• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

Kekurangan Khutbah Terbaru

Hampir 2 bulan khutbah terbaru tidak dapat dikeluarkan disebabkan beberapa masalah antaranya akibat keuzuran penulis sepanjang bulan Syawal lalu. Manakala pada bulan Zulkaedah pula penulis terlalu sibuk dengan promosi program musim cuti sekolah disamping berada di Indonesia selama 2 minggu kerana menziarahi beberapa buah pusat pengajian dan tempat beesejarah di sana

Insya Allah khutbah terbaru akan kembali menghiasi blog ini untuk tatapan para pembaca budiman mulai minggu depan disamping khutbah eidil adha 1429H. Doakan semoga Allah terus memberikan kekuatan dengan idea yang bernas dalam menghasilkan khutbah yang terbaik dalam mengembangkan dakwah Islam.

10. BAHAYA SEKULARISME

 

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Renungilah firman Allah dalam ayat 85 surah Ali- Imran  :

ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو فى الأخرة من الخـــسرين

Maksudnya : Dan sesiapa yang memilih agama lain daripada Islam sebagai agama maka tidak akan diterima dan dia pada hari akhirat nanti termasuk dalam golongan mereka yang rugi

            Pada hari ini kita dapat lihat bagaimana kebanyakan negara umat Islam ditadbir dan diperintah dengan menggunakan sistem yang berlainan dengan apa yang disuruh oleh Allah. Kebanyakan pemimpin negara Islam yang menjadikan sistem sekularisme iaitu pemisahan antara agama dan politik sebagai tunjang dalam pemerintahan mereka. Mereka mewarisi sistem yang ditinggalkan oleh  penjajah sehingga umat Islam hari demi hari semakin jauh daripada agama mereka bukannya semakin tunduk dan patuh kepada Allah dan rasulNya.. Umat Islam semakin lemah iman mereka kerana  mereka diajar untuk mengejar kemewahan dunia yang sementara sehingga mereka semakin lupa kepada hari akhirat. Nafsu menjadi tuhan dan ikutan sedangkan al-Quran dan as-Sunnah hanya dibaca dan didengar sahaja tanpa berusaha untuk mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang oleh Allah dan rasulNya. Malah ada juga pemimpin umat Islam yang berani menghina sunnah Rasulullah s.a.w dan juga menghina keadilan serta kesaksamaan hukum dan perundangan Islam. Bagi mereka penghinaan ini sebagai suatu perkara biasa sedangkan dalam tidak sedar ia telah merosakkan aqidah mereka. Artis dipuja manakala para ulama’ dicerca dan dihina malah dilarang daripada memberitahu kepada umat Islam tentang keadaan Islam yang sebenar. Perbuatan mereka ini dicontohi dan diikuti oleh rakyat yang  jahil dan dijahilkan. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w  : الناس على دين ملوكهم  yang bermaksud : Sesungguhnya rakyat itu mengikut agama pemimpin mereka.

Islam didakwa oleh pemimpin yang jahil ini sebagai sesuatu yang menyekat pembangunan dan juga pencetus huru-hara dalam masyarakat terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum. Dakwaan mereka ini bercanggah sama sekali dengan firman Allah dalam ayat 48 surah al-Maidah :

وأنزلنا إليك الكتب بالحق مصدقا لما بين يديه من الكتب ومهيمنا عليه  فاحكم بينهم بما أنزل الله ولا تتبع أهواءهم عما جاءك من الحق لكل جعلنا منكم شرعة ومنهاجا  ولو شاء الله لجعلكم أمة وحدة ولكن ليبلوكم فى ما ءاتئكم  فاستبقوا الخيرات إلى الله مرجعكم جميعا فينبئكم بما كنتم فيه تختلفون

Maksudnya : Dan Kami turunkan kepadamu  wahai  Muhammad kitab yakni al-Quran dengan membawa kebenaran untuk membenarkan kitab-kitab suci yang telah ada dihadapannya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum diantara mereka iaitu ahli kitab itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Dan janganlah engkau mengikut hawa nafsu mereka dengan menyeleweng daripada apa yang telah datang kepadamu daripada kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada diantara kamu , Kami tetapkan suatu syariat dan jalan agama yang wajib diikuti oleh masing-masing. Dan sekiranya Allah mahu nescaya Dia  menjadikan kamu hanya satu umat yang bersatu dalam satu agama. Tetapi Dia mahu menguji kamu dalam menjalankan apa yang  telah  disampaikan kepada kamu. Oleh kerana itu, berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya.

Maka Dia akan memberitahu kepada  kamu apa yang kamu berselisih faham padanya. Jika kita kaji sejarah Islam bermula pada zaman Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin negara Madinah Munawwarah kita tidak pernah pernah bertemu pembunuhan yang tidak berasas terhadap orang bukan Islam terutama yahudi. Begitu juga ketika pembukaan kota Mekah di mana hanya beberapa orang kafir sahaja yang dihukum bunuh kerana kesalahan yang besar bukannya kerana perasaan marah semata-mata. Begitulah juga apa yang berlaku kepada khalifah selepas baginda. Begitulah juga berlakunya ketika Kesultanan Melayu Melaka dan kesultanan melayu yang lain apabila mereka menjadikan Islam sebagai cara hidup dan sebagai perundangan dalam pemerintahan mereka. Kita tidak pernah  terbaca sultan-sultan pada masa itu membunuh orang bukan Islam sewenang-wenangnya kecuali beberapa orang sultan diakhir kegemilangan kerajaan itu kerana mereka meninggalkan Islam.

Dari segi pembangunan mateial atau yang zahir pula kita dapat lihat bagaimana Islam mampu membinan tamadun yang boleh dilihat sehingga sekarang terutama di Baghdad dan Sepanyol. Pembinaan tamadun ini dibina ketika dunia eropah masih lagi berada dalam kemunduran dan kegelapan kezaliman.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah!

Umat Islam sekarang ini sebagaimana yang dibaratkan oleh  Rasulullah s.a.w iaitu banyak sebagaimana buih dilaut tetapi tidak mempunyai kekuatan dan kemuliaan kerana mereka tidak berpegang teguh kepada Islam. Oleh itu marilah kita sama-sama bersatu terutama dalam menuju alaf baru dengan usaha yang bersungguh dalam memartabatkan semula kehebatan Islam dan keadilan perundangannya dengan meroboh dan menghancurkan kezaliman dan kesesatan sistem yang dijalankan pada hari ini. Ingatlah kepada kata-kata Sayyidina Umar yang masyhur ketika beliau  berjaya membebaskan Baitul Maqdis yang berbunyi :

نَحْنُ  قَوْمٌ أَعَزَّنَا اللهُ بِاللإسْلامِ فَمَهْمَا نبَتْغَيِ العِزَّةَ بِغَيْرِمَا أَعَزَّنَا اللهُ أَذَلَّنَا اللهُ

Maksudnya : Kita adalah suatu kaum yang  dimuliakan oleh  Allah  dengan  Islam. Selama mana kita mencari kemuliaan dengan sesuatu  yang bukan  apa yang  telah dimuliakan kita dengannya  iaitu  Islam  maka kita akan dihina oleh Allah.

 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

42. ISLAM DISANGGAH MASALAH BERTAMBAH

 

 

            السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

فرمان الله تعالى دالم أية    2    سورة النور  :

الزانية والزاني فاجلدوا كل وحد منهما مائة جلدة ولاتأخذكم بهما رأفة فى دين الله إن كنتم تؤمنون بالله واليوم الآخر وليشهد عذابهما طائفة من المؤمنين

Maksudnya : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka sebatlah setiap seorang daripada keduanya seratus kali rotan dan janganlah perasaan belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk menjalankan perintah agama Allah jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan hendaklah pelaksanaan hukuman terhadap mereka disaksikan oleh sekumpulan daripada orang-orang yang beriman.

            Manusia dijadikan sebagai sebaik-baik kejadian oleh Allah sesuai dengan jawatan yang dipertanggungjawabkan ke atas bahu mereka iaitu sebagai khalifah yang menguruskan urusan kehidupan dunia di muka bumi ini. Manusia dianugerahkan akal dan nafsu berbeza dengan malaikat yang hanya diberikan akal dan juga haiwan yang hanya diberikan nafsu. Manusia jika mampu menunaikan amanah Allah dengan baik dengan bijak menggunakan akal dan nafsu bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh Allah melalui neraca wahyu maka dia mampu mencapai kedudukan yang lebih mulia daripada malaikat tetapi jika kehidupan manusia itu hanya ditunjangi oleh hawa nafsu dengan mengenepikan penggunaan akal yang diterangi suluhan wahyu maka dia akan menjadi makhluk yang hina lebih hina daripada binatang berkaki empat.

            Setelah dikejutkan dengan budaya pembunuhan samada melibatkan satu keluarga atau orang lain maka negara kita terus hantui dengan penyakit sosial yang tidak pernah kunjung padam tetapi sebaliknya semakin bertambah. Penyakit sosial ini semakin bertambah dengan bertambahnya serangan terhadap kesucian agama Islam terutama perundangan Islam yang didakwa sebagai undang-undang yang ketinggalan zaman dan zalim. Dalam beberapa minggu ini sahaja rakyat dalam negara ini diperlihatkan tentang kadar sumbang mahram yang semakin meningkat sehingga hukuman baru diperkenalkan yang dipandang oleh pencipta kepada perundangan yang berasaskan akal manusia yang lemah sebagai cara terbaik untuk menangani masalah sumbang mahram ini. Tetapi kita umat Islam yang berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar terus melihat bahawa semua perundangan yang berasaskan akal manusia adalah lemah dan zalim berbanding dengan hukuman Allah yang adil lagi saksama yang mampu menangani masalah yang berlaku dengan baik demi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Sumbang mahram boleh berlaku akibat pengabaian terhadap batas pergaulan dan pemakaian sebagaimana yang telah digariskan oleh syarak. Tetapi apa yang paling penting selain pengaruh dalaman iaitu nafsu dan kurangnya didikan agama maka pengaruh luaran yang memberi rangsangan kepada nafsu itu juga adalah besar pengaruhnya  ke arah berlakunya sumbang mahram. Pengaruh luaran seperti kegagalan kerajaan dalam menutup kelab malam, pusat hiburan serta pesta maksiat disamping pengaruh video dan majalah lucah serta rancangan tv yang lebih banyak merosakkan pemikiran rakyat daripada membina kemanusiaan dalam diri mereka. Sepatutnya dalam sebuah negara yang di dakwa sebagai negara Islam maka kerajaan mesti lebih serius dalam membina manusia bukannya terus membiarkan rakyat dihidangkan dengan hiburan yang melalaikan sehingga mereka lupa kepada tanggungjawab mereka sebagai insan yang mempunyai bebanan amanah agama yang mesti ditunaikan. Kita sebagai umat Islam yang mempunyai pedoman yang berharga mestilah menggunakan al-Quran dan Hadis nabi dalam membina tamadun yang tinggi berasaskan ruhani dan material secara serentak sehingga memungkinkan kita menjadi masyarakat yang diredhai oleh Allah di dunia dan akhirat. Kita jangan terpengaruh dengan dakyah sesat barat yang tidak tahu hala tuju mereka kerana hilangnya pedoman agama daripada diri. Masyarakat barat hanya tahu mencari hiburan yang tidak ada had sempadannya sehingga kehidupan mereka menjadi sebagaimana kehidupan binatang yang hanya tahu bekerja untuk makan dan berhibur untuk menenangkan fikiran yang kusut sedangkan tanggungjawab mereka yang sebenar terus terabai. Sebab itulah ramai penulis barat sendiri memandangkan bahawa tamadun barat hanya mampu melahirkan masyarakat babi yang hanya tahu bekerja dan makan kemudiannya berhibur tanpa ada arah tuju hidup yang sebenar.

            Oleh itu kita sebagai umat Islam yang sedar tentang tanggungjawab kita sebagai hamba Allah maka kita mesti yakin hanya dengan sistem Islam sahaja maka segala masalah sosial yang berlaku termasuk sumbang mahram dapat diselesaikan. Hukuman ciptaan manusia walau pun seberat mana pun tindakannya maka ia tidak lebih daripada melepaskan kemarahan kepada pesalah sedangkan ia tidak mempunyai ruh agama yang mampu menginsafkan manusia serta mengingatkan pelaku dan orang lain kepada hari akhirat.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Selain menghadapi masalah keruntuhan akhlak dalam negara maka masih banyak lagi masalah yang menimpa negara umat Islam yang lain terutama di negara yang diuji dengan peperangan. Pengganas kuffar kini menyatukan hala tuju senjata mereka iaitu ke arah umat Islam yang dianggap lemah dan hina. Tiada lagi erti belas kasihan dan tiada lagi makna peri kemanusiaan tetapi apa yang ada dalam pemikiran pengganas kuffar ialah umat Islam mesti dihancurkan demi membolehkan kuffar terutama yahudi terus merajai dunia. Islamlah suatu kuasa yang paling merbahaya setelah tumbangnya blok komunis sebelum ini. Bila direnung tentang sebab yang membawa kepada penghinaan dan penindasan terhadap umat Islam silih berganti maka kita dapati bagaimana sikap umat Islam sendiri yang tidak mahu bersatu di bawah panji Islam dan lebih mementingkan diri sendiri telah memberi saham yang lebih besar kepada pengganas kuffar untuk terus menghisap darah dan meratah tubuh umat Islam. Dasar pecah perintah yang telah dilaksanakan oleh musuh Islam semasa penjajahan ke atas negara-negara umat Islam telah memberi kesan yang besar sehingga pengganas kuffar tanpa rasa takut terus mengganas di bumi umat Islam kerana mereka tahu bahawa umat Islam dari negara lain hanya mampu melihat dan bersuara sedangkan bantuan ketenteraan tidak akan disalurkan kerana kepentingan hampir keseluruhan negara umat Islam kini dipegang oleh kuffar terutama yahudi melalui ekonomi.

 

Sidang Jumaat yang dihormati,

            Kita umat Islam sepatutnya mengambil iktibar daripada perjuangan Rasulullah s.a.w terutama dalam menghalau yahudi Khaibar daripada kubu yang paling kuat di Madinah pada penghujung bulan Muharram tahun ketujuh Hijrah sehingga yahudi terpaksa keluar dalam keadaan sehelai sepinggang meninggalkan harta dan tanahair mereka akibat daripada kejahatan mereka. Kita turut memberi sokongan penuh kepada para mujahidin yang terus melawan kekuatan kuffar yang diketuai oleh Amerika di Afghanistan serta mendoakan agar Allah mendatangkan pertolongan dan kemenangan yang cepat.  Begitu juga dengan para mujahidin yang terus menghadapi musuh Islam di Kashmir, India, Selatan Filiphina serta lainnya. Kita turut memberi sokongan terhadap pejuang berani mati dan mujahidin yang berusaha mempertahankan bumi Palestin daripada yahudi laknatullah. Kita akan menghalau yahudi sebagaimana golongan pengganas ini dihalau oleh Rasulullah s.a.w daripada bumi Madinah. Biar darah membasahi bumi tetapi maruah umat Islam dipertahankan. Biar nyawa menjadi ganti tetapi untuk menyerah tanahair milik umat Islam kepada yahudi tidak sama sekali.

 خيبر خيبر يا يهود جيش محمد سوف يعود  : Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali.

Firman Allah dalam ayat 55 surah at-Nuur :

وعد الله الذين ءامنوا منكم وعملوا الصــلحــت ليستخلفنهم فى الأرض كما استخلف الذين من قبلهم وليمكنن لهم دينهم الذي ارتضى لهم وليبدلنهم من بعد خوفهم أمنا  يعبدونني لايشركون بي شيئا  ومن كفر بعد ذلك فأولــئك هم الفــسقون

Maksudnya : Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amalan soleh bahawa Dia benar-benar akan melantik mereka sebagai pemimpin di muka bumi ini, sebagaimana Dia telah melantik orang-orang sebelum mereka. Dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka dan Dia benar-benar menukar keadaan mereka sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada menyekutukanKu dengan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan sesiapa yang tetap kafir sesudah janji itu maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

Kem Kecemerlangan Peribadi Muslim

Tarikh : 22 November hingga 4 Disember 2004

Tempat : Pondok Beta Hilir, Kota Bharu, Kelantan

Peserta : Peringkat rendah dan menengah (had 100 orang sahaja)

Yuran : RM 150 sahaja (bahan kursus, penempatan dan makan minum)

Pengisian :

1. Fardhu ‘ain

2. Kelas al-Quran

3. Motivasi

4. Riadhah

5. Ujibakat peserta

 

Berminat boleh hubungi : Ustaz Nazri 019-9060874

51. MENYANGGAH FAHAMAN KEBENDAAN

 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam  ayat 8-9  surah al-Mulk :

تكاد تميز من الغيظ كلما ألقي فيها فوج سألهم خزنتها ألم يأتكم نذير  قالوا بلى قد جآءنا نذير فكذبنا وقلنا مانزل الله من شيء إن أنتم إلا فى ضلــل كبير

Maksudnya : Hampir-hampir neraka itu pecah kerana terlalu marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan orang kafir lalu penjaga neraka bertanya kepada mereka : “ Adakah belum pernah datang kepadamu di dunia seorang yang memberi peringatan”. Mereka menjawab : “ Benar memang ada di mana telah datang kepada kami seorang yang memberi peringatan tetapi kami telah mendustakannya”.  Dan kami katakan : “ Allah tidak pernah menurunkan sesuatu pun”. Kamu tidak lain hanyalah mereka yang berada dalam sebesar-besar kesesatan.

            Allah menjadikan makhluk termasuk umat manusia yang merupakan sebaik-baik kejadian disamping dilantik pula sebagai khalifah untuk mentadbir muka bumi ini berdasarkan sistem yang telah ditetapkan oleh Allah. Setiap kejadian mempunyai hikmatnya yang tersendiri di mana Allah Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana bukanlah menjadikan alam ini sia-sia dan ia tidak ditinggalkan tanpa perancangan yang tersusun dan teratur. Keadilan dan kebijaksanaan Allah lebih jelas apabila diutuskan bagi setiap kaum pada setiap zaman seorang nabi dan rasul untuk memberi peringatan agar kehidupan manusia sentiasa berpedoman dan disuluhi dengan cahaya wahyu bukannya umat manusia dibiarkan teraba-raba mencari sistem hidup berdasarkan akal semata-mata tanpa mendapat petunjuk daripada Allah. Setelah menyedari hakikat ini maka sepatutnya kita umat Islam sentiasa berusaha di dalam meningkatkan usaha dalam mengajak umat manusia terutama yang jahil dan yang belum memeluk memeluk Islam untuk mengenali Islam secara lebih mendalam. Keindahan Islam terbukti bukan sahaja melalui ibadat khusus seperti sembahyang, puasa, haji tetapi turut lebih jelas keadilan dan kesempurnaan ajarannya melalui sistem ekonomi, sistem perundangan, sistem kemasyarakatan dan lain-lain yang lengkap yang tiada dalam agama lain. Kegagalan dalam menarik lebih ramai umat bukan Islam untuk memeluk Islam terutama di negara kita ini antaranya disebabkan dakwah yang tidak menyeluruh di mana kita hanya tertumpu kepada ibadat khusus sahaja yang menyebabkan orang Budha dan Hindu serta Kristian mampu melawan dakwah Islam dengan menyatakan bahawa dalam agama mereka pun ada sembahyang, ada puasa tetapi cuma caranya sahaja yang berbeza. Jika dakwah Islam yang ditunjukkan kepada orang bukan Islam adalah dakwah kepada ajaran Islam yang menyeluruh maka insya Allah dakwah Islam akan berjaya dan negara kita akan membangun bersama Islam dengan lebih mudah.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

            Kegagalan usaha dakwah Islam dalam negara ini banyak terletak kepada kegagalan pemimpin dalam memberi penerangan dan melaksanakan seluruh sistem Islam dalam negara. Setelah 45 tahun menyambut kemerdekaan negara namun jurang antara agama masih tinggi terutama berlakunya pula jenayah murtad beramai-ramai oleh orang Islam. Media massa terutama tv, radio, akhbar lebih banyak memburukkan imej Islam daripada menerangkan secara lebih jelas tentang keadilan dan kesempurnaan Islam berpunca daripada arahan pemimpin negara sendiri yang begitu takut kepada kebangkitan Islam yang sepastinya akan menggugatkan kedudukan dan mengganggu periuk nasi mereka. Jika semua rakyat memahami Islam secara menyeluruh maka kedudukan mereka yang menganut ajaran sesat sekularisme dan fanatik kebangsaan yang ketinggalan zaman akan tergugat. Oleh itu seluruh media massa yang dikuasai pemimpin digunakan siang dan malam dalam memburukkan imej Islam

            Kita begitu kecewa melihat gelagat pemimpin yang hanya tahu mengistiharkan bahawa negara ini adalah sebuah negara Islam sedangkan begitu jahil tentang tuntutan yang perlu dilakukan oleh sesebuah daulah Islamiah termasuk pelasanaan sistem ekonomi, sistem perundangan Islam dalam negara itu. Hampir 50 tahun negara kita merdeka tetapi kerajaan yang ada tidak mampu malah tidak pernah berusaha untuk menyiapkan draf hukum hudud dan qisas. Jika tidak disebabkan usaha yang keras oleh kerajaan Kelantan dan Terengganu maka kemungkinan besar umat Islam dan rakyat negara ini hanya mampu membaca tentang hukuman Islam di dalam kitab sahaja bukannya yang telah dijadikan satu undang-undang bertulis. Jika negara ini adalah negara Islam maka sepatutnya kerajaan yang ada memberi bantuan dengan meminda perlembagaan persekutuan yang sedia ada dalam memberi peluang kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu untuk melaksanakan perundangan Islam. Apa yang berlaku pada hari ini adalah sebaliknya di mana pelbagai usaha dilakukan dalam memastikan pelaksanaan perundangan Islam dapat disekat termasuk menghasut polis agar tidak membantu perjalanan hukuman takzir di Terengganu, tidak membenarkan penggunaan penjara sehingga usaha kerajaan Terengganu dalam membina penjara sendiri turut diberi amaran ditambah pula dengan amaran keras agar hukuman takzir ini tidak dijalankan. Jika hukum takzir pun tidak dibenarkan untuk dijalankan dalam sebuah negara yang didakwa Islam apatah lagi hukum hudud dan qisas.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Serangan pengaruh maddiah atau kebendaan yang melanda negara turut memberi kesan yang besar dalam membantut pelaksanaan Islam yang menyeluruh serta mengganggu usaha dalam menarik orang bukan Islam kepada Islam. Jika negara ketua pengganas dunia iaitu Amerika Syarikat terpaksa tunduk kepada yahudi yang telah membeli pemimpin negara tersebut maka negara kita turut tidak ketinggalan apabila pemimpin telah dibeli oleh pengamal kapitalisme yang kebanyakannya terdiri daripada tauke arak dan judi. Sebab itulah negara kita termasuk negara pengeluar arak yang terbesar dengan terbinanya 27 kilang arak berlesen serta menjadi tempat perjudian yang terkenal dengan wujudnya tempat-tempat judi atas darat dan dalam laut yang menarik perhatian dunia. Kebanyakan perundangan yang digubalkan dalam negara mestilah mengikut kehendak tauke arak dan judi ini termasuk menolak pelaksanaan perundangan Islam yang jelas akan menggugat perniagaan judi dan arak.

            Fahaman kebendaan yang merasuk pemimpin menyebabkan setiap keputusan dan matlamat mereka ialah keuntungan kebendaan semata-mata. Tiada lagi erti halal dan haram dalam pegangan mereka ditambah lagi dengan pegangan bahawa dengan adanya ajaran Islam yang menyeluruh akan menyebabkan pergerakan mereka untuk terus bergelumang dengan hasil haram seperti riba, judi dan arak akan terbantut. Oleh itu sebarang sumber yang menyebabkan rakyat sedar tentang halal dan haram serta tahu tentang Islam yang menyeluruh mesti disekat. Lalu pemimpin ini menyatakan kepada umum bahawa agama adala penyekat kemajuan dan pembangunan. Fahaman ini adalah sama dengan fahaman komunis yang menganggap bahawa agama adalah merbahaya kerana ia merupakan candu yang merosakkan masyarakat. Fahaman sesat yang menguasai diri pemimpin ini menyebabkan mereka tanpa rasa takut dan bersalah menafikan kehebatan Allah, menghina nabi, menyerang kedudukan ulama, menyekat kuliah di masjid, menutup sesetengah pusat pengajian agama serta membangkitkan rasa benci masyarakat terhadap perundangan dan sistem Islam yang lain. Agama tidak lagi dianggap sebagai jambatan dalam meraih kebahagian di dunia dan akhirat sebaliknya pemimpin jahil ini menganggap bahawa agama telah memenjarakan mereka daripada mengaut keuntungan dunia sebanyak-banyaknya tanpa menghirau halal dan haram.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Kita diperintah oleh Allah dan rasulNya untuk mentaati pemimpin selagimana mereka tidak menyuruh kepada maksiat. Tetapi sekiranya pemimpin engkar kepada Allah dan rasulNya maka kita sebagai rakyat wajib menegurnya secara lembut atau keras. Ingatlah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah di mana Rasulullah s.a.w bersabda :

أفضل الجهاد كلمة  حق امام سلطان جائر

Maksudnya : Jihad yang paling afdhal ialah berkata benar di hadapan pemimpin yang jahat

           

Jadilah diri kita sebagai pejuang yang memperjuangkan Islam dan jangan jadikan diri kita sebagai petualang yang menentang Islam. Yakinlah janji Allah bahawa Islam pasti menang dan semua musuh yang menentang Islam pasti akan ditewaskan.

 

Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Munafiqun :

يأيها الذين ءامنوا لاتلهكم أمولكم ولآ أولــدكم عن ذكر الله ومن يفعل ذلك فأولئك هم الخــسرون

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jangan biarkan harta dan anak-pinakmu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Sesiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ