• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

159. PEMIMPIN TAKABBUR NEGARA LEBUR

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

فرمان الله تعالى دالم أية    35 – 37 سورة إبراهيم :

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الأَصْنَامَ  رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ فَمَن تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ الصَّلاَةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ

Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Makkah ini negeri yang aman, dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala. Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka ia adalah dari golonganku; dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi ugamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya ia insaf dan bertaubat). “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur

            Alhamdulillah syukur kita kepada Allah atas nikmat hari raya Eidil Adha yang baru disambut semalam. Hari ini kita berada antara hari tasyriq di mana umat Islam terus digalakkan untuk melaungkan takbir dan juga ibadat korban bagi memeriahkan lagi sambutan hari raya korban ini dengan amalan soleh dalam mendekatkan diri kepada Allah agar menjadi hamba yang bertaqwa yang hidup bahagia di dunia dan akhirat.  Malangnya ada di kalangan umat Islam sendiri merosakkan kesucian hari raya itu dengan upacara dan program maksiat terutama pada tahun ini sambutan Krismas lebih meriah disambut berbanding penghayatan syiar Eidil Adha. Umat Islam terutama di negara ini terlalu banyak disogokkan dengan budaya hiburan melampau sehingga tertanam dalam kepala mereka bahawa hari raya ialah hari berhibur memuja syaitan dan hawa nafsu bukannya hari ibadat dalam menambah bekalan akhirat.

Sempena berada pada hari mulia ini marilah kita sama-sama menghayati perjalanan hidup nabi Ibrahim sekeluarga antaranya dengan menghayati kandungan doa nabi Ibrahim dalam ayat 35 hingga 37 surah Ibrahim yang telah dibaca pada awal khutbah tadi iaitu berkaitan dengan system hidup yang kita gunakan agar tidak bercanggah dengan system Islam. Begitu juga kemajuan negeri atau bandar mestilah selari dengan kehendak Islam termasuk memastikan rakyatnya sentiasa menjaga solat yang merupakan tiang agama. Bila ahli sesebuah negeri atau bandar menjaga solat yang cukup syarat serta rukun zahir dan batinnya maka ia boleh menjadi benteng dalam mencegah daripada berlakunya jenayah maksiat. Begitu juga daya penarik sesebuah negeri atau bandar bukan terletak kepada perkara yang meruntuhkan aqidah dan akhlak seperti kelab malam, budaya songsang yang merosakkan sebaliknya keindahan alam semulajadi yang terjaga dan keindahan akhlak penduduknya sehingga Allah menganugerahkan nikmat yang melimpah ruah di mana inilah yang sepatutnya menjadi tarikan utama. Jadikanlah pelaksanaan system Islam yang menyeluruh dan amalan soleh rakyat sebagai dakwah Islam yang bergerak dalam membuktikan keindahan dan kecantikan Islam. Sesungguhnya Islam yang dilaksanakan lebih mudah difahami dan dilihat oleh orang bukan Islam berbanding Islam yang hanya tertera dalam kitab dan risalah sahaja tanpa dapat dilihat di alam nyata.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Firman Allah dalam ayat 51 – 56 surah al-Anbiya’ :

وَلَقَدْ آتَيْنَا إِبْرَاهِيمَ رُشْدَهُ مِن قَبْلُ وَكُنَّا بِه عَالِمِينَ إِذْ قَالَ ِلأ َبِيهِ وَقَوْمِهِ مَا هَذِهِ التَّمَاثِيلُ الَّتِي أَنتُمْ لَهَا عَاكِفُونَ قَالُوا وَجَدْنَا آبَاءنَا لَهَا عَابِدِينَ قَالَ لَقَدْ كُنتُمْ أَنتُمْ وَآبَاؤُكُمْ فِي ضَلاَلٍ مُّبِينٍ  قَالُوا أَجِئْتَنَا بِالْحَقِّ أَمْ أَنتَ مِنَ اللاَّ عِبِينَ  قَالَ بَل رَّبُّكُمْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالأَ رْضِ الَّذِي فَطَرَهُنَّ وَأَنَا عَلَى ذَلِكُم مِّنَ الشَّاهِدِين

Maksudnya : Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid, dan Kami adalah mengetahui akan halnya. Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?” Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya”. Ia berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. Mereka bertanya: “Adakah engkau membawa kepada kami sesuatu yang benar (sebagai seorang Rasul), atau engkau dari orang-orang yang bermain-main sahaja?” Ia menjawab: “(Bukan bermain-main) bahkan (untuk menegaskan bahawa) Tuhan kamu ialah Tuhan yang mentadbirkan langit dan bumi, Dia lah yang menciptanya; dan aku adalah dari orang-orang yang boleh memberi keterangan mengesahkan yang demikian itu.

            Islam menggalakkan umatnya untuk berhimpun dalam beribadat khusus dan majlis ilmu seperti anjuran solat berjemaah lima kali sehari, solat Jumaat berserta mendengar khutbahnya seminggu sekali, solat Terawih berjemaah sebulan Ramadhan, wukuf di padang Arafah berserta menghayati khutbahnya bagi jemaah haji dan solat 2 hari raya berserta memberi perhatian kepada khutbahnya. Ini antara tanda bahawa Islam mementingkan kesatuan pemikiran dan gerak kerja dalam mendaulatkan kalimah Allah di muka bumi ini. Sebab itu tidak pelik bila ada sesetengah negara bukan Islam yang melarang rakyatnya yang beragama Islam daripada menunaikan fardhu haji bagi mengelakkan umat Islam daripada tahu tentang kezaliman kerajaan terhadap umat Islam di negaranya seperti yang terbaru di sebuah negeri di China. Begitu juga di negara kita bila mimbar Jumaat, kuliah agama, ceramah ada yang disekat bagi mengurangkan kesedaran rakyat tentang system Islam yang menyeluruh. Pemimpin lebih takut bila rakyat berkumpul untuk mendengar ceramah yang membongkar kepincangan dan kezaliman system yang dilaksanakan daripada perhimpunan bagi memastikan lebih ramai rakyat dirosakkan melalui hiburan melampau terutama bila menyambut tahun baru. Perhimpunan untuk menegur pemimpin disekat sehingga kadang-kadang dicemari dengan tumpahnya darah merah rakyat yang tidak berdosa sebaliknya perhimpunan maksiat yang merosakkan dihampar dengan permaidani merah walau pun jelas antara punca merebaknya perbuatan zina, jenayah, ketagihan dadah dan arak disamping perkara negatif yang lain. Inilah antara fitnah yang sedang kita hadapi bila amanah kepimpinan diserahkan bukan kepada ahlinya sehingga maksiat dimartabat manakala kebaikan disekat, program yang merosakkan aqidah dan akhlak diperluaskan manakala usaha membina insan disempitkan. Agenda biar rakyat rosak asal tidak menggugat kuasa pemimpin diteruskan manakala agenda menyedarkan rakyat tentang pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa disenyapkan.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Bila kita menyoroti sikap Raja Namrud bila gagal melawan hujah nabi Ibrahim maka kita dapati adanya sikap takabbur pada dirinya sehingga tidak mahu tunduk kepada kebenaran Islam. Takabbur menjadi punca utama Iblis kufur kepada Allah dan juga betapa ramai umat manusia yang dirosakkan oleh penyakit hati yang paling merbahaya ini. Manusia biasanya menjadi takabbur hasil daripada merasai ia lebih daripada orang lain dalam beberapa perkara antaranya ialah : [1] merasai ilmu lebih tinggi  [2] amalan solehnya  lebih banyak [3] rupa parasnya lebih cantik [4] tenaganya lebih kuat [5] keturunannya lebih baik [6] hartanya bertimbun [7] pangkatnya lebih besar. Keadaan lebih parah sekiranya penyakit takabbur ini dihidapi oleh golongan pemimpin sehingga dia sanggup menggunakan kuasa yang ada dalam menyekat kebenaran. Pemimpin jenis ini hanya tahu bercakap supaya rakyat berjimat cermat sedangkan dia hidup dalam mahligai indah, menaiki pesawat mewah, belayar dengan kapal yang meluncur gagah, makan angin ketika rakyat ditimpa musibah. Bagi mengelakkan perkara ini terus berlangsung maka kita sendiri mestilah menjadi rakyat yang sentiasa peka terhadap masalah negara termasuk dalam pemilihan pemimpin agar negara maju dan diberkati Allah serta kita menjadi rakyat yang berbahagia di dunia dan akhirat kerana menunaikan amanah agama yang menyuruh agar menghidupkan budaya amar makruf nahi mungkar dalam negara.

            Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud :

وما كان ربك ليهلك القرى بظلم وأهلها مصلحون

Maksudnya : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali mahu membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagimana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

خطبة عيد الأضحى 1431 هـ

KHUTBAH PERTAMA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
فرمان الله تعالى دالم أية 1-3 سورة الفجر : وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ
مقصودڽ : دمي وقت فجر; دان مالم يڠ سڤولوه ﴿يڠ ممڤوڽأي کلبيهن د سيسي الله﴾; دان بيلاڠن يڠ كَنڤ سرتا يڠ كَنجيل;
سلامت مڽمبوت هاري راي عيد الأضحى داوچڤکن کڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. کشکورن يڠ تيدق ترهيڠكَ کيت ڤنجتکن کحضرة الله اتس نعمت هاري راي قربان يڠ جوڬ دڤڠكَيل عيدالأکبر برمعنى هاري راي بسر. سڤاتوتڽ هاري راي قربان لبيه دراسا کمريهن سمبوتنڽ بربنديڠ هاري راي ڤواسا يڠ جوڬ دڤڠكَيل عيدالاصغار ايأيت هاري راي کچيل. سسوڠكَوهڽ الأضحى مڠيڠتکن کيت کڤد سيدنا عمر بن الخطاب يڠ ممبريکن اوچاڤن بلياو ; “سسوڠكَوهڽ القرءان دتورونکن ڤد بولن رمضان، لالو اي دسمبوت دڠن عيدالفطري. مانکالا هاري ڤنورونن تراخير القرءان ڤولا اياله ڤد بولن ذوالحجة کتيك رسول الله صلى الله عليه وسلم منونايکن عبادة حاج يڠ تراخير ﴿حاج وَداع﴾، مك اي دسمبوت دڠن الأضحى “ . مك جلسله الأضحى أداله هاري مراياکن کشمولن اسلام سباكَاي ساتو-ساتوڽ چارا هيدوڤ يڠ لڠکڤ دان سمڤورنا، يڠ مڠاتور، مڽوسون سكَالا أسڤيك کهيدوڤن مأنسي، عقيدة، شريعة، ڤوليتيق، ايکونومي، ڤنديديقكن، کمشاراکتن، ڤرونداڠن، اخلاق دان سباكَايڽ. سمڤنا برادا ڤد هاري يڠ مليا اين ماريله کيت سام مربوت کلبيهن يڠ دجنجيکن اوليه الله سباكَايمان يڠ دسبوت اوليه الله ڤد اول سورة الفجر دمان ابن عباس دان مجاهد مڽاتاکن بهاوا مالم سڤولوه يڠ دمقصودکن اياله 1 هيڠكَ 10 ذوالحجة د مان ڤنداڤت اين دقواتکن دڠن سبواه حديث يڠ دروايتکن درڤد ابن عباس رضي الله عنه:
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ قَالُوا وَلَا الْجِهَادُ قَالَ وَلَا الْجِهَادُ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ” – رواه البخاري
مقصودڽ : تيدق اد دري هاري-هاري يڠ دلاکوکن عمل صالح ڤدڽ يڠ لبيه دسوکأي اوليه الله درڤد هاري-هاري يڠ سڤولوه اين. صحابة رضي الله عنه برتاڽ، واهاي رسول الله! دان تيدقکه جوڬ برجهاد في سبيل الله ﴿لبيه افضل درڤد برعمال ڤد هاري-هاري اين﴾؟ رسول الله برسبدا، “تيدق جوڬ برجهاد في سبيل الله، کچوالي اورڠ يڠ برجهاد دڠن ديري دان هرتاڽ دان تيدق ممباوا ڤولڠ اڤ٢ ڤون“.

مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله سبحانه وتعالى،
بولن ذوالحجة ممڤوڽأي کلبيهن ترسنديري دمان الحافظ ابن حجر منجلسکن سبب کأوتامأن 10 هاري ڤرتام ذوالحجة إياله کران ڤد هاري-هاري ترسبوت ترکومڤول عبادة-عبادة يڠ ايندوق سڤرتي صلاة، ڤواسا، صدقه، عبادة قربان دان حاج يڠ مان حال-حال ايت کسمواڽ تيدق ترداڤت سچارا سرنتق ڤد بولن- بولن لأين. رسول الله صلى الله عليه وسلم سنديري بكَيتو كَمر اونتوق برڤواسا سنة ڤد 9 أول بولن ذوالحجة تراوتما ڤد هاري عرفة. کيت جوڬ دسونتکن اونتوق برتکبير برمولا دري وقتو صبح هاري عرفة إيأيت 9 ذوالحجة دان براخير سهيڠكَ وقتو عصر ڤد هاري ك-13 ذوالحجة يڠ منونجوقکن باكَايمانا بسرڽ کلبيهن دان سمبوتن هاري راي قربان بربنديڠ هاري راي ڤواسا تتاڤي کيت دسبله اسيا تڠكَارا اداله سباليقڽ دمان لبيه مريه مڽمبوت عيدالفطري درڤد عيد الأضحى. کتيك کمرياهن مڽمبوت عيد الأضحى ماريله کيت سام-سام مڠحياتي ايسي ڤنتيڠ يڠ ڤرنه دسمڤيکن اوليه جونجوڠن بسر نبي محمد صلى الله عليه وسلم دالم خطبة حاج وداع اتاو ڤرڤيساهن انتاراڽ [1] ڤڠحرامن ربا يڠ منينداس مأنسي دمان اسلام سنتياس منانمکن کاسيه سايڠ دالم ستياڤ اسڤيق کهيدوڤن اكَر تيدق وجودڽ سيکڤ سوك مڠمبيل کسمڤاتن دأتس کسوساهن اورڠ لأين. ربا تله مڠهنچورکن ايکونومي دنيا دان ممباوا کڤد ڤندريتأن سڤرتي کكَانسان ترهادڤ ڤمينجم سهيڠكَ اد يڠ دبونوه دان تيدق کورڠ يڠ ممبونوه ديري سنديري. تاکوتيله اماران الله ملالوي اية 278 -279 سورة البقرة :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ
مقصودڽ : واهاي اورڠ-اورڠ يڠ برايمان! برتقواله کامو کڤد الله دان تيڠكَلکنله ﴿جاڠن منونتوت لاكَي﴾ ساكي باقي ربا ﴿يڠ ماسيه اد ڤد اورڠ يڠ برهوتڠ﴾ ايت، جك بنر کامو اورڠ- اورڠ يڠ برايمان. اوليه ايت، کالاو کامو تيدق جوڬ ملاکوکن ﴿ڤرينته مڠنأي لارڠن ربا ايت﴾، مك کتاهويله کامو: اکن اداڽ ڤڤراڠن دري الله دان رسولڽ، ﴿عقيبتڽ کامو تيدق منموي سلامت﴾. دان جك کامو برتوبة، مك حق کامو ﴿يڠ سبنرڽ﴾ اياله ڤوکوق أصل هرتا کامو. ﴿دڠن يڠ دمکين﴾ کامو تيدق برلاکو ظاليم کڤد سسياڤا، دان کامو جوڬ تيدق دظاليمي اوليه سسياڤا

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله دالم أية 79 سورة البقرة : وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
مقصودڽ : دان د دالم حکومن قصاص ﴿بالسن يڠ سإيمبڠ﴾ ايت أدا جامينن هيدوڤ باݢي کامو، واهاي اورڠ-اورڠ يڠ برعقل فيکيرن، سوڤاي کامو برتقوى
ڤرکارا ك-[2] يڠ دسنتوه دالم خطبة حاج وداع ايأيت اسلام سنتياس منجامين ڤرليندوڠن جيوا مأنسي درڤد دچروبوه سمأدا دڠن ڤمبونوهن لڠسوڠ اتاو تيدق لڠسوڠ. کيس بونوه يڠ تروس منيڠکت تنڤا مڠيرا اوسيا دان ڤڠکت باكَايکن تياد ڤڽودهن. بكَيتو جوڬ مسئله کمالاڠن موت يڠ برلاکو سيليه بركَنتي د مان دسارنکن اكَر کراجأن ملقساناکن حکوم اسلام دالم مناڠنيڽ سباكَاي چونتوه کيس جيك سسأورڠ ملڠكَر اورڠ هيڠكَ ماتي مك دي کنا باير دِيَة کڤد کلوارڬ سي ماتي بربنديڠ اوندڠ-اوندڠ هاري اين د مان ڤساله هاڽ دکناکن بايرن کومڤاون کڤد کراجأن سداڠکن کلوارڬ مڠسا هاڽ منريما کماتين دان کسديهن تنڤا ڤمبيلأن اتاو ڤون ڤمڤاسن سواجرڽ
ڤرکارا ك-[3] رسول الله صلى الله عليه وسلم توروت منکنکن اكَر مڠهيندري ڤڤراڠن کران اسلام اداله اكَام يڠ سجهترا يڠ ممبنچي ڤراڠ کچوالي ستله ترڤقسا باكَي ممڤرتاهنکن اكَام، نكَارا دان ديري. ڤلباكَاي چارا دلاکوکن اوليه موسوه اسلام دالم منودوه اسلام سباكَاي اكَام ڤڠكَانس دسمڤيڠ سکاتن دمي سکاتن ترماسوق ڤمبينأن مسجد، ڤاکاين ڤورده باكَي مڠهالڠ کبڠکيتن اسلام نامون اوسها مريك تتڤ دكَاكَلکن اوليه الله. کواجيڤن کيت اومت اسلام اياله منراڠکن تنتڠ کإيندهن اسلام ملالوي کفهمن ترهادڤ اكَام کيت سنديري دان ڤڠعمالن دالم کهيدوڤن سهارين

مسلمين/مسلمات يڠ دبرکاتي الله سبحانه وتعالى،
فرمان الله دالم اية 59 سورة الأحزب:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
مقصودڽ : واهاي نبي، سوروهله استري-استريمو دان انق-انق ڤرمڤوانمو سرتا ڤرمڤوان-ڤرمڤوان يڠ برايمان سوڤاي ملابوهکن ڤاکاينڽ باݢي منوتوڤ سلوروه توبوهڽ ﴿سماس مريك کلوار﴾; چارا يڠ دمکين لبيه سسواي اونتوق مريك دکنل ﴿سباكَاي ڤرمڤوان يڠ بأيك-بأيك﴾ مك دڠن ايت مريك تيدق دكَڠكَو. دان ﴿ايڠتله﴾ الله اداله مها ڤڠمڤون لاكَي مها مڠاسيهاني
سسواي دڠن کداتاڠن نبي محمد صلى الله عليه وسلم ڤمباوا رحمة کڤد سکالين عالم مك جاس بكَيندا ترهادڤ كَولوڠن وانيتا بكَيتو باڽق يڠ منوکر ڤنداڠن مشارکت يڠ دولو مڠڠكَڤ وانيتا سطراف دڠن شيطان، بيناتڠ، همبا عبدي کڤد کدودوکن يڠ تيڠكَي سهيڠكَ ڤرکارا ك -[4] نبي مڽنتوه برکأيتن کواجيڤن منجاڬ حق وانيتا تتاڤي مالڠڽ سماکين راماي يڠ منظاليمي وانيتا دان راماي ڤولا وانيتا سنديري يڠ ريلا مروة مريك دلاچورکن دڠن مندده عورة دان بركَأول بيباس سهيڠكَ کادأن اخلاق سماکين ڤاره. اڤ يڠ لبيه مالڠ جاس نبي سڤرتي دلوڤاکن اڤابيلا برلاکوڽ ڤڠهينأن ترهادڤ اسلام دان نبي محمد صلى الله عليه وسلم دالم Festival بوسانا مسلم د Monte Carlo 9 اوكَوس لالو د مان کباڽقكن يڠ ترليبت سباكَاي ڤغنجور اداله براكَام اسلام. ڤرتونجوقکن ايت بوکن سهاج تيدق منوتوڤ عورة دڠن سمڤورنا ماله مڠهينا نبي محمد دڤاکاين سيکسي مريك دڠن مناماکنڽ سباكَاي اسلام سأوله-اوله مڠحلالکن اڤ يڠ جلس دحرامکن اوليه الله دمي منجاڬ هاتي موسوه اسلام. مريك يڠ ترليبت بلوم لاكَي مموهون معاف سچارا تربوك کڤد سلوروه اومت اسلام سهيڠكَ هاري اين. مريك سڤاتوتڽ تاکوت کڤد الله دان عذابڽ يڠ بكَيتو دهشة دسمڤيڠ مالو کڤد مشارکت بارت سنديري يڠ مولا مراسأي باكَايمانا ڤاکاين سيکسي دان منجولوق مات بوليه مڽببکن مسئله کروسقکن اخلاق دان مربقڽ کيس جناية. کيت داڤت باچ بريتا تربارو د مان اد سبواه بندر ڤرسيسيران ڤنتاي د إيطالي اکن مڽامن سهيڠكَ 2000 کڤد مريك يڠ مماکاي skirt ڤينديق اتاو منجولوق مات سداڠکن کيت د سيني راس مالو دان ريماس أنتوق منوتوڤ عورة دڠن سمڤورنا

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
ڤرکارا ك-[5] يڠ دتکنکن دالم خطبة حاج وداع اياله اسلام مڠهالڠ ڤنينداسن ملالوءي ڤڽاله كَونأن کواس اوليه ڤميمڤين کأتس رعيت جلاتا سڤرتي حکوم ريمبا عيسى دان سباكَايڽ. سماس رعيت تروس دهيمڤيت دڠن کنأيقكن هرڬ ميڽق RON97 سداغكن ميڽق RON95 فولا سداڠ دکاجي کران باڽق کيس مڽببکن کندرأن موده ترباکر دسمڤيڠ هرڬ بارڠن يڠ تروس نأيك دتمبه لاكَي دڠن سامن ايکور يڠ جلس ظاليم کران اي ممراس واڠ رعيت بوکن اونتوق منديديق رعيت سوڤاي چرمت دجالنراي. بكَيتو جوڬ ڤميمڤين تروس منمبه هوتڠ نكَارا دڠن نسبة ستياڤ رعيت ترڤقسا منڠكَوڠ 14 ريبو سأورڠ هوتڠ عقيبة ڤڽليويڠن دان ڤمبذيرن دسمڤيڠ کروكَيان عقيبة رشوة 10 RM بيليون ستاهون. ڤميمڤين جوڬ تروس برنفسو اونتوق ملاکوکن ڤمبذيرن دڠن چادڠن ڤمبينأن منارا واريثن ستيڠكَي 100 تيڠکت برنيلاي لبيه 5 RM بيليون دسمڤيڠ ڤوسارا نكَارا برسبلاهن توكَو نكَارا ممواتکن 250 لوبڠ قبور VIP اسلام دان 250 VIP بوکن اسلام دڠن کوس 70 RM جوتا دڠن اڠكَارن 140 RM ريبو سلوبڠ. عقيبة ڤميمڤين برنفسو بسر مك رعيت جلاتا تروس مندريتا. ايڠتله ڤريڠاتن نبي صلى الله عليه وسلم
قَالَ أَنْ تَلِدَ الْأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ
مقصودڽ : سبدا نبي تنتڠ تندا-تندا قيامة بهاوا همبا اکن ملاهيرکن توانڽ دان اڠکاو مليهت اورڠ برجالن تنڤا کاسوت دان اورڠ يڠ برتلنجڠ لاكَي مسکين يڠ هاڽ مڠمبالا کمبيڠ برلومبا-لومبا اونتوق ممبينا باڠونن تيڠكَي-تيڠكَي لامبڠ کمكَاهن
علماء منراڠکن ڤد اخير زمان اکن تيمبول كَولوڠن مسکين يڠ منديريکن باڠونن تيڠكَي دڠن چارا برهوتڠ د مان تيدق ڤليق والاو هوتڠ نكَارا تروس منيڠکت تتاڤي نفسو اونتوق ممباذير تروس برتمبه. ڤڽاکيت سوك برهوتڠ توروت دتيرو اوليه رعيت سهيڠكَ راماي يڠ سڠكَوڤ برهوتڠ ملبيهي کممڤوان دمي مميليقكي رومه اتاو کندرأن ميواه. ڤنفسيرن يڠ لأين مڠاتاکن كَولوڠن مسکين منجادي اورڠ کاي سچارا تيبا-تيبا ترماسوق ملالوي رسواه ڤيليهن راي سهيڠكَ داڤت ممبينا باڠونن تيڠكَي

مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله سبحانه وتعالى،
ميسيج ك- [6] خطبة وداع توروت منکنکن ڤرسامأن نيلاي کمأنسيأن تنڤا مڠيرا بڠسا دڠن ممبواڠ سماڠت ڤرقومن سمڤيت يڠ بوليه مڠهنچورکن ڤرڤادوان رعيت. کراجأن سڤاتوتڽ منجاديکن ڤلاجرن اكَام سباكَاي مات ڤلاجرن تراس دسکوله بوکنڽ مات ڤلاجرن سجاره باكَي مناڠني مسئله سوسيال، ڤرڤادوان دان سماڠت چينتاکن نكَارا کران ڤلاجرن سجاره يڠ باڽق لاكَي ککوراڠن دبيمباڠي هاڽ ملاهيرکن مشارکت يڠ مموجا ڤميمڤين بوکنڽ يڠ چينتاکن ڤرڤادوان دان نكَارا
ڤرکارا ك- [7] يڠ دتکنکن اوليه نبي ايأيت اسلام ممبنتراس سيستيم مانوڤولي يڠ مڠهاکيس راس کاسيه سايڠ دڠن مڠكَالقکن ڤنينداسن تراوتما منروسي سيستيم کاڤيتاليس يڠ دكَوناڤاکي. اخيرڽ شريکة ترتنتو مڠواسأي هرڬ باراڠن دڤاسرن يڠ ممبوليهکن مريك سسوك هاتي منأيقکن هرڬ يڠ سيڤستيڽ منينداس رعية جلاتا
وصية نبي يڠ ك-[8] يڠ ڤاليڠ ڤنتيڠ سکالي ايأيت واجب منجاديکن القرءان دان سنة نبي سباكَاي ڤندوان دمان کجايأن اومت اسلام بركَنتوڠ کڤد سجأوه مان مريك برڤكَڠ تكَوه کڤد 2 سومبر اوتام اين دالم کهيدوڤن. کيت مراسا کچيوا بيلا ڤميمڤين ماسيه كَاكَل مڠاسيڠکن انتارا سومبر حلال دڠن حرام سڤرتي حاصيل جودي برنيلاي 2.3 RM بيليون يڠ ترداڤت دالم اکأون حاصيل يڠ دساتوکن د کمنترين کأواڠن ڤد تاهون 2009. حاصيل اينيله يڠ تله دكَوناکن اوليه کراجأن اونتوق ممباير كَاجي کڤد سرامي 1.2 جوت ڤنجاوات عوام دان سموا ڤروجيق ڤمباڠونن ترماسوق اونتوق منفعة مشارکت اسلام. بكَيتو جوڬ چادڠن اونتوق مڠكَادايکن مروة دان اخلاق رعيت دمي مڠأوت کأونتوڠن دڠن مڠيشتهارکن مليسيا سباكَاي هاب هيبورن مالم يڠ باکل مڽقسيکن مسئله سماکين برتمبه بوکن سماکين کبه. سڤاتوتڽ ڤميمڤين ملاهيرکن رعيت برتقوى اونتوق منداڤت برکت بوکن مأنسي درهاك يڠ مڠونداڠ لعنة الله دنيا اخيرة.
فرمان الله دالم ايات 7 سوره الحشر :
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
مقصودڽ : ……دان اڤ جوا ڤرينته يڠ دباوا أوليه رسول الله ﴿صلى الله عليه وسلم﴾ کڤد کامو مك تريماله سرتا عملکن، دان اڤ جوا يڠ دلارڠڽ کامو ملاکوکنڽ مك ڤاتوهيله لارڠنڽ. دان برتقواله کامو کڤد الله; سسوڠكَوهڽ الله امتله برات عذاب سيقساڽ ﴿باكَي اورڠ-اورڠ يڠ ملڠكَر ڤرينتهڽ﴾.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 103-107سورة الصافات :فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ
مقصودڽ : ستله کدواڽ برسره بولت-بولت ﴿ منجونجوڠ ڤرينته الله﴾ دان نبي إبراهيم مربهکن انقڽ دڠن ملتقکن ايريڠن موکاڽ اتس تومڤوق تانه ﴿ اونتوق دسمبليه﴾ سرتا کامي مڽروڽ :“واهاي نبي إبراهيم! سسوڠكَوهڽ کامو تله ممبنرکن ميمڤي ايت“. سسوڠكَوهڽ اين بنر-بنر سواتو اوجين يڠ ڽات. دان کامي تبوسکن انق ايت دڠن سمبليهن يڠ بسر.

مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله،
کتيك مڠيڠاتي ڤڠوربانن هيبت نبي إبراهيم يڠ ترڤقسا مڽمبليه انقڽ نبي اسماعيل ملالوي سواتو أراهن دالم ميمڤي بنرڽ مك اومت اسلام ڤد هاري اين مستي دسوبورکن کمبالي راس يقين تنتڠ کعاديلن دان کهيباتن سيستيم اسلام دالم منجنجيکن کبهاكَيأن هيدوڤ ددنيا دان اخيرة. کيت ڤرنه مڽقسيکن باكَايمانا سُراقَة بن مالك ترلالو يقين دڠن جنجي نبي يڠ بلوم لاكَي منجادي ڤميمڤين دولة اسلامية دمدينة بهاوا دي باکل دکالوڠکن دڠن كَلڠ کراجأن کِسْرَى، ڤارسي دتمبه لاكَي دڠن کيقينن ڤارا صحابة يڠ لأين سهيڠكَ کراجأن اسلام يڠ مولاڽ هاڽ دأڠكَڤ کچيل اخيرڽ برجاي منومبڠ ايمڤاير کريستيان، روم دان ماجوسي،ڤارسي ڤد زمان سيدنا عمر الخطاب ستروسڽ مڠواسأي ايمڤاير هيندو، اينديا دان بودا، چينا. بكَيتو جوڬ کيقينن ڤجواڠ اسلام ترهادڤ جنجي نبي بهاوا سبايك-باءيك کتوا اياله يڠ برجاي ممبوك کوتا اسطنبول دان سبأيك-بأيك تنترا اداله تنتراڽ سهيڠكَ سلطان محمد الفاتِح برجاي مناون کوتا اسطنبول يڠ بكَيتو کوکوه کوبوڽ. اوليه ايت بيلا اومت اسلام برجاي مڽوبورکن راس يقين ترهادڤ جنجي الله اونتوق ممبيبسکن مسجد اقصى مك کمناڠن سماکين دکت دان همڤير

مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله،
سمڤنا برادا ڤد هاري راي قربان جوڬ کيت مستي منيڠکتکن تاهڤ ڤڠوربانن دالم ممڤرجواڠکن اسلام دان ممبنتو ساودارا ساكَام. جيك سماس مڽمبوت عيدالفطري لالو کيت دواجبکن ممباير زکاة اونتوق مريڠنکن ببانن ساودارا ساكَام بكَيتوله کداتاڠن عيدالأضحى يڠ دكَالقکن کيت مڠرجاکن عبادة قربان اونتوق دأكَيهکن داكَيڠ کڤد ساودارا يڠ ممرلوکن دمان اين سموا برتوجوان ملاهيرکن مشارکت يڠ ڤڽايڠ دان مڠمبيل برات تنتڠ ڤندريتأن ساودارا ساكَام يڠ لأين. ڤندريتأن اومت اسلام يڠ سداڠ دبونوه د سلاتن تايلاند، فيليفينا، ڤلسطين، عراق، أفغانستان دان سباكَايڽ منونتوت ڤمبيلأن سواجرڽ درڤد کيت. بكَيتو جوڬ مڠسا كَونوڠ براڤي دان سونامي د إندونيسيا. تيدق لوڤا کيت اوچڤکن تعزية کڤد مڠسا بنجير د قدح، ڤرليس دان کلنتن سنديري د سمڤيڠ هولورکنله بنتوان ستاکت ترممڤو. ريڠنکنله ببانن دان ڤندريتأن مريك تراوتما دالم سواسانا هاري راي دمان الله ڤاستي مريڠنکن ببانن کيت د اخيرة کلق

الله أكبر ! ألله أكبر ! الله أكبر ولله الحمد
سلام عيدالأضحى داوچڤکن کڤد سلوروه مسلمين دان مسلمات. باكَي يڠ برکممڤوان دسارنکن اكَر مڠهيدوڤکن سمبوتن عيدالأضحى اين دڠن عبادة قربان سباكَايمان يڠ دانجورکن اوليه اسلام.
قَالَ الرَّسُوْلُ  : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجه
مقصودڽ : سسياڤا يڠ ممڤوڽأي کممڤوان سداڠکن دي تيدق ملاکوکن عبادة قربان مك جاڠنله دي مندکاتي تمڤت صلاة کامي
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Khutbah edisi -1 versi Pdf

khutbah1

63. ISLAM BERKUASA MELAYU PERKASA

 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 176 surah Ali  ‘Imran :

ولا يحزنك الذين يســرعون فى الكفر إنهم لن يضروا الله شيئا يريد الله ألا يجعل لهم حظا فى الآخرة ولهم عذاب عظيم

Maksudnya : Janganlah kamu disedihkan oleh orang-orang yang segera menjadi kafir. Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali dapat memberi mudharat terhadap Allah sedikit pun. Allah berkehendak tidak akan memberi sesuatu bahagian daripada pahala kepada mereka di akhirat dan bagi mereka azab yang besar

                Kini kita berada pada awal bulan Zulhijjah yang mengingatkan kita kisah pengorbanan besar nabi Ibrahim sekeluarga dalam mencari keredhaan Allah. Tidak lama lagi umat Islam seluruh dunia akan sama-sama menyambut ketibaan Eidil Adha di mana dalam masa yang sama para jemaah haji di Mekah sedang sibuk menyempurnakan ibadat haji. Sebelum tibanya hari raya korban maka kita yang tidak menunaikan ibadat haji telah disunatkan untuk berpuasa sunat hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah di mana fadhilatnya begitu besar sebagaimana kita fahami daripada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi daripada Abi Qatadah al-Ansori bahawa Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa hari Arafah lalu jawab baginda yang bermaksud : Dikaffarahkan (diampunkan) dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Bahasa jiwa bangsa dan tiada bangsa tanpa bahasa di mana kekuatan sesuatu bangsa banyak terletak pada perkasa dan meluasnya kegunaan bahasa milik bangsanya. Sebagai contohnya bahasa Arab pada permulaannya hanya berlegar dalam tanah arab sahaja tetapi kedatangan Islam telah merubah segala-galanya apabila ia dijadikan bahasa wahyu al-Quran sehingga memungkinkannya tersebar ke serata dunia. Bahasa arab yang asalnya digunakan dalam kelompok masyarakat arab sahaja seterusnya berkembang sebagai bahasa komunikasi dan bahasa pembina tamadun terutama selepas runtuhnya kuasa besar Rom dan Parsi. Malah bahasa arab telah dijadikan bahasa rasmi oleh  khalifah Islam termasuk Khilafah Uthmaniah Turki walau pun Turki tidak termasuk negara arab di mana ia berterusan begitu lama sehinggalah Mustafa Kamal at-Tartuk bertindak menghapuskan penggunaan bahasa arab dalam pemerintahan Turki dengan digantikan bahasa arab kepada bahasa Turki rentetan daripada penghapusan kepada semua perkara yang bersangkutan dengan Islam bersesuaian dengan Turki sekuler. Bahasa arab menjadi bahasa yang terlalu penting kerana ia dijadikan bahasa rasmi kerajaan-kerajaan Islam yang bukan sahaja dikhususkan penggunaannya dalam kitab agama malah meliputi urusan pentadbiran, ekonomi, teknologi pembinaan tamadun dan sebagainya yang menyebabkan setiap bangsa terpaksa mempelajari bahasa arab dengan begitu bersungguh-sungguh.

            Malangnya selepas berlakunya pengkhianatan oleh Mustafa Kamal at-Tartuk lakanatullah yang menyebabkan hancurnya Khilafah Uthmaniah Turki 1924 telah menyebabkan bahasa arab mula dipinggirkan. Malah penjajah kuffar terus menjalankan segala perancangan jahat mereka dalam merosakkan bahasa arab seperti menggalakkan bangsa arab menggunakan bahasa arab pasar daripada bahasa arab al-Quran. Ini bertujuan untuk melahirkan suatu generasi daripada kalangan bangsa arab yang tidak memahami bahasa arab al-Quran malah mereka akan merasakan bahawa al-Quran merupakan Kitab Allah yang sukar difahami walau pun mereka merupakan bangsa arab. Kejayaan kuffar barat menghancurkan bahasa arab al-Quran telah memberi kesan yang besar bukan sahaja kepada umat arab bahkan secara menyeluruh kepada umat Islam sedunia dalam memahami al-Quran. Seterusnya barat mencari jalan dengan perancangan yang penuh rapi dalam memastikan seluruh umat Islam mengalihkan arah qiblat daripada Islam kepada mereka dan seterusnya berusaha agar umat Islam lebih mendewakan bahasa Inggeris daripada bahasa arab. Ini semua bagi memudahkan lagi kuffar barat dalam merosakkan Islam dengan tafsiran yang menyeleweng terhadap kesucian Islam di mana penyelewengan ini tidak disedari oleh umat Islam yang buta bahasa arab serta lebih banyak mengenali Islam melalui tulisan-tulisan orientalis upahan kuffar dalam bahasa Inggeris. Inilah antara bahaya apabila umat Islam dijauhkan daripada bahasa al-Quran akibat kelalaian sendiri.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Melihat kepada betapa pentingnya bahasa kepada sesuatu bangsa telah menyebabkan para ulama’ Melayu silam menghasilkan tulisan jawi yang ada sedikit penambahan huruf daripada huruf arab bersesuaian dengan sebutan Melayu. Jika bahasa Melayu dianggap tidak penting dalam memperkasakan bangsa Melayu maka sudah tentu para ulama’ Melayu lah yang menjadi golongan pertama yang menghancurkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan tamadun. Ulama’ silam yang ramai di kalangan mereka menjadi penasihat kepada Sultan Melayu yang memerintah sudah pasti menggunakan kedudukan mereka dalam mewajibkan rakyat jelata belajar dan menggunakan bahasa arab sebagai bahasa rasmi. Apa yang terjadi adalah sebaliknya di mana ulama’ Melayu lebih bijak dan berpandangan jauh apabila mereka lebih berusaha dalam menghasilkan tulisan jawi bagi mendekatkan masyarakat Melayu dengan tulisan arab serta me’Melayu’kan banyak perkataan arab ditambah lagi dengan penggunaan Nahu atau tatabahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh Nahu atau tatabahasa arab dari dulu sehingga zaman Za’ba yang memudahkan masyarakat Melayu membaca al-Quran dan memamahaminya. Malah usaha gigih ulama’ Melayu telah menghasilkan banyak kitab karangan mereka terutama berkaitan dengan agama dalam tulisan jawi yang terus digunakan sehingga hari ini di Nusantara terutama di pusat pengajian pondok. Penghasilan tulisan jawi turut berjaya menyatukan umat Melayu Islam Nusantara yang disatukan dengan satu bahasa dan satu tulisan. Oleh itu kita sewajarnya meneruskan usaha yang telah dimainkan oleh ulama’ silam dalam memperkasakan bahasa Melayu sehingga ia menjadi bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan bahasa pembina kemajuan.

            Kegemilangan bahasa Melayu telah dicemari dengan kemasukan penjajah ke negara ini. Walau pun penjajah tidak mengharamkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu namun tulisan rumi mula diperkenalkan di mana ia digunakan secara meluas sehingga menenggelamkan penggunaan tulisan jawi yang mula terhad. Bahasa Melayu turut menerima pakai perkataan Inggeris yang di melayukan serta penggunaan tatabahasa Inggeris mula mempengaruhi bahasa Melayu sehingga bahasa Inggeris mula mengambil tempat bahasa arab yang menjadi rujukan utama sebelum ini. Akhirnya kebanyakan orang Melayu lebih rapat kepada bahasa Inggeris terutama tawaran pekerjaan lebih tertumpu kepada mereka yang mampu menguasai bahasa Inggeris. Ia turut memberi kesan apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa ilmu yang terpenting termasuk dalam memahami agama yang menyebabkan Islam ciptaan barat hasil tulisan orientalis dalam bahasa Inggeris mudah tersebar dalam menjajah pemikiran umat Melayu Islam. Ini menyebabkan lahirnya masyarakat Islam yang kurang meyakini kemampuan sistem Islam malah berani bangun menentang pelaksanaannya dalam negara.

           

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Menyedari betapa pentingnya bahasa maka kita terutama pemimpin wajib memperkasakan semula bahasa Melayu agar ia bukan sahaja berperanan sebagai bahasa perhubungan harian dan agama sebaliknya lebih meluas sebagai bahasa ilmu kepada semua bidang kehidupan termasuk ekonomi, sains dan teknologi. Jika penghapusan tulisan jawi sebelum ini telah menyebabkan ribuan rakyat buta al-Quran dan agama maka penukaran bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik boleh memberi kesan akan terhakisnya kepentingan penggunaan bahasa Melayu di negara ini. Kita mesti ingat bagaimana tulisan jawi terselamat daripada terkubur dengan adanya pusat pengajian pondok dan sekolah agama malah kedua-dua pusat pengajian ini juga berjaya menyelamatkan mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan daripada disisihkan apabila ia dijadikan mata pelajaran pilihan dengan Pendidikan Seni.

            Kita terlalu bimbang dengan keadaan dan tindakan yang diambil oleh pemimpin yang sanggup mengkhianati bahasa dan bangsanya sendiri dengan menghapuskan penggunaan bahasa Melayu dalam ilmu moden. Ini boleh membawa kepada hilang minat dan kesungguhan bangsa Melayu sendiri apatah lagi bangsa lain untuk mempelajari bahasa Melayu malah mereka hanya mempelajarinya untuk lulus peperiksaan sahaja bukannya untuk kegunaan dalam mentadbir dan memajukan negara. Akhirnya bahasa Melayu dikubur dan ditalqinkan oleh bangsa dalam negaranya sendiri. Bahasa Melayu selepas ini hanya dipelajari di pusat pengajian pondok sahaja yang semenangnya terus menggunakan kitab jawi karangan ulama’ silam serta penggunaannya hanya terhad untuk komunikasi sesama sendiri sahaja bukan lagi berperanan sebagai bahasa ilmu dan tamadun sebagaimana sebelum ini. Bahasa Melayu bakal menjadi bahasa yang dikenang sebagai bahan sejarah sebagaimana bahasa Sanskrit tua dan tidak lebih nasibnya seperti bahasa Jawa dan orang Asli yang hanya digunakan untuk berhubung sesama sendiri bukannya dijadikan bahasa ilmu. Jika kerajaan Thailand berusaha secara halus menghancurkan bahasa Melayu ditambah pula dengan pengkhianatan kerajaan negara ini terhadap bahasa Melayu maka bahasa Melayu bakal diletakkan di muzium sebagai bahan sejarah bukannya sebagai bahasa yang perkasa sebagaimana yang dilakukan oleh ulama’ Melayu silam.

 

 

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Kita perlu fahami bahawa bahasa Inggeris dipelajari oleh bangsa lain kerana ia digunakan begitu meluas bukan semata-mata sebagai bahasa perhubungan sahaja sebaliknya bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa ilmu dalam menguasai pelbagai bidang ilmu moden. Jika bahasa Inggeris hanya digunakan untuk bahasa komunikasi semata-mata maka bangsa lain tidak akan berminat dan bersungguh-sungguh mempelajarinya. Oleh itu kedudukan orang yang terlalu mendewa-dewakan bahasa Inggeris sehingga sanggup menghancurkan bahasa kepada bangsanya sendiri adalah orang yang masih terjajah pemikirannya serta tidak yakin tentang kemenangan Islam atau pun mereka memang anti Islam. Jika selepas kejatuhan Khilafah Islamiah telah menyaksikan bahasa arab diketepikan maka apabila tibanya zaman kemenangan Islam bakal menyaksikan bahasa Inggeris akan dipandang sepi apabila bahasa arab akan berperanan kembali. Ini menyebabkan pakar bahasa arab begitu diperlukan sedangkan pemimpin yang berpandangan sempit dan kolot telah bertindak kejam menghancurkan sekolah agama rakyat yang sememangnya diperlukan oleh generasi selepas kemenangan Islam.  Yakinlah kita bahawa Islam dijulang bangsa Melayu gemilang, Islam Berkuasa bahasa Melayu perkasa.

Firman Allah dalam  ayat 177 surah Ali ‘Imran:

إن الذين اشتروا الكفر بالإيمان لن يضروا الله شيئا ولهم عذاب أليم

Maksudnya : Sesungguhnya mereka yang menukar iman dengan kufur sekali-kali mereka tidak akan dapat memberi mudharat terhadap Allah sedikit pun dan bagi mereka azab yang pedih.

 بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

43. KUFFAR MENYERANG ISLAM MELAWAN

 

 

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 23 surah al-Jaathiah :

أفرءيت من اتخذ إلـهه هوئه وأضله الله على علم وختم على سمعه وقلبه وجعل على بصره غشــوة فمن يهديه من بعد الله أفلا تذكرون

Maksudnya:  Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmuNya dan Allah telah menutup pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutupan atas penglihatannya?. Maka siapakah yang akan memberikannya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Kedatangan Zulhijjah mengingatkan kita kepada pengorbanan suci nabi Ibrahim bersama isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail dalam mematuhi dan melaksanakan seluruh perintah Allah. Nabi Ibrahim sebagaimana yang kita ketahui melalui kisah al-Quran merupakan antara Rasul yang mendapat tentangan dan ujian yang besar di mana sejak remaja lagi baginda terpaksa berhadapan denga ayahnya Azar yang bekerja sebagai pembekal berhala kepada kaumnya yang sesat. Nabi Ibrahim dengan keberanian yang berasaskan aqidah yang betul telah berusaha bersungguh-sungguh dalam menyedarkan kaumnya yang sesat itu sehingga baginda telah dibakar dalam unggun api yang besar oleh bala tentera Namrud akibat tindakan nekadnya ketika menghancurkan berhala sembahan mereka. Setelah itu baginda terus berhujah dengan pelbagai cara bagi menyampaikan dakwah Islam yang suci kepada kaum yang sesat itu. Kesabaran dan kepatuhan nabi Ibrahim diuji lagi dengan perintah agar ditinggalkan isterinya Siti Hajar bersama anaknya Ismail yang masih kecil di sebuah lembah yang kering kontang dan baginda sendiri pulang semula ke Palestin untuk berdakwah agar kaumnya tunduk menyembah Allah dan menjauhi segala ajaran syirik lagi menyesatkan. Sudah menjadi sunnah perjuangan di mana keimanan dan keyakinan nabi Ibrahim terus diuji dengan suatu ujian yang lebih berat iaitu perintah Allah melalui mimpi benar supaya baginda menyembelih anaknya yang tersayang iaitu nabi Ismail. Demi menunjukkan keimanan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap segala perintah Allah maka kedua-dua hamba Allah yang bergelar nabi lagi rasul iaitu nabi Ibrahim dan nabi Ismail terus melaksanakan perintah Allah itu tanpa sebarang bantahan. Pengorbanan suci mereka ini terus dilakarkan di dalam al-Quran untuk sama-sama dijadikan tauladan oleh umat manusia termasuk kita. Selepas itu Allah telah memerintahkan nabi Ibrahim dan anaknya Ismail  agar membina Kaabah di bumi Mekah yang dahulunya kering kontang dan tidak berpenghuni tetapi dengan anugerah telaga air zamzam dan berkat doa nabi Ibrahim maka bumi Mekah terus menjadi tumpuan manusia dari seluruh pelusuk dunia sehingga hari ini. Selepas itu terbinanya pula Masjid al-Aqsa iaitu selepas 40 tahun pembinaan Kaabah  oleh nabi Ibrahim sekembalinya baginda dari Mekah ke tanahairnya Baitul Maqdis. Melalui hadis Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa kedua-dua masjid tersebut iaitu Masjidil Haram di Mekah dan Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin menjadi masjid yang mempunyai banyak kelebihan berbanding masjid yang lain.

 

Sidang Jumaat yang dihormati,

Untuk sekian kalinya umat Islam seluruh pelusuk dunia tanpa mengira bangsa dan usia, negara dan takhta apabila masuknya musim haji terus datang mengunjungi Ka’abah bagi menunaikan ibadat haji. Jika pada tahun kelahiran nabi kita Muhammad s.a.w, tentera bergajah Abrahah telah datang ke Mekah bagi menghancurkan Ka’abah tetapi perancangan jahat mereka telah dipatahkan oleh Allah melalui penghantaran burung Ababil. Pada hari ini kita dikejutkan lagi dengan suatu cadangan oleh pelampau yahudi terutama selepas serangan nekad terhadap 2 bangunan di Amerika iaitu untuk mengebom Ka’abah di Mekah sebagai jalan membalas dendam. Sebelum ini kuffar memandang bahawa kedatangan umat Islam ke Mekah untuk menunaikan haji tidak memberi kesan yang besar terhadap kepentingan kuffar kerana kebanyakan umat Islam tidak mengambil iktibar daripada perhimpunan raksaksa semasa menunaikan ibadat haji sebagai tempat untuk bersatu dalam mengembalikan semula kehebatan dan keadilan Islam. Sebelum ini memang ada negara kuffar yang tidak membenarkan rakyatnya yang beragama Islam pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji seperti Rusia di mana ada rakyatnya yang berkeras pergi ke Mekah telah dikisar di dalam mesin pengisar daging sehingga hancur. Tetapi pada hari ini kuffar mula berfikir semula tentang kesan yang bakal menggugat kekuasaan kuffar yang akan lenyap jika seluruh umat Islam yang pergi menunaikan haji akan menggunakan peluang dalam berbincang dan berfikir tentang kesatuan berasaskan Islam yang mesti dilakukan segera bagi menghadapi pengganas kuffar yang saban hari menindas dan membunuh umat Islam sesuka hati. Sebab itulah pada tahun ini melalui nasihat Amerika maka kerajaan Arab Saudi tergamak mengeluarkan kenyataan agar umat Islam tidak membangkitkan tentang permusuhan terhadap kuffar yang diketuai oleh Amerika dalam sebarang pertemuan atau ucapan sepanjang berada di Mekah semasa menunaikan ibadat haji. Ini suatu arahan yang pengecut sedangkan kuffar terus menekan dan membaham tubuh umat Islam serta tidak memberhentikan serangan terhadap umat Islam. Oleh itu kita begitu berharap agar seluruh umat Islam yang sedangkan mengerjakan haji untuk musim ini dapat pulang bukan sahaja dengan haji yang mabrur tetapi turut pulang dengan semangat jihad untuk bersatu berhadapan dengan tentera bersekutu kuffar. Semoga kepulangan jemaah haji ini juga dapat membawa berita dan perancangan yang patut dilakukan oleh umat Islam dapat mengembalikan semula khilafah Islam yang telah lama hilang.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

            Jika kuffar mula merancang dalam memastikan umat Islam yang pergi ke Mekah hanya untuk beribadat khusus semata-mata bukannya mengambil iktibar yang sewajarnya untuk kepentingan umat Islam sedunia maka begitulah juga yang berlaku di bumi Palestin tempat terletaknya Masjidi al-Aqsa. Umat Islam terus dilarang daripada bersembahyang termasuk solat Jumaat dalam Masjid al-Aqsa sedangkan yahudi berusaha untuk melakukan ibadat mereka di dalam masjid yang mulia ini. Usaha yahudi dalam meruntuhkan Masjid al-Aqsa terus berjalan walau pun mendapat bantahan tetapi memang sikap yahudi semenjak dahulu lagi walau pun penakut tetapi degil. Keadaan di Palestin semakin buruk akibat kedegilan yahudi yang terus merobohkan rumah umat Islam dan membunuh rakyat yang tidak berdosa sesuka hati. Yahudi memang telah lama mencabar umat Islam untuk berperang kerana meyangka mereka kuat dan tidak apat dikalahkan. Tetapi yahudi tidak dapat menafikan bagaimana beberapa serangan berani mati telah menyebabkan ekonomi yahudi jatuh begitu teruk dan mereka kehilangan banyak nyawa. Yahudi turut dikejutkan dengan serangan terhadap kedudukan tentera mereka oleh pejuang Islam serta pengeboman terhadap kereta kebal yahudi yang dianggap paling canggih di dunia. Serangan yang dilakukan walau pun dengan kelengkapan senjata yang tidak seberapa daripada kalangan pejuang Islam tetapi dengan keyakinan yang tinggi kepada pertolongan Allah maka serangan ini telah menyebabkan yahudi berada dalam ketakutan. Semoga kehancuran yahudi semakin dekat dan nyata bagi membolehkan sinar Islam kembali bercahaya di bumi Isra’ dan Mikraj itu dan juga ke seluruh dunia yang begitu lama merindukan keamanan.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Jika di pusat Yahudi sedunia di Palestin di mana yahudi begitu ganas meratah tubuh dan merampas bumi umat Islam maka tidak ketinggalan dengan apa yang berlaku di pusat yahudi Asia Tenggara iaitu Singapura yang mula menyerang kewajipan dalam agama apabila menggantung 3 orang kanak-kanak yang bertudung daripada bersekolah atas alasan boleh menggugat usaha dalam menyatukan rakyat sedangkan dalam masa yang sama Singapura membenarkan pelajar berketurunan Sik memakai serban ke sekolah. Apa yang malangnya seluruh pemimpin negara umat Islam bagaikan menutup mata melihat kerakusan Singapura tidak sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Khalifah Mu’tasim yang telah bertindak tegas dengan menghantar bala tentera bagi mengajar sekumpulan pemuda Kristian yang ketawa melihat seorang perempuan muslimah yang tersingkap kainnya ditiup angin. Apa yang lebih malang dan memberi tamparan hebat kepada pemimpin umat Islam apabila ada seorang peguam yang bukan beragama Islam malah peguam ini pernah menyatakan bahawa sesiapa yang ingin menegakkan negara Islam di Malaysia ini maka dia mesti dahulu melangkah mayatnya di mana peguam ini bersedia membantu secara percuma kepada keluarga kanak-kanak itu dalam mengambil tindakan terhadap kerajaan Singapura dalam masalah tudung tadi. Di manakah peranan sebagai negara Islam sebagaimana yang dilaungkan telah dilaksanakan di negara ini jika untuk menegur tindakan tidak bertamadun kerajaan Singapura pun sudah takut sedangkan dalam masa yang sama pemimpin yang sama boleh bertindak kejam menutup pusat pengajian agama.

            Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Jaathiat :

أم حسب الذين اجترحوا السيئات أن نجعلهم كالذين ءامنوا وعملوا الصــلحــت سوآء محياهم ومماتهم سآء ما يحكمون

Maksudnya : Apakah orang-orang yang membuat kejahatan itu menyangka bahawa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh iaitu sama antara kehidupan dan kematian mereka?. Amat buruklah apa yang mereka sangkakan itu.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Kesucian Islam DiJaga Umat Terbela

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 109 surah al-Baqarah:

وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

Kita bakal menyambut kedatangan bulan Zulhijjah seterusnya meraikan kedatangan Eidil Adha buat sekian kalinya dalam hidup kita. Apabila sahaja menyebut bulan Zulhijjah maka sudah tergambar dalam pemikiran kita tentang perjuangan dan pengorbanan terutama di dalam mempertahankan kesucian Islam dan mengembangkan dakwah Islam. Pada hari ini kita dapat melihat pelbagai cara dan strategi yang diaturkan oleh musuh Islam di dalam memerangi umat Islam samada melalui serangan fizikal mahupun pemikiran. Betapa ramai umat Islam yang menjadi mangsa kepada senjata musuh Islam terutama di bumi Iraq dan Palestin. Umat Islam di Gaza, Palestin sedang dikepung oleh zionis yahudi tanpa mendapat bantuan yang sewajarnya daripada saudara seagama sendiri. Melalui mimbar Jumaat yang mulia ini maka kita mendesak agar seluruh pemimpin negara umat Islam bersatu hati untuk segera bangkit di dalam menghentikan keganasan zionis yahudi sebelum lebih ramai umat Islam Palestin yang bakal diratah oleh peluru dan bom kuffar durjana.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Pertembungan di antara jahiliah dengan Islam terus berlaku, perlawanan antara iman dan kufur terus berlangsung dan percanggahan antara hak dan batil terus  wujud. Seorang tokoh ulama terkenal, Dr Abdullah Nasih Ulwan dalam sebuah bukunya menegaskan bahawa musuh-musuh Islam berusaha gigih bagi memastikan 4 perkara yang berada pada tangan umat Islam mesti dihancurkan iaitu Al-Quran , Universiti al-Azhar Mesir, hari Jumaat dan Masjidil Haram, Mekahdi mana jika keempat-empat perkara tersebut berjaya dihancurkan maka umat Islam berada dalam keadaan terumbang-ambing. Pertama : Al-Quran cuba dimasukkan di dalamnya unsur-unsur penyelewengan, pindaan agar ia tidak lagi menjadi rujukan dan bahan petunjuk kepada Muslim. Musuh Islam pernah lakukan dengan pembiayaan jutaan dolar Amerika bagi mencetak 50,000 naskhah untuk diagihkan ke negara Somalia yang mengalami krisis kebuluran pada awal lapan puluhan dahulu. Penduduk Somalia yang kebanyakannya beragama Islam, mereka bukan sahaja diberi bantuan makanan, pada masa yang sama juga dibekalkan al-Quran yang telah dipinda ayat yang tidak diketahui mengenainya melainkan mereka yang mahir dengan al-Quran, tetapi Allah SWT tidak mahu kitab suci-Nya itu diseleweng, maka dilihamkan kepada para ulama membongkar kegiatan haram musah Islam. Ia tidak lain adalah untuk menjauhkan orang Islam daripada kitab rujukan mereka yang bertindak sebagai pemberi hidayah daripada Allah SWT. Antara tahun 1995 hingga 2000 pula musuh Islam telah mereka lebih 7 surah palsu yang diedarkan melalui internet tetapi berjaya disedari oleh golongan yang cintakan Islam dan al-Quran

Kedua :  Universiti al-Azhar yang menjadi pusat pengajian antarabangsa yang menerima kehadiran dan kebanjiran graduan yang datang daripada seluruh dunia untuk mendalam ilmu-ilmu Islam cuba dirobohkan, kalau tidak pun sistem pembelajaran dan hubungan baik sedia ada terjalin di kalangan pelajar dan kakitangan universiti perlu dirosakkan, itulah yang telah musuh Islam jalankan selama beberapa tahun. Tidak ketinggalan sikap pemimpin negara kita yang mengganggu kerjasama dengan Universiti al-Azhar sehingga ribuan pelajar agama menjadi mangsa.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Ketiga : Dirosakkan kemuliaan hari Jumaat di mana kebanyakan negara umat Islam tidak terkecuali daripada meneruskan kerja pada hari Jumaat, yang mengakibatkan ramai di kalangan muslim tidak lagi dapat menumpukan dengan baik untuk beribadat khusus pada hari Jumaat malah ramai yang tanpa segan silu meninggalkan solat Jumaat. Lebih malang apabila adanya umat Islam sendiri yang merasa malu sekiranya bercuti hari Jumaat tetapi tidak merasa malu untuk bercuti pada hari Ahad. Akhirnya umat Islam menunaikan ibadat secara tergesa-gesa pada hari Jumaat sedangkan orang Kristian dapat memenuhi gereja dengan tenang pada hari Ahad. Muhasabahlah diri tentang siapa yang rugi dan siapa untung dunia akhirat

Keempat : Musuh Islam berusaha meruntuhkan Masjid al-Haram di mana Rumah Allah ini menjadi sasaran pihak musuh kerana berjaya menyatu-padukan umat Islam seluruh dunia khususnya ketika menjalani ibadat haji. Telah beberapa kali terdengarnya suara ganas dari Parlimen Britian dan Israel cadangan agar Ka’abah dibom atau dihancurkan segera

Bila mengingati 4 sasaran musuh Islam dalam melemah dan seterusnya menghancurkan umat Islam maka sewajarnya kita bangkit di dalam menangani perkara ini berasaskan ruh perjuangan Islam. Negara kita turut terdengar suara sumbang daripada NGO bukan Islam yang lantang mencampuri urusan umat Islam seperti masalah fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dalam masalah pengharaman Pengkid iaitu perempuan yang menyerupai gaya hidup lelaki dan terbaru senaman Yoga yang didapati mengandungi unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan. Kita bimbang sekiranya kelantangan orang bukan Islam dalam menentang fatwa akibat meniru perbuatan pemimpin Islam sendiri yang banyak menyanggah fatwa yang dikeluarkan sebelum ini.

Kita juga jangan asyik dengan masalah harga minyak dan harga barang sehingga lupa kepada serangan aqidah yang sedang berlaku. Kita begitu bimbang apabila dibentang di Parlimen bahawa jumlah anak luar nikah ialah 250 ribu orang dan ramai di kalangan anak-anak yang tidak berdosa ini termasuk orang Islam dijaga oleh pusat asuhan yang dikendalikan oleh Kristian. Begitu juga wujud penempatan pesakit yang menghidapi penyakit HIV yang ditempatkan di rumah Mubaligh Kristian yand sepastinya boleh menggugat aqidah umat Islam. Sekarang kita mesti bersatu hati dan gerak kerja dalam menyelamatkan golongan ini dengan cara yang terancang, bersungguh dan istiqamah. Kita perlu sedar bagaimana Kristian terkehadapan dalam masalah menjaga kebajikan sedangkan kita terus menuding jari sesama sendiri

Firman Allah dalam ayat  36  surah al-Anfal :

الَّذِينَ كَفَرُوا يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ فَسَيُنْفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ ۗ وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ 

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan dan ke dalam neraka jahannam mereka akan dikumpulkan.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Tidak ketinggalan untuk kita sama-sama merenung tentang masalah ekonomi dunia yang merudum. Ia menggambarkan bagaimana system ekonomi ciptaan manusia tidak mampu bertahan dan merugikan. Usaha dalam kembali menggunakan dinar emas menggantikan wang kertas telah lama dilakukan oleh cerdik pandai Islam namun akibat takut kepada musuh Islam lebih daripada takut kepada Allah menyebabkan usaha murni ini terus terbantut. Malah laungan agar seluruh negara umat Islam dan pelabur Islam meninggalkan amalan riba terus lantang berkumandang tetapi perasaan kurang yakin kepada system Islam telah menyebabkan ia dipandang sepi. Kita dapat merubahnya jika kita sayangkan Islam dan cintakan kebahagian akhirat di mana sebagai contohnya apabila tindakan kerajaan Kelantan menyimpan sumber kewangannya dalam perbankan Islam telah menyebabkan lebih banyak bank yang menyediakan system kewangan Islam dibuka di Kelantan dan seluruh negara. Begitu juga pengharaman judi dan pengurangan premis arak daripada 86 buah sebelum 1990 di Bandar Kota Bharu kepada 8 buah sahaja sekarang tidak pernah menjadikan negeri ini muflis malah lebih banyak program kebajikan dapat disediakan kepada rakyat jelata. Cukuplah seluruh pelabur dan negara Islam bersatu atas dasar Islam maka seluruh bank riba akan lipat tikar dan kapitalis penghisap darah akan tersungkur menyembam tanah. Islamlah nescaya kita selamat di dunia dan akhirat.

Firman Allah dalam ayat  41 surah al-Ankabut :

مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنْكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا ۖ وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوتِ ۖ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ 

Maksudnya : Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung selain daripada Allah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah jika mereka  mengetahui.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

141. BAHAYA ASSOBIYAH

 

 

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

irman Allah dalam ayat 118  dan 119 surah Hud :

 

ولو شاء ربك لجعل الناس أمة واحدة  ولايزالون مختلفين  إلا من رحم ربك زلذلك خلقهم وتمت كلمة ربك لأملأن جهنم من الجنة والناس أجمعين

 

Maksudnya : Sekiranya Tuhanmu mengkehendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat. Kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. Kalimat (keputusan) Tuhanmu telah ditetapkan. Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan jin dan manusia (yang derhaka) semuanya.

            Kini kita berada dipenghujung bulan Zulkaedah di mana kita akan menyambut pula kedatangan bulan Zulhijjah di mana di dalamnya umat Islam akan menyambut eidul Adha dan bagi mereka yang berada di Mekah pula, mereka akan menunaikan ibadat haji. Berjuta umat Islam pada hari ini sedang berada di Mekah dan ramai masih dalam perjalanan menuju ke Mekah untuk menunaikan haji tanpa mengira bangsa dan negara, tanpa mengira harta dan usia, tanpa mengira pangkat dan darjat. Mereka sama-sama mengadap kiblat yang satu, mengelilingi Ka’bah yang satu, akan wukuf pada hari Arafah di tempat yang satu, sama-sama memakai pakaian ihram dengan warna yang satu. Ini menunjukkan kepada umat Islam bagaimana Islam mementingkan kesatuan dan perpaduan tanpa mengira bangsa, negara, budaya dan warna kulit. Ibadat haji memberi isyarat yang jelas bagaimana Islam mahukan perpaduan dalam beribadat mesti diteruskan kepada kehidupan seharian bagi memberikan kekuatan yang sebenar berasaskan agama untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Islam begitu menekankan perpaduan tanpa mengira bangsa, bahasa, budaya dan negara tetapi mesti berdasarkan Islam. Rasulullah s.a.w sendiri dalam membina kekuatan dan perpaduan telah menolak jawatan raja Mekah yang ditawarkan oleh kafir Quraisy kerana ia berbentuk bangsa semata-mata sedangkan bangsa arab terus berpecah dan berkelahi sesama mereka walau pun jumlah yang ramai. Rasulullah s.a.w sebagai nabi akhir zaman telah dilahirkan dicelah bangsa arab yang tidak mampu membina kuasa dan tamadun yang kuat kerana perasaan semangat kebangsaan arab yang kuat sehingga mereka telah jauh ketinggalan oleh kuasa dan tamadun Empayar Rom berasaskan kristian, Empayar Parsi berasaskan majusi dan kefahaman yang lain disamping Empayar India berasaskan Hindu serta Empayar China berdasarkan Budha. Rasulullah s.a.w terus berdakwah dan mencari kekuatan melalui kuasa pemerintahan bagi memastikan Islam tersebar sebagai agama yang bukan sahaja berasaskan ibadat khusus tetapi turut meliputi seluruh aspek kehidupan. Strategi dan tindakan Rasulullah s.a.w dalam membina negara yang kuat bagi melaksanakan seluruh sistem Islam disamping menyebar luas lagi Islam sehingga meliputi negara luar dari tanah arab melalui asas yang kuat iaitu Islam bukannya berteraskan bangsa semata-mata. Islam yang dijadikan asas perpaduan oleh Rasulullah s.a.w bukan sahaja mampu menyatukan perpaduan di kalangan bangsa arab sehingga mereka boleh menguasai yahudi yang dahulunya menindas mereka tetapi Islam juga mampu menyatukan semua bangsa seperti Bilal dari Afrika, Suhaib dari Rom, Salman dari Parsi dan mereka yang lain dengan bangsa arab. Asas Islam yang dibina juga mampu memberi semangat dan kekuatan kepada Khalifah selepas Rasulullah s.a.w untuk menjalankan dakwah dan penyebaran Islam serta perluasan tanah jajahan di bawah Khalifah Islam sehingga Islam berjaya meruntuhkan Empayar Rom, Empayar Parsi dan menguasai sebahagian bumi eropah dan seterusnya melebarkan pengaruhnya sehingga menguasai  Empayar India dan China. Penguasaan ini membolehkan Islam tersebar merata dunia termasuk di alam Melayu ini di mana orang Melayu sebelum ini bukan sahaja mampu beribadat khusus sahaja tetapi turut merasakan keadilan dan keamanan di bawah Kesultanan Melayu Islam yang telah melaksanakan sistem Islam dalam pemerintahan mereka seperti terdapat dalam Undang-undang Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka dan sebagainya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati,

            Ibnu Khaldun di dalam Al-Muqaddimah menyatakan bahawa semangat dan kekuatan bangsa boleh membantu menaikkan sesuatu bangsa kepada kemajuan dengan syarat ia mesti berteraskan Islam. Tetapi dalam masa yang sama apabila semangat kebangsaan atau kekitaan ini mula dilonggarkan daripada Islam maka ia akan menghancurkan bangsa tersebut. Ia terjadi apabila pemimpin mula merasakan kekuatannya adalah hasil sokongan yang tidak berbelah bahagi atas nama mereka sebangsa walau apa pun yang dilakukan. Akhirnya pemimpin tersebut mula terpesong dan mementingkan diri sendiri sehingga  segala kemewahan negara pada mulanya dinikmati oleh seluruh bangsanya mula diperkecilkan kepada mereka yang menyokongnya sahaja sehingga mengabai dan menzalimi mereka yang sebangsa tetapi tidak memberi sokongan kepadanya di atas sebab tertentu. Disebabkan perasaan tamak terus menguasai diri menyebabkan pemimpin itu mula memperkecilkan lagi pembahagian hak dan kemewahan kepada keluarga terdekat dan mereka yang menjadi pendokong kuat kepadanya walau pun bukan dari bangsanya. Tindakannya ini akhirnya menimbulkan perasaan dendam di kalangan bangsanya sendiri terutama penyokongnya yang selama ini begitu setia kepadanya akibat daripada kezaliman yang dilakukan. Apabila pemimpin itu mula melihat adanya penentangan terhadapnya maka dia mula menggunakan kekerasan dengan membina kekuatan tentera bagi melindungi kuasanya serta sanggup mengambil tindakan yang keras termasuk membunuh bagi mengurangkan jumlah penentangnya. Perpecahan semakin bertambah disebabkan penindasan dan kezaliman yang dilakukan yang menyebabkan sesuatu bangsa itu hancur dan bangsa yang lain samada dari dalam atau luar negaranya mula mengambil kesempatan daripada perpecahan itu untuk menguasai bangsa yang berpecah tadi.

            Contohnya apa yang berlaku kepada kerajaan bani Umaiyah yang berkuasa penuh untuk menguasai semua bangsa arab melalui perasaan keturunan bani Abdul Manaf tetapi masih berlandaskan Islam. Semangat kekitaan yang berdasarkan bani Abdul Manaf itu adalah munasabah sehingga pemerintahan Sulaiman bin Abdul Malik di Damsyik di mana baginda menyuruh agar dibunuh Abdul Aziz bin Musa bin Nushair di Cardova kerana merasakan dia tidak memberikan sokongan kepada pemerintah atas sebab tertentu. Perasaan marah berdasarkan qabilah semata-mata sehingga meminggirkan Islam itu menyebabkan Bani Umaiyah dihancurkan oleh Bani Abbas yang membolehkan kuasa perpindah tangan. Bani Abbas yang memiliki kuasa pemerintahan yang baru menggantikan bani Abdul Manaf telah mengekang Bani Hasyim dan membunuh serta membuang negeri mereka yang berketurunan Abu Tolib kerana membalas dendam di atas kezaliman yang dilakukan oleh beberapa pemerintah dari kalangan bani Umaiyah sebelum ini.

Sidang Jumaat yang dikasihi,

Perasaan kekitaan atau semangat kebangsaan ini banyak memberi kesan yang buruk kerana ia berakhir dengan dendam, perpecahan dan peperangan setelah mereka mula meninggikan semangat kebangsaan sehingga mengabaikan mereka yang bukan sebangsa atau pun mereka yang sebangsa tetapi tidak memberi sokongan kepada mereka yang berkuasa.Sedangkan jika kita menjadikan Islam sebagai asas dalam pemerintahan maka dengan sendirinya bangsa kita akan terjaga kebajikan dan perpaduannya kerana Islam mempunyai sistem yang lengkap dalam mengekang kezaliman dan penindasan. Disebabkan terlalu kuat meninggikan kepentingan bangsa menyebabkan usaha dakwah kepada mereka bukan Islam terhenti dan terbantut yang menyebabkan bilangan orang bukan Islam semakin ramai, ditambah pula dengan mereka yang sebangsa semakin berani murtad. Akhirnya bilangan bangsa Melayu semakin sedikit dan jumlah umat Islam pun turut berkurangan. Perkara ini memberi peringatan kepada kita bahawa dengan hanya mementingkan semangat kebangsaan sahaja sebenarnya kita meramaikan musuh yang menyebabkan perpecahan semakin kuat berlaku. Sebaliknya jika mementingkan Islam maka kita akan mengurangkan musuh kerana dakwah kepada Islam semakin bertambah kuat menyebabkan bukan sahaja bangsa kita terus tetap dalam Islam tetapi bangsa yang lain akan turut bersama bersatu dalam Islam. Bagi mereka yang tidak memeluk Islam pula, mereka akan terus memberi kerjasama dan merasa bahagia hidup di bawah perlindungan keadilan sistem Islam. Di sana tiada lagi ruang untuk berlakunya perpecahan sesama bangsa dan juga dengan bangsa lain kerana masing-masing dapat merasakan hak mereka telah ditunaikan dengan sebaiknya oleh Islam. Inilah ia keadilan Islam dan perpaduan yang ditekankan oleh Islam.

Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud :

وماكان ربك ليهلك القرى بظلم وأهلها مصلحون

Dan Tuhanmu tidak sekali-kali akan membinasakan negeri-negeri secara zalim sedangkan penduduknya merupakan mereka yang sentiasa melakukan perubahan ke arah kebaikan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Edisi ke – 24

1. Zionis Yahudi DiPerang, Lesen Judi diTentang
2. Isra’ Mikraj DiHayati Kemenangan DiRai
3. Berqiblatkan Islam Meraih Kebahagiaan
4. Cemburu dan malu martabatkan maruah umat
5. Ramadhan DiRai Kemuliaan DiRasai
6. Nuzul al-Quran DiHayati Tamadun Islam Diraih Kembali
7. Islamkan sambutan raya raih kehidupan mulia
8. Maqasid Syar’iyyah DiJulang Umat Gemilang
9. Islam Jamin Bahagia, Jahiliah Bawa Derita
10. Khutbah Aidil Fitri 1431H

Khutbah Edisi ke – 23

1. Hijrah Dihidupkan Islam Terjulang
2. Ajaran Nabi DiMartabat Negara Selamat
3. Sistem nabi DiJulang Racun Musuh DiBuang
4. Rasulullah s.a.w DiTeladani Rahmat Allah DiRasai
5. Rasulullah s.a.w DiPertahan Hukum Allah DiPerjuang
6. Jahiliah DiPilih Rakyat Merintih
7. Musuh DiTatang Islam DiTentang
8. Islam DiBendung Negara DiLelong
9. Nama Allah DiPertahan Hukum Allah DiJulang
10. Maksiat Tersebar Bumi Bergegar

ekhutbah audio – 2

ekhutbah audio – 2 bertajuk

Jahiliah DiJadikan Ubat, Bala Allah Makin Merebak