• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

163. SOKONG BAWA BAHAGIA ATAU DERITA

 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

            Firman Allah dalam ayat  113 surah Huud :

وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ

Maksudnya : Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan

Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Ajaran Islam meliputi seluruh aspek kehidupan tanpa terbatas kepada ibadat khusus seperti solat lima waktu, puasa, zakat dan haji sahaja. Islam turut mengajar umat manusia tentang system kehidupan manusia termasuk politik pemerintahan, sosial, ekonomi dan sebagainya agar sentiasa bertepatan dengan kehendak syarak. Begitu juga apabila kita perhatikan dalam al-Quran di mana Allah turut mengajar umat manusia bagaimana cara untuk memilih pemimpin yang mampu membawa kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat disamping dalam masa yang sama al-Quran turut menjelaskan ciri pemimpin yang bakal membawa pengundi atau pengikutnya kepada penderitaan hidup di dunia dan akhirat. Al-Quran menceritakan bagaimana ada golongan yang memilih pemimpin yang hanya mampu menawarkan kesenangan dunia semata-mata lalu dihina oleh Allah. Ada golongan yang memilih pemimpin yang melawan Allah dengan menghalalkan apa yang diharam oleh Allah dan menghalal perkara yang diharamkan oleh Allah maka golongan ini juga dihina oleh Allah.  Al-Quran memberi amaran keras kepada kita tentang ramai manusia yang hanya merasa sesal bila telah berdiri di hadapan neraka di mana pemimpin yang mereka sokong di dunia dulu bukan sahaja tidak mampu membantu mereka malah tidak mengaku tentang sokongan penyokongnya selama ini.  Oleh itu berhatilah semasa memilih pemimpin agar undi kita membawa bahagia bukannya menempah siksa.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Firman Allah dalam ayat 30 surah al-Furqan:

وقال  الرسول يــرب إن قومي اتخذوا هذا القرءان مهجورا

Maksudnya : Dan berkatalah rasul : “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini sebagai suatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”

Walaupun kini kita telah dipertengahan bulan Sofar namun ingatan dan penghayatan kita terhadap peristiwa Hijraturrasul s.a.w tetap berlangsung. Hijrah mengubah keadaan dakwah Islam daripada perkara asas seperti aqidah, ibadat khusus seumpama solat lima waktu kepada melaksanakan politik Islam dalam pemerintahan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Hijrah mengubah gerak kerja nabi daripada pendakwah tanpa kuasa kepada pemerintah yang melaksanakan semua system Islam dalam kehidupan. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w maka kepimpinan Islam terus dipegang oleh Khulafa’ Rasyidin dimulai dengan Sayyidina Abu Bakar bagi memastikan segala system Islam terus dilaksanakan. Melihat kepada pentingnya kuasa politik pemerintahan ini maka para ulama’ sendiri memberi penekanan yang serius terhadap pemilihan pemimpin kerana ditangan pemimpinlah terletaknya sejauh mana pelaksanaan Islam dalam sesebuah negara. Sebuah negara walau pun ramai ulama’ termasuk yang dilantik sebagai qadhi atau pun mufti tetapi tidak akan berjaya menutup kilang arak, menyekat lesen judi, mencegah pembukaan kelab malam, disko, melarang penganjuran hiburan yang merosakkan akhlak dan aqidah umat Islam sekiranya pemimpin negara terus menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah.  Kuasa politik pemimpin yang naik hasil undi kita lebih kuat dan gagah berbanding kuasa ulama’ termasuk mufti itu sendiri. Sebab itulah kita pernah menyaksikan bagaimana ada mufti yang dipecat oleh pemimpin kerana menegur orang Islam yang menyertai pertandingan ratu cantik. Ada fatwa seperti haram sure heboh dan amalan tafakkur depan tugu negara tidak dipedulikan malah diperlekehkan. Oleh itu kita wajib memilih pemimpin yang benar-benar ikhlas dalam melaksanakan Islam barulah Islam berjaya dilaksanakan dalam negara. Lebih 50 tahun negara kita merdeka tetapi hanya pemimpin gerakan Islam sahaja yang berani mengharamkan judi, menghadkan penjualan arak kepada orang bukan Islam, mengharamkan riba, memberi penekanan termasuk tindakan tegas kepada pendedahan aurat dan sebagainya sedangkan pemimpin sekuler dan kebangsaan lebih berani melawan Allah dengan membuka lebih banyak kilang arak, kelab malam, pusat judi dan menambahkan program hiburan melalaikan termasuk menjemput penyanyi kelab malam dari Amerika untuk membuat persembahan di kediaman rasmi pemimpin pada malam merdeka. Apa yang lebih malang bila Raja Muda Perak sendiri menyatakan kebimbangan dengan kerosakan system kehakiman negara yang diatur oleh golongan tertentu termasuk tauke judi. Bahagiakah kita bila tauke judi lebih tinggi kuasanya dalam negara kita

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Firman Allah dalam ayat  195 surah al-Baqarah :

وَأَنفِقُواْ فِي سَبِيلِ اللهِ وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوَاْ إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya : Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya

            Rasulullah s.a.w pernah memberi amaran keras kepada kita tentang bahayanya jika silap memilih pemimpin kerana ia boleh menghancurkan negara. Kesilapan memilih pemimpin menyebabkan harta kekayaan negara hanya dibolot dan dirasai oleh pemimpin dan kroninya sahaja. Pemimpin jenis ini begitu takut jika negara ini bertukar menjadi negara kebajikan kerana mereka lebih suka dengan cara mengambil untung daripada penderitaan rakyat. Pemimpin jenis ini menakut-nakutkan rakyat bahawa jika harga minyak turun, pelajaran percuma, khidmat kesihatan percuma akan menyebabkan negara terpaksa berhutang dengan Amerika. Bila berhutang dengan Amerika menyebabkan negara bankrap dan akan dijajah oleh Amerika. Sekiranya kita lemah iman dan ilmu maka kita akan terpedaya dengan dakyah jahat ini. Sebenarnya negara kita bankrap kerana masalah rasuah, pecah amanah, mengaut keuntungan dalam membeli peralatan negara seperti komisen hingga ratusan juta dalam membeli kapal selam dan jet pejuang disamping pemimpin hidup dalam mahligai indah, naik kapal terbang mewah, belayar dengan kapal layar yang meluncur gagah. Negara kita sedang digadai kepada kafir Singapura di Johor. Negara kita akan dijajah oleh Amerika melalui perjanjian AFTA dengan pengganas Amerika itu oleh pemimpin negara sekarang. Adakah mustahil pelajaran percuma sedangkan sebelum ini pelajar kita dapat biasiswa untuk masuk universiti yang kemudiannya ditukar menjadi pinjaman yang ada riba. Bantuan sekolah agama rakyat turut ditarik sedangkan biasiswa dan bantuan sekolah agama adalah suatu yang dijamin oleh perlembagaan negara. Jika perlembagaan negara pun mereka langgar apatah lagi hokum Islam. Pendidikan percuma tidak akan bankrap negara sebagaimana pendapat Profesor DiRaja Engku Aziz bahawa zakat Petronas sahaja jika diurus dengan penuh amanah mampu membiayai pengajian pelajar Islam bermula dari peringkat tadika hingga menamatkan peringkat Phd atau Doktor Falsafah. Negara kebajikan juga memastikan kita dapat membebaskan semua tahanan ISA yang sebahagiannya diberi minum air kencing dan makan tahi orang tertentu dalam penjara. Selamatkan mangsa ISA dengan menolak pemimpin yang zalim. Bukan daripada golongan orang beriman bagi mereka yang tidak mempedulikan saudaranya yang lain yang sedang menderita ditindas

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Pemimpin yang menjadikan Islam sebagai cara hidup akan membolehkan kebajikan rakyatnya lebih dijaga dan terbela. Pembangunan yang seimbang antara kebendaan dan rohani dapat berjalan lancar sekiranya Islam dijadikan asas pemerintahan. Keberkatan cara pemerintahan Islam telah membuahkan hasil bila kadar jenayah di Kelantan paling rendah berbanding negeri-negeri lain. Kadar kemiskinan di Kelantan dapat dikurangkan daripada nombor 2 kepada nombor 6 daripada seluruh negeri berbanding Terengganu yang dulunya berada nombor 4 ketika gerakan Islam memerintah kembali jatuh nombor 2 paling miskin selepas Sabah. Masjid di Kelantan begitu makmur bukan setakat bangunan sahaja yang besar dan indah. Tidak sebagaimana di Selangor adanya surau dan masjid diroboh dan masjid hanya besar tetapi kurang pengisian. Begitu juga di Terengganu yang masjidnya banyak tetapi Baginda Sultan sendiri pernah memberi teguran tentang betapa kurangnya imam dan bilal kerana ramai yang dipecat begitu juga majlis ilmu disekat sedangkan hiburan melalaikan semakin bertambah sehingga akhlak rakyatnya semakin parah. Oleh itu buatlah pemilihan pemimpin dengan baik kerana ia bakal ditanya oleh Allah di akhirat nanti. Jangan biarkan undi kita menyebabkan kilang arak, kelab malam, hiburan melampau, judi, riba kembali halal di bumi Kelantan yang bertuah ini. Pandai undi tempatnya syurga, silap pangkah  tempat kembalinya neraka. Jangan jual agama kerana dunia, jangan buang Islam kerana habuan yang bakal ditinggalkan

Firman Allah dalam ayat  87 surah al-Qasas :

وَلاَ   يَصُدُّنَّكَ عَنْ آيَاتِ اللهِِ بَعْدَ إِذْ أُنزِلَتْ إِلَيْكَ وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ وَلاَ  تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Maksudnya : Dan janganlah sekali-kali mereka dapat menghalangmu dan (menyampaikan) ayat-ayat Allah sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu. Dan serulah mereka kepada (jalan) Tuhanmu dan janganlah sekali-kali kamu termasuk mereka yang mempersekutukan Allah.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

38. KUFFAR TAKUT KEPADA ISLAM

 

                                                                             

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 214 surah al-Baqarah :

أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم  مستهم البأساء والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه متى نصر الله  ألآ إن نصر الله قريب

Maksudnya:  Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga sedangkan belum datang kepadamu ujian sebagaimana yang pernah berlaku kepada mereka yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kesakitan dan keperitan serta digoncangkan dengan pelbagai cubaan sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman : “ Bilakah akan datang pertolongan Allah?”. Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Kedatangan  Islam telah memberi sinar cahaya kepada dunia yang dahulunya kelam dalam kegelapan jahiliah. Islam telah menyuburi sifat kemanusian setelah dunia dipenuhi dengan penindasan yang tidak berperi kemanusiaan. Islam telah menaburkan benih keadilan sehingga kebahagiaan dan keamanan dapat dikecapi setelah dunia dicengkam dengan kezaliman. Islam datang dengan ajaran yang lengkap meliputi seluruh aspek kehidupan manusia bertujuan mengatur urusan hidup di dunia yang lebih tersusun bagi mencapai keredhaan Allah sehingga mampu mendapat kebahagiaan bukan sahaja di dunia yang fana tetapi turut bahagia di negeri akhirat sana. Namun begitu Islam tetap diperangi oleh mereka yang tidak senang dengan kehebatan Islam dalam memerintah dunia yang terdiri daripada golongan kuffar dan munafiq serta umat Islam yang jahil tentang Islam yang sebenar. Di sini kita dapat lihat bagaimana permusuhan terhadap Islam sehingga hari bukanlah disebabkan Islam itu ganas dan zalim sebaliknya kebaikan dan keadilan Islam telah menyebabkan pengaruh kuffar untuk mengaut hasil untuk kepentingan mereka semakin tergugat malah rakyat di bawah kuasa mereka sendiri bangun menentang kezaliman dan penindasan kuffar yang semenangnya ganas.

 

Sidang Jumaat yang dihormati,

Antara sebab golongan pengganas Kuffar dan anak didiknya menentang Islam ialah Pertamanya : Pengganas Kuffar takutkan Islam kerana Islam membentuk kesatuan ummah sebagaimana firman Allah dalam ayat 92 surah al-Anbiya’ :

إن هذه أمتكم أمة وحدة وأنا ربكم فاعبدون

Maksudnya : Sesungguhnya ini, umat kamu wahai mukminin umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu maka sembahlah Aku.

            Umat Islam melalui sistem khilafah dididik agar berada di bawah satu kepimpinan sehingga menjadi umat yang kuat. Oleh itu kuffar melalui perancangannya yang rapi telah berjaya menghancurkan system khilafah dengan runtuhnya Khilafah Uthmaniah Turki pada tahun 1924. Selepas itu umat Islam dibahagikan dalam negara-negara kecil berdasarkan bangsa sehingga umat Islam menjadi lemah dan terjajah dalam negara sendiri. Kuffar bebas menembak dan mengebom umat Islam sesuka hati kerana tiada lagi pembelaan yang sewajarnya daripada negara umat Islam yang lain disebabkan masing-masing hanya tahu menjaga kepentingan diri sendiri bukan lagi kepentingan Islam. Malah yang lebih malang pemimpin dan umat Islam sendiri yang jahil turut bersama kuffar dalam memerangi perjuangan Islam.

            Kita lihat apa yang berlaku di Palestin di mana pada zaman Khilafah Uthmaniah Turki walau pun ketika itu agak lemah tetapi tetap berkeras mempertahankan bumi Palestin dan masjid al-Aqsa daripada dikuasai oleh kuffar terutama pengganas yahudi tetapi setelah berpecahnya negara umat Islam maka yahudi dapat membina negara malah cuba meruntuhkan masjid al-Aqsa di mana kini lebih setahun bahan binaan untuk membaiki masjid al-Aqsa tidak dibenarkan di bawa masuk oleh rejim yahudi dan dalam masa yang sama yahudi merancang untuk menunaikan ibadat dalam masjid al-Aqsa milik umat Islam. Yahudi juga semakin berani mengebom balai polis Palestin dan hospital tetapi kuffar yang diketuai olerh Amerika Syarikat membiarkan sahaja kerana itu memang hasrat mereka. Bilakah penindasan dan kezaliman yahudi akan berakhir maka jawapannya terletak pada tangan umat Islam sendiri tentang bilakah kita akan kembali bersatu di bawah panji Islam dan seterusnya menjadi umat yang kuat sehingga kuffar tidak lagi berani meratah dan membaham tubuh umat Islam.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

            Sebab Kedua kuffar takutkan Islam kerana pemerintahan Rabbani di mana semua system hidup berasaskan apa yang telah diturunkan oleh Allah melalui rasulNya bukannya berdasarkan system ciptaan manusia. Tujuan pemerintahan adalah untuk mencari keredhaan Allah yang menyebabkan pemimpin dan rakyat sentiasa membuat segala suruhan Allah dalam setiap aspek kehidupan disamping menjauhi segala laranganNya walau pun nafsu sentiasa menggodanya sepanjang masa. Pemerintahan Islam juga berjaya menghindari pemimpin dan rakyat daripada melakukan penindasan dan kezaliman bertujuan mencari keuntungan diri disebabkan timbulnya rasa gerun dan takut kepada Allah yang bakal membalas segala amalan dunia di akhirat nanti. Oleh sebab itu kuffar sentiasa berusaha sepanjang masa agar pemerintahan Islam tidak akan berjaya ditegakkan di atas muka bumi ini. Kita lihat bagaimana kuffar yang diketuai yahudi telah mengkhianati keputusan rakyat yang mahukan pemerintahan Islam ditegakkan seperti apa yang berlaku di Algeria dan Turki kemudiannya baru-baru ini di Afghanistan apabila kerajaan Taliban digulingkan dengan penuh keganasan lalu dibentuk kerajaan boneka yang dianggap adil tetapi hari ini kita dapat lihat mereka saling berbalah dan berbunuhan antara satu sama lain kerana merebutkan takhta dan harta. Masalah di Afghanistan bukan semakin selesai tetapi semakin teruk dan merugikan umat Islam.

            Sebab ketiga kuffar takutkan Islam kerana pemimpin yang dilahirkan oleh Islam merupakan pemimpin yang benar-benar layak memerintah dengan sifat dan akhlaknya yang baik serta kepatuhan nya dalam melaksanakan segala hukum Islam tanpa takut kepada ugutan serta tidak terpengaruh dengan godaan dunia yang cuba merosakkannya. Kejayaan Islam melahirkan pemimpin yang adil membolehkan rakyat hidup aman dan bersatu menentang serangan musuh demi mencari keredhaan Allah. Apabila adanya pemimpin Islam yang benar-benar layak memerintah maka ini menyebabkan kuffar menjadi takut dan resah kerana tidak dapat lagi menguasai negara umat Islam sesuka hati. Oleh itu kuffar telah merancang dengan teliti apabila melantik pemimpin di negara umat Islam di mana mereka melantik pemimpin dari kalangan anak didik dan tali barut kuffar agar kuffar terus menjajah negara umat Islam sesuka hati mengikut acuan dan kehendak nafsu serakah mereka

.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Sebab keempat Kuffar takutkan Islam kerana seseorang islam hanya memberi wala’ atau tunduk patuh hanya kepada Allah. Mereka sanggup menghadapi godaan dunia yang berbentuk kemegahan takhta, kemewahan harta dan kecantikan wanita demi mencari keredhaan Allah. Mereka rela mempertahankan Islam di zaman orang memeranginya kerana Allah. Umat Islam yang berpegang kepada ajaran Islam yang menyeluruh sentiasa ingat kepada pahala dan dosa, syurga dan neraka dalam apa jua pekerjaan mereka termasuk pemerintahan dan politik. Umat Islam yang berilmu dan beramal dengan ilmu mereka akan sentiasa berjuang mengharamkan judi, riba, arak kerana mereka yakin bahawa perjuangan mereka ini adalah benar dan dijanjikan pahala. Mereka juga akan sentiasa berani menegur pemimpin yang menghalalkan riba, judi dan arak demi menyelamatkan diri mereka dan pemimpin yang jahil itu daripada dosa yang boleh membawa kepada turunnya bala Allah di dunia dan balasan neraka di akhirat. Perjuangan menegakkan Islam adalah susah terutama golongan yang benar-benar mempertahankan Islam dianggap pengganas dan kolot serta dipandang seperti orang asing. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis yang tercatat dalam sohih Muslim.

بدأ الإسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء

Islam bermula dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana ia bermula maka beruntunglah orang-orang yang asing

            Ini berbeza dengan kuffar dan anak didik mereka terutama yang menjadikan system sekularisme yang memisahkan antara politik dan agama sebagai cara hidup sehingga menganggap bahawa dosa dan pahala tidak terlibat dengan sebarang urusan dunia terutama pemerintahan. Apabila anggapan salah ini terus bersemadi dalam diri menyebabkan pemimpin tanpa segan silu melakukan jenayah rasuah, merompak wang rakyat serta memerangi pejuang Islam tanpa perasaan berdosa kepada Allah. Malah mereka dengan berani menghina Islam sebagai agama pengganas dan pembawa kemunduran kepada tamadun manusia. Oleh itu berhati-hatilah kita dengan segala perancangan dan serangan musuh agar kita tidak terpedaya dan terus dijajah oleh kuffar durjana.

            Firman Allah dalam ayat 7 surah Muhammad :

يأيها الذين ءامنوا إن تنصروا الله ينصركم ويثبت أقدامكم

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah nescaya Dia kan membantumu dan meneguhkan kedudukanmu.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

130. NABI DISANJUNG TUGASNYA DIJUNJUNG

 

 

 

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :

فليقـتل فى سبيل الله الذين يشرون الحيـوة الدنيا بالآخرة ومن يقـتل فى سبيل الله فيقتل أو يغلب فسوف نؤتيه أجرا  عظيما

Maksudnya : Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar

            Perjuangan Islam bukannya dilalui dengan cara senang sebaliknya memerlukan kepada pengorbanan, ia tidak menjanjikan kemewahan sebaliknya menuntut kepada mengenepikan kepentingan diri sendiri, ia bukannya dihampar dengan permaidani merah sebaliknya menagih kepada tumpahnya darah. Ketika merenung kembali kepada perjuangan dan kejayaan serta kegemilangan yang pernah dicapai oleh nabi Muhammad s.a.w dan para pejuang Islam sebelum ini adalah disebabkan mereka yakin dengan Islam sebagai system pemerintahan dan manhaj kehidupan. Generasi kemenangan begitu yakin bahawa mereka adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan kepada manusia dengan tunduk patuh kepada Allah. Generasi kemenangan telah memainkan peranan dalam membebaskan manusia daripada menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah dalam setiap aspek kehidupan. Generasi kemenangan telah memberikan tamadun berasaskan Islam kepada dunia di mana tanpa tamadun Islam maka dunia akan kekal dalam keadaan terumbang-ambing di dalam kegelapan tanpa system hidup yang teratur, kemunduran, kejahilan dan keruntuhan. Generasi kemenangan bila menempuh sebarang pertempuran, pembebasan dan penawanan maka mereka meletakkan di hadapan mata mereka samada menang untuk mereka hidup dalam kemuliaan atau pun gugur syahid menemui Allah sebagai pejuang Islam.  Jasa generasi kemenangan ini telah memberi faedah yang begitu berharga kepada seluruh umat manusia tanpa mengira agama sehingga pernah penulis barat menukilkan: “ Eropah pada masa dahulu adalah buta huruf dan terkenal dengan kejahilan sedangkan Andalusia atau Sepanyol yang diperintah oleh kerajaan Islam telah mempunyai perkembangan ilmu dan membawa bendera pengetahuan di dunia”.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

            Antara tugas nabi Muhammad s.a.w yang mesti dicontohi dan diikuti oleh umat Islam ialah tiga tugas utama sebagaimana yang disebut oleh Allah dalam ayat 2 surah al-Jumaat iaitu yang pertama membacakan ayat-ayat Allah yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya. Tugas kedua pula membersihkan manusia daripada aqidah yang sesat dan kemudiaannya diikuti dengan tugas yang ketiga iaitu mengajarkan umat dengan kitab Allah dan hikmat pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat agama. Setelah ketiga-tiga tugas yang besar ini dillaksanakan dengan penuh amanah dan istiqamah, insya Allah kemuliaan dan kejayaan yang dijanjikan oleh Allah dapat dicapai sehingga kita menjadi umat yang berjaya di dunia dan akhirat.

            Apabila kita merenung kembali kepada tugas pertama iaitu membacakan ayat-ayat Allah disamping memastikan sesuatu ilmu yang diajar tidak boleh bebas daripada berpegang kepada aqidah Islam antaranya mestilah disertakan dengan ayat al-Quran dan hadis nabi.  Matlamat dalam melahirkan masyarakat yang boleh membaca al-Quran tidak akan tercapai tanpa usaha yang bersungguh dan berterusan daripada setiap lapisan masyarakat bermula daripada ibubapa sehinggalah pemimpin negara. Kita merasa bimbang kerana masalah buta huruf dalam negara umat Islam masih tinggi termasuk tidak tahu membaca al-Quran. Oleh itu setiap ibubapa mestilah memastikan paling kurang seorang daripada anaknya dihantar ke pusat pengajian agama bagi mendalami ilmu agama disamping memastikan dirinya sendiri dan anak-anak mestilah tahu dan pandai membaca al-Quran. Bila setiap rumah mempunyai ahli agama dan al-Quran pula sentiasa dibaca di dalamnya maka banyak masalah sosial yang menimpa umat Islam pada hari ini dapat ditangani. Tidakkah terdetik rasa gerun dalam diri kita sebagai ibubapa sekiranya bila telah meninggal dunia nanti maka berlaku di kalangan anak-anak kita yang bukan sahaja tidak tahu untuk solat jenazah kepada ibubapanya malah tidak pandai membaca al-Quran dan berdoa untuk kita akibat daripada pengabaian terhadap pengajian agama. Lupakah kita kita suatu pesan nabi bahawa apabila seseorang manusia itu telah meninggal dunia maka terputuslah amalnya melainkan daripada 3 sumber antaranya…. أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ :…. Atau anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

Tugas pemimpin pula mestilah memberi sokongan dan bantuan semaksima mungkin dalam melahirkan lebih ramai rakyat yang faham serta mengamalkan agama sehingga pelaksanaan seluruh system Islam dalam kehidupan dapat dijayakan. Kita begitu malu sekiranya alasan untuk terus menekan pusat pengajian agama hanya disebabkan pelajarnya didakwa tiada semangat cintakan negara kerana tidak menyanyi lagu Negaraku dalam perhimpunan pagi.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Tugas kedua yang ditekankan oleh Allah ialah pembersihan umat manusia daripada aqidah sesat melalui ilmu yang dipelajari. Tugas ini adalah penting dalam melahirkan umat Islam yang benar-benar berpegang kepada seluruh ajaran Islam yang sempurna. Sekira berlakunya pemisahan antara ilmu moden dengan aqidah Islam telah menyebabkan umat Islam terlalu berpegang kepada falsafah sesat barat sehingga menolak kaitan agama dengan ilmu tersebut. Sebagai contohnya dalam masalah ilmu sains yang terlalu berpegang kepada falsafah yang menolak ketuhanan yang menyebabkan sebarang kajian hanya berbentuk keduniaan semata-mata bukannya ke arah mengkaji kejadian yang diciptakan oleh Allah serta mengakui kekuasaanNya dalam mencipta dan mengatur segala sesuatu.  Kita dapat dengar dan baca ulasan golongan yang hanya berpegang kepada teori sains sahaja dalam masalah tsunami dan banjir besar misalnya di mana golongan ini hanya menganggap bahawa apa yang berlaku adalah suatu perubahan alam akibat cuaca dan pergerakan alam semata-mata. Sedangkan kita umat Islam mestilah yakin bahawa setiap berlaku adalah mengikut kehendak Allah disamping setiap musibah yang menimpa adanya di sana kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh umat manusia samada dari segi pelanggaran terhadap suruhan dan larangan Allah dalam kehidupan seharian atau pun manusia merosakkan nikmat alam yang diciptakan Allah seperti merosakkan kawasan tadahan air dan sebagainya. Umat Islam mestilah merenung setiap apa yang berlaku untuk menambahkan lagi keimanan kepada Allah serta menyedarkan diri kita agar sentiasa berusaha dalam merapatkan diri kepada Allah sepanjang masa.

Firman Allah dalam ayat 30 surah as-Syura :

وما أصــبكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم ويعفوا عن كثير

Maksudnya : Dan apa sahaja musibah yang menimpa maka ia disebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar dari kesalahan kamu

 Sidang Jumaat yang berkati Allah,

                Tugas yang ketiga bagi memastikan seluruh Islam dapat dilaksanakan dengan baik iaitu mengajarkan umat dengan kitab Allah dan hikmat pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat agama. Ketika ramai rakyat di negara barat sendiri mula memilih Islam sebagai agama walau pun pelbagai tuduhan liar oleh pemimpin mereka terhadap Islam yang dituduh sebagai pengganas namun betapa malangnya di negara kita ramai pula umat Islam sendiri akibat jahil tentang agama ditambah pula dengan pandangan sempit bahawa agama bukanlah suatu yang penting dan berharga telah menyebabkan ramai yang murtad. Begitu juga dengan jumlah umat Islam yang terlibat dengan perkara yang merosakkan tubuh badan seperti dadah, arak sentiasa meningkat. Apatah lagi dalam masalah pecah amanah dan rasuah yang telah menjadi suatu kebiasaan akibat kefahaman terhadap hukum Islam yang cetek ditambah dengan pegangan terhadap agama yang semakin rapuh. Malah dalam memilih pemimpin lebih banyak salah laku berbentuk rasuah yang berlaku sedangkan suatu amaran keras tentang bahayanya rasuah dalam memilih pemimpin melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah iaitu antara 3 orang yang Allah S.W.T tidak bercakap dengan mereka pada hari kiamat serta tidak disucikan mereka dan mendapat azab pedih ialah:

…. وَرَجُلٌ بَايَعَ إِمَامًا لايُبَايِعَهُ إِلا لِدُنْيَا . فَإِنْ أَعْطَاهُ مِنْهَا وَفَى لَهُ وَإِنْ لَمْ يُعْطِهِ مِنْهَا لَمْ يَفِ لَهُ

Maksudnya : ….dan seorang lelaki yang taat setia kepada pemimpin di mana dia tidak taat kecuali kerana dunia. Jika pemimpin memberinya habuan maka dia tunai ketaatan baginya tetapi jika pemimpin tidak memberinya maka dia tidak mentaatinya

فرمان الله تعالى دالم أية    51    سورة النور :

إنما كان قول المؤمنين إذا دعوا إلى الله ورسوله ليحكم بينهم أن يقولوا سمعنا وأطعنا  وأولئك هم المفلحون

Maksudnya : Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah S.W.T dan sunnah Rasulullah agar mereka berhukum dengannya di kalangan mereka lalu mereka berkata : “ Kami dengar dan kami patuh”.  Dan mereka itulah golongan yang beroleh kejayaan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

47. ISLAMKAN DASAR PENDIDIKAN

 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ …..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam  ayat 2 surah al-Jumaat :

هو الذي بعث فى الأميئن  رسولا منهم يتلوا عليهم ءايــته ويزكيهم ويعلمهم الكتب والحكمة وإن كانوا من قبل لفى ضلــل مبين

Maksudnya : Dialah (Allah) yang telah mengutuskan kepada kalanganorang-orang arab yang buta huruf seorang rasul dari bangsa mereka sendiri yang membacakan ayat-ayat Allah yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya. Dan membersihkan mereka daripada aqidah yang sesat serta mengajarkan mereka kitab Allah dan hikmat pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat. Dan sesungguhnya mereka sebelum kedatangan nabi Muhammad s.a.w adalah dalam kesesatan yang nyata.

            Islam dan ilmu tidak dapat dipisahkan kerana Islam itu sendiri tertegak di atas keyakinan yang pasti melalui ilmu yang disuluhi cahaya wahyu Allah. Kekuatan Islam yang berkembang dan mampu membina tamadun bersepadu antara kemanusiaan dan kebendaan adalah hasil daripada kekuatan ilmu bukannya berdasar kepada paksaan dan kejahilan. Islam yang merupakan agama fitrah adalah agama yang mampu dipeluk dan diamalkan oleh seluruh umat manusia tanpa mengira keadaan takhta dan  harta, bangsa dan negara, usia dan budaya. Keadaan fitrah manusia yang mahukan kebaikan dan begitu benci kepada kejahatan telah menyebabkan hati mereka mudah tertarik kepada seluruh ajaran Islam yang sempurna.

            Melalui ayat 2 surah al-Jumaat tadi maka dapat disimpulkan bagaimana dasar yang penting yang mesti ada dalam proses tarbiah atau pendidikan demi mencapai keredhaan Allah. Jika berlakunya sebarang pengabaian terhadap sebarang dasar pendidikan yang telah diberitahu oleh Allah dan rasulNya maka di sana akan berlakunya kegagalan dalam pendidikan dan pembinaan manusia dalam sesebuah negara.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

            Dasar pendidikan pertama yang ditekankan oleh Allah melalui ayat tadi ialah sesuatu ilmu yang diajar tidak boleh bebas daripada berpegang kepada aqidah Islam iaitu mestilah disertakan dengan ayat al-Quran dan hadis nabi. Melalui catatan sejarah maka kita dapati dasar pendidikan negara kita terutama selepas merdeka masih tidak mampu keluar daripada dasar yang telah digubal oleh penjajah. Banyak ilmu moden dijauhkan daripada pegangan aqidah yang menyebabkan umat Islam di negara kita terus terikut-ikut dengan cara hidup barat dengan menjadikan Islam sebagai agama peribadatan khusus dan adat semata-mata sebagaimana agama Kristian, Budha dan Hindu dan mereka lebih suka ulama’ Islam hanya mengajar bab ibadat khusus sahaja tanpa menyentuh ajaran Islam yang lain terutama yang melibatkan ekonomi, kemasyarakatan dan pemerintahan.

            Kejayaan barat dalam memisahkan ilmu moden daripada aqidah Islam turut dibantu dengan pengurangan serta penghapusan kepada penggunaan bahasa arab dengan mengantikannya dengan bahasa Inggeris. Negara kita pernah dikejutkan dengan penghapusan kepada penggunaan tulisan jawi yang menyebabkan ramai umat Islam yang tidak memahami agama disebabkan kebanyakan kitab agama yang dikarang oleh ulama’ ditulis dalam bahasa jawi dan juga bahasa arab. Cara ini turut dibuat oleh kerajaan Thailand yang menterjemahkan kitab jawi kepada bahasa Thai atas alasan untuk memudahkan rakyat belajar agama sedangkan pada hakikat yang sebenar ialah mereka mahu menghancurkan pengajian Islam kerana berapa banyakkah kitab yang mampu diterjemahkan dan adakah isi yang diterjemah itu tepat dengan kitab asal atau diselewengkan. Pada hari ini isu penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan negara mula bergema kembali kerana ia didakwa sebagai lambang kemajuan sedangkan negara barat sendiri masih memerlukan tenaga penterjemah dari negara arab untuk menterjemahkan kitab-kitab karangan ulama’ Islam silam terutama dalam ilmu sains, ekonomi, falsafah dan lainnya kepada bahasa Inggeris dan bahasa negara Eropah yang lain. Mengapakah negara-negara umat Islam gagal bersatu untuk mengembalikan semula kitab-kitab yang telah dicuri oleh penjajah barat untuk membina kembali kekuatan Islam tanpa perlu menghinakan diri untuk  tunduk kepada penjajah yang sememangnya mahu menghancurkan umat Islam. Penjajah barat begitu benci kepada bahasa arab kerana ia akan menyebabkan umat Islam mudah memahami al-Quran, hadis dan kitab-kitab ulama’ muktabar dan ia juga mampu menyatukan semula kesatuan umat Islam sedangkan apabila umat Islam dijauhkan daripada bahasa arab seterusnya tunduk kepada penggunaan bahasa Inggeris yang meluaskan maka ia membolehkan pemikiran umat Islam mudah untuk dijajah oleh ideologi barat melalui sebaran kepada hasil tulisan dan kajian orientalis barat yang banyak menyelewengkan ajaran dan sejarah Islam.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Dasar pendidikan kedua yang ditekankan oleh Allah ialah pembersihan umat manusia daripada aqidah sesat. Penekanan ini adalah penting dalam melahirkan umat Islam yang benar-benar berpegang kepada seluruh ajaran Islam yang sempurna. Melalui dasar ini maka umat Islam mampu melahirkan pakar-pakar yang akan membina tamadun yang tinggi tanpa memisahkan antara agama dan dunia. Apabila seluruh umat Islam didedahkan secara lebih mendalam mengenai ilmu sains, ekonomi, politik, sosial berasaskan Islam maka tiada lagi erti pemisahan ilmu –ilmu tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh barat. Pada masa ini seluruh dunia terutama yang berkaitan dengan ilmu moden mengamalkan dualisme iaitu pemisahan antara ilmu agama dan ilmu moden sedangkan ia sepatutnya diajar secara bersepadu. Apabila berlakunya pemisahan antara ilmu moden dengan aqidah Islam yang menyebabkan umat Islam terlalu berpegang kepada falsafah sesat barat sehingga menolak kaitan agama dengan ilmu tersebut. Sebagai contohnya dalam masalah ilmu sains yang terlalu berpegang kepada falsafah yang menolak ketuhanan yang menyebabkan sebarang kajian hanya berbentuk keduniaan semata-mata bukannya ke arah mengkaji kejadian yang diciptakan oleh Allah untuk mengenali Pencipta alam ini. Oleh sebab itulah kita dapati ramai di kalangan ahli sains bukan Islam yang tekun mengkaji tentang kejadian alam ini dengan menolak falsafah anti ketuhanan akhirnya memeluk Islam apabila timbulnya dalam hati mereka bagaimana perjalanan kepada dunia ini mesti ada Pencipta dan PenjagaNya iaitu Allah sebagaimana yang diajar oleh Islam. Melihat kepada perkara ini maka perlunya untuk kita sama-sama kembali kepada ilmu yang menerapkan aqidah di dalamnya di mana pemimpin negara umat Islam perlu bersungguh dalam mengislamkan semula semua ilmu moden yang telah dibuang roh Islam oleh barat. Jika semua ilmu moden ini berjaya di Islamkan kembali maka lebih mudah usaha dakwah dan penerimaan Islam oleh orang bukan Islam disamping menyatukan kembali antara ulama’ dan profesional dalam membina tamadun Islam yang bersepadu

 Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Setelah ilmu yang diajar telah diterapkan ayat al-Quran dan hadis nabi serta dibersihkan daripada unsur syirik yang sesat dengan memasukkan roh aqidah Islam maka selepas itu dasar pendidikan ketiga yang mesti diterapkan ialah pengajaran kepada seluruh ajaran Islam yang merangkumi semua aspek kehidupan. Kita perlu sedar bahawa kemunduran umat Islam di negara ini adalah disebabkan mereka meninggalkan Islam. Setelah pihak penjajah bertanggungjawab mengubah sistem ekonomi Islam kepada sistem kuffar dan diteruskan dengan sistem kapitalisme oleh pemimpin negara hari ini telah menyebabkan ekonomi di negara dipegang oleh orang bukan Islam kerana mereka lebih pakar tentang ekonomi kuffar itu. Umat Islam sendiri terbahagi dua iaitu golongan yang memahami sistem ekonomi Islam melalui pengajian tetapi tidak mampu bersaing kerana sistem yang digunakan dalam negara bukan sebagaimana yang dipelajari di dalam kitab. Golongan Islam kedua pula ialah mereka yang seratus peratus terlibat dengan sistem kuffar tetapi tidak mampu maju kerana berperang dengan Allah dan rasulNya apabila terlibat dengan riba dan rasuah. Ekonomi Islam sepatutnya mudah tetapi apabila ia tidak dilaksanakan maka ia dirasakan begitu payah dan dikatakan ketinggalan zaman sedangkan pada hakikatnya ia begitu mudah apabila djalankan sepenuhnya dalam negara dengan membuang terus sistem kapitalisme yang meletakkan manusia lemah menyembah manusia yang kuat. Orang bukan Islam dapat menerima sistem ekonomi Islam jika ia dilaksanakan dengan baik sebagaimana kita dapat lihat orang bukan Islam terutama yang berbangsa Cina lebih ramai yang menyimpan di dalam bank melalui sistem perbankan Islam sedangkan umat Islam sendiri lebih suka bergelumang dengan dosa riba dan rasuah serta skim cepat kaya. Malangnya pada hari ini disebabkan semua ilmu Islam yang berkaitan dengan ekonomi, perundangan, politik dipenjarakan oleh pemimpin sekularisme yang begitu takut jika Islam dilaksanakan secara menyeluruh di mana ini semua akan menyebabkan mereka akan kalah dan disingkirkan daripada jawatan yang dipegang selama ini. Jika semua ilmu Islam ini dapat dilaksanakan maka dakwah Islam lebih mudah tersebar tidak sebagaimana hari ini di mana umat bukan Islam lebih yakin menggunakan sistem kuffar dalam ekonomi dan perundangan kerana pemimpin yang mendakwa bahawa negara ini adalah negara Islam lebih suka menggunakan sistem kuffar daripada menerima sistem Islam. Golongan sekularisme sanggup mati dalam menentang pelaksanaan sistem Islam daripada mati dalam melaksanakan perundangan Islam. Oleh itu ingatlah kita bahwa di hadapan kita ada dua pilihan samada kita mahu mati sebagai pejuang yang memperjuangkan Islam atau lebih rela mati sebagai petualang yang melawan dan menentang Islam. Tepuklah dada tanyalah iman.

Firman Allah dalam ayat 45  surah al-Anfal

ياأيهاالذين ءامنوا إذا لقيتم فئة فاثبتوا واذكروا  الله لعلكم تفلحون

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu memerangi pasukan musuh maka teguhkanlah hatimu dan banyakkanlah menyebut nama Allah agar kamu beroleh kejayaan

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Ulama’ Tegas Penderhaka Agama DiBanteras

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah dalam  ayat 50  surah al-Maidah :

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ 

Maksudnya : Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin

            Matlamat utama kepada kejadian jin dan manusia adalah untuk tunduk  patuh kepada segala suruhan Allah disamping menjauhi segala laranganNya dalam setiap aspek kehidupan sehingga lahir sebagai hamba yang taat. Kemakmuran sebuah negara tidak mampu dicapai tanpa sikap taat dan patuh bermula daripada pemimpin sehingga rakyat jelata kepada Allah dengan mematuhi segala sistem hidup yang telah diterangkan melalui al-Quran dan Sunnah nabi s.a.w. Oleh itu sebarang dakwaan samada seseorang itu boleh digelar sebagai perderhaka atau pun pejuang sebaiknya dilihat dari sudut agama yang benar bukannya nafsu yang tersasar. Kita tidak mahu rakyat terus dimomokkan dengan laungan penderhaka akibat penafsiran terhadap perundangan manusia yang lemah dan samar-samar sehingga lupa kepada penderhakaan terhadap Allah yang jauh lebih bahaya kepada keamanan negara. Islam mengajar kita tentang keadilan perundangan tanpa mengira harta dan takhta sehingga Rasulullah s.a.w sendiri dengan tegas menyatakan sekiranya anak perempuan kesayangannya mencuri sekali pun maka hukuman potong tangan tetap dilaksanakan. Begitu juga ketegasan Sayyidina Abu Bakar yang meminta supaya rakyat jelata bangun menegur kesilapannya dalam memimpin negara. Malah Sayyidina Umar berasa gembira apabila ada di kalangan rakyatnya yang bangun menyatakan bahawa dia akan menegur khalifah dengan mata pedangnya jika beliau bersalah. Malah Sayyidina Ali berlapang dada bila mahkamah memutuskan bahawa baju besi yang asal miliknya bertukar menjadi milik yahudi setelah beliau gagal membawa bukti kukuh dalam mendakwa yahudi tersebut sebagai pencuri. Ini semua jelas menunjukkan bagaimana dalam usaha melahirkan pemimpin yang adil dan rakyat yang baik maka Islam mengajar kita supaya tidak mentaati perkara yang derhaka kepada Allah sebaliknya kita perlu bangun di dalam memperbetulkan kesilapan yang berlaku atas nama nasihat dan teguran membina.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat 79 surah Ali ‘Imran :

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِي مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ 

Maksudnya : Tidak sepatutnya seseorang yang Allah anugerahkan kepadanya Kitab, hikmah dan sifat kenabian lalu dia  menyeru kepada manusia : “ Kamu hendaklah menjadi penyembahku bukan penyembah Allah”. Sebaliknya dia mesti menyeru : “ Kamu hendaklah menjadi ulama’ rabbani yang benar-benar faham agama serta mengamalkan apa yang kamu sentiasa ajarkan tentang isi Kitab dan dengan apa yang kamu sentiasa mempelajarinya”.

            Rosaknya rakyat kerana rosaknya pemimpin dan rosaknya pemimpin kerana rosaknya ulama’. Penderhakaan terhadap Allah yang berlaku dalam masyarakat biasanya bermula daripada 2 golongan utama iaitu pemimpin dan ulama’ samada disebabkan pemimpin yang tidak mendengar malah menghalang ulama’ daripada menegurnya atau pun golongan agama sendiri tidak berani menegur pemimpin kerana turut terpalit dengan cinta dunia sebagaimana teguran seorang ulama’ sufi Sufian as-Thauri : Orang alim itu merupakan doktor agama dan wang itu merupakan penyakit agama. Apabila doktor sendiri dijangkiti penyakit maka bilakah dia mampu merawat orang lain?. Keberanian ulama’ dalam menegur pemimpin mampu menyelamatlkan pemimpin dan rakyat daripada kerosakan. Kita pernah mendengar kisah bagaimana keberanian Imam Abu Hanifah, Imam Syafie dan Imam Ahmad Hanbal yang sanggup digari dan dipenjara kerana bangun menegur pemimpin. Akhirnya pengorbanan besar mereka mampu menyelamatkan rakyat jelata daripada menjadi manusia yang derhaka kepada Allah.

            Peranan ulama’ terus ditagih dan diperlukan sepanjang masa terutama kita baru sahaja dikejutkan dengan suatu perjumpaan selama 5 hari yang dianjurkan oleh Sisters In Islam (SIS) yang menghimpunan golongan yang mempelopori ajaran sesat Islam Liberal bagi membicangkan kesemarataan antara lelaki dan perempuan, poligami, faraid, izin suami terhadap isteri, aurat dan sebagainya yang jelas membahayakan aqidah dan pegangan umat Islam. Golongan ini berpegang bahawa Islam yang sedang dipegang sekarang jelas menganaktirikan golongan wanita terutama dalam masalah poligami, talak, pembahagian pesaka, aurat dan beberapa perkara lain. Sedangkan kita semua yang faham tentang Islam sentiasa mengiktiraf tentang ada beberapa perbezaan antara lelaki dan perempuan bukan bertujuan menghina perempuan sebaliknya untuk memastikan keadilan dapat dilaksanakan. Antara perbezaaan itu ialah [1] Islam membenarkan poligami bagi menangani banyak permasalahan antaranya zina. Masyarakat barat sendiri mengakui bagaimana tiada sistem yang sehebat Islam yang mampu menyekat lelaki daripada memiliki perempuan simpanan melainkan dengan cara poligami. Kita begitu bimbang apabila jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang. [2] Pembahagian pesaka yang melebihkan lelaki kerana suami terpaksa menanggung nafkah anak dan isteri sedangkan isteri tidak wajib walau pun kaya. [3] Masalah penyaksian kes pula di mana nabi Muhammad s.a.w telah menjelaskan bagaimana wanita ada kekurangan pada akalnya iaitu pada ingatan dan agamanya iaitu keuzuran kerana haidh atau nifas yang menyebabkan tidak dapat beribadat penuh. [4] Perempuan juga tidak layak menjadi pemimpin yang tertinggi kerana antara sifat dan kelayakan  yang mesti ada pada diri ketua negara atau amir mengikut Islam adalah mampu menjadi imam dalam solat dan panglima dalam peperangan yang mana kelayakan ini hanya mampu dimiliki oleh kaum lelaki. [5] Manakala hak talak hanya pada lelaki kerana suami sahaja yang wajib membayar mahar dan nafkah manakala dari segi fitrahnya lelaki pula lebih stabil, tenang dan sabar sehingga tidak mudah melafazkan talak.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah ,

            Kita dapat lihat dalam agama lain terutama yahudi turut mengambil kira pandangan paderi mereka termasuk apa yang berlaku dalam serangan di Gaza yang mengharuskan pembunuhan syahid terhadap orang tua, wanita, kanak-kanak dengan alasan golongan lemah ini tidak melarang pejuang Islam daripada menyerang Israel di mana Pendeta Sholomo Elyaho menggariskan: “Jika yahudi membunuh 100 daripada umat Islam tetapi mereka enggan menghentikan serangan roket, yahudi perlu membunuh 1,000; dan jika membunuh 1,000 pun pejuang Islam masih tidak berhenti, yahudi perlu membunuh 10,000 dan terus membunuh walaupun sudah mencecah sejuta orang tanpa mengira masa yang diambil untuk membunuh umat Islam.”

            Malah keganasan yahudi turut dibantu oleh pengkhianatan pemimpin negara arab sendiri seperti Mesir yang sanggup menutup sempadan daripada dimasuki bekalan makanan dan ubatan kepada saudara seagama di Gaza sedangkan dalam masa yang sama lebih rela menghantar berlori-lori makanan untuk askar Israel  yang sedang membunuh umat Islam. Rakyat Palestin yang mendapat rawatan di hospital Mesir turut diugut agar tidak lagi membantu HAMAS jika mahu kepada rawatan. Malah adanya ketua tentera negara arab yang menghubungi pihak yahudi Israel supaya menghancur terus pejuang Islam di Gaza. Inilah bahayanya bila amanah kepimpinan diserahkan kepada golongan yang bukan ahlinya sehingga mereka sanggup bersekongkol dengan musuh dalam meratah dan membaham saudara seagama. Jahatnya pemimpin kerana jahatnya majoriti rakyat yang memilihnya. Pemimpin yang akan menggantikan pemimpin zalim biasanya jauh lebih zalim sekiranya dipilih tidak berlandaskan ajaran Islam.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sudah menjadi sunnah perjuangan dalam meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini iaitu terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan dan cabaran. Sejarah membuktikan bagaimana gerakan Islam tidak pernah mencabul demokrasi sebaliknya golongan sekuler sentiasa menjadi pengkhianat kepada demokrasi demi memenuhi nafsu serakah yang tidak boleh menerima kekalahan seperti penafian terhadap kemenangan FIS di Algeria dan Refah di Turki sehingga pemimpin Islam yang menang dipenjara manakala parti sekuler yang kalah menjadi pemerintah. Begitu juga di Palestin apabila kemenangan HAMAS dicabuli sehingga wujudnya 2 Perdana Menteri yang diikuti dengan serangan kejam terhadap pemimpin dan rakyat yang menyokong gerakan Islam. Sebab itu tidak pelik bila berlakunya pengkhianatan terhadap demokrasi di negara kita dengan penafsiran undang-undang berdasarkan kepentingan diri bagi menghalalkan tindakan yang tidak bertamadun. Yakinlah kita bahawa tiada janji kemenangan mudah untuk pejuang Islam sebaliknya kita wajib meredah segala kesusahan. Tiada janji pangkat dan kemewahan sebaliknya janji kemenangan ataupun gugur syahid yang membahagiakan. Tiada kuasa yang lebih kuat selain kuasa Allah, Tiada kerajaan yang kekal melainkan kerajaan Allah, Tiada janji yang lebih benar melainkan janji kemenangan daripada Allah.  Carilah kemuliaan dengan Islam. Jangan pilih jahiliah yang penuh kehinaan

Firman Allah dalam ayat 8 surah as-Soff :

يُرِيدُونَ لِيُطْفِؤُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ 

Maksudnya : Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Perkataan Allah hanya bagi ruang lingkup orang beriman

Lanjusoh – Harakahdaily.net
Mon | Mar 02, 09 | 1:23:14 pm MYT

KOTA BHARU, 2 Mac (Hrkh) – Laporan media yang menyebut Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya menyifatkan tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah dianggap sebagai satu kekeliruan terhadap maksud sebenar.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Anual Bakri Harun berkata, wartawan silap memahami apa yang disebut Menteri Besar kerana perkataan Allah hanya boleh digunakan bagi mereka yang telah menerima Islam.

“Bagi memahami konteks yang disebut Menteri Besar dengan lebih jelas kita kena memahami maksud surah Al Ikhlas iaitu Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa, Allah yang dituju (meminta hajat). Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya.

“Oleh itu jelaslah nama Allah hanya wajar digunakan bagi mereka yang telah beriman dan tidak boleh menyalahi sifat 99 namaNya,” kata beliau di sini.

Hari ini beberapa akhbar melaporkan Mursyidul Am menyifatkan tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Isu tersebut timbul ekoran akhbar mingguan Herald Cantholic masih berdegil menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mereka.

Anual berkata, wartawan yang mentafsir kenyataan Menteri Besar Kelantan agak menyimpang dari maksud sebenar. – mj_

165. RASULULLAH DIJULANG ASSOBIYAH DIBUANG

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam  ayat 21 surah al-Ahzab :

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا

Maksudnya : Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya.

            Setiap kali kedatangan bulan Rabiul Awwal maka umat Islam seluruh dunia tanpa mengira muda atau tua, bangsa dan bahasa, budaya dan warna kulit, tempat dan pangkat sama mengingati kelahiran manusia agung yang membawa rahmat kepada sekalian alam yang diberi nama nabi Muhammad s.a.w. Bangsa baginda adalah arab tetapi Islam yang dibawa dianuti oleh semua bangsa bukannya terbatas kepada bangsa arab sahaja. Tempat kelahiran baginda pula di Mekah namun dakwah Islam dirasai oleh umat seluruh pelusuk dunia tanpa terhad di sekitar bumi arab sahaja. Pada diri nabi Muhammad s.a.w adalah contoh yang terbaik dari segenap segi di mana baginda adalah bapa mithali, pendakwah contoh, anggota masyarakat yang amanah dan juga pemimpin yang terbaik. Sebagai umat yang mencintai nabi Muhammad s.a.w maka tiada manusia lain yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan kita melainkan nabi yang tercinta. Tiada cara berkeluarga yang lebih bahagia melainkan apa yang diajar oleh nabi. Tiada cara berdakwah yang lebih berkesan melainkan apa yang ditonjol oleh nabi. Tiada cara bersosial yang lebih baik melainkan apa yang dilakukan oleh nabi. Tiada cara berpolitik, berekonomi dan memimpin negara yang lebih hebat melainkan apa yang ditunjukkan oleh nabi.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

قال الرسول e  : وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ  يُؤْ مِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلِدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ 

– متفق عليه

Maksudnya: Demi jiwaku ditanganNya! Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihinya daripada anaknya, bapanya sendiri dan sekalian manusia

            Antara adab yang perlu dilakukan oleh kita sebagai tanda kasih dan cinta kita kepada nabi ialah : [1] mentaati nabi dengan mengikut segala jejak langkah perjalanan hidupnya dalam urusan agama dan dunia [2] Cinta kepada nabi dan menghormatinya lebih daripada segala yang lain [3] Cinta kepada orang yang dicintai oleh nabi dan benci kepada orang yang dibenci oleh nabi, redha dengan apa yang diredhai oleh nabi dan marah kepada apa yang dimarahi oleh nabi  [4] Menjunjung tinggi nabi dengan berselawat kepadanya apabila disebut namanya serta mengagungkan segala sifat dan akhlak nabi  [5] Membenarkan segala apa yang diberitakan oleh nabi samada daripada urusan agama atau dunia [6] Menghidupkan sunnah nabi, menzahirkan syariatnya serta menyampaikan dakwah Islam dan melaksanakan segala pesanan nabi  [7] Merendahkan suara ketika berada di sisi maqam nabi dan dalam masjid nabawi bagi yang berkesempatan ke sana [8] Cinta kepada ulama’ dan orang soleh serta setia kepada mereka semata-mata kerana nabi cinta kepada golongan tersebut. Kita juga mesti benci kepada orang fasik serta memusuhi mereka dengan sebab nabi benci dan memusuhi golongan ini

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Firman Allah dalam ayat  7 surah al-Hasyru :

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya :Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

Tanda kasih dan sayang kita kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w tidak cukup sekadar memuji sifat dan perjalanan hidupnya sahaja tetapi kita mesti melaksanakan segala ajarannya yang meliputi seluruh aspek kehidupan termasuk ibadat khusus, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Kita juga wajib menjauhi segala tegahan yang disampaikan oleh nabi tanpa ada rasa ragu. Akhir-akhir ini kita dapati bagaimana media massa termasuk tv, radio, akhbar dan sebagainya cuba membangkitkan semangat kebangsaan atau perkauman sempit yang merbahaya terutama di negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama. Golongan yang mendakwa mereka adalah pejuang bangsa bangun menonjol diri kepada masyarakat dengan menyeru supaya kembali bersatu atas dasar bangsa demi memastikan kedaulatan bangsa terus dipertahankan. Golongan ini hanya bertempik menjaga kedaulatan bangsa setelah tersepit kerana kuasa mereka digoyah oleh rakyat yang bencikan kezaliman dan penindasan. Ketika berada dipuncak pemerintahan dengan kuasa begitu besar hasil sokongan rakyat maka kita dapati golongan ini tanpa rasa bersalah dan bertanggungjawab kepada bangsa dan agama membiarkan masalah murtad tanpa menghiraukan agar digubalkan suatu undang-undang berdasarkan Islam bagi menangani masalah yang menggugat agama ini. Golongan ini juga begitu rakus menarik bantuan kepada sekolah agama rakyat serta menuduh sebagai sarang pengganas sehingga banyak yang terpaksa ditutup, penafian biasiswa kepada pelajar dengan menukar kepada pinjaman riba yang membebankan, meruntuh masjid dan menyekat kebebasannya sedangkan dalam masa yang sama aktiviti maksiat dan hiburan melampau diberikan kebebasan yang sepenuhnya sehingga kerosakan akhlak rakyat bertambah melarat. Malah apa yang lebih malang apabila ketika berlangsungnya kempen pilihanraya baru-baru ini kita dapati adanya pihak tertentu yang menghina Islam dengan tindakan yang boleh merosakkan aqidah dengan menulis sepanduk “ Mampus Bersama Islam dan Hidup Melayu” , “ Pergi Jahannam Islam Hidup Melayu” dan seumpamanya. Inilah antara bahayanya bila berpegang kepada semangat kebangsaan yang sempit bila bangsa dianggap lebih berharga dan bernilai daripada agama sehingga golongan ini tanpa rasa bersalah sanggup menghina Islam. Kita  mesti yakin bahawa mulianya sesuatu bangsa kerana berpegang kepada Islam dan hina serta mundurnya suatu bangsa kerana membuang Islam daripada kehidupan mereka. Ingatlah kita kepada kata-kata Sayyidina Umar yang masyhur ketika beliau  berjaya membebaskan Baitul Maqdis yang berbunyi :

نَحْنُ  قَوْمٌ أَعَزَّنَا اللهُ بِاللإسْلامِ فَمَهْمَا نبَتْغَيِ العِزَّةَ بِغَيْرِمَا أَعَزَّنَا اللهُ أَذَلَّنَا اللهُ

Maksudnya : Kita adalah suatu kaum yang  dimuliakan oleh  Allah  dengan  Islam. Selama mana kita mencari kemuliaan dengan sesuatu  yang bukan  apa yang  telah dimuliakan kita dengannya  iaitu  Islam  maka kita akan dihina oleh Allah.

 

 

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Ketika menyambut Maulidurrasul ini kita sepatutnya ingat dan patuh kepada amaran keras nabi tentang bahayanya Assobiyah atau semangat kebangsaan sempit. Berjayanya Daulah Islamiah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w sehingga diteruskan oleh para Khulafa’ Rasyidin dan khalifah-khalifah Islam selepas itu sehingga menguasai dunia antaranya dengan menghapuskan semangat assobiyah yang merbahaya ini. Jatuhnya Khilafah Islamiah Turki sehingga umat Islam sampai hari ini berpecah tanpa tunduk pada suatu pemerintah antara puncanya ialah kejayaan yahudi dan Kristian membangkitkan semula semangat kebangsaan sempit sehingga orang arab terutamanya merasakan bahawa Khilafah Islamiah Turki untuk bangsa Turki bukannya untuk orang arab dan seluruh umat Islam sehingga mereka dengan semangat kebangsaan arab tanpa rasa bersalah menjatuhkan Khilafah Islamiah Turki. Sehingga hari ini kita dapat menyaksikan bagaimana kebanyakan negara-negara Arab tanpa rasa bersalah merayakan suatu perayaan yang dinamakan Hari Revolusi Arab bagi tarikh penggulingan Khilafah Islamiah Turki itu. Kita sendiri di negara ini pernah melalui suatu peristiwa berdarah 13 Mei akibat sikap perkauman yang sempit. Oleh itu kita jangan terpedaya dan tertipu dengan permainan golongan yang melaungkan semangat kebangsaan ini kerana mereka hanya mencari peluang untuk meraih simpati demi kepentingan peribadi bukannya untuk bangsa dan agama. Mereka ingin menutup penyalahgunaan kuasa, kezaliman dan penindasan terhadap rakyat, rasuah dan jenayah yang meningkat dengan laungan kebangsaan sempit. Ingatlah sebuah hadis daripada Jabir bin Mut’im

قال الرسول e  : لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ  ولَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ على عَصَبِيَّةٍ و لَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ على عَصَبِيَّةٍ

Maksudnya :Bukan daripada golongan kami sesiapa yang menyeru kepada asobiyah, bukan daripada golongan kami sesiapa yang berjuang atas dasar asobiyah dan bukan daripada golongan kami sesiapa yang mati atas dasar asobiyah

Daripada Wa’iah bin al-Asqa’ katanya :

قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ الله! مَا العَصَبِيَّةُ؟ قَالَ : أَنْ تُعِيْنَ قَوْمَكَ عَلَى الظُّلْمِ

Maksudnya :Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Apakah itu Asobiyah?. Lalu sabda baginda : Engkau menolong kaummu di atas dasar kezaliman

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Pewartaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian

Coretan Ustaz Amin

Masyarakat tersentak dengan isu pewartaan perkataan Allah dalam penerbitan Kristian.Saya dihujani dengan panggilan telifon sejurus sahaja selesai program di TV 9. Kesempatan kali ini, saya akan membicarakan topik ini. 

Saya tidak akan membahaskan dari sudut agama. Banyak pandangan yang boleh dikemukakan dari agama dari sudut pro dan kontranya isu ini. Saya juga tidak akan membicarakan dengan bahasa politik. Saya tak pandai menilai dari sudut pandang politik, lagi pun, ramai orang telah membicarakan dari kaca mata ini. 

Saya cuma ingin mengajak untuk kita melihat dari sudut sejarah dan kebiasaan manusia. 

1. Ketika orang Yahudi meminta untuk diiktiraf pembelian tanah mereka di Palestin, pada awal kurun ke 19, Sultan Abdul Hamid tidak sekali-kali memberikan pengiktirafan pada mereka. Emmanuel Carasso yang bersekongkol dengan Theodor Herzl telah cuba mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin sejak 1898 lagi. Sultan tetap bertegas.Yahudi menawarkan untuk membeli ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin dengan harga yang tinggi. Sultan tetap menolak. Yahudi menawarkan pula untuk menyewa tanah itu selama 99 tahun dengan harga yang cukup tinggi. Sultan tetap menolak. 

“Kami bukannya mahu membuat Negara di sana, kami hanya mahu Tuan yang mulia mengiktiraf tanah yang kami hendak beli” kata Emmanuel Carasso. 

“Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya”, tegas Sultan. 

Ketika Sultan Abdul Hamid digulingkan pada 1909, Yahudi paling gembira. Benarlah telahan Sultan, 

“Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya”. 

40 tahun selepas kejadian ini, Yahudi bukan sahaja mendapat pengiktirafan duduk, malahan mendapat sebuah Negara. 

2. Ketika British datang ke Negara kita, dia tidak pernah sekali-kali menyebut untuk menjajah. Sultan yang telah dijinakkan dengan sedikit pemberian selesa dengan pendekatan mereka. Akhirnya Sultan menerima Residen sebagai penasihat. Bermula sebagai penasihat, akhirnya segala keputusan pentadbiran mesti mendapat nasihat Residen.Seterusnya, kuasa Sultan dibataskan hanya pada agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.Akhirnya, kita diisytiharkan di bawah jajahan British. 

3. Kejatuhan Filipina terhadap Spanyol merupakan satu titik hitam kepada Islam di Timur Jauh. Sultan Sulaiman yang menguasai Manila (dahulu Fi Amanillah bermakan negeri di bawah keamanan Allah) syahid di dalam pertempuran dengan tentera Kristian ini. Bermula dengan Manila, pengaruh agama Kristian kemudiannya telah berleluasa ketika era penjajahan mereka ke atas bumi ini. 

Cuba lihat contoh di atas. Bermula dengan permintaan yang kecil, ia akan membawa kepada langkah seterusnya. 

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan. 

Perintah tersebut berbunyi:”Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘Solat’ adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan “Khusus Untuk Penganut Agama Kristian”. 

Ia satu keputusan yang kecil bagi sesetengah pihak tapi satu permulaan yang baik bagi sesetengah pihak. 

Semua orang ada sudut pandang yang tersendiri. Malahan ada sesetengah ahli agama yang bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah pada penerbitan Kristian ini. Saya tidak menulis dari sudut kepelbagaian pendapat. Saya hanya mengutarakan dari sudut sejarah yang pernah berlaku. 

Saya percaya seperti yang diyakini oleh Sultan Abdul Hamid. “Dunia ini mempunyai sifirnya, sejarah pasti berulang. Jika ada langkah pertama, maka akan ada langkah seterusnya “.

KDN batal warta kebenaran guna perkataan ‘Allah’

Sehari selepas kerajaan menarik balik kenaikan tol di lima lebuhraya, Kementerian Dalam Negeri pula membatalkan warta kerajaan yang membenarkan penggunaan bersyarat perkataan “Allah” dalam penerbitan agama Kristian, berkuatkuasa serta merta.

Sambil mengakui bahawa ada kesilapan dalam menggubal warta itu yang menyebabkan kekeliruan berhubung isu itu, Menterinya Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata keputusan kerajaan untuk melarang penggunaan perkataan itu dalam penerbitan majalah Herald tetap berkuatkuasa sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya.

herald the catholic weekly online 241207Baru-baru ini, kerajaan melarang terbitan Herald dalam edisi Melayu sehingga mahkamah membuat keputusan sebagai sebahagian dari syarat untuk membenarkannya terus menerbitkannya dalam Bahasa Inggeris, China dan Tamil, lapor Bernama.

“Terdapat semakan semula kehakiman dalam perkara ini dan saya serahkan kepada mahkamah untuk memutuskannya. Saya berpendapat ada kesilapan dalam warta itu. Apabila kita membuat kesilapan, saya mesti akui ia perlu diteliti secara menyeluruh.

“Tetapi oleh kerana perkara itu sudah silap…maka lebih baik kita buat pembetulan,” katanya kepada pemberita di Kota Kinabli semalam.

Syed Hamid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hari ini yang meminta kerajaan menarik balik keputusan itu kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam bukan sahaja di negara ini malahan di seluruh dunia.

Yang Dipertua YADIM Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata, kerajaan tidak bertindak secara bijak apabila membenarkan penggunaan kalimah itu oleh penerbitan Kristian kerana ia akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan boleh membawa kepada tindakan agresif.

Semalam, melaporkan Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan KDN bahawa penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Warta kerajaan yang diwartakan 16 Februari itu berbunyi: “Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan ‘Allah’, ‘Kaabah’, ‘Baitullah’ dan ‘Solat’ adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan “Khusus Untuk Penganut Agama Kristian”.