• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,677,510 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,409 other followers

52. MENDAULATKAN KEMBALI BUMI ISRA’


 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah

Renungilah firman Allah dalam ayat 1 surah al-Isra’ :

سبحن الذي أسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام إلى المسجد الأقصى الذي بركنا حوله لنريه من ءايتنا  إنه هو السميع البصير

Maksudnya : Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Hari ini kita berada pada 27 Rejab yang mengingatkan kita kepada peristiwa Isra’ dan Mikraj yang berlaku pada tahun kesebelas selepas daripada kenabian Rasulullah s.a.w dan 2 tahun sebelum berlakunya Hijraturrasul dalam suasana nabi tertekan dengan ujian zahir dan batin. Peristiwa ini merupakan suatu anugerah yang berharga buat nabi Muhammad s.a.w dalam menguatkan lagi semangat serta mempertingkatkan lagi usaha ke arah mengembangkan dakwah Islamiah di muka bumi ini. Rasulullah s.a.w sebelum peristiwa ini telah kehilangan 2 orang pendokong utama dalam gerakan dakwah iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudara yang banyak berjasa Abu Tolib ditambah pula dengan tamparan hebat ketika berdakwah kepada penduduk Taif di mana bukan setakat dakwahnya ditolak malah tubuh baginda menjadi sasaran lontaran batu oleh penduduk Taif. Walau pun tekanan dan cemuhan serta kebiadapan penduduk Taif namun Rasulullah s.a.w masih yakin bahawa generasi yang bakal lahir daripada penduduk Taif ini akan menerima dan memperjuangkan Islam tidak sebagaimana pada hari itu. Ini kita dapat fahami daripada penolakan nabi s.a.w kepada tawaran malaikat penjaga bukit untuk menghancurkan penduduk Taif yang degil sebaliknya nabi mengangkat tangan lalu berdoa :

 اللهم اهد قومي فإنهم لايعلمون          yang  bermaksud : Wahai Tuhanku! Berikanlah petunjuk kepada kaumku sesungguhnya mereka tidak mengetahui.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Ketika nabi Muhammad s.a.w  dalam perjalanan Mikraj ke langit maka baginda ditawarkan dengan susu dan arak lalu nabi memilih susu yang menunjukkan kepada fitrah yang suci. Di sini kita melihat bagaimana berhati-hatinya nabi dalam bertindak agar umatnya sentiasa memilih Islam sebagai cara hidup bukannya terpedaya dengan dunia yang mempesona sehingga lupa kepada kehidupan akhirat. Pada hari ini kita dapat lihat bagaimana umat Islam dibentangkan dengan rezeki yang banyak tetapi ada di kalangan kita yang memilih perkara yang haram termasuk arak, najis dadah dan sebagainya untuk digunakan sehingga rosaknya masyarakat. Malah Allah telah menganugerahkan hasil mahsul negara umat Islam yang begitu banyak tetapi akibat kejahilan dan kedegilan maka ada pemimpin umat Islam yang memilih jalan  dalam mengaut keuntungan melalui perniagaan arak, judi dan beberapa perniagaan haram yang lain. Umat Islam hari ini juga banyak bergantung dan lebih yakin kepada barangan buatan orang bukan Islam termasuk dalam bahan makanan seharian. Umat Islam kurang yakin kepada hasil yang mereka sendiri keluarkan kerana telah lama ditanam bahawa barangan yang terbaik adalah barangan yang dikeluarkan oleh mereka yang pernah menjajah negara umat Islam. Umat Islam bagaikan lupa kepada pemilihan yang telah dibuat oleh nabi dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj sebaliknya menjadikan hawa nafsu sebagai neraca dalam memilih perkara yang disukainya tanpa mengira hukum halal, haram dan syubhat.

            Rasulullah s.a.w turut dipanggil oleh panggilan kristian dan yahudi tetapi baginda tidak menyahutnya lalu diberitahu oleh Jibril sekiranya nabi menyahutnya maka ramailah di kalangan umat nabi Muhammad nanti menjadi Kristian dan yahudi. Sekali lagi kita dapat melihat bagaimana kebijaksanaan nabi dalam berdepan dengan panggilan tersebut kerana ia akan banyak mempengaruhi keadaan umatnya nanti. Panggilan Kristian dan yahudi terus berjalan sehingga hari ini dalam menyesatkan umat manusia kerana kita melihat bagaimana kesungguhan Kristian dalam mengkristiankan 1/3 rakyat Asia Tenggara samada melalui dakyah, tawaran kebendaan atau pun sihir. Umat Islam di negara ini ramai yang telah murtad ditambah lagi dengan perundangan yang ada merela dan membenarkan mereka untuk murtad sesuka hati.  Malah minggu lepas heboh diperkatakan bagaimana pihak Kristian telah memasukkan air suci mereka di dalam air mineral untuk dijual kepada orang ramai. Oleh itu berhati-hatilah kita agar tidak menjadi mangsa kepada sihir mereka di mana kebanyakan orang yang terminum air suci kristian tidak dapat mengucap 2 kalimah syahadah dan tidak boleh mendengar azan dan sebagainya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Musuh Islam juga bukan setakat menyeru umat Islam untuk murtad tetapi turut berusaha agar umat Islam menerima dan tunduk kepada ideologi ciptaan mereka seperti sekularisme yang banyak diterima pakai di negara umat Islam serta bergerak dari sudut ekonomi dalam lingkungan pengaruh kapitalisme, sosialisme, komunisme dan lain-lain. Musuh Islam terus berusaha sedaya upaya yang mungkin dalam menjauhkan umat Islam daripada sistem Islam yang menyeluruh kerana jika umat Islam berjaya mengembalikan semula seluruh sistem Islam dalam kehidupan mereka maka segala usaha dan matlamat kuffar akan terkubur.

Pengganas kuffar terutama yahudi turut menggunakan cara kekerasan dalam merajai dunia namun mereka berdepan dengan tentangan umat Islam yang bangkit menentang mereka. Bagi memudahkan usaha dalam menjayakan perancangan mereka dalam menguasai dunia maka usaha menyebarkan fitnah melalui media massa yang sememangnya dikuasai oleh yahudi dalam menggelarkan umat Islam sebagai pengganas agar seluruh dunia bangun memerangi umat Islam tidak kira di mana mereka berada. Pemimpin negara umat Islam yang tidak sedar diri turut membantu pengganas kuffar dalam menangkap rakyat sendiri yang dituduh sebagai penggganas bertujuan untuk mengampu pimpinan pengganas kuffar terutama Amerika Syarikat. Dalam pada itu pemimpin negara ini baru mengakui bahawa Amerika tidak memberi layanan yang baik kepada pimpinan negara ini begitu juga rakyatnya apabila ingin memasuki Amerika sedangkan beberapa kemahuan negara ketua pengganas dunia itu telah dibuat. Mengapakah pemimpin negara tidak mengambil iktibar apa yang berlaku kepada Pemimpin Palestin yang telah menggadai tanah kepada yahudi serta menangkap pejuang Islam malah ada yang dibunuh tetapi yahudi terus menekan dan mengepungnya. Ingatlah bahawa kuffar tidak sekali-kali akan suka kepada kita di mana mereka akan menggunakan umat Islam untuk kepentingan mereka tetapi apabila sudah tiada kepentingan maka kuffar akan menghapuskannya walau pun sudah banyak usaha dan bantuan yang telah dihulurkan kepada kuffar durjana.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Sambutan dalam memperingati peristiwa Isra’ dan Mikraj pada tahun ini menjadi lebih hangat apabila Amerika Syarikat yang telah dibeli oleh yahudi telah mengumumkan bahawa Baitul Maqdis bumi Isra’ yang penuh berkat telah dijadikan ibu negara kepada negara haram yahudi. Pengumuman ini merupakan suatu pengkhianatan besar serta akan menambahkan lagi penentangan umat Islam terhadap pengganas yahudi. Kita umat Islam yang bermaruah mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan jahat ini kerana ia akan memberi kesan yang besar terutama kepada Masjid al-Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam. Amerika turut menjadi kuda tunggangan yahudi dalam melawan umat Islam termasuk dalam mempengaruhi ulama’ Islam agar mengubah fatwa mengenai syahidnya penyerang berani mati serta fatwa dalam memboikot barangan keluaran Amerika dan Israel. Amerika juga berusaha dalam mengubah sukatan pengajian di Universiti al-Azhar dalam membuang bab jihad tetapi semua usaha ini terus ditolak. Di sini kita dapat melihat bagaimana Amerika dan negara haram yahudi walau pun pada zahirnya begitu kuat dari segi kebendaan dan senjata namun mereka begitu gerun dengan kebangkitan umat Islam yang merupakan saingan terakhir mereka dalam menguasai dunia. Umat Islam kembali digeruni kerana mereka bersatu atas dasar Islam dengan menghapuskan semangat kebangsaan yang sempit yang telah menghancurkan kekuatan mereka selama ini. Selain itu kuffar turut menekan malah terus menyerang Iraq yang telah lama menderita. Malah kita di Asia Tenggara terutama Malaysia dan Indonesia yang dituduh pusat yang melahirkan pengganas turut ditekan terutama yahudi telah membina pusatnya di Singapura yang bila-bila masa digunakan untuk kepentingan yahudi di rantau ini. Oleh itu sebelum terlambat marilah kita sama-sama kembali bersatu di bawah panji Islam dalam memerangi kuffar durjana. Kemuliaan umat Islam hanya dapat dikembalikan dengan Islam bukannya dengan tunduk menyembah kaki pengganas kuffar.

Renungilah firman Allah dalam  ayat 286 penutup surah al-Baqarah yang merupakan ayat yang diterima oleh nabi semasa bertemu Allah pada malam Isra’ Mikraj selain daripada kewajipan solat lima waktu sehari semalam:

لايكلف الله نفسا إلا وسعها لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا  ربنا ولا تحمل علينا إصرا كما حملته على الذين من قبلنا  ربنا ولا تحملنا مالا طاقة لنا به واعف عنا واغفرلنا وارحمنا أنت مولئنا فانصرنا على القوم الكفرين

Maksudnya : Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat ganjaran kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau mengirakan kami berdosa jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami!Janganlah Engkau bebankan ke atas kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu bantulah kami dalam mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kufur.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: