• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3








  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,705,351 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,443 other followers

JAKIM: Jangan melatah isu persenda azan


Umat Islam di negara ini diminta supaya tidak cepat melatah dengan perbuatan mempersendakan azan menerusi “YouTube” kerana itu mungkin perbuatan nakal kanak-kanak.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata umat Islam perlu berfikiran rasional dalam menangani masalah itu dan meneliti siapa yang bertanggungjawab melakukannya serta tujuan mereka.

“Pihak yang melakukannya mungkin daripada kalangan yang tidak mengetahui ia merupakan sensitiviti umat Islam, seperti budak-budak nakal. Tetapi jika ia dilakukan oleh mereka yang sememangnya bertujuan mengganggu keharmonian Islam, tindakan perlu diambil,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam Persatuan Pengguna Islam Malaysia meminta kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri terhadap pihak yang bertanggungjawab menyiarkan video klip mempersendakan azan menerusi “YouTube”.

Wan Mohamad berkata isu yang “tenggelam timbul” seperti itu tidak harus menjadikan umat Islam cepat melatah.

“Mungkin selepas ini lebih banyak isu yang akan cuba dimainkan dalam mencabar sensitiviti umat Islam, jadi umat Islam harus bersabar dan bersikap rasional,” katanya.

–Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: