• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3












  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,687,235 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,429 other followers

Pengganas zionis Yahudi tak pernah ikut undang-undang


KOTA BHARU, 4 Jun: “Mengapa kita bercakap pasal prosedur undang-undang, mereka bunuh orang Islam tak ikut undang-undang, mereka sekat Gaza sampai mati kebuluran itu ikut undang-undang? Adakah Israel sebelum ini menghormati undang-undang?” soal Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abd Latif Ahmad berhubung kenyataannya bahawa reaksi awal parti pembangkang yang mendesak dunia Islam agar bertindak segera terhadap kekejaman Israel yang menyerang konvoi kemanusiaan ke Gaza sebagai tong kosong dan berunsurkan politik.

“Dia (pembangkang) mengambil inisiatif tong kosong, mereka bercakap dan tak buat apa-apa, saya rasa mereka sebenarnya tak tau prosedur kerana mereka tak pernah jadi pemerintah, sementara kita ada pengalaman bukan kali pertama rakyat kita di tahan oleh macam-macam organisasi.

“Selama ini pendekatan kita amat positif dan membuahkan hasil, kita tak bolehlah ikut pembangkang,” kata Abd Latif selepas merasmikan persidangan mesyuarat cawangan Umno bahagian Ketereh di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), Peringat.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, jika demikian reaksi Abd Latif maknanya Umno sebenarnya yang berpolitik.

“Persoalannya kenapa tidak terima usul yang dibawa oleh Presiden (Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang) supaya diadakan sidang tergempar bagi membincangkan khusus tentang insiden tersebut?

“Kalau dia kata tin kosong, Dewan Rakyatlah tempat yang terbaik untuk kita menyatakan hasrat,” katanya lagi.

Bagaimanapun, tegas Mujahid, Pakatan Rakyat (PR) akan meminta Dewan Rakyat membahaskan isu bantuan kemanusiaan yang disekat itu pada hari pertama persidangan yang bermula pada 7 Jun ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: