• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3








  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,721,504 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 9,897 other followers

PKPIM membantah Herald menggunakan nama Allah


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) terkejut dengan keputusan Menteri Dalam Negeri kerana meluluskan akhbar Kristian Katolik Herald menggunakan nama ‘Allah’ dalam penerbitan mereka. Walaupun dikenakan bersyarat di bawah Internal Security (Prohibition On Use of Specific Words on Document and Publication) Order 2009′, yang hanya mengkhususkan kepada penerbitan sahaja.

PKPIM telah awal menyatakan bantahan pada kenyataan media ‘5 Mei 2008/ 28 Rabi’ul Akhir 1429: PKPIM PERSOAL HAK GUNA NAMA ALLAH’, namun pihak Herald masih berdegil dan mendesak untuk menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka.

 

Isu ini bukan pertimbangan Islam tidak toleran atau tidak, tetapi isu mempertahankan hak istimewa yang telah berkurun hak nama Allah secara eksklusif untuk ummat Islam dan membendung usaha dakyah Kristianisasi. PKPIM merasakan pihak Herald tidak ikhlas dalam menerbitkan akbar rasmi agama Katolik mereka, dan semacam ada muslihat di sebalik usaha bersungguh menggunakan nama Allah.

 

PKPIM bertegas bahawa pihak Herald harus menarik balik penggunaan nama ‘Allah’ yang mereka berdegil mahukan. Gunakan istilah tersendiri yang ada dalam khazanah bahasa Melayu yang boleh merujuk kepada Tuhan mereka. Sekiranya ada istilah ‘masjid, gereja, kuil, tokong dan sebagainya’, mengapa pihak Herald berdegil mahu menggunakan nama ‘Allah’?.

 

Hujah mereka mengatakan Allah telah digunakan sejak zaman pra Jahiliah lagi, seolah tiada masalah bagi mereka. Bahkan di negara Arab, orang Kristian menggunakan ‘Allah’ merujuk Tuhan mereka. Hujah ini terlalu dangkal, kerana Islam yang datang melalui Muhammad Sallahu’alahi Wasalam telah mengisi maksud nama ‘Allah’ yang benar, iaitu Tuhan yang Esa, tiada beranak dan diperanakkan. Bahkan di Malaysia, apabila Islam datang, telah membawa nama Allah yang merujuk kepada Tuhan eksklusif ummat Islam. Nama ‘Allah’ yang mereka faham pra- Islam adalah Tuhan yang bermacam- macam; beranak, diperanakkan dan sebagainya. Islam hadir telah me- nyah (de- jahiliah) dan memasukkan maksud Allah yang benar.

 

Oleh kerana itu pihak Herald sebenarnya keliru dan ada maksud tersirat untuk berdegil menggunakan nama Allah. PKPIM sekali lagi membantah keras dan menuntut supaya Herald usah menimbulkan suasana ketidak-tenteraman dalam masyarakat.

 

 

MOHD HILMI RAMLI

Presiden

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

019- 3068241

Sekretariat PKPIM Pusat

Lot 2965, Jalan Kampung Tengah 7,
Kampung Tengah, Batu 6 1/2,

Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: