• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

133. BAHAYA SISIH CARA HIDUP ISLAM

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  6 -7  surah Loqman :

ومن الناس من يشترى لهو الحديث ليضل عن سبيل الله بغير علم ويتخذها هزوا أولئك لهم عذاب مهين وإذا تتلى عليه ءايـتنا ولى مستكبرا كأن لم يسمعها كأن فى أذنيه وقرا فبشره بعذاب أليم

Maksudnya : Dan ada di antara manusia, orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan yang menyesatkan dirinya dan orang ramai daripada agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang ilmu pengetahuan. Dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai bahan ejekan. Merekalah merupakan orang-orang yang akan menerima azab yang menghinakan. Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami lalu berpalinglah dia dengan angkuhnya seolah-olah dia tidak mendengarnya seperti ada penyumbat pada kedua-dua telinganya. Maka sampaikanlah berita kepadanya berkenaan balasan azab yang tidak terperi sakitnya.

            Islam merupakan agama yang bersesuaian dengan fitrah kejadian manusia di mana umat Islam yang benar-benar melaksanakan cara hidup Islam dalam kehidupan mereka bakal lahir sebagai umat yang pertengahan dalam tindak-tanduk mereka di mana umat ini tidak terlalu lembut hingga mudah dipermainkan oleh musuh dan tidak pula terlalu ganas hingga menggugat keamanan orang lain. Kegagalan dalam menghayati cara hidup berdasarkan apa yang telah disarankan oleh Islam di kalangan umat Islam sendiri telah menyebabkan keindahan dan kehebatan Islam gagal ditonjolkan. Sikap kurang yakin dengan sistem Islam di kalangan umat Islam turut menambahkan lagi masalah yang sedia ada sehingga Islam dipandang seperti agama-agama lain yang wujud di dunia ini yang berbentuk amalan dan kepercayaan peribadi yang tiada kaitannya dengan sistem kehidupan yang lebih luas.  Apa yang lebih malang apabila adanya segelintir umat Islam yang sanggup menghina sistem Islam ditambah dengan masalah adanya umat Islam yang tidak lagi sayang kepada Islam sehingga sanggup murtad keluar daripada Islam tanpa rasa bersalah malah merasa begitu bangga kerana berbuat jenayah yang begitu keji itu.

Ingatlah kita kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim:

قال الرسول e  لا يَحِلُّ دَمُ امْرِىءٍ إلا بِإِحْدَى ثَلاثٍ : الثَيِّبُ الزَّانِي وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ  وَالتَّارِكُ لِدِيْنِهِ المُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ

Maksudnya: Tidak halal darah seorang muslim itu melainkan dengan salah suatu daripada tiga perkara : Orang yang telah berkahwin yang berzina, membunuh diri orang lain dan meninggalkan agamanya (murtad) yang memisahkan daripada kaum muslimin

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  217  surah al-Baqarah :

ومن يرتدد منكم عن دينه فيمت وهو كافر فأولئك حبطت أعمالهم فى الدنيا والآخرة وأولئك أصحاب النار هم فيها خـلدون

Maksudnya : Dan sesiapa daripada kamu yang murtad daripada agamanya lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir maka gugurlah amalan-amalan mereka di dunia dan akhirat. Dan mereka menjadi ahli neraka yang mereka akan kekal di dalamnya selama-lamanya

            Kekuatan umat Islam bertunjang daripada aqidah di mana jika aqidah umat Islam runtuh menyebabkan pelbagai masalah lain terutama keruntuhan akhlak akan berlaku dengan lebih meluas tanpa kawalan. Umat Islam  baru sahaja menerima keputusan kes Azlina Jailani atau lebih dikenali dengan nama Lina Joy yang telah lama mengaku murtad bagi memadamkan perkataan Islam pada kad pengenalannya di mana permohonannya itu telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan. Kes Lina Joy ini sebenarnya begitu menghina dan menggugat kedudukan umat Islam kerana keputusan ini hanya tidak membenarkan perkataan Islam dibuang daripada kad pengenalan sedangkan Lina Joy yang murtad tidak diambil apa-apa tindakan sewajarnya. Malah baru-baru ini ada seorang pelajar Universiti yang mengaku melalui laman blog dalam internet bahawa dia telah keluar daripada Islam kerana tidak dapat menerima beberapa hukum dalam Islam dan kini berkeadaan tiada agama. Oleh itu, kita mendesak agar kerajaan dapat menggubal undang-undang murtad bagi menangani masalah ini yang semakin serius. Kita begitu bimbang bila mendengar alasan pemimpin yang berkata bahawa masalah murtad ialah suatu masalah kecil berbanding masalah ekonomi yang lebih penting. Jika masalah aqidah ini dipandang ringan maka nasib Islam dan umat Islam semakin lama semakin parah dalam negara sendiri. Jenayah murtad adalah antara jenayah yang paling bahaya sehingga diminta supaya dihukum bunuh mereka yang terlibat dengan jenayah ini setelah enggan bertaubat sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas :

قال الرسول e : مَنْ بَدَّلَ دِيْنَهُ فَاقْتُلُوْهُ

Maksudnya: Sesiapa yang menukarkan agamanya maka hendaklah kamu membunuhnya

 

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Firman Allah dalam  ayat 71 surah al-Mukminun:

ولو اتبع الحق أهواءهم لفسدت السموت والأرض ومن فيهن بل أتينـهم بذكرهم فهم عن ذكرهم معرضون

Maksudnya : Dan Sekiranya kebenaran itu tunduk menurut kehendak hawa nafsu mereka nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta apa yang ada padanya. Bahkan Kami telah berikan kepada mereka itu al-Quran untuk kehormatan sebutan mereka namun mereka tetap berpaling daripada kehormatan itu

            Bila aqidah telah rosak maka keadaan akhlak semakin parah terutama kita berasa terhina dan malu apabila umat Islam sendiri ramai yang membiarkan anak-anak mereka bekerja di pusat judi, rumah urut dan premis arak. Begitu juga dengan tindakan pihak pengurusan akhbar berbahasa Melayu seperti Berita Harian, Utusan Malaysia dan Metro yang tanpa segan silu menyiarkan iklan nombor ekor dan judi di mana ada akhbar melayu yang dijangka mendapat RM 1.14 juta setahun daripada hasil iklan judi. Umat yang jahil dan tidak mengamalkan cara hidup Islam tidak memandang berat masalah halal haram, dosa pahala, syurga neraka asalkan duit masuk dan nafsu seronok. Dunia dikejar akhirat ditinggal, nafsu dijulang agama dibuang

            Kita juga bimbang dengan suatu kajian yang mendapati secara purata 46 peratus remaja negara ini terlibat dengan zina atau 35 orang remaja setiap hari terlibat dengan jenayah zina. Berdasarkan statistik daripada 430 000 bayi yang dilahirkan setiap tahun, seramai 13 500 orang daripadanya dilahirkan oleh golongan remaja berumur 15 hingga 19 tahun. Antara punca utama kepada berlakunya penzinaan sehingga meningkatnya pembuangan bayi di kalangan remaja adalah hasil pendedahan konsert hiburan, pergaulan bebas, arak, disko serta program yang merosakkan daripada media cetak dan elektronik disamping institusi keluarga yang musnah. Kita semakin gerun apabila kadar jenayah yang semakin meningkat ketika negara baru mahu menyambut 50 tahun merdeka di mana dari tahun 2000 hingga 2006  jumlah dari sekecil-kecil jenayah sehingga sebesar-besar jenayah berjumlah 150 ribu hingga 200  ribu kes setahun. Sedangkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam suatu kajiannya memperakui peranan agama dalam menangani masalah sosial apabila statistik menunjukkan pelajar agama dan keluarga yang faham serta amal agama lebih rendah terlibat dengan masalah sosial berbanding pelajar yang tidak belajar agama dan keluarga yang jahil agama. Oleh itu marilah kita sama-sama meningkatkan kefahaman agama dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian barulah kita selamat di dunia dan akhirat.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia ini juga maka kita mendesak agar Kerajaan Thailand memberi hak yang sepatutnya kepada umat Islam terutama di Selatan negara itu. Kita juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan bacul yahudi Israel yang terus membunuh umat Islam di Palestin disamping terus berusaha dalam meruntuhkan masjid Aqsa. Zionis yahudi sepatutnya ingat bagaimana keadaan yahudi sebelum ini yang ditindas dan dihina sepanjang berada di bumi Eropah termasuk dibunuh oleh tentera Nazi Jerman. Yahudi mula merasai nikmat keamanan sebagai rakyat dan pernah dilantik menjadi untuk memegang jawatan dalam kerajaan di bawah kerajaan-kerajaan Islam termasuk di Sepanyol dan Turki. Oleh itu zionis yahudi sepatutnya merasa malu kerana membunuh dan menzalimi umat Islam apabila mereka berkuasa pada hari ini. Kita benci dan memerangi yahudi bukan kerana mereka beragama yahudi sebaliknya kerana mereka mengkhianati umat Islam dan merampas bumi milik umat Islam. Bersatulah kita  dalam menjulang dan mempertahankan Islam walau pun terpaksa mengorbankan jiwa raga.

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فليقـتل فى سبيل الله الذين يشرون الحيـوة الدنيا بالآخرة ومن يقـتل فى سبيل الله فيقتل أو يغلب فسوف نؤتيه أجرا  عظيما

Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

92. UKHWAH ISLAMIAH KUKUH UMMAH UTUH

 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 41 surah al-Hajj :

الذين ان مكنــهم فى الأرض اقاموا الصلوة واتوا الزكوة وامروا بالمعروف ونهوا عن المنكر ولله عاقبة الامور

Maksudnya:  Mereka adalah orang-orang yang apabila kami berikan kekuasaan di muka bumi maka mereka sentiasa mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Dan kepada Allah jualah kembali segala urusan.      

            Penindasan, penderitaan, kekejaman serta kezaliman yang menghimpit umat Islam hari ini kebanyakannya berpunca daripada sikap kita sendiri yang terlalu membuka ruang kelemahan sehingga ia digunakan sepenuhnya oleh kuffar untuk melakukan penjajahan baru terhadap umat Islam. Umat Islam tidak sepatutnya menjadi bahan mainan serta mangsa penindasan kuffar durjana sedangkan pada diri kita sudah mempunyai dua panduan berharga iaitu al-Quran dan Hadis nabi yang sememangnya telah membawa kegemilangan dan kemuliaan hidup kepada umat yang berpegang teguh serta melaksanakan seluruh system yang ditunjuk oleh keduanya tanpa ada di sana sebarang perasaan sangsi dan was-was terhadapnya. Betapa malangnya umat Islam yang hanya tahu membaca al-Quran semata-mata untuk mengejar fadhilat sahaja serta hanya sekadar tahu bahawa al-Quran merupakan ubarat mujarrab yang mampu mengubati segala penyakit manusia sedangkan ramai di kalangan umat Islam sendiri tidak bersungguh dalam melaksanakan seluruh system yang telah ditunjukkan oleh al-Quran yang menyebabkan pelbagai penyakit yang timbul dan apa yang lebih malang umat Islam terus terjajah oleh system tajaan kuffar terutama yahudi. Kebanyakan umat Islam hari ini seumpama orang yang hanya tahu membaca tentang peraturan kegunaan sesuatu ubat yang tertera pada kulit ubat sahaja sedangkan dia tidak memakan ubat yang berada di dalamnya maka penyakitnya bukan sahaja tidak sembuh malah perbuatannya menjadi sia-sia. Ingatlah bahawa al-Quran dan hadis nabi bukan untuk setakat dibaca tetapi apa yang lebih penting adalah pelaksanaan terhadap segala suruhan dan menjauhi segala larangan Allah S.W.T dan rasulNya barulah ia benar-benar akan menjadi ubat penawar kepada segala masalah dan penyakit manusia.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

                Antara sebab yang besar yang membawa kepada beraninya kuffar untuk menjajah dan menindas umat Islam akibat hilangnya khilafah Islamiah yang selama ini memberi bantuan dan naungan kepada umat Islam melalui kekuasaan pemerintahan yang ada. Jika umat Islam sebelum berdirinya Daulah Islamiah di Madinah telah ditindas dan disiksa dengan sewenangnya oleh kafir Quraisy maka umat Islam hari ini turut menerima nasib yang sama walau pun jumlahnya begitu ramai tetapi seumpama buih di laut yang tidak memberi manfaat walau pun banyak. Bezanya umat Islam yang tertindas di Mekah tetap mempertahankan keimanannya walau pun mereka tahu bahawa tiada negara lain yang mampu membantu mereka dan jumlah mereka pula adalah sedikit. Sedangkan umat Islam hari ini ditindas di tengah-tengah negara umat Islam yang begitu banyak tetapi tidak berani membantu saudara seagama malah apa yang lebih malang ada kalangan umat Islam sendiri turut membantu kuffar dalam menjajah dan melakukan keganasan di atas bumi umat Islam.

            Menyedari tentang kelemahan akibat perpecahan di kalangan umat Islam sendiri maka sewajarnya kita mengorak langkah untuk kembali bersatu di bawah panji Islam. Kita mesti membina kembali Ukhwah Islamiah atau ikatan persaudaraan berlandaskan Islam dengan memenuhi beberapa syarat utamanya yang akan menjadi pemangkin ke arah mengembalikan semula kekuasaan Khilafah Islamiah yang hilang. Pertamanya Ukhwah Islamiah mesti dibina atas dasar ikhlas kepada Allah S.W.T kerana persaudaraan yang dibina semata-mata atas dasar ikatan darah daging atau harta serta kepentingan diri pasti musnah dan tidak mampu menyatukan umat Islam keseluruhannya. Hasil daripada keikhlasan inilah maka Islam mampu tersebar ke seluruh pelusuk dunia kerana para pendakwah dan pejuang Islam merasakan bahawa seluruh umat manusia mesti diselamatkan daripada kekufuran dan apabila manusia telah menerima Islam maka mereka adalah saudara yang mesti dikasihi sebagaimana mereka mengasihi diri sendiri. Dari sini wujudnya suatu kesatuan yang kuat dalam mengembangkan lagi dakwah Islam serta usaha yang bersungguh dalam mempertahankannya sehingga Islam mampu merajai dunia serta musuh tidak berani untuk menjajah umat Islam yang begitu kukuh ikatan persaudaraan sesama mereka.

 

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

Keduanya Ukhwah Islamiah mestilah dibina atas dasar iman dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Ikatan ini adalah lebih kukuh seumpama binaan yang dibina dengan tersusun rapi yang tidak mudah untuk diroboh dan tidak pula senang untuk diceroboh. Firman Allah S.W.T dalam ayat 67 surah az-Zukhruf

الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقون

Maksudnya :  Dan mereka yang bersahabat setia pada hari itu menjadi musuh antara satu sama lain kecuali mereka yang bertaqwa

            Kuffar begitu takut untuk menyerang umat Islam ketika adanya khilafah yang menaungi keselamatan dan kebajikan umat Islam kerana umat Islam dilihat  oleh musuh seumpama serigala yang saling berbalah sesama sendiri apabila tiada musuh. Sebaliknya apabila mereka melihat ada musuh yang melintas maka mereka akan berhenti daripada berbalah sesama sendiri lalu menerkam kepada musuh yang datang. Sebaliknya pada hari ini umat Islam begitu lemah ikat persaudaraan mereka di mana mereka saling berseronok ketika senang dan mewah tetapi saling berbalah ketika susah apatah lagi ketika menghadapi musuh yang datang menjajah. Umat Islam hari ini begitu berani melawan sesama sendiri termasuk memenjara dan menindas saudara seagama tetapi begitu takut dan gentar apabila berhadapan dengan kuffar malah apa yang lebih malang umat Islam sendiri saling bantu-membantu dengan kuffar untuk menyerang umat Islam sebagaimana yang berlaku di Afghanistan dan Iraq. Inilah antara perbezaan yang jelas antara persaudaraan yang di asaskan atas dasar Islam dengan persaudaraan yang didirikan atas dasar kebangsaan sempit dan jahiliah. Umat Islam dahulu dimuliakan oleh Allah S.W.T kerana saling berpakat untuk sepakat sedangkan umat Islam hari ini dihina oleh Allah S.W.T akibat berpakat untuk berpecah atas semangat kebangsaan masing-masing sehingga mereka terus menjadi mangsa penjajahan dan penindasan kuffar yang tidak berperi kemanusiaan. Umat Islam dahulu benci kepada penjajah dengan bersatu menghadapi musuh sedangkan umat Islam hari ini benci kepada penjajah tetapi terus menjemput kuffar untuk datang menjajah disamping mengguna pakai system penjajah dalam banyak system kehidupan.

 

 

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

                Ketiganya Ukhwah Islamiah mestilah dibina atas dasar nasihat menasihati agar umat Islam dapat menghindari sebarang perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T serta bergerak atas landasan yang betul sehingga syiar dan syariat Islam dapat dilaksanakan dengan sebaiknya mengikut kehendak wahyu bukannya nafsu. Sabda nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim :

الدِّيْنُ النَّصِيْحَة قُلْنَا : ِلمَنْ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟. قَالَ : ِللهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأئِمَّةِ  المُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ

Maksudnya : Agama Islam adalah nasihat. Lalu kami bertanya : Untuk siapa wahai Rasulullah!. Jawab baginda : Untuk Allah S.W.T, untuk KitabNya, untuk RasulNya, untuk pemimpin-pemimpin muslimin dan untuk muslimin keseluruhannya.

                ِApa yang dimaksudkan dengan nasihat untuk Allah S.W.T ialah beriman denganNya, menolak sebarang perkara yang syirik serta meletakkan ketaatan penuh kepadaNYa. Nasihat untuk KitabNYa ialah membacanya dengan betul, mengamal hukum hakamnya serta melaksanakan segala system yang terkandung di dalamnya. Nasihat untuk RasulNya pula ialah beriman dengannya, mengamalkan segala sunnahnya serta mentaati segala perintah dan menjauhi segala tegahannya. Nasihat untuk pemimpin muslimin ialah menegur atas kesilapan disamping mentaati mereka dalam perkara yang bertepatan dengan kehendak syarak. Nasihat untuk para muslimin ialah memberi mereka manfaat, menghindarkan kemudharatan, menyuruh kepada kebaikan serta mencegah daripada kemungkaran.

Firman Allah dalam ayat 15  surah al-Hujurat :

إنما المؤمنون الذين ءامنوا بالله ورسوله ثم لم يرتابوا وجــهدوا بأمولهم وأنفسهم فى سبيل الله  أولئك هم الصــدقون

Maksudnya : Sesungguhnya  orang-orang yang beriman hanyalah mereka yang beriman kepada Allah S.W.T dan rasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah S.W.T. Mereka itulah orang-orang yang benar

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Edisi ke-22

1. Ramadhan DiRebut Al-Quran DiIkut

2. Lailatul Qadar DiHayati Kemenangan DiRai
3. Maksiat DiSisih Kemenangan DiRaih
4. Jauhi Maksiat Perolehi Berkat
5. Islam DiSanjung Umat Bertamadun

6. Maksiat DiBuru Bala DiTunggu

7. Qiamat DiIngat Amalan Soleh DiTingkat

8. Korban Dihayati Islam Disanjung Tinggi

9. Mesej Nabi DiMartabat Umat Selamat

10. Khutbah Aidil Fitri 1430H

9. Khutbah Kedua Jumaat

Nama Allah Dipertahan Hukum Allah DiJulang

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 6-13 surah al-Qiamah :
يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ وَخَسَفَ الْقَمَرُ وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ كَلَّا لَا وَزَرَ إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ يُنَبَّأُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ
Maksudnya : Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi berpinar-pinar (kerana gerun takut), Dan bulan hilang cahayanya, Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?” Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
Bumi semakin uzur dan hampir ke penghujungnya di mana pelbagai peristiwa yang berlaku di hadapan mata kita telah menunjukkan dengan nyata tentang betapa hampirnya dunia ini dengan saat kehancuran yang dinamakan Qiamat. Ketika merenungi bagaimana banyak peristiwa akhir-akhir ini berlaku pada hari Jumaat antaranya hari raya haji lepas, awal Muharram 1431H, Krismas 25 Disember, 1 Januari 2010 dikuti dengan gerhana bulan pada malam tahun baru dan disusuli gerhana petang ini berrmula jam 3 hingga 5.45 petang yang mengingatkan kita tentang Qiamat yang bakal berlaku pada hari Jumaat. Malah kekerapan berlakunya gerhana bulan dan matahari akhir-akhir ini mengingatkan kita tentang kaitannya dengan tanda-tanda Qiamat sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim:
عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ أَسِيدٍ الْغِفَارِيِّ رضي الله عنه قَالَ : اطَّلَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ فَقَالَ : مَا تَذَاكَرُونَ ؟ قَالُوا : نَذْكُرُ السَّاعَةَ ، قَالَ : إِنَّهَا لَنْ تَقُومَ حَتَّى تَرَوْنَ قَبْلَهَا عَشْرَ آيَاتٍ فَذَكَرَ الدُّخَانَ وَالدَّجَّالَ وَالدَّابَّةَ وَطُلُوعَ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبِهَا وَنُزُولَ عِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ وَيَأَجُوجَ وَمَأْجُوجَ وَثَلاثَةَ خُسُوفٍ خَسْفٌ بِالْمَشْرِقِ وَخَسْفٌ بِالْمَغْرِبِ وَخَسْفٌ بِجَزِيرَةِ الْعَرَبِ ، وَآخِرُ ذَلِكَ نَارٌ تَخْرُجُ مِنْ الْيَمَنِ تَطْرُدُ النَّاسَ إِلَى مَحْشَرِهِمْ
Maksudnya : Nabi saw muncul ketika kami sedang berbincang, lalu baginda bertanya: Apa yang kalian bicarakan? Mereka berkata: “Kita berbicara berkaitan Qiamat, baginda bersabda: Qiamat tidak akan berlaku sehingga kamu lihat sepuluh tanda iaitu keluar asap, muncul Dajjal, binatang Dabbah, matahari terbit dari barat dan turunnya nabi Isa Ibni Mariam, muncul Ya’juj Makjuj dan berlaku tiga gerhana iaitu satu di timur, satu di barat dan satu lagi di Semenanjung Arab dan lain yang adalah api keluar dari Yaman lalu menghalau manusia ke tempat berkumpul
Begitu juga dengan gempa bumi silih berganti dan antara yang terbaru di Haiti yang meragut ratusan ribu nyawa. Tidak ketinggalan antara tanda Qiamat ialah berlakunya pembunuhan akibat peperangan atau selainnya di mana kita dapat saksikan di negara kita bagaimana orang Melayu Islam sanggup melakukan pembunuhan terhadap ayah, ibu, anak, isteri dan ahli keluarga sendiri di mana semua ini tidak pernah terlintas difikiran kita akan berlaku dalam masyarakat kita.
عنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ ، لَا تَذْهَبُ الدُّنْيَا حَتَّى يَأْتِيَ عَلَى النَّاسِ يَوْمٌ لَا يَدْرِي الْقَاتِلُ فِيمَ قَتَلَ ، وَلَا الْمَقْتُولُ فِيمَ قُتِلَ ، فَقِيلَ : كَيْفَ يَكُونُ ذَلِكَ ؟ قَالَ : الْهَرْجُ ، الْقَاتِلُ وَالْمَقْتُولُ فِي النَّارِ – رواه مسلم
Demi jiwaku di bawah kekuasaanNya, tidak akan berlalu dunia sehingga datang pada manusia tidak tahu si pembunuh sebab apa dia membunuh, dan tidak tahu yang kena bunuh kenapa dia dibunuh, Lalu ditanya: Bagaimana ini boleh berlaku? Sabda nabi: Pembunuhan, si pembunuh dan mangsa bunuh dalam api neraka

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 40 surah al-Hajj :
…. وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا ۗ وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ (40)
Maksudnya : …… Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah gereja-gereja (kaum Nasrani), dan biara (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;
Peringatan demi peringatan daripada Allah sewajibnya diambil iktibar dalam mengetuk hati kita dalam memperbanyakkan taubat disamping menambahkan lagi bekalan akhirat dengan amal soleh serta menjauhi maksiat. Jangan biarkan kita terus hanyut dan tenggelam dalam tipuan dunia. Ujian terhadap keimanan kita turut bertambah kerana kita kini berada dalam zaman fitnah. Oleh itu setiap tindakan kita mesti berlandaskan wahyu al-Quran dan sunnah nabi bukannya mengikut hasutan syaitan dan hawa nafsu termasuk dalam menyelesaikan isu penggunaan nama Allah yang begitu hangat dan panas sekarang ini. Kita jangan terperangkap dalam isu yang sepatutnya diselesaikan secara baik bukannya melalui cara ganas yang bercanggah dengan Islam termasuk membakar gereja. Allah telah menjelaskan dengan terang kepada kita agar jangan menganggu gereja, kuil dan tempat ibadat agama lain walau pun dalam peperangan apatah dalam keadaan biasa. Isu ini mesti diselesaikan dengan baik agar orang bukan Islam faham dengan tidak menyalahgunakan kalimah Allah disamping kita jangan mengulangi sejarah tindakan Abdullah Munsyi yang sanggup bersekongkol dengan penjajah Kristian dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu sehingga digelar “Abdullah Paderi” di mana tindakan jahat ini memudahkan lagi usaha mengkristiankan masyarakat di negara ini.
Jangan terperangkap dengan pihak yang cuba meniup sentimen perkauman mahupun perbalahan agama sehingga menggambarkan suasana negara tidak aman sehingga menutup isu penyelewengan seperti kehilangan enjin pesawat, rasuah, kenaikan harga gula dan tindakan mengurangkan bantuan makanan kepada pelajar asrama penuh dan pelajar miskin serta beberapa bantuan pendidikan lain yang menambah derita rakyat jelata.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Isu pengkhianatan terhadap rumah ibadat bukan pertama kali berlaku kerana kita pernah menyaksikan bagaimana Sekitar tahun 1986/87 tiga buah masjid pernah dibakar hangus di Pahang ditambah dengan tindakan umat Islam sendiri yang sanggup meroboh surau akibat politik sempit. Begitu juga pernah berlaku kuil yang dibakar dan sekarang ini giliran gereja. Kita minta agar pihak berwajib segera mengesan dan menangkap golongan pelampau ini dan dijatuhkan hukuman yang setimpal. Ketika menyelesaikan isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam maka kita mahu bukan setakat pertahan nama Allah malah hukum Allah mesti segera dilaksana dalam negara. Gubal segera undang-undang murtad sebagaimana yang digariskan oleh syarak bagi menjaga aqidah yang terancam. Letakkan kedudukan Majlis Fatwa Kebangsaan di tempat sepatutnya bukan hanya bila tersepit baru diguna tetapi bila senang maka ia dipenjarakan sehinga banyak fatwa tidak dihirau termasuk ‘menyembah’ tugu negara setiap kali sambutan Hari Pahlawan.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Kerajaan wajib memperkasakan pengajian agama antaranya menjadikan ia syarat lulus dalam setiap peperiksaan daripada peringkat rendah sehingga peringkat pengajian tinggi bagi mengelakkan umat Islam daripada terkeliru sekiranya nama Allah digunapakai oleh orang bukan Islam disamping menangani masalah keruntuhan akhlak. Hapuskan pemikiran kebendaan yang menganggap belajar hanya untuk dapat sijil bagi mendapat pekerjaan yang baik semata-mata kerana ia menjadi antara punca tekanan jiwa dan penyakit mental meningkat sebanyak 5 kali ganda di kalangan pelajar di Amerika Syarikat. Pelajar kita pun sudah ada yang sanggup membunuh diri akibat gagal dalam peperiksaan. Kerajaan juga wajib menangani masalah sekitar yang menggugat akhlak anak-anak muda seperti lambakan pil dan serbuk khayal murah, bahan bacaan berunsur seks dan lucah serta pil perangsang seks yang masih didapati dijual secara terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan belia di sekitar ibu negara sebagaimana laporan Persatuan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPA). Rancangan tv dan media massa yang lain juga wajib di Islamkan agar tidak menjadi agen utama dalam merosakkan akhlak rakyat jelata. Pada hari ini lebih banyak agen perosak daripada pembina akhlak malah agen perosak lebih bebas bergerak berbanding golongan yang bertugas dalam kerja amar makruf nahi munkar.
فرمان الله تعالى دالم أية 110 سورة آل عمران :
كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ ۚ مِنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ
Maksudnya : Kamu adalah sebaik-baik umat yang telah dikeluarkan antara manusia kerana kamu menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran serta beriman kepada Allah S.W.T. Dan sekiranya ahli Kitab itu beriman nescaya itulah yang lebih baik bagi mereka tetapi ada di antara mereka yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Khutbah Edisi ke-21

1. Bahaya Kejar Kuasa Engkar Agama
2. Jihad Kendur Umat Mundur
3. Islam DiTolak Penyakit Merebak
4. Islam DiHina Umat Merana
5. Hati Rosak Punca Islam DiTolak
6. Islam DiPerkasa Umat Terbela
7. Ramadhan DiSambut Taqwa DiRebut
8. Ramadhan DiRai Al-Quran DiSanjungi
9. Islam DiTegak Penyakit DiSekat
10. Khutbah Gerhana Bulan
11. Khutbah Kedua Jumaat

Bakar Gereja Kejadian Malang Yang Berulang

Oleh Mohd Sayuti Omar

PERISTIWA pembakaran tiga buah gereja; gereja Metro Taberate, di Taman Melawati, gereja Assumption dan Life Chapel di Petaling Jaya sesuatu kejadian yang malang. Gereja adalah rumah ibadat. Pembakaran rumah ibadat sangat sensitif sekali tidak kira rumah ibadat agama apa sekali pun.

Kejadian semalam bukan pertama kali berlaku di negara ini. Sekitar tahun 1986/87 tiga buah masjid pernah dibakar hangus di Pahang. Kejadian itu sungguh menghiriskan hati umat Islam. Masjid yang terlibat ialah di Teriang dan di kampung Bohor Perpindahan Banjir dalam Maran Pahanag.

Rakyat negara ini mengutuk atas kejadian itu. Begitu juga dengan kuil hindu juga pernah menghadapi nasib yang sama. Kalau tidak salah ingatan tiada pula laporan sama ada mereka bertanggungjawab dengan kejadian itu berjaya ditangkap atau tidak?

Kini giliran gereja pula cuba dimusnahkan. Tidak kira siapa melakukannya kita kesal atas apa yang berlaku. Tidak seharusnya rumah ibadat di bakar!

Kita berharap polis menjalankan siasatan dan menangkap orang yang bertanggungjawab melakukannya. Dalam melihat kejadian ini apa yang perlu difahami dan dikaji ialah kenapakah berlaku kejadian malang itu. Mengutuk tidak menyelesaikan masalah tetapi berfikir mencari sebab musababnya paling mujarab demi memastikan kejadian itu tidak akan berulang pada masa akan datang baik ke atas rumah ibadat penganut agama apa sekalipun.

Apakah pembakaran itu disebabakan isu yang berlaku sekarang ini, mengenai tindakan Kristian yang beriya-iya ingin menggunakan kalimah Allah dalam majalah Herald. Apakah itu puncanya. Kita tahu suhu dan darah orang Islam sejati dua tiga hari ini panas gara-gara isu berkenaan.

Pun begitu kita tidak boleh menuduh kejadian itu perbuatan orang Islam. Orang Islam yang bersemangat 1 Malaysia, yang liberal dan memahami akan kesejagatan kalimah Allah tidak mungkin melakukannya. Mereka akan menjaga kesucian gereja dan rumah ibadat agama apa sekalipun.

Jadi siapakah yang bertanggungjawab? Apakah ada anasir lain yang sengaja ingin menimbulkan perpecahan dan menanam benih prangsangka di kalangan penganut agama di negara ini. Yang melakukan tersebut atas niat itu tentulah musuh negara. Mereka melakukan jenayah itu dengan hgarapan untuk menimbulkan pergaduhan antara penganut agama di negara ini.

Zaman semasa Parti Komunis Malaya (PKM) aktif dulu jika berlaku apa-apa perbuatan memusnhkan harta awam ianya akan dikaitkan dengan perbuatan jahat komunis. Hari ini komunis sudah tidak ada. Chin Peng nak balik pun dilarang. Lagpun komunis tidak sesekali bertindak ke atas kepentingan mana-mana agama.

Semua pihak seharusnya jangan cepat melatah dalam membuat penilaian ke atas kejadian itu. Walaupun suasana hari ini darah orang Islam panas, tetapi jangan ada yang terus menunding jari dan meletakkan kejadian itu dalam tanggungjawab orang Islam. Sesiapa juga cuba mengaitkan dengan orang Islam memburukkan lagi keadaan.

Polis kena siasat sebaik mungkin. Pihak Kristian juga perlu memahami kenapa gereja dibakar. Kalau mereka merasakan ia berpunca dari suasana yang timbul hari ini, maka berusahalah untuk mengatasi mengembalikan semula suasana sebelum 31 Disember lalu sebelum Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan Allah digunakan.

Penganut Krsitian dan semua orang kena menerima hakikat kenapa perkara malang ini tidak terjadi sebelum ini?

Sesungguhanya dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia ini jangan ada niat hendak mencuba atau pun membuat ujian test merket atas apa tujuan sekali pun kerana ia sangat merbahaya. Dan atas semangat 1 Malaysia dan menerima kalimah Allah sebagai hak sejagat rakyat Malaysia harus sama-sama menjaga keselamatan masjid, gereja dan kuil! [wm.kl. 5:25 pm 08/01/10]

Allah inti akidah, kenapa Katholik mahu gugat?

Selama berabad-abad Malaysia (dan sebelumnya Tanah Melayu) yang terbentuk daripada gabungan negeri-negeri Melayu ini dirujuk sebagai model negara berbilang-bilang kaum dan agama yang rukun, harmonis dan penuh tolerasi.

Kejayaan mencipta kerukunan hidup antara agama adalah suatu prestasi ketamadunan dan kemanusiaan yang tidak ternilai.

Faktor kunci kejayaan ini tidak lain adalah sikap ramah bangsa Melayu-Muslim yang menjadi golongan majoriti dan sekali gus “tuan rumah”.

Keramahan luar biasa yang memang menjadi watak bangsa inilah yang memungkinkan penganut pelbagai agama (Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain) di negara ini menikmati kebebasan dan keselesaan mengamalkan agama masing-masing tanpa gangguan.

Selama ini kerukunan hidup sedemikian itu dapat dipertahankan kerana adanya sikap menghargai keramahan (Melayu-Muslim) tersebut, di samping adanya rasa hormat terhadap kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama persekutuan, juga kerana adanya kesedaran terhadap realiti kesejarahan dan kebudayaan negara ini.

Memang dalam sejarahnya negeri-negeri Melayu adalah bahagian daripada warga rumpun besar Dar al-Islam. Kesedaran tentang hakikat-hakikat inilah yang melatari keharmonian hubungan antara kaum dan agama selama ini.

Justeru, kesedaran tersebutlah yang membentuk sikap saling memahami dan menghormati batas dan sempadan daerah keagamaan masing-masing. Kaum bukan Muslim umumnya cukup memahami daerah sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, dan demikian pula sebaliknya.

Kerana itu, hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam biasanya tida diusik atau diganggu.

Ketegangan di sekitar isu pemakaian kalimat Allah ketika ini berpunca akibat kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Melayu-Islam. Mereka yang berkeras mahu menggunakan kalimat Allah dalam konteks agama Katholik bukan tidak tahu tentang keberatan umat Islam terhadap tuntutan mereka.

Sikap tersebut tidak lain adalah gejala hilangnya kepedulian terhadap perasaan dan pendirian orang lain. Seharusnya mereka berusaha untuk cuba memahami keberatan umat Melayu-Muslim terhadap pemakaian nama Allah dalam konteks agama selain Islam.

Bagi umat Islam, Allah di atas segala-gala. Demikianlah hakikatnya, Allah selama-lamanya ultimate concern bagi kaum Muslimin. Syahadat pertama keislaman mereka adalah kesaksian tentang hakikat ketiadaan tuhan selain Allah (Yang Maha Esa).

Hanya Dia yang bernama Allah, nama yang dipilih sendiri oleh Allah khusus untuk diri-Nya, tidak siapa pun boleh memakainya selain Allah sendiri. Ia adalah al-ism al-a’zam, nama agung bagi dhat yang wajib al-wujud. Ia adalah nama yang merujuk dhat yang meliputi seluruh sifat ketuhanan.

Sebagai nama khusus-Nya, ia berbeza daripada nama-nama-Nya yang lain seperti al-Qadir, al-‘Alim, al-Rahim yang boleh dipakai oleh yang lain-lain. Kerana kekhususannya itu jugalah nama-nama-Nya yang lain itu dinisbahkan kepada nama Allah, lalu disebut asma’u ‘Llah (nama-nama Allah).

Al-Sabur, al-Shakur, al-Qadir misalnya disebut sebagai nama-nama Allah, tetapi tidak boleh disebut sebaliknya, Allah adalah nama al-Shakur atau al-Sabur. Demikianlah hakikat kalimat Allah sebagai nama khas (‘alam) yang tidak dipakai untuk selain-Nya.

Allah bukan nama am yang siapa sahaja boleh memakainya, dan bukan juga kata umum tanpa makna dan definisi tertentu sehingga siapa sahaja boleh memaknainya. Andainya kalimat Allah dimaknai lain daripada makna dan definisi hakikinya, jelas akan menimbulkan kekacauan semantik yang serius.

Bagi umat Melayu-Muslim, sejak mula kalimat Allah sudah sedia terpadu dengan definisi yang mantap dan muktamad, definisi yang diungkapkan oleh Allah sendiri dalam surah al-Ikhlas, “Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”

Penurunan surah tersebut dilatari peristiwa kedatangan sekumpulan orang Yahudi meminta Nabi SAW memberikan pemerian tentang Tuhannya. Kerana itu surah ini bermula dengan kata Qul (katakanlah) yang kemudian diikuti dengan ayat-ayat yang mengandungi rumusan definisi tentang Allah.

Ternyata Allah adalah nama yang menyebatikan makna bersifat tauhid, nama yang menolak syirik, dan sekali gus nama yang menafikan faham tritunggal (tidak beranak dan tidak diperanakkan). Kerana itu surah ini disebut juga dengan nama suratu it-tawhid.

Memang ia surah yang merumuskan faham tauhid yang semurni dan semutlaknya. Ayat-ayat dalam surah ini juga dengan jelas mengungkapkan makna bahawa Allah adalah “…a personality”, bukan sekadar suatu konsep falsafi yang abstrak.

Surah al-Ikhlas adalah antara sekian banyak surah dan ayat al-Qur’an yang membawa mesej peralatan konsep (conceptual correction) terhadap pemakaian nama Allah di kalangan masyarakat pra-Islam termasuk sebahagian suku-suku Arab jahiliah dan kaum Nasrani.

Mereka memakai nama Allah dalam konteks faham syirik, termasuk faham al-tathlith atau tritunggal. Ayat-ayat korektif tersebut rata-rata membawakan makna dan nada ketidakrelaan Allah terhadap pemakaian nama-Nya dalam konteks yang menyimpang daripada prinsip kemurnian dan kemutlakan tauhid.

Demikianlah kalimat dan nama Allah yang difahami oleh umat Melayu-Muslim umumnya, lalu bagaimana mungkin mereka yang saban hari membaca dan menghayati surah al-tawhid akan dengan senang merelakan Nama Suci dan Agung ini dipakai dalam konteks faham syirik.

Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah (sekalipun dengan mengguris perasaan sebahagian besar umat Melayu-Muslim) menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya?

Selama ini, sejak ratusan tahun, tanpa memakai nama Allah, para penganut Katholitik telah dapat mengamalkan agama mereka dengan leluasa.

Ajaran Katholik dapat difahami oleh para penganutnya, malah telah dikembangkan tanpa masalah. Lalu kenapa sekarang isu ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif?

Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan eksplosifnya isu ini. Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung ajaran agama Islam.

Rasanya wajar sekali kita merenung kata-kata Gopal Raj Kumar yang kami petik di bawah ini:

What Catholics appear to be seeking here is an extension to that form of racism that whatever non Malays and non Muslims wish to do in the name of religion has to be tolerated in the name of a half written constitution.

Whilst at the same time arguing against everything that the Malays as a majority in a democracy do as wrong and racist.

Catholics must learn to reciprocate in kind to a people in whose country they have been treated with much reverence, dignity and respect over centuries.

Malaysia although fundamentally a Muslim state has, advocated for and advanced Catholic (and other religious causes and purposes) without the let or hindrance of religious intolerance like that imposed on them by the Thais, Burmese, Philippines, Australians, Chinese and more recently the Swiss.

Much of the reason we are able to debate such issues and to read and write about it today it is often argued is the result of a good Catholic education. Wrong! It is equally the result of Malay Muslim generosity in allowing the propagation of the faith, its schools and other institutions to thrive and its tolerance of their values.

It is a pity that in return all that the Catholic church has to offer is an insult to the Malays and Malay Muslims in persuing such a worthless policy of provocation.

In a demonstration of its faith in its own credo of Good Christian Charity and goodwill, the Catholic Church ought to withdraw the ridiculous and provocative demand now legitimised by a flawed decision.

It should demonstrate that it ought not to be allowed the sinister use of one Arabic word Allah which is clearly a thorn in the side of its Malay majority hosts.

The church may do so without any embarrassment to itself. On the contrary with one fell act of goodness and respect it would build a bridge of understanding likely to last forever as a monument to its credo, rather than for the blemishes in its record of insults, abuse, its betrayal to the colonials and the undermining of the cultural and religious sensitivities and heritage of Malaysia’s majority (http://takemon.wordpress.com/about/).

Isu ini seharusnya diselesaikan secepat dan sebijaksana mungkin. Semakin lama dipolemikkan, akan semakin panjang rentetan persoalannya.

Sikap berkeras mahukan sesuatu yang jelas-jelas tidak dapat diberikan akan menimbulkan dugaan adanya agenda terselubung di balik tuntutan tersebut.

Ia akan ditafsirkan sebagai strategi “lulus jarum, lulus kelindan”, selepas kalimat Allah akan banyak lagi istilah-istilah Islam yang dikatholikkan seperti kalimat syahadat, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi.

Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian daripada agenda besar mengherotkan Islam dengan memakai istilah-istilah Islam yang dirobah erti dan isinya.

Masyarakat Islam akhirnya akan mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang murni. Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih masa lalu, zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda pengkristianan rakyat peribumi Melayu.

Arkitek penjajahan Inggeris di rantau ini Stamford Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan, tetapi juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society.

Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan peribumi Melayu itu dilakukan atas nama “…cultivating the waste and barren soil of the native mind”.

Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu.

Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat Abdullah Munsyi. Bagaimanapun orang Melayu berpegang kuat dengan Islam. Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar ejekan “Abdullah Paderi”.

Catatan tersebut seharusnya sudah menjadi “perkara masa lalu” yang sudah tidak relevan lagi dalam konteks semangat masa kini, era membina kesatuan dalam kepelbagaian.

Provokasi-provokasi keagamaan seharusnya dihindari, dan tuntutan yang menjadi keberatan umat Melayu Islam ini harus dihentikan.

Apapun yang berlaku pada pemakaian kalimat Allah di luar Malaysia tidak semestinya relevan dengan masyarakat kita. Isu ini harus dilihat secara kontekstual.

Realiti sejarah dan budaya Malaysia memang tidak memungkinkan pemakaian kalimat Allah di luar konteks keislaman.

Fiqh kita mengambil kira ‘uruf ahl al-balad (budaya warga setempat). Antara yang harus menjadi pertimbangan utama dalam isu ini ialah mafsadah atau kesan buruknya yang perlu dihindari.

Tulisan oleh :
Datuk Dr Siddiq Fadzil, presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Bekas ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia ini juga mantan presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). Artikel ini asalnya dimuatkan di laman web rasmi WADAH

Benar Kristian guna nama ALLAH banyak mudharat

Oleh ZAHARUDDIN ABD RAHMAN

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, Khamis lalu memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan ‘Allah’ tidak sah

Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk mengetepikan larangan terbabit. Hakim Lau Bee Lan berkata, arahan oleh Menteri Dalam Negeri itu adalah ‘tidak sah dan batal’.

Menurut Bee Lan, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan ‘Allah’ dan menegaskan bahawa perkataan itu bukan hanya eksklusif untuk Islam.

Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN akan membolehkan The Herald dan penerbitan bukan Islam lain menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai terjemahan bagi perkataan ‘Tuhan’ dalam versi Bahasa Melayu mereka.

Hakim Bee Lan berkata, semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan ‘Allah’. Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

SUDUT HUKUM

Petikan di atas adalah sumber berita bertarikh 31 Disember 2009. Isu ini turut menjadi hangat, khususnya apabila beberapa pandangan diberi oleh kumpulan ilmuwan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujah dan nas, demikian juga kumpulan kedua.

Secara asasnya, ini isu cabang dalam bab akidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran. Perbezaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini.

Dalil diutarakan kedua-dua kumpulan, masih membabitkan dalalah yang zhonniah, hasil takwilan dan tafsiran. Hanya yang tidak memahami ilmu Usul Fiqh akan berasakan ia tergolong dalam hal usul yang jatuh kufur bagi yang berbeza.

Juga tidak wajar bagi menuduh secara rambang bahawa sesiapa yang membenarkan tergolong dalam kategori Islam liberal, mungkin sebahagiannya benar ingin menyamaratakan semua agama, namun tidak semuanya membenarkan dengan niat sedemikian.

Selepas melakukan penilaian terhadap pelbagai hujah, pandangan silam dan kontemporari, secara asasnya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang MENGHARUSKAN penganut Kristian untuk menggunakan nama Allah SWT.

Antara nas yang paling jelas adalah:

“Dan sesungguhnya, jika kamu (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka? Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah!” (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dialah tuhan yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!” (al-Zukhruf: 87-88)

Ini hanya satu dalil, memang boleh diperdebatkan dengan pelbagai sisi pandangan seperti mentafsirkan Allah SWT dalam ayat itu bukan sebagai ‘ALLAH’ dalam konteks yang dikhususkan oleh Islam yang terkandung di dalam surah al-Ikhlas, tetapi tuhan pencipta secara umum.

Namun, kaedah dalam fiqh memerlukan kepada dalil lain jika takwilan sedemikian ingin dilakukan khususnya masyarakat jahiliah sudah sedia maklum berkenaan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim AS dan Allah SWT sudah difahami merujuk kepada siapa.

Cukuplah, saya tidak ingin menghurai panjang dan berbahas dalam hal ini. Hakikatnya banyak lagi nas dan dalil lain yang menyokong kepada keadaan membolehkan itu.

Menurut penilaian dan pengamatan saya, pandangan membolehkan adalah terlebih kuat daripada hujah kumpulan yang menolak.

Saya juga kurang bersetuju untuk dipisahkan nama ‘Allah’ kepada pengertian lughah (daripada sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada tuhan umum), dan ‘Allah’ secara istilah yang merujuk kepada Allah SWT yang disebut di dalam surah al-Ikhlas.

Satu lagi, perlu diingat, sama ada nama ‘Allah’ digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak sama sekali penting untuk kita kerana Bible bukan rujukan kita tetapi al-Quran. Oleh itu, merujuk kepada Bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah, sama ada secara sedar atau tidak sedar.

Umat Islam hanya merujuk al-Quran dan hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible, apatah lagi menurut keyakinan Islam, Bible yang wujud hari ini bukan sama sepenuhnya dengan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa SA beribu tahun lalu.

TETAPI…

Namun demikian, itu dalam konteks penelitian dalil dan nas atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari’yyah khususnya bagi mengelak salah guna dan kekeliruan, khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau KDN.

Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, Kaabah, masjid digunakan oleh pihak selain Islam untuk ibadat dalam agama mereka.

Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin saja berbeza mengikut penilaian masing-masing dan tentunya ia bakal memberi kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini.

Justeru, penggunaan nama ‘Allah’ oleh pihak Kristian, khususnya dalam penulisan mereka, wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat yang dijangkakan.

Dalam konteks Malaysia menurut perkiraan saya, penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi penganut agama Kristian dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara penganut agama, seterusnya boleh membawa pergaduhan serius jika gagal dikawal.

Lebih-lebih lagi apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu lemah. Keadaan pendakwah bukan Islam yang galak menggunakannya dengan tujuan tertentu serta kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang diyakini akan menyalahgunakan nama ‘Allah’ dalam tulisan mereka secara berleluasa sehingga membawa kekeliruan bagi penganut Islam.

Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, elok benar tindakan KDN untuk melarang. Sekali lagi perlu diingatkan, perlu dibezakan keputusan hukum dan siyasah syar’iyyah.

Sekuat manapun hujah untuk membenarkan Kristian menggunakan nama ‘Allah’, namun hujah daripada sudut mudarat dan kesesuaian konteks di Malaysia, larangan sangat patut dilakukan.

Sama ada ia untuk tempoh tertentu, berterusan atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat, seperti semua bahan cetak yang ingin diedarkan itu perlu mendapat kelulusan KDN bagi setiap keluarannya dan juga dilaksanakan sekatan pengedaran secara terbuka (hanya terhad kepada penganut Kristian).

Ini penting bagi menghindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang sedang lemah dan ruang konflik antara agama yang mudah ternyala api pergaduhan.

Kesimpulannya, secara peribadi saya berharap supaya rayuan keputusan yang akan dilakukan oleh KDN berjaya mencapai keputusan sebaiknya.