• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

2. IKTIBAR PEPERANGAN UHUD

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  Janganlah  kita  hanya  tahu  mendengar  sahaja  perkataan  taqwa  serta  menyebutnya  sedangkan  ia  tidak  menyerap  ke dalam  sanubari  kita . Hitunglah  diri kita  setiap  masa  samada  semakin  hampir  kepada  Allah atau  sebaliknya.  Adakah  amalan  soleh  kita  semakin  meningkat  atau pun  menurun….

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  36  surah al-Anfal :

إن الذين كفروا ينفقون أموالهم ليصدوا عن سبيل الله , فسينفقونها ثم تكون عليهم حسرة ثم يغلبون

Maksudnya : Sesungguhnya orang2 kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan dan ke dalam neraka jahannam mereka akan dikumpulkan.

 Kini kita berada di permulaan bulan Zulkaedah dan dengan ini juga kita telah meninggalkan bulan Syawal yang turut mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Berlalunya Syawal adalah sebagaimana berlalunya Ramadhan yang lepas. Adakah kita akan berjumpa lagi dengan Ramadahan dan Syawal yang akan datang hanyalah Allah yang mengetahuinya. Beruntunglah bagi mereka yang telah berjaya menunaikan kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan dan diikuti pula dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal lalu dalam keadaan penuh keinsafan dan keikhlasan kepada Allah. Semoga segala amalan itu diterima oleh Allah dan juga mampu membina diri kita ke arah yang lebih baik dari tahun dan hari sebelumnya.

            Jika pada bulan Ramadhan yang lepas sejarah Islam pernah menyaksikan beberapa peristiwa yang penting seperti peperangan Badar al-Kubra dan juga pembukaan Kota Mekah maka bulan Syawal yang baru lalu juga turut merakamkan peristiwa bersejarah yang mana kita semua patut ambil iktibar daripadanya. Antara peristiwa yang besar yang berlaku pada bulan Syawal ini ialah peperangan Hunain, peperangan Uhud dan juga peperangan Ahzab atau pun Khandak. Peperangan ini merupakan antara peperangan yang besar yang  disertai oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Penglibatan baginda dalam peperangan-peperangan ini memberi satu peringatan dan gambaran yang bermakna kepada kita semua bahawa perjuangan di dalam meninggikan kalimah Allah adalah wajib dan mesti menempuh pelbagai rintangan dan halangan.Perjuangan ini tidak dihamparkan dengan permaidani indah tetapi menuntut kepada tumpahnya darah sebagai tanda tunduk dan patuh kepada Allah. Tanyalah diri kita sejauh manakah tahap perjuangan dan sumbangan kita ke arah memastikan Islam menjadi agama yang memerintah bukannya diperintah. Berapa banyakkah harta kita yang disumbangkan untuk Islam dan berapa banyakkah peluh kita yang mengalir demi menjaga kemurnian Islam daripada dinoda oleh musuh-musuh yang sentiasa memeranginya.

            Walau pun Syawal telah berlalu namun tidak terlewat pada hari ini untuk kita sama-sama merenungi dan mengambil iktibar daripada peristiwa peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ketiga Hijrah iaitu setahun selepas peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun kedua hijrah. Peperangan ini meletus akibat daripada perasaan marah dan benci para kafir musyrikin terhadap kejayaan tentera Islam ketika peperangan Badar al-Kubra yang lalu. Mereka telah menghimpunkan bala tentera seramai 3000 orang untuk menyerang umat Islam. Rasulullah s.a.w telah menerima berita tentang kemaraan tentera kafir musyrikin itu melalui al-Abbas bin Abdul Muttalib. Baginda terus mengadakan satu mesyuarat dan telah memberitahu bahawa sebelum ini baginda telah bermimpi dengan suatu yang baik iaitu telah menyembelih seekor lembu yang bermaksud beberapa orang sahabat akan gugur syahid, kedua mata pedang Rasulullah s.a.w berlubang bermaksud ahli keluarga baginda sendiri ada yang turut gugur syahid dan yang ketiga Rasulullah s.a.w telah memasukkan tangan ke dalam baju rantai yang kukuh yang bermaksud bahawa Madinah akan terus dapat dipertahankan. Ini menunjukkan kepada kita bagaimana mati syahid di medan peperangan merupakan satu kemenangan dan anugerah Allah yang mana bukannya boleh diperolehi dengan mudah dengan hanya semata-mata turut serta dalam peperangan maka kita akan mati syahid. Berapa ramai para sahabat dan pejuang Islam yang turun ke medan jihad untuk menentang musuh tetapi mereka tidak gugur syahid sebagaimana yang yang dicita-citakan sebelum menuju ke medan perang. Sayyidina Khalid al-Walid sendiri yang merupakan antara panglima perang Islam yang agung selepas keislamannya walau pun dalam dalam peperangan Uhud ini dia masih belum Islam malah menjadi panglima tentera berkuda bagi pihak musyrikin di mana pada saat kematiaannya pernah menempelak mereka yang takut untuk turun ke medan jihad kerana takut mati dengan kata-katanya : Sesungguhnya begitu penakut dan bacul bagi mereka yang takut untuk berjihad di medan peperangan kerana takut kepada kematian sedangkan aku sendiri telah melalui beratus-ratus peperangan dan setiap kali aku turun berjihad aku begitu mengharapkan agar memperolehi mati syahid namun pada hari ini aku hanya mengakhiri kehidupanku di atas katil di rumahku sahaja.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Kemudian pada hari Jumaat Rasulullah s.a.w telah memberi semangat yang bersungguh-sungguh kepada setiap umat Islam sehingga ucapan itu menyemarakkan lagi semangat jihad dalam sanubari umat Islam.Rasulullah s.a.w telah mengatur strategi yang terbaik di dalam menghadapi kemaraan musuh. Kedua-dua tentera ini bertembung dan bertempur dalam satu pertempuran yang hebat dan pada permulaannya tentera Islam telah mencapai kemenangan walau pun Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib iaitu bapa saudara nabi sendiri yang digelar Asadullah telah gugur syahid terkena panah yang dilontar oleh seorang hamba abdi yang bernama Wasyi bin Harb. Begitu juga apa yang berlaku kepada Hanzalah bin Abu ‘Amir yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan di mana  setelah mendengar panggilan jihad dia terus meninggalkan isteri yang baru dikahwini semata-mata menyahut seruan jihad tersebut. Dia ditemui telah gugur syahid dan didapati mayatnya basah seperti dimandikan Apabila diberitahu Rasullullah s.a.w akan perkara ini lalu baginda memberitahu bahawa mayatnya telah dimandikan oleh para malaikat kerana turunnya dia ke medan jihad dalam keadaan berjunub.Inilah dia erti pengorbanan dan perjuangan yang ditunjukkan oleh para sahabat dalam memastikan keagungan Islam terus dipertahankan sehingga mereka sanggup mengorbankan atau mengenepikan kepentingan peribadi demi Islam. Perjuangan mereka ini janganlah hanya sekadar diketahui dan disebut-sebut sahaja sedangkan kita yang berada di zaman di mana Islam diserang dari pelbagai pihak dalaman dan luaran mestilah lebih meningkatkan usaha dalam memastikan kemenangan Islam sehingga tercapainya kemenangan itu bersama-sama dengan keredhaan Allah. Jangan kita hanya tahu kata jihad tetapi tidak serius dalam melihat dan mendengar hukum Allah dicaci, Sunnah nabi dimaki, para ulama’ dikeji, masjid-masjid  dicemari dan dikunci daripada dihidupkan serta maruah umat Islam dikotori dengan najis maksiat yang jijik dan membahayakan aqidah.

Kemenangan peringkat pertama yang dicapai itu hanya sementara sahaja akibat daripada kelalaian tentera pemanah yang meninggalkan tempat mereka apabila tidak tahan sabar melihat para tentera Islam yang lain memungut harta rampasan dan mereka terlalu yakin bahawa tentera Islam telah pun menang. Khalid ibnu Walid di mana merupakan panglima berkuda di puak musyrikin telah mengambil tindakan dengan melakukan serangan mengejut terhadap tentera Islam setelah melihat tentera pemanah telah berkurangan. Sedangkan strategi yang diatur oleh Rasulullah s.a.w yang menempatkan tentera pemanah di atas bukit itu amat tepat dan telah berjaya mematah beberapa serangan daripada tentera musuh sebelum ini.Akibat daripada tidak patuhnya mereka terhadap perintah Rasulullah s.a.w menyebabkan mereka ditimpa musibah secara segera di mana tentera musuh yang memang menunggu saat untuk menyerang balas kini telah menggunakan peluang yang terbuka ini dengan sebaiknya. Serangan ini telah menyebabkan berlakunya kacau bilau dan Rasulullah s.a.w sendiri cedera. Tentera musyrikin turut menyampaikan berita palsu bahawa Rasulullah s.a.w telah mati dan ini menambahkan lagi kekalutan dalam tentera Islam. Dalam suasana yang kucar kacir inilah , Ka’ab bin Malik telah terpandang diri Rasulullah sa.w lalu dia melaungkan bahawa Rasulullah s.a.w masih hidup. Laungan ini menaikkan semula semangat tentera Islam. Selepas itu Rasulullah s.aw telah mengumpul 30 orang para sahabat dan menuju ke suatu teluk di bukit Uhud bagi mengatur tindakan yang baru dalam menghadapi musuh. Cara yang diambil ini telah berjaya menghalang kemaraan musuh walau pun cuba dihalang oleh Abu Sufian dan Khalid ibnu Walid dan tentera musyrikin.Setelah gagal menghancurkan kekuatan tentera Islam lalu tentera musyrikin beralih tumpuan mereka kepada mayat tentera Islam yang telah gugur syahid di mana mereka telah menyincang dan mengelar mayat itu dengan penuh perasaan marah dan benci termasuklah mayat Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib yang dibelah perutnya oleh Hindun binte’Utbah untuk mengambil hatinya lalu dikunyah penuh dengan kebenciaan tetapi dia akhirnya tidak berjaya menelannya sebaliknya telah membuangnya semula daripada mulutnya.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Antara kejadian yang menarik sepanjang peperangan Uhud ini ialah apabila seorang kafir yang bernama ‘Amru bin Thabit di mana sebelum ini telah diajak kepada Islam tetapi dia enggan. Tiba-tiba dalam peperangan ini dia telah dijumpai dalam keadaan nazak dan apabila ditanya tentang sebab dia turut berperang lalu dia menjawab bahawa dia telah beriman  kepada Allah dan rasulNya. Apabila diberitahu kepada Rasulullah s.a.w tetang perkara in lalu bagnda menjawab : Dia masuk Syurga.

            Satu lagi peristiwa iaitu yang berlaku kepada Qazman di mana dia berperang dipihak Islam dan berjaya membunuh tujuh atau lapan orang kafir. Dia dijumpai dalam keadaan luka parah kemudian dibawa pulang kerumahnya. Dia memberitahu bahawa dia berperang kerana mempertahankan kaum bangsanya. Oleh kerana dia tidak tertahan dengan kesakitan yang dihadapi lalu dia telah membunun diri. Apabila Rasulullah s.a. w diberitahu mengenai perkara ini lalu baginda bersabda : Dia masuk neraka.

            Oleh itu kita sebagai umat Islam yang mengaku beriman dan patuh kepada Allah dan rasulNya mestilah ikhlas dan yakin kepada janji Allah dalam perjuangan mengembalikan Khilafah Islamiah yang telah lama hilang.Perjuangan kita mestilah berteraskan aqidah Islam yang sebenar bukannya berdasarkan bangsa semata-mata.

            Walau pun pada peringkat kedua dalam peperangan ini tentera Islam tidak berjaya malah seramai 70 orang telah gugur Syahid namun tentera musuh tidak berjaya mara untuk menawan Madinah dan membunuh Rasulullah s.a.w. Abu Sufian tidak berpuas hati dengan keputusan yang dicapai kerana kekuatan Islam masih kuat dan beliau cuba menyerang Madinah tetapi tindakan itu terpaksa ditarik balik apabila mendapat tahu bahawa tentera Islam kini sedang bersiap sedia untuk menyerang semula. Kehebatan dan kepantasan Rasulullah s.a.w dalam mengatur strategi dan taktik dalam peperangan memberi gambaran jelas jepada kita semua bagaimana tugas nabi bukan hanya tertakluk kepada imam sembahyang dan pendakwah sahaja tetapi turut meliputi aspek pemerintahan malah peperangan dalam memastikan kalimah Allah terus berada di tempat yang tertinggi. Inilah dia peranan sebenar ulama’ yang dikatakan pewaris para nabi maka kerja mereka bukan sahaja pada tempat ibadat tetapi turut memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan juga tunjuk ajar dalam urusan dunia sehingga wujudnya masyarakat yang bukan sahaja taat kepada Allah ketika beribadat khusus tetapi turut patuh dan tunduk pada hukum Allah dalam menjalankan kehidupan seharian. Ulama’ bukan sahaja berperanan untuk mengajar dan membimbing masyarakat setempat sahaja tetapi mesti memainkan peranan penting untuk menegur pemimpin negara yang tergelincir daripada syariat Islam. Malah yang lebih baik lagi ialah para ulama’ sendiri menjadi pemimpin kepada rakyat itu sendiri. Walaupun sedih dengan apa yang berlaku dalam peperangan Uhud ini tetapi Allah telah  meniupkan semangat ke dalam sanubari umat Islam melalui ayat 104 surah an-Nisa’ :

ولا تهنوا في ابتغاء القوم , إن تكونوا تألمون فإنهم يألمون كما تألمون , وترجون من الله مالا يرجون

Maksudnya : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada Allah apa yang mereka tidak harapkan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

145. PEPERANGAN KHANDAK

 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

فرمان الله تعالى دالم أية    10-11    سورة الأحزاب :

إذ جاءوكم من فوقكم ومن أسفل منكم وإذزاغت الأبصـر وبلغت القلوب الحناجر وتظنون بالله الظنونا  هنالك ابتلى المؤمنون وزلزلوا زلزالا شديدا

Maksudnya : Ketika mereka (tentera Ahzab) mara ke arahmu dari atas dan bawah dan ketika penglihatan kamu tidak tepat dan hati-hati kamu naik minyak sampai ke kerongkong. Dan kamu menyangka dengan bermacam-macam sangkaan di sana diuji orang-orang yang beriman dan digoncang dengan sekuat-kuatnya.

            Hampir seminggu kita berada di bulan Syawal yang mulia dengan sama-sama menyambut ketibaan eidil Fitri pada 1 Syawal yang baru lalu. Setelah bertarung dengan nafsu selama sebulan Ramadhan dengan berpuasa maka ketibaan Syawal disambut penuh kemenangan. Semoga kemenangan ini dapat kita sama-sama rayakan pula apabila bertemu Allah di akhirat kelak bersama dengan bekalan amalan soleh yang mampu meraih kasih sayang Allah Tuhan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kita turut merayakan kemenangan di atas kejayaan melawan sikap tamak dan kedekut dalam diri dengan sama-sama menunaikan zakat fitrah bagi menyatakan bahawa kita turut bersimpati kepada mereka yang memerlukan bantuan daripada saudara seagama. Tarbiah melalui puasa dan zakat amat besar ertinya jika ia ditunaikan dengan penuh keikhlasan kerana ia bakal menanam semangat perpaduan berdasarkan aqidah yang satu disamping bersedia untuk berkorban setakat yang mampu demi meninggikan agama Allah yang suci. Proses tarbiah yang dilalui dan diterima sepanjang Ramadhan lalu diharapkan dapat diteruskan pada bulan-bulan lain dalam melahirkan diri sebagai hamba Allah yang bertaqwa dan beruntunglah bagi mereka yang menunaikan ibadat puasa 6 hari di bulan Syawal yang dinyatakan oleh nabi di mana kelebihannya seperti orang berpuasa sepanjang tahun.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Kedatangan Syawal turut mengingatkan kita semua kepada peperangan Ahzab yang berlaku pada bulan Syawal berlarutan sehingga awal bulan Zulkaedah tahun 5 Hijrah terutama umat Islam apabila tibanya hari raya maka mereka secara bersama sentiasa melaungkan kalimah وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده ) ) yang bermaksud : Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tenteraNya serta mengalahkan tentera Ahzab. Peperangan Ahzab yang bererti tentera bersekutu kuffar juga dikenali dengan nama peperangan Khandak yang bererti parit yang dibina oleh para tentera Islam sebagai kubu dalam menahan kemaraan musuh. Peperangan ini berlaku selepas penghalauan Yahudi Bani Nadhir oleh Rasulullah s.a.w dari Madinah setelah mereka cuba membunuh nabi. Seramai 20 orang yahudi Bani Nadhir telah bermusafir ke Mekah bagi menemui pemimpin Musyrikin untuk merancang suatu serangan bsar-besaran terhadap Rasulullah s.a.w dan muslimin di Madinah. Apabila ditanya oleh pemimpin musyrikin tentang agama Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w lalu yahudi dengan perasaan penuh dendam menjawab bahawa agama musyrikinlah yang betul berbanding agama Islam. Kenyataan ini adalah bagi menyemarakkan lagi api permusuhan terhadap Islam yang dibawa oleh nabi. Setelah berjaya menghasut kaum musyrikin Mekah sehingga berjaya mengumpulkan tentera seramai 4 ribu orang maka wakil yahudi ini telah menemui pula bani Ghatfan dan qabilah-qabilah lain sehingga berjaya mengumpulkan bala tentera seramai 6 ribu orang. Rasulullah s.a.w setelah mendengar kemaraan tentera Ahzab hasil pengkhianatan yahudi di mana baginda terus bermesyuarat bagi menghadapi serangan yang besar itu lalu Salman al-Farisi mencadangkan agar dibina kubu dengan menggali parit bagi menghalang kemaraan musuh ke Madinah di mana cara ini merupakan yang biasa digunakan oleh tentera Parsi. Cadangan ini diterima oleh Rasulullah s.a.w lalu tentera Islam termasuk nabi sendiri bekerjasama menggali parit tersebut  dengan bersungguh walau pun cuaca sejuk dan kekurangan bekalan makanan agar ia dapat disiapkan sebelum ketibaan musuh.

 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Tentera bersekutu kuffar seramai 10 ribu orang yang tiba merasa terkejut apabila tiba berdekatan dengan kubu parit yang digali oleh tentera Islam memandangkan bangsa arab sebelum ini tidak pernah berhadapan dengan cara itu dalam peperangan. Tentera Islam yang hanya berjumlah 3 ribu orang terus bertahan di sebelah yang lain di mana pertempuran besar tidak berlaku dalam peperangan ini sebaliknya masing-masing hanya menggunakan panah memandangkan mereka dihalang oleh parit. Ada tentera Ahzab yang cuba menyeberangi parit atau pun cuba membina jambatan tetapi semuanya gagal apabila tentera Islam terus menyerangnya. Dalam peperangan ini hanya 6 orang tentera Islam gugur syahid manakala 10 orang musyrikin berjaya dibunuh. Tekanan saraf terhadap Rasulullah s.a.w dan tentera Islam semakin bertambah apabila yahudi  Bani Quraizah yang telah berjanji taat setia kepada nabi telah berpaling tadah apabila dihasut oleh pemimpin yahudi Bani Nadhir di mana Rasulullah s.a.w yang mendengar tentang pengkhianatan tersebut kelihatan tersandar. Namun pertolongan dan bantuan daripada Allah tetap datang kepada tenteraNya yang bersatu hati dan yakin dengan janji kemenangan daripada Allah diantaranya dengan kedatangan Nu’aim bin Mas’ud dari bani Ghatfan yang telah memeluk Islam tetapi kuffar tidak tahu tentang keislamannya itu di mana nabi terus memintanya agar melakukan suatu muslihat dalam memecah belahkan kesatuan tentera bersekutu kuffar. Beliau terus bertemu dengan pemimpin bani Quraizah dengan menyatakan bahawa mereka akan ditinggalkan bersendirian nanti oleh Quraisy dan bani Ghatfan dalam berhadapan dengan tentera Islam. Selepas itu Nu’aim bertemu pula dengan pemimpin Quraisy dan kemudiannya beliau bertemu dengan bani Ghatfan sendiri dengan menyatakan bahawa yahudi tidak boleh dipercayai. Akhirnya kesatuan antara tentera Ahzab mula goyah dan saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Ini ditambah pula dengan datangnya ribut pasir yang kuat dan sejuk sehingga melingkupkan khemah dan periuk tentera Ahzab yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berundur dan pulang dengan membawa kegagalan dan kekalahan. Berita tentang pengunduran tentera Ahzab telah dilaporkan oleh Huzaifah bin Yaman yang ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w untuk menyiasat tentang keadaan sebenar yang berlaku di sebelah pihak tentera Ahzab. Setelah menghadapi pengkhianatan yahudi dan kesatuan tentera kuffar maka kini umat Islam dianugerahkan kemenangan yang gemilang hasil kesabaran, kesatuan dan keyakinan mereka kepada Allah.

 

Sidang Jumaat yang dihormati,

            Jika kita perhatikan kepada peristiwa peperangan Ahzab ini maka perkara sama terus berulang apabila pada hari ini yahudi yang berusaha menguasai dunia terus menghasut seluruh musuh Islam untuk  bersatu dalam menghadapi kemaraan Islam yang merupakan agama yang menjadi penghalang besar kepada kuffar terutama yahudi dalam meneruskan kezaliman dan penindasan demi keuntungan mereka. Dulu umat Islam boleh mendapat kemenangan ketika berhadapan dengan sekutu kuffar kerana mereka berada di bawah satu kepimpinan tetapi kini umat Islam dipecahkan dalam banyak kepimpinan mengikut bangsa dan negara. Dulu umat Islam mampu mencapai kemenangan walau pun dengan jumlah yang sedikit kerana mereka lebih cintakan akhirat dan rindukan mati syahid sedangkan umat Islam kini dengan jumlah yang ramai terus dibaham oleh musuh kerana kebanyakan mereka lebih cintakan dunia dan benci kepada kematian. Dulu umat Islam diberikan kemenangan kerana bersatu hati menghadapi kemaraan musuh tetapi kini umat Islam diuji dengan kekalahan kerana berbalah sesama sendiri akibat terhasut dengan dakyah musuh sehingga kuffar dianggap rakan sedangkan saudara seagama dijadikan lawan. Dulu umat Islam digeruni dan dihormati kerana memiliki kuasa dan pelaksanaan semua sistem berdasarkan Islam sedangkan umat Islam kini diberi kuasa tetapi pelaksanaan sistem terus berkiblatkan barat. Dulu yahudi di Madinah terus dihalau keluar apabila mengkhianati nabi dan umat Islam tetapi kini yahudi dan kuffar boleh menghalau umat Islam sesuka hati dari tanahair sendiri sehingga berjuta umat Islam menjadi pelarian. Dulu umat Islam dimuliakan oleh Allah apabila menjadikan Islam sebagai cara hidup tetapi kini umat Islam dihina oleh Allah kerana meninggalkan Islam. Oleh itu kita mesti kembali kepada kemuliaan itu dengan sama-sama bersatu di bawah payung Islam yang memungkinkan kita mengalahkan tentera bersekutu kuffar yang diketuai oleh Amerika yang didalangi oleh yahudi laknatullah  daripada terus mengganas di muka bumi ini

Firman Allah dalam ayat 22 surah Ahzab :

ولما رءا المؤمنون الأحزاب قالوا هذا ما وعدنا الله ورسوله وصدق الله ورسوله ومازادهم إلا إيمــنا وتسليما

Maksudnya : Manakala ketika orang-orang yang beriman melihat pasukan Ahzab maka mereka berkata : “ Inilah ia yang telah dijanjikan oleh Allah dan rasulNya kepada kita. Dan benarlah Allah dan rasulNya”. Dan demikian itu tidaklah menambahkan kepada mereka melainkan keimanan dan ketundukan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Aidil Fitri 1431H

KHUTBAH PERTAMA

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 2 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-‘Ankabut :
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُون وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
Maksudnya : Adakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami telah beriman”, sedangkan mereka belum diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta

Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan yang merupakan suatu ujian dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Setelah sebulan ditarbiah dengan melalui pelbagai ujian terhadap hawa nafsu maka tanyalah diri kita samada telah lulus dan berjaya menjadi hamba Allah yang tunduk patuh kepada segala suruhan dan larangannya atau tiada sebarang perubahan ke arah menjadi hamba Allah yang soleh. Ketika berseronok menyambut hari raya marilah sama-sama kita merenung samada kita memang layak untuk berhari raya kerana berjaya dalam menghadapi ujian tarbiah Ramadhan atau hanya menumpang tuah orang lain. Antara ciri golongan yang berjaya dalam ujian tarbiah Ramadhan ialah orang yang terus menyuburkan puasa sunat, membaca al-Quran, solat sunat, bersedekah dan berzakat, suka memberi makanan kepada orang lain, bersegera ke masjid untuk menunaikan solat Jemaah, menjaga waktu solat fardu lima waktu, menghubungkan silaturrahim sesama muslim, beriktikaf dalam masjid, bangun malam dan amalan soleh yang lain walau pun telah berlalunya Ramadhan. Ciri-ciri golongan yang ditolak amalan puasanya pula ialah orang yang gagal membuang sifat tercela daripada dirinya seperti takabbur, sombong, hasad dengki, khianat amanah, suka makan perkara haram umpama rasuah dan riba serta merasa begitu gembira dengan pemergian Ramadhan seolah-olah banduan bebas daripada penjara. Ingatlah bahawa kita semua bukan mahu berhari raya di dunia ini malah apa yang lebih penting kita mahu berhari raya dalam Syurga Allah di akhirat nanti

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Firman Allah dalam ayat 31 surah al-A’araf :
يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
Maksudnya : Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas
Gema takbir membesarkan Allah dan tahmid memuji Allah yang berkumandang setiap kali tibanya hari raya mestilah meresap ke dalam hati sanubari bukan setakat disebut di mulut sahaja. Pastikan laungan hari raya itu dijadikan ikrar taat setia kepada Allah dalam setiap kerja buat kita termasuk masalah pemakaian agar tidak mendedah aurat, cara berbelanja agar dari sumber halal dan diguna pada jalan halal disamping tidak melakukan pembaziran terutama ketika menyambut hari raya. Kita wajib bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan hari raya serta menggalakkan umat Islam untuk berpakaian cantik pada hari mulia ini. Kedatangan Islam mengajar manusia supaya berpakaian cantik di mana pernah berlaku dalam sejarah Afrika, kapitalis Kristian begitu marah kepada pendakwah Kristian yang hanya berjaya mengkristiankan rakyat Afrika sedangkan jualan pakaian tidak laku kerana mengekalkan pemakaian cara lama sedangkan kawasan Afrika yang dikuasai Islam melahirkan rakyat yang berpakaian cantik yang memajukan perniagaan pakaian. Oleh itu menjadi suatu fitnah yang jahat jika Islam dituduh sebagai penyekat kepada amalan menjaga kecantikan kerana arahan dalam menjaga aurat bukan untuk menyekat sebaliknya bagi menjaga maruah terutama golongan wanita yang kini ditelanjangkan oleh musuh Islam. Kapitalis terutamanya menjadikan tubuh wanita sebagai bahan dagangan yang diperguna semaksima mungkin bagi keuntungan mereka melalui iklan, program hiburan dan sebagainya. Adalah amat malang jika umat Islam turut gembira untuk ’melacurkan’ tubuh mereka untuk didagangkan oleh kapitalis yang tidak berhati perut. Kembalilah kepada pakaian ikut syariat Islam wahai muslimat ketika ramai golongan wanita muslimat di bumi Eropah seperti Itali, Perancis yang berdepan dengan tekanan undang-undang semata-mata mahu memakai purdah. Akibat anti-Islam maka pakaian Islam dianggap bahaya sedangkan bertelanjang dianggap lambang kemajuan dan kebebasan. Kita seru daripada peringkat pemimpin sehinggalah rakyat jelata agar kembali menutup aurat bukan pada bulan Ramadhan sahaja tetapi pada setiap masa dan tempat kerana malaikat Raqib ‘Atid ada di mana-mana setia mencatat segala amalan baik dan jahat kita.
Ketika berpakaian cantik dan menghias rumah sempena hari raya maka kita wajib menjaga hati agar bukan untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk. Akhirnya bukan pahala yang kita himpun sebaliknya dosa yang kita timbun. Ingatlah bagaimana Saidina Ali pada pagi raya menangis kerana insaf dan bersyukur kerana hatinya hidup sedangkan ramai umat kini merasa malu jika tiada perkara baru untuk ditonjolkan akibat hati mati kerana melihat sesuatu berdasarkan kebendaan bukannya berpaksi kepada neraca agama. Renungilah kata pujangga
لَيْسَ العِيْد ِلمَنْ لَبِسَ الجَدِيْد، إِنَّمَا العِيْد ِلمَنْ طَاعَتُهُ تَزِيْد. لَيْسَ العِيْد ِلمَنْ تَجَمَّل بِاللِّبَاسِ وَالمَرْكُوْب، إِنَّمَا العِيْد ِلمَنْ غُفِرَتْ لَهُ الذُّنُوْب. لَيْسَ العِيْد ِلمَنْ حَازَ الدِّرْهَم وَالدِّيْنَار إِنَّمَا العِيْد ِلمَنْ أَطَاعَ العَزِيْزَ الغَفَّار
Maksudnya : Bukanlah hari raya itu bagi orang yang hanya berpakaian baru nan indah sebaliknya hari raya itu bagi orang yang ketaatannya terus bertambah. Bukanlah hari raya itu bagi yang berhias dengan pakaian anggun dan kenderaan bersusun sebaliknya hari raya itu bagi yang dosa-dosanya diampun. Bukanlah hari raya itu bagi yang memperolehi wang dinar juga dirham yang bertimbun sebaliknya raya itu bagi orang yang mentaati Allah Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun

Muslimin/mat yang dihormati sekalian,
Tarbiah Ramadhan sekiranya dihayati betul-betul dalam kehidupan sudah pasti masalah jenayah buang bayi yang begitu dahsyat akhir-akhir ini tidak akan berlaku. Biasanya setiap masalah ada puncanya, begitulah masalah buang bayi kebanyakannya akibat zina selain sumbang mahram dan rogol di mana jarang kedengaran anak hasil perkahwinan yang sah dibuang. Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah menyarankan antaranya amalan puasa dalam menyekat hawa nafsu sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan imam Bukhari :
قال النبي  : مَنْ اسْتَطَاعَ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
Maksudnya : Wahai para pemuda! Sesiapa di kalangan kamu yang mampu kahwin maka berkahwinlah sesungguhnya ia lebih berjaya memelihara pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia merupakan benteng baginya (daripada syahwat)
Amalan untuk menjauhi zina juga ialah menjaga mata serta menjauhi perkara yang boleh menimbulkan syahwat kerana suatu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun lalu yang dijalankan selama enam bulan di pusat-pusat pemulihan akhlak di seluruh negara merangkumi kira-kira 600 responden yang berumur antara 15 dan 20 tahun mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah. Seterusnya mesti manfaat masa kosong dengan aktiviti berfaedah seperti bersukan, berpersatuan, banyakkan mandi ketika cuaca panas, kurangkan makanan berempah, kurangkan minum kopi dan teh, tidak banyak makan daging merah dan telur, tidur secara mengiring mengadap qiblat sebagaimana amalan nabi, jauhi tidur terlentang atau meniarap dan bersahabat dengan orang soleh. Apa lebih penting terus tambah ilmu agama yang bermanfaat di mana antara cirinya-cirinya sebagaimana yang disebut oleh imam al-Ghazali iaitu [1] ilmu yang menambah rasa takut kepada Allah [2] dapat buka mata hati untuk nampak keaiban diri sendiri [3] semakin nampak cara untuk menambah amal ibadat [4] kurangkan rasa tamak kepada dunia [5] tambah rasa cintakan akhirat [6] buka mata hati untuk nampak perkara yang membinasakan ilmu sehingga sentiasa berwaspada menjaganya [7] nampak jelas tentang tipudaya syaitan dalam merosakkan kita sepanjang masa
Disamping itu, pihak keluarga bermula dengan bapa mesti suburkan sifat cemburu dengan mengawal pergerakan anak-anak di mana kita pernah mendengar bagaimana ada sahabat nabi yang sanggup menutup lubang dinding rumah kerana bimbang ada orang yang melihat isterinya, ada sahabat nabi yang sanggup memancung kepala lelaki yang mendekati isterinya tanpa tujuan. Manakala anak isteri pula wajib ada sifat malu supaya tidak terlibat dengan perbuatan tidak bermoral.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
قال النبي  : لاَ تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا لَمْ يَفْشُ فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا ، فَإِذَا فَشَا فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللَّهُ بِعِقَابٍ
Maksudnya: Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka.apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah azza wajalla akan menurunkan azab seksa kepada mereka seluruhnya.( Hadis riwayat Ahmad, baik sanadnya).
Masalah lahirnya begitu ramai anak zina di mana perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mencatatkan jumlah 257,000 orang anak tanpa bapa didaftarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 dengan purata 84 orang sehari. Masalah kronik ini akan bertambah parah jika menggunakan fahaman sekuler yang memisahkan antara agama dan urusan dunia seperti kenyataan Kementerian Pelajaran yang sedia mengkaji cadangan memasukkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) dalam kurikulum sekolah atau sebagai mata pelajaran teras dengan alasan ia berjaya di United Kingdom dengan menyembunyikan bahawa yang berjaya ialah mengurangkan pelajar hamil bukannya mengurang jumlah pelajar berzina. Kita tidak mahu nama mata pelajaran sahaja berbeza tetapi isi kandungan dengan pengajian seks ala barat dikekalkan iaitu menghidupkan budaya zina cara selamat dengan memandang bahawa zina bukan suatu kesalahan besar sebaliknya yang salah ialah mengandung akibat tidak pandai berzina. Ia ibarat mengajar pelajar cara mencuri dengan betul. Akhirnya penyakit semakin parah bukan semakin kebah. Begitu juga cadangan membina sekolah pelajar hamil sekiranya tidak dikaji betul-betul bakal menambahkan jumlah penzina dan anak zina. Jika sebelum ini jumlah pusat serenti sama naik dengan pembinaan universiti maka dibimbangi selepas ini jumlah sekolah pelajar hamil sama banyak dengan kelab malam. Akhirnya banyak wang rakyat terpaksa dihabiskan untuk merawat penyakit sosial yang semakin parah. Itu belum dikira dengan jumlah lebih 70 peratus daripada 87,710 penghidap HIV/AIDS di negara ini adalah daripada kalangan umat Islam akibat dadah dan zina. Selagi pintu zina tidak mahu ditutup seperti kelab malam, hiburan melalaikan, rancangan tv dan majalah yang menggalakkan kepada penzinaan, kebebasan akses internet maka selagi itu kesan buruk terus timbul. Tegakkan hukum Islam disamping pencegahan seperti had pergaulan termasuk di sekolah, universiti, tempat kerja. Tiru kerajaan Acheh yang mempunyai polis Syari’e yang boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang memakai pakaian mendedah aurat dan berduaan tanpa ikatan nikah di kawasan terbuka. Mencegah lebih baik daripada berubat. Bila sudah menjadi penyakit maka habis berjuta wang pun sudah terlambat.
Begitu juga bala Allah berbentuk bunuh diri di mana suatu kajian pakar pada tahun 2007 menyatakan gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini dalam tempoh 10 tahun akan datang dengan purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Ditambah lagi dengan laporan seramai 3 juta daripada 26 juta penduduk termasuk kanak-kanak di negara ini disahkan menghidap masalah gangguan mental atau emosi yang menyaksikan penyembelihan kejam terhadap ibu bapa, isteri dan anak sendiri yang begitu mengerikan seolah-olah menonton drama tv sahaja. Akhirnya apa yang kita dapat hasil jauh daripada petunjuk al-Quran melainkan kehancuran

Muslimit /mat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 82 surah al-Isra’:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Maksudnya : Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
Hari raya ialah hari kasih sayang di mana Islam telah menggariskan adab yang begitu indah jika diamalkan dalam menjaga hak sesama Islam dan juga bukan Islam. Islam menghapuskan semangat kebangsaan sempit yang mempertahankan kesesatan dan kesalahan atas alasan sesama bangsa akhirnya masalah kezaliman, pecah amanah yang menyebabkan kerugian ribuan juta wang negara berbanding penjimatan subsidi sebanyak RM750 juta yang menyiksa rakyat ditambah lagi dengan kes rasuah yang menyaksikan seramai 418,200 atau 41 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam dikesan terbabit dengan aktiviti penerimaan rasuah tahun lalu mengikut laporan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak dapat ditangani. Tiupan angin perkauman sempit bertujuan menutup pelbagai jenayah penyalahgunaan kuasa dalam merompak harta rakyat. Kita tidak mahu terus tertipu dan terpedaya dengan taktik kotor yang merbahaya ini sehingga keadilan gagal ditegakkan manakala pemimpin zalim terus kekal berkuasa. Jangan akibat sibuk cari makan kita tidak menghiraukan masalah negara. Ingatlah tentang bahaya dunia jika tidak pandai diurus sehingga membinasakan kita sebagaimana kata Syeikh Ibrahim Adham : Setiap umat ada berhalanya yang disembah dan berhala umat ini ialah wang dinar dan dirham. Begitu juga peringatan imam al-Ghazali : Sekiranya kita hormat kepada orang soleh kerana hartanya maka hilang setengah agama kita apatah lagi jika hormat kepada orang zalim kerana hartanya maka semakin buruk kesan padahnya. Oleh itu dengan semangat Aidil Fitri yang bererti kembali semula kepada fitrah iaitu suci daripada dosa dan sifat tercela marilah kita sama-sama kembali kepada sistem al-Quran barulah kita mulia dan bahagia dunia akhirat.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
Firman Allah dalam ayat 46 surah al-Anfal :
وَأَطِيعُوا اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Maksudnya : Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar

Muslimin/mat yang dirahmati Allah
Takbir kemenangan yang dilaungkan adalah tanda kejayaan dalam Tarbiah Ramadhan yang telah kita sama-sama lalui untuk lahir sebagai umat yang begitu yakin dengan sistem al-Quran terutama bila adanya perancangan jahat sebuah gereja di Florida untuk menganjurkan upacara ’Hari Membakar al-Quran’ esok di mana 200 naskhah al-Quran akan dibakar sempena ulang tahun ke-9 serangan 11 September 2001 disamping suara sumbang yang memperlekehkan hukum al-Quran. Sebagai umat yang bermaruah kita wajib bangkit mengecam dan menentang perancangan biadap dan tidak bertamadun ini dengan kuasa yang ada. Biar nyawa melayang asalkan kesucian al-Quran dipertahankan. Biar mengalir darah merah ke bumi namun untuk membiarkan al-Quran dibakar tidak sama sekali. Tarbiah Ramadhan sepatutnya menyuburkan lagi perasaan mengambil berat tentang penderitaan saudara segama yang lain terutama di Palestin, Iraq, Afghanistan, Selatan Thailand yang dilanda peperangan dan Pakistan yang dilanda banjir besar di samping negara-negara yang lain. Ketika berdepan dengan kekejaman musuh terutama Yahudi maka umat Islam mesti bergerak bersama dalam setiap sudut. Kita rasa kecewa bila kerajaan lebih rela menyuap 77 juta setahun kepada APCO sebuah syarikat pro Zionis Yahudi sedangkan sanggup menaikkan harga barang atas alasan menjimatkan subsidi ditambah dengan saman ekor yang memeritkan sehingga Yahudi didahulukan rakyat diketepikan. Jika di Palestin kerajaan HAMAS pilihan rakyat dalam pilihan raya dinafikan hak atas hasutan Amerika dan Yahudi maka begitulah nasib menimpa rakyat Kelantan yang dinafikan hak royalti minyak sedangkan dalam masa yang sama pemimpin sanggup menyerah secara percuma 2 telaga minyak yang bernilai RM 230 bilion kepada Brunei. Ketika mahu meruntuhkan penguasaan Yahudi terhadap dunia juga maka kita wajib menyokong usaha murni Kerajaan Negeri Kelantan yang melangkah yakin memperkenalkan mata wang syariah dinar dan dirham yang sepastinya suatu yang disuruh oleh al-Quran. Yahudi terus dapat menjajah dan memperbodohkan kita sekiranya kita terus yakin dan menggunakan wang kertas ciptaan mereka. Ramai pakar ekonomi dunia berhujah sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan termasuk kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran, pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral. Kapitalis begitu bimbang sekiranya dunia kembali semula kepada Dinar Emas yang stabil berbanding duit kertas di mana wang yang kita simpan akan menyusut dengan begitu teruk pada suatu ketika nanti sehingga nilai seribu ringgit selepas ini mungkin tidak dapat membeli apa-apa lagi. Inilah kehebatan sistem al-Quran yang bertujuan untuk kebaikan manusia sedangkan sistem Yahudi dari dulu lagi diperkenalkan untuk memeras dan menindas manusia. Pilihlah sama ada cara hidup Islam yang hendak diguna atau terus berseronok untuk menjadi hamba abdi Yahudi seumur hidup.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Selamat hari raya Aidil Fitri diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat.Banyakkan bersedekah agar mereka yang memerlukan bantuan turut bergembira dan ziarahilah sanak saudara pada hari yang mulia ini bagi merapatkan lagi tali persaudaraan.Rebutlah peluang untuk menambahkan saham akhirat dengan berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ( رواه مسلم )
Maksudnya : Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

خطبة عيدالفطري 1431 هـ

KHUTBAH PERTAMA
اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 2 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ ….. فرمان الله دالم اية 2 دان 3 سورة العنكبوت:
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُون وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۖ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ
مقصودڽ : ادکه مأنسي مڽڠك بهاوا مريك اکن دبيارکن دڠن هاڽ برکات: “کامي تله برايمان”، سداڠکن مريك بلوم داوجي ﴿دڠن سسواتو چوبأن﴾؟ دان دمي سسوڠكَوهڽ! کامي تله مڠوجي اورڠ-اورڠ يڠ تردهولو درڤد مريك، مك ﴿دڠن اوجين يڠ دمکين﴾، ڽات اڤ يڠ دکتاهوي الله تنتڠ اورڠ-اورڠ يڠ سبنر-بنرڽ برايمان، دان ڽات ڤولا اڤ يڠ دکتاهويڽ تنتڠ اورڠ-اورڠ يڠ بردوستا

مسلمين/مسلمات يڠ درحمتي الله،
سلامت هاري راي عيدالفطري داوچڤکن کڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات. کيت بارو سهاج ملالوءي تربية رمضان يڠ مروڤاکن سواتو اوجين دالم ملاهيرکن همبا الله يڠ برتقوى. ستله سبولن دتربيه دڠن ملالوءي ڤلباكَاي اوجين ترهادڤ هوى نفسو مك تاڽاله ديري کيت سمأدا تله لولوس دان برجاي منجادي همبا الله يڠ توندوق ڤاتوه کڤد سكَالا سوروهن دان لارڠنڽ اتاو تياد سبارڠ ڤروبهن كأره منجادي همبا الله يڠ صالح. کتيك برسرونوق مڽمبوت هاري راي ماريله سام-سام کيت مرنوڠ سمأدا کيت ميمڠ لايق اونتوق برهاري راي کران برجاي دالم مڠهادڤي اوجين تربية رمضان اتاو هاڽ منومڤڠ تواه اورڠ لأين. انتارا چيري كَولوڠن يڠ برجاي دالم اوجين تربية رمضان اياله اورڠ يڠ تروس مڽوبورکن ڤواس سنة، ممباچ القرءان، صلاة سنة، برصدقه دان برزکاة، سوك ممبري ماکنن کڤد اورڠ لأين، برسكَرا كمسجد اونتوق منونايکن صلاة جماعة، منجاكَا وقتو صلاة فرض ليم وقتو، مڠهوبوڠکن صلة الرحيم سسام مسلم، برإعتکاف دالم مسجد، باڠون مالم دان عمالن صالح يڠ لأين والاو ڤون تله برلالوڽ رمضان. چيري-چيري كَولوڠن يڠ دتولق عمالن ڤواساڽ ڤولا اياله اورڠ يڠ كَاكَل ممبواڠ صفة ترچلا درڤد ديريڽ سڤرتي تكبور، سومبوڠ، حسد دڠکي، خيانة أمانة، سوک ماکن ڤرکارا حرام أومڤام رشوة دان ربا سرت مراسا بكَيتو كَمبيرا دڠن ڤمركَين رمضان سأوله-اوله بندوان بيباس درڤد ڤنجارا. ايڠتله بهاوا کيت سموا بوکن ماهو برهاري راي د دنيا اين ماله اڤ يڠ لبيه ڤنتيڠ کيت ماهو برهاري راي دالم شركَا الله د اخيرة ننتي

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله دالم أية 31 سورة الأعراف
يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
مقصودڽ : واهاي انق-انق آدم! ڤاکايله ڤاکاين کامو يڠ اينده برهياس ڤد تياڤ-تياڤ کالي کامو کتمڤت عبادت ﴿اتاو مڠرجکن سمبهيڠ﴾، دان ماکنله سرتا مينومله، دان جاڠن ڤولا کامو ملمڤاو; سسوڠڬوهڽ الله تيدق سوك اکن اورڠ-اورڠ يڠ ملمڤاوءي باتس
ڬما تكبير ممبسرکن الله دان تحميد مموجي الله يڠ برکومنداڠ ستياڤ کالي تيباڽ هاري راي مستيله مرسڤ کدالم هاتي سانوباري بوکن ستاکت دسبوت د مولوت سهاج. ڤاستيکن لاوڠن هاري راي ايت دجاديکن اقرار طاعة ستيا کڤد الله دالم ستياڤ کرجا بوات کيت ترماسوق مسئله ڤماکاين اكَر تيدق مندده عورة، چارا بربلنجا اڬر دري سومبر حلال دان دكَونا ڤد جالن حلال دسمڤيڠ تيدق ملاکوکن ڤمبذيرن تراوتما کتيك مڽمبوت هاري راي. کيت واجب برشکور کڤد الله يڠ مڠانوكَرهکن هاري راي سرتا مڠكَالقکن اومت اسلام اونتوق برڤاکاين چنتيق ڤد هاري مليا اين. کداتاڠن اسلام مڠاجر مأنسي سوڤاي برڤاکاين چنتيق د مان ڤرنه برلاکو دالم سجاره افريكا، کاڤيتاليس کريستيان بكَيتو ماره کڤد ڤندعوة کريستيان يڠ هاڽ برجاي مڠکريستيانکن رعية افريكا سداڠکن جوالن ڤاکاين تيدق لاکو کران مڠکلکن ڤماکاين چارا لام سداڠکن کاوسن افريكا يڠ دکواسأي أوليه اسلام ملاهيرکن رعية يڠ برڤاکاين چنتيق يڠ مماجوکن ڤرنياكَان ڤاکاين. اوليه ايت منجادي سواتو فتنه يڠ جاهت جك اسلام دتودوه سباكَاي ڤڽکت کڤد عمالن منجاڬ کچنتيقکن کران أراهن دالم منجاڬ عورة بوکن اونتوق مڽکت سباليقڽ باڬي منجاڬ مروة تراوتام ڬولوڠن وانيتا يڠ کيني دتلنجڠکن اوليه موسوه اسلام. کاڤيتاليس تراوتماڽ منجاديکن توبوه وانيتا سباڬاي باهن داڬاڠن يڠ دڤرڬونا سمکسيما موڠکين باڬي کاونتوڠن مريك ملالوءي إعلان، ڤروڬريم هيبورن دان سباڬايڽ. اداله امت مالڠ جك اومت اسلام توروت ڬمبيرا اونتوق ‘ملاچورکن’ توبوه مريك اونتوق دداڬڠکن اوليه کاڤيتاليس يڠ تيدق برهاتي ڤروت. کمباليله کڤد ڤاکاين ايکوت شريعة اسلام واهاي مسلمات کتيك راماي ڬولوڠن وانيتا مسلمات د بومي ايروڤه سڤرتي إيطالي، ڤرانچيس يڠ بردڤن دڠن تکانن اوندڠ-اوندڠ سمات-مات ماهو مماکاي ڤورده. عقيبة بتجي اسلام مك ڤاکاين اسلام دأڠڬڤ بهاي سداڠکن برتلنجڠ دأڠڬڤ لمبڠ کماجوان دان کبيباسن. کيت سرو درڤد ڤريڠکت ڤميمڤين سهيڠڬاله رعية جلاتا اڬر کمبالي منوتوڤ عورة بوکن ڤد بولن رمضان سهاج تتاڤي ڤد ستياڤ ماس دان تمڤت کران ملائکة رقيب عتيد أدا د مان-مان ستيا منچاتت سڬالا عملن بأيك دان جاهت کيت.
کتيك برڤاکاين چنتيق دان مڠهياس رومه سمڤنا هاري راي مك کيت واجب منجاڬ هاتي اڬر بوکن اونتوق برمكَه-مكَه دان منونجوق-نونجوق. اخيرڽ بوکن ڤاهلا يڠ کيت هيمڤون سباليقڽ دوسا يڠ کيت تيمبون. ايڠتله باڬايمانا سيدنا علي ڤد ڤاڬي راي مناڠيس کران انصاف دان برشکور دسببكن هاتيڽ هيدوڤ سداڠکن راماي اومت کيني مراسا مالو جك تياد ڤرکارا بارو اونتوق دتونجولکن عقيبة هاتي ماتي کران مليهت سسواتو برداسرکن کبندأن بوکنڽ برڤقسي کڤد نراچا اڬام. رينوڠيله کات ڤوجغكَا
لَيْسَ العِيْد ِلمَنْ لَبِسَ الجَدِيْد، إِنَّمَا العِيْد ِلمَنْ طَاعَتُهُ تَزِيْد. لَيْسَ العِيْد ِلمَنْ تَجَمَّل بِاللِّبَاسِ وَالمَرْكُوْب، إِنَّمَا العِيْد ِلمَنْ غُفِرَتْ لَهُ الذُّنُوْب. لَيْسَ العِيْد ِلمَنْ حَازَ الدِّرْهَم وَالدِّيْنَار إِنَّمَا العِيْد ِلمَنْ أَطَاعَ العَزِيْزَ الغَفَّار
مقصودڽ : بوکنله هاري راي ايت باي اورڠ يڠ هاڽ برڤاکاين إينده سباليقڽ هاري راي ايت باڬي اورڠ يڠ کطاعتنڽ تروس برتمبه. بوکنله هاري راي ايت باڬي يڠ برهياس دڠن ڤاکاين أغكَون دان کندرأن برسوسون سباليقڽ هاري راي ايت باڬي يڠ دوسا-دوساڽ دأمڤون. بوکنله هاري راي ايت باڬي يڠ ممڤروليهي واڠ دينار جوڬ درهم يغ برتيمبون سباليقڽ راي ايت باڬي اورڠ يڠ منطاعتي الله توهن يڠ مها ڤرکاس لاڬيمها ڤڠمڤون

مسلمين/مسلمات يڠ دحرمتي سکالين،
تربية رمضان سکيراڽ دحياتي بتول-بتول دالم کهيدوڤن سوده ڤستي مسئله جنايه بواڠ بايي يڠ بڬيتو دهشة اخير-اخير اين تيدق اکن برلاکو. بياساڽ ستياڤ مسئله أدا ڤونچاڽ، بڬيتوله مسئله بواڠ بايي کباڽقكنڽ عقيبة زنا سلأين سومبڠ محرام دان روڬول د مان جارڠ کدڠارن انق حاصيل ڤرکهوينن يڠ صح توروت دبواڠ. نبي محمد صلى الله عليه وسلم سنديري ڤرنه مڽارنکن انتاراڽ عمالن ڤواس دالم مڽکت هوى نفسو سباڬايمان سبواه حديث يڠ دروايتکن أوليه امام بخاري :
قال النبي  : مَنْ اسْتَطَاعَ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
مقصودڽ : واهاي ڤارا ڤمودا! سسياڤا د کالڠن کامو يڠ ممڤو کهوين مك برکهوينله سسوڠڬوهڽ اي لبيه برجاي ممليهارا ڤنداڠن دان منجاڬ کمالوان. سسياڤا يڠ تيدق ممڤو مك هندقله دي برڤواس کران اي مروڤاکن بينتيڠ باڬيڽ ﴿درڤد شهوات﴾
عمالن اونتوق منجاوهي زنا جوڬ اياله منجاڬ مات سرتا منجاوهي ڤرکارا يڠ بوليه منيمبولکن شهوات کران سواتو کاجين يڠ دبوات اوليه سأورڠ ڤينشرح اونيۏرسيتي کبڠسأن مليسيا ﴿UKM﴾ ڤد تاهون لالو يڠ دجالنکن سلام انم بولن د ڤوست-ڤوست ڤموليهن اخلاق د سلوروه نڬارا مرڠکومي کيرا-کيرا 600 responden يڠ برعمور انتارا 15 دان 20 تاهون منداڤتي 60 ڤراتوس کيس زنا برڤونچا درڤد منونتون باهن-باهن لوچه. ستروسڽ مستي منفعة ماس کوسوڠ دڠن اکتيۏيتي برفائده سڤرتي برسوکن، برڤرساتوان، باڽقکن مندي کتيك چواچا ڤانس، کورڠکن ماکنن برمڤه، کورڠکن مينوم کوڤي دان تيه، تيدق باڽق ماکن داڬيڠ ميره دان تلور، تيدور سچارا مڠيريڠ مڠادڤ قبلة سباڬايمان عمالن نبي، جأوهي تيدور ترلنتڠ اتاو منياراڤ دان برصحابة دڠن اورڠ صالح. أڤ لبيه ڤنتيڠ تروس تمبه علمو اڬام يڠ برمنفعة د مان انتارا چيريڽ-چيريڽ سباڬايمان يڠ دسبوت اوليه امام الغزالي ايأيت [1] علمو يڠ منمبه راس تاکوت کڤد الله [2] داڤت بوك مات هاتي اونتوق نمڤق کعأيبن ديري سنديري [3] سماکين نمڤق چارا اونتوق منمبه عمل عبادة [4] کورڠکن راس طمع کڤد دنيا [5] تمبه راس چينتاکن اخيرة [6] بوک مات هاتي اونتوق نمڤق ڤرکارا يڠ ممبيناساکن علمو سهيڠڬ سنتياس بروسڤادا منجاڬڽ [7] نمڤق جلس تنتڠ تيڤوداي شيطان دالم مروسقکن کيت سڤنجڠ ماس
دسمڤيڠ ايت، ڤيهق کلوارڬ برمولا دڠن باڤ مستي سوبورکن صفة چمبورو دڠن مڠاول ڤرڬرقن انق-انق د مان کيت ڤرنه مندڠر باڬايمانا اد صحابة نبي يڠ سڠڬوڤ منوتوڤ لوبڠ دينديڠ رومه کران بيمبڠ اد اورڠ يڠ مليهت استريڽ، اد صحابة نبي يڠ سڠڬوڤ ممنچوڠ کڤالا للاکي يڠ مندکتي استريڽ تنڤا توجوان. مانکالا انق استري ڤولا واجب اد صفة مالو سوڤاي تيدق ترليبت دڠن ڤربواتن تيدق برمورل.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
قال النبي  : لاَ تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا لَمْ يَفْشُ فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا ، فَإِذَا فَشَا فِيهِمْ وَلَدُ الزِّنَا أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللَّهُ بِعِقَابٍ
مقصودڽ: اومتکو ﴿اين﴾ اکن تروس برادا دالم کبأيقکن سلام تيدق ترسيبار لواس انق زنا د کالڠن مريك.اڤابيلا انق زنا ترسيبار لواس د کالڠن مريك، مك همڤير سهاج الله عزوجل اکن منورونکن عذاب سيقسا کڤد مريك سلوروهڽ.﴿ حديث رواية احمد، باءيك سندڽ﴾.
مسئله لاهيرڽ بڬيتو راماي انق زنا د مان ڤراڠکأن جابتن ڤندفترن نڬارا ﴿JPN﴾ منچاتتکن جملة 257،000 اورڠ انق تنڤا باڤ ددفترکن دري تاهون 2000 هيڠڬ جولي 2008 دڠن ڤوراتا 84 اورڠ سهاري. مسئله کرونيك اين اکن برتمبه ڤاره جك مڠڬوناکن فهمن سکولر يڠ مميسهکن انتارا اڬام دان اوروسن دنيا سڤرتي کڽاتأن کمنترين ڤلاجرن يڠ سديا مڠکاجي چادڠن مماسوقکن Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) دالم کوريکولوم سکوله اتاو سباڬاي مات ڤلاجرن تراس دڠن ألسن اي برجاي د United Kingdom دڠن مڽمبوڽيکن بهاوا يڠ برجاي اياله مڠورڠکن ڤلاجر حامل بوکنڽ مڠوراڠ جملة ڤلاجر برزنا. کيت تيدق ماهو نام مات ڤلاجرن سهاج بربيذا تتاڤي ايسي کندوڠن دڠن ڤڠاجين سيك س جارا بارت دککلکن ايايت مڠهيدوڤکن بودايا زنا چارا سلامت دڠن ممندڠ بهاوا زنا بوکن سواتو کسالهن بسر سباليقڽ يڠ ساله اياله مڠندوڠ عقيبة تيدق ڤنداي برزنا. اي عبارة مڠاجر ڤلاجر چارا منچوري دڠن بتول. اخيرڽ ڤڽاکيت سماکين ڤاره بوکن سماکين کبه. بڬيتو جوڬ چادڠن ممبينا سکوله ڤلاجر حامل سکيراڽ تيدق دکاجي بتول-بتول باکل منمبهکن جملة ڤنزينأن دان انق زنا. جيك سبلوم اين جملة ڤوست سرنتي سام نأيك دڠن ڤمبينأن يونيۏرسيتي مك دبيمباڠي سلڤس اين جملة سکوله ڤلاجر حامل سام باڽق دڠن کلب مالم. اخيرڽ باڽق واڠ رعيت ترڤقسا دهابيسکن اونتوق مراوات ڤڽاکيت سوسيال يڠ سماکين ڤاره. ايت بلوم دکيرا دڠن جملة لبيه 70 ڤراتوس درڤد 87،710 ڤڠهيدڤ HIV/AIDS د نڬارا اين اداله درڤد کالڠن اومت اسلام عقيبة داده دان زنا. سلاڬي ڤينتو زنا تيدق ماهو دتوتوڤ سڤرتي کلب مالم، هيبورن ملالايکن، رانچڠنtv دان مجلة يڠ مڠڬالقکن کڤد ڤنزينأن، کبيباسن اينترنيت مك سلاڬي ايت کسن بوروق تروس تيمبول. تڬقکن حکوم اسلام دسمڤيڠ ڤنچڬاهن سڤرتي حد ڤرڬاولن ترماسوق د سکوله، يونيۏرسيتي، تمڤت کرجا. تيروله فلقسنأن فرونداغن إسلام أوليه کراجأن أچيه يڠ ممڤوڽاءي ڤوليس شرعي يڠ بوليه مڠمبيل تيندقكن ترهادڤ مريك يڠ مماکاي ڤاکاين مندده عورة دان بردوأن تنڤا ايكاتن نکاح د کاوسن تربوك. منچڬه لبيه باءيك درڤد بروبت. بيلا سوده منجادي ڤڽاکيت مك هابيس برجوتا واڠ ڤون سوده ترلمبت
بكَيتو جوڬ بلأ الله بربنتوق بونوه ديري د مان سواتو کاجين ڤاکر ڤد تاهون 2007 مڽاتاکن كََجالا بونوه ديري دجڠك منجادي فکتور کدوا ترتيغكَي مڽومبڠ کڤد جملة بيلاڠن کماتين د نكَارا اين دالم تيمڤوه 10 تاهون اکن داتڠ دڠن ڤوراتا 6 اورڠ بونوه ديري ستياڤ هاري ، 2500 اورڠ ستياڤ تاهون دان 50،000 کيس چوبا بونوه ديري ستياڤ تاهون. دتمبه لاڬيدڠن لاڤورن سرامي 3 جوتا درڤد ڤندودوق ترماسوق کانق-کانق د نكَارا اين دصحکن مڠهيدڤ مسئله كَغكَوان مينتل اتاو ايموسي يڠ مڽقسيکن ڤڽمبليهن کجم ترهادڤ ايبو باڤ، استري دان انق سنديري يڠ بكَيتو مڠريکن سأوله-اوله منونتون دراما TV سهاج. اخيرڽ اڤ يڠ کيت داڤت حاصيل جاوه درڤد ڤتونجوق القرءان ملأينکن کهنچورن

مسلمات /مسلمات يڠ دبرکتي الله،
فرمان الله دالم ايات 82 سوره الاسراء:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
مقصودڽ : دان کامي تورونکن دڠن برنسور-انسور دري القرءان اي-ايات سوچي يڠ منجادي اوبت ڤناور دان رحمة باڬي اورڠ-اورڠ يڠ برايمان کڤداڽ; دان ﴿سباليقڽ﴾ القرءان تيدق منمبهکن اورڠ-اورڠ يڠ ظاليم ﴿دسببکن کايڠکرن مريك﴾ ملاءينکن کروڬين جوا.
هاري راي اياله هاري کاسيه سايڠ د مان اسلام تله مڠڬاريسکن ادب يڠ بڬيتو اينده جك دعملکن دالم منجاڬ حق سسام اسلام دان جوڬ بوکن اسلام. اسلام مڠهاڤوسکن سماڠت کبڠسأن سمڤيت يڠ ممڤرتاهنکن کسستن دان کسالهن اتس السن سسام بڠسا اخيرڽ مسئله کظاليمن، ڤچه أمانة يڠ مڽببکن کروڬين ريبوان جوتا واڠ نڬارا بربنديڠ ڤنجيماتن subsidi سباڽق 750 جوتا يڠ مڽيقسا رعية دتمبه لاڬي دڠن کيس رشوة يڠ مڽقسيکن سرامي 418،200 اتاو 41 ڤراتوس درڤد 1.2 جوتا ڤنجاوات عوام دکسن تربابيت دڠن اکتيۏيتي ڤنريمأن رشوة تاهون لالو مڠيکوت لاڤورن کساتوان ڤکرجا-ڤکرجا دالم ڤرخدمتن عوام ﴿ Cuepacs ﴾ تيدق داڤت دتاڠني. تيوڤن اڠين ڤرقومن سمڤيت برتوجوان منوتوڤ ڤلباڬاي جناية ڤڽالهڬونأن کواس دالم مرومڤق هرتا رعية. کيت تيدق ماهو تروس ترتيڤو دان ترڤدايا دڠن تکتيك کوتور يڠ مربهاي اين سهيڠڬ کعاديلن ڬاڬل دتڬقکن مانکالا ڤميمڤين ظاليم تروس ککل برکواس. جاڠن عقيبة سيبوق چاري ماکن کيت تيدق مڠهيراوکن مسئله نڬارا. ايڠتله تنتڠ بهاي دنيا جك تيدق ڤنداي داوروس سهيڠڬ ممبيناساکن کيت سباڬايمان کات شيخ إبراهيم ادهم : ستياڤ اومة اد برهالاڽ يڠ دسمبه دان برهالا اومة اين اياله واڠ دينار دان درهم. بڬيتو جوڬ ڤريڠاتن امام الغزالي : سکيراڽ کيت حرمت کڤد اورڠ صالح کران هرتاڽ مك هيلڠ ستڠه اڬام کيت اڤاته لاڬي جك حرمت کڤد اورڠ ظاليم کران هرتاڽ مك سماکين بوروق کسن ڤادهڽ. اوليه ايت دڠن سماڠت عيدالفطري يڠ برارتي کمبالي سمولا کڤد فطرة ايأيت سوچي درڤد دوسا دان صفة ترچلا ماريله کيت سام-سام کمبالي کڤد سيستيم القرءان باروله کيت مليا دان بهاڬيا دنيا اخيرة.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

KHUTBAH KEDUA
اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ ﴿ 3 كالي ﴾ اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ ، اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .أَمَّا بَعْدُ..فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ
فرمان الله دالم اية 46 سورة الأنفال :
وَأَطِيعُوا اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ ۖ وَاصْبِرُوا ۚ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
مقصودڽ : دان طاعةله کامو کڤد الله دان رسولڽ، دان جاڠنله کامو بربنته-بنتاهن; کالاو تيدق نسچاي کامو منجادي لمه سماڠت دان هيلڠ کقواتن کامو، دان صبرله ﴿مڠهادڤي سڬالا کسوکرن دڠن چکال هاتي﴾; سسوڠڬوهڽ الله بسرتا اورڠ-اورڠ يڠ صبر

مسلمين/مت يڠ درحمتي الله
تکبير کمناڠن يڠ دلاوڠکن اداله تندا کجايأن دالم تربية رمضان يڠ تله کيت سام-سام لالوا اونتوق لاهير سباڬاي اومت يڠ بڬيتو يقين دڠن سيستيم القرءان تراوتما بيلا اداڽ ڤرانچڠن جاهت سبواه ڬريجا د فلوريدا اونتوق مڠنجورکن أوڤاچارا ‘هاري ممباکر القرءان’ ايسوق سمڤنا اولڠ تاهون ک-9 سراڠن 11 سيڤتيمبر 2001 دسمڤيڠ سوارا سومبڠ يڠ ممڤرليكيهکن حکوم القرءان. سباڬي اومت يڠ برمروة کيت واجب بڠکيت مڠچم دان مننتڠ ڤرانچڠن بيادڤ دان تيدق برتمدون اين دڠن کواس يڠ اد. بيار ڽاوا ملايڠ اصلکن کسوچين القرءان دڤرتاهنکن. بيار مڠالير داره ميره کبومي نامون اونتوق ممبيارکن القرءان دباکر تيدق سام سکالي. تربية رمضان سڤاتوتڽ مڽوبورکن لاڬي ڤراسان مڠمبيل برت تنتڠ ڤندريتأن ساودارا سأڬام يڠ لأين تراوتما د فلسطين، عراق، أفغانستان، سلاتن تايلاند يڠ دلندا ڤڤراڠن دان ڤاکستان يڠ دلندا بنجير بسر د سمڤيڠ نڬارا-نڬارا يڠ لأين. کتيك بردڤن دڠن کكجامن موسوه تراوتما يهودي مك اومة اسلام مستي برڬرق برسام دالم ستياڤ سودوت. کيت راس کچيوا بيلا کراجأن لبيه ريلا مڽواڤ 77 جوتا ريغڬيت ستاهون کڤد APCO سبواه شريکة سكتوتو Zionis يهودي سداڠکن سڠڬوڤ منأيقکن هرڬا بارڠ اتس السن منجيمتکن subsidi دتمبه دڠن سامن ايکور يڠ ممريتکن سهيڠڬ يهودي ددهولوکن رعية دکتڤيکن. جك د فلسطين کراجأن HAMAS ڤيليهن رعية دالم ڤيليهن راي دنافيکن حق اتس هاسوتن اميريك دان يهودي مك بڬيتوله نصيب منيمڤا رعيت کلنتن يڠ دنافيکن حق royalti ميڽق سداڠکن دالم ماس يڠ سام ڤميمڤين سڠڬوڤ مڽره سچارا ڤرچوما 2 تلاڬ ميڽق يڠ برنيلاي 230 بيليون کڤد بروني. کتيك ماهو مرونتوهکن ڤڠواسأن يهودي ترهادڤ دنيا جوڬ مك کيت واجب مڽوکوڠ اوسها مورني کراجأن نڬري کلنتن يڠ ملڠکه يقين ممڤرکنلکن مات واڠ شرعية دينار دان درهم يڠ سڤاستيڽ سواتو يڠ دسوروه اوليه القرءان. يهودي تروس داڤت منجاجه دان ممڤربودوهکن کيت سکيراڽ کيت تروس يقين دان مڠڬوناکن واڠ کرتس چيڤتأن مريك. راماي ڤاکر ايکونومي دنيا برحجة سيستيم کأواڠن دنيا براساسکن واڠ کرتس برلندسکن ربا تله ممباوا کڤد باڽق کروسقکن ترماسوق کميسکينن، کروسقکن عالم سکيتر، مونوڤولي ڤڠلوارن، ڤڠڠڬورن، جناية، معصية دان کجاتوهن مورال. کاڤيتاليس بڬيتو بيمبڠ سکيراڽ دنيا کمبالي سمولا کڤد دينار امس يڠ ستابيل بربنديڠ دويت کرتس د مان واڠ يڠ کيت سيمڤن اکن مڽوسوت دڠن بڬيتو تروق ڤد سواتو کتيك ننتي سهيڠڬ نيلاي سريبو ريڠڬيت سلڤس اين موڠکين تيدق داڤت ممبلي اڤا٢ لاڬي. اينيله کهيباتن سيستيم القرءان يڠ برتوجوان اونتوق کبأيقکن مأنسي سداڠکن سيستيم يهودي دري دولو لاڬي دڤرکنلکن اونتوق ممراس دان منينداس مأنسي. ڤيليهله سام اد چارا هيدوڤ اسلام يڠ هندق دڬونا اتاو تروس برسرونوق اونتوق منجادي همبا عبدي يهودي سعمور هيدوڤ.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
سلامت هاري راي عيد الفطري داوچڤكن كڤد سلوروه قوم مسلمين دان مسلمات.باڽقكن برصدقه اڬر مريك يڠ ممرلوكن بنتوان توروت برڬمبيرا دان زيارهيله سانق سودارا ڤد هاري يڠ مليا اين باڬي مراڤتكن لاڬي تالي ڤرسودارأن.ربوتله ڤلواڠ اونتوق منمبهكن ساهم اخيرة دڠن برڤواس انم هاري دبولن شوال باڬي مڽاهوت سبدا نبي صلى الله عليه وسلم :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثٌمَّ أَتْبَعَهٌ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الَّدهْرِ ﴿ رواه مسلم ﴾
مقصودڽ : سسياڤ يڠ تله برڤواس فرض رمضان كمودين دايكوتي ڤولا دڠن برڤواس انم هاري د بولن شوال مك اداله ڤهلاڽ سڤرتي دي برڤواس سڤنجڠ تاهون.
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إينْدُوْنِيْسِيَا وَفِى تَايْلَنْدِ وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِي سَبِيْلِكَ فِي كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ. اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللَّهُمَّ إِنِّا نعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ تَحَصَّنَّا بِذِى الْعزَّةِ وَالْجَبَرُوْتِ وَاعَتَصَمْنَا بِرَبِّ الْمَلَكُوْتِ وَتَوَكَّلْنَا عَلَى الْحَيِّ الَّذِى لاَ يَمُوْتُ اللّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذا الْوَبَاءَ وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ والطَّاعُوْنِ وَالْبَلاَءِ بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ يَا خَبِيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَصِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَزَكَاتَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

125. PEPERANGAN UHUD PERINGATAN BERHARGA

 

 

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 7-8 surah Yunus :

إن الذين لايرجون لقاءنا ورضوا بالحيــوة الدنيا واطمأنوا بها والذين هم عن ءايــتنا غــفلون . أولئك مأوئهم النار بما كانوا يكسبون

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang tidak menaruh ingatan untuk menemui Kami (pada hari Akhirat untuk menerima balasan) dan yang redha dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengan kehidupan dunia dan orang-orang yang tidak mengendahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda kekuasaan) Kami. Orang-orang yang demikian keadaannya (di dunia) maka tempat tinggal mereka ialah neraka disebabkan oleh keengkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan

                Perasaan syukur tidak terhingga kita hadirkan dalam hati, ucapkan dengan lisan serta laksanakan melalui seluruh anggota dengan tunduk patuh kepada segala suruhan Allah serta menjauhi segala laranganNya di atas nikmat besar yang Allah anugerahkan kepada kita semua iaitu nikmat Ramadhan bersama kelebihannya dan nikmat Syawal bersama keistimewaannya.  Semoga tarbiah yang kita sama-sama lalui sepanjang Ramadhan lepas diikuti dengan ibadat berpuasa sunat 6  hari di bulan Syawal dapat mendidik diri serta mengawal nafsu kita untuk lahir sebagai umat yang bertaqwa yang kehidupannya bersandar kepada petunjuk wahyu bukannya berlandas kepada hawa nafsu. Menjadi suatu perkara yang rugi  jika sebulan Ramadhan lalu dijadikan medan untuk merapatkan diri kepada Allah sedangkan kedatangan Syawal pula dijadikan medan untuk memperbanyakkan maksiat terhadap Allah. Jangan jadikan ibadat sepanjang Ramadhan lalu semata-mata untuk melepaskan kewajipan agama bukan digunakan sebaik mungkin tarbiah Ramadhan itu untuk melahirkan diri kita sebagai hamba yang bertaqwa. Jangan pula jadikan kedatangan Syawal sebagai bulan melayan kehendak nafsu sehingga hilang sama sekali kesan tarbiah Ramadhan.  Kita menyokong pandangan Mufti Perak agar sebarang program maksiat tidak digabungkan dengan nama eidilfitri yang mulia seperti joget aidilfitri dan sebagainya. Islam dan jahiliah tidak akan bersatu, iman dan kufur sentiasa bertentangan, pahala dan dosa sentiasa berlawanan, ibadat dan maksiat sentiasa bertembung sepanjang zaman.

Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi :

قال االرسول e  :ا لكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ المَوْتِ وَالعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللهِ الأمَانِى

Maksudnya : Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menghitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesudah mati sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah (untuk mendapat kebahagiaan dan pengampunan tanpa beramal soleh)

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Syawal mengingatkan kita kepada beberapa peristiwa besar yang pernah berlaku dalam bulan ini antaranya Peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ke-3 Hijrah. Walau pun pada peringkat pertama tentera Islam telah pun berjaya mengalahkan musuh dalam peperangan Uhud ini namun pada peringkat kedua tentera Islam diuji dengan kekalahan di mana antara puncanya ialah keengkaran sebahagian besar daripada kumpulan pemanah yang turut turun mengutip harta rampasan perang dengan alasan tentera Islam telah pun menang disamping ada juga tentera Islam yang bimbang jika habuan untuk mereka akan dinafikan. Sebab itulah adanya ahli tafsir daripada kalangan para sahabat ketika menafsirkan beberapa ayat  dari surah Ali ‘Imran berkenaan Peperangan Uhud menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyangka bahawa ada juga di kalangan tentera Islam yang telah ditarbiah oleh Rasulullah s.a.w sendiri masih lagi ada perasaan tamak kepada habuan dunia. Sekiranya Allah tidak membongkarkan perkara ini dalam al-Quran maka ia tidak diketahui oleh sesiapa. Perkara ini boleh kita dapati melalui firman Allah antaranya dalam ayat  145 surah Ali ‘Imran :

وما كان لنفس أن تموت إلا بإذن الله كتـبا مؤجلا  ومن يرد ثواب الدنيا نؤته منها ومن يرد ثواب الآخرة نؤته منها وسنجزى الشــكرين

Maksudnya : Tiada suatu jiwa pun akan mati melainkan dengan izin Allah melalui suatu suratan yang telah ditetapkan. Sesiapa yang mahu habuan dunia maka Kami akan berikan kepadanya. Dan sesiapa yang inginkan pahala akhirat maka Kami juga akan anugerahkan kepadanya. Kami akan berikan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.

            Kita wajib mengambil iktibar sebaik mungkin daripada peperangan Uhud ini di mana akibat meninggal tempat strategik kerana ingin habuan dunia maka tentera Islam diuji dengan kekalahan. Umat Islam pada hari apa kurangnya apabila ramai yang telah meninggalkan tempat terbaik iaitu masjid dan surau akibat sibuk dengan urusan dunia. Sepatutnya tarbiah Ramadhan yang mengajar diri kita untuk lebih jinak dan rapat dengan masjid mestilah diteruskan pada bulan-bulan yang lain. Bila umat Islam sendiri meninggal serta mengosongkan masjid dan surau bilakah kemenangan yang dijanjikan oleh Allah mampu diraih dan dijulang. Tanyalah diri kita bilakah urusan dunia kita akan selesai barulah boleh kita untuk datang ke masjid atau surau. Adakah kita yakin bahawa perjuangan Islam akan menang tanpa perlu menghidupkan masjid atau surau sedangkan penganut ajaran lain sedang berusaha memenuhkan gereja dan kuil mereka dengan pengikutnya termasuklah kalangan umat Islam yang bakal dan telah dimurtadkan. Jangan tunggu sehingga masjid semakin kosong dan usang sedangkan gereja dan kuil semakin penuh dan subur baru kita menyesal dan menangis

                       

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam  ayat 15 dan 16 surah Huud :

من كان يريد الحيــوة الدنيا وزينتها نوف إليهم أعمــلهم فيها وهم فيها لايبخسون . أولئك الذين ليس لهم فى الأخرة إلا النار وحبط ما صنعوا فيها وبــطل ما كانوا يعملون

Maksudnya :  Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (tanpa mengira halal dan haram), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.  Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab Neraka dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.

            Peperangan Uhud juga menyedarkan kita tentang bahayanya pengaruh kebendaan dalam diri pejuang Islam yang boleh menyebabkan kita bakal ditimpa dengan kekalahan dan kehinaan di dunia dan akhirat.  Selagi masih ramai pemimpin dan rakyat beragama Islam yang menjadikan pecah amanah sebagai amalan, rasuah sebagai keperluan,  hidup terlalu mewah atas penderitaan orang lain sebagai kebiasaan maka janji kemenangan dan kemuliaan daripada Allah masih jauh untuk dicapai. Kita mesti rasa malu dan hina bila indeks rasuah negara ini terus merudum ke tangga 44 daripada 163 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah sedangkan kedudukan Malaysia pada tahun lalu ialah pada tangga ke 39 daripada 158 negara

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Budaya mencari kesenangan dunia sehingga mengetepikan kepentingan agama yang subur dalam diri kenayakan umat Islam telah diambil kesempatan oleh musuh Islam terutama Kristian dalam memurtadkan umat Islam. Kita merasa risau bila adanya dakwaan yang perlu disiasat oleh pihak berwajib iaitu tentang adanya sebuah syarikat buku di Terengganu yang menawarkan gaji satu kali ganda kepada pekerja Islam yang bersetuju menukar agama. Begitu juga di Johor apabila ada pihak yang menawarkan secara percuma bantuan kewangan sehingga RM 50,000 kepada peniaga Islam yang gagal membayar hutang  along dengan syarat mereka perlu mengisi borang yang ada lambang salib yang disediakan oleh pihak berkenaan. Disamping itu adanya usaha yang cuba untuk menarik umat Islam untuk kembali kepada agama nenek moyang orang Melayu sebelum kedatangan Islam yang didakwa beragama Hindu. Begitu juga adanya pensyarah-pensyarah pusat pengajian tinggi yang menjadi pendakyah dalam memurtadkan pelajar. Kita merasa kecewa apabila menteri berkaitan agama masih lagi boleh bercakap bahawa masalah murtad dalam negara masih kecil dan terkawal sedangkan asakan murtad semakin lama semakin kuat dan berani. Wahai umat Islam! Bangkitlah sebelum makin tersepit, cegah sebelum parah, sekat sebelum merebak, berjuanglah hingga ke titisan darah terakhir jangan mudah menyerah kalah. Bersama kita menyanggah usaha musuh dalam  memurtadkan umat Islam. Jangan biarkan hanya air mata penyesalan yang mengalir bukannya titisan darah dan air peluh perjuangan yang dicurahkan.

Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura :

وما أصــبكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم ويعفوا عن كثير

Maksudnya : Dan apa sahaja musibah yang menimpa maka ia disebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan kamu

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ