• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

98. HANCURKAN KEJAHATAN DAJJAL YAHUDI

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُفَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  52 surah al-Maidah :

فترى الذين فى قلوبهم مرض يســرعون فيهم يقولون نخشى أن تصيبنا دائرة  فعسى الله أن يأتى بالفتح أو أمر من عنده فيصبحوا على ما أسروا فى أنفسهم نــدمين

Maksudnya : Maka engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya daripaada kalangan munafik bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Kristian) lalu berkata : “ Kami takut akan ditimpa bencana”. Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan kepada rasulNya atau sesuatu keputusan dari sisiNya. Oleh kerana itu mereka dari kalangan munafik menjadi sesal terhadap apa yang mereka rahsiakan dalam diri mereka.

            Kita kini mula memasuki awal bulan Sofar dengan meninggalkan bulan Muharram yang banyak mencatat sejarah penting kepada umat Islam antaranya peristiwa penghalauan yahudi di Khaibar yang telah berlaku pada penghujung bulan Muharram tahun 7 Hijrah.  Rasulullah s.a.w telah bertindak tegas kepada kaum yahudi Khaibar yang merupakan kubu terakhir yahudi di Semenanjung Arab setelah diambil kira beberapa alasan yang munasabah antaranya kerana pengkhianatan yahudi dalam usaha menjatuhkan Daulah Islamiah Madinah walau pun telah diberikan layanan yang baik oleh umat Islam serta penglibatan mereka dalam peperangan Ahzab menentang Islam. Sebelum memasuki kubu musuh di Khaibar lalu Rasulullah s.a.w yang datang bersama dengan 1600 tentera Islam bagi berhadapan dengan 10 ribu yahudi Khaibar setelah menolak golongan munafik daripada turut serta dalam serangan ini telah berdoa :

اللّهُمَّ  رَبَّ السَّمـَـوَاتِ السَّبـْعِ وَمَـا أَظْلَلْنَ  وَرَبَّ الأرْضِيْن وَمَـا أَقْلَلْنَ  وَرَبَّ الشَّيـَاطِيْن  وَمَـا أَضْلَلْنَ فَإِنَّا نَسْْأَلُكَ خَيْرَ  هذِهِ القَرْيَة وَ خَيْرَ أَهْلِهَا وَ خَيْرَ مَـا فِيْهَا وَنـَـعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ هذِهِ القَرْيَة وَ شَرِّ أَهْلِهَا وَ شَرِّ مَـا فِيْهَا

Maksudnya : Wahai Tuhanku yang memiliki langit dan apa yang berada di bawah naungannya, Tuhan yang memiliki bumi dan apa-apa yang berada di atasnya, Tuhan yang memiliki syaitan dan apa yang menyesatkan. Sesungguhnya kami bermohon kepadamu kebaikan negeri ini, kebaikan penduduknya dan kebaikan apa-apa yang ada padanya. Kami juga berlindung denganMu daripada kejahatan negeri ini, kejahatan penduduknya dan kejahatan apa-apa yang ada padanya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “ Teruskan perjalanan kamu Bismillah!”

            Akhirnya tentera Islam berjaya menawan semua kubu yahudi Khaibar setelah ada dikalangan yahudi yang terbunuh dan kebanyakan mereka keluar meninggalkan Khaibar. Peperangan ini menyaksikan 15 tentera Islam gugur syahid dan 93 yahudi terbunuh.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Peristiwa ini telah membongkarkan lagi bagaimana kedegilan dan kejahatan yahudi walau pun telah diberi layanan yang istimewa oleh Daulah Islam namun mereka terus memusuhi Islam yang telah meranapkan sistem riba yahudi yang sebelum ini berjaya menguasai ekonomi Madinah dengan berpecahnya bangsa arab. Dunia Islam dan dunia barat tidak pernah lupa tentang kejahatan Yahudi yang telah menghancurkan negara-negara umat Islam dan Eropah akibat tamakkan takhta dan harta. Banyak negara di Eropah pernah bertindak menghalau yahudi keluar daripada negara mereka bermula daripada kerajaan Inggeris malah yahudi begitu berdendam kepada Jerman yang didakwa bukan sahaja menghalau yahudi keluar dari negara itu malah pemimpin Jerman pada masa itu bertindak membakar kebanyakan mereka. Namun begitu yahudi dengan tindakan yang licik telah berjaya kembali ke negara Eropah setelah berlakunya pemberontakan dan peperangan yang didalangi oleh yahudi. Yahudi bertanggungjawab dalam meletuskan Revolusi Inggeris, Perancis, Amerika, Russia dan peperangan saudara di Sepanyol. Yahudi telah bertindak cepat dengan menawarkan pinjaman kepada pihak yang terbabit dengan pemberontakan dan peperangan di mana bukan sahaja pihak yang menang terpaksa menanggung hutang malah pihak yang kalah dan digulingkan turut dibebankan dengan hutang. Apabila berjaya menguasai hampir keseluruhan negara Eropah yang pernah bertindak menghalau yahudi sebelum ini maka yahudi mula mengatur langkah dalam memastikan semua negara yang berhutang dengannya sentiasa mengikuti arahan mereka serta menjaga kepentingan yahudi. Contohnya Britain sendiri terpaksa berusaha dalam menyerahkan bumi Palestin kepada yahudi sebagai penempatan yang diidam-idamkan selama ini setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniah Turki juga akibat perancangan jahat yahudi.       

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

             Serangan terhadap Iraq yang kini memasuki hari yang ke-16 turut menyaksikan bagaimana yahudi sebagai dajjal pembunuh yang dahagakan darah manusia berjaya menghasut Syaitan Amerika dan Britain serta beberapa sekutu penceroboh untuk melakukan serangan yang bacul dan tidak bertamadun itu. Dunia hanya mampu menjadi pemerhati kepada pembunuhan yang kejam dan tidak berperi kemanusiaan setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berjaya dimandulkan peranannya. Lebih 10 ribu peluru berpandu termasuk bom berangkai menghujani bumi Iraq sehingga hari ini di mana pihak penceroboh sentiasa mempertahankan tindakan mereka yang dikatakan sentiasa tepat. Mungkin hanya ratusan peluru berpandu yang tepat ke sasaran sedangkan ribuan bom yang lain terus meratah dan membaham rakyat Iraq yang tidak bersalah sehingga ada kanak-kanak yang terburai otaknya, ada perempuan yang penggal kepalanya, ada orang tua yang  berkecai tubuhnya dibaham bom penceroboh. Jumlah orang awam yang terbunuh terus meningkat melebihi 600 orang dan yang tercedera melebihi 6000 orang. Kini masjid turut dijadikan sasaran atas alasan menjadi tempat tersimpan senjata Iraq dan persembunyian tentera Iraq. Kita buat sekian kalinya terus mendesak agar tentera penceroboh ini segera keluar dari bumi Iraq. Jangan cuba tunjuk baik dengan menghulurkan bantuan kemanusiaan dengan sebelah tangan sedangkan sebelah tangan lagi bersiap untuk menyembelih rakyat Iraq. Kita tahu bahawa Amerika dan tentera penceroboh yang lain tidak akan berundur walau pun terpaksa menambah anggota tambahan dan sumber kewangan kerana peperangan di Iraq yang diletuskan hasil hasutan dajjal yahudi tidak akan terhenti sehingga Iraq benar-benar kalah dan ranap. Peperangan d Iraq dari segi hakikatnya akan melihat dua keadaan yang berbeza daripada keputusan perang nanti terhadap umat Islam dan yahudi khususnya. Jika Islam menang di Iraq insya Allah maka yahudi akan lebih cepat dapat dikuburkan di Israel. Jika Islam tewas di Iraq maka bukan sahaja satu lagi negara umat Islam akan dijajah dengan penjajahan baru kuffar malah penempatan yahudi akan berkembang bukan setakat di Israel malah yahudi akan meluaskan negara Israel Raya sebagaimana dicita-citakan iaitu memanjang dari Syria hingga ke Iraq dan Mesir. Inilah dia antara dendam yahudi yang tidak pernah padam dalam memerangi Islam dan umatnya sehingga hari qiamat.

Ingatlah firman Allah dalam sebahagian ayat 64 surah al-Maidah :

….. وألقينا بينهم العدوة والبغضاء إلى يوم القيـــمة  كلما أوقدوا نارا للحرب أطفأها الله ويسعون فى الأرض فسادا والله  لايحب  المفسدين

Maksudnya : ……. Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian di antara mereka sehingga hari qiamat. Setiap kali mereka menyalakan api peperangan di mana Allah telah memadamkannya dan mereka melakukan kerosakan di muka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Peperangan di Iraq bukanlah bermatlamat utama untuk mengaut minyak yang ada di sana tetapi keuntungan hasil minyak merupakan hanya janji dajjal yahudi kepada Syaitan Amerika dan Britain serta penceroboh yang lain sedangkan matlamat yang utama ialah menghancurkan kekuatan Islam yang terus menjadi penghalang kepada yahudi untuk membina negara Israel Raya bagi menjamin kuasa yahudi dalam memerintah dunia. Yahudi tidak mahu bangsanya lebih ramai yang mati lalu menjadikan tentera penceroboh yang kebanyakannya beragama Kristian sebagai benteng dalam menjayakan cita-cita mereka. Kuasa Kristian bukan sahaja telah dibeli malah pemimpin yang ingin kekal memimpin terutama di Amerika mestilah mendapat sokongan daripada yahudi. Yahudi sebelum ini terlalu bimbang apabila kejahatan mereka di Palestin sentiasa diberi perhatian utama oleh masyarakat dunia disebabkan dunia mula bencikan peperangan dan berusaha mencari kedamaian. Jika dunia tidak mempunyai peperangan maka yahudi tidak mampu lagi meneruskan keganasan untuk menguasai dunia maka yahudi dengan perancangan yang rapi telah melakukan serangan 11 September terhadap 2 bangunan utama di Amerika yang dijadikan alasan kepada dunia untuk menghalalkan keganasan dan pembunuhan terutama terhadap umat Islam. Serangan itu juga berjaya melahirkan manusia yang gila kepada pembunuhan lalu ditambah dengan janji manis yahudi untuk memberi mereka kemewahan dan kuasa yang menyebabkan manusia ganas yang dihasut ini tanpa segan silu melakukan apa sahaja mengikut perancangan yahudi. Jika Iraq diserang semata-mata mahu mewujudkan kestabilan negara di Asia Barat maka negara pertama yang sepatutnya diserang ialah Israel yang terus melakukan pembunuhan di Palestin bukannya Iraq.

            Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar memberi pertolongan kepada umat Islam dan mujahidin di Iraq. Semoga Allah menetapkan mereka dalam iman dan perjuangan suci untuk mempertahankan agama Islam dan tanahair tercinta. Semoga Allah mengalahkan tentera penceroboh bermula di Iraq sehingga cita-cita umat Islam untuk menguburkan yahudi di Palestin semakin hampir dan nyata.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Apa bezanya Serban Singh Dengan Serban Anak Pondok?

serban1

Oleh Mohd Sayuti Omar


KEMARIN seorang anak pondok Pasir Tumbuh di Kelantan, Ahmad Nasir Darus 28 tahun telah dijatuhi hukum denda sebanyak RM90 atau penjara dua hari oleh Majistret Kota Bahru kerana kesalahaan tidak memakai topi keledar semasa menunggang motisikal tahun lalu.
Hukuman itu dijatuhi oleh Majistret, Tengku Amalin A’Ishah Puteri Sultan Ismail.

 

 

Ahmad Nasir tidak membayar denda berkenaan sebaliknya memilih untuk dipenjara. Alasan beliau ialah kerana ingin menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w. Dalam ‘kepercayaan’nya serban itu ialah pakaian Rasulullah dan tidak menjadi kesalahan malah wajib baginya mempertahankan pakaian berkenaan.

 
Sekali pandang hukuman ke atas Ahmad Nasir itu seperti zalim dan tidak menghormati sunnah Rasulullah seperti mana diyakini oleh anak pondok berkenaan. Ia juga menggambarkan Majistret itu lurus dan menjatuhkan hukuman berdasarkan peruntukkan undang-undang yang ada tanpa langsung menggunakan budibicaranya sebagai seorang Islam. Mungkin itulah tanggapan ringkas.
Tetapi apa yang perlu disedari, Majistret atau hakim akan membuat keputusan berdasarkan fakta dan menggunakan perundangan yang ada. Kebenaran hakikat bagi mereka bukan perhitungan. Mereka tidak dapat melencong jauh dari itu. Soal budibicara, sentimen tidak merupakan keutamaan dalam membuat sesutau keputusan.

Jadi Majistret bukan bersalah dalam hal ini kerana beliau menuruti dan mematuhi undang-undang yang tersedia.

Manakala dari pihak Ahmad Nasir menerima hukuman itu sebagai satu penganiayaan dan keputusan yang tidak menghormati sunnah yang diyakininya itu. Sebagai seorang muslim beliau berhak mempertahankan pakaian Rasulullah atas kepercayaan sesiapa mempertahankan pakaian Rasulullah ia akan mendapat rahmat dan keberkatan.

Sebab itulah Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan para ustaz, alim ulama mempertahankan pakaian serban dan sering mengenakan jubah dalam kehidupan seharian mereka.

Apakah kita boleh mengatakan kata-kata (keyakinan) Ahmad Nasir itu karut? Bahawa serban itu tidak ada kena mengena dengan Rasulullah? Kalau Ahmad Nasir karut maka karut dan kurafatlah sekalian orang yang pakai serba dan jubah atas alasan kerana mempertahankan sunnah Rasulullah?

Di sini apa yang menjadi masalah kerana undang-undang yang digunakan pakai dalam mahkamah jahil terhadap apa itu sunnah? Mungkin juga undang-undang kita tidak memandang dan melihat ada apa-apa nilai pun ke atas pakaian berkenaan. Dalam kata-kata lain sunnah bukan sesuatu yang perlu dipertahankan. Sebaliknya mahkamah kita lebih menghormati turban (serban Singh) daripada serban anak pondok.

Dalam kes Ahmad Nasir tadi Majistret memberi alasan dia tidak menemui apakah ciri-ciri menandakan Ahmad Nasir sebagai lebai. Pihak pembelaan mungkin gagal mengemukakan bukti menunjukkan Ahmad Nasir seorang lebai. Sebab kalau Ahmad Nasir lebai dia dikecualikan daripada mengenakan pakaian serban. Begitulah peraturan dan penilaian perundangan kita.

Jika hendak dikira soal lebai ini pun subjektif. Tidak ada tanda-tanda khusus kepada seseorang yang boleh dikatakan lebai. Dalam istilah lebai itu ia berasal daripada perkataan ‘la’baik’ iaini baik atau mulia. Di sini boleh difahamkan lebai itu orang yang baik dan mulia. Baik kerana dia mengamal hukum Allah dan menuruti ajaran Rasulullah. Dan orang yang begitu ia dianggap mulia.

 

Jadi kerana polis yang menyaman Ahmad Nasir itu tidak nampak tanda yang beliau baik atau mulia maka beliau tidak kdianggap lebai. Kalau Ahmad Nasir dilihat lebai pasti dia tidak akan disaman dan dibawa ke mahkamah sehingga Majastret membuat penghukuman Ahmad Nasir tidak seorang lebai maka beliau tertakluk dengan undang-undang yang sedia ada itu.

Soalnya di sini apakah setiap warganegara singh negara ini yang mengenakan terbannya itu adalah orang yang secara automatik lebai ataupun ada istilah lain untuk singh maka mereka tidak berani disaman oleh polis?

Kes serban: Pelajar pondok pilih penjara daripada bayar denda

Oleh Salmah Mat Husain

Seorang pelajar pondok sanggup memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disab it bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.


Sedangkan ketika ditahan polis beliau memakai serban.

Ahmad Nasir Darus, 27 memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A’Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari

 

Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara.

Keputusan itu dibuat majistret setelah meneliti keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan serta hujahan bertulis yang dikemukakan.

Mahkamah mendapati pihak pembela gagal membuktikan keraguan yang munasabah dan tiada keterangan saksi-saksi lain yang dapat mengesahkan Ahmad Nasir seorang lebai.


Bagaimanapun pelajar pondok itu yang diwakili peguam Ahmad Rizal Effande Zainol memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut bagi membolehkan rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.


Namun mahkamah menolak permohonan peguam dan mengekalkan keputusan asal. Pendakwaan kes tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat.


Ahmad Rizal ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu beliau menyerahkan kepada anak guamnya untuk memilih sama ada ingin membayar denda atau sebaliknya.


Katanya, anak guamnya merasakan dirinya tidak bersalah kerana ia hanya mempertahankan sunah Rasulullah saw dengan memakai serban.

Oleh itu beliau akan memfailkan permohonan rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat.


“Saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi bagi dijadikan bahan akademik dan rujukan kerana terdapat kekaburan pada istilah ‘lebai’ dalam peruntukan undang-undang,” katanya.


Perkarangan mahkamah dipenuhi hampir 100 rakan Ahmad Nasir yang datang untuk memberikan sokongan moral.


Pada 20 September dua tahun lalu Ahmad Nasir disaman di Jalan Pasir Tumboh atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban.


Beliau disaman kerana melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Kaedah 4 Motosikal (topi keledar keselamatan) 1973 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama.


Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007 beliau membuat pengakuan tidak bersalah serta mohon dibicarakan. – mj _

Sumber:harakahdaily

Solat Hajat Pertahan Serban

Kota Bharu 19 Januari – Semua pondok dan para pencinta Islam diseru untuk mengadakan solat hajat selepas Zohor nanti bagi memohon pertolongan daripada Allah dalam menyelesaikan masalah pemakaian serban ketika menunggang motosikal supaya dapat diselesaikan dengan sebaiknya dan menguntungkan umat Islam

Kes ini sebenarnya telah pun diputuskan keputusannya kira-kira jam 10 pagi tadi di mana yang tertuduh yang juga pelajar Pondok Pasir Tumboh didapati salah dengan alasan tiada dokumen yang menyokongnya berstatus lebai. Hukuman dikenakan samada denda RM 90 atau penjara 2 hari.

Setelah pelajar tersebut memilih untuk dipenjarakan menyebabkan hakim menangguh perbicaraan pada 2.30 petang ini di Mahkamah Majistret, Kota Bharu. Oleh itu diseru seluruh pondok dan umat Islam supaya dapat mengadakan solat hajat bagi menyelesaikan kes ini dengan baik dan menguntungkan umat Islam