• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3








  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,704,307 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,443 other followers

Selsema Babi Jadikan Dunia Gila Babi


SELSEMA BABI DI UNITED KINGDOM

Namun beberapa hari ini kerisauan sudah mula menjengah di minda kebanyakan rakyat UK akibat kematian seorang kanak-kanak yang sihat akibat swine flu. Ia juga sudah mula merebak dengan makin meluas di United Kingdom sehingga dijangkaan di akhir bulan Ogos, dijangkaan lebih 100,000 orang akan menghidapinya setiap hari.

Hari ini, jumlah mereka yang selsema dan disyaki swine flu di UK semakin bertambah, warga Malaysia di Leicester khususnya dan UK umumnya, juga tidak terlepas dari symptoms swine flu. Semua mula berasa risau tetapi jika sebuah negara maju seperti UK dan USA serta Eropah juga masih terkial-kial, tidak mempunyai penyelesaian rawatan, bagaimana pula nasib negara sedang membangun seperti Malaysia atau Negara-negara lain yang masih mundur.

Media di UK mewarwarkan bahawa dijangkakan vaksin khas untuk virus ini akan berjaya dihasilkan sekitar bulan hadapan. Vaksin ini juga diwartakan akan diberikan kepada seluruh penduduk United Kingdom, dimulakan dengan warga kesihatan di hospital, diikuti golongon berisiko tinggi seperti pesakit athma, diabetes, jantung dan sebagainya. Namun begitu, semuanya masih kabur dan tidak pasti.

Ubat khas seperti anti viral seperti Oseltamivir (Tamiflu) dan Zanamivir (Relenza) hanya boleh diperolehi oleh mereka yang telah menjalankan ujian darah dan disahkan memang dijangkiti swine flu, namun demikian di UK, ujian tersebut sudah tidak lagi relevan kerana jumlah pengadu sudah terlalu ramai. Malah penghidap symptom juga tidak digalakkan hadir ke GP lagi, cukup sekadar kuarantin diri di rumah dan mengubat diri sendiri.

Hingga 28,000 di M’sia mungkin mati akibat H1N1

Dianggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema A (H1N1) jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.

“Daripada angka ini (5.5 juta orang dijangkiti), jika kita anggarkan kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus, kira-kira 5,500 hingga 28,000 penghidap selesema itu akan meninggal dunia,” kata presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Dr David KL Quek memetik unjuran yang dibuat pengarah penyakit berjangkit Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tee Ah Sian dalam satu mesyuarat pasukan kebangsaan petugas khas menangani wabak itu, pada awal minggu ini.

Dalam perkembangan terkini, kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 kepada 0.66 peratus.

Dr Quek mendedahkan maklumat itu dalam artikelnya “Flu measures: Confusion rather than non-compliance” yang diedarkan kepada beberapa media semalam. [Baca artikel penuh]

Beliau juga menekankan kerjasama erat antara Kementerian Kesihatan, hospital, doktor di pusat kesihatan swasta dan orang ramai agar wabak ini dapat dikekang secara lebih berkesan.

Dr Quek juga menegaskan kepada semua pihak, termasuk media, agar tidak menuding jari kepada pengamal perubatan swasta atau beberapa pihak lain atas beberapa perkembangan terkini wabak itu.

Menurutnya lagi, wabak itu dijangka sekurang-kurangnya berlarutan antara satu hingga dua tahun sebelum reda – sama ada virusnya berubah dalam bentuk lebih lemah atau vaksin telah ditemui untuk membasminya.

Setakat ini, vaksin belum ditemui dan dijangka akan diperolehi hujung tahun ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 10 peratus simpanan stok ubatan anti-virus ‘Tamiflu’ dan ‘Relenza’ buat masa ini tidak cukup memandangkan penularan ketara penyakit berjangkit itu.

Kerajaan akan memesan lagi bekalan ubat itu daripada WHO
bagi memastikan negara mempunyai bekalan ubat itu pada setiap masa bagi membendung wabak influenza A(H1N1), lapor Bernama.

“Melihat kepada trend penularan wabak itu yang semakin meningkat, kita perlu memesan ubat itu daripada WHO,” beliau dipetik berkata selepas menghadiri Konvensyen MCA Pulau Pinang hari ini.

Tambahnya, kementerian turut menempah 200,000 dos vaksin influenza A (H1N1) dan dijangka mendapat bekalan itu menjelang akhir tahun ini.

Katanya tempahan tersebut terpaksa dilakukan awal kerana prosedur
menguji ubat itu mengambil masa sebelum dapat diberikan kepada pesakit.

Sementara itu, lapor agensi berita itu lagi, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata 19 kes baru H1N1 dilaporkan hari ini dan kesemuanya melibatkan rakyat Malaysia.

Jumlah terkumpul 1,390 kes, termasuk 816 kes atau 59 peratus melibatkan jangkitan tempatan.

“Daripada keseluruhan, 1,362 kes (98 peratus) telah sembuh, hanya 17 kes atau satu peratus sahaja sedang menerima rawatan antivirus di hospital.

“Lapan daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU), manakala 11 orang sedang menerima rawatan antiviral di rumah,” katanya

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: