• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3



  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,777,967 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 10,124 other followers

Tuntut penjelasan PM isu Injil Melayu


Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menuntut penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kenyataan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang mendakwa perdana menteri menjanjikan tiada pengharaman kitab Injil dalam bahasa Melayu.

abimKatanya, penjelasan terbuka perdana menteri mengenai perkara itu adalah untuk mengelak sebarang kekeliruan serta salah faham yang boleh mengganggu keharmonian hubungan di antara kaum yan gingin dijayakan kerajaan selama ini.

Sambil menegaskan Abim memandang berat kenyataan CFM itu, setiausaha agungnya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata: “Sebagai pemerintah eksekutif tertinggi dinegara ini, sebarang kenyataan yang
dikeluarkan, menggambarkan pendirian serta polisi kerajaan mengenai sesuatu perkara.

“Dalam konteks ini, dakwaan CFM ini seakan-akan menggambarkan persetujuan kerajaan untuk mengedarkan Bible berbahasa Melayu dalam negara ini, sedangkan tiada sebarang pewartaan rasmi dikeluarkan oleh kerajaan.”

NONEDalam satu kenyataan hari ini, Mohamad Raimi berkata, kenyataan CFM itu amat berat dan perlu dibuktikan kepada umum bagi meredakan kegelisahan di kalangan rakyat di samping menjunjung tinggi ketelusan.

Semalam, CFM mendakwa janji-janji perdana menteri bahawa tiada pengharaman kitab Injil dalam bahasa Melayu, telah tidak dipatuhi oleh pihak berkuasa.

CFM, yang merupakan badan gabungan bagi semua kumpulan Kristian di negara ini berkata, Najib pada perjumpaan tahun lalu dilaporkan berkata kitab-kitab berkenaan akan dibenar diagihkan secara bebas sekurang-kurangnya di Sabah dan Sarawak.

Menurut pengerusi CFM, Bishop Ng Moon Hing, perkara itu disampaikan kepada pemimpin CFM oleh beberapa menteri kabinet dan pembantu mereka pada Disember 2009.

Katanya, Najib juga telah dimaklumkan berhubung rampasan 5,000 lagi kitab suci penganut Kristian tahun lalu.

“Apabila diberitahu bahawa 5,000 lagi kitab Injil dirampas pada satu jamuan teh ketika sambutan Krismas yang lalu, (perdana menteri) melahirkan rasa terkejut kerana arahan tidak lagi menahan kitab yang dirampas di Pelabuhan Klang belum dilaksanakan,” Bishop Ng dilapor berkata.

Menurut Ng lagi, setakat ini, 30,000 salinan kitab itu masih ditahan di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuching. Injil dalam bahasa Melayu itu dikenali sebagai Perjanjian Baru, Mazmur dan Amsal.

Sehubungan itu, Mohamad Raimi berkata, Abim berpandangan bahawa kebebasan mengamalkan sebarang agama di negara ini tidak seharusnya melangkaui ketetapan perlembagaan persekutuan bahawa agama Islam merupakan agama persekutuan.

“Justeru, sebarang enakmen berkaitan seperti enakmen pengawalan pengembangan agama yang mengawal pengembangan agama-agama lain ke atas umat Islam harus dipatuhi serta dihormati,” tegasnya.

Katanya, Abim menilai ketetapan-ketetapan yang digariskan dalam lunas perundangan negara, merupakan teras keharmonian serta kestabilan antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Sebarang kekeliruan serta percanggahan seharusnya diselesaikan menerusi dialog serta perbincangan tertutup di kalangan wakil-wakil ketua agama di negara ini.

“Abim juga menggesa agar mana-mana pihak tidak memberikan tekanan melampau sehingga melampaui mana-mana autoriti dalam negara, dalam memperjuangkan tuntutan masing-masing, terutama dalam isu-isu sensitif sebegini,” tegas Mohamad Raimi.

Advertisements

Satu Respons

  1. salam..minta pandgn bila ada orang islam terutamanya mahasiswa mengatakn orang terlalu paranoid terhadap agama lain..terutamanya penyebaran agama lain..ats isu diatas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: