• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Khutbah Audio 18 – Ikut Wahyu Bahagia Turut Nafsu Binasa

18. MEMERANGI GEJALA MURTAD

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ …..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat  217 surah al-Baqarah :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الشَّهْرِ الْحَرَامِ قِتَالٍ فِيهِ ۖ قُلْ قِتَالٌ فِيهِ كَبِيرٌ ۖ وَصَدٌّ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ وَكُفْرٌ بِهِ وَالْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِخْرَاجُ أَهْلِهِ مِنْهُ أَكْبَرُ عِندَ اللَّـهِ ۚ وَالْفِتْنَةُ أَكْبَرُ مِنَ الْقَتْلِ ۗ وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَن دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا ۚ وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَـٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu tentang berperang  pada bulan Haram. Katakanlah : “Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kufur kepada Allah (menghalangi masuk) Masjidil haram dan mengusir penduduknya dari sekitarnya lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan membuat finah lebih besar (dosanya) daripada membunuh. Mereka tidak berhenti dalam memerangi  kamu sehingga mereka (dapat) mengembalikan kamu daripada agamamu (kepada kekufuran) sekiranya mereka sanggup. Sesiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya lalu dia mati dalam kekafiran maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat. Dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya selamanya.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Kini kita berada di bulan Rejab yang diberitahu melalui lidah nabiNya Muhammad s.a.w sebagai bulan Allah yang mempunyai banyak kelebihannya jika kita penuhi dengan puasa sunat dan amalan soleh yang lain. Bulan Rejab juga mengingatkan kita tentang kewajipan Sembahyang lima waktu yang diterima oleh nabi Muhammad s.a.w ketika bertemu Allah dalam peristiwa Isra’ Mikraj yang bersejarah. Sebab itulah usaha kerajaan Kelantan dalam menganjurkan bulan Sembahyang setiap kali tibanya bulan Rejab mestilah diberi kerjasama yang sebaiknya dalam memastikan umat Islam dapat menghayati matlamat sebenar difardhukan solat lima waktu sehari semalam disamping memberi peringatan terutama kepada golongan muda supaya menjaga sembahyang dengan sebaiknya kerana ia merupakan tiang agama dan juga kayu pengukur samada seseorang itu Islam atau pun tidak.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

            Isu murtad mula bergema kembali setelah begitu lama disepikan walau pun usaha Kristian samada secara biasa mahu pun sihir bergerak cergas dan bebas tanpa ada di sana usaha untuk menyekat secara undang-undang. Isi ditimbul dan dibincang hangat kembali setelah adanya usaha daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menggubal undang-undang murtad bagi dibentang di dalam parlimen untuk dilaksanakan. Ramai dikalangan peguam Melayu yang mengaku beragama Islam bangun menentang usaha ini dengan memberi alasan berdasarkan akal yang lemah dan undang-undang sekuler yang rapuh.

            Antara alasan yang diberikan ialah mereka menyatakan undang-undang yang bakal digubalkan nanti akan menyekat kebebasan agama yang tertera dalam undang-undang negara sedangkan Islam sebagai agama rasmi negara hanya berkisarkan dalam masalah ibadat dan adat sahaja bukannya membenarkan hukum Islam untuk dilaksana. Alasan ini menunjukkan kepada kejahilan mereka terhadap Islam di mana mereka meletakkan Islam setaraf dengan agama Kristian , Budha , Hindu dan lain-lain di mana sebagai agama untuk ibadat dan perayaan sahaja bukannya sebagai agama yang merangkumi semua aspek kehidupan. Mereka anggap Islam hanya agama yang boleh dijadikan mainan di mana seseorang  boleh memeluk Islam secara sukarela dan boleh keluar Islam bila-bila masa tanpa sekatan. Sedangkan dari awal lagi Islam telah menggariskan bahawa ia tidak memaksa seseorang itu untuk memeluk Islam tetapi perlu dijelaskan bahawa setelah memeluk Islam maka seseorang itu mesti mengikuti segala peraturan dan kewajipan yang ada dalam Islam dan jika mereka murtad maka hukumannya adalah bunuh. Apa yang berlaku pada hari ini adalah jauh daripada Islam yang sebenar di mana seseorang itu tidak dijelaskan tentang perkara tadi terlebih dahulu sehingga mereka merasakan Islam ini hanya agama mainan yang boleh diperkotak-katikkan mengikut akal mereka. Jika seseorang itu telah masuk Islam dengan kefahaman yang jelas tentang kewajipan dan hukuman berat yang bakal dijatuhkan jika murtad maka sudah tidak timbul menyekat kebebasan agama kerana mereka masuk Islam dengan kerelaan hati untuk melaksanakan kewajipan agama dan rela juga menerima hukuman apabila telah murtad.

 

Siang Jumaat yang dikasihi,

            Alasan mereka lagi bahawa undang-undang yang bakal dilaksanakan nanti akan menyebabkan dunia luar akan mengutuknya kerana bertentangan dengan peraturan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Ini menunjukkan bahawa mereka lebih takut kepada manusia daripada Allah Tuhan Pencipta mereka. Mengapakah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan dunia luar akan mengutuk negara kita hanya setelah hukuman Islam dilaksana sedangkan ketika umat Islam ditekan dan dinafikan hak kebebasan untuk beragama maka mereka hanya diam seribu bahasa. Ketika ada saudara baru yang disimbah asid di muka mereka kerana memeluk Islam dimanakah laungan kebebasan beragama?. Ketika sepasang suami isteri yang telah memeluk Islam bersama anak kecil yang baru berusia beberapa bulan dibunuh dan dikelar tubuh mereka di manakah suara pembelaan terhadap penindasan agama lain terhadap umat Islam?. Ketika seorang ayah dimana anaknya telah murtad mahu bertemu dengan anaknya lalu diterajang tanpa belas kasihan dimanakah laungan keadilan?. Sepasang suami isteri di mana anak gadisnya telah murtad dan dilarikan sehingga hari ini tidak diketemui dimanakah pembelaan undang-undang yang mendakwa memberi kebebasan terhadap mereka? Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan dunia luar hanya akan mengutuk kita apabila melaksanakan Islam bukannya atas kebebasan beragama tetapi sikap permusuhan dan kebencian mereka terhadap Islam. Mereka didalangi oleh Yahudi dan Kristian yang tidak pernah menghentikan permusuhan terhadap Islam sebagaimana kita fahami daripada  Firman Allah dalam ayat 120 surah al-Baqarah :

ولن ترضى عنك اليهود ولا النصرى حتى تتبع ملتهم قل إن هدى الله  هو الهدى  ولئن اتبعت أهواءهم بعد الذي جاءك من العلم  مالك من الله  من ولي ولا نصير .

Maksudnya : Orang-orang Yahudi dan Kristian tidak akan senang kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah : “ Sesungguhnya petunjuk Allah itulah merupakan petunjuk yang benar”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah datangnya pengetahuan kepadamu maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Alasannya lagi bahawa hukuman murtad yang dilaksana sebelum ini kerana mereka yang murtad secara terang-terangan dan juga mencabar pihak pemerintah negara. Alasan ini hanya suatu alasan yang kolot dan menjijikkan. Adakah dalam banyak peristiwa yang berlaku pada ini berkaitan dengan murtad secara senyap-senyap sedangkan  mereka yang telah murtad tanpa segan silu datang ke pejabat pendaftaran negara untuk menukar nama dan agama mereka. Mereka berbuat demikian dengan penuh keberanian dan tanpa perasaan takut. Adakah perkara ini tidak boleh dikatakan sebagai murtad secara terangan-terangan dan berani?….

            Tentang penentangan terhadap pemerintah buat masa ini memang tidak perlu dilakukan kerana undang-undang digunakan sekarang adalah bersesuaian dengan nafsu dan kehendak mereka yang telah murtad. Peraturan Lord Reid yang berasaskan sekulerisme yang bertunjang agama Kristian bermazhab Protestan tidak membahayakan mereka  malah menyokong dan mendorong mereka untuk murtad sebebas-bebasnya. Buat apa mereka perlu melakukan pemberontakan dan sebagainya.

            Bahayanya mereka yang telah murtad akan kelihatan apabila pemerintah melaksanakan Islam. Oleh itu sebelum lebih ramai yang murtad maka suatu undang-undang berlandaskan Islam perlu dilaksanakan dalam membasmi gejala murtad yang seang berleluasa. Usaha Kristian dalam memastikan separuh daripada penduduk Asia Tenggara bersatu dalam Kristian terus berjalan dengan lancar termasuk di negara kita.

            Jika dikatakan bahawa jumlah yang murtad adalah lebih sedikit berbanding mereka yang memeluk Islam maka alasan ini juga tidak boleh digunakan kerana Islam tidak pernah menetapkan ramai atau sedikitnya mereka yang murtad  dalam melaksanakan hukuman bunuh. Mereka yang murtad walau pun sedikit boleh memecah-belahkan masyarakat kerana mereka bebas berperanan untuk berdakwah kepada orang lain tanpa tindakan sewajarnya. Mereka juga menyebabkan masyarakat saling sangsi dan curiga antara satu sama lain.

            Janganlah atas nama kebebasan beragama kita mempertahankan mereka yang murtad. Ingatlah mereka mempunyai rakan seagama untuk menekan umat Islam. Janganlah kerana toleransi dan kelembutan yang tidak sepatutnya diberikan akan menyebabkan kita akan huru hara sebagaimana berlaku kepada saudara Islam kita di Ambon, Indonesia. Dalam satu keluarga dibenarkan ada pelbagai agama dan Kristian yang dijadikan kawan diberikan kebebasan dalam berdakwah dan membina gereja termasuk dalam kawasan yang majoritinya umat Islam. Akhirnya atas nama agama, umat Islam dibunuh, dikelar, dibakar dan rumah mereka dimusnahkan oleh kawan-kawan dan keluarga mereka sendiri yang beragama Kristian. Jangan biarkan ia berulang di negara kita ini.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Audio 17 – Khutbah Gerhana Bulan

Fenomena gerhana bulan mula 1.25 hingga 7.01 pagi ini

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara jam 1.25 pagi dan 7.01 pagi esok, menurut Agensi Angkasa Negara.

Fasa penumbra (P1) akan berlaku pada jam 1.25 pagi namun kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap.
“Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai jam 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada jam 4.13 pagi.
“Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada jam 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada jam 6.02 pagi,” menurut kenyataan agensi itu hari ini.

Angkasa itu menyatakan bahawa gerhana masih terus berlaku sehingga jam 7.01 pagi tetapi fenomena tertidak dapat disaksikan pada waktu terbabit kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap. – BERNAMA

Permohonan murtad 135 orang diluluskan bagi tahun 2000-2010

Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama
Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

NONEBeliau
menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta
perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam
dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad
yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi  menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan
kepada  kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk
meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

azlanMengikut
data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari
Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33
orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam
yang terbesar adalah di Sabah – 238, Negeri Sembilan – 172, Selangor –
99 dan Perak – 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

“Dalam
menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa
melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini
terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

“Antara program
dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah
dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian
agam; dan sokongan Baitulmal,” kata Jamil.

Khutbah Audio 16 – Rakyat Bijak, Pemimpin Hebat Wujudkan Negara Berkat

Islam DiUtama Nasib Umat Terbela

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ :
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ
Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Kita kini berada pada minggu terakhir bulan Rejab yang pernah mencatatkan suatu perjalanan yang hebat ke atas batang tubuh Rasulullah s.a.w dalam peristiwa Isra’ iaitu perjalanan malam dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjid al-Aqsa, Palestin seterusnya Mikraj dari situ ke Sidratul Muntaha. Kesannya yang masih boleh dilihat sampai hari ini antaranya batu tergantung yang mahu turut naik bersama nabi Muhammad s.a.w yang terletak dalam kubah emas hadapan Masjid Aqsa. Kesan yang paling besar Isra’ Mikraj ialah kewajipan solat 5 waktu itu sendiri yang merupakan sumber kekuatan utama umat Islam yang semakin hari semakin diabaikan sehingga umat Islam terkapai-kapai mencari kemuliaan dan kemuliaan hidup. Peristiwa bersejarah yang melangkaui akal pemikiran biasa manusia tetapi ianya boleh terjadi atas kehendak dan kuasa Allah turut meninggalkan banyak pengajaran berharga buat umat Islam antaranya tentang betapa penting dihidupkan peranan masjid yang semakin sepi daripada jemaah terutama anak muda serta terbatasnya program dalam memakmurkan masjiid samada kekurangan tenaga dalam menggerakkannya atau sekatan daripada pihak yang tidak suka dengan kesedaran rakyat tentang betapa sempurnanya system Islam dalam memberi kebahagiaan hidup kepada umat manusia di dunia dan akhirat. Tidak berjaya umat Islam yang hanya bangga kerana membina masjid yang banyak dan indah sahaja sedangkan usaha dalam menyuburkan peranan masjid diabaikan. Renungilah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas bin Malik :
قال الرسول  : لاتَقُوْمُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَبَاهَى النَّاسُ فِى المَسَاجِدِ
Maksudnya: Tidak akan berlaku qiamat sehingga umatku hanya bermegah-megah dengan binaan masjid sahaja

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 107 surah al-Taubah :
وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِمَنْ حَارَبَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ مِنْ قَبْلُ ۚ ……
Maksudnya : Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) kekufuran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. ……
Ketika berada dalam bulan Rejab juga mengingatkan kita tentang suatu peperangan besar yang berlaku pada 9 Hijrah iaitu Peperangan Tabuk yang turut menyaksikan bagaimana golongan munafik cuba memecahbelahkan umat Islam dengan membina masjid yang digelar oleh Allah sebagai Masjid Dhirar yang mempunyai 4 ciri utama iaitu Ciri pertama yang ada pada masjid Dhirar ialah mendatangkan kemudharatan terhadap ummah, kedua untuk mengkufurkan kaum muslimin, ketiga untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan umat Islam dan keempat ia menjadi pusat intipan untuk memerangi Allah dan rasulNya. Pastikan masjid kita tidak mempunyai ciri-ciri yang merbahaya ini. Suburkan masjid kita, tambahkanlah ahli jemaah, perbanyakkanlah program yang bermanfaat
Sedarilah bagaimana masjid di kebanyakan negara yang lain sedang berdepan dengan keganasan musuh Islam. Belum reda pembunuhan kejam di Masjid Selatan Thailand kini kita dapat menyaksikan bagaimana adanya umat Islam Uighur, China ditembak di depan masjid secara rambang. 6 Julai sahaja menyaksikan hampir 200 umat Islam ditembak mati oleh polis China secara rambang, 800 cedera dan lebih seribu yang dipenjara. Perlu diketahui bagaimana umat Islam berbangsa Uighur telah dijajah semenjak 1949 sehingga dipaksa menganut fahaman komunis dengan meninggalkan Islam. Sesiapa yang didapati sembahyang akan dikupas kulit kepala, tapak kaki dan dicabut kaki dan kepala menggunakan trak, diseksa dalam penjara tanpa diberi mandi dan melihat cahaya matahari selama 1 – 2 tahun, dimasukkan bom dalam kemaluan perempuan. Kekejaman ini seolah mahu dimulakan kembali terhadap umat Islam sehingga umat Islam dilarang menunaikan haji bermula 2007, umat Islam bawah 18 tahun dilarang ke masjid dan ada masjid ditutup daripada solat Jumaat dan Fardhu atas alasan bimbang membangkitkan semangat untuk merusuh. Malangnya kekejaman China tidak diambil tindakan sewajanya oleh pemimpin negara umat Islam kecuali di Iran dan Turki adanya tunjuk perasaan dengan membakar barangan China dan sebagainya

Sidang Jumaat Yang diberkati Allah ,
Kembali kita untuk menyentuh tentang pengajaran Isra’ Mikraj di mana nabi Muhammad s.a.w ketika bersama malaikat Jibril naik ke langit semasa telah menghidu bau yang begitu harum yang keluar daripada bau Masyitah iaitu penyikat rambut puteri Firaun yang telah direbus hidup-hidup dalam kawah yang menggelegak airnya bersama keluarga tercinta demi mempertahankan keimanannya. Begitu juga nabi diperlihatkan segolongan manusia yang menanam dan mengetamnya setiap hari tetapi tanaman itu kembali sebagaimana biasa dan kemudian diketam lagi begitulah seterusnya dimana ia merupakan kelebihan yang dianugerahkan kepada pejuang yang berjuang pada jalan Allah. Benarlah janji Allah sebagaimana dalam ayat 169 surah Ali ‘Imran :
وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ
Maksudnya : Dan janganlah sekali-kali engkau menyangka bahawa orang-orang yang gugur syahid pada jalan Allah itu telah mati. Bahkan mereka terus hidup di sisis Tuhan mereka dengan mendapat rezeki
Perjuangan Masyitah terus dilakukan oleh pejuang-pejuang Islam yang takutkan Allah dan cintakan syahid. Dunia dikejutkan dengan pembunuhan kejam pada 1 JUlai lalu terhadap seorang ibu muda bernama Marwah Syarbini yang berasal dari Mesir di mana beliau yang sedang mengandung 3 bulan ditikam sebanyak 18 kali oleh seorang pemuda Jerman berbangsa Rusia dalam Mahkamah Jerman ketika membicarakan kes pemuda tersebut yang mengganggu dan menghina beliau semata-mata kerana bertudung. Apa yang lebih kejam apabila suaminya yang ingin membantu isterinya daripada ditikam, telah ditembak oleh pasukan keselamatan Jerman sehingga cedera parah dengan alasan tersilap tembak. Umat Islam diperlakukan lebih hina daripada binatang oleh musuh Islam. Namun sedihnya dunia cuba menyembunyikan pembunuhan kejam ini dan Marwah Syarbini disemadikan di Mesir dengan kehadiran umat Islam yang agak ramai walau pun tidak sehebat dunia meratap kehilangan Raja Pop Michael Jackson.

Sidang jumaat yang dikasihi Allah ,
Panggilan yang turut menganggu nabi Muhammad s.a.w ketika Isra’ Mikraj ialah panggilan yahudi dan Kristian. Oleh itu tidak hairanlah bagaimana usaha daripada kedua agama ini terutamanya dalam memurtadkan Islam terus berlangsung. Dunia dikejutkan dengan berita kematian Bertha atau nama Islamnya dulu Natrah yang pernah meninggalkan nostalgia berdarah pada tahun 1950 apabila dia dirampas daripada keluarga angkat dan suami tercinta seterusnya dimurtadkan oleh keluarga asal di Belanda. Kini bukan lagi anak angkat berbangsa Inggeris yang dimurtadkan tetapi anak orang Islam sendiri sebagaimana peristiwa pemurtadan secara terancang Aisyah Bukhari, Kartina Kamarudin dan ramai lagi, tidak terkecuali Lina Joy. Kita mengucap syabas dan tahniah kepada mahasiswa kita di Universiti Putra Malaysia (UPM) kerana berjaya menangkap 9 penganut Kristian termasuk dua pelajar berhubung dakwaan cuba menukar agama pelajar universiti tersebut. Mereka dilihat berada beberapa hari di beberapa kolej kediaman UPM dengan bergerak dari bilik ke bilik untuk menyampaikan ajaran mereka disamping menyebarkan risalah kepada warga kampus dan bergerak di tiga buah kolej iaitu Kolej Pendeta Zaaba, Kolej Sepuluh, dan Kolej Sebelas. Walau pun mereka telah dibebas dengan dakwaan tidak melakukan perkara tersebut namun kita mesti berhati-hati supaya golongan yang cuba melanggar Undang-undang negara yang melarang seseorang bukan Islam menyebarkan agama kepada seorang Muslim dapat disekat. Beringat sebelum kena, cegah sebelum parah, sekat sebelum merebak.
Firman Allah dalam ayat 109 surah al-Baqarah:
وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya : Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ