• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,678,031 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,416 other followers

1. AQIDAH PENGUKUH TAMADUN


 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  Janganlah  kita  hanya  tahu  mendengar  sahaja  perkataan  taqwa  serta  menyebutnya  sedangkan  ia  tidak  menyerap  ke dalam  sanubari  kita . Hitunglah  diri kita  setiap  masa  samada  semakin  hampir  kepada  Allah atau  sebaliknya.  Adakah  amalan  soleh  kita  semakin  meningkat  atau pun  menurun….

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman  Allah  dalam  ayat  2 dan 3  surah al-Ankabut :

أحسب    الناس  أن  يتركوا  أن  يقولوا  آمنا  وهم  لايفتنون  .   ولقد  فتنا  الذين  من  قبلهم   فليعلمن  الله  الذين  صدقوا  وليعلمن  الكذبين  .

 

Maksudnya  :  Adakah  manusia itu mengira  bahawa  mereka akan dibiarkan  untuk  mengatakan  : “ Kami  telah beriman “,  sedangkan  mereka  belum  diuji.  Dan  sesungguhnya Kami  telah  menguji  orang-orang  yang  sebelum mereka  maka sesungguhnya  Allah mengetahui  orang-orang  yang  benar  dan  Dia  mengetahui  orang-orang  yang  berdusta.

            Kita  pada  hari  ini berada dipenghujung bulan Ramadhan yang penuh  keberkatan  dan  maghfirah. Kita tidak mahu kedatangan Ramadhan saban tahun adalah sama sahaja di mana sikap dan sifat kita tetap ditakuk yang lama malah bertambah buruk. Kita juga tidak mahu berlakunya ibadat secara bermusim iaitu hanya pada bulan Ramadhan sahaja kita memperbanyakkan ibadat kepada Allah sedangkan apabila berlalunya Ramadhan kita terus meninggal atau mengabaikan  amalan dan ibadat soleh itu. Apa yang kita mahu ialah Ramadhan yang kini sudah  berada pada hari terakhir pada hari ini mampu meniup azam dan semangat baru dalam berbuat amalan soleh dan juga mampu melahirkan keperibadian muslim yang sejati dengan sifat dan kelakuan yang bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh Islam. Kita juga mahu al-Quran yang kita baca samada secara individu atau pun tadarrus secara ramai-ramai sepanjang Ramadhan lalu mampu meresap dihati sehingga memungkinkan kita untuk menghayatinya dalam perjalanan hidup kita seharian. Renungilah  firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Anfal :

 

إنما المؤمنون الذين إذا ذكر  الله  وجلت  قلوبهم  وإذا  تليت  آياته  زادتهم  إيمانا  وعلى  ربهم  يتوكلون .  الذين  يقيمون الصلاة ومما  رزقنهم  ينفقون .

 

Maksudnya : Sesungguhnya  orang-orang yang beriman itu adalah mereka di mana apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah keimanan mereka dan kepada Tuhanlah mereka berserah diri. Iaitu orang-orang yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

 

Sidang Jumaat yang diberkati  Allah,

            Tidak lupa juga pada hari ini telah seminggu kita berada di alaf baru. Jika pada tahun-tahun sebelum ini kita menyaksikan mereka yang menyambut kedatangan tahun baru dengan penuh kemeriahan yang diisi dengan program-program maksiat  maka pada tahun ini telah berlangsungnya kemuncak perayaan yang penuh  dengan program maksiat telah diadakan secara besar-besaran sempena ketibaan alaf baru. Kita dapat saksikan bagaimana bulan Ramadhan tidak lagi dihormati sehingga muda-mudi Islam sendiri turut hanyut dengan pakaian yang menjolok mata, hiburan yang melekakan daripada artis tempatan dan luar negara yang dijemput khas, minuman arak dan sebagainya. Pemimpin yang mengaku Islam memberikan jawapan yang begitu dangkal dan memualkan apabila ditanya tentang perkara ini yang boleh diadakan secara terbuka di sebuah negara yang tertera di dalam perlembagaannya Islam sebagai agama rasmi. Beliau mengatakan bahawa pihak pemerintah tidak boleh menyekat agensi atau syarikat yang menganjurkan program maksiat ini kerana permit telah diluluskan dan persiapan telah dilakukan. Inilah dia apabila keuntungan material menjadi tunjang pemerintahan menyebabkan aqidah dan perkara agama hanya dianggap perkara biasa sahaja. Sebuah agensi atau syarikat yang hanya dikuasai oleh beberapa individu sahaja tidak mampu disekat oleh sebuah kerajaan yang memerintah negara dalam menghina kehormatan Islam sebagai agama rasmi negara sedangkan sebuah negeri yang didokong oleh sebahagian besar rakyatnya yang mahu menjalankan perundangan Islam boleh diambil tindakan jika menjalankannya. Di manakah letaknya takrif Islam sebagai agama rasmi dan kebebasan beragama sebagaimana yang dijamin oleh perlembagaan negara. Inilah yang perlu difikirkan bersama kerana insya Allah alaf baru ini akan menyaksikan alaf kemenangan Islam dan juga menpertahankan kemenangan yang telah dicapai serta mengisi kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah.Pada penghujung abad lalu telah menyaksikan kebangkitan seluruh umat Islam setelah mereka berada dalam kegelapan jahiliah dan kezaliman sistem ciptaan manusia dengan jatuhnya Khilafah Uthmaniah Turki pada tahun 1924 yang lalu. Dunia telah menyaksikan penderitaan dan pencabulan hak asasi di negara-negara umat Islam yang hanya merupakan masyarakat minoriti secara silih berganti dan bagaikan tiada kesudahan. Insya Allah kedatangan alaf baru ini mampu memberi sinar kebahagiaan kepada seluruh umat Islam dengan kemenangan yang bakal dicapai dengan izin Allah.

 

Sidang Jumaat yang dihormati

            Dalam mencapai kemenangan dan juga mempertahankan kemenangan maka perkara utama yang mesti ditekankan ialah masalah aqidah kerana tanpa aqidah atau keimanan yang kukuh kepada Allah dan janjiNya maka umat Islam akan terus dihina oleh Allah. Rasulullah s.a.w sendiri ketika memulakan dakwah di kota Mekah sebelum terbinanya daulah Islamiah di Madinah telah menerapkan masalah aqidah sehingga umat Islam pada masa itu mampu tunduk dan patuh kepada setiap arahan daripada Allah dan rasulNya tanpa banyak dalih.

            Kita juga dapat melihat bagaimana di dalam al-Quran banyak menekankan masalah aqidah kerana tanpa aqidah yang kukuh maka umat Islam tidak mampu melawan arus jahiliah yang semakin kuat bergelora. Seperti nasihat Lokmanul Hakim kepada anaknya dalam ayat 13 surah Luqman :

وإذ  قال  لقمان  لابنه  وهو  يعظه  يبني  لا تشرك  بالله  إن  الشرك  لظلم  عظيم  .

Maksudnya : Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya di waktu ia memberi pengajaran kepadanya : “ Wahai anakku! Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar”.

            Perkara aqidah ini perlu ditekankan dalam setiap diri umat Islam agar mereka mampu menghadapi setiap ujian dan rintangan yang mendatang samada secara luaran mahu pun dalaman. Dengan aqidah yang kukuh akan memudahkan umat Islam untuk membezakan antara kebenaran dan keadilan Islam dengan kesesatan dan kezaliman sistem ciptaan manusia.Ramai umat Islam pada hari ini mampu menghadapi serangan melalui senjata tetapi ramai dikalangan mereka yang tewas dan terkeliru apabila berdepan dengan serangan ideologi dan ramai lagi yang gugur apabila diuji dengan kemewahan dunia terutama golongan pemimpin.

Ingatlah sabda Rasulullah sa.w :

والله  للفقر  أخشى  عليكم  ولكن  أخشى  عليكم  أن  تبسط  عليكم  الدنيا  كما  بسطت  على  من  كان  قبلكم  فتنافسوها  كما  تنافسوها  فتهلككم  كما  أهلكتهم  .

 

Maksudnya  :  Demi  Allah!  Aku tidak bimbang  kefakiran yang menimpa kamu tetapi  apa yang aku bimbang  ialah  apabila dibentangkan kemewahan  dunia  sebagaimana  yang  telah  dibentangkan  kepada umat sebelum kamu maka kamu  akan  berbalah  sebagimana  mereka telah berbalah maka kamu  akan dihancurkan  sebagaimana  dihancurkan umat sebelum kamu.

Kita pernah menyaksikan di dalam sejarah Islam di mana Kota Baghdad yang merupakan kota yang penuh dengan pembangunan dunia pada masa itu sehingga umat Islam terus leka dan alpa dan semangat jihad mereka mula hilang sehingga Allah menurunkan bala dengan serangan tentera Tatar dari Monngol. Dalam masa sekejap sahaja kerajaan Baghdad dihancurkan sehingga kitab-kitab dimusnahkan dengan dihumban ke dalam sungai Furat dan warna air sungai itu bertukar menjadi hitam dengan dakwat  daripada kitab-kitab itu.Tetapi tidak berapa lama selepas itu  tentera Tatar telah memeluk Islam apabila tertarik melihat kepada keelokan akhlak umat Islam yang masih terpelihara aqidahnya. Inilah merupakan antara peristiwa yang pelik di mana pemerintah memeluk agama orang yang diperintah tidak sebagaimana kebiasaan di mana orang diperintah akan memeluk agama pemerintah.

Begitu juga yang berlaku kepada kerajaan Islam di Andalus Sepanyol apabila mereka hanyut dengan kemewahan dunia dan aqidah rakyat kian terhakis manakala kekuatan kerajaan Kristian yang berdekatan bertambah kuat dan memulakan gerakan untuk menjatuhkan kerajaan Islam itu. Melihat ancaman daripada Kristian maka para pimpinan negara itu bermesyuarat dan seorang daripadanya mengatakan bahawa mereka perlu meminta bantuan daripada Yusuf Tashikin pemimpin negara Islam Muarabitin Afrika dalam menahan kemaraan Kristian.Apabila anak pimpinan itu bertanya masalah yang akan berlaku jika bantuan diterima daripada negara Islam Murabitin Afrika itu akan menyebabkan kerajaan Islam andalus Sepanyol ini akan dijajah oleh kerajaan itu maka dengan tegas pemimpin itu menjawab : Wahai anakku! Demi Allah tidak kedengaran sama sekali daripadaku selama-lamanya bahawa aku akan mengembalikan Andalus Sepanyol ini menjadi negara kafir dan aku juga tidak akan meninggalkannya secara mudah kepada Kristian kerana jika aku berbuat demikian seperti aku relah laknat Allah yang akan disebut oleh seluruh umat Islam di atas minbar-minbar sebagaimana yang telah berlaku kepada mereka selainku. Demi Allah aku lebih rela menjadi pengembala unta kepada Yusuf Tashikin pemimpin Islam Murabitin Afrika daripada aku menjadi pengembala babi kepada pemimpin Kristian.

Daripada hadis nabi s.a.w dan juga 2 kisah di atas maka bertambah yakinlah kita bagaimana masalah aqidah ini merupakan perkara asas dalam kehidupan sehingga ia akan menjaga kita daripada tersungkur ke lembah kehinaan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: