• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,675,833 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,409 other followers

92. UKHWAH ISLAMIAH KUKUH UMMAH UTUH


 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 41 surah al-Hajj :

الذين ان مكنــهم فى الأرض اقاموا الصلوة واتوا الزكوة وامروا بالمعروف ونهوا عن المنكر ولله عاقبة الامور

Maksudnya:  Mereka adalah orang-orang yang apabila kami berikan kekuasaan di muka bumi maka mereka sentiasa mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Dan kepada Allah jualah kembali segala urusan.      

            Penindasan, penderitaan, kekejaman serta kezaliman yang menghimpit umat Islam hari ini kebanyakannya berpunca daripada sikap kita sendiri yang terlalu membuka ruang kelemahan sehingga ia digunakan sepenuhnya oleh kuffar untuk melakukan penjajahan baru terhadap umat Islam. Umat Islam tidak sepatutnya menjadi bahan mainan serta mangsa penindasan kuffar durjana sedangkan pada diri kita sudah mempunyai dua panduan berharga iaitu al-Quran dan Hadis nabi yang sememangnya telah membawa kegemilangan dan kemuliaan hidup kepada umat yang berpegang teguh serta melaksanakan seluruh system yang ditunjuk oleh keduanya tanpa ada di sana sebarang perasaan sangsi dan was-was terhadapnya. Betapa malangnya umat Islam yang hanya tahu membaca al-Quran semata-mata untuk mengejar fadhilat sahaja serta hanya sekadar tahu bahawa al-Quran merupakan ubarat mujarrab yang mampu mengubati segala penyakit manusia sedangkan ramai di kalangan umat Islam sendiri tidak bersungguh dalam melaksanakan seluruh system yang telah ditunjukkan oleh al-Quran yang menyebabkan pelbagai penyakit yang timbul dan apa yang lebih malang umat Islam terus terjajah oleh system tajaan kuffar terutama yahudi. Kebanyakan umat Islam hari ini seumpama orang yang hanya tahu membaca tentang peraturan kegunaan sesuatu ubat yang tertera pada kulit ubat sahaja sedangkan dia tidak memakan ubat yang berada di dalamnya maka penyakitnya bukan sahaja tidak sembuh malah perbuatannya menjadi sia-sia. Ingatlah bahawa al-Quran dan hadis nabi bukan untuk setakat dibaca tetapi apa yang lebih penting adalah pelaksanaan terhadap segala suruhan dan menjauhi segala larangan Allah S.W.T dan rasulNya barulah ia benar-benar akan menjadi ubat penawar kepada segala masalah dan penyakit manusia.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

                Antara sebab yang besar yang membawa kepada beraninya kuffar untuk menjajah dan menindas umat Islam akibat hilangnya khilafah Islamiah yang selama ini memberi bantuan dan naungan kepada umat Islam melalui kekuasaan pemerintahan yang ada. Jika umat Islam sebelum berdirinya Daulah Islamiah di Madinah telah ditindas dan disiksa dengan sewenangnya oleh kafir Quraisy maka umat Islam hari ini turut menerima nasib yang sama walau pun jumlahnya begitu ramai tetapi seumpama buih di laut yang tidak memberi manfaat walau pun banyak. Bezanya umat Islam yang tertindas di Mekah tetap mempertahankan keimanannya walau pun mereka tahu bahawa tiada negara lain yang mampu membantu mereka dan jumlah mereka pula adalah sedikit. Sedangkan umat Islam hari ini ditindas di tengah-tengah negara umat Islam yang begitu banyak tetapi tidak berani membantu saudara seagama malah apa yang lebih malang ada kalangan umat Islam sendiri turut membantu kuffar dalam menjajah dan melakukan keganasan di atas bumi umat Islam.

            Menyedari tentang kelemahan akibat perpecahan di kalangan umat Islam sendiri maka sewajarnya kita mengorak langkah untuk kembali bersatu di bawah panji Islam. Kita mesti membina kembali Ukhwah Islamiah atau ikatan persaudaraan berlandaskan Islam dengan memenuhi beberapa syarat utamanya yang akan menjadi pemangkin ke arah mengembalikan semula kekuasaan Khilafah Islamiah yang hilang. Pertamanya Ukhwah Islamiah mesti dibina atas dasar ikhlas kepada Allah S.W.T kerana persaudaraan yang dibina semata-mata atas dasar ikatan darah daging atau harta serta kepentingan diri pasti musnah dan tidak mampu menyatukan umat Islam keseluruhannya. Hasil daripada keikhlasan inilah maka Islam mampu tersebar ke seluruh pelusuk dunia kerana para pendakwah dan pejuang Islam merasakan bahawa seluruh umat manusia mesti diselamatkan daripada kekufuran dan apabila manusia telah menerima Islam maka mereka adalah saudara yang mesti dikasihi sebagaimana mereka mengasihi diri sendiri. Dari sini wujudnya suatu kesatuan yang kuat dalam mengembangkan lagi dakwah Islam serta usaha yang bersungguh dalam mempertahankannya sehingga Islam mampu merajai dunia serta musuh tidak berani untuk menjajah umat Islam yang begitu kukuh ikatan persaudaraan sesama mereka.

 

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Keduanya Ukhwah Islamiah mestilah dibina atas dasar iman dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Ikatan ini adalah lebih kukuh seumpama binaan yang dibina dengan tersusun rapi yang tidak mudah untuk diroboh dan tidak pula senang untuk diceroboh. Firman Allah S.W.T dalam ayat 67 surah az-Zukhruf

الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقون

Maksudnya :  Dan mereka yang bersahabat setia pada hari itu menjadi musuh antara satu sama lain kecuali mereka yang bertaqwa

            Kuffar begitu takut untuk menyerang umat Islam ketika adanya khilafah yang menaungi keselamatan dan kebajikan umat Islam kerana umat Islam dilihat  oleh musuh seumpama serigala yang saling berbalah sesama sendiri apabila tiada musuh. Sebaliknya apabila mereka melihat ada musuh yang melintas maka mereka akan berhenti daripada berbalah sesama sendiri lalu menerkam kepada musuh yang datang. Sebaliknya pada hari ini umat Islam begitu lemah ikat persaudaraan mereka di mana mereka saling berseronok ketika senang dan mewah tetapi saling berbalah ketika susah apatah lagi ketika menghadapi musuh yang datang menjajah. Umat Islam hari ini begitu berani melawan sesama sendiri termasuk memenjara dan menindas saudara seagama tetapi begitu takut dan gentar apabila berhadapan dengan kuffar malah apa yang lebih malang umat Islam sendiri saling bantu-membantu dengan kuffar untuk menyerang umat Islam sebagaimana yang berlaku di Afghanistan dan Iraq. Inilah antara perbezaan yang jelas antara persaudaraan yang di asaskan atas dasar Islam dengan persaudaraan yang didirikan atas dasar kebangsaan sempit dan jahiliah. Umat Islam dahulu dimuliakan oleh Allah S.W.T kerana saling berpakat untuk sepakat sedangkan umat Islam hari ini dihina oleh Allah S.W.T akibat berpakat untuk berpecah atas semangat kebangsaan masing-masing sehingga mereka terus menjadi mangsa penjajahan dan penindasan kuffar yang tidak berperi kemanusiaan. Umat Islam dahulu benci kepada penjajah dengan bersatu menghadapi musuh sedangkan umat Islam hari ini benci kepada penjajah tetapi terus menjemput kuffar untuk datang menjajah disamping mengguna pakai system penjajah dalam banyak system kehidupan.

 

 

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

                Ketiganya Ukhwah Islamiah mestilah dibina atas dasar nasihat menasihati agar umat Islam dapat menghindari sebarang perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T serta bergerak atas landasan yang betul sehingga syiar dan syariat Islam dapat dilaksanakan dengan sebaiknya mengikut kehendak wahyu bukannya nafsu. Sabda nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim :

الدِّيْنُ النَّصِيْحَة قُلْنَا : ِلمَنْ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟. قَالَ : ِللهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأئِمَّةِ  المُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ

Maksudnya : Agama Islam adalah nasihat. Lalu kami bertanya : Untuk siapa wahai Rasulullah!. Jawab baginda : Untuk Allah S.W.T, untuk KitabNya, untuk RasulNya, untuk pemimpin-pemimpin muslimin dan untuk muslimin keseluruhannya.

                ِApa yang dimaksudkan dengan nasihat untuk Allah S.W.T ialah beriman denganNya, menolak sebarang perkara yang syirik serta meletakkan ketaatan penuh kepadaNYa. Nasihat untuk KitabNYa ialah membacanya dengan betul, mengamal hukum hakamnya serta melaksanakan segala system yang terkandung di dalamnya. Nasihat untuk RasulNya pula ialah beriman dengannya, mengamalkan segala sunnahnya serta mentaati segala perintah dan menjauhi segala tegahannya. Nasihat untuk pemimpin muslimin ialah menegur atas kesilapan disamping mentaati mereka dalam perkara yang bertepatan dengan kehendak syarak. Nasihat untuk para muslimin ialah memberi mereka manfaat, menghindarkan kemudharatan, menyuruh kepada kebaikan serta mencegah daripada kemungkaran.

Firman Allah dalam ayat 15  surah al-Hujurat :

إنما المؤمنون الذين ءامنوا بالله ورسوله ثم لم يرتابوا وجــهدوا بأمولهم وأنفسهم فى سبيل الله  أولئك هم الصــدقون

Maksudnya : Sesungguhnya  orang-orang yang beriman hanyalah mereka yang beriman kepada Allah S.W.T dan rasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah S.W.T. Mereka itulah orang-orang yang benar

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: