pusat pengajian dan sukatan pelajaran agama oleh umat Islam sendiri atas desakan Amerika telah menyebabkan saudara seagama kita yang lain terutama di negara bukan Islam seperti Thailand, Singapura, Kemboja turut tertekan. Begitu juga dengan larangan bertudung labuh malah ada larangan bertudung terus di sesetengah tempat kerja turut memberi kesan terhadap saudara seagama di negara bukan Islam untuk menuntut daripada kerajaan mereka bagi membenarkan pemakaian tudung sebagaimana tekanan yang sedang dihadapi oleh minoriti umat Islam di Perancis dan Jerman pada hari ini.

            Golongan ini juga sanggup mempertahankan perlembagaan penjajah yang telah memurtadkan perlembagaan negara umat Islam semasa penjajahan sehingga setiap undang-undang termasuk perundangan Allah akan terbatal atau tidak boleh dilaksanakan jika bercanggah dengan perlembagaan negara. Keadaan ini telah melahirkan golongan umat Islam yang berani melawan hukum hudud dan mempertikaikan keadilannya seperti masalah saksi dalam pelaksanaan perundangan Islam sedangkan jika kita lihat kepada perundangan yang ada telah menyebabkan bukan sahaja wujudnya ramai saksi fasik malah munculnya terlalu ramai saksi palsu ditambah dengan kes yang lebih memalukan apabila tilam pun boleh menjadi saksi dalam kes liwat.  Ini ditambah dengan masalah baru apabila ada beberapa orang yang terlibat dengan ajaran sesat cuba menggunakan peruntukan kebebasan agama yang dijamin oleh perlembagaan negara untuk membatalkan hukuman ke atas mereka dengan alasan bahawa mahkamah syariah dalam negara ini tidak berhak untuk menjatuhkan hukuman ke atas orang murtad. Semua ini berlaku dalam negara kita yang didakwa sebagai negara Islam contoh di mana jika kita perhatikan antara ciri yang nyata yang terdapat pada negara Islam contoh yang dilaungkan oleh golongan yang terpengaruh dengan sekulerisme ialah mesti mempunyai nombor atau kedudukan dalam setiap perkara samada dalam perkara dosa atau pahala, baik atau jahat  seperti negara ini berada di tangga ke-33 dalam masalah paling teruk mengamalkan rasuah, berada di tangga ke-10 dalam masalah pengguna terbesar arak di dunia dan sebagainya. Sedangkan dalam pelaksanaan perundangan Islam maka kita dapati yang terbaru di Kanada iaitu sebuah negara bukan Islam di mana ia sedang berusaha melaksanakan perundangan Islam termasuk hudud ke atas rakyat yang beragama Islam. Ini merupakan suatu tamparan yang paling hebat bagi umat Islam yang selama ini membenci dan memusuhi perundangan Islam jika mereka berfikir. Sebaliknya jika mereka masih belum sedar dengan terus memekakkan telinga, memejamkan mata, menutup pintu hati maka mereka menjadi umat yang lebih hina daripada binatang berkaki empat.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Ujian yang ketiga di mana umat Islam akan diuji dengan golongan kuffar yang sentiasa memusuhi dan memerangi kita dengan pelbagai cara samada melalui serangan pemikiran sehingga mampu menjauhkan umat Islam daripada ajaran agama mereka atau pun melalui serangan fizikal yang menyebabkan ramai di kalangan umat Islam yang menjadi mangsa kepada senjata canggih milik kuffar durjana di mana yang terbaru ada senjata baru dikeluarkan oleh sebuah syarikat Amerika yang kini sedang dicuba terhadap rakyat Iraq. Betapa hinanya umat Islam apabila saudara seagama kita menjadi bahan ujian terhadap senjata baru keluaran kuffar.

Kita mesti memperakui bahawa permusuhan yang dicetuskan oleh golongan kuffar terutama yahudi dan kristian akan berlarutan sehingga hari qiamat kerana golongan kuffar ini akan berusaha sedaya upaya mereka untuk membuatkan kita agar berlutut di kaki mereka walau dengan apa cara sekali pun. Walau pun jumlah umat Islam hari ini begitu ramai tetapi kita tidak ubah seperti  buih air banjir atau buih di laut disebabkan umat Islam diserang dengan dua penyakit yang merbahaya iaitu terlalu cintakan dunia sehingga sanggup mengorbankan prinsip agama dan diserang penyakit terlalu takut kepada kematian sehingga sanggup membiarkan saudara seagama terus ditindas dan menjadi mangsa peluru dan bom kuffar. Pengganas kuffar kini menghalakan mucung senjata mereka ke arah yang satu iaitu umat Islam kerana Islam dianggap musuh terakhir kuffar yang tidak pernah padam hajat mereka untuk menguasai dunia dengan melakukan pelbagai kekejaman dan penindasan demi membolot hasil mahsul bumi yang ada.

Betapa malangnya apabila umat Islam saling berbalah sesama sendiri akibat tidak mahu kembali kepada Islam. Usahlah melaungkan perpaduan dan kesatuan jika masing-masing terus mengikut kehendak nafsu dengan mengenepikan arahan wahyu. Adakah sudah tiada sinar kemenangan untuk umat Islam dalam berhadapan dengan senjata canggih milik kuffar. Yakinlah kita bahawa sinar kemenangan terus ada dengan syarat kita semua kembali melaksanakan seluruh system Islam dalam kehidupan sehingga datangnya janji kemenangan daripada Allah.

               

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Ujian yang keempat dan yang kelima kita akan menghadapi godaan syaitan dan hawa nafsu yang merupakan teman rapat dalam  memujuk kita ke arah kesesatan. Syaitan dan nafsu jahat akan sentiasa berusaha mengheret kita untuk melakukan maksiat sehingga manusia yang bertuhankan nafsu dan sentiasa mengikut telunjuk syaitan akan sentiasa melakukan segala tegahan Allah. Semoga tarbiah Ramadhan yang baru lepas disamping kita tambahkan dengan ibadat puasa sunat 6 hari di bulan Syawal dapat melahirkan diri kita sebagai umat bertaqwa yang mampu menghadapi musuh yang paling merbahaya iaitu syaitan dan nafsu.

Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran :

وكأين من نبي قــتل معه ربيون كثير  فما وهنوا لمآ أصابهم فى سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا والله يحب الصــبرين

Maksudnya : Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang sabar.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Khutbah Audio 22 – Merdeka jiwa dan negara rayakan kemenangan