• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Gerhana matahari separa esok Rabu 22 Julai 2009

KUALA LUMPUR 21 Julai – Gerhana matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia secara minimum pagi esok.

Gerhana matahari separa itu, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, akan berlaku pada 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.

“Bagaimanapun hanya lebih kurang 17.8 peratus sahaja kawasan permukaan matahari akan ditutupi oleh bulan semasa gerhana separa itu berlaku,” kata Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa (UPSA) ANGKASA, Mhd. Fairos Asillam, dalam satu kenyataan hari ini.

Kawasan utara semenanjung merupakan kawasan yang terbaik untuk mencerap gerhana matahari separa itu, katanya.

Dalam abad ini, penduduk Malaysia akan dapat menikmati gerhana matahari separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019, katanya.

Kejadian gerhana itu berikutan berlakunya fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.

– BERNAMA

Islam DiMartabat Negara Berkat

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 85 surah Ali ‘Imran :
وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi
Kita wajib mempertahankan usaha murni yang telah dimainkan oleh ulama’ pejuang kemerdekaan negara dan pakar perundangan Islam yang telah membolehkan kedudukan Islam di Malaysia hak dan kedudukan istimewa oleh perlembagaan dan dalam masa yang sama tidak pula menyekat hak kebebasan mengamalkan agama bagi penganut lain. Kedudukan Islam di Malaysia adalah jauh berbeza dengan Pancasila di Indonesia. Menurut prinsip Pancasila tiada satu agama pun berhak memonopoli kehidupan rakyat yang menyebabkan di Indonesia wujudnya pelbagai agama dalam satu keluarga dan murtad bukan suatu kesalahan. Oleh itu kita wajib bersatu dalam memastikan sebarang usaha jahat samada secara terang atau halus dalam mempertikai atau menghapuskan keistimewaan yang diiktiraf oleh perlembagaan kepada Islam. Kita tidak mahu sebarang sikap acuh tidak acuh dan tidak mengambil berat tentang sebarang pindaan untuk melemahkan Islam dan kuasa Mahkamah Syariah akan menyebabkan Islam dan umat Islam akan menerima nasibi sebagaimana Pancasila Indonesia. Tiada sebarang tolak ansur dalam usaha untuk melemahkan kedudukan Islam dalam perlembagaan dan undang-undang. Berlembut bererti redha Islam dihina dan diletakkan setaraf dengan agama lain
Sidang Jumaat yang berkati Allah,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ ………(متفق عليه)
Maksudnya : Setiap anak yang lahir adalah lahir dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi…….
Minggu ini umat Islam dihangatkan kembali dengan isu cubaan jahat untuk meminda undang-undang yang berkaitan penjagaan anak apabila salah seorang ibu atau bapanya memeluk Islam supaya mengikut telunjuk kabinet negara yang memutuskan pada 23 April yang lalu bahawa status anak-anak yang berumur 18 tahun ke bawah kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain termasuk Islam. Kita menyokong penuh kenyataan Majlis Raja-raja Melayu yang meminta agar pindaan ini ditangguh terlebih dahulu malah kita berdoa agar ia dibatalkan terus daripada pindaan yang bukan sahaja bercanggah dengan Islam malah akan menghapuskan bidang kuasa Mahkamah Syariah sedangkan dalam kes menyelesaikan pertikaian antara Mohd Ridzuan yang baru memeluk agama Islam dan isterinya Indra Ghandhi berhubung status agama tiga anak mereka yang berumur 18 tahun ke bawah telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu. “Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa(salah seorang) atau penjaga. “Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan,”
Dari segi agama memang jelas menurut jumhur ulamak; hak penjaaan anak (hadhonah) tidak harus diberikan kepada ibu atau bapa yang tidak Islam kerana penjagaan anak adalah wilayah (penguasaan) dan Allah tidak membenarkan penguasaan orang tidak Islam ke atas orang beriman. Ia sama seperti larangan wanita muslim dikahwini lelaki bukan Islam kerana perkahwinan tersebut menyebabkan wanita muslim berada di bawah penguasaan orang bukan Islam. Menyerahkan anak untuk dijaga dan diasuh oleh orang bukan Islam akan menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan agama anak terbabit kerana ibu atau bapa yang bukan Islam sudah tentu cenderung untuk mendidik anak itu agar mengikut agamanya apabila besar nanti. Ketika orang bukan Islam tanpa mengira fahaman politik bersatu dalam memastikan keputusan kabinet itu diguna pakai maka kita sebagai umat Islam yang bermaruah wajib bangun dalam mempertahankan aqidah umat Islam yang cuba digadaikan dengan penuh biadap dan jahat

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah S.W.T dalam ayat 25 surah al-Anfal :
وَاتَّقُواْ فِتْنَةً لاَّ تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمْ خَآصَّةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Maksudnya : Dan takutlah kamu kepada siksaan yang tidak diturunkan khusus terhadap orang-orang yang zalim di antara kamu sahaja. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaanNya
Pelbagai fitnah dan musibah berbentuk kerosakan aqidah, kerosakan akhlak, peningkatan jenayah, merebaknya penyakit merbahaya akibat daripada kegagalan umat Islam dalam memahami dan melaksanakan cara hidup Islam dalam kehidupan. Kes selsema babi yang terus meningkat akibat kecuaian dan kedegilan setengah pihak seperti dakwaan kurang tegasnya dalam melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap pelancong yang datang kerana tidak mahu menjejaskan industri pelancongan negara. Akibat mahu menjaga pelancong maka nyawa rakyat menjadi taruhan. Begitu juga kedegilan penternak babi terutama yang bukan sahaja tidak mempunyai lesen kebenaran malah memelihara babi lebih daripada permintaan setempat yang menyebabkan masyarakat terdedah kepada penyakit yang merbahaya ini. Kes ini turut mengganggu pengajian akibat beberapa sekolah terpaksa ditutup malah kerja guru besar semakin bertambah kerana terpaksa dibebankan untuk memeriksa kesihatan pelajar dari masa ke semasa. Kita bimbang selepas ini doktor dan jururawat terpaksa di tempatkan di sekolah-sekolah bagi memeriksa kesihatan setiap hari. Orang lain bawa penyakit, orang lain pula yang terpaksa memikul bebannya. Ketika membaca cara-cara untuk menghindar daripada penyakit selsema babi seperti sentiasa membasuh tangan dan memasuk air ke rongga hidung supaya kuman-kuman keluar maka kita dapati betapa indahnya ajaran Islam yang mewajibkan kita mengambil air sembahyang setiap kali mahu solat lima waktu. Oleh itu sesiapa yang menjaga solat lima waktu dan suka berwudhu’ insya Allah akan dijauhkan daripada penyakit selsema babi. Sebagaimana kita pernah terbaca bagaimana perempuan yang sentiasa bertudung akan dijauhkan daripada penyakit rambut, kulit kepala dan sebagainya. Begitu juga umat yang sentiasa menutup auratnya insya Allah akan terhindar daripada penyakit kanser kulit yang merbahaya akibat terkena cahaya matahari seperti dicatatkan pada tahun 1998 sahaja seramai 2000 wanita di Amerika Syarikat mati akibat kanser kulit. Setiap arahan Allah ada hikmatnya yang tersendiri untuk kebaikan dan manfaat kita di dunia apatah lagi di akhirat. Islamlah nescaya kita hebat dan sihat. Firman Allah dalam ayat 81 surah an-Nahlu:
وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِمَّا خَلَقَ ظِلَالًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنَ الْجِبَالِ أَكْنَانًا وَجَعَلَ لَكُمْ سَرَابِيلَ تَقِيكُمُ الْحَرَّ وَسَرَابِيلَ تَقِيكُمْ بَأْسَكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تُسْلِمُونَ
Maksudnya : Dan Allah menjadikan bagi kamu sebahagian dari yang diciptakanNya: benda-benda untuk berteduh, dan Ia menjadikan bagi kamu sebahagian dari gunung-ganang tempat-tempat berlindung; dan Ia juga menjadikan bagi kamu pakaian-pakaian yang memelihara kamu dari panas dan sejuk, juga pakaian-pakaian yang memelihara kamu semasa berjuang. Demikianlah, Ia menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu berserah diri kepadaNya dan mematuhi perintahNya

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Umat Islam mesti serius dan bersungguh dalam mengembalikan sistem Islam dalam menangani pelbagai masalah bermula dari Aqidah sehiggalah akhlak yang semakin parah. Kita tertarik dengan cadangan Mufti Negeri Kelantan beberapa bulan lepas supaya dilaksanakan hukum takzir sebat di khalayak ramai bagi jenayah yang tidak besar supaya penjara tidak sesak dan kos menjaga penjenayah tidak terus meningkat disamping kes-kes ini diselesai dengan berkesan dan cepat tanpa menghalang penjenayah untuk menjalankan tugasan harian selepas itu. Begitu juga cadangan menteri agama minggu lepas di Dewan Negara supaya dilaksanakan hukum hudud bagi menangani masalah ragut di mana cadangan ini mestilah benar-benar serius bukannya untuk mencari publisiti murah. Sudah tiba masanya ditubuhkan jawatankuasa khusus dalam menggubal hukum hudud peringkat pusat sebagaimana pernah dibuat oleh kerajaan Kelantan dan Terengganu sebelum ini. Sukatan pengajian berkenaan sistem perundangan Islam wajib diperkasakan disemua peringkat pengajian dari sekolah hingga universiti dalam memberi kefahaman mendalam berkenaan sistem Islam. Pilihlah samada laksana Islam dan kita dapat bahagia atau pun biarkan sistem Islam dipenjara sehingga kita bertambah derita. Pilihlah antara Islam sebagai ubat mujarrab dalam menyelesaikan pelbagai masalah atau lebih rela berhukum dengan sistem jahilah yang merupakan racun berbisa yang pasti menambahkan penyakit yang sedia ada
Firman Allah dalam ayat 96 surah al-A’araf :
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ وَلَكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ
Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Islam DiSanjung Umat Bertamadun

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Firman Allah dalam ayat 41 surah ar-Rom :
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Maksudnya : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Kita sebagai umat yang beriman wajib mengakui bahawa setiap bencana yang berlaku di atas muka bumi ini merupakan ujian Allah bagi menguji tahap keimanan umat manusia atau pun pembalasan daripada Allah bagi menimbulkan kesedaran dan pengajaran kepada umat manusia yang selama ini sering melakukan penderhakaan terhadap Allah disamping amaran bagi segelintir manusia yang merosakkan bumi Allah tanpa memikirkan keselamatan orang lain supaya segera menghentikannya. Hari ini dunia sedang bercakap tentang serangan penyakit selsema babi yang membimbangkan sehingga mengganggu industri pelancongan di mana menurut laporan, tempahan menginap di hotel telah mengalami penurunan penempahan sebanyak 10 peratus. Malah, penularan wabak ini turut menghempap kepada sektor makanan dan pengangkutan. Di seluruh dunia, jumlah kes jangkitan selsema babi sehingga kini sudah menjangkiti 53,110 orang di 99 negara dan membunuh 232 nyawa. Manakala dalam negara pula mencatat jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 91 kes iaitu 77 kes import dan 14 kes jangkitan tempatan dengan peningkatan mendadak 400 peratus dalam masa seminggu disamping 4 buah sekolah ditutup. Semua ini mengajar umat manusia untuk mengakui kehebatan dan kekuasaan Allah yang tidak mampu disekat oleh manusia. Malangnya walau pun kes selsema babi semakin meningkat namun industri penternakan babi terus dipertahankan seolah-olah dunia sudah dibeli oleh kapitalis penternak babi tidak sebagaimana menangani masalah selsema burung, lembu gila, penyakit kuku dan mulut yang kebanyakannya diambil tindakan segera dengan membunuh binatang tersebut. Bila manusia lebih rela membela penyakit maka masalah makin parah dan penderitaan makin bertambah. Demi menjaga keuntungan setengah pihak maka rakyat dibiarkan menderita. Oleh itu di dalam berdepan dengan serangan penyakit yang merbahaya ini kita meminta agar kerajaan menghapuskan segala punca penyakit ini disamping kita mesti memperbanyakkan solat hajat dan berdoa agar dihindarkan daripada musibah ini

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَن يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيُقْتَلْ أَو يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar
Mimbar Jumaat hari ini juga mengajak seluruh umat Islam yang bermaruah untuk sama-sama mengutuk dan mengecam laporan jahat dan biadap yang dikeluarkan oleh International Crisis Group (ICG) yang beribu pejabat di Belgium yang menuduh sekolah pondok telah dijadikan tempat melahirkan pemberontak di Selatan Thai berikutan kumpulan pemisah menggunakan pondok untuk merekrut dan melatih remaja Muslim. Ketika umat Islam dibunuh dengan kejam termasuk ditembak ketika sedang solat berjemaah di dalam masjid, masih ada lagi musuh Islam yang cuba menimbulkan sikap anti-Islam. Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia, kita mendesak agar pemimpin negara memainkan peranan penting dalam menekan kerajaan Thailand supaya menarik balik 30 ribu tentera di Selatan Thailand disamping menamatkan perintah darurat yang memberikan kuasa kepada pihak tentera untuk menahan penduduk yang majoritinya Islam tanpa sebarang dakwaan. Kita tidak mahu isu saudara seagama dibunuh sesuka hati dibiarkan begitu sahaja sehingga kita berasa kecewa apabila Parlimen menolak untuk membincangkannya baru-baru ini
Sidang Jumaat yang dikasihi Allah ,
قَالَ الرَّسُوْلُ  : لاتَقُوْمَ السَّاعّةُ حَتَّى يَكُوْنَ الوَلَدُ غَيْظًا وَالمَطَرُ قَيْظًا وَيفِيْضَ اللِّئَامِ فَيْضًا وَيَغِيْضَ الكِرَامِ غَيْضًا وَيَجْتَرِئ َالصَّغِيْرُ عَلَى الكَبِيْرِ وَاللَّئِيْمِ عَلَى الكَرِيْمِ – رواه الطبراني فى الأوسط
Maksudnya : Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibubapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik, dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik
Kita telah beberapa hari berada dalam bulan Rejab yang mengingatkan kita tentang gambaran dunia dalam peristiwa Isra’ Mikraj yang berlaku pada diri nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang yang terlalu tua iaitu dunia ini terlalu hampir dengan saat kehancurannya yang dipanggil Qiamat. Pelbagai tanda Qiamat samada kecil dan besar telah berlaku di zaman kita ini termasuk cuaca yang begitu panas dan merbahaya di samping masalah sosial dan jenayah yang begitu teruk bermula dalam keluarga, masyarakat kampung sehinggalah negara. Masalah dadah yang semakin runcing sehingga hampir setiap rumah ada yang terlibat dengan jenayah ini sehingga bukan sedikit wang rakyat dihabiskan untuk mengubati penyakit yang telah parah ini. Bila pusat serenti bukan sahaja penuh malah tidak lagi mampu menampung penagih tegar ditambah dengan beberapa rusuhan yang terbaru di mana 500 orang penghuni Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor sehingga ada pelatih yang lari dan berapa banyak harta awam musnah. Ini antara gambaran bila manusia kosong hatinya daripada makanan rohani akibat negara diserang dengan hiburan melampau dan kehidupan yang jauh daripada panduan agama. Oleh itu system pendidikan agama bermula daripada keluarga, sekolah, pusat pengajian tinggi dan seterusnya apabila telah bekerja wajib diperkasakan supaya hati rohani rakyat tidak mati. Kita begitu bimbang apabila system pendidikan negara hari ini lebih menekan kepada keduniaan dari segi teori dan praktikal dengan menjadikan pendidikan agama hanya pelengkap jadual sahaja. Akhirnya dari segi kecemerlangan akademik, universiti negara kita jatuh tercorot berbanding Universiti Chulalongkon, Thailand apatah lagi universiti Singapura dan Indonesia. Begitu juga pendidikan peringkat rendah yang turut menjunam prestasinya sehingga hanya tinggi sedikit daripada Papua New Guinea. Ke mana sebenarnya arah tuju pendidikan negara yang nampaknya gagal dari segi dunia apatah lagi agama. Jangan asyik memuja Bahasa Inggeris sehingga gejala liberalisasi beragama, sekularisme yang menimpa umat Islam adalah majoriti daripada kelompok yang pro kepada pendidikan ala Inggeris dan pendidikan berteraskan bahasa berkenaan sedangkan bahasa Melayu telah lama dipakejkan dengan nilai Islam sejajar juga dengan perkembangan tulisan jawi yang menggantikan tulisan Pallava Sanskrit. Berubahlah kepada Islam agar dunia hebat, akhirat dapat.

Sidang Jumaat Yang diberkati Allah ,
Bulan Rejab dijadikan Bulan Sembahyang oleh Kerajaan Kelantan semenjak beberapa tahun yang lepas bagi memberi kesedaran kepada rakyat tentang betapa peri pentingnya solat dalam mencapai kecemerlangan dunia akhirat. Oleh itu betapa pentingnya peranan sistem pendidikan negara dalam melahirkan pelajar sekolah, universiti dan pegawai serta pekerja yang sentiasa menjaga solat 5 waktu. Kita menyokong usaha Kerajaan Kelantan yang berusaha memastikan antara syarat penerimaan bekerja dan kenaikan pangkat menjadikan solat sebagai antara syarat kelayakannya disamping cuba meminda perundangan bagi membolehkan rakyat yang meninggal solat boleh dijatuhkan hukuman berat. Kita juga mendesak agar kerajaan pusat menjadikan program seperti Biro Tatanegara (BTN) untuk melahirkan pegawai dan pekerja yang jaga solat, jauhi rasuah dan amalan buruk yang lain tidak sebagaimana sebelum ini yang diguna untuk memuja pemimpin dan meniup semangat perlkauman sempit yang bertujuan menjaga kedudukan pemimpin. Begitu juga modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mesti dikemaskan dari sudut pengisian agama dan pengambilan hendaklah kepada remaja bermasalah seperti masalah disiplin di sekolah, tinggal solat, rempit dan sebagainya tidak sebagaimana hari ini di mana kadang-kadang pengisian agama diganti dengan tarian dan sebagainya. Jangan biarkan wang negara dibazirkan untuk merosakkan lagi rakyat sebaliknya gunakanlah untuk mengisi rohani rakyat yang gersang daripada agama. Jangan biarkan hati rakyat terus mati yang menyebabkan pelbagai masalah terus bertambah. Sinarilah cahaya iman dalam hati rakyat, basahilah zikrullah pada lidah rakyat, pakaikan akhlak mulia pada diri rakyat nescaya dunia bahagia akhirat sentosa
Firman Allah dalam ayat 45 surah al-‘Ankabut :
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ ۖ إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
Maksudnya : Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

164. UNDI BIJAK ADIL DITEGAK

 

 

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

            Firman  Allah  dalam  ayat  2 dan 3  surah al-Ankabut :

أحسب    الناس  أن  يتركوا  أن  يقولوا  آمنا  وهم  لايفتنون  .   ولقد  فتنا  الذين  من  قبلهم   فليعلمن  الله  الذين  صدقوا  وليعلمن  الكذبين

 

Maksudnya  :  Adakah  manusia itu mengira  bahawa  mereka akan dibiarkan  untuk  mengatakan: “ Kami  telah beriman “,  sedangkan  mereka  belum  diuji.  Dan  sesungguhnya Kami  telah  menguji  orang-orang  yang  sebelum mereka  maka sesungguhnya  Allah mengetahui  orang-orang  yang  benar  dan  Dia  mengetahui  orang-orang  yang  berdusta

Islam adalah agama langit yang syumul merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Keindahan dan kehebatan system Islam yang meliputi ibadat khusus, politik pemerintahan, perundangan, sosial, ekonomi dan sebagainya tidak mampu dilihat dan dirasai oleh kita melainkan dengan melaksanakannya di bumi nyata bukannya setakat tertera di dalam al-Quran dan hadis nabi serta tertulis dalam kitab-kitab karangan ulama’ sahaja.  Betapa malangnya kita pada hari ini tidak mampu merasai keindahan Islam akibat Islam dipenjara dan system Islam disekat daripada dilaksanakan di negara ini akibat salah memilih pemimpin. Pemimpin yang naik adalah daripada golongan yang tidak faham atau tidak berminat untuk melaksanakan Islam malah apa yang lebih malang pemimpin ini menghina system Islam yang dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Antara yang terbaru ialah bila melihat kepada 2 daripada 8 prinsip Islam Hadhori peringkat negeri yang menyatakan bahawa Islam Hadhori adalah Islam moden yang jelas menghina Islam yang diturunkan oleh Allah melalui nabi Muhammad s.a.w yang dikira sebagai ketinggalan zaman dan mundur. Begitu juga prinsip Islam Hadhori adalah Syumul di mana ini juga menafikan kesyumulan Islam yang dibawa oleh nabi yang mengharamkan arak, judi, riba, buka aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Prinsip Islam Hadhori ini jika tidak disekat boleh merosakkan aqidah dan akhlak umat Islam dalam jangka masa pendek dan panjang. Islam Hadhori adalah penerusan kepada dasar sekuler yang memisahkan antara agama dan politik yang merupakan jalan pintas kepada murtad

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 140 surah an-Nisaa’:

َقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ إِنَّ اللهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا       

Maksudnya : Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.

Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang bahayanya sekiranya kita duduk apatah lagi menyokong mereka yang menghina system al-Quran. Walau pun kita tidak turut sama mencaci system al-Quran tetapi akibat duduk bersama pemimpin yang menghina system al-Quran maka hukumnya adalah sama. Oleh itu kita mesti faham sekiranya mahu melantik imam solat 5 waktu pun kita berhati-hati agar solat kita sah dan diterima oleh Allah. Begitu juga sekiranya kita mahu membeli barangan maka sudah pasti kita memilih barang yang baik untuk kita. Sekiranya imam solat dan jual beli kita menjaganya agar baik untuk kita apatah lagi bila mahu memilih pemimpin yang akan memerintah kita maka lebih-lebih lagi mesti dipilih dengan baik agar boleh membahagiakan kita di dunia dan akhirat. Kita jangan tertipu dengan golongan yang suka mempermainkan agama. Golongan ini bila bercakap di Kelantan berkenaan Islam tetapi di luar sana pemimpin ini gembira kerana dapat membina pusat judi paling besar Asia Tenggara di Genting Highland, membina kilang arak terbesar Asia Tenggara di Selangor dan hampir-hampir memberi ruang kepada Kristian dalam membina Gereja Melayu Kristian paling besar Asia Tenggara akibat tiada perundangan berdasarkan Islam dalam menyekat ribuan umat Islam daripada murtad. Sebab itulah tidak pelik apabila pemimpin ini ditaja oleh tauke judi untuk bertanding dalam pilihanraya. Malah untuk sembelih korban perdana pun menggunakan duit tauke judi. Apakah kita bakal jawab di depan Allah nanti sekiranya kita mengundi pemimpin jenis ini. Adakah kita terpengaruh dengan ajaran sekuler yang mengatakan bahawa undi tidak bersangkut paut dengan pahala dosa, syurga neraka. Ingatlah dalam sebuah hadis  yang diriwayatkan oleh imam Ahmad dan Tabrani menyebutkan: Siapa yang berjalan bersama orang zalim untuk membantunya, sedangkan dia tahu orang berkenaan adalah orang yang zalim maka dia telah keluar daripada (agama) Islam. Begitu juga kita ingat kepada suatu kisah tentang suatu ketika seorang lelaki datang bertanya kepada Sufyan al Thauri. Dia berkata: Saya ini penjahit pakaian untuk seorang raja (pemerintah) yang zalim; adakah saya terjumlah dalam kalangan penyokong beliau. Sufyan al Thauri menjawab: Anda bukan golongan penyokong tapi anda adalah daripada golongan penzalim itu sendiri. Golongan penyokong ialah orang yang menjual kepada anda jarum dan benang (untuk menjahit).

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Firman Allah dalam ayat  67  dan69 surah al-Ahzab :

يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولاَْ  وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلاَ ْ رَبَّنَا آتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا

Maksudnya : Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. “Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”

Ramai golongan yang menyokong pemimpin yang zalim termasuk menolak system Islam yang menyeluruh dalam kehidupan akan menyesal yang tidak berguna lagi bila berada di depan api neraka. Oleh itu sebelum terlambat maka janganlah kita tersilap memilih pemimpin agar tidak menderita di dunia dan akhirat, Kita jangan tertipu dengan janji kosong yang bakal menjerat kita. Bersama kita menjatuhkan pemimpin zalim yang menyiksa tahanan ISA sehingga setengah tahanan dipaksa makan dan minum najis pihak tertentu. Lihatlah contoh janji pembangunan di Terengganu di mana hanya seorang dua tauke yang kaya raya hasil pembinaan Tamadun Tamadun Islam yang meranapkan duit rakyat sebanyak 270 juta dan pertandingan Monsun Cup sebanyak 300 juta setahun tetapi rakyat Terengganu kembali menjadi negeri kedua paling miskin selepas Sabah.  Janji hapuskan cukai di Kelantan sedangkan di Terengganu yang mempunyai hasil minyak terpaksa mengutip semula cukai pintu dan bandar yang telah pun dihapuskan oleh kerajaan gerakan Islam sebelum ini. Janji harga minyak tidak dinaikkan hanya khayalan seperti penipuan terhadap penghapusan yuran sekolah sebelum ini yang jelas menghina Parlimen. Golongan yang dulu begitu jahat menarik bantuan kepada sekolah agama rakyat dan kini terus berusaha menyerahkan sekolah agama Yayasan Islam Kelantan untuk diserahkan kepada kerajaan pusat disamping menghina sekolah agama sebagai sarang pengganas tetapi kini berpura-pura mahu membantu sekolah agama rakyat. Lihatlah betapa banyak sekolah agama rakyat dan guru di luar Kelantan yang terpaksa mengikat perut kerana elaun mereka tidak dibayar begitu lama. Malah dijangka di Johor sekolah agama sesi petang akan dihapuskan menjelang 2010. Adakah kita rela menyerahkan batang tengkok kita untuk disembelih oleh pemimpin zalim ini di dunia dan akan menderita pula apabila bertemu dengan Allah di akhirat nanti. Ingatlah bahawa undi kita adalah rahsia tetapi akan ditanya oleh Allah di akhirat sana.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Ketika berdepan dengan demokrasi yang penuh penipuan ini maka kita sebagai pejuang Islam mesti lebih bersungguh dalam mempertahankan kerajaan yang melaksanakan banyak tuntutan Islam ini. Ingatlah peringatan Ibnu Mas’ud agar dijauhi 2 sikap yang merbahaya dalam berjuang iaitu Pertama Ujub atau perasan diri lebih di mana kita jangan terlalu yakin kita akan menang sehingga malas berusaha dan hilangnya pergantungan diri kepada Allah. Kedua jangan ada sikap mudah putus asa kerana terlalu kecewa dengan penipuan yang berlaku sehingga tidak lagi berharap kepada kemenangan sehingga tiada lagi usaha dalam melawan penipuan ini. Marilah kita sama-sama berjihad dalam mempertahankan kepimpinan ulama’. Jihad ini bukan sahaja berdepan dengan golongan sekuler tetapi adalah jihad dalam melawan tauke judi, arak arak, kelab malam, riba, maksiat daripada menjajah bumi Kelantan. Ya Allah! Kekalkan Kelantan sebagai Serambi Mekah. Kami berlindung denganMu Ya Allah! Agar jangan ditukarkan bumi bertuah ini menjadi serambi judi dan rasuah.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Mahkamah tolak permohonan keluarga tuntut mayat Mohan Singh

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan keluarga Mohan Singh untuk menuntut mayat pengarah seni bebas itu dari Hospital Sungai Buloh.

Mohan, 41, meninggal dunia keana serangan sakit jantung pada 25 Mei lalu.

Pada 4 Jun, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mendapat perintah dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang mengisytiharkan Mohan beragama Islam.

Kakitangan MAIS cuba menuntut mayatnya untuk dikebumikan tetapi rumah mayat Hospital Sungai Buloh enggan membenarkannya kerana Mahkamah Tinggi telah memerintahkan ia disimpan di situ sehingga ditentukan status agama Mohan.

MAIS menuntut mayat Mohan kerana menurutnya pengarah seni itu telah memeluk Islam pada 1992.

Bagaimanapun, keluarganya berkata, Mohan mengamalkan agama Sikh, malah telah menjalankan upacara agama itu bagi ibunya yang meninggal dunia tiga tahun lalu.

Ketika dihubungi, peguam keluarganya A Rajesh Kumar berkata, anak guamnya amat kecewa apabila mendapat tahu keputusan mahkamah hari ini.

Menurutnya, permohonan lisan mereka supaya pelaksanaan penghakiman tersebut ditangguhkan, telah ditolak.

“Keluarga tersebut terperanjat dengan keputusan berkenaan. Kami kini dalam proses memfailkan rayuan,” katanya.

Bagaimanapun, kata Rajesh, beliau menjangka mayat Mohan akan dikebumikan mengikut agama Islam hari ini.

Sebelum itu, mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman yang dibuat oleh keluarga Mohan kerana kes itu di bawah bidang kuasa
Mahkamah Syariah Selangor, lapor Bernama.

Hakim Rosnani Saub berkata oleh kerana beliau telah mendapati bahawa Sijil Akuan Masuk Islam Mohan dalam Enakmen Pulau Pinang 1959 yang membuktikan bahawa simati telah memeluk Islam pada 1992, oleh itu Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sama ada beliau masih seorang Islam atau tidak semasa kematiannya.

“Ia diperuntukkan di bawah Seksyen 61 (3)(b)(xi) Enakmen Negeri Selangor dan Artikel 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa berhubung perkara itu,” katanya ketika membacakan penghakimannya berhubung kes itu di sini.

Sijil Akuan Masuk Islam itu merupakan bukti yang mencukupi bahawa Mohan memeluk Islam pada 1992 dan ia berlaku di Pulau Pinang dan mengikut Seksyen 113 (2) Enakmen Negeri Selangor beliau perlu dilayan sebagai orang Islam di negeri ini dan dan tertakluk kepada peruntukan di bawah Enakmen negeri Selangor, katanya.

Kenyataan bahawa gaya hidup Mohan dan kelakuannya yang tidak konsisten sebagai saudara baru Islam tidak mengubah statusnya sebagai orang Islam di mata undang-undang yang ada, katanya.

Rosnani berkata:” Di negeri Selangor, seorang Islam mesti diiktiraf dan
dilayan sebagai orang Islam pada setiap masa sehingga dan jika pengisytiharan dibuat oleh Mahkamah Syariah bahawa beliau bukan lagi seorang Islam.

Beliau juga berkata permohonan semakan kehakiman ditolak dengan kos kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Pengarah Hospital Sungai Buloh, Kerajaan negeri Selangor, kerajaan Malaysia dan MAIS.

Katanya perintah interim Mahkamah Tinggi bertarikh 1 Jun tahun ini yang
tidak membenarkan hospital melepaskan mayat kepada mana-mana pihak sehingga prosiding sivil selesai juga dibubarkan.

Keluarga Mohan telah memohon semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Ketua Pengarah Kesihatan dan Pengarah Hospital Sungai Buloh kerana tidak membenarkan mereka menuntut mayat Mohan dari Hospital Sungai Buloh dan juga MAIS sama ada simati itu meninggal dunia sebagai orang Islam atau sebaliknya.

Semakan kehakiman juga mengandungi perintah mandamus bahawa Ketua Pengarah Kesihatan, Pengarah Hospital itu melepaskan mayat Mohan kepada keluarganya untuk dibakar mengikut upacara agama Sikh.

Rosnani berkata keputusan Ketua Pengarah Kesihatan dan Pengarah Hospital untuk tidak melepaskan mayat simati kepada pemohon-pemohon adalah alasan yang kuat dan berpatutan memandangkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah mengeluarkan pengisytiharan bahawa Mohan meninggal dunia sebagai orang Islam dan oleh itu MAIS menjadi pihak berkuasa yang tepat bagi melaksanakan pengebumian
secara Islam kepada beliau.

Mohan atau nama Islamnya Mohammad Hazzery Shah Mohan Abdullah meninggal dunia di sebuah apartmen di Damansara Damai pada 25 Jun tahun ini akibat sakit jantung berdasarkan kepada bedah siasat ke atas mayatnya di Hospital Sungai Buloh.

Dalam prosiding, pemohon-pemohon yang terdiri daripada adik-adik perempuan Mohan iaitu Baldi Kaur, J. Belvikohr, Jaswant Kaur dan P.Nagamuthu diwakili peguam bela mereka Rajesh Kumar.

Responden-responden seperti MAIS diwakili Zainul Rijal Abu Bakar
manakalkerajaan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan dan Pengarah Hospital Sungai Buloh diwakili Mohd Radhi Abbas.

Mohd Radhi memberitahu pemberita selepas penghakiman itu bahawa MAIS akan bertanggungjawab mengadakan upacara pengebumian mengikut cara Islam kepada si mati.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MAIS Rohana Hassan memberitahu pemberita bahawa majlis itu akan menuntut jenazah itu untuk dikebumikan pada sebelah petang di tanah perkuburan Islam di Sungai Buloh.

Bagaimanapun, katanya, MAIS akan memberikan peluang kepada keluarganya untuk memberikan penghormatan terakhir kepadanya sebelum upacara pengebumian mengikut cara Islam.