• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,677,030 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,409 other followers

Maksiat Tersebar Bumi Bergegar


السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 45-47 surah an-Nahlu :
أَفَأَمِنَ الَّذِينَ مَكَرُوا السَّيِّئَاتِ أَنْ يَخْسِفَ اللَّهُ بِهِمُ الْأَرْضَ أَوْ يَأْتِيَهُمُ الْعَذَابُ مِنْ حَيْثُ لَا يَشْعُرُونَ أَوْ يَأْخُذَهُمْ فِي تَقَلُّبِهِمْ فَمَا هُمْ بِمُعْجِزِينَ أَوْ يَأْخُذَهُمْ عَلَىٰ تَخَوُّفٍ فَإِنَّ رَبَّكُمْ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ
Maksudnya : (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah orang-orang yang merancang dan melakukan kejahatan-kejahatan itu merasa aman daripada ditimbuskan oleh Allah akan mereka ke dalam bumi, atau mereka didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya? Atau Dia membinasakan mereka secara mengejut dalam masa mereka berulang alik melakukan kerja masing-masing? Kerana sebenarnya mereka tidak akan dapat melemahkan kuasa Allah. Atau Dia membinasakan mereka (dan harta benda mereka) sedikit demi sedikit? Kerana sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya
Al-Quran dan hadis nabi banyak menceritakan kepada kita tentang betapa banyak umat sebelum ini dihancurkan oleh Allah akibat daripada penderhakaan terhadap Allah dan rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka. Ada kaum yang dihancurkan dengan petir yang memecahkan gendang telinga, ribut taufan, banjir besar, gempa bumi dan sebagainya. Kisah-kisah yang dahsyat ini bukan hanya sekadar sebagai halwa telinga tetapi mesti diambil pengajaran dalam mendekatkan diri kita kepada Allah dengan sentiasa melaksanakan sistem al-Quran dalam kehidupan disamping menjauhi maksiat derhaka terhadap Allah. Ingatlah bahawa setiap bala ujian yang datang merupakan suatu peringatan dan rahmat bagi umat beriman yang mahu mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku disamping ia merupakan siksaan, balasan dan kemurkaan Allah terhadap golongan yang kufur engkar terhadapNya. Begitulah apa yang berlaku akhir-akhir ini termasuk gempa bumi di Haiti yang mengorbankan lebih 200 ribu nyawa yang merupakan peringatan besar kepada kita dan juga merupakan antara tanda-tanda Qiamat sebagaimana tersebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يُقْبَضَ الْعِلْمُ ، وَتَكْثُرَ الزَّلَازِلُ ، وَيَتَقَارَبَ الزَّمَانُ ، وَتَظْهَرَ الْفِتَنُ وَيَكْثُرَ الْهَرْجُ ، وَهُوَ الْقَتْلُ الْقَتْلُ ، حَتَّى يَكْثُرَ فِيكُمْ الْمَالُ فَيَفِيضَ))
Maksudnya : Tidak berlakunya kiamat sehingga ditarik ilmu pengetahuan, dan banyak gempa bumi, terlalu singkat waktu, banyak fitnah dan kekacauan, iaitu pembunuhan demi pembunuhan, sehingga semakin banyak harta kemewahan yang melimpah ruah

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
عن عمران بن حصين رضي الله عنه أن رسول الله قال: فِي هَذِهِ الْأُمَّةِ خَسْفٌ وَمَسْخٌ وَقَذْفٌ . فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْمُسْلِمِينَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَمَتَى ذَاكَ ؟ قَالَ : إِذَا ظَهَرَتْ الْقَيْنَاتُ وَالْمَعَازِفُ وَشُرِبَتْ الْخُمُورُ – رواه الترمذي
Maksudnya: Berlaku pada umat ini, gempa bumi, diubah menjadi rupa makhluk lain dan fitnah. “Seorang laki-laki dari kaum muslimin:” Wahai Rasulullah Allah bila berlaku perkara itu? Sabda nabi: “Apabila semakin banyak nyanyian dan alat-alat muzik dan minum arak.
Rasululullah s.a.w telah meninggalkan kita lebih 1400 tahun yang lalu namun segala perkataan nabi terus kita dapat rasai kebenarannya setelah melihat satu demi satu tanda-tanda qiamat berlaku di hadapan mata kita. Cuma yang tinggal lagi adalah samada kita mahu mengambil pengajaran daripadanya atau hanya sekadar memerhati sebagai manusia yang mati hatinya sehingga tidak pernah tersentuh dihati untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan atas dosa yang dilakukan sepanjang menjalani kehidupan dunia yang sementara ini. Kita dapat merasai bagaimana kejahilan di kalangan umat Islam sendiri terhadap system Islam semakin ketara sehingga mereka bukan sahaja mengenepikan system politik, ekonomi, sosial, perundangan yang berasaskan Islam malah telah ramai yang meruntuhkan tiang agama kerana meninggalkan solat 5 waktu. Umat Islam sendiri lebih suka bercakap tentang kemewahan dunia berbanding berbincang dan menimba ilmu agama untuk kebahagiaan di negeri akhirat nanti. Ulama’ tidak lagi dipeduli kerana tv dan majalah menjadi guru yang telah sebati dalam diri. Hiburan muzik yang merosakkan jiwa dan akhlak semakin subur sehingga jauh daripada mengingati Allah. Nafsu dipuja sedangkan wahyu Allah dipersenda kerana ia dianggap penyekat kebebasan hidup. Tidak cukup dengan muzik membawa kepada terlibat dengan dadah dan arak yang merosakkan akal. Akhirnya umat Islam sendiri hidup lebih barat dan sesat daripada masyarakat barat sendiri yang kini mula mengkaji dan mencari ketenangan hakiki yang menyaksikan semakin ramai di kalangan mereka memeluk Islam. Jika dulu kita sentiasa berasa selamat kerana Negara kita berada di luar lingkaran api pasifik tetapi kuasa Allah melebihi segalanya kerana bumi itu sendiri tidak akan bergempa melainkan atas arahan Allah di mana Negara kita telah beberapa kali merasai gegarannya. Jika kita masih tidak mahu mengambil peduli maka tunggulah saat gegaran bumi yang dahsyat dan kehancuran yang tidak mampu tertanggung lagi.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 108 surah al-An’am :
وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ ۗ كَذَٰلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Maksudnya : Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan
Kebangkitan Islam di bumi Eropah dilihat sebagai pengaruh yang merbahaya oleh golongan anti-Islam sehingga pelbagai sekatan dilakukan termasuk usaha melarang umat Islam daripada bertudung ke pejabat, pusat pengajian seperti di Perancis, Belanda, Belgium dan Norway tetapi terpaksa ditarik balik akibat bantahan yang kuat. Setelah tindakan melarang daripada membina menara Masjid di Switzerland maka kerajaan Itali pula melarang sebarang pembinaan masjid baru dengan mengetatkan kelulusan tanah untuknya disamping masjid hanya digunakan pada waktu tertentu sahaja. Begitu juga tekanan yang dihadapi oleh pasaraya milik orang Islam di Perancis semata-mata hanya menjual barang halal sahaja.
Tindakan balas dendam terhadap umat Islam di bumi Eropah tidak menghalalkan untuk kita berbuat demikian terhadap orang bukan Islam di sini. Sewajarnya pemimpin menjadikan Piagam Madinah dalam memastikan isu perkauman dan agama dapat diselesaikan dengan baik dan aman. Kita tidak mahu kejadian serangan terhadap gereja, kuil, surau dan terbaru lempar kepala babi di 2 Masjid di ibu negara terus berlaku akibat tindakan biadap pihak yang menjadikan akal sebagai jalan penyelesaian. Gunakanlah ruang yang ada dalam memperbanyakkan lagi siri penerangan dan dialog dengan orang bukan Islam dan apa yang lebih penting melaksanakan seluruh sistem Islam dalam negara supaya keindahan dan keadilan Islam dapat dilihat dan dirasai sendiri oleh seluruh rakyat

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 92 surah an-Nahlu :
وَلَا تَكُونُوا كَالَّتِي نَقَضَتْ غَزْلَهَا مِنْ بَعْدِ قُوَّةٍ أَنْكَاثًا تَتَّخِذُونَ أَيْمَانَكُمْ دَخَلًا بَيْنَكُمْ أَنْ تَكُونَ أُمَّةٌ هِيَ أَرْبَىٰ مِنْ أُمَّةٍ ۚ إِنَّمَا يَبْلُوكُمُ اللَّهُ بِهِ ۚ وَلَيُبَيِّنَنَّ لَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ
Maksudnya : Dan janganlah kamu menjadi seperti perempuan yang telah merombak satu persatu benda yang dipintalnya, sesudah ia selesai memintalnya kuat teguh; dengan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian yang telah dimeteraikan) sesama kamu, disebabkan adanya satu golongan yang lebih ramai dari golongan lain. Sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu; dan Ia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari kiamat, apa yang kamu berselisihan padanya
Islam melarang umatnya daripada melanggar dan mengkhianati sebarang perjanjian walau pun dengan musuh kerana ia membawa kepada kezaliman dan penindasan. Sebagai orang Islam dan mahu melihat rakyat Kelantan yang majoritinya Islam hidup maju maka sepatutnya pemimpin Negara menghormati hak kerajaan negeri termasuk royalty petroleum dengan mematuhi perjanjian. Sebarang pencabulan bukan sahaja melanggar syariat Islam malah mencemari system demokrasi dan merosakkan slogan 1Malaysia serta membuka jalan penyelewengan dan pengkhianatan terhadap harta rakyat jelata. Kita tidak mahu harta rakyat diselewengkan serta dibahagi kepada bukan tuannya. Jika setiap rumah ada tuannya maka setiap negeri ada kerajaannya maka kerajaan negerilah yang layak mengurus harta kekayaan milik negeri. Perkara ini dibangkitkan dalam khutbah kerana ia melibatkan amanah, hak rakyat, perjanjian, pengurusan harta yang semuanya diambil kira oleh Islam. Islam bukan sebagaimana sekuler yang memisahkan antara agama dan system hidup. Perjanjian dikhianati rakyat dizalimi, royalti dinafi wang rakyat dicuri. Ya Allah! Lembutkanlah hati pemimpin Negara sebagaimana Engkau lembutkan besi kepada nabi Daud, menundukkan angin kepada nabi Sulaiman agar menyerahkan harta milik rakyat Kelantan kepada yang berhak. Jangan biarkan harta rakyat diseleweng dan dikhianati sewenangnya.
Firman Allah dalam ayat 92 surah an-Nahlu :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

3 Respons

  1. Toma’ninah Dalam Sembahyang : http://wp.me/piAx4-16E

    Majlis Ta’lim pimpinan al-Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid : http://wp.me/piAx4-15U

    Pengajian Kitab bersama Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam : http://wp.me/piAx4-12d

    Ajaran Aqidah Wahhabiyyah: Satu Pengamatan Awal Dalam Konteks Faham Ilmu : http://wp.me/piAx4-16s

    Akhir Wasiat Nabi Muhammad saw kepada Umatnya : http://wp.me/piAx4-16c

    Pemerhatian: Diskusi Isu Kalimah Allah Bersama Politikus : http://wp.me/piAx4-15p

    Hakekat Shalat – Nasehat Al Habib Ahmad bin Abdurrahman As Seggaf : http://wp.me/piAx4-16B

  2. SEMINAR AMALAN TARIQAT NEGERI SELANGOR : http://wp.me/piAx4-17c

    JADUAL MAJLIS ILMU & MAULIDUR RASUL 1431H : http://wp.me/piAx4-17X

    Program Bulan Kelahiran Rasulullah di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR : http://wp.me/piAx4-17R

    JADUAL MAULIDURRASUL BERSAMA HABIB ADNAN AL-HADDAD : http://wp.me/piAx4-17E

    Majlis Maulid Kubro Nabi Muhammad ke -8 di Yayasan al-Jenderami : http://wp.me/piAx4-17l

    MAJLIS BERSAMA AD-DAIE – HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA : http://wp.me/piAx4-179

  3. mcm mana saya nak teks khutbah ini ya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: