• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,678,031 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,416 other followers

139. ISLAM MEMULIAKAN WANITA


 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.  Janganlah  kita  hanya  tahu  mendengar  sahaja  perkataan  taqwa  serta  menyebutnya  sedangkan  ia  tidak  menyerap  ke dalam  sanubari  kita . Hitunglah  diri kita  setiap  masa  samada  semakin  hampir  kepada  Allah atau  sebaliknya.  Adakah  amalan  soleh  kita  semakin  meningkat  atau pun  menurun….

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  124 surah an-Nisa’ :

وَمَنْ يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَٰئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ نَقِيرًا 

Maksudnya : Sesiapa yang mengerjakan amal-amal soleh samada lelaki mahu pun wanita sedangkan dia beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiayai walau sedikit pun.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Isu wanita yang memakai pakaian yang menjolok mata dan seksi dikatakan menjadi penyebab kepada masalah zina yang berleluasa dan juga perkosaan terhadap wanita hangat diperkatakan pada minggu ini. Sebenarnya pandangan Menteri Besar Kelantan ini adalah sambungan kepada perkara yang pernah disentuh oleh beliau sebelum ini mengenai kehormatan dan hak wanita seperti larangan wanita bekerja pada waktu malam, larangan bergincu terutama ketika berkerja dan beberapa kenyataan yang lain. Ramai di kalangan wanita terutama yang tidak memahami agama atau pun terpesong dengan fakta yang diputar belitkan oleh media massa telah membangkang kenyataan bahawa wanita seksi sebagai punca kepada masalah ini dengan mengatakan bahawa sebenarnya wanita adalah mangsa kepada penganiayaan yang dilakukan oleh kaum lelaki.

            Sebenarnya dalam al-Quran telah jelas mengenai perkara ini di mana Allah telah menggariskan hukum yang terbaik untuk dilaksana dan ditunaikan oleh kaum wanita berhubung masalah pemakaian mereka agar sentiasa menutup aurat bagi mengelak perhatian orang lain. Dalam surah an-Nisa’ dan juga surah an-Nur yang juga dikenali sebagai surah an-Nisa’ as-Sughra terutamanya telah menyentuh secara jelas mengenai kewajipan lelaki dan perempuan dalam menjaga aurat dan pandangan mereka bagi mengelakkan berlakunya perkara maksiat. Sempena bulan Rejab yang mengingatkan kita semua bagaimana dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj di mana ketika di bawa melawat neraka maka Rasulullah s.a.w telah melihat begitu ramai daripada penghuni neraka adalah kaum wanita di mana antara kesalahan mereka ialah mendedah aurat.

Sebenarnya dalam masalah menyalahkan wanita yang menjadi penyebab kepada berlakunya penganiayaan terhadap mereka pernah ditimbulkan di sebuah negara di Eropah beberapa tahun yang lalu di mana perempuan yang mengadu dirogol telah didapati bersalah kerana memakai pakaian seksi yang menyebabkan lelaki itu melakukan perkara jahat terhadapnya.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

            Masalah penutupan aurat sepatutnya tidak menjadi masalah yang besar kepada mereka yang memahami agama tetapi ia merupakan suatu perkara yang kadang-kadang dipertikaikan di kalangan umat Islam sendiri terutama bagi mereka yang terpengaruh dengan penutupan aurat tidak boleh dipaksa di mana seseorang itu hanya boleh menutup aurat dengan kerelaan dirinya sendiri. Mereka juga terpengaruh dengan kenyataan sesat yang mengatakan bahawa perempuan yang bertudung belum tentu baik dan perempuan yang tidak bertudung tidak semestinya jahat malah ramai di kalangan mereka yang tidak bertudung lebih kuat imannya di dalam hati.

            Perkara tidak menutup aurat ini semakin menjadi-jadi terutama melalui tindakan undang-undang seperti pernah berlaku di mana seorang muslimah telah dibuang kerja beberapa tahun sebelum ini kerana datang berkerja dengan memakai  purdah. Ada syarikat terutama hotel-hotel tidak menerima pekerja yang bertudung atas alasan tudung merupakan sesuatu yang tidak melambangkan kemajuan. Mereka dengan berani menghina pakaian Islam tanpa ada tindakan sewajarnya oleh pihak bertanggungjawab.

 

 

Siang Jumaat yang dikasihi,

            Kedatangan Islam telah mengembalikan semula wanita kepada kedudukan mereka yang baik dan dihormati setelah agama dan kefahaman yang lain  telah meletakkan kaum wanita ditempat yang hina. Wanita dan para isteri masyarakat India tidak diberi hak untuk hidup di mana isteri akan turut dibakar hidup-hidup apabila suaminya meninggal dunia. Seorang isteri yang dibakar hidup bersama mayat suaminya ini dianggap sebagai perempuan yang setia. Menurut kaum Tionghoa pula perbuatan menanamkan orang perempuan hidup-hidup bersama mayat suaminya telah menjadi adat kebiasaan . Turut diriwayatkan bagaimana para isteri orang-orang besar bangsa Tionghoa zaman silam akan dipakaikan celana dari besi antara kedua pehanya hingga bawah pusat dan dikunci kukuh oleh suaminya sepanjang peninggalannya. Ini menyebabkan mereka merasa kesusahan dan kerumitan dalam pergerakan sepanjang peninggalan suami mereka.  Bangsa arab jahiliah pula membunuh atau menanam anak perempuan mereka hidup-hidup kerana bimbangkan keaiban dan kepapaan. Jika mereka membiarkan anak perempuan itu hidup sekali pun maka dia akan dikerahkan untuk membuat pekerjaan yang berat dan tidak sesuai untuknya. Paling tinggi anak perempuan itu dijadikan alat untuk memuaskan nafsu buas lelaki dan dipermadukan tanpa batasan. Perempuan yang telah ditinggalkan suami akan diasingkan di suatu tempat            lain di mana dia mesti memakai pakaian yang seburuk-buruknya dan dilarang  keras memakai bau-bauan selama setahun. Setelah cukup setahun maka akan  dibawa kepada perempuan itu seekor kambing atau keldai yang bertujuan supaya            dia menyentuhkan kemaluannya kepada binatang tersebut. Sesudah itu dia akan    diberi pula kotoran unta yang kemudian akan dilemparkannya. Sesudah itu barulah dia boleh keluar dari rumahnya dan dibenarkan menjalankan  aktiviti hidup sebagaimana biasa.

    Mengikut agama Yahudi dan Kristian pula mereka menganggap bahawa wanita dianggap najis atau kotoran, sumber dosa dan kedurhakaan, pusat segala pelanggaran, asas kepada segala bentuk perbuatan curang, dasar pendustaan atau penipuan dan tidak boleh dipercayai. Wanita dianggap beracun dan berbahaya di mana mesti dimusnahkan daripada alam ini.Kaum wanita dilarang belajar ilmu pengetahuan apa lagi mengajar kaum lelaki. Begitu juga mengikut Yahudi bahawa kaum perempuan tidak boleh mewarisi pusaka.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Islam telah menolak dan meghapuskan segala fahaman dan penindasan terhadap kaum wanita dengan meletakkan mereka ditempat yang sewajarnya sebagai pembantu kepada kaum lelaki. Wanita menurut Islam digalakkan untuk mendapatkan ilmu pengetahun, mewarisi harta pusaka, berkerja dengan kerja yang sesuai dengan sifat kewanitaan mereka disamping menjaga lunas-lunas yang telah digariskan oleh agama. Cuma laungan kebebasan wanita yang sering kedengaran terutama apabila tibanya hari wanita sedunia dan hari ibu tidak lain dan tidak bukan untuk mengembalikan wanita kepada kedudukan yang hina dan dipergunakan segala kecantikan mereka bagi mengaut keuntungan yang besar. Oleh itu jagalah keluarga kita semua daripada terjebak dengan perkara maksiat dan pastikan diri kita dan keluarga kita sentiasa menutup aurat.

 

Firman Allah dalam ayat 6 surah at-Tahrim :

يأيها الذين آمنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارا وقودها الناس والحجارة عليها ملائكة غلاظ شداد لا يعصون الله ما أمرهم ويفعلون ما يؤمرون

Maksudnya  : Wahai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,  yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan sentiasa mengerjakan apa yang diperintahkan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Satu Respons

  1. Assalamualaikum… Tuan, pembetulan dalil Al-Quran. Teks khutbah bertajuk ISLAM MEMULIAKAN WANITA dalil Al-Quran Surah An-Nur 124 sepatutnya Surah An-Nisa’ 124 memandangkan Surah An-Nur hanya mengandungi 64 ayat sahaja. Mohon dibetulkan!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: