• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Khutbah Edisi Ke-10

1. Iktibar Peperangan Bani Quraizah 5H                                                              

 2. Tujuh Golongan Dilindungi Allah S.W.T                                                            

3. Bai’ah Aqabah Pemangkin Terdirinya Daulah                                              

4. Cabaran Sebelum Hijraturrasul S.A.W                                                            

5.  Islam Pentingkan Kepimpinan                                                                         

6.  Generasi Muda Terjaga Negara Terbela                                                      

 7. Maksiat Bercambah Bala Bertambah                                                            

 8. Islam Dijulang Jahiliah Dibuang                                                                        

 9. Ukhwah Islamiah Kukuh Ummah Utuh                                                            

 10. Khutbah Eidil Adha 1424H

Khutbah Edisi Ke-9

1. Merdekakan Perlembagaan Negara Dengan Islam                                  

2. Hayati Kemerdekaan Hakiki Dengan Islam                                       

3. Hindari Ciri Masjid Dhirar                                                                        

4. Solat Dijaga Umat Mulia                                                                        

5.  Kurang Cakap Banyak Bertindak Gerakkan Umat                         

6.  Guna Akal Tanpa Suluhan Wahyu Punca Umat Buntu                   

 7. Ramadhan Menjulang Umat Bertaqwa                                             

8. Iman Kuat Kemenangan Dekat                                                                       

 9. Kaya Agama Dan Harta Ciri Mukmin Jaya                                        

 10. Khutbah Eidil Fitri 1424H

Khutbah Edisi Ke-8

1. Iktibar Peperangan Mazar 12 Hijrah                                                                

2. Islam Memuliakan Sesuatu Bangsa                                                                 

3. Bersatu Hadapi Tentera Bergajah Moden                                                     

4. Maulidurrasul S.A.W Pemangkin Kesatuan Ummah                                     

5.  Maulidurrasul S.A.W Semarakkan Perjuangan Islam                                               

6.  Sanjungi Rasulullah S.A.W & Junjungi Agama Allah                                    

 7. Islam DiJulang Umat Gemilang                                                                        

 8. Beza Antara Umat Islam Silam Dan Sekarang                                                          

 9. Sedarkan Umara’ Dan Bebaskan Ulama’                                                      

 10. Khutbah Eidil Adha 1423H

Taqwa Cemerlang Umat Gemilang

 

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah S.W.T dalam ayat 18-19 surah al-Hasyru :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ وَلا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللهَ فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ أُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amalannya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka

                Umat Islam sentiasa disuruh supaya takut Allah pada setiap masa dan tempat agar setiap perbuatan, perkataan malah niat kita tidak terpesong daripada syariat Islam. Kejayaan umat Islam bergantung kepada ketaqwaan yang ada dalam diri di mana yang paling bertaqwa dimuliakan oleh Allah manakala yang hilang rasa taqwa akan dihina oleh Allah di dunia dan akhirat. Antara makna taqwa   sebagaimana yang diberitahu oleh Abu Hurairah iaitu seumpama seseorang yang terpaksa melalui sebatang jalan yang dipenuhi duri maka semestinya dia akan berusaha menjauhi, berundur atau cermat semasa melangkah agar tidak terpijak duri itu. Begitulah yang dilakukan oleh orang yang bertaqwa di mana setiap kali mahu melakukan sesuatu maka diperhatikan terlebih dahulu samada ia dibenarkan oleh Allah atau sebaliknya. 4 ciri utama taqwa pula sebagaimana yang pernah disebut oleh Sayyidina Ali Karramallahu wajhah iaitu : [1] sentiasa takut kepada Allah dalam setiap perkara, [2] sentiasa redha dengan pemberian Allah walau pun sedikit, [3] sentiasa melaksanakan sistem Islam sebagaimana yang diturunkan dalam al-Quran [4] dan sentiasa bersedia dengan bekalan terbaik bagi menghadapi kehidupan akhirat yang kekal abadi.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Firman Allah dalam ayat 2 – 3 surah at-Talak :

وَمَن يَتَّقِ اللهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ …….

Maksudnya : ….sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya…….

 Ketika kita merenungi 5 ayat pertama surah at-Talak maka kita dapati bagaimana kelebihan dan balasan kepada orang bertaqwa begitu banyak antaranya 5 kelebihan utama iaitu : [1] Allah akan mengadakan baginya jalan keluar daripada segala perkara yang menyusahkannya [2] Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya [3] Allah memudahkan baginya segala urusannya [4] Allah menghapuskan segala kesalahannya [5] Allah akan menggandakan pahala balasan amalannya. Memandangkan kepada peri pentingnya ketaqwaan kepada Allah yang boleh membawa kepada penyelesaian dalam semua perkara yang berlaku dalam diri seorang individu, sebuah keluarga, suatu masyarakat, suatu negeri seterusnya negara malah dunia sejagat maka Islam sentiasa menyuruh umatnya agar bertaqwa kepada Allah. Cara yang utama dalam melahirkan diri sebagai orang bertaqwa kepada Allah ialah dengan kembali mengamalkan cara hidup berasaskan al-Quran. Ingatlah kepada suatu pesanan daripada Abu Musa alAsy’ari dengan katanya : Sesunggunya al-Quran ini adalah pahala bagi kamu dan dosa atas kamu. Maka ikutilah al-Quran dan janganlah al-Quran mengikuti kamu. Kerana sesiapa mengikut al-Quran maka ia meletakkan dia ke dalam taman Syurga manakala sesiapa yang diikuti oleh al-Quran maka dia dicampakkan ke dalam Neraka. Khalifah Umar  bin bin Abdul Aziz pula pernah berwasiat : ”Aku berpesan dengan ketaqwaan kepada Allah di mana Dia tidak menerima selain taqwa, Allah tidak kasih melainkan kepada ahli taqwa, Allah tidak memberi ganjaran pahala melainkan atas taqwa. Sesungguhnya mereka yang berpesan dengan taqwa begitu ramai sedangkan mereka yang beramal dengan taqwa begitu sedikit”.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam ayat 96  surah al-A’araf :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آمَنُواْ وَاتَّقَواْ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاء وَالأَرْضِ وَلَكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ

Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

            Negeri yang penuh dengan keberkatan mesti berdiri atas dasar taqwa bermula daripada pemimpin, ulama’ dan seluruh rakyat jelatanya. Taqwa mampu menangani masalah pemimpin yang zalim, ulama’ yang menjual agama, peniaga yang menipu, majikan yang menindas, pekerja yang pecah amanah, anak yang derhaka, pelajar yang melawan guru dan sebagainya. Taqwa lahir daripada ilmu yang diamalkan dengan penuh keikhlasan kepada Allah. Semua ini mesti bermula daripada pemimpin kerana rakyat jelata terikut dengan gaya hidup pemimpin. Sajak yang sering dilaungkan oleh pemimpin negara kita misalnya sering mengingatkan kita tentang peranan ulama’ seperti imam al-Ghazali dan as-Syafie dalam memastikan para pemimpin sentiasa bertaqwa dalam memimpin negara. Imam Syafie contohnya banyak memberi tunjuk ajar yang terbaik kepada pemimpin melalui nasihatnya yang begitu bernilai seperti katanya : Perdalamkanlah ilmumu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin engkau tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu. Seseorang itu tidak mampu untuk menghukum tentang sesuatu samada halal atau haram melainkan dengan ilmu yang dimiliki. Perkara yang mesti ada pada pemimpin ada lima perkara iaitu [1] benar dalam percakapan, [2] menjaga rahsia, [3] menunaikan segala janji, [4] sentiasa memberi nasihat dan [5] menunaikan kewajipan yang diamanahkan

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Imam al-Ghazali sendiri selain melalui kita-kitabnya maka beliau sentiasa berani dalam menegur melalui banyak suratnya yang dihantar kepada pemimpin, ulama’, menteri, pegawai, hakim agar sentiasa selari dengan kehendak Allah. Antara suratnya ialah yang berbunyi : Bertafakkurlah selama satu atau dua jam dan berfikirlah secara mendalam mengenai golongan miskin yang darah dan keringatnya dihisap oleh pegawai kerajaan. Berapa saat setelah itu maka anda akan melihat betapa rahsia Allah semuanya akan terbuka bagi anda dan doa rakyat didengar dan dimakbul oleh Allah. Janganlah lupa bahawa orang yang tidak adil bererti dia tidak taqwa. Berfikirlah seperti mukmin sejati dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan keluhuran sempurna dan sederhana serta kasih sayang dan keadilan. Kasihanilah rakyat dan berbuat baik kepada mereka kerana saya benar-benar belajar daripada pengalaman bahawa kezaliman yang dilakukan oleh yang kuat ke atas yang lemah tanpa batas. Tahanlah diri daripada menyiksa rakyat yang tidak berdosa kerana ia dimurkai Allah kepadamu. Jika tidak mahu murka Allah maka perangilah kekejaman dan ketidakadilan. Oleh itu kita mahu pemimpin negara bukan hanya mahu mencari imam al-Ghazali dan as-Syafie tetapi mencontohi segala yang pernah ditunjuk ajar oleh mereka. Jangan biarkan kezaliman seperti terus menzalimi mangsa ISA yang setengahnya telah 6 tahun merengkok dalam penjara dan kini disambung lagi penahanan mereka. Melalui mimbar Jumaat yang mulia ini untuk buat sekian kalinya kita mendesak agar pemimpin membebaskan mangsa ISA atau dakwa mereka di mahkamah jika benar-benar mereka bersalah. Kasihanilah mangsa dan anak isteri mangsa ISA yang begitu banyak menderita. Kita juga meminta agar pemimpin negara bertegas dalam masalah kedaulatan negara. Jangan biarkan negara tunduk kepada kehendak Amerika Syarikat dan sekutunya seperti yang terbaru tindakan menamatkan  secara mengejut penyertaan Iran daripada pameran senjata di Kuala Lumpur. Kita juga mendesak agar pemimpin sensitif terhadap penderitaan umat Islam di Palestin dan kejahatan zionis yahudi dengan melarang 2 warga Israel daripada turut serta bersama pasukan bolasepak Chelsea ke negara kita nanti. Sukan dan politik ada kaitannya sebagaimana yang sedang hangat dibincangkan berkenaan beberapa pertubuhan menyeru agar diboikotsukan Olimpik di Beijing atas alasan negara China melakukan penindasan terhadap warga Tibet. Jika sukan dan politik tidak bersatu maka seruan ini pasti tidak berbangkit. Bersama kita bangkit menentang kezaliman zionis yahudi tanpa memberi muka kepada kejahatan mereka walau atas nama sukan sekali pun. Jangan kita berseronok atas penderitaan saudara seagama kita di bumi Palestin. Bantulah mereka dengan apa yang termampu

Firman Allah dalam ayat 132 surah Taha :

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلاَةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى

Maksudnya : Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

148. AQIDAH TERJULANG UMMAH GEMILANG

 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 112 surah al-Nahlu :

وضرب الله مثلا قرية كانت ءامنة مطمئنة يأتيها رزقها رغدا من كل مكان فكفرت بأنعم الله فأذقها الله لباس الجوع والخوف بما كانوا يصنعون

Maksudnya : Dan Allah memberikan suatu perbandingan sebuah negeri yang aman damai dan tenteram yang dilimpahkan rezeki yang mewah dari setiap tempat lalu penduduknya itu mengkufuri nikmat Allah itu. Maka Allah menimpakan mereka dengan kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang telah mereka lakukan.

            Manusia dengan agama tidak boleh berpisah kerana pertautan antara keduanya begitu kuat dalam merasai erti kehidupan yang sebenar. Jika manusia begitu memerlukan makanan agar tidak mati kelaparan maka mereka lebih memerlukan agama dalam membimbing ke arah hidup yang sejahtera. Jika manusia terlalu berhajat kepada air agar tidak mati kehausan maka mereka lebih memerlukan agama dalam memastikan jiwa dan hati disirami iman yang mampu memberi ketenangan. Jika manusia begitu memerlukan udara untuk bernafas maka mereka lebih memerlukan agama agar dapat memberi keselesaan hidup. Jika manusia terlalu berhajat kepada cahaya untuk membantu pergerakan terutama dalam kegelapan maka mereka lebih memerlukan cahaya agama dalam mengeluarkan mereka daripada kegelapan kufur. Jika manusia begitu memerlukan harta untuk hidup senang maka mereka lebih memerlukan agama agar dapat memberi kebahagiaan dan ketenangan hakiki. Tanpa agama manusia binasa dan menjadi lebih hina daripada binatang yang melata. Tanpa agama menyebabkan segala amalan dan perbuatan manusia sia-sia belaka. Tanpa agama menyebabkan diri manusia sudah tidak berguna dan tidak berharga. Oleh itu kita mesti bersyukur kepada Allah S.W.T di atas nikmat iman dan Islam yang dianugerahkan kepada kita semua yang merupakan nikmat yang paling besar berbanding nikmat-nikmat yang lain. Iman dan Islam yang kita miliki ini wajib dijaga dan dipertahankan agar kita terus diredhai oleh Allah S.W.T di dunia dan akhirat nanti.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

                Aqidah Islam mempunyai keistimewaannya yang tersendiri bersesuaian dengan fitrah manusia dan akal yang sihat. Aqidah Islam menjadi garis pemisah antara pandangan golongan mereka yang mengingkari setiap perkara yang ghaib dan tidak mampu dicapai oleh pancaindera termasuk kewujudan Allah S.W.T dengan pandangan suatu golongan yang lain yang mengakui wujudnya tuhan yang banyak. Aqidah Islam turut memisahkan di antara sikap taqlid buta yang meletakkan agama seumpama sesuatu yang boleh diwarisi dan menjadi hak milik sesetengah golongan sebagaimana harta pusaka dengan satu lagi golongan yang mengamalkan pemikiran tanpa batasan terutama dalam bab ketuhanan. Aqidah Islam inilah yang wajib disemai dalam diri umat Islam serta diterangkan kepada seluruh umat manusia tanpa mengira agama agar gambaran buruk terhadap Islam dapat ditangkis. Pelbagai usaha yang serius mesti dilaksanakan terutama melalui pendidikan ke arah menanam kukuh aqidah Islam yang betul ke dalam sanubari umat Islam dalam melahirkan umat Islam yang berkualiti di mana sejahtera aqidahnya, betul ibadatnya, teguh akhlaknya, terdidik pemikirannya, kuat tubuh badannya, mampu untuk mengusahakan mata pencariannya, teratur dalam segala urusannya, sentiasa menjaga waktunya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.

            Kita mesti mengembalikan semula kemuliaan dan sikap jatidiri umat Islam dengan menyuburkan iman dalam diri. Kekuatan orang beriman berpaksi kepada keimanan kepada Allah dan sikap berserah diri kepadaNya dalam apa jua pekerjaan dan keadaan. Orang beriman sentiasa merasai dirinya dalam limpahan kurniaan Allah di mana mereka tidak takut dan tidak tunduk melainkan kepada Allah. Mereka menjadi kuat walau pun di tangan tiada senjata, merasa berpada dengan apa yang ada dan sudah kaya walau pun tidak mempunyai longgokan harta, merasa mulia walau tanpa keluarga dan pengikut yang ramai di belakangnya serta sentiasa merasai kuat dan kukuh pendirian walau pun kehidupannya sentiasa diuji dengan pelbagai cubaan dan cabaran. Iman yang menjadi kekuatan kepada individu seterusnya akan menjadi sumber kekuatan kepada masyarakat di mana sesebuah negara yang melahirkan umat yang benar-benar beriman akan beruntung kerana keamanan dan ketenteraman negara akan diraih hasil kawalan iman di hati dibantu oleh perundangan. Perundangan sahaja tidak mampu mencegah manusia daripada berbuat maksiat dan jenayah tanpa kekuatan iman yang tertanam kukuh dalam diri.

 

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

             Kekuatan iman dapat melahirkan akhlak mulia dalam kehidupan seperti sikap jujur dan adil dalam setiap keadaan dan waktu serta sanggup menegakkan kebenaran walau pun terpaksa menghadapi kesusahan. Agama dan akhlak tidak boleh dipisahkan di mana agama menjadi jiwa kepada akhlak dan akhlak pula menjadi udara bagi jiwa. Agama memberikan makanan kepada akhlak kemudian menumbuh dan menyuburkannya sebagaimana air menyirami tumbuhan lalu menumbuh dan menyuburkannya. Kekuatan iman memberi kesan kepada sikap umat Islam sehingga mereka tidak gentar dan takut kepada musuh yang berganda kerana mereka hanya takut kepada dosa dan kemurkaan Allah sebagaimana pesanan Sayyidina Umar al-Khottab : “ Kita hanya mungkin menang dengan sebab kedurhakaan musuh terhadap Allah dan ketaatan kita kepadaNya. Jika kita sama-sama berbuat maksiat terhadap Allah maka musuh mengatasi kita dari segi kekuatan”. Kekuatan iman turut menjadikan umat Islam sentiasa benar serta ikhlas dalam setiap ucapan dan tindakan demi mendapat keredhaan Allah. Kekuatan iman juga dapat menanam kukuh sikap tidak takut dan tidak tamak kepada janji dan tawaran dunia sehingga perjuangan Islam dapat dijalankan dengan penuh amanah. Kekuatan iman menjadikan umat Islam berani menegur kesesatan dan kesalahan terutama pemimpin sehingga keadaan menjadi baik. Tanpa kekuatan iman menyebabkan umat Islam menjadi mangsa penghinaan dan penindasan kuffar durjana dan sebahagian lagi sanggup menjadi boneka dan hamba abdi kepada musuh. Keganasan yahudi di Palestin semakin memuncak apatah lagi mereka semakin bersungguh di dalam meruntuhkan masjid al-Aqsa yang dianggap suatu perbuatan mulia. Begitu juga keganasan yang berlaku di Iraq dan selainnya. Umat Islam mesti kembali membina kekuatan iman sebagaimana umat dahulu sehingga mereka tidak gentar lagi dengan musuh yang membolehkan datangnya kemenangan gemilang bersama keredhaan Allah.

 Firman Allah S.W.T dalam ayat 173-174 surah Ali Imran :

الذين قال لهم الناس إن الناس قد جمعوا لكم فاخشوهم فزادهم إيمــنا وقالوا حسبنا الله ونعم الوكيل فانقلبوا بنعمة من الله وفضل لم يمسسهم سوء  واتبعوا رضون الله  والله ذو فضل عظيم

Maksudnya : Orang-orang yang mentaati  Allah di mana telah berkata manusia kepada mereka : “ Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan  untuk menyerang kamu. Oleh itu , takutlah kepada mereka”. Sebaliknya perkataan itu  menambahkan lagi keimanan mereka dan mereka menjawab :” Cukuplah Allah menjadi pelindung kami dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung”. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurniaan daripada Allah lalu mereka tidak ditimpa sebarang bencana dan mereka mengikuti keredhaan Allah S.W.T. Dan Allah S.W.T mempunyai kurniaan yang besar

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

                Tanpa kekuatan iman menyebabkan umat Islam menggunakan harta untuk mencari hiburan bukannya ketenangan sehingga ramai di kalangan mereka terjebak dengan najis dadah dan arak. Tanpa kekuatan iman umat Islam mencari jalan mudah untuk mengumpul harta sehingga ada yang terlibat dengan judi yang bergantung kepada nasib terutama dengan cara tidak sedar seperti peraduan pesanan ringkas SMS yang baru difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Tanpa kekuatan iman, ramai umat Islam tanpa segan silu melakukan maksiat secara terbuka sehingga ada dalam setengah kes pesalah mengaku berzina tetapi tidak diambil tindakan kerana kes yang dibicarakan adalah kes bunuh bukannya zina. Tanpa kekuatan iman, ramai yang meninggalkan kewajipan agama di mana kita dikejutkan dengan dakwaan  mengenai suatu kajian yang menunjukkan bagaimana 80 peratus pelajar sekolah menengah tidak sembahyang. Tanpa kekuatan iman, ramai umat Islam sendiri yang menghina hukum Islam sehingga melahirkan lebih ramai orang bukan Islam yang berani memburuk-burukkan Islam. Tanpa kekuatan iman, timbulnya pelbagai masalah sosial seperti kes ragut dan bunuh di mana ada mangsa yang disembelih dan ada pula yang ditikam tanpa perikemanusiaan. Tanpa kekuatan iman, lahirnya golongan yang menzalimi dan menindas rakyat tanpa bukti sebagaimana ISA dan pencabulan hak asasi manusia sebagaimana sekatan terhadap rawatan sepatutnya untuk Anwar Ibrahim. Semakin kuat usaha dalam menyekat kefahaman rakyat tentang Islam termasuk sekatan terhadap tempat dan sukatan pelajaran agama, pencabulan terhadap kebebasan surau dan masjid maka semakin tinggi kadar jenayah dan kerosakan akhlak. Laungan Islam Hadhari diisi dengan pelbagai program maksiat sehingga ia tinggal slogan tanpa penghayatan. Oleh itu bersungguhlah kita ke arah meningkatkan kembali kekuatan iman sehingga kemuliaan hidup mampu digapai dan keredhaan Allah S.W.T dapat dicapai.

Firman Allah dalam ayat 160 surah Ali Imran :

إن ينصركم الله فلا غالب لكم وان يخذلكم فمن ذا الذى ينصركم من بعده وعلى الله فليتوكل المؤمنون

Maksudnya : Jika Allah menolong kamu maka tiada lagi orang yang dapat mengalahkan kamu. Jika Allah membiarkan kamu (dengan tidak memberi pertolongan) maka siapa lagi yang dapat menolong kamu selain daripada Allah sesudah itu.  Oleh itu hanya kepada Allah sahajalah orang beriman berserah diri

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

62. BAHAYA UTAMAKAN DUNIA DARIPADA AGAMA

 

 

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 76-77  surah al-Qasas :

إن قــرون كان من قوم موسى فبغى عليهم وءاتينــه من الكنوز مآإن مفاتحه لتنوأ بالعصبة أولى القوة إذقال له لاتفرح إن الله لايحب الفرحين وابتغ فيمآ ءاتئك الله الدار الآخرة ولاتنس نصيبك من الدنيا وأحسن كما أحسن الله إليك ولاتبغ الفساد فى الأرض إن الله لايحب المفسدين

Maksudnya : Sesungguhnya Qarun daripada kalangan kaum nabi Musa maka dia melampaui batas terhadap mereka dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta di mana kunci-kuncinya sangat berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat. Ingatlah ketika kaumnya berkata kepada Qarun : “ Janganlah engkau terlalu bangga sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang membanggakan diri”. Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadamu kebahagiaan negeri akhirat dan janganlah pula lupa bahagianmu daripada kenikmatan dunia. Berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu. Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi ini. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melakukan kerosakan

                Kehidupan dunia yang sementara berkait rapat denganh kehidupan alam akhirat yang kekal selamanya. Kehidupan dunia merupakan suatu kehidupan singkat yang mesti digunakan sebaik mungkin oleh setiap diri manusia dalam mencari dan menambah bekalan untuk dibawa ke alam akhirat. Setiap amalan soleh yang menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah adalah sebaik-baik bekalan apabila dihisab di padang Mahsyar nanti sebaliknya amalan dosa dan kejahatan akan menjatuhkan manusia ke tempat yang hina iaitu dalam neraka jahannam yang marak menjulang di akhirat nanti. Oleh itu manusia telah diberi peringatan melalui wahyu Allah tentang tentang dua perkara penting ini  di mana terserah kepada mereka samada lebih mementingkan kehidupan dunia fana atau lebih kuat mengejar kebahagian hakiki di akhirat sana. Manusia diberi peluang yang luas samada mahu menjadikan wahyu sebagai panduan hidup sehingga mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat atau pun lebih suka tunduk kepada kehendak nafsu sehingga terseksa di alam akhirat nanti. Ramai manusia ketika miskinnya begitu hampir dengan Allah tetapi apabila dianugerahkan kekayaan maka mereka kembali kufur kepadaNya. Ramai manusia ketika susah begitu dekat dengan Allah tetapi ketika senang semakin jauh daripada ajaran yang disuruh oleh Allah. Ada manusia yang dirinya soleh dan mampu memperbaik orang lain dan dalam masa yang sama tidak kurang manusia yang rosak dan merosakkan pula orang lain samada dalam keadaan dia sedar kesilapan diri atau pun sebaliknya. Ada manusia yang mempunyai ilmu dan mengembangkan ilmu untuk kebaikan manusia dan ada pula manusia yang menggunakan ilmu yang ada untuk menyesatkan manusia dan mengaut keuntungan daripadanya.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Kemewahan hidup di dunia tidak salah untuk dikecapi malah Islam sentiasa menggalakkan umatnya agar berusaha memperolehinya tetapi yang perlu sentiasa diingat ialah kemewahan itu digunakan untuk Islam dan mampu menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah bukannya kemewahan tadi bakal mengikis keimanan dan ketaqwaan kita sehingga membawa kepada kekufuran sebagaimana yang pernah terjadi kepada Qarun dan mereka yang dimurkai oleh Allah yang lain. Ramai dari kalangan para sahabat nabi yang kaya raya seperti Sayyidina Uthman Affan, Abdul Rahman bin ‘Auf, Suhaib ar-Rumi dan lain-lain  di mana seluruh kekayaan itu digunakan untuk mengembangkan ajaran Islam bukan sebaliknya. Harta itu digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah sehingga pernah Abdul Rahman bin ‘Auf menyatakan kebimbangan di atas kekayaannya yang akan menyebabkan beliau akan dihisab begitu lama di akhirat nanti walau pun beliau merupakan antara 10 sahabat yang dijanjikan Syurga oleh Allah. Perkara ini mestilah diambil pengajaran yang sewajarnya oleh umat Islam agar kita tidak hanyut dengan kemewahan dunia sehingga melupakan kita kepada alam akhirat tempat kembalinya kita.

            Kita sentiasa tertanya-tanya  bagaimana para sahabat nabi berlumba-lumba mencari harta dan kemudiannya berlumba-lumba pula menggunakan harta itu untuk Islam sehingga mereka boleh mengaut harta dunia yang banyak dan dalam masa yang sama mampu menambahkan bekalan akhirat hasil nafkah harta itu kepada Islam. Akhirnya usaha dan jasa mereka yang begitu banyak terhadap Islam telah membawa kepada kejayaan Islam untuk menyinari kehidupan manusia  di mana sahaja mereka berada. Ilmu dan harta yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka digunakan sebaik mungkin untuk Islam bukannya untuk melawan Islam.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Malangnya pada hari ini tidak banyak harta milik umat Islam digunakan untuk memperjuangkan Islam sebaliknya digunakan untuk kepentingan diri. Harta dilihat mampu membeli dunia tetapi tidak dilihat bahawa harta yang sama boleh digunakan untuk menambahkan bekalan akhirat dengan mendapatkan hasil daripada sumber yang halal dan membelanjakannya pula pada jalan yang dibenarkan oleh agama. Agama dilihat sebagai punca kemunduran kerana banyak menegah daripada mendapatkan keuntungan yang sebanyak mungkin daripada sumber haram seperti arak dan judi serta riba sedangkan agama sepatutnya dijadikan suatu yang paling bernilai daripada harta dunia kerana agama berjaya memuliakan diri kita daripada dihancurkan oleh nafsu dan syaitan. Ramai di kalangan umat Islam yang tersesat pegangannya kerana menganggap agama hanya untuk mendekatkan diri kepada Allah ketika beribadat khusus sahaja sedangkan mereka sepatutnya menggunakan agama ketika beribadat khusus dan juga melakukan urusan ekonomi, sosial, politik dan seluruh urusan keduniaan yang lain sehingga segala tindakan mereka yang mengikut lunas Islam mendapat pahala yang memungkinkan mereka beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Ramai yang terlalu bimbang apabila melihat umat Islam tertinggal dari segi kemajuan ekonomi semata-mata tetapi tidak ramai yang bimbang apabila umat Islam terlucut aqidah dan tertinggal dari sudut bekalan akhiratnya. Ramai yang risau apabila adanya golongan agama yang mengejar akhirat semata-mata sedangkan tidak ramai yang risau betapa ramai manusia yang menjual dan melucutkan agamanya kerana mengejar dunia semata-mata. Ramai yang menganggap bahawa manusia yang sentiasa merancang untuk membangunkan negara dengan bangunan yang tinggi tanpa memikirkan halal haram dan manfaatnya untuk Islam adalah seorang yang berwawasan jauh sedangkan tidak ramai yang melihat ulama’ soleh yang meminta agar berpada dengan dunia kerana mahligai tinggi yang bakal diperolehi di akhirat nanti jika kita menjaga batas agama dalam semua urusan dunia merupakan seorang yang lebih berwawasan tinggi.  Ramai melihat bahawa golongan yang mampu menambahkan harta dunia tanpa mengira halal haram lebih berjasa berbanding golongan agama yang banyak menekan mengenai pahala dan dosa yang perlu dititik beratkan dalam mencari kemewahan dunia dan harta itu pula mesti dibelanjakan pada jalan yang betul bukannya untuk memuaskan hawa nafsu yang sentiasa bergelora dalam diri. Inilah antara kesan bahayanya kejahilan terhadap agama apabila harta dianggap lebih mulia daripada agama sehingga dunia fana lebih dikejar daripada kebahagiaan hakiki di akhirat sana. Alangkah malangnya seseorang yang mengejar kemewahan dunia yang sementara semata-mata sedangkan ia pasti akan ditinggal. Alangkah ruginya pula seseorang yang mengabai untuk menambah bekalan hari akhirat tempat tinggalnya yang kekal kerana terlalu asyik dengan godaan dunia.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Hancurnya umat dahulu kerana mereka derhaka kepada Allah setelah dianugerahkan dengan kemewahan dunia. Tiada umat yang dihancurkan oleh Allah kerana terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam. Hidup dalam sebuah pemerintahan yang memisahkan antara agama dan urusan dunia menyebabkan umat Islam diserang pelbagai penyakit kerana pemimpin akan membuat penyakit disamping membuat tempat merawat penyakit yang senagaja ditempah. Contohnya seperti penyakit ketagihan arak begitu serius dan bertambah kerana pemimpin sendiri memberi lesen yang meluas untuk membuka kilang dan kedai arak. Pemimpin mahu memerangi pelacur sedangkan mereka membuka seluas mungkin tempat untuk merebaknya pelacuran seperti kelab malam. Pemimpin begitu bimbang tentang merebaknya ketagihan dadah sedangkan mereka tidak menekankan erti halal haram ,dosa pahala agar rakyat menjauhi perkara yang dilarang oleh agama malah pusat pengajian agama terutama sekolah agama rakyat diperangi habis-habisan. Masalah penzinaan bertambah memandangkan majalah, akhbar, tv dan kebanyakan  media massa yang lain lebih banyak membangkitkan nafsu daripada memerangi nafsu. Pemimpin cuba memerangi penyakit AIDS sedangkan dalam masa yang sama pemimpin hanya menyerapkan pengajian seks di sekolah untuk memberitahu tentang cara yang selamat untuk melakukan hubungan seks tanpa ditekankan tentang kewajipan agama yang membolehkan perkara itu dilakukan disamping penjualan kondom begitu berleluasa.Inilah bahayanya apabila agama diletakkan jauh daripada sistem kehidupan. Akhirnya timbulnya penyakit sosial yang lebih banyak berbanding ubat untuk merawat penyakit yang sengaja ditempah. Oleh itu kembalilah kepada Islam yang sepastinya mempunyai ubat pencegah dan ubat merawat lebih banyak daripada penyakit yang timbul dengan bersungguh untuk menutup saluran yang boleh membawa penyakit sosial serta mempunyai hukuman yang adil dan kaedah yang berkesan dalam merawati penyakit tersebut.

Firman Allah dalam  ayat 79-80 surah al-Qasas:

فخرج على قومه في زينته قال الذين يريدون الحيــوة الدنيا يليت لنا مثل ماأوتي قــرون إنه لذو حظ عظيم  وقال الذين أوتوا العلم ويلكم ثواب الله خير لمن ءامن وعمل صــلحا ولايلقئها إلاالصــبرون

Maksudnya : Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemewahan. Berkatalah orang-orang yang mengkehendaki kehidupan dunia  : “ Semoga kita mendapat sebagaimana yang telah dianugerahkan kepada Qarun. Sesungguhnya dia benar-benar memperolehi keuntungan yang besar”. Berkatalah mereka yang berilmu : “ Kecelakaan yang besarlah bagimu kerana pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh di mana tidak beroleh pahala itu melainkan mereka yang sabar”.

 بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Bahaya Kejar Kuasa Engkar Agama

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

            Firman Allah dalam ayat 85 surah Ali ‘Imran :

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ 

Maksudnya : Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi

Kita wajib sedar bagaimana peranan besar yang telah dimainkan oleh ulama’ pejuang kemerdekaan negara yang telah membolehkan kedudukan Islam di Malaysia bukan seperti Pancasila di Indonesia. Menurut prinsip Pancasila tiada satu agama pun berhak memonopoli kehidupan rakyat. Ia berbeza dengan Islam di Malaysia yang telah diberikan hak dan kedudukan istimewa oleh perlembagaan. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara 11 Perlembagaan pula memperuntukan “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada fasal (4) mengembangkan ugamanya”. Daripada peruntukan ini jelas orang Islam berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, iaitu Islam sebagai cara hidup mereka. Fasal (4) menyebut undang-undang boleh dibuat untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa i’tiqad atau kepercayaan agama lain terhadap umat Islam. Dalam pada itu Islam tidak pula menyekat hak kebebasan mengamalkan agama bagi penganut lain. Bagaimanapun itu tidak bermakna kebebasan tersebut adalah mutlak kerana ia masih tertakluk kepada Perkara 11 (4) iaitu supaya tidak menyebarkannya di kalangan umat Islam. Dalam bab lain, kebebasan hak asasi manusia juga dijamin oleh Perlembagaan di bawah Bahagian Dua. Namun ia tertakluk pula kepada syarat-syarat tertentu seperti ketenteraman awam, kesihatan awam dan moral yang merupakan hak ramai.

Akhir-akhbir ini sentiasa ada usaha yang benci kepada Islam yang cuba merobek dan menggugat keistmewaan ini dengan pelbagai usaha disamping ada juga pihak samada sedar atau tidak bertindak bacul dalam menghina Islam seperti kes 7 pensyarah dan kakitangan UniKL cawangan Kulim telah digantung tugas mereka kerana menegur aktiviti pelajar yang mengiktiraf negara haram Israel dan menggayakan pakaian sami yang boleh merosakkan aqidah Islam.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 51 surah a–Maidah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَىٰ أَوْلِيَاءَ ۘ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ 

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim

Umat Islam yang bermaruah tidak sekali-kali akan mengkhianati Islam dan umatnya. Islam membenarkan kita bekerjasama dengan orang bukan Islam termasuk dalam mengurus negara dalam perkara yang tidak melanggar batas syariat Islam. Namun dalam masa yang sama Islam mengharamkan kita memberi wala’ atau ketaatan yang menyebabkan kemuliaan Islam digadaikan satu demi satu kepada orang bukan Islam terutama golongan pelampau agama yang terus berusaha dalam menjadikan negara kita sebagaimana Indonesia di mana Islam sama taraf dengan agama-agama lain sehingga murtad tidak dikira kesalahan. Betapa malangnya apabila kita mempunyai pemimpin yang sanggup menggadai bahasa, bangsa malah agama kerana gilakan kuasa. Demokrasi menjadi agama bukannya salah suatu jalan untuk meninggikan syariat Islam. Kuasa menjadi matlamat utama sehingga perintah Allah dilanggar sedikit demi sedikit bukannya jawatan dijadikan amanah dalam melaksana dan memperkasakan lagi sistem Islam dalam negara. Kita merasa marah dengan keputusan kabinet yang biadap dan menghina Islam yang menyatakan bahawa status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain. Kabinet membuat keputusan itu pada 23 April lalu sebagai langkah untuk menyelesaikan pertikaian antara Mohd Ridzuan yang dilaporkan baru memeluk agama Islam dan isterinya Indra Ghandhi berhubung status agama tiga anak mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.Tindakan kabinet itu amat bercanggah dengan prinsip pengasingan kuasa antara pihak mahkamah dan eksekutif.“Ini kerana tindakan tersebut secara jelas telah menggambarkan usaha dari pihak eksekutif untuk campur tangan dalam perkara yang melibatkan bidang kuasa kehakiman, sedangkan pihak kehakiman sepatutnya bebas dalam mengadili sesuatu pertikaian tanpa diganggu oleh apa yang diputuskan kerajaan.

“Berdasarkan kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa si bapa mempunyai autoriti dan kuasa untuk mengislamkan anak berlandaskan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan walaupun tanpa persetujuan ibu.

“Sementara itu, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang di bawah umur 18 tahun perlu ditentukan oleh ibu-bapa(salah seorang) atau penjaga.

“Manakala Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam 1993 telah memperuntukkan bahawa seorang anak yang berumur 18 tahun ke bawah boleh memeluk agama Islam sekiranya ibu-bapa (salah seorang) atau penjaga anak tersebut memberi keizinan,”

Melalui mimbar Jumaat yang mulia ini, kita sebagai umat Islam yang bermaruah bangun membantah sekeras-kerasnya tindakan kabinet yang “membuat keputusan secara tidak berhemah dan tergopoh-gapah memandangkan kes itu masih dibicara melalui proses mahkamah di Mahkamah Tinggi Syariah Perak”. Sehubungan itu, kita mendesak kabinet menarik balik keputuan yang telah ditetapkan demi menjaga kelestarian prinsip demokrasi dan keutuhan kuasa pihak mahkamah

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ ……...(متفق عليه)

Maksudnya : Setiap anak yang lahir adalah lahir dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi…….

            Apabila menyoroti pendapat para ulama dalam masalah penjagaan anak apabila salah seorang daripada ibubapa memeluk Islam adalah sebagaimana berikut

[1] Menurut jumhur ulamak; hak penjaaan anak (hadhonah) tidak harus diberikan kepada ibu/bapa yang tidak Islam kerana hadhonah adalah wilayah (penguasaan) dan Allah tidak membenarkan penguasaan orang tidak Islam ke atas orang beriman

Ia sama seperti larangan wanita muslim dikahwini lelaki bukan Islam kerana perkahwinan tersebut menyebabkan wanita muslim berada di bawah penguasaan orang bukan Islam .Menyerahkan anak untuk dijaga dan diasuh oleh orang bukan Islam akan menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan agama anak terbabit kerana ibu atau bapa yang bukan Islam sudah tentu cenderung untuk mendidik anak itu agar mengikut agamanya apabila besar nanti.

[2] Menurut mazhab Imam Abu Hanifah; hak penjagaan (hadhonah) harus diberikan kepada ibu yang masih belum Islam sehingga anak mencapai tujuh tahun. Namun keharusan tersebut terikat dengan syarat-syarat berikut;

a) Kekufuran ibu itu bukan kerana murtad (yakni ia adalah asal tidak Islam)
b) Tidak dibimbangi ia akan menjejaskan agama anak tersebut ( iaitu islamnya).
c) Tidak dibimbangi ia akan memberi makan makanan yang haram kepada anak
Jika ada kebimbangan tersebut, maka hak penjagaan tidak harus diberikan kepada ibu yang tidak Islam itu atau ditarik balik jika hak itu telah diberikan.

Apa yang jelas ialah Islam tidaklah menghalang secara mutlak akan hak penjagaan ibu atau bapa non muslim terhadap anak apabila salah seorang dari mereka memeluk ajaran Islam , melainkan meletakkan syarat yang ketat demi menjamin agama dan kesejahteraan insaniah manusia itu sendiri .

Firman Allah dalam ayat 109 surah al-Baqarah:

وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ ۖ فَاعْفُوا وَاصْفَحُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 

Maksudnya : Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

58. PERTAHANKAN KEUTUHAN TAMADUN ROHANI

 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 36 surah al-Anfal :

إن الذين كفروا ينفقون أمولهم ليصدوا عن سبيل الله فسينفقونها ثم تكون عليهم حسرة ثم يغلبون والذين كفروا إلى جهنم يحشرون

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir itu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi manusia daripada jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian menjadi sesalan bagi mereka dan mereka kemudiannya dikalahkan. Dan mereka yang kufur akan dihimpunkan di dalam neraka jahannam

Iman dan kufur sentiasa bertarung, Islam dan jahiliah sentiasa bertembung, kebenaran dan kesesatan sentiasa berlawan, keadilan dan kezaliman sentiasa bercanggah. Keganasan dan penindasan yang berlaku pada hari ini akibat nafsu menguasai manusia dalam melawan kebenaran wahyu Allah. Manusia rakus hanya melihat dunia ini sebagai suatu matlamat yang mesti dikejar dengan menafikan adanya hari akhirat sehingga mereka sanggup menyelesaikan pertikaian mereka dengan menindas orang lain. Ilmu pengetahuan yang diperolehi bukan digunakan untuk menjaga keamanan dunia sebaliknya dijadikan modal dalam mengejar sebanyak mungkin kemewahan dunia walau pun terpaksa mengorbankan orang lain. Ilmu pengetahuan bukan dijadikan ubat dalam menyelesaikan masalah sejagat tetapi ia dijadikan alat dalam melakukan keganasan demi merebut harta dan takhta. Ilmu pengetahuan yang dianugerahkan bukan dijadikan panduan dalam memikirkan alam ciptaan Allah sehingga memungkinkan manusia beriman kepada Allah sebaliknya ia menjadi alat dalam melakukan kerosakan di muka bumi serta melawan Kebijaksaan Allah Maha Kuasa. Inilah antara kesan betapa bahayanya apabila ilmu dibuang ruh agama sehingga ilmu pengetahuan yang ditimba telah digunakan sewenangnya tanpa panduan wahyu Allah malah manusia secara terang-terangan menggunakan kepintaran yang ada dalam menolak peranan agama dalam menyelesaikan masalah pentadbiran dunia. Ilmu sains dan beberapa ilmu yang lain pernah digunakan untuk membangunkan tamadun maju yang bersepadu antara kerohanian dan kebendaan pada zaman Khalifah Islam se`belum ini tetapi  apabila ilmu yang sama dicuri oleh barat dengan dibuang ruh agama telah menampakkan hasil yang berbeza di mana dari segi kebendaan dilihat tamadun barat begitu maju dan canggih tetapi dari segi membina sifat keinsanan dalam diri manusia telah nampak jelas kegagalannya sehingga lebih banyak manusia bersifat kebinatangan yang dilahirkan yang menyebabkan keamanan gagal diwujudkan dalam negara. Intelek dan pakar yang dilahirkan lebih banyak memikirkan untuk memenuhi kepentingan peribadi bukannya menjaga maslahat umum sehingga lahir lebih ramai pengganas yang mengancam masyarakat daripada lahirnya golongan intelek yang berfikir bagaimana cara untuk mewujudkan keamanan dan melahirkan manusia yang elok budi pekertinya. Keadaan bertambah celaru dalam tamadun kebendaan barat apabila paderi di gereja dibenarkan untuk mengampuni dosa manusia sehingga masyarakat semakin jauh daripada Allah Tuhan Pencipta mereka.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Kegagalan tamadun barat dalam membina manusia telah disembunyikan sebaik mungkin dengan lebih banyak menonjolkan kejayaan mereka dari segi tamadun kebendaan sehingga umat Islam terus merasa ketinggalan dan mundur serta berusaha meniru barat agar dapat bersaing dengan mereka. Malangnya umat Islam mula lupa diri apabila cuba meniru seratus peratus tamadun kebendaan barat dengan mengabaikan banyak peranan agama dalam memastikan tamadun yang dibina seimbang antara roh dan material. Umat Islam mula meletakkan peranan agama ditempat kedua selepas ekonomi yang menyebabkan mereka bukan sahaja gagal menyaingi tamadun kebendaan barat malah tamadun rohani yang masih ada di negara umat Islam mula luntur dan hampir padam apabila semakin tipisnya aqidah umat Islam disebabkan pengabaian terhadap peranan agama. Umat Islam yang jahil dan dijahilkan tidak lagi melihat Islam sebagai agama yang membawa kemajuan sehingga mereka lupa kepada kejayaan khalifah Islam sebelum ini yang berjaya menggunakan ilmu sains dalam membina tamadun rohani dan kebendaan secara serentak. Umat Islam lupa dan dilupakan tentang dendam dan permusuhan kuffar barat terhadap kejayaan Islam yang terus menjaga pembinaan insan tanpa mengabaikan pembinaan tamadun kebendaan yang disuluhi cahaya wahyu bukannya dicemari kesesatan hawa nafsu. Barat mahu melupakan kegagalan mereka dalam membina tamadun insan dengan cara menghancurkan umat Islam yang masih memiliki tamadun insan. Barat hanya merasa bahagia dan senang hati apabila umat Islam terus mundur dalam kedua-dua tamadun iaitu rohani dan kebendaan. Sebaliknya jika umat Islam terus menjaga tamadun insan yang masih ada disamping terus bergerak dalam mengembalikan semula ilmu-ilmu Islam yang dicuri dengan meniupkan kembali ruh Islam yang dibuang daripada ilmu tersebut maka barat akan terus bimbang dan memusuhi Islam. Malah serangan 11 September telah menjelaskan lagi kebimbangan kuffar terutama yahudi terhadap kebangkitan tamadun Islam walau pun kuffar sebelum ini  menyatakan bahawa umat Islam tidak bertamadun dan mundur. Jika umat Islam benar-benar tidak bertamadun dan mundur maka kuffar tidak perlu memerangi umat Islam kerana ia bukan saingan kepada tamadun kebendaan barat. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila serangan 11 September itu berlaku beberapa bulan selepas sebuah negara umat Islam mencadangkan agar diadakan suatu majlis peradaban ilmu yang membolehkan seluruh wakil agama mampu duduk dalam satu majlis untuk berbincang masalah keamanan dunia berdasarkan ilmu dan agama di mana yahudi yang terlalu bimbang tentang matlamat mereka untuk menguasai dunia akan terbantut disamping bimbang Islam akan menang mudah telah membuat perancangan lebih rapi dalam melakukan serangan tersebut di mana ia dijadikan alasan dalam menuduh umat Islam adalah pengganas serta yahudi memainkan peranan penting dalam melakukan beberapa serangan yang lain termasuk ke atas Aghanistan dan hari ini di Iraq disamping meneruskan penjajahan dan penindasan terhadap umat Islam di Palestin.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Setelah menyedari betapa pentingnya tamadun insan yang begerak di atas aqidah yang kukuh maka sepatutnya seluruh negara umat Islam berusaha bersungguh-sungguh menjaganya daripada dirosakkan disamping berusaha melahirkan pakar dalam ilmu sains dan teknologi moden melalui sistem pendidikan Islam yang bersepadu antara ilmu fardhu ‘ain dengan ilmu fardhu kifayah. Jangan terus biarkan umat Islam hanyut dengan ilmu moden yang dibuang ruh Islam di mana akibat pemisahan ini akan menyebabkan lahirnya manusia yang hanya mementingkan kekayaan diri dengan mengenepikan kepentingan masyarakat umum disamping melahirkan manusia yang mengenepikan peranan agama dalam menangani permasalahan umat. Pemimpin negara umat Islam sewajibnya menyediakan sistem pendidikan sepadu yang akan melahirkan ulama’ profesional dan profesional yang faham Islam serta sentiasa berfikir bagaimana mahu memajukan umat Islam disamping sentiasa berkerjasama dengan ulama’ dalam menangani masalah masyarakat. Umat Islam semakin berpecah apabila pemimpin negara umat Islam tunduk kepada sistem dua aliran yang berpisah antara ilmu agama dan ilmu moden yang menyebabkan lahirnya dua masyarakat yang berlawanan iaitu yang memahami agama secara lengkap dengan mereka yang mengenali Islam untuk adat dan ibadat khusus sahaja. Apabila wujudnya masyarakat ini akan menyebabkan negara menjadi celaru apabila golongan pertama yang faham agama sentiasa menegur kesilapan yang berlaku di mana kebanyakan golongan ini tidak banyak diberi tempat dalam pentadbiran samada kerana kurang pakar dalam ilmu moden atau sengaja disisihkan demi kepentingan pemimpin manakala golongan kedua yang tidak faham agama akan menggunakan kepakaran yang ada dengan mengenepikan agama serta menuduh golongan yang faham agama sebagai kolot kerana hanya tahu menegur sahaja. Sepatutnya apabila wujudnya sistem pendidikan sepadu antara fardhu ‘ain dan fardhu kifayah maka negara bakal melahirkan umat yang bersatu atas asas Islam dan berusaha memajukan negara dalam membina tamadun rohani dan kebendaan secara serentak. Inilah yang membimbangkan kuffar dan anak didik mereka. Seorang sarjana Islam ( Dr Umar Farikh) telah mengingatkan bagaimana liciknya perancangan barat dalam menghancurkan perpaduan dan kefahaman umat Islam mengenai Islam melalui serangan dalam sistem pendidikan negara.

Katanya : “ Sesungguhnya dunia Timur milik umat Islam telah tumbang dari sudut kehidupan berpolitik dan juga berbangsa kerana institusi pendidikan asing yang terdapat di negara umat Islam telah memecah belahkan perpaduan anak watan menjadi berpuak-puak.  Oleh itu tidak hairanlah matlamat anak watan turut terbengkalai malah jalan yang boleh menyampaikan kepada matlamat tersebut semakin jauh. Pendidikan adalah satu-satunya kekuatan tarbiah yang agong yang tidak sepatutnya berada pada tangan orang asing yang mempermain-mainkannya dan memonopolinya untuk kepentingan kuffar. Sesungguhnya pendidikan negara yang bersepadu walau pun menghadapi pelbagai kekurangan adalah jauh lebih baik daripada sistem pendidikan asing yang saling menjauhkan umat Islam daripada Islam itu sendiri walau bagaimana canggih sekali pun”.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 28 surah Fathir :

إنما يخشى الله من عباده العلمــؤا إن الله عزيز غفور

Maksudnya : ….. Sesungguhnya golongan yang paling takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya ialah para ulama’. Sesungguhya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun

Kerosakan akhlak dan masalah jenayah yang semakin bertambah dalam negara  bukan disebabkan negara kita tidak maju dari segi kebendaan tetapi disebabkan terabainya tamadun insan. Pemimpin lebih bimbang kepada rakyat yang menegur kejahilan dan kesesatan mereka sahaja dengan menahan mereka di bawah ISA atas tuduhan pengganas yang membahayakan negara sedangkan perompak bersenjata semakin subur dalam membunuh pengawal keselamatan dan orang ramai. Apabila diminta agar dilaksanakan sistem perundangan Islam maka antara alasannya ialah rakyat kurang faham tetapi dalam masa yang sama sekolah agama rakyat diperangi habis-habisan. Pemimpin pernah membangkitkan bahawa sukar mahu laksanakan hudud kerana saksi yang tidak fasik payah ditemui pada masa kini sedangkan dalam masa yang sama pemimpin tidak mahu lahirnya lebih ramai ulama’ dalam negara. Malah beberapa perkara yang berlaku di sekolah kebangsaan sendiri yang berkaitan dengan Islam seperti berseluar panjang dan berbaju labuh turut ditegur oleh pemimpin yang mendakwa bahawa negara ini adalah negara Islam. Sepatutnya sistem pendidikan bersepadu mesti dilaksanakan segera bukannya memerangi pengajian agama secara membuta-tuli. Jangan sama sekali runtuhkan tamadun insan yang dibina atas asas agama yang dijaga sebelum ini atas alasan ia membantut kemajuan material. Ingatlah bahawa kemajuan kebendaan semata-mata akan membawa kehancuran di dunia dan akhirat. Tiada ulama’ yang anti kemajuan kebendaan tetapi ramai pemimpin jahil yang anti agama. Siapa benar dan siapa salah bukan akal dan nafsu sebagai ukuran sebaliknya wahyu al-Quran dan sunnah nabi sebagai neraca penimbang. Pilihlah samada mahu melaksanakan Islam atau memerangi Islam. Sedarlah bahawa kita diajar erti dosa dan pahala dan apakah syurga dan neraka.

Firman Allah dalam  ayat 32 surah Muhammad:

إن الذين كفروا وصدوا عن سبيل الله وشاقوا الرسول من بعد ماتبين لهم الهدى لن يضروا الله شيئا وسيحبط أعمــلهم

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir dan menghalangi manusia daripada jalan Allah serta memusuhi rasul setelah jelas kepada mereka petunjuk di mana mereka tidak dapat memberi mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan menghapuskan pahala segala amalan mereka

 بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

157. BAHAYA ENGKAR PERINTAH ALLAH

 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 124 – 126 surah Toha :

وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى قال رب لم حشرتني أعمى وقد كنت بصيرا قال كذلك أتتك ءايـتنا فنسيتها وكذلك اليوم تنسى

Maksudnya : Dan sesiapa yang berpaling engkar daripada ingatan dan petunjukKu maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit. Dan Kami akan himpunkannya pada hari qiamat dalam keadaan buta. Dia berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu celik?” Allah berfirman : “ Demikianlah keadaannya di mana telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu lalu engkau melupakan serta meninggalkannya. Dan demikianlah engkau pada hari ini dilupa serta ditinggalkan”.

            Umat Islam yang inginkan kejayaan dan  ketenangan di dunia dan akhirat ialah umat yang sentiasa mengambil berat berkenaan peringatan dan petunjuk daripada Allah samada ketika senang atau susah, ketika kaya atau miskin, ketika sihat atau sakit. Manakala umat yang terus menjadi hamba kepada nafsu dan syaitan sentiasa hidup dalam keadaan keluh kesah dan jauh daripada ketenangan yang diidamkan walau pun harta bertimbun, pengikut berduyun. Pada hari ini ramai umat manusia menjadi hamba kepada harta sehingga tidak lagi menghirau peringatan Allah tentang halal haram, dosa pahala, syurga neraka asalkan poket penuh. Sebagai umat Islam yang sedar bahawa harta adalah rezeki daripada Allah di mana ia ada kemampuan yang terbatas. Harta dunia jika diperolehi dengan cara yang halal dan dilaburkan kepada perkara yang halal maka ia boleh menjaminkan pahala tetapi jika sebaliknya maka harta boleh mendatangkan dosa. Kita mesti memperakui kelemahan harta di mana harta bukanlah segala-galanya walau pun banyak perkara memerlukan kepada harta untuk mendapatkannya. Ingatlah kita tentang kelemahan harta iaitu :

  1. Dengan harta kita mampu membeli banyak kitab atau buku tetapi dengan harta kita tidak mampu membeli akal yang mampu memahami isi kandungan kitab atau buku tersebut
  2. Dengan harta kita mampu membeli makanan tetapi dengan harta kita tidak mampu membeli selera makan untuk menghabiskan makanan itu
  3. Dengan harta kita mampu membeli barang kemas dan perhiasan tetapi dengan harta kita tidak mampu membeli kecantikan
  4. Dengan harta kita mampu membeli ubat tetapi dengan harta kita tidak mampu membeli kesihatan
  5. Dengan harta kita mampu membeli keseronokan tetapi dengan harta kita tidak mampu membeli ketenangan

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Antara maksud Zikr atau peringatan Allah ialah yang pertama iaitu al-Quran sebagaimana Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Hijr

إنا نحن نزلنا الذكر وإنا له لحــفظون

Maksudnya :  Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kami benar-benar memeliharanya

            Betapa ramai umat Islam kini yang buta al-Quran dan tidak berasa bersalah dengan kejahilan itu. Golongan yang pandai membaca pula tidak menjadikan al-Quran sebagai bahan bacaan pilihan harian atas alasan ketiadaan masa sedangkan waktu untuk membaca akhbar dan majalah sentiasa ada. Golongan yang membaca al-Quran pula ramai yang tidak faham maksud al-Quran sehingga segala perintah atau larangan Allah hanya dipandang sepi. Golongan yang faham maksud al-Quran pula ramai yang tidak mengamalkannya dalam kehidupan seharian kerana lebih seronok dengan hasutan nafsu dan system ciptaan manusia. Bilakah kemenangan dan kemuliaan umat Islam dapat dicapai sekiranya mereka sendiri bertindak menjauhi diri daripada al-Quran sedangkan al-Quranlah merupakan ubat penawar yang paling mujarrab dalam menangani pelbagai masalah manusia. Apa yang lebih malang apabila ada umat Islam sendiri bangun menentang pelaksanaan system al-Quran

Sidang Jumaat yang diberkati Allah

            Maksud kedua bagi Zikr ialah ilmu agama sebagaimana Firman Allah dalam ayat 43 surah an-Nahlu :

…..فسئلوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون

Maksudnya : …. Oleh itu bertanyalah kepada mereka yang berpengetahuan agama sekiranya kamu tidak mengetahui

            Umat Islam yang jahil berkenaan agama mereka sendiri akan terlibat dengan perkara mungkar dan jenayah. Begitu juga golongan yang anti ulama’ dan pusat pengajian Islam akan terlibat dengan aktiviti yang merbahaya dan merosakkan. Golongan yang melaungkan bahawa kita mesti mengutamakan fardhu kifayah akhirnya menemui kegagalan bila umat Islam semakin jahil tentang fardhu ‘ain dan ilmu fardhu kifayah yang dicanangkan tidak mencapai sasaran. Begitu juga mata pelajaran agama di sekolah kebangsaan dan universiti semakin sedikit dari segi sukatan dan jam pembelajarannya disamping pembelajaran ilmu agama hanya untuk lulus periksa sahaja telah menyebabkan tiada kesan yang terhasil sehingga budaya ganas di kalangan pelajar semakin teruk dan menakutkan. Ilmu agama dianaktirikan yang menyebabkan keruntuhan aqiqah dan kerosakan akhlak semakin menggerunkan. Aktiviti dalam menyuburkan masjid dan surau semakin disekat dan dikawal lebih daripada mengawal pusat hiburan dan kongsi gelap. Golongan ulama’ pula disempitkan peranannya sebagai tukang baca doa bukannya sebagai pemimpin atau penasihat yang dihormati oleh pemerintah telah menyebabkan kejahilan terus membarah, jenayah semakin bertambah.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Maksud ketiga bagi Zikr ialah solat sebagaimana Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Jumaat :

يأيها الذين ءامنوا إذا نودى للصلوة من يوم الجمعة فاسعوا إلى ذكر الله وذروا البيع……

Maksudnya : Maka apabila telah diseru bagi mendirikan solat pada hari Jumaat maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkan olehmu akan jualbeli

                Pada hari ini akibat kejahilan maka umat Islam semakin berani melawan Allah dengan meningalkan solat. Bermula dengan tindakan meruntuhkan tiang agama maka system-sistem Islam yang lain terus dirombak satu demi satu tanpa ada rasa bersalah. Sebab itu pada akhir zaman ini apabila orang yang rendah maruahnya dipilih menjadi ketua dan orang memuliakan orang lain kerana takutkan kejahatannya maka kita dapat lihat bagaimana kesungguhan dalam menghidupkan budaya maksiat mengatasi usaha dalam menyuburkan amal soleh. Pemimpin tidak runsing sekiranya rakyat tidak solat dan masjid semakin kurang ahli jemaahnya sebaliknya mereka lebih bimbang jika rakyat tidak boleh berhibur. Antara usaha terbaru dengan mewujudkan Laman Santai bagi membolehkan rakyat yang malu untuk ke kelab malam untuk menari pada setiap hari Sabtu dari jam 6 petang hingga 12 malam.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Maksud keempat bagi Zikr ialah zikrullah dengan banyak menyebut nama Allah sebagaimana Firman Allah dalam ayat 41 surah al-Ahzab

يأيها الذين ءامنوا اذكروا الله ذكرا كثيرا

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya

            Akibat hati dipenuhi dengan lagu-lagu syaitan dan lidah basah memuja nafsu telah menyebabkan hati menjadi mati dan jauh daripada petunjuk Allah.

Maksud kelima bagi Zikr ialah peringatan atau nasihat sebagaimana Firman Allah dalam ayat  55 surah az-Zaariyat :

وذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنين

Maksudnya : Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatkan kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang  yang beriman

            Kegagalam memperkasakan budaya nasihat menyebabkan yang rosak terus rosak dan yang baik terus dirosakkan. Sekat sebelum melarat, berubat sebelum merebak………..Firman Allah dalam ayat 117 surah Hud :

وما كان ربك ليهلك القرى بظلم وأهلها مصلحون

Maksudnya : Dan Tuhanmu tidak sekali-kali mahu membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya selagimana mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

132. BERSAMA BANGUN TAMADUN INSAN

 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam  ayat 24 surah at-Taubah:

قل إن كان آباؤكم وأبناؤكم وإخوانكم وأزواجكم وعشيرتكم وأموال اقترفتموها وتجارة تخشون كسادها ومسكن ترضونها أحب إليكم من الله ورسوله وجهاد فى سبيله فتربصوا حتى يأتي الله بأمره والله لايهدى القوم الفــسقين

Maksudnya : Katakanlah wahai Muhammad! : “ Jika bapa-bapa kamu, anak-pinakmu, saudara-maramu, isteri-isterimu dan keluargamu serta harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai di mana jika ini semua menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan rasulNya dan daripada berjihad untuk agamaNya maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan ketetapanNya daripada azab kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada mereka yang derhaka

            Masyarakat pada hari ini sedang bercakap tentang kegagalan dan kerosakan yang berlaku disekeliling kita samada berkaitan aqidah, akhlak, pembangunan material, ekonomi dan sebagainya. Pelbagai cadangan dan saranan yang telah dikemukakan dalam menangani masalah yang berlaku samada bertepatan dengan kehendak Islam atau sebaliknya. Setiap lapisan masyarakat bermula daripada pemimpin, ulama’, keluarga dan setiap anggota masyarakat mempunyai tanggungjawab dan peranan mengikut tugas dan kemampuan masing-masing. Setiap masalah yang berlaku tidak mampu diselesaikan sekiranya setiap orang hanya tahu menyalahkan pihak lain tanpa melihat kepada tugas dan peranan masing-masing. Masalah juga gagal ditangani sekiranya kita hanya mengharapkan pihak lain sahaja yang mesti menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul sedangkan kita sendiri tidak berusaha menanganinya mengikut kemampuan yang ada pada diri masing-masing.

 Firman Allah dalam ayat 11 surah Al-Ra’du :

……  إن الله لايغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم ……..

Maksudnya : …. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah keadaan mereka…….

 

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Sikap suka berlepas diri daripada turut membantu dalam menyelesaikan sesuatu perkara antara penyakit merbahaya yang menambahkan lagi masalah yang sedia ada. Contohnya berkenaan kerosakan akhlak di kalangan anak muda yang menyebabkan ramai di kalangan mereka yang terlibat dengan zina, dadah, mat rempit dan sebagainya akibat beberapa sebab. [1] suasana persekitaran yang berubah secara mendadak terutama pengaruh media cetak atau elektronik yang memaparkan kebebasan yang melampau sehingga menjadi ikutan. Kegagalan kerajaan dalam mengawal media agar lebih sopan dalam mendidik disamping sikap lebih suka mengaut keuntungan oleh syarikat media telah menyebabkan akhlak rakyat tergadai. Setelah melihat kegagalan kerajaan dan syarikat pengendali maka anggota masyarakat sendiri mesti memainkan peranan agar anak-anak dirumah dapat dikawal daripada dipengaruhi oleh media terutama tv dan sebagainya [2] kurangnya didikan agama yang menyebabkan anak muda lebih mudah terjebak dengan perkara mungkar dan merosakkan. Oleh itu pihak kerajaan wajib mengubah sistem pendidikan yang lebih menekankan kecemerlangan dalam peperiksaan sahaja kepada memastikan pelajar mesti lebih cemerlang dari segi akhlaknya. Ibubapa pula mesti berperanan dalam memastikan anak-anak mereka betul faham agama dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian tanpa mengharapkan seratus peratus kepada guru di sekolah  [3] desakan dan pengaruh rakan di mana ibubapa mesti memastikan siapa yang menjadi kawan kepada anak-anaknya. [4] masalah keluarga yang kurang memberi perhatian dan kasih sayang yang sepatutnya kepada anak akibat masing-masing sibuk dengan tugas. Begitu juga masalah ibubapa yang terlalu mempertahankan kesalahan anak sehingga sukar ditegur turut menjadi antara punca berlakunya kerosakan akhlak.

Firman Allah dalam ayat 6 surah at-Tahrim :

يأيها الذين آمنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارا وقودها الناس والحجارة عليها ملائكة غلاظ شداد لا يعصون الله ما أمرهم ويفعلون ما يؤمرون

Maksudnya  : Wahai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,  yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan sentiasa mengerjakan apa yang diperintahkan.

 

 Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Setiap permasalahan yang berlaku pasti ada jalan dan cara untuk menyelesaikannya. Sistem Islam yang merangkumi setiap aspek kehidupan sebenarnya telah menggariskan jalan terbaik bagi menangani masalah kehidupan manusia tetapi apa yang lebih malang sikap umat Islam sendiri yang tidak mahu atau yakin dengan Islam sebaliknya lebih yakin kepada system ciptaan kuffar yang telah terbukti menjadi punca kegagalan utama. Kita pada hari ini dapat melihat kegagalan Islam Hadhari sebagaimana yang telah diperingatkan oleh seorang ulama’ Mesir pada tahun 1982 lagi di mana beliau menyatakan bahawa Islam Hadhari merupakan suatu usaha dalam mencari kemajuan kebendaan semata-mata tanpa menghiraukan aqidah, syariah dan akhlak rakyat. Oleh itu tidak menjadi pelik apabila masalah murtad tidak dihiraukan atas alasan ia perkara kecil sebaliknya apa yang lebih diambil berat ialah masalah ekonomi. Apabila bercakap tentang ekonomi pula maka ia turut menemui kegagalan apabila rakyat semakin tertekan dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan sedangkan banyak pembaziran dalam perkara tidak perlu dalam menguruskan kewangan negara. Begitu juga masalah rasuah dan pecah amanah yang semakin menjadi barah telah menyaksikan banyak pembangunan menjadi pincang sehingga berlakunya kes kerosakan pada bangunan kerajaan, parlimen, sekolah, jalan bertingkat dan sebagainya. Manakala keadaan akhlak yang semakin parah terutama masalah zina yang menyebabkan lahirnya begitu ramai anak luar nikah gagal dibendung malah ia dilihat lebih suka merawat penyakit yang telah parah daripada mencegah perkara tersebut daripada berlaku. Kita mesti mengambil iktibar daripada masalah kerajaan Perancis yang dulu pernah menggalakkan penzinaan agar lahir lebih ramai anak luar nikah dalam menangani masalah bilangan rakyat yang kurang tetapi mereka bukan menyelesaikan masalah sebaliknya masalah semakin parah dan tenat kerana anak luar nikah begitu berbeza berbanding anak yang lahir daripada pernikahan daripada banyak segi terutama perasaan, penjagaan dan pandangan umum terhadap mereka sehingga anak luar nikah lebih banyak menimbulkan kekacauan dalam masyarakat kerana tekanan yang dihadapi. Firman Allah dalam  ayat 71 surah al-Mukminun:

ولو اتبع الحق أهواءهم لفسدت السموت والأرض ومن فيهن بل أتينـهم بذكرهم فهم عن ذكرهم معرضون

Maksudnya : Dan Sekiranya kebenaran itu tunduk menurut kehendak hawa nafsu mereka nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta apa yang ada padanya. Bahkan Kami telah berikan kepada mereka itu al-Quran untuk kehormatan sebutan mereka namun mereka tetap berpaling daripada kehormatan itu.

 

 Sidang Jumaat yang berkati Allah,

                Kita juga bimbang apabila musuh Islam terutama Amerika Syarikat terus berusaha dalam merosakkan pemikiran umat Islam termasuk menggunakan umat Islam sendiri. Apa yang terbaru di mana Amerika telah mengumpul cerdik pandai Islam yang boleh dibeli di Florida dalam menanam fahaman Islam Sederhana iaitu sentiasa menyokong tindakan Amerika dan tidak bangkit menentang kezaliman dan penindasan mereka termasuk membuang masalah jihad daripada umat Islam. Oleh itu tidak pelik jika adanya cerdik pandai Islam yang sanggup menjual agama demi kepentingan dunia. Kita begitu sedih bila ada cerdik pandai Islam yang sanggup mengatakan bahawa perundangan Islam seperti potong tangan terhadap pencuri sudah tidak wajib dilaksanakan di negara ini atas alasan bahawa bila kerajaan telah menyediakan banyak pekerjaan terhadap rakyat maka rakyat yang mempunyai pekerjaan tidak lagi mencuri. Bila rakyat tidak lagi mencuri maka tidak perlu lagi kepada hukuman Islam. Inilah bahaya bila akal menjadi rujukan utama. Sayyidina Umar bin al-Khottab pernah berkata : ” Suatu hal yang sangat aku bimbangkan ke atas diri kamu atau pun umat ini iaitu seorang fajir iaitu penyeleweng agama yang tajam lidahnya di mana kepetahannya bercakap mempedayakan orang ramai”. Firman Allah dalam ayat  35 surah al-Maidah :

يــأيها الذين ءامنوا اتقوا الله وابتغوا إليه الوسيلة وجــهدوا فى سبيله لعلكم تفلحون

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh mendekatkan diri kepadaNya  dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ