• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3












  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,687,467 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,429 other followers

Islam DiMartabat Umat Selamat


الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 1-5 surah al-Qadar :

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ  لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ  تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ  سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ 

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan tahukah engkau apakah itu Lailatul-Qadar?. Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan.  Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

            Kita hari ini berada pada hari Jumaat yang terakhir bagi bulan Ramadhan 1429H sebelum kita sama-sama menyambut ketibaan hari lebaran dengan datangnya bulan Syawal beberapa hari lagi. Biasanya bila berada dipenghujung Ramadhan maka ramai umat Islam tidak lagi menghiraukan tentang kelebihan Ramadhan sebaliknya lebih berseronok untuk membicarakan berkenaan persiapan hari raya. Budaya ini perlu diperbetulkan agar anugerah lailatul Qadar yang dijanjikan dengan pelbagai kelebihan tidak dijadikan suatu yang tiada harga dan suatu peluang yang tiada nilai. Jadikanlah kita sebagai hamba Allah yang sentiasa menghargai tawaran Allah dan berebut untuk meraih kelebihan yang dijanjikan Allah tanpa rasa jemu dan putus asa. Jadikanlah kita sebagai hamba Allah yang sentiasa berasa gembira bila dapat menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan yang dijanjikan adanya lailatul Qadar padanya dengan amal ibadat serta berasa bersalah dan teramat rugi jika terlepas peluang untuk menghayati malam-malam itu. Jangan biarkan keseronokan untuk membeli keperluan hari raya menyebabkan masjid menjadi kosong sedangkan super market penuh pengunjung. Jangan biarkan tawaran Allah dipandang sepi sedangkan jualan murah sentiasa dicari. Sahutlah galakan nabi sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah

قال الرسول e  : مَنْ قَامَ لَيْلَةَ القَدْرِ   ِإْيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: Sesiapa yang menghidupkan Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan dosa yang telah dilakukannya

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

            Ketika menyoroti sebab turunnya surah al-Qadar maka ada 2 riwayat yang masyhur. Pertamanya riwayat Abu Hatim, al-Wahidi daripada Mujahid menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w menceritakan tentang seorang lelaki bani Israel yang membawa senjata dan berjuang pada jalan Allah selama seribu bulan lalu kaum muslimin terpegun dengan amalan lelaki itu dan merasa bahawa umat nabi Muhammad tidak mampu melakukan amalan sebagaimana lelaki itu lalu turunlah surah al-Qadar yang secara jelas menunjukkan bagaimana umat nabi Muhammad pun mampu melakukan lebih daripada amalan lelaki itu dengan cara menghidupkan lailatul Qadar. Keduanya riwayat Ibnu Jarir daripada Mujahid yang menyatakan bagaimana ada seorang lelaki bani Israel yang bangun beribadat pada malam hari hingga fajar kemudian pergi berjihad menentang musuh pada siang hari hingga petang di mana dia telah melakukan amalan ini selama seribu bulan lalu turunnya surah al-Qadar yang mampu menyuntik semangat umat nabi Muhammad yang ingin mendapat pahala sama atau lebih daripada lelaki itu mestilah menghidupkan lailatul Qadar yang kelebihannya sama seperti beribadat seribu bulan.

            Inilah juga antara kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah khusus kepada umat nabi Muhammad walau pun umur kita pendek dan tenaga kita tidak segagah umat dahulu tetapi anugerah penggandaan pahala ini membolehkan kita bukan sahaja mampu menandingi malah lebih daripada umat dahulu. Itu pun jika kita mampu menggunakan peluang dan tawaran daripada Allah. Jangan biarkan kita hanya menjadi penonton sahaja kepada orang lain yang bersungguh-sungguh menghidupkan lailatul Qadar. Jangan jadi Mat Jenin dalam amal ibadat yang hanya mahu pahala berganda sedangkan malas berusaha. Biar kita yang mengawal nafsu bukan sebaliknya. Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi :

قال االرسول e  :ا لكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ المَوْتِ وَالعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللهِ الأمَانِى

Maksudnya : Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menghitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesudah mati sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah (untuk mendapat kebahagiaan dan pengampunan tanpa beramal soleh)

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Ketika umat Islam sedang menumpukan perhatian kepada tarbiah Ramadhan termasuk menjaga hubungan manusia sesama manusia dengan cara berbuat baik dan memperbanyakkan sedekah dalam meringankan bebanan mereka yang susah maka negara digegarkan dengan beberapa tangkapan di bawah akta ISA atas alasan menggugat kemanan negara. ISA merupakan undang-undang tinggalan penjajah British yang digunakan untuk menangkap pengganas seperti komunis pada masa penjajahan dulu di mana ISA terus digunakan hingga sekarang walau pun mendapat bantahan oleh majoriti rakyat jelata. ISA bukan sahaja bercanggah dengan ajaran Islam yang berpaksikan keadilan yang memberi ruang kepada siapa sahaja untuk berhujah malah turut bercanggah dengan amalan demokrasi. Kita pernah membaca penderitaan mangsa tahanan ISA dan keluarga mereka sehingga ada yang menjadi gila kerana mendapat tekanan. Kadang-kadang mangsa tahanan ISA dilayan lebih teruk daripada binatang akibat kurang tidur, makanan yang teruk, tempat terlalu sempit, putus hubungan dengan orang tersayang tanpa mendapat hak sepatutnya dalam membela diri. Kita pernah dengar bagaimana seorang mangsa ISA telah berjaya dalam samannya terhadap kerajaan Malaysia atas dakwaan pernah diberi makan najis petugas semasa dalam tahanan ISA. Tahun ini kita menyaksikan bagaimana seorang mangsa ISA hanya mampu melihat jenazah anaknya yang telah pun terbujur kaku apabila permohonan untuk melihat anaknya yang sedang sakit tidak diluluskan. Penggunaan undang-undang rimba ini jelas menunjukkan bagaimana perundangan yang sedia ada belum cukup untuk mendakwa orang yang bersalah dan anggota keselamatan dengan senjata mereka yang didakwa canggih belum cukup untuk menjaga keselamatan negara. Sempena berada di bulan Ramadhan dan hampir pula dengan hari raya maka buat sekian kalinya kita mendesak agar pemimpin membebaskan tahanan ISA atau dibicarakan mereka dimahkamah. Gunakanlah saluran yang betul dalam menjatuhkan hukuman. Ingatlah bahawa setiap kezaliman yang dilakukan didunia akan dibalas dengan azab pedih di akhirat

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Bila bercakap berkenaan layanan terhadap banduan maka kita teringat tentang tawanan Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2H di mana para sahabat nabi melayan mereka dengan baik sehingga roti diberi kepada tawanan walau pun kafir sedangkan orang Islam makan tamar sahaja. Ketika ingin memutuskan hukuman yang mahu diambil terhadap tawanan perang itu lalu Sayyidina Abu Bakar mencadangkan agar mereka membayar tebusan mengikut kemampuan dan sekiranya tiada harta maka diminta mengajar 10 orang kanak-kanak Islam sehingga pandai dan sekiranya tidak mampu juga maka dibebaskan tanpa apa-apa tebusan. Manakala Sayyidina Umar pula mencadangkan agar tawanan perang itu dibunuh oleh keluarga terdekat kerana kebanyakan tawanan merupakan pemimpin kafir Quraisy sesuai dengan perintah Allah agar jangan ada perasaan simpati kepada orang musyrik yang menentang Islam. Rasulullah s.a.w memilih cadangan Sayyidina Abu Bakar sehingga ditegur oleh Allah dalam ayat 67-68 surah al-Anfal :

مَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَنْ يَكُونَ لَهُ أَسْرَىٰ حَتَّىٰ يُثْخِنَ فِي الْأَرْضِ ۚ تُرِيدُونَ عَرَضَ الدُّنْيَا وَاللَّهُ يُرِيدُ الْآخِرَةَ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ  لَوْلَا كِتَابٌ مِنَ اللَّهِ سَبَقَ لَمَسَّكُمْ فِيمَا أَخَذْتُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ 

Maksudnya : Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Kalaulah tidak (kerana) adanya ketetapan dari Allah yang telah terdahulu, tentulah kamu ditimpa azab seksa yang besar disebabkan (penebus diri) yang kamu ambil (dari orang-orang tawanan) itu

            Bila mendengar ayat ini lalu Rasulullah s.a.w dan Sayyidina Abu Bakar menangis dan bila ditanya oleh Sayyidina Umar tentang sebab tangisan tersebut lalu dinyatakan oleh Rasulullah bahawa tindakan mengambil tebusan bukannya hukum bunuh terhadap tawanan perang Badar mendekatkan mereka berdua kepada murka Allah lebih dekat daripada pokok kayu yang berhampiran. Namun tebusan itu terus dilaksanakan juga kerana mengambil daripada kebenaran Allah dalam ayat yang turun terlebih dahulu iaitu ayat 4 surah Muhammad. Teguran melalui ayat 67-68 surah al-Anfal itu dijadikan peringatan agar Rasulullah s.a.w dan umat Islam tidak terpengaruh dengan tebusan tanpa mengambil perhitungan yang lebih bijaksana.  

Firman Allah dalam ayat 4 surah Muhammad:

فَإِذَا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا فَضَرْبَ الرِّقَابِ حَتَّىٰ إِذَا أَثْخَنْتُمُوهُمْ فَشُدُّوا الْوَثَاقَ فَإِمَّا مَنًّا بَعْدُ وَإِمَّا فِدَاءً حَتَّىٰ تَضَعَ الْحَرْبُ أَوْزَارَهَا ۚ……

Maksudnya : Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya. Setelah selesai pertempuran itu maka (terserahlah kepada kamu) sama ada hendak memberi kebebasan (kepada orang-orang tawanan itu dengan tiada sebarang penebusnya) atau membebaskan mereka dengan mengambil penebusnya. (Bertindaklah demikian terhadap golongan kafir yang menceroboh) sehinggalah berakhir peperangan itu….

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Satu Respons

  1. Terima kasih di atas usaha yang amat murni dan tinggi nilainya disisi Allah SWT. Semoga Allah memberi kekuatan dalam menyebarkan dakwah Islamiah dan menegakkan syiar Islam di atas muka bumi amnya, dan di Malaysia Khususnya. Amin. Semoga keberkatan Ramadan berterusan. Semoga Allah memanjangkan umur kita untuk bertemu Ramadan yang akan datang. amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: