• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,677,510 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,409 other followers

Kos belanja banduan lebih mewah daripada rakyat jelata


Bangunan Terbiar Dijadikan Penjara Atasi Kesesakan
KAJANG, 30 Mei (Bernama) — Beberapa bangunan terbiar di seluruh negara akan disewa oleh Jabatan Penjara dan diubahsuai bagi menempatkan banduan yang menjalani hukuman ringan sebagai langkah mengurangkan kesesakan dalam penjara.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Mustafa Osman berkata buat permulaan, beberapa bangunan di sekitar Kajang dikenal pasti bagi program itu yang akan dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan ini.

“Kita sedang merisik dan berunding dengan pihak tertentu dan jika mereka bersetuju kita akan segera mengambilnya dan membuat sedikit pengubahsuaian dengan menaikkan pagar keselamatan dan mengadakan jagaan yang minimum,” katanya kepada pemberita selepas perbarisan tamat latihan oleh 222 kakitangan Jabatan Penjara di sini hari ini.

Kini terdapat 48,000 banduan di penjara seluruh negara, dan yang menghadapi kesesakan kritikal ialah Penjara Sungai Buloh, Penjara Kajang dan Penjara Kluang.

Mustafa berkata Kajang dipilih sebagai percubaan bagi menempatkan banduan dari Penjara Kajang sebelum program itu diperluaskan ke kawasan lain.

“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana bangunan berkenaan akan dikawal seperti penjara biasa,” katanya.

Beliau berkata langkah itu dapat mengelak banduan yang menjalani hukuman ringan daripada bergaul dengan banduan yang menjalani hukuman berat.

“Banduan yang menghadapi hukuman ringan tidak memerlukan latihan kemahiran sebaliknya lebih kepada pemantapan jati diri dan disiplin,” kata Mustafa.

Beliau meminta pemilik bangunan atau kilang yang tidak digunakan dan mahu menyewakannya supaya menghubungi Jabatan Penjara.

Mustafa juga berkata Jabatan Penjara kini mempunyai 11,000 orang kakitangan dan masih kekurangan kira-kira 4,000 warder.

— BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=264803

**********************************************
Pada tahun 2006 kerajaan Malaysia membelanjakan RM 1,274,490 ( RM 1.27 juta ) sehari bagi menampung perbelanjaan penghuni-penghuni di penjara di seluruh negara. Perbelanjaan itu adalah untuk 42,483 orang tahanan di semua institusi penjara termasuk di Depot Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin. Ini bermakna sebanyak RM 465,188,850 ( RM 465 juta ) setahun wang rakyat digunakan untuk menampung perbelanjaan penghuni-penghuni penjara.

Kos-kos yang terpaksa ditanggung kerajaan tidak termasuk kos perubatan itu adalah meliputi kos pengurusan harian dan kos pemulihan. Kos pengurusan harian ialah makan dan minum, penyediaan tempat tahanan, penggunaan air dan elektrik, penyediaan pakaian, perkhidmatan dobi dan tenaga kawalan manakala kos pemulihan meliputi latihan vokasional, kebajikan, program kaunseling, ceramah agama, kemudahan perpustakaan, perjumpaan keluarga dan urusan surat menyurat. ( Sumber Bernama http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=219724&vo=104 )

Sementara itu untuk menanggung warga negara yang sanggup meracun diri sendiri dan masa depan mereka yang ditempatkan di pusat serenti, kerajaan terpaksa membelanjakan RM500,000 sehari bersamaan dengan RM 182,500,000 ( RM 182 juta ) setahun. Ini diambil kira dengan adanya 28 pusat serenti di seluruh negara yang menempatkan sekitar 10,000 pelatih bagi satu-satu masa dengan jumlah tanggungan untuk seorang penagih yang dirawat di pusat serenti sebanyak RM50 setiap hari. (Sumber Berita Harian http://www.bharian.com.my/Current_News/HM/Tuesday/Minda/20060718095150 )

Ini bermakna sejumlah RM 647,688,850 ( RM 647 juta ) setahun dibazirkan begitu sahaja untuk memulihkan serta mengasingkan para banduan, tahanan dan penagih dadah agar mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat.

Dengan wang sebanyak RM 647 juta ini sepatutnya boleh diberikan secara percuma kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS. Menurut maklumat dari laman web PTPTN , bagi pelajar IPTA, jumlah pinjaman yang diluluskan adalah antara RM1,000 hingga RM6,500 setahun. Manakala bagi pelajar IPTS, jumlah pinjaman adalah antara RM3,700 hingga RM20,000 setahun. Ini bermakna dengan RM 647 juta ini boleh menampung pembelajaran sekurang-kurangnya 32,384 orang pelajar dan paling ramai sebanyak 647,688 orang pelajar setahun. Ini bermakna kesemua lulusan SPM dan STPM di Malaysia ini akan dapat menikmati pembelajaran peringkat tinggi secara percuma. ( Sumber http://www.ptptn.gov.my/c/portal/layout?p_l_id=PUB.1.22 )

Dalam pada itu kerajaan baru-baru ini telah mewajibkan ibu bapa untuk mempunyai simpanan wang dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) berkuatkuasa 1 Januari tahun depan sebelum anak mereka layak memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Simpanan wajib adalah sebanyak RM3,000 bagi keluarga yang berpendapatan bulanan melebihi RM2,000 sebulan. Ibu bapa yang berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan pula wajib menyimpan RM500. ( Sumber Bernama http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=249981 )

Melihat senario di atas, ibu bapa yang ada kemampuan mungkin telah memulakan tabungan untuk membiayai pembelajaran anak-anak mereka di peringkat tinggi. Tapi bagaimana pula dengan ibu bapa yang kurang berkemampuan serta pencapaian akademik anak-anak mereka tidak membolehkan mereka untuk mendapatkan biasiswa. Mahu tidak mahu mereka terpaksa membuat pinjaman atau melepaskan sahaja anak mereka ke alam pekerjaan.

Baru-baru ini Buletin Utama TV3 ada menyiarkan bagaimana pendekatan Islam Hadhari yang digunakan untuk membimbing para-para banduan telah dapat memulihkan para banduan, dengan adanya kuliah agama, kuliah tafsir, kuliah sirah nabi dan beberapa siri kuliah agama.

Sekiranya penjara, pusat tahanan serta pusat serenti di Malaysia ini dapat memberikan pendidikan agama yang sempurna disokong dengan pengajian vokasional serta teknikal serta lain-lain kemahiran di Malaysia, apakah akan ada ibu bapa yang terdetik di hati mengatakan adalah lebih baik menghantar anak ke penjara sekiranya tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran ?

Apakah dugaan yang menimpa rakyat Malaysia sekarang ini yang menyebabkan masalah banduan, PATI, penagih dadah tidak dapat dikurangkan apatah lagi untuk mensifarkannya ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: