• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Kutuk FAM Iktiraf Yahudi-Israel kerana bola sepak

Masyarakat umat Islam dan orang Melayu hari ini seringkali leka dengan hedonisme (suka berhibur) seumpama seperti seni suara dan bola. Kita tahu bagaimana hiburan yang melampau banyak merosakkan akhlak umat Islam tetapi malangnya program dalam melahirkan lebih ramai penghibur terus subur. Contohnya negara sekarang masih demam bola walau pun  tewas 4-6 kepada Singapura dalam pusingan kelayakan  Piala Dunia sehingga ramai di kalangan kita tidak lagi menghiraukan masalah semasa yang sedang berlaku. Beberapa perlawanan persahabatan denga kelab-kelab Inggeris termasuk Chealse yang bukan kali pertama dikaitkan denga salah seorang pemainnya adalah yahudi Israel. Kita jangan dibuai oleh jarum halus yahudi ini dengan suatu peringatan bagaimana pada tahun 1967, Sinai di Mesir jatuh ke tangan Israel antara sebabnya adalah kerana pada waktu itu orang Arab sedang disibukkan dengan bola. Oleh itu tumpuan kepada sukan tersebut janganlah melalaikan kita daripada menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah terutama dalam menjaga solat, kerja dan tugasan harian, amanah keluarga dan sebagainya.

Cuba perhatilah apa yang sedang dilakukan oleh musuh Islam terutama yahudi di Palestin di mana ketika dunia sedang berseronok dengan Piala Dunia, mereka terus menyerang umat Islam termasuk membunuh ketua keselamatan kerajaan Palestin. Begitu juga tindakan kejam Amerika yang terus memburu dan membunuh sesuka hati umat Islam di Iraq, Afghanistan dan sebagainya. Begitu juga dengan pergolakan di Selatan Thailand yang terus berlaku bagaikan tiada tanda untuk berhenti. Ketika Piala Dunia  berlangsung di Jerman maka kita dapat lihat bagaimana zionis yahudi tidak pernah memadamkan api permusuhan terhadap Islam termasuk mendesak kerajaan Jerman agar tidak membenarkan Presiden Iran yang dituduh Hitler ke-2 daripada turut hadir di Jerman kerana beliau tidak mempercayai “holocaust” iaitu peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Eropah terhadap orang Yahudi sekitar Perang Dunia II lalu. Sebelum ini berapa ramai tokoh penulis dan politik yang diambil tindakan atas hasutan zionis yahudi kerana menyatakan bahawa pembunuhan terhadap yahudi terutama oleh Hitler dan tentera Nazi Jerman itu hanya rekaan untuk menarik simpati dunia terhadap yahudi sedangkan kejahatan zionis yahudi terutama di bumi Palestin adalah lebih teruk dan ganas di mana ia terus berlaku hingga hari ini. Inilah yang berlaku apabila pengganas cuba berlagak baik maka pelbagai cara digunakan untuk menutup kejahatan dan keganasan yang dilakukan.

Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Anfal :

إن الذين كفروا ينفقون أموالهم ليصدوا عن سبيل الله , فسينفقونها ثم تكون عليهم حسرة ثم يغلبون والذين كفروا إلى جهنم يحشرون

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan dan ke dalam neraka jahannam mereka akan dikumpulkan.

Umat Islam juga perlu ingat kepada protokol yahudi ke-13 dalam menguasai dunia yang berbunyi : untuk menjauhkan orang ramai selain yahudi daripada mendapat maklumat baru tentang garis kerja yang zionis yahudi laksanakan maka kita akan melalaikan masyarakat dunia dengan pelbagai program permainan dan hiburan. Kita akan mengiklankan di dalam akhbar dan lainnya tentang seruan supaya mereka menceburi pelbagai kegiatan seperti aktiviti seni hiburan, sukan dan sebagainya. Dengan keseronokan yang baru ini maka pemikiran manusia akan lalai daripada memikirkan masalah perselisihan antara yahudi dengan mereka. Apabila sesuatu bangsa telah kehilangan sedikit demi sedikit nikmat berfikir maka mereka akan datang kepada yahudi kerana sebab yang satu iaitu yahudi akan menjadi anggota masyarakat yang bernilai dan lebih layak dalam mengemukakan pendapat dan buah fikiran yang baru kepada manusia. Melalui cara ini negara Israel akan diiktiraf oleh dunia dan seluruh dunia akan berkhidmat untuk yahudi

Amat malang bila atas nama sukan kita boleh mengiktiraf kekejaman yahudi dan negara haram Israel yang dibina atas perampasan dan darah umat Islam Palestin….

Di bawah ini petikan kenyataan FAM iktiraf yahudi

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memohon maaf kepada Chelsea berikutan kenyataan anti-Yahudi yang ditujukan kepada pemain tengah pasukan itu kelahiran Israel Yossi Benayoun ketika pertemuan persahabatan di ibu negara minggu lalu.

Menurut Reuters, FAM dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini tidak mengesahkan sama ada insiden itu terjadi ataupun sebaliknya tetapi menegaskan jika benar, ia hanya membabitkan segelintir daripada 80,000 penonton yang membanjiri stadium.

“FA Malaysia ingin menegaskan bahawa kami tidak merestui sebarang bentuk sikap perkauman dalam sukan bola sepak.

 

“Jika insiden seumpama itu benar-benar berlaku, kami memohon maaf kepada pemain berkenaan dan juga kepada kelab Chelsea,” petik kenyataan itu.

 

Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Chelsea tidak membuat aduan mengenai kejadian yang didakwa berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai lalu pada kadar segera, sebaliknya mereka hanya berbuat demikian kelmarin.

“Kami percaya Yossi (Benayoun) terdedah kepada kata-kata kesat anti-Yahudi oleh beberapa penyokong ketika permainan,” kata Chelsea.

“Tingkah lalu itu menyinggung perasaan, tidak boleh diterima sama sekali dan tiada ruang dalam sukan bola sepak,” kata kelab berkenaan.

Khutbah Audio 20 – Taqwa DiTagih Kemuliaan DiRaih

Akademi Pondok Sempena Ramadhan 1432H

Sempena kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak 1432H maka pihak Pondok Pasir
Tumboh akan mengadakan suatu program ilmu tahunan bagi menghayati bulan yang
penuh keberkatan itu. Program ini bertujuan memberi peluang kepada seluruh umat
Islam samada dalam negeri atau luar Kelantan untuk mendalami ilmu agama
sepanjang bulan Ramadhan. Ini merupakan program untuk tahun keempat setelah
program yang sama pada tahun-tahun sebelum ini berjaya diadakan dengan sambutan
menggalakkan daripada peserta dalam dan luar Kelantan. Sebarang maklumat lanjut
berkenaan program ini bolehlah menghubungi Ustaz Ahmad Shairazi di talian
09-7657786 / 019-9388902

Pendaftaran dibuka sepanjang
masa

Pengajian secara berulang
alik

Syarat & Yuran
Penyertaan

  • Terbuka kepada seluruh
    muslimin dan muslimat tanpa had umur
  • Pendaftaran RM 5 sahaja
    (tanpa kitab)
  • Harga
    Kitab

Ø
Edisi
jawi RM 3.00 ( 1 buah )

Tarikh & Masa
Daftar Diri

Mulai 2 Ramadhan 1432H bersamaan 2 Ogos 2011 (Selasa)
jam 8.00 pagi

JADUAL AKADEMI PONDOK 1432H

TARIKH

MASA

PENGISIAN

Mulai

9.00– 11.00 am Kitab : Wisyah Afrah

2 Ogos 2011M

   

2 Ramadhan 1432H

   

Hingga

25 Ogos 2011M

25 Ramadhan 1432H

3.00 – 4.00 pm Kitab : Wisyah Afrah
(sambungan)

Setiap Jumaat cuti

# Kitab Wisyah
Afrah
melibatkan bab Feqah

Tempat
Program

Madrasah Diniah Bakriah,
Pondok Pasir
Tumboh,

16150, Kota Bharu, Kelantan

Hubungi :

Tel :09-7657786 H/P :
019-9388902

(Ust. Ahmad Shairazi )

Khutbah Audio 19 – Berqiblatkan Islam Membina Generasi Gemilang

Islam DiJulang Kezaliman DiBuang

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar
Perjuangan Islam tidak menjanjikan kemenangan yang mudah sebaliknya memerlukan kepada mujahadah dan istiqamah. Kemenangan Islam tidak datang melayang sebaliknya menuntut kepada pelbagai pengorbanan. Kejayaan Islam tidak dihampar dengan permaidani merah sebaliknya memerlukan kepada tumpahnya darah. Islam menuntut kita untuk berani mengharungi segala cabaran, ujian, tentangan, halangan dalam memastikan ia dijulang tinggi di atas muka bumi ini. Pejuang Islam terpaksa berdepan dengan musuh yang tidak nampak iaitu Syaitan dan hawa nafsu dalam diri. Pejuang Islam juga sentiasa berdepan dengan musuh yang nyata daripada golongan yang kufur kepada Allah dan yang paling bahaya ialah golongan munafik yang merupakan musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan. Elok pada hari ini kita menyentuh sikap dan perbuatan khianat yang dilakukan oleh golongan munafik dalam memerangi Islam. Jika di negara kita ramai umat Islam yang rebah tewas ditangan Syaitan dan pujukan hawa nafsu sehingga gagal untuki datang berjemaah dan memakmurkan masjid dan surau. Manakala di banyak negara yang lain, saudara seagama kita terpaksa berdepan dengan hujung senjata musuh Islam semata-mata mahu mendirikan solat Jemaah seperti di Narathiwat, Thailand ditembak kejam ketika sedang solat Isya’ 2 bulan lepas. Begitu juga umat Islam bangsa Uighur, China yang gugur syahid kerana mempertahankan kedaulatan tanair, agama, harta benda, keluarga, masjid, sekolah agama malah kerana membantah larangan solat Jumaat bermula 10 Julai lalu selain larangan mengerjakan haji semenjak 2007 lagi. Kita mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan etnik terancang oleh Kerajaan China terhadap saudara kita sebagaimana yang berlaku kepada Bosnia sebelum ini. Tidak terkecuali kita merasa marah dengan tindakan bacul Menteri Pertahanan kita yang sanggup duduk semeja dengan pembunuh kejam Ehud Barak Menteri Pertahanan Israel seolah-olah mengiktiraf negara haram itu dan menghalalkan pembunuhan umat Islam dan rampasan bumi Palestin bumi Isra’ Mikraj dan Qiblat pertama umat Islam. Sedarlah kita bahawa kekejaman zionis yahudi hanya mampu dihentikan dengan darah syahid bukannya dengan perjanjian damai yang sentiasa dicabuli
قَالَ الرَّسُوْلُ  : مَنْ قُتِلَ دُوْنَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دِيْنِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ – رواية الترمذي دان النسائي
Maksudnya: Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya maka dia adalah mati syahid dan sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya maka dia adalah mati syahid

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 1-2 surah al-Munafiqun :
إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Maksudnya : Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) daripada menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
Umat Islam juga terpaksa dengan berdepan dengan golongan munafik yang sentiasa menjadikan sumpah palsu sebagai perisai dalam menyembunyikan sikap permusuhan terhadap Islam. Sempena berada pada bulan Sya’aban maka eloklah kita korek kejahatan munafik antaranya ketika berlangsungnya Peperangan Bani Mustaliq tahun 6H. Tindakan pantas nabi telah menyebabkan perancangan jahat Bani Mustaliq pimpinan al-Harith bin Abi Dirar untuk menyerang Madinah dapat dipatahkan dengan mudah sehingga ramai yang menjadi tawanan. Namun dalam perjalanan pulang daripada Peperangan Bani Mustaliq ini, golongan Munafiq pimpinan Abdullah bin Ubai cuba menghancurkan kesatuan tentera Islam dengan menyalakakn api fitnah yang paling besar dengan tersebarnya khabar Ifk atau tuduhan zina terhadap Siti Aisyah dengan Safwan bin al-Mu’tal. Fitnah ini digunakan semaksima yang mungkin oleh Abdullah bin Ubai dalam menghilangkan kepercayaan orang ramai terhadap nabi Muhammad s.a.w bagi membuka kembali peluangnya untuk menjadi pemimpin Madinah. Akhirnya turunnya ayat 11 surah an-Nur selepas daripada berlarutan fitnah liar ini selama sebulan yang menjelaskan bagaimana bersihnya Siti Aisyah daripada sebarang tuduhan liar yang ditujukan kepadanya. 3 orang yang didapati menjadi dalang kepada tersebanya fitnah ini dihukum dengan hukuman qazaf 80 kali sebatan iaitu Hasan bin Thabit, Misthah dan Hamnah binti Jahsy. Manakala Abdullah bin Ubai sendiri tidak dikenakan sebarang tindakan namun selepas itu dia dipinggirkan oleh orang ramai yang tidak lagi mempercayai sebarang katanya. Peristiwa ini memberi pengajaran yang begitu besar kepada umat Islam supaya berhati-hati dan cermat terutama dalam berdepan dengan fitnah dan tuduhan liar terhadap Islam dan umatnya. Pada hari ini menjadi suatu kebiasaan menuduh orang berzina atau liwat tanpa bukti kukuh sehingga ada tilam dijadikan saksi liwat, ada yang tidak lagi mahu percaya kepada laporan doktor pakar, ada yang sanggup bersumpah sebagaimana golongan munafik asalkan seseorang yang menggugat kuasanya mesti dihancurkan.
Firman Allah dalam ayat 11 surah an-Nur :
إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالإِفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ ۚ لاَ تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَكُمْ ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۚ لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ مَا اكْتَسَبَ مِنَ الإِثْمِ ۚ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Maksudnya : Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah dari kalangan kamu juga. Janganlah kamu anggap bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik untukmu. Setiap orang dari mereka mendapat balasan daripada dosa yang dikerjakannya. Dan sesiapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam menyiarkan berita bohong itu maka baginya azab yang amat besar

Siang Jumaat yang dikasihi,
Bila disebut tentang hukum sebat maka kita baru sahaja mendengar bagaimana seorang model dihukum sebat oleh Mahkamah Syariah kerana bersalah minum arak. Ini mendedahkan kepada masyarakat tentang perbezaan ketara antara hukum sebat mahkamah sivil yang dilihat terlalu kejam kerana mendatangkan pendarahan dan kecederaan malah parut sebat itu sendiri hanya akan hilang selepas dua tahun disebat sedangkan luka disebabkan sebat mahkamah syariah pula hanya akan pulih setelah berminggu-minggu sahaja. Beberapa bulan yang lepas adanya cadangan daripada cadangan Mufti Negeri Kelantan supaya dilaksanakan hukum takzir sebat di khalayak ramai bagi jenayah yang tidak besar supaya penjara tidak sesak dan kos menjaga penjenayah tidak terus meningkat disamping kes-kes ini diselesai dengan berkesan dan cepat tanpa menghalang penjenayah untuk menjalankan tugasan harian selepas itu. Begitu juga cadangan menteri agama selepas itu di Dewan Negara supaya dilaksanakan hukum hudud bagi menangani masalah ragut. Semoga ia menjadi perintis kepada pelaksaan hukuman Islam yang lebih sempurna dalam membendung pelbagai kes jenayah dan kerosakan akhlak yang semakin meruncing. Kita kesal dengan suara sumbang setengah pihak seperti Sisters in Islam yang hanya lantang bila hukuman sebat kepada pesalah dijatuhkan atas alasan menzalimi kaum wanita sedangkan ketika seorang ibu muda Mesir bernama Marwah Syarbini ditikam 18 kali di Mahkamah Jerman kerana mempertahankan tudung tiada pula suara dari golongan ini yang kononya menjaga hak asasi manusia. Ingatlah bahawa hak Allah mengatasi segala-galanya

Sidang Jumaat dikasihi sekalian,
Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia maka kita buat kalinya mendesak agar undang-undang rimba ISA dihapuskan. Umat Islam bermaruah dan bencikan kezaliman diseru untuk pergi ke Kuala Lumpur esok Sabtu 1 Ogos bagi menghadiri Himpunan 100 ribu mansuhkan ISA. Kita juga dianjurkan untuk memperbanyakkan solat hajat dan berdoa kepada Allah agar dilembutkan hati pemimpin untuk menghapuskan ISA kerana ia bukan untuk menjaga kemananan negara sebaliknya untuk mempertahankan pemimpin daripada pangkat yang ada. ISA adalah suatu tindakan yang zalim dan kejam yang bukan sahaja bercanggah dengan semangat demokrasi malah jelas bertentangan dengan Islam. Tidak perlu fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menyatakan ISA itu zalim kerana jelas kepada kita betapa ramai tahanan ISA yang mati dan lumpuh kesan deraan, suami isteri bercerai-berai akibat tekanan, anak isteri menderita mencari sesuap nasi kerana ayah ditahan tanpa tahu apa salahnya, ada yang dipaksa minum kencing dan makan tahi petugas dan macam-macam lagi penyiksaan ala zionis yahudi. Takutlah pada amaran Allah melalui ayat 58 surah Al-Ahzab :
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti (menyeksa) mukiminin atau mukminat dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan perbuatan atau kesalahan yang dilakukan, maka sesungguhnya mereka itu menanggung pembohongan dan dosa besar yang nyata,”
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

104. BERITA DISELIDIK UMAT TERDIDIK

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

فرمان الله تعالى دالم أية    6   سورة   ااحجرات :

يـأيهاالذين ءامنوا إن جاءكم فاسق بنبأ فتبينوا أن تصيبوا قوما بجهــلة فتصبحوا على ما فعلتم نــدمين

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik membawa suatu berita maka seledikilah terlebih dahulu agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang sebenar. Maka dengan sebab itu jadilah kamu di atas tindakan kamu (tanpa usul periksa) itu orang-orang yang menyesal.

Sebab turunnya ayat ini sebagaimana diriwayatkan oleh Sa’id bin Qatadah bahawa nabi Muhammad s.a.w telah mengutuskan al-Walid bin Aqabah supaya mengambil harta sedekah daripada Bani Mutalib. Ketika al-Walid bin Aqabah sampai diperkampungan Bani Mutalib bagi menunaikan tugas tersebut tiba-tiba dia melihat penduduknya keluar beramai-ramai menuju ke arahnya. Tanpa berfikir panjang lalu al-Walid terus melarikan diri kerana menyangka penduduk itu mahu memukulnya sedangkan mereka sebenarnya keluar beramai-ramai kerana ingin menyambut utusandaripada nabi itu iaitu al-Walid bagi sama-sama menyampaikan sedekah. Akhirnya al-Walid pulang menemui Rasulullah s.a.w dan memberitahu kepada baginda bahawa penduduk Bani Mutalib telah pun murtad di mana mereka beramai-ramai ingin memukulnya ketika dia tiba di sana.

Setelah mendengar berita tersebut lalu Rasulullah s.a.w mengumpul bala tentera dengan melantik Khalid bin al-Walid sebagai ketua bagi melancarkan serangan terhadap Bani Mutalib yang disangka telah murtad itu. Rasulullah s.a.w telahmemberi arahan kepada Khalid agar menyiasat dan menyelidik terlebih dahulu mengenai keadaaan Bani Mutalib dan jangan bertindak secara terburu-buru. Setelah menerima arahan itu lalu Khalid telah menghantar beberapa orang sahabat sebagai pengintip di mana secara berkebetulan pengintip yang ditugaskan itu tiba di perkampungan Bani Mutalib pada waktu malam iaitu ketika penduduknya tidak menyedari tentang kedatangan bala tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid bin al-Walid. Pada keesokan harinya ketika para pengintip itu memasuki kampung tersebut lalu terdengar oleh mereka suara azan dan mendapati penduduknya mendirikan solat yang menunjukkan bahawa mereka itu adalh orang Islam bukannya telah murtad sebagaimana yang didakwa. Selepas para pengintip melaporkan tentang perkara yang berlaku lalu Khalid bin al-Walid pergi sendiri menemui penduduk kampung itu dan memang benar mereka terus berada dalam keadaan Islam. Setelah itu Khalid bin al-Walid bersama tentera Islam terus pulang ke Madinah dan melaporkan perkara yang sebenar kepada Rasulullah s.a.w lalu turunnya ayat ini yang memberi arahan agar umat Islam berhati-hati apabila datangnya suatu berita agar segala tindakan yang dilaksanakan tidak diambil secara terburu-buru yang boleh menzalimi mereka yang tidak bersalah.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Berita dan maklumat yang diterima merupakan suatu perkara yang berharga apabila ia adalah benar dan tepat manakala jika ia merupakan suatu pembohongan atau fitnah maka ia bakal membinasakan keadaan sesebuah masyarakat. Ketika menyoroti perjalanan hidup nabi Muhammad s.a.w sendiri maka kita dapati bagaimana pentingnya suatu berita dan maklumat yang diterima di mana ia memberi kesan yang negatif jika tidak diselidik terlebih dahulu terutama dalam sesuatu peperangan.  Kita dapat lihat bagaimana musuh Islam menggunakan serangan saraf melalui berita palsu tentang kewafatan Rasulullah s.a.w sebagaimana yang berlaku dalam peperangan Uhud dan Hunain bagi melemahkan semangat juang umat Islam.Malah Rasulullah s.a.w pernah menerima suatu berita yang tidak dapat disanggah apabila tersebarnya khabar Ifk atau berita bohong yang dilempar terhadap diri isterinya Siti Aisyah semasa pulang daripada peperangan Bani Mustaliq. Semasa Siti Aisyah yang ditinggal kerana mencari barangnya yang tercicir berada di kawasan perkhemahan asal dengan harapan ada di kalangan ahli rombongan yang akan datang mencarinya, tiba-tiba datanglah Safwan bin al-Mu’tal yang sudah menjadi kebiasaannya suka tidur sehingga sentiasa ditinggal oleh ahli rombongan. Dia yang melihat ada seorang perempuan yang masih tinggal di kawasan perkhemahan itu lalu mendekatinya dan dia begitu terkejut apabila mendapati bahawa perempuan itu ialah Siti Aisyah. Tanpa banyak soal dia meminta Siti Aisyah untuk menaiki untanya lalu dia menariknya sehinggalah mereka bertemu semula dengan ahli rombongan yang lain di Nahru Zahirah. Tentera Islam yang melihat ketibaan mereka merasa terkejut dan Abdullah bin Ubai menggunakan peluang itu untuk menabur fitnah. Fitnah ini begitu kuat sehingga Rasulullah s.a.w sendiri tidak mampu berbuat apa-apa sehinggalah turunnya wahyu yang menjelaskan bagaimana bersihnya Siti Aisyah daripada sebarang tuduhan liar yang ditujukan kepadanya. Penurunan wahyu ini telah menenangkan hati Rasulullah s.a.w, Siti Aisyah sendiri dan para sahabat terutama Sayyidina Abu Bakar.

Firman Allah dalam ayat  11 surah an-Nur :

إن الذين جاءو بالافك عصبة منكم لاتحسبوه شرا لكم بل هو خير لكم لكل امرئ منهم مااكتسب من الإثم والذى تولى كبره منهم له عذاب عظيم

Maksudnya : Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah dari kalangan kamu juga. Janganlah kamu anggap bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik untukmu. Setiap orang  dari mereka mendapat balasan daripada dosa yang dikerjakannya.  Dan sesiapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam menyiarkan berita bohong itu maka baginya azab yang amat besar.

 

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

            Menyedari tentang bahayanya berita atau maklumat yang tidak benar dalam menggugat keamanan umat dan melemahkan semangat juang maka umat Islam pada hari ini wajib menapis segala berita dan maklumat yang diterima dengan pertimbangan yang waras agar tidak menjadi mangsa penipuan. Kita perlu sedar bahawa dunia maklumat hari ini dikuasai dan dikawal oleh yahudi sehingga banyak berita yang sampai kepada masyarakat dunia adalah suatu yang sudah diubah faktanya bagi menyokong segala tindakan kejam mereka yang telah lama berhasrat menguasai dunia walau pun terpaksa melakukan penipuan dan pembunuhan yang tidak bersempadan. Yahudi menyembunyikan kelemahan dan kejahatan mereka sedangkan dalam masa yang sama mereka meniup api permusuhan dan kebencian terhadap umat Islam yang dituduh sebagai pengganas. Kita bukan tidak kenal dengan yahudi yang merupakan pembunuh para nabi dan suka mereka-reka kitab di mana mereka tanpa segan silu melakukan kerosakan di atas muka bumi dari dulu hingga hari ini. Jika Kitab yang diturunkan oleh Alllah pun mereka boleh menyeleweng apatah lagi berita dan maklumat biasa. Firman Allah dalam ayat 79 surah al-Baqarah :

فويل للذين يكتبون الكتـب بأيديهم ثم يقولون هذا من عند الله ليشتروا به ثمنا قليلا فويل لهم مما كتبت أيديهم وويل لهم مما يكسبون

Maksudnya : Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang menulis al-Kitab dengan tangan mereka sendiri lalu dikatakannya : “ Ini daripada Allah” (bertujuan) untuk memperolehi keuntungan yang sedikit daripada perbuatan itu. Maka kecelakaan besarlah bagi mereka akibat daripada apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri dan kecelakaan besarlah bagi mereka akibat daripada apa yang mereka kerjakan

           

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

                Yahudi sedang meniupkan angin kebencian terhadap umat Islam terutama selepas serangan terhadap keretapi bawah tanah dan bas di London baru-baru ini. Kita tidak menolak jika peristiwa ini merupakan suatu yang telah dirancang terutama oleh yahudi sebagaimana serangan terhadap Amerika sebelum ini apabila adanya laporan bahawa latihan tentera Britain telah dibuat di tempat kejadian sebelum letupan berlaku sebagaimana adanya latihan tentera udara sebelum seranganterhadap Amerika. Disamping itu sebuah akhbar di mana ketua pengarangnya adalah seorang perisik Mosad Israel melaporkan laporan terperinci mengenai peristiwa letupan di London melebihi laporan oleh pihak polis London itu sendiri. Malah nama-nama mereka yang disyaki dapat diketahui begitu awal sedangkan ada diantara mereka itu yang dikatakan telah terbunuh didapati masih hidup di Pakistan. Kita tidak mahu umat Islam dijadikan kambing hitam di atas perancangan jahat yang dilakukan oleh orang lain. Kita turut mengutuk kenyataan senator Amerika yang menyatakan akan menyerang Mekah jika Amerika diserang sekali lagi disamping meminta agar Amerika menghentikan desakan terhadap para pemimpin dan imam-imam masjid di negara umat Islam agar mengharamkan jihad. Sepatutnya pengganas Amerika dan yahudi yang wajib menghentikan keganasan bukannya umat Islam yang selama ini menjadi mangsa penindasan dan tuduhan liar yang berbuat begitu. Firman Allah dalam  ayat 71 surah al-Mukminun:

ولو اتبع الحق أهواءهم لفسدت السموت والأرض ومن فيهن بل أتينـهم بذكرهم فهم عن ذكرهم معرضون

Maksudnya : Dan Sekiranya kebenaran itu tunduk menurut kehendak hawa nafsu mereka nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta apa yang ada padanya. Bahkan Kami telah berikan kepada mereka itu al-Quran untuk kehormatan sebutan mereka namun mereka tetap berpaling daripada kehormatan itu.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Jahiliah DiPuja Rakyat Derita

السلام عليكم ورحمة الله

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat  144 surah al-Baqarah :

قد نرى تقلب وجهك في السماء فلنولينك قبلة ترضئها  فول وجهك شطر المسجد الحرام   وحيث ماكنتم فولوا وجوهكم شطره  وإن الذين أوتوا الكتب ليعلمون أنه الحق من ربهم  وما الله بغفل عما يعملون

Maksudnya : Sesungguhnya Kami lihat engkau sentiasa mengadah ke langit, maka Kami palingkan engkau (menghadap) ke kiblat yang engkau ingini. Sebab itu, palingkanlah mukamu ke pihak Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, hadapkanlah mukamu ke pihaknya. Dan sesungguhnya orang yang diberi kitab mengetahui bahawasanya itu adalah kebenaran daripada Tuhan mereka. Dan Allah tidak lalai terhadap apa pun yang kamu kerjakan.

Kita sekarang ini berada pada minggu pertama bulan Sya’aban yang pernah melakar suatu peristiwa besar dalam sejarah Islam iaitu peristiwa perubahan Qiblat daripada mengadap ke arah Masjid al-Aqsa di Palestin kepada mengadap Ka’abah di Masjidil Haram, Mekah. Sewaktu Rasulullah s.a.w mula-mula tiba di bumi Madinah, baginda diarahkan agar  menghadap ke arah Baitul Maqdis dan ramai di kalangan penduduk Madinah waktu itu daripada golongan Yahudi di mana sememangnya qiblat mereka adalah Baitul Maqdis. Oleh itu kaum yahudi sentiasa mengejek dan mencerca nabi Muhammad s.a.w dan para muslimin kerana yahudi menganggap baginda tidak benar serta tidak tetap pendirian kerana terpaksa menghadap ke  arah qiblat yang sama dengan yahudi iaitu Baitul Maqdis. Cercaan dan ejekan yahudi ini agak memberi kesan mendalam terhadap umat Islam pada masa itu sehingga nabi berdoa dan memandang ke langit mengharapkan turunnya wahyu yang mengizinkannya dan para sahabat berpaling ke Baitullah di Mekah. Akhirnya selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w menghadap ke Baitul Maqdis, barulah Allah memerintahkan agar baginda menghadap ke Ka’abah.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Firman Allah dalam ayat  217  surah al-Baqarah :

….. وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُوْلَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Maksudnya : …….Dan sesiapa daripada kamu yang murtad daripada agamanya lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir maka gugurlah amalan-amalan mereka di dunia dan akhirat. Dan mereka menjadi ahli neraka yang mereka akan kekal di dalamnya selama-lamanya

            Peristiwa pertukaran Qiblat ini memberi isyarat yang jelas kepada umat Islam agar kita mesti berusaha menjauhi sebarang kepercayaan, amalan dan budaya hidup yang bercanggah daripada Islam yang sentiasa disogokkan oleh musuh Islam dengan pelbagai cara. Umat Islam mesti mempunyai jatidiri berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh al-Quran dan Sunnah Nabi sehingga kita mampu menjadi contoh teladan yang baik kepada orang bukan Islam bukannya kita menjadi penghalang atau tembok yang mendinding orang bukan Islam daripada melihat keindahan yang ada dalam Islam yang meliputi seluruh aspek kehidupan. Betapa malangnya apabila ramai di kalangan umat Islam sendiri pada hari ini berasa malu untuk berakhlak dengan akhlak Islam, berpakaian sebagaimana sunnah nabi, menggunakan system hidup sebagaimana yang dianjurkan oleh agama.  Apa yang lebih malang apabila adanya umat Islam termasuk pemimpin yang sanggup membelakangkan larangan agama seperti amalan tafakkur hadapan tugu negara terutama pada Hari Pahlawan yang jelas hukumnya haram dan boleh membawa kepada syirik.

Aqidah umat Islam semakin goyah terutama ketika suasana politik dalam negara yang agak bercelaru telah menyebabkan pihak tertentu seperti Kristian yang giat berusaha dalam memurtadkan umat Islam. Antara yang sedang hangat diperkatakan ialah mengenai tindakan beberapa individu yang berusaha memujuk kakitangan termasuk pramugari MAS untuk meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Kristian dengan memberi hujah-hujah yang mengelirukan. Satu laporan polis telah dibuat oleh salah seorang pramugara Muslim terhadap tindakan jahat ini disamping beberapa NGO Islam telah bersemuka dan menyatakan bantahan mereka kepada Pengerusi MAS sendiri, namun belum ada tindakan rasmi yang dilaporkan diambil terhadap kakitangan MAS tersebut yang secara terangan telah menyalahi perlembagaan Persekutuan. Begitu juga dengan usaha Majlis Peguam yang mahu menganjurkan sebuah forum yang bakal menyentuh pertukaran agama bertemakan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, esok yang bersumberkan fahaman sekular yang hanya menyelewengkan pemahaman sebenar terhadap Islam serta boleh mencetuskan konflik dan akhirnya ketegangan yang tidak memberikan manfaat kepada mana-mana pihak.  Oleh itu kita wajib membantah forum ini kerana isu-isu berkaitan dengan hak dan kepentingan Islam adalah sesuatu yang mutlak seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh setiap negeri. Islam adalah agama yang membawa dan menjanjikan kebaikan buat semua, oleh yang demikian sebarang perbincangan berkenaan dengannya perlulah melibatkan pihak yang memiliki ilmu dan  autoriti kerana Islam berdiri berteraskan sumber-sumbernya sendiri bukannya mengikut tafsiran manusia yang serba lemah dan kekurangan. Kita beri kata dua kepada golongan pelampau ini agar jangan cuba menjolok sarang tebuan buruk padahnya. Jangan cuba bermain api dengan umat Islam. Biar nyawa melayang namun Islam tetap kita pertahankan. Biar bermandi darah namun maruah Islam tetap kita perjuangkan

 

Siang Jumaat yang dikasihi,

            Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad :

قال الرسول e  : مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: Sesiapa yang meniru suatu kaum yang lain maka dia adalah daripada kaum itu

Apabila umat Islam sendiri menjadikan tamadun kebendaan barat sebagai qiblat kehidupan mereka maka banyaklah kerosakan dan kehancuran yang berlaku. Kita begitu sedih apabila segala jasa pejuang kemerdekaan negara bakal dicemari dengan suatu persembahan daripada penyanyi barat yang runtuh akhlak sempena sambutan merdeka nanti.  Sepatutnya setelah 51 tahun mencapai kemerdekaan maka semakin banyak system Islam yang dapat dilaksanakan serta semakin banyak cara hidup barat berjaya disingkirkan. Apa yang berlaku adalah sebaliknya sehingga keruntuhan akhlak di kalangan umat Islam sendiri semakin meruncing apabila lebih banyak racun yang dihidangkan berbanding ubat yang menyembuhkan. Amalan rasuah dan pecah amanah yang telah membarah dalam masyarakat turut menjadi punca utama kepada berlakunya pelbagai jenayah dan penyelewengan sehingga keamanan negara tergugat. Sejak tahun 80-an negara kita telah mengalami kerugian sebanyak RM 100 billion akibat rasuah. Kita turut merasa gerun apabila mendengar berita kehilangan barang bukti iaitu dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM1.1 juta dari bilik simpanan barang bukti Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang menunjukkan tempat yang dikawal ketat pun boleh dicerobohi. Selagi Islam tidak dijadikan cara hidup maka selagi itulah kehancuran semakin bertambah dan membarah

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kegagalan menjadikan Islam sebagai cara hidup turut menjadi punca kepada meluasnya budaya fitnah dan mengaibkan maruah manusia yang lain. Kadang-kadang perkara yang tidak sepatutnya diperbesarkan terutama yang melibatkan keaiban manusia telah menyebabkan perhatian rakyat kepada isu negara yang lebih besar dan penting diketepikan. Inillah bahayanya apabila lahirnya pemimpin yang lebih takut kepada kedudukannya yang semakin goyah daripada takut kepada Allah. Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia di bulan sambutan kemerdekaan maka kita buat kalinya mendesak agar tahahan ISA dimerdekakakan. ISA adalah suatu tindakan yang zalim dan bertentangan dengan Islam. Takutlah pada amaran Allah melalui ayat 58 surah Al-Ahzab :

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti (menyeksa) mukiminin atau mukminat dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan perbuatan atau kesalahan yang dilakukan, maka sesungguhnya mereka itu menanggung pembohongan dan dosa besar yang nyata,”

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Islam DiSanggah Fitnah Bercambah

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ :

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

            Bulan Rejab, peristiwa Isra’ dan Mikraj serta kewajipan solat  5 waktu sehari semalam berkait antara satu sama lain. Peristiwa yang menguji keimanan ini begitu banyak memberi peringatan dan pengajaran berharga kepada kita terutama dalam meyakini kehebatan dan kekuasaan Allah. Begitu juga dengan kewajipan solat yang merupakan tiang agama yang mampu melahirkan umat yang takut kepada Allah sehingga menjauhi kejahatan, berdisiplin dalam menjaga masa, hormat kepada pemimpin dan berkasih sayang melalui solat berjemaah, bertanggungjawab terhadap tugas, menjaga kesihatan melalui pergerakan dalam solat dan pelbagai lagi kelebihan solat. Sebab itulah kita menyokong cadangan kerajaan Kelantan untuk  menjadikan solat 5 waktu dan Jumaat sebagai syarat kenaikan pangkat serta pengambilan baru kakitangan awam kerana jika seseorang itu tidak solat bererti dia tidak lagi takut kepada Allah yang Maha Kuasa apatah lagi untuk malu kepada sesama manusia yang serba lemah sehingga meluasnya pecah amanah, rasuah dan sebagainya. Begitu juga cadangan untuk digubalkan undang-undang bagi membolehkan orang Islam yang tidak menunaikan solat 5 waktu boleh diambil tindakan tegas. Ini adalah suatu yang  penting kerana menurut suatu kajian bahawa hanya 25 peratus sahaja umat Islam di negara ini yang betul-betul menjaga solat 5 waktu. Benarlah amaran nabi Muhammad s.a.w bahawa simpulan Islam ini akan dirombak satu demi satu oleh umat Islam sendiri bermula dengan mengenepikan sistem Islam dalam kehidupan dan diakhiri dengan meninggalkan solat 5 waktu disebabkan kejahilan.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Setiap kali membicarakan peristiwa Isra’ Mikraj maka sejak dari zaman nabi lagi wujudnya umat yang terus yakin bahawa ia benar-benar berlaku terhadap tubuh dan ruh nabi secara serentak kerana ia adalah salah suatu daripada kuasa Allah. Tidak kurang yang mengengkarinya akibat melihat kepada kelemahan diri manusia yang tidak mampu berbuat demikian sehingga tidak nampak lagi tentang kuasa Allah yang melakukan segala perjalanan nabi itu. Begitulah apa yang berlaku pada hari ini terutama kepada pelaksanaan sistem dan cara hidup Islam yang diyakini sebagai yang terbaik bagi golongan yang tunduk dan patuh pada arahan dan larangan Allah. Manakala lahirnya begitu ramai dari kalangan umat Islam sendiri yang mempertikaikan sistem dan cara hidup Islam kerana mereka seolah-seolah nampak bahawa itu hanya saranan manusia bukannya datang daripada kehendak Allah. Mereka meletakkan arahan dan larangan Allah sama taraf atau lebih hina daripada sistem ciptaan manusia. Oleh itu kita dapat saksikan bagaimana sistem Islam sentiasa menjadi korban kepada kehendak hawa nafsu umat Islam sendiri seperti sukatan dan masa untuk pengajian agama dikurangkan, pusat pengajian agama ditarik bantuan dan sentiasa ditekan, program agama dikawal ketat ketika program maksiat diperluaskan, pemakaian cara Islam dipertikaikan ketika pakaian bertelanjang digalakkan, ulama’ dibataskan peranannya dan sebagainya. Kita kecewa bila media massa menabur fitnah berkaitan saranan tidak eloknya bergincu dan memakai kasut bertumit tinggi di Kota Bharu yang merupakan suatu risalah dakwah sahaja bukannya undang-undang sehingga ada yang faham agama turut menghina saranan ini dengan mengatakan bahawa perempuan di Kelantan hanya layak memakai kasut getah sahaja agar tidak mengeluarkan bunyi. Sepatutnya orang faham agama memandang bahawa saranan ini adalah tuntutan agama yang mesti disokong terutama pada zaman orang yang tidak lagi pandai menutup aurat tetapi hanya pandai menutup tubuh sahaja.

 

Sidang Jumaat Yang diberkati Allah ,

Kita masih ingat lagi tentang masalah pemakaian serban dua tahun lepas yang menyaksikan 2 pelajar dibuang sekolah dan bila dibicarakan di mahkamah mereka bukan sahaja kalah malah hakim bukan Islam diberikan kebenaran dalam menjatuhkan hukuman yang berkaitan dengan ajaran Islam iaitu masalah serban yang dituduh sebagai pakaian padang pasir dengan alasan bahawa Abu Jahal pun pakai serban. Kini masalah ini timbul kembali bila pelajar Pondok Pasir Tumboh terpaksa dihadap ke mahkamah kerana mempertahankan pemakaian serban semasa memandu motosikal memandangkan ianya dibenarkan oleh perundangan negara. Tindakan anggota polis ini telah membuka ruang kepada ketua pengarang akhbar Inggeris The Star dengan biadapnya menulis dalam blognya bahawa kaum Sikh mengenakan serban atas alasan agama. Untuk umat Islam, adakah ianya tuntutan agama untuk berserban atau adakah semata-mata kerana mahu dilihat alim atau dilihat bagaikan Arab. Sepatutnya jika umat Islam sayang kepada ulama’ dan pengajian agama maka dia tidak akan tergamak untuk menyusahkan sesama Islam apatah lagi tindakannya ini akan menyebabkan orang bukan Islam akan turut menghina pakaian cara Islam.  Malah tindakan ini bakal menyusahkan lebih ramai lagi umat Islam untuk pergi solat dan mengaji di masjid-masjid dan pusat pengajian agama dengan hanya perlu memakai serban sahaja. Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah melembutkan hati pihak yang berkenaan sebagaimana Dia melembutkan besi kepada nabi Daud sehingga saman ini ditarik balik dan permohonan maaf dilakukan. Ingatlah kita bahawa berpegang dan menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w di akhir zaman ini bagaikan menggenggam bara api malah ganjaran bagi mereka yang memperjuangkan dan mempertahankan sunnah nabi ini ganjarannya begitu besar sebagaimana yang tersebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi :

 مَنْ تَمَسَّكَ بِسُنَّتِيْ عِنْدَ فَسَادِ أُمَّتِيْ فَلَهُ أَجْرُ مِائَة شَهِيْدٍ   

Maksudnya : Sesiapa yang berpegang teguh dengan sunnahku ketika kerosakan umatku maka baginya pahala seratus orang mati syahid

 

Sidang jumaat yang dikasihi Allah ,

فرمان الله تعالى دالم أية    224-226   سورة الشعراء :

وَالشُّعَرَاء يَتَّبِعُهُمُ الْغَاوُونَ  أَلَمْ تَرَ أَنَّهُمْ فِي كُلِّ وَادٍ يَهِيمُونَ  وَأَنَّهُمْ يَقُولُونَ مَا لاَ   يَفْعَلُونَ  

 

Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat – tentu hala. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak tentu hala dalam setiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)? Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka sendiri tidak melakukannya?

            Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan dalam masyarakat arab yang terkenal dengan ketinggian gaya bahasa. Kita dapat saksikan bagaimana peranan besar yang dimainkan oleh tukang syair yang mampu menaikkan seseorang yang jahat dan dalam masa yang sama boleh menjatuhkan seseorang yang baik melalui syair mereka yang kebanyakannya digantung di kelambu Ka’abah. Pada hari ini kita boleh katakan bagaimana golongan wartawan mengambil alih kerja tukang syair itu sehingga jika tidak menjaga batas agama maka pelbagai fitnah ditabur melalui media massa sehingga seorang yang jahat dipuja dan seorang yang baik dihina malah Islam turut nampak zalim akibat penulisan wartawan yang bencikan Islam. Wartawan boleh memburukkan lagi suasana bila tidak menjadikan Islam sebagai dasar penulisan sehingga masalah melibatkan maruah seperti zina dan liwat dijadikan bahan pelaris jualan. Ditambah lagi dengan sikap sebahagian umat Islam yang hanya setakat mahu menjunjung al-Quran untuk bersumpah sedangkan system dan jalan penyelesaian yang terkandung dalam al-Quran ditolak. Masalah tuduhan zina atau liwat sebagai contohnya di mana al-Quran telah pun menunjukkan bagaimana cara untuk menyelesaikannya sebagaimana firman Allah dalam ayat 4 dan 5 surah an-Nur :

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلاَ  تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ   إِلاَّّ الَّذِينَ تَابُوا مِن بَعْدِ ذَلِكَ وَأَصْلَحُوا فَإِنَّ اللهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya : Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; – Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ