• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,675,833 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,409 other followers

Wajibkan pemaju tunjuk arah kiblat


Menteri besar Selangor hari ini mencadangkan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) di negerinya memastikan pemaju menetapkan arah kiblat sebagai syarat tambahan bagi kelulusan pelan projek.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemaju perlu mendapatkan maklumat awal daripada Jabatan Mufti bagi memastikan kedudukan arah kiblat di kawasan pelan projek yang dibangunkan, lapor Bernama.

“Saya berharap melalui syarat ini semua pihak akan lebih prihatin dengan kedudukan kiblat yang menjadi perkara penting dalam ibadah umat Islam,” beliau dipetik berkata ketika merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2009 kali kelima di Shah Alam.

Tambahnya, pemaju juga diminta mendirikan replika petunjuk arah kiblat di taman-taman perumahan yang baru dibuka sebagai panduan kepada penduduk setempat.

Selain itu, beliau berkata petunjuk arah kiblat yang betul perlu diwujudkan di ruang solat setiap rumah, pejabat, premis perniagaan, hotel dan kawasan rehat di negeri itu.

Abdul Khalid berkata, masjid dan surau yang hendak dibina di negeri itu juga diminta mendapatkan nasihat Jabatan Mufti bagi memastikan kiblat yang betul.

“Terdapat beberapa kes yang arah kiblat di atas pelan tidak tepat dengan kedudukan sebenar di tapak pembinaan, jadi kita tidak mahu surau atau masjid yang dibina dengan nilai jutaan ringgit tetapi tidak tepat kedudukan kiblatnya,” katanya.

Jabatan Mufti Selangor turut melancarkan sistem aplikasi arah kiblat dalam talian yang akan membolehkan permohonan menentukan arah kiblat di tempat-tempat ibadah dan premis-premis perniagaan dilakukan dengan lebih mudah.

Sistem aplikasi tersebut merupakan yang pertama diwujudkan di negara ini dan borang permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman web http://www.muftiselangor.gov.my.

Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata sistem aplikasi itu diperkenalkan sejak pertengahan tahun lepas dengan purata kira-kira 30 permohonan sehari.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: