• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3

  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,989,233 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 40,643 other followers

  • Advertisements

RM2.3 bilion wang judi dalam akaun Kerajaan Pusat?

Sabri Said
PULAU PINANG, 31 Okt: Para pemimpin Umno perlu menjelaskan hasil judi bernilai RM2.3 bilion yang terdapat dalam akaun hasil yang disatukan di Kementerian Kewangan pada tahun 2009.

Hasil inilah yang telah digunakan oleh kerajaan Pusat untuk membayar gaji kepada seramai 1.2 juta penjawat awam dan semua projek pembangunan termasuk untuk manfaat masyarakat Islam.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendesak perkara ini ekoran tuduhan bahawa kerajaan negeri menggunakan wang dari hasil judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini.

Lim menegaskan sekali lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak menggunakan wang judi untuk diberikan kepada warga emas di negeri ini sebagaimana dakwaan Umno.

“Sebenarnya ia dari hasil penjimatan yang kita lakukan. Sudah dua kali kerajaan negeri mendapat pengiktirafan dari Ketua Audit Negara tentang pengurusan kewangan yang terbaik dalam negara ini disamping mendapat pujian dari badan anti-rasuah antarabangsa iaitu Transparency International,” tegasnya lagi.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya tidak akan terpengaruh dengan tekanan dan kempen Umno kononnya kerajaan negeri menggunakan wang judi untuk membantu rakyatnya.

“Kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak yang cuba menakut-nakutkan Kerajaan Negeri melalui apa jua cara yang mereka persembahkan. Sebagai sebuah kerajaan negeri yang bertanggungjawab kita akan terus membela dan memberi penghargaan kepada warga emas sebagai mengenang jasa mereka yang berusia lebih dari 60 tahun,” katanya.

Lim Guan Eng berkata demikian ketika berucap semasa majlis penyampaian sumbangan kepada 153 waris warga emas yang telah meninggal dunia dalam daerah Seberang Perai Utara di Sungei Dua pagi tadi.

Dalam majlis tersebut sumbangan sebanyak RM153,000 telah diberikan kepada waris sebagai membantu meringankan kos pengurusan jenazah yang telah digunakan oleh mereka selepas kematian keluarga mereka.

“Walaupun terdapat ugutan dan usaha bagi menakutkan kepimpinan kerajaan negeri dengan pelbagai fitnah dan dakyah, kita tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak.

“Bagi warga emas yang beragama Islam, janganlah terpedaya dengan tohmahan parti pembangkang di Pulau Pinang iaitu Barisan Nasional (BN) yang cuba mempengaruhi warga emas dengan menuduh ianya dari sumber yang haram,” katanya.

Tambahnya lagi selagi Kerajaan Negeri diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) maka usaha murni yang dilaksanakan seperti penghargaan kepada warga emas dengan sumbangan sebanyak RM100 seorang serta sumbangan sebanyak RM1000 kepada waris warga emas yang meninggal dunia akan tetap diteruskan.

“Yang jelas di sini pembangkang seperti Umno dan BN di Pulau Pinang telah mulai merasa gerun dengan kebangkitan rakyat di Pulau Pinang apabila melihat kejayaan yang berjaya dicapai dalam sasaran kita memberi pembelaan kepada mereka yang memerlukan.

“Ekoran itulah Umno-BN akan terus membuat pelbagai fintah dan tohmahan bagi mengaitkan Kerajaan Negeri supaya dipandang serong oleh masyarakat khususnya orang Islam dan sekaligus memberi kredit dan sokongan kepada mereka, ” ujarnya lagi.

Turut hadir dalam majlis penyampaian sumbangan tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Rosidi Hussain dan kepimpinan Pakatan Rakyat tempatan.

Advertisements

Khutbah Aidil Adha 1430H

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
فرمان الله تعالى دالم أية 79-80 سورة الأنعام :
إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا ۖ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ وَحَاجَّهُ قَوْمُهُ ۚ قَالَ أَتُحَاجُّونِّي فِي اللَّهِ وَقَدْ هَدَانِ ۚ وَلَا أَخَافُ مَا تُشْرِكُونَ بِهِ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ رَبِّي شَيْئًا ۗ وَسِعَ رَبِّي كُلَّ شَيْءٍ عِلْمًا ۗ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ
Maksudnya : “Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”. Dan dia (nabi Ibrahim) dibantah oleh kaumnya lalu dia pun berkata: “Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?

Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,
Selamat menyambut hari raya Eidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Semoga kedatangan Eidil Adha kali ini lebih bermakna terutama dalam mencapai kebahagian hidup di dunia dan akhirat berasaskan Islam. Yakinlah kita bahawa tiada cara dan sistem hidup yang terbaik dalam mencapai kebahagian melainkan Islam. Setiap kali menyambut hari raya korban maka kita sentiasa diperingatkan tentang pengorbanan suci nabi Ibrahim sekeluarga dalam mengembangkan Islam bermula daripada pembinaan keluarga yang taat patuh kepada Allah. Al-Quran turut menceritakan bagaimana nabi Ibrahim terpaksa berdepan dengan bapanya sendiri Azar yang bukan sahaja seorang penyembah berhala malah pembuat patung berhala itu sendiri seterusnya masyarakat sekeliling sehinggalah kepada raja berkuasa. Di sini kita dapat melihat tentang kehebatan nabi Ibrahim dalam berhujah dan berdakwah sehingga mengalahkan kesesatan. Malangnya kekuatan hujah dilawan dengan kuasa sehingga nabi Ibrahim dibakar di dalam unggun api yang marak membakar. Tindakan menolak hujah kebenaran adalah lahir daripada sikap takabbur dalam diri Namrud dan pengikutnya sehingga tidak mahu tunduk kepada kebenaran Islam. Takabbur menjadi punca utama Iblis kufur kepada Allah dan juga betapa ramai umat manusia yang dirosakkan oleh penyakit hati yang paling merbahaya ini. Manusia biasanya menjadi takabbur apabila merasai dia lebih daripada orang lain dalam beberapa perkara antaranya ialah : [1] merasai ilmu lebih tinggi [2] amalan solehnya lebih banyak [3] rupa parasnya lebih cantik [4] tenaganya lebih kuat [5] keturunannya lebih baik [6] hartanya bertimbun [7] pangkatnya lebih hebat. Keadaan lebih parah sekiranya penyakit takabbur ini dihidapi oleh golongan pemimpin sehingga dia sanggup menggunakan kuasa yang ada dalam menyekat kebenaran.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam surah al-Kauthar :
إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الْأَبْتَرُ
Maksudnya : Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya)
Ketika menyambut hari korban maka kita turut ingat tentang perintah Allah melalui surah al-Kauthar agar kita menghidupkannya dengan solat sunat hari raya dan juga ibadat korban yang begitu banyak kelebihannya. Menyingkap kepada pengajaran penting surah yang sama iaitu bagaimana nabi Muhammad s.a.w turut berdepan dengan manusia takabbur yang menolak dakwah Islam sebagaimana nabi Ibrahim a.s. Malah nabi pernah dituduh sebagai manusia yang putus keturunan atas alasan semua putera baginda mati ketika masih kecil padahal bangsa arab terutamanya menganggap bahawa anak lelakilah sebagai penerus keturunan sedangkan anak perempuan hanya mengikut keturunan suaminya bila sudah berkahwin. Tuduhan liar dan jahat kuffar dijawab oleh Allah bahawa merekalah sebenarnya terputus nikmat di dunia apatah lagi di akhirat nanti kerana Islam terus berkembang, dakwah nabi terus berjaya dan diteruskan sedangkan amalan kuffar terus ditinggal dan dilupa sebagaimana kita jarang mendengar walaupun daripada mulut orang kafir sendiri bahawa mereka mengikut ajaran Firaun, Namrud, Abu Lahab dan sebagainya. Sedangkan Islam walaupun nabi Muhammad s.a.w telah meninggal kita lebih 1400 tahun yang lalu namun ia terus diperjuangkan sehingga hari qiamat.
Oleh itu kita mesti menjadi umat yang sentiasa mendapat nikmat daripada Allah di dunia dan akhirat dengan memahami dan melaksanakan Islam dalam setiap aspek kehidupan bermula daripada diri sendiri diikuti keluarga, masyarakat seterusnya negara. Pastikan kaum lelaki menjadi bapa yang baik kerana bapa terbahagi kepada tiga jenis iaitu [1] bapa yang terlalu garang sehingga hilangnya rasa kasih sayang dalam keluarga. [2] bapa dayus yang membiarkan anak dan isteri derhaka pada Allah seperti mendedah aurat, bergaul bebas sehingga kita begitu gerun dengan suatu kajian yang dibuat 2 dekad yang lalu yang menunjukkan bagaimana 2 daripada 3 pelajar sekolah pernah berzina dan apa yang lebih malang kebanyakan mereka berzina dalam rumah bukannya di luar. [3] bapa yang penyayang sebagaimana yang disarankan oleh nabi melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thobrani :
قَالَ الرَّسُوْلُ  : خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ ِلأَهْلِيْ
Maksudnya : Sebaik-baik orang diantara kamu ialah orang yang berbuat baik kepada ahli keluarganya dan aku terbaik antara kamu sentiasa berbuat baik kepada ahli keluargaku
Pastikan anak-anak kita dapat menjadi manusia yang berguna kepada keluarga, agama dan negara semasa kita masih hidup dan bila kita sudah menghembus nafas terakhir nanti dengan memberi didikan agama yang sebaiknya. Didiklah anak supaya sentiasa berdoa untuk kedua ibubapanya terutama selepas kematian keduanya. Ibarat kata syair arab bahawa bukanlah dikira anak yatim semata-mata kematian ibubapa sebaliknya anak yatim yang sebenar ialah anak yang mempunyai ibubapa namun mereka lebih sibuk dengan urusan hidup sehingga mengabaikan perhatian kasih sayang dan didikan sewajarnya terhadap anak.
Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 1-4 surah al-Ghasiyah:
هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَاشِعَةٌ عَامِلَةٌ نَاصِبَةٌ تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةً
Maksudnya : Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi? Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina, Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah, Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar)
Jika para jemaah haji yang berkumpul di padang Arafah pada 9 Zulhijjah sentiasa digambar tentang perhimpunan di padang Mahsyar nanti untuk dihisab tentang segala amalan kita di dunia ini samada baik atau jahat maka kita pada hari ini marilah sama-sama menghayati beberapa potong ayat daripada surah al-Ghasiyah yang kerap dibaca oleh nabi Muhammad s.a.w dalam solat Jumaat dan hariraya. Mengapakah surah berkaitan qiamat menjadi pilihan nabi pada hariraya yang biasanya dikaitkan dengan hari bergembira di mana di sana sepastinya ada hikmat tersendiri terutama memastikan kita bersiap sedia untuk bergembira bukan setakat di dunia malah yang lebih penting di akhirat nanti dengan menambah amal ibadat serta menjauhi maksiat. Ketika bercakap tentang kaitan qiamat dengan cuaca dan keadaan bumi pada hari ini yang semakin berubah maka banyak telahan dan andaian telah dibuat. Bukan umat Islam sahaja yang sememangnya wajib percaya kepada berlakunya qiamat yang bercakap tentang dunia yang semakin kepada saat kehancuran malah ahli sains turut mengakui bahawa bumi ini bakal hancur akibat hentaman komet atau asteroid dan apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Begitu juga apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas yang mengakibatkan pertembungan sesamanya di mana plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia itu sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut. Malah sebuah filem barat yang begitu laris ditayangkan berdasarkan teori ‘pengakhiran kalendar’ kaum Mayan, Mexico di mana mengikut teori ini kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Qiamat pasti datang dan ia semakin hari semakin hampir. Telah banyak tanda-tanda qiamat yang sudah berlaku di depan mata kita. Bergantung kepada kita samada mahu mengambil perhatian dengan meningkat amal ibadat serta menjauhi maksiat ataupun sebaliknya. Jadilah manusia yang pintar yang sentiasa bersedia dengan bekalan akhirat
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Bumi pada hari ini bagaikan tidak mesra dengan manusia akibat kerakusan manusia sendiri yang merosakkan bumi atau melakukan penderhakaan maksiat terhadap Allah. Malaysia sendiri mula merasa ancaman gempa bumi walau pun berada di luar kawasan ‘Lingkaran Api Pasifik’ sehingga terpaksa diadakan latihan kecemasan menghadapi gempa bumi terutama kepada rakyat yang berada di bangunan tinggi disamping syarat pembinaan bangunan tinggi ditambah agar mampu tahan daripada gempa bumi. Tidak cukup sekadar persiapan keselamatan fizikal dan material sahaja dibaiki sedangkan amalan rasuah, pecah amanah disamping maksiat terus bertambah. Jika di Indonesia dan beberapa negara yang lain banyak bangunan yang runtuh dan nyawa yang terkorban akibat gempa bumi, ribut taufan, banjir besar, gunung berapi dan sebagainya tetapi di negara kita banyak binaan termasuk stadium, makmal sekolah, jalan bertingkat, masjid , jambatan dan sebagainya runtuh bukan disebabkan gempa bumi sebaliknya akibat amalan rasuah dan pecah amanah dalam proses pembinaannya. Media massa hari ini sibuk bercakap tentang integriti atau telus amanah dalam melaksanakan tugas terutama selepas Laporan Audit negara yang mendedahkan bagaimana 28 bilion wang negara hangus akibat pecah amanah dan sebagainya. Benarlah amaran nabi Muhammad s.a.w iaitu apabila amanah diserahkan bukan kepada ahlinya maka tunggulah saat kehancuran. Malah kedudukan dalam indeks rasuah terus jatuh di mana Malaysia menduduki tangga ke 56 daripada 180 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia 2009 berbanding tangga 47 tahun lepas. Amalan rasuah yang begitu meluas menyebabkan rosaknya sistem kehakiman, tergugatnya tahap keselamatan, terjejasnya sistem ekonomi, parahnya masalah sosial. Bila rasuah dijadikan sumber rezeki maka kehancuran yang diraih. Tidak cukup setakat anak bilis yang diberkas sedangkan bapa jerung terus dibiar bebas. Nabi Muhammad s.a.w telah mengingatkan kita tentang fitnah akhir zaman termasuk amalan rasuah yang dijadikan budaya dan keperluan hidup sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thobrani dan Abu Nu’aim daripada Muaz bin Jabal:
قال الرسول  : خُذُوْا العَطَاءَ مَادَامَ عَطَاءًا فَإِذَا صَارَ رَشْوَةً فِىْ الدِّيْنِ فَلاَ تَأْخُذُوْهُ وَلَسْتُمْ بِتَارِكِيْهِ يَمْنَعُكُمُ الفَقْرُ وَالحَاجَةُ
Maksudnya : Ambillah oleh kamu akan suatu pemberian itu selama ia masih sebagai pemberian. Tetapi apabila ia telah menjadi rasuah dalam pandangan agama maka jangan kamu mengambilnya. Namun kenyataannya kamu tidak akan dapat meninggalkan rasuah itu kerana kamu takut fakir dan kamu sangat berhajat untuk mengambilnya
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 103-107سورة الصافات :
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ
Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Ketika mengingati pengorbanan hebat nabi Ibrahim yang terpaksa menyembelih anaknya nabi Ismail melalui suatu arahan dalam mimpi benarnya maka kita ingat beberapa hadis nabi antaranya maksud sabda Rasulullah SAW, “Mimpi itu tiga jenis, iaitu mimpi yang benar berbentuk khabar gembira daripada Allah; mimpi sedih daripada syaitan dan mimpi yang disebabkan mainan jiwa seseorang.” (Hadis Imam Muslim). Maksud sabda Nabi SAW , “Tiada lagi kenabian setelah aku kecuali al-Mubasysyiraat (berita yang menggembirakan).” Sahabat bertanya apakah yang dimaksudkan al-Mubasysyiraat? Sabda Nabi, “Mimpi yang benar yang dimimpikan oleh orang soleh” (Hadis Imam al-Bukhari).
Kita faham bahawa al-Mubasysyiraat atau mimpi benar adalah berupa khabar gembira daripada Allah bagi hamba-Nya dengan memberi gambaran perkara baik yang bakal berlaku. Mimpi benar ini akan menjadi kenyataan dalam hidup seseorang itu. Mimpi benar juga boleh terjadi dalam bentuk peringatan terhadap hambanya mengenai perkara buruk yang bakal berlaku agar dia boleh berusaha untuk mengelaknya dari terjadi ataupun berbentuk amaran supaya jangan melakukan sesuatu maksiat. Al-Mubasysyiraat bukan bertujuan untuk menggubal hukum baru kerana segala ajaran mengenai Islam ini sudah sempurna sebelum Rasulullah s.a.w wafat. Oleh itu sebarang ajaran sesat yang mendakwa menerima wahyu atau hukum baru mestilah dijauhi. Dalami ilmu agama supaya tidak mudah terkeliru dan terpesong

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Sempena berada pada hari raya korban juga kita mesti meningkatkan tahap pengorbanan dalam memperjuangkan Islam dan membantu saudara seagama. Penderitaan umat Islam yang sedang dibunuh di Selatan Thailand, Filiphina, Palestin, Iraq, Afghanistan dan sebagainya menuntut pembelaan sewajarnya daripada kita. Kita juga wajib memberi perhatian terhadap usaha Kristian dalam memurtadkan mangsa gempa bumi Padang, Indonesia. Semangat berkorban yang dihayati melalui kisah nabi Ibrahim sekeluarga sepatutnya disuburkan sehingga umat Islam dapat bangkit daripada terus menjadi mangsa kezaliman dan kekejaman musuh. Kembalilah kepada system Islam bukannya terus berpegang kepada khurafat sesat bahawa ekonomi tidak maju tanpa riba, undang-undang Islam pembawa kemunduran, Islam menyekat kebebasan manusia dan sebagainya. Khurafat ini lebih merbahaya berbanding apa yang dihebohkan ketika beberapa kejadian sejadah berdiri dan sebagainya kerana rakyat sendiri mudah terpengaruh dengan benda mistik dan tahyul akibat ditanam kepercayaan karut melalui tv dan majalah supaya takut kepada hantu lebih daripada takutkan Allah serta percaya bahawa benda pelik boleh mendatangkan manfaat dan mudhorat bukannya berpegang bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa melakukan sesuatu. Islam telah meletakkan manusia di tempat selayaknya bila system Islam dilaksana. Sebaliknya apabila Islam diketepikan telah menjatuhkan manusia bersikap seumpama binatang buas yang setiap hari berfikir bagaimana mahu membaham mangsa apabila kepentingan diri didahulukan walaupun terpaksa mengorbankan orang lain
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Salam Eidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Eidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.
قَالَ الرَّسُوْلُ  : مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّناَ – رواية ابن ماجه
Maksudnya : Sesiapa yang mempunyai kemampuan sedangkan dia tidak melakukan ibadat korban maka janganlah dia mendekati tempat solat kami
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Program Halaqah Ilmu 2010

ISTIMEWA CUTI SEKOLAH / IPT

Tarikh : 4 – 18 Disember 2010

Tarikh tutup pendaftaran bila peserta telah mencukupi had iaitu 90 orang.

Tempah dan sahkan pendaftaran melalui e-mail / sms

Syarat & Yuran Penyertaan

* Pelajar lelaki berumur 11 – 24 tahun (terhad 90 orang sahaja)
* RM 215 sahaja (meliputi bahan kursus, penginapan dan makan minum)

Tarikh & Masa Daftar Diri

4 Disember 2010 (Sabtu) jam 2.30 – 3.15 petang
Tempat Program

Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumboh,

16150, Kota Bharu, Kelantan
Pengisian

* Pengajian kitab Minhaj as-Salam
* Risalah Masbuk & Muafiq Dalam Solat
* Kitab Pelita Penuntut
* Tazkirah dan ceramah motivasi
* Kursus jenazah lengkap
* Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
* Hafalan surah-surah pilihan
* Tadarrus al-Quran
* Latihan amali fardhu ‘Ain
* Latihan khutbah dan azan
* Cungkil bakat nasyid, ceramah, marhaban

Pelajar yang lemah jawi dan al-Quran

* Diletakkan dalam kelas khusus
* Tekan Fardhu ‘Ain berdasarkan kertas kerja khusus
* Tekan pembelajaran Iqra’

Keperluan Yang perlu dibawa

Pakaian harian & pakaian solat (diwajibkan bawa jubah dan serban), bantal , selimut, cadar tilam , alat tulis

Sila hubungi :

Tel :09-7657786 (P) Fax:09-7659099

019- 9388902(Ust. Shairazi ) / 012-9623806(Ust.Qusyairi)

e-mail : albakriah@gmail.com
Blog : albakriah.wordpress.com

Web : http://www.al-bakriah.com.my

Program Pondok Intensif 2010

Istimewa Musim Cuti Sekolah / IPT

Tarikh : 27 November – 11 Disember 2010

Tarikh Tutup Daftar :

Bila Cukup Bilangan Yang diTetapkan

(Tempah dan Sahkan pendaftaran melalui telefon / e-mail)
Syarat & Yuran Penyertaan

* Pelajar lelaki dan perempuan berumur 11 – 24 tahun (terhad 100 orang sahaja)
* RM 205 sahaja (meliputi bahan kursus, penginapan dan makan minum)

Tarikh & Masa Lapor Diri (setelah sah daftar melalui email atau sms)

27 November 2010 (Sabtu) jam 2.30 – 3.15 ptg
Tempat Program

Madrasah Fununiah Tunjuniah, Pondok Tunjung,

KM7, Jln Kuala Krai,

16210 Mulong, Kota Bharu, Kelantan
Pengisian

* Pengajian kitab Bidayah Mubtadi
* Risalah Masbuk & Muafiq Dalam Solat
* Kitab Pelita Penuntut
* Tazkirah dan ceramah motivasi
* Kursus jenazah lengkap
* Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
* Hafalan surah-surah pilihan
* Tadarrus al-Quran
* Latihan amali fardhu ‘Ain
* Latihan khutbah dan azan
* Cungkil bakat nasyid, ceramah, marhaban

Pelajar yang lemah jawi dan al-Quran

* Diletakkan dalam kelas khusus
* Tekan Fardhu ‘Ain berdasarkan kertas kerja khusus
* Tekan pembelajaran Iqra’

Keperluan Yang perlu dibawa

Pakaian harian (wajib jubah dan tudung labuh bagi perempuan) & pakaian solat (wajib jubah dan serban bagi lelaki), bantal , selimut, cadar tilam , alat tulis

Hubungi :

019-9388902 (Ust Shairazi) / 012-9456251 (Ust. Zamri)

Tel: 09-7126708 (P) / 016-9381870

(Ust. Azmi)-Pondok Tunjung

e-mail : pppb1995@yahoo.com

Blog : epondok.wordpress.com

Kos belanja banduan lebih mewah daripada rakyat jelata

Bangunan Terbiar Dijadikan Penjara Atasi Kesesakan
KAJANG, 30 Mei (Bernama) — Beberapa bangunan terbiar di seluruh negara akan disewa oleh Jabatan Penjara dan diubahsuai bagi menempatkan banduan yang menjalani hukuman ringan sebagai langkah mengurangkan kesesakan dalam penjara.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Mustafa Osman berkata buat permulaan, beberapa bangunan di sekitar Kajang dikenal pasti bagi program itu yang akan dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan ini.

“Kita sedang merisik dan berunding dengan pihak tertentu dan jika mereka bersetuju kita akan segera mengambilnya dan membuat sedikit pengubahsuaian dengan menaikkan pagar keselamatan dan mengadakan jagaan yang minimum,” katanya kepada pemberita selepas perbarisan tamat latihan oleh 222 kakitangan Jabatan Penjara di sini hari ini.

Kini terdapat 48,000 banduan di penjara seluruh negara, dan yang menghadapi kesesakan kritikal ialah Penjara Sungai Buloh, Penjara Kajang dan Penjara Kluang.

Mustafa berkata Kajang dipilih sebagai percubaan bagi menempatkan banduan dari Penjara Kajang sebelum program itu diperluaskan ke kawasan lain.

“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana bangunan berkenaan akan dikawal seperti penjara biasa,” katanya.

Beliau berkata langkah itu dapat mengelak banduan yang menjalani hukuman ringan daripada bergaul dengan banduan yang menjalani hukuman berat.

“Banduan yang menghadapi hukuman ringan tidak memerlukan latihan kemahiran sebaliknya lebih kepada pemantapan jati diri dan disiplin,” kata Mustafa.

Beliau meminta pemilik bangunan atau kilang yang tidak digunakan dan mahu menyewakannya supaya menghubungi Jabatan Penjara.

Mustafa juga berkata Jabatan Penjara kini mempunyai 11,000 orang kakitangan dan masih kekurangan kira-kira 4,000 warder.

— BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=264803

**********************************************
Pada tahun 2006 kerajaan Malaysia membelanjakan RM 1,274,490 ( RM 1.27 juta ) sehari bagi menampung perbelanjaan penghuni-penghuni di penjara di seluruh negara. Perbelanjaan itu adalah untuk 42,483 orang tahanan di semua institusi penjara termasuk di Depot Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin. Ini bermakna sebanyak RM 465,188,850 ( RM 465 juta ) setahun wang rakyat digunakan untuk menampung perbelanjaan penghuni-penghuni penjara.

Kos-kos yang terpaksa ditanggung kerajaan tidak termasuk kos perubatan itu adalah meliputi kos pengurusan harian dan kos pemulihan. Kos pengurusan harian ialah makan dan minum, penyediaan tempat tahanan, penggunaan air dan elektrik, penyediaan pakaian, perkhidmatan dobi dan tenaga kawalan manakala kos pemulihan meliputi latihan vokasional, kebajikan, program kaunseling, ceramah agama, kemudahan perpustakaan, perjumpaan keluarga dan urusan surat menyurat. ( Sumber Bernama http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=219724&vo=104 )

Sementara itu untuk menanggung warga negara yang sanggup meracun diri sendiri dan masa depan mereka yang ditempatkan di pusat serenti, kerajaan terpaksa membelanjakan RM500,000 sehari bersamaan dengan RM 182,500,000 ( RM 182 juta ) setahun. Ini diambil kira dengan adanya 28 pusat serenti di seluruh negara yang menempatkan sekitar 10,000 pelatih bagi satu-satu masa dengan jumlah tanggungan untuk seorang penagih yang dirawat di pusat serenti sebanyak RM50 setiap hari. (Sumber Berita Harian http://www.bharian.com.my/Current_News/HM/Tuesday/Minda/20060718095150 )

Ini bermakna sejumlah RM 647,688,850 ( RM 647 juta ) setahun dibazirkan begitu sahaja untuk memulihkan serta mengasingkan para banduan, tahanan dan penagih dadah agar mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat.

Dengan wang sebanyak RM 647 juta ini sepatutnya boleh diberikan secara percuma kepada para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS. Menurut maklumat dari laman web PTPTN , bagi pelajar IPTA, jumlah pinjaman yang diluluskan adalah antara RM1,000 hingga RM6,500 setahun. Manakala bagi pelajar IPTS, jumlah pinjaman adalah antara RM3,700 hingga RM20,000 setahun. Ini bermakna dengan RM 647 juta ini boleh menampung pembelajaran sekurang-kurangnya 32,384 orang pelajar dan paling ramai sebanyak 647,688 orang pelajar setahun. Ini bermakna kesemua lulusan SPM dan STPM di Malaysia ini akan dapat menikmati pembelajaran peringkat tinggi secara percuma. ( Sumber http://www.ptptn.gov.my/c/portal/layout?p_l_id=PUB.1.22 )

Dalam pada itu kerajaan baru-baru ini telah mewajibkan ibu bapa untuk mempunyai simpanan wang dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) berkuatkuasa 1 Januari tahun depan sebelum anak mereka layak memohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Simpanan wajib adalah sebanyak RM3,000 bagi keluarga yang berpendapatan bulanan melebihi RM2,000 sebulan. Ibu bapa yang berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan pula wajib menyimpan RM500. ( Sumber Bernama http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=249981 )

Melihat senario di atas, ibu bapa yang ada kemampuan mungkin telah memulakan tabungan untuk membiayai pembelajaran anak-anak mereka di peringkat tinggi. Tapi bagaimana pula dengan ibu bapa yang kurang berkemampuan serta pencapaian akademik anak-anak mereka tidak membolehkan mereka untuk mendapatkan biasiswa. Mahu tidak mahu mereka terpaksa membuat pinjaman atau melepaskan sahaja anak mereka ke alam pekerjaan.

Baru-baru ini Buletin Utama TV3 ada menyiarkan bagaimana pendekatan Islam Hadhari yang digunakan untuk membimbing para-para banduan telah dapat memulihkan para banduan, dengan adanya kuliah agama, kuliah tafsir, kuliah sirah nabi dan beberapa siri kuliah agama.

Sekiranya penjara, pusat tahanan serta pusat serenti di Malaysia ini dapat memberikan pendidikan agama yang sempurna disokong dengan pengajian vokasional serta teknikal serta lain-lain kemahiran di Malaysia, apakah akan ada ibu bapa yang terdetik di hati mengatakan adalah lebih baik menghantar anak ke penjara sekiranya tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran ?

Apakah dugaan yang menimpa rakyat Malaysia sekarang ini yang menyebabkan masalah banduan, PATI, penagih dadah tidak dapat dikurangkan apatah lagi untuk mensifarkannya ?

Perangkap MURTAD dengan CINTA

Oleh asshafiee


Dr. Rubiah adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam, disamping itu juga beliau merupakan motivator yang sering diundang dalam menyampaikan ceramah motivasinya di sekolah-sekolah dan institusi lain. Di sini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu “Murtad” dan “Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan” (Artikel asal di sini)

Perancangan

Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain, pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan”Dunia Hiburan” dan “Dunia Sukan” sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai “Perangkap” yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.MEMIKAT

Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagai teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakon seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah “Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?”, “Di dalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak”, “Saya tertarik dengan tingkah laku awak”. “Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi” Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila si jejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.PERANGKAP

Apabila si jejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu “gentleman” sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain. Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan “ringan-ringan” pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa. Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta, si jejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan “langkah sebenarnya” yang pertama. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.DILEMA

Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi si jejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benar mengena apabila si gadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, si jejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Si jejaka kononnya akan bertanggungjawap di atas perbuatan mereka seraya berkata “Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama” Seterusnya kata si jejaka “Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak di luar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya” Kata si jejaka lagi “Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan di hadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita” Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.MURTAD

Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) di pejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima???hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.

Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara. Doa adalah senjata para mukmin”. Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.