• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,677,030 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,409 other followers

Maksiat Meningkat Nikmat DiSekat


السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

فرمان الله تعالى دالم أية  155-157سورة  البقرة :

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ  الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ أولئك عليهم صلوتٌ من ربهم ورحمةٌ وأولئك هم المهتدون

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah maka mereka mengucapkan :  إنا لله وإنا إليه رجعون  . Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Tuhan mereka. Dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

            Kehidupan di dunia yang sementara ini perlu kepada kesabaran dalam menempuh segala pancaroba dan ujian daripada Allah. Setiap bala dan ujian ada hikmahnya yang tersendiri dalam menyedarkan hakikat diri betapa lemahnya kita sebagai hamba Allah yang sentiasa bergantung harap kepada Allah dalam semua perkara. Kadang-kadang ujian yang datang akibat daripada perbuatan kita sendiri yang bertindak menderhaka kepada Allah walau pun nikmat yang dianugerahkan begitu banyak tidak terkira. Ketika kita masih merenungi nasib yang menimpa mangsa ribut Nargis di Myanmar diikuti dengan gempa bumi di China yang mengorbankan puluhan ribu nyawa maka kita di negara ini selepas terkejut dengan perubahan besar politik selepas pilihanraya umum lalu kini rakyat dikejutkan pula dengan kenaikan harga minyak yang begitu tinggi semalam disamping tarif elektrik yang turut  naik mendadak. Kita sebagai rakyat sebuah negara yang kaya minyak terpaksa membeli minyak dengan harga yang paling mahal berbanding negara pengeluar minyak yang lain di dunia. Kita berasa hairan apabila setiap kali negara mendapat keuntungan dengan kenaikan harga minyak dunia yang membolehkan Petronas dan negara mengaut keuntungan yang berganda tetapi rakyat pula dipaksa untuk bertambah derita sedangkan negara pengeluar minyak yang lain bertindak menambahkan lagi kebajikan kepada rakyat termasuk mengawal kenaikan harga minyak. Kita seolah-olah diajar cara untuk menurunkan harga minyak ialah Petronas mesti untung kecil barulah harga minyak boleh dikurangkan. Selagi Petronas untung banyak maka harga minyak terus naik. Oleh itu jangan kita menjadi pak turut yang menerima apa sahaja alasan yang memperbodohkan kita. Jadilah manusia yang bijak dan tidak mudah ditipu

 

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Firman Allah dalam ayat 1 – 3 surah al-Mutaffifin :

وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُواْ عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ  وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ

Maksudnya : Kecelakaan ke atas mereka yang curang terhadap sukatan atau timbangan. Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan bagi pihak mereka maka mereka minta disempurnakan. Dan apabila menyukat atau menimbang bagi pihak orang lain lalu mereka menguranginya.

            Penderitaan rakyat semakin teruk dan bertambah buruk akibat kenaikan ini selepas tahun lepas kita kekurangan bekalan gula dan minyak masak walau pun negara kita merupakan antara negara pengeluar utama tanaman tersebut. Begitu juga dari awal tahun ini, negara menghadapi kekurangan bekalan beras yang merupakan antara hasil utama negara. Apa yang peliknya ialah sebaik sahaja harga kepada barangan keperluan ini naik maka ia dengan secara tiba-tiba begitu banyak dipasaran. Negara seolah-olah dikawal oleh pihak tertentu sehingga harga barang tidak mampu dikawal dengan begitu berkesan sebaliknya terlalu banyak mengikut telunjuk para peniaga besar.

Islam sentiasa menyuruh umatnya agar jujur dan amanah dalam perniagaan sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah :

قال الرسول e  : التاجرُ الصَّدُوْقُ الأمِيْنُ مع النبيين والصديقين والشهداءِ

Maksudnya : Peniaga yang jujur dan amanah itu akan dihimpunkan bersama para nabi, syiddiqin dan pejuang yang gugur syahid pada hari kiamat nanti

Pada masa yang sama, Islam melarang berlakunya ihtikar atau penipuan dalam menaikkan harga barangan di mana secara umumnya penipuan ini terbahagi  kepada 2 cara iaitu pertamanya penguasaan penuh seseorang atau sesebuah syarikat ke atas keperluan rakyat samada makanan atau barang keperluan lain sehingga harga dinaikkan sesuka hati termasuk mengurangkan bekalan sebagai paksaan kenaikan harga barang. Keduanya menyorok barang sehingga tidak mencukupi dalam pasaran bagi mendesak kenaikan harga. Apabila harga sudah naik maka barang yang disorok sebelum ini mula dijual dengan harga yang tinggi.

Maksud hadis riwayat imam Muslim : Sesiapa yang melakukan ihtikar atau penipuan dalam menaikkan harga barangan maka dia adalah berdosa.

Maksud hadis riwayat Shawkani pula : Sesiapa yang terlibat dalam harga orang-orang Islam hingga menyebabkan ia mahal maka Allah akan memasukannya ke dalam neraka pada hari qiamat.

Maksud hadis riwayat Sayyidina Abu Bakar : 3 golongan yang tidak akan masuk syurga iaitu golongan penipu, golongan yang bakhil dan golongan yang suka mengungkit pemberian

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Selain kesilapan dalam memilih pemimpin yang lebih menjaga kepentingan diri sendiri daripada kebajikan rakyat jelata maka tindakan melakukan maksiat kepada Allah turut menjadi antara penyebab kepada kekurangan bekalan makanan dan juga kenaikan harga minyak yang bakal diteruskan dengan kenaikan harga barangan keperluan yang lain. Sesetengah maksiat telah dijanjikan oleh Allah dengan balasannya yang tertentu sebagaimana yang tersebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah daripada Abdullah ibnu Umar:

يَا مَعْشَرَ المُهَاجِرِيْنَ خَمْسٌ إِذَا ابْتَلَيْتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوْذُبِاللهِ أَنْ تُدْرِكُوْهُنَّ لَمْ تَظْهَرِ الفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوْا ِبهَا إِلا فَشَا فِيْهِمُ الطَّاعُوْنُ وَالأوْجَاعُ الَّتِى لَمْ تَكُنْ مَضَتْ ِفى أَسْلافِهِمُ الَّذِيْنَ مَضُوْا, وَلَمْ يَنْقُصُوْا المِكْيَالَ وَالِمْيزَانَ إِلا أُخِذُوْا بِالسِّنِيْنَ وَشِدَّةِ المُؤْنَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ, وَلَمْ يَمْنَعُوْا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلا مُنِعُوْا القَطْرَ مِنَ السَّمَآءِ وَلَوْ لا البَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوْا, وَلَمْ يَنْقُضُوْا عَهْدَ اللهِ وَعَهْدَ رَسُوْلِ اللهِ إِلا سَلَّطَ اللهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوْا بَعْضَ مَا فِى أَيْدِيْهِمْ, وَمَالَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللهِ وَيَتَخَيَّرُوْا ِمماَّ أَنْزَلَ اللهُ إِلا جَعَلَ اللهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ

Maksudnya : Wahai kaum Muhajirin! Ada 5 perkara di mana jika telah menimpa kamu maka tiada lagi kebaikan bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah S.W.T agar kamu tidak menemui zaman itu. 5 perkara itu ialah:  [1] Tidak bermaharajalela perbuatan zina pada suatu kaum sehingga mereka berani secara terang-terang melakukannya melainkan akan ditimpa penyakit Taun yang merebak dengan cepat dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lain. [2] Tiada mereka mengurangi sukatan atau timbangan melainkan mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan dalam mencari rezeki serta berhadapan dengan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka. [3] Dan tidak menahan mereka akan zakat harta benda melainkan ditahan juga untuk mereka air hujan dari langit. Jika tiada binatang yang hidup di muka bumi ini nescaya mereka tidak diberikan hujan oleh Allah S.W.T. [4] Dan tiada mereka menyalahi akan janji Allah S.W.T dan rasulNya melainkan Allah S.W.T akan menurunkan kepada mereka musuh yang akan merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. [5] Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah S.W.T  yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan utama maka Allah S.W.T akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri

فرمان الله تعالى دالم أية    42-43    سورة الأنعام :

وَلَقَدْ أَرْسَلنَآ إِلَى أُمَمٍ مِّن قَبْلِكَ فَأَخَذْنَاهُمْ بِالْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء لَعَلَّهُمْ يَتَضَرَّعُونَ  فَلَوْلا إِذْ جَاءهُمْ بَأْسُنَا تَضَرَّعُواْ وَلَكِن قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ  

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (rasul-rasul) kepada umat-umat sebelum kamu. Kemudian Kami siksa mereka dengan menimpakan kesengsaraan dan kemelaratan agar mereka memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendah diri. Maka mengapa mereka tidak memohon dengan tunduk merendah diri ketika datangnya siksaan Kami kepada mereka. Bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan mereka keelokan apa yang selalu mereka kerjakan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Satu Respons

  1. terima kasih teks khutbahnya semoga menjadi amal saleh untuk kita semua, wabil khusus penulis khutbah yth.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: