• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib Khutbah

  • ekhutbah Audio MP3

  • Tetamu Online

  • Pengurusan Blog

46. ANTARA KEIMANAN DAN AMALAN

 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

فرمان الله تعالى دالم أية    19    سورة التوبة  :

أجعلتم سقاية الحاج وعمارة المسجد الحرام كمن ءامن بالله واليوم الآخر وجــهد فى سبيل الله لايستون عند الله والله لايهدى القوم الظــلمين

Maksudnya : Adakah mereka yang memberi minuman kepada jemaah haji dan menguruskan Masjidil Haram kamu samakan kedudukan mereka dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad di jalan Allah?. Mereka tidak sama kedudukannya di sisi Allah dan  Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim

            Manusia yang berfikiran waras dan mulia akhlaknya sentiasa cintakan kedamaian serta suka menghubungkan kasih sayang berasaskan Islam demi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Manusia yang cintakan kebenaran sentiasa memusuhi sebarang cubaan dan perancangan daripada tangan-tangan makhluk perosak untuk melakukan kezaliman yang semestinya akan mencabul kehormatan dan kedamaian yang dijaga selama ini. Allah Tuhan Pencipta alam telah mengutuskan para nabi dan rasul termasuk nabi Muhammad s.a.w bagi memberi tunjuk ajar kepada umat manusia jalan yang lurus berdasarkan wahyu Allah agar manusia dapat hidup aman tenteram di bawah sistem Islam yang sepastinya adil.

            Sudah menjadi tabiat manusia di mana ada di kalangan mereka golongan yang benar-benar beriman kepada Allah dengan bersungguh-sungguh menunaikan segala kewajipan agama yang bukan sahaja terbatas dalam ruang lingkup ibadat khusus sahaja tetapi turut merangkumi segala aspek kehidupan yang lain seperti pemerintahan, ekonomi, kemasyarakatan dan selainnya. Ada pula golongan manusia yang terus engkar dengan kebenaran wahyu Allah sehingga mereka sanggup bertuhankan nafsu dengan menggunakan akal yang lemah ditambah dengan hasutan syaitan penggoda yang tidak pernah berhenti daripada menyesatkan manusia. Di celah-celah antara golongan yang beriman dan kufur maka lahir pula golongan yang merbahaya yang dikenali sebagai golongan munafik di mana mulut mereka hebat menerangkan tentang keimanan mereka kepada semua apa yang dibawa oleh nabi sedangkan pada perbuatan dan tindakan mereka samada dalam keadaan sedar atau pun tidak di mana golongan ini telah memusuhi Allah dan rasulNya dan sanggup bersekongkol dengan kuffar durjana dalam melawan Islam.

           

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Manusia kuffar atau munafik walau pun sudah jelas berada dalam keadaan sesat tetapi disebabkan hidayah Allah tidak menerangani hati mereka maka mereka tetap menyatakan bahawa mereka adalah benar. Sebagaimana ayat 19 surah Taubah yang saya bacakan pada awal tadi menunjukkan bagaimana musyrikin Mekah yang terang-terang memusuhi Islam dan cuba membunuh nabi dan umat Islam tetapi mereka tetap menyatakan bahawa mereka adalah golongan yang benar ditambah dengan alasan bahawa mereka semenjak dahulu melakukan amalan yang mulia dengan memberi minum kepada jemaah haji dan juga mentadbir Masjidil Haram. Allah menempelak golongan musyrikin ini dengan menyatakan bahawa amalan mulia itu tidak dapat membersihkan diri mereka daripada kesesatan kufur malah umat Islam yang lemah adalah benar dan lebih mulia kedudukan mereka di sisi Allah kerana keimanan mereka kepada Allah dan rasulNya serta mereka berjuang dalam meninggikan kalimah Allah walau pun diperangi.

            Ayat ini juga memberi amaran kepada umat Islam hari ini yang mengaku beriman dan yakin terhadap sistem Islam tetapi tidak mahu melaksanakannya atas alasan yang tidak munasabah. Jika musyrikin dengan amalan mulia itu pun tetap dihina oleh Allah kerana menentang kebenaran Islam maka begitulah juga golongan hanya tahu mendabik dada bahawa mereka telah melaksanakan Islam kerana banyak masjid di bina sedangkan dalam masa yang sama masjid itu hanya menjadi seperti gereja yang hanya dikunjungi untuk beribadat khusus sahaja sedangkan penyebaran Islam secara menyeluruh melalui majlis ilmu banyak disekat malah ada masjid yang lebih terkenal sebagai tempat pelancongan daripada ibadat. Ayat ini juga mengingatkan kepada golongan yang hanya tahu melaungkan bahawa mereka juga cintakan ulama’ dan pengajian agama sedangkan mereka boleh menghina nabi secara terang-terangan dan mencaci ulama’ yang tidak sehaluan dengan kehendak nafsu mereka serta banyak pusat pengajian agama ditutup malah banyak sukatan pelajaran agama Islam di sekolah dan universti dikurangkan sehingga lahirnya ramai golongan yang tahu bahawa Islam ini hanya agama peribatan khusus sahaja yang tidak terlibat dengan sistem kehidupan yang lain. Ingatlah kita bagaimana yang berlaku di kebanyakan negara arab yang telah membuat perjanjian damai dengan yahudi di mana mereka telah membuang daripada sukatan pelajaran tentang masalah jihad dan yahudi itu merupakan musuh yang paling merbahaya di mana tindakan ini menyebabkan umat Islam terus ditindas sesuka hati oleh yahudi yang telah menambahkan api permusuhan terhadap umat Islam dalam sukatan pelajaran di sekolah dan universiti negara yahudi tentang Islam yang didakwa sebagai agama sesat dan merbahaya serta semua umat Islam adalah pengganas. Mengapa yahudi bersungguh-sungguh menanam sifat benci terhadap umat Islam sedangkan kita terus bersimpati dengan pengganas yang merbahaya ini. Sepatutnya melalui pengajian agama kita mampu melahirkan para pejuang Islam dalam pelbagai bidang yang mengenali antara kawan dan lawan, antara teman rapat dengan musuh ketat.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Sepatutnya sebagai umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah dan seluruh ajaran Islam mestilah kembali bersatu untuk sama-sama memartabatkan kembali seluruh sistem Islam demi mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Kita begitu cintakan negara Islam yang merupakan negara kebajikan bukannya negara yang membenarkan pemerintah dan kroninya mengaut segala hasil mahsul negara untuk mereka sahaja dengan membiarkan rakyat menderita. Kita tidak mahu menjadi penonton dan pemerhati setia kepada pemimpin yang hanya tahu melaungkan tabung kebajikan untuk jemaah haji, tabung kebajikan untuk fakir miskin, tabung kebajikan untuk pekerja sedangkan itu semua adalah penipuan demi memenuhi poket golongan tertentu sahaja dengan mengabaikan kebajikan pemimpin terhadap rakyat. Sedangkan khalifah Islam sebelum ini hanya banyak menggunakan wang zakat dan baitulmal sahaja dalam membantu golongan yang memerlukan bantuan dan kita dapati bagaimana mereka berjaya melaksanakannya dengan baik kerana di kawal dengan sistem Islam dan sifat amanah dalam diri pelaksananya.

            Bila merenung pula kepada bantuan dan pertolongan umat Islam kepada saudara agama yang berlainan bangsa dan negara maka kita sekali lagi melihat bagaimana penderitaan umat Islam terutama di Palestin bagaikan tiada pembelaan. Negara Islam saling bermusuh dalam membantu umat Islam sedangkan mereka saling membantu apabila yahudi meminta agar diperangi pejuang Islam. Kita mula melihat bagaimana seorang demi seorang pemimpin negara umat Islam dijemput untuk menerima nasihat daripada pengganas Amerika bagi menambahkan penderitaan umat Islam Palestin. Bilakah lagi umat Islam akan dapat melihat pemimpin mereka mampu membebaskan Masjidil Aqsa sebagaimana yang dilakukan oleh tentera Islam pada masa Khalifah Sayyidina Umar al-Khottab ketika mengalahkan tentera Rom. Bilakah masanya umat Islam kembali dapat menawan Baitul Maqdis sebagaimana yang pernah dicapai oleh tentera Islam di bawah kepimpinan Solehudin al-Ayyubi ketika mengalahkan tentera salib.

            Sesungguhnya kemenangan dan janji gembira daripada Allah dan rasulNya sudah dekat iaitu akan datangnya suatu hari di mana golongan yahudi akan dibunuh dan dibersihkan daripada bumi palestin oleh pejuang Islam yang benar-benar berjuang di jalan Allah. Sudah cukup tanahair dan tubuh umat Islam dibakar, digilis dan diratakan oleh jentolak milik yahudi. Sudah cukup golongan wanita, orang tua dan anak-anak kecil daripada umat Islam dibom dan ditembak sesuka hati tanpa belas kasihan oleh pengganas yahudi laknatullah. Kita umat Islam akan bangkit bukan atas dasar membalas dendam tetapi atas dasar tanggungjawab dalam mempertahankan tahanair milik umat Islam dan kebenaran Islam. Oleh itu korbankanlah seluruh kemampuan kita yang ada demi Islam dalam mencapai kebahagiaan hidup dunia dan akhirat

Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran :

وكأين من نبي قــتل معه ربيون كثير  فما وهنوا لمآ أصابهم فى سبيل الله وما ضعفوا وما استكانوا والله يحب الصــبرين

Maksudnya : Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyuka mereka yang sabar.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

32. KEMBALIKAN SEMUA SISTEM BERQIBLATKAN ISLAM

 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

فرمان الله تعالى دالم أية    10    سورة العنكبوت :

ومن الناس من يقول ءامنا بالله فإذا أوذي فى الله جعل فتنة الناس كعذاب الله ولئن جآء نصر من ربك ليقولن إنا كنا معكم  أوليس الله بأعلم بما فى صدور العــلمين

Maksudnya : Dan di antara manusia ada orang yang berkata : “ Kami beriman kepada Allah”. Maka apabila dia disakiti (kerana beriman) kepada Allah lalu dia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah. Dan sesungguhnya jika datang pertolongan dari Tuhanmu maka mereka pasti akan berkata : “ Sesungguhnya kami adalah bersamamu”. Bukankah Allah lebih Mengetahui apa yang ada dalam dada sekalian manusia?.

            Kita sekarang berada di pertengahan bulan Sya’aban yang mengingatkan kita kepada peristiwa pertukaran qiblat dari Baitul Maqdis, Palestin ke Ka’abah, Mekah. Pertukaran qiblat ini berlaku setelah ujian dari segi penghinaan oleh musuh Islam terhadap Islam dan umatnya yang didakwa mereka-reka agama baru sedangkan qiblat umat Islam sama dengan agama yahudi. Tekanan dan serangan dari segi pemikiran atau saraf ini begitu memberi kesan kepada Rasulullah s.a.w dan umat Islam sehingga nabi sentiasa berdoa kepada Allah agar ditukarkan arah qiblat kepada Ka’abah di Mekah. Kita dapat lihat di sini bagaimana musuh Islam sentiasa mencari jalan serta membuat perancangan yang menyeluruh untuk menghancurkan Islam walau dengan apa cara sekalipun termasuk melalui serangan pemikiran yang bertujuan untuk menimbulkan keraguan pada diri umat Islam terhadap Islam itu sendiri. Jika serangan saraf yang dibuat ini berjaya maka usaha kuffar untuk memerangi Islam menjadi lebih mudah. Serangan saraf ini tidak mampu dihadapi oleh senjata zahir tetapi ia hanya mampu dihadapi dengan ilmu yang kemas serta keimanan yang kukuh kepada Allah dan seluruh ajaran Islam. Melalui peristiwa pertukaran qiblat ini juga menunjukkan kepada kita bagaimana kesungguhan Rasulullah s.a.w dalam berdakwah serta memohon agar dibezakan antara qiblat untuk umat Islam dengan agama selainnya bagi mengelak umat Islam daripada mudah terpengaruh dengan dakyah dan dakwaan kuffar yang sesat. Jika nabi begitu bersungguh dalam memanjatkan doa kepada Allah bagi menukarkan arah qiblat maka kita umat Islam zaman kini mesti lebih bersungguh dalam bermunajat kepada Allah serta berjuang dengan segala kemampuan yang ada dalam mengubah sistem hidup yang berqiblatkan kuffar barat kepada berqiblatkan sistem Islam sebagaimana yang di perintah oleh Allah. Jika pada zaman nabi pihak kuffar boleh menyerang umat Islam semata-mata arah qiblat iaitu kepada Baitul Maqdis di Palestin maka pada hari ini kuffar mempunyai hujah yang lebih banyak dalam menyerang dan menekan umat Islam kerana kebanyakan negara umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin yang jahil dan bencikan Islam lebih suka bersama dengan kuffar dengan pelaksanaan sistem hidup berqiblatkan sistem yang ditaja oleh kuffar terutama yahudi.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Kita dapat saksikan bagaimana penindasan dan pembunuhan terhadap umat Islam bagaikan tiada pembelaan sewajarnya. Kekayaan yang dianugerahkan kepada hampir seluruh negara umat Islam tidak dapat membantu umat Islam yang tertindas malah ramai umat Islam tertindas dalam negara mereka sendiri kerana kekayaan negara hanya berpusing dan berkisar kepada golongan tertentu sahaja. Rakyat tersiksa dengan harga barangan yang melambung tinggi sedangkan pemimpin terus berseronok meraih keuntungan yang diperolehi. Penghinaan dan penderaan ini berlaku disebabkan qiblat umat Islam banyak dialih kepada sistem kuffar sehingga pihak kuffar mudah memerangi umat Islam. Setelah menyedari kesilapan kita maka marilah kita sama-sama mengubahkan arah qiblat umat Islam daripada terus tunduk kepada system kuffar kepada tunduk patuh kepada seluruh ajaran Islam yang meliputi setiap aspek kehidupan. Jika kita mampu mengadap qiblat yang satu iaitu Ka’abah di Mekah ketika beribadat maka kita juga mesti bersatu untuk menggunakan system yang satu iaitu Islam dalam pemerintahan, ekonomi, social dan sebagainya. Kita mesti bersatu untuk lahir sebagai umat kuat dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup sehingga kuffar tidak berani lagi menindas dan melakukan kezaliman terhadap umat Islam. Ingatlah bahawa kita hanya mampu lahir sebagai umat yang cemerlang dan kuat apabila menjadikan Islam sebagai cara hidup. Jika kita mencari sistem selain Islam sebagai cara hidup maka kita akan terus dihina oleh Alla di dunia yang sementara dan akhirat yang kekal selamanya.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Dunia terus menyaksikan bagaimana serangan hampir sebulan terhadap umat Islam di Afghanistan terus meragut banyak nyawa yang tidak berdosa serta banyak meranapkan bangunan orang awam dan mencederakan rakyat yang tidak bersalah. Setelah kita kaji kepada serangan yang dilakukan oleh Amerika dan Bitain serta sekutu kuffarnya maka kita dapati bahawa serangan ini bukanlah untuk memerangi pengganas sebagaimana yang didakwa. Kita dapati kuffar mahu menguji kekuatan sebenar para mujahidin dan Islam itu sendiri yang merupakan musuh utama mereka setelah peperangan berdasarkan blok demokrasi dan komunis telah lama berakhir setelah Soviet Union yang menjadi kuasa besar komunis dunia berjaya dikuburkan oleh mujahidin di bumi Afghanistan. Kini peperangan yang diletus adalah antara Islam dan kuffar di mana melalui beberapa kajian didapati kuffar terutama pengganas Amerika dan Britain cuba mengajak dan menyatukan seluruh kekuatan kuffar untuk memerangi kekuatan Islam selain daripada tujuan mereka untuk membolot kekayaan melalui saluran minyak yang bakal dibina melalui Afghanistan dan juga sejenis bahan galian yang terdapat di bumi Afghanistan di mana hasil daripada sumber ini boleh membantu Amerika untuk menyara rakyatnya selama lapan generasi. Kita lihat betapa teraturnya perancangan kuffar di mana mereka tidak menghabiskan wang yang banyak untuk mengerah tentera dan seluruh peralatan, jet pejuang, bom dan senjata canggih yang lain secara percuma tetapi mereka memikirkan bagaimana hasil jika bumi Afghanistan berjaya dikuasai nanti.

            Kuffar turut menyembunyikan punca yang sebenar tentang dalang yang bertanggungjawab dalam menyerang 2 bangunan utama di Amerika bulan September lalu malah apabila Amerika dan beberapa negara lagi diserang oleh serangan racun anstraks maka sekali lagi umat Islam dijadikan punca kepada perkara berikut. Di sini kita dapat lihat bagaimana kuffar tidak mempunyai musuh yang lain lagi sekarang melainkan Islam. Oleh itu sebarang keganasan yang berlaku akan dinisbahkan kepada Islam agar dakwah Islam dapat digugat dan kekuatan Islam dapat dimusnah. Walau bagaimana pun perancangan kuffar namun kuasa Allah lebih hebat daripada segala makhlukNya. Allah tetap memelihara agamaNya daripada dimusnahkan dan Allah akan meghancurkan setiap bangsa yang melakukan kerosakan di muka bumi ini.

 

Sidang Jumaat yang dihormati,

            Pada hari ini juga kita dapat saksikan bagaimana ligatnya pergerakan yahudi dalam usaha menguasai seluruh bumi Palestin yang akan dijadikan pusat pemerintahan Zionis Raya ke arah menguasai dunia. Yahudi yang menjadi dalang dalam menyerang Amerika kini terus menggunakan peluang yang terbuka dengan kesibukan Amerika menyerang Afghanistan dan juga kesibukan Amerika dalam menghadapi serangan anstrak dengan melakukan pembunuhan dan pencerobohan yang lebih banyak di bumi Palestin. Serangan yang menyeluruh kuffar terhadap kekuatan Islam ini yang bermula dari bumi Afghanistan samada akan menambahkan kekuatan kuffar atau pun mereka akan dihancurkan sebagaimana hancurnya kaum ‘Ad dan Thamud atau kuasa kuffar akan dikuburkan sebagaimana tersembamnya kuasa Parsi dan Rom. Kita tetap yakin kepada pertolongan dan kemenangan daripada Allah yang dianugerahkan kepada pejuang Islam yang benar-benar berjuang dijalanNya. Kemenangan yang bakal diraih oleh pejuang Islam bukannya datang dengan mudah tetapi memerlukan pengorbanan yang tinggi. Bila dianugerahkan kemenangan maka kita bersyukur, jika kita diuji dengan kekalahan maka kita terus bersabar, jika kita menjadi mangsa sehingga terbunuh insya Allah kita doakan semoga mendapat anugerah mati syahid tetapi untuk menyuruh kita daripada berhenti dalam memperjuangkan Islam yang suci ini tidak sama sekali. Perjuangan mesti diteruskan, keganasan mesti dihentikan, keadilan sejagat mesti ditegakkan. Islamlah necaya kita selamat dunia dan akhirat.

Firman Allah dalam ayat 33 surah Ahzab :

من المؤمنين رجال صدقوا ماعــهدوا الله عليه فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا

Maksudnya : Di antara orang mukmin itu ada mereka yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah maka di antara mereka ada yang gugur syahid. Dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah janjinya

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

78. KURANG CAKAP BANYAK BERTINDAK GERAKKAN UMAT

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat  145 surah al-Baqarah :

ولئن أتيت الذين أوتوا الكتب بكل ءاية ماتبعوا قبلتك وماأنت بتابع قبلتهم ومابعضهم بتابع قبلة بعض ولئن اتبعت أهواءهم من بعد ما جاءك من العلم إنك إذا لمن الظــلمين

Maksudnya : Dan sesungguhnya jika kamu datang kepada orang-orang yahudi dan kristian yang diberikan kitab Taurat dan Injil dengan segala keterangan maka mereka tetap tidak akan mengikut kiblatmu dan engkau pun tidak akan mengikut kiblat mereka. Malah sebahagian mereka pun tidak mengikut kiblat sebahagian yang lain. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka (yahudi dan kristian) setelah datangnya ilmu kepadamu maka engkau termasuk golongan orang-orang yang zalim

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Kini kita berada dipertengahan bulan Sya’aban di mana bulan ini turut memahatkan peristiwa penting untuk sama-sama kita renungi di mana pada waktu mula-mula tiba di Madinah maka nabi dan umat Islam diperintah oleh Allah agar mengadap ke arah Baitul Maqdis ketika solat sehingga ia menjadi bahan cercaan dan ejekan yahudi dan kuffar yang lain. Nabi sentiasa berdoa dan mendongak kepala ke langit mengharapkan turunnya wahyu yang mengizinkannya dan para sahabat berpaling ke Baitullah di Mekah. Akhirnya selepas 16 atau 17 bulan Rasulullah s.a.w menghadap ke Baitul Maqdis, barulah Allah memerintahkan agar baginda menghadap ke Ka’abah. Daripada peristiwa ini kita dapat lihat bagaimana serangan kuffar terutama yahudi sentiasa berjalan samada secara fizikal atau  serangan saraf dalam memastikan dakwah Islam dapat dihentikan. Nabi Muhammad s.a.w begitu bersungguh berdoa kepada Allah agar ditukarkan arah qiblat bagi menguatkan keimanan dan keyakinan umat Islam serta menperjelaskan lagi perbezaan antara qiblat umat Islam dengan yahudi. Rasulullah s.a.w melihat bahawa masalah qiblat ini adalah begitu penting dalam mematahkan serangan saraf musuh Islam sehingga membolehkan umat Islam beribadat kepada Allah dengan penuh tenang dan dapat membezakan antara ajaran Islam dengan agama lain secara lebih jelas lagi

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

            Perubahan arah qiblat ini bukan bererti kelebihan Masjid Aqsa di Baitul Maqdis terus kehilangan fungsi dan kelebihannya malah qiblat pertama umat Islam itu terus dimuliakan sehingga Rasulullah s.a.w sentiasa mengharapkan agar ia dibebaskan daripada cengkaman kekufuran. Baitul Maqdis berjaya dimerdekakan pada zaman Sayyidina Umar al-Khottab dan seterusnya ia dikuasai secara bergilir antara keimanan dan kekufuran sehingga hari ini. Walau pun umat Islam merupakan rakyat majoriti di Palestin pada hari ini tetapi saudara seagama kita terus ditindas dan dibunuh sewenangnya akibat penjajahan yahudi setelah mendapat sebuah negara haram Israel atas desakan yahudi terhadap Britain semasa pemecahan negara umat Islam selepas kehancuran Khilafah Uthmaniah Turki. Bermula dengan pencerobohan yahudi dari seluruh dunia terutama Eropah ke atas bumi Palestin telah menyaksikan begitu ramai umat Islam yang disembelih oleh yahudi. Akibat pembunuhan dan penindasan yang tidak berperikemanusiaan ini serta kemuncak kebidapan mereka yang bertindak membakar Masjid al-Aqsa telah membuka mata beberapa negara umat Islam untuk membuat suatu kesatuan sesama mereka terutama dalam mendesak dunia agar menghentikan kezaliman zionis yahudi sehingga tertubuhnya Persidangan Negara Islam (OIC) pada 1969 walau pun anggotanya masih kurang kerana kebanyakan negara umat Islam pada waktu itu baru mendapat kemerdekaan daripada penjajah masing-masing.

            Antara perkara yang mampu dibuat pada masa itu ialah Raja Arab Saudi yang menjadi pengerusi pertama OIC pada ketika itu telah bertindak menghentikan formula mengikat matawang negaranya mengikut kadar matawang Britain yang digunakan sebelum ini. Oleh itu jika perhatikan sejarah maka formula pemimpin negara kita mengikat ringgit Malaysia dengan dolar Amerika di mana kadar ringgit akan turun atau naik berdasarkan kadar dolar selepas krisis ekonomi 1997 bukanlah suatu formula baru malah ia merupakan formula lapuk sebelum merdeka lagi. Sedangkan beberapa tahun selepas merdeka kebanyakan negara ASEAN terutama Singapura, Brunei dan Malaysia sendiri mula membina kekuatan matawang masing-masing tanpa perlu terikat dengan kadar matawang penjajah. Perkara ini mampu mengukuhkan kadar matawang jika ia dibuat secara bersungguh disamping masalah boros dalam belanja serta isu rasuah dan pecah amanah dapat dihapuskan terutama dalam negara kita yang kini ditambah dengan masalah pemalsuan cek melibatkan puluhan juta. Nilai matawang negara kita lebih banyak turun berbanding Singapura dan Brunei yang terus dapat bertahan sejak dahulu lagi.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

            Kedatangan Sya’aban tahun ini turut dimeriahkan dengan berlangsungnya Sidang Kemuncak Persidangan Ketua-ketua Negara Islam (OIC) Ke -10 yang diadakan di Putrajaya bermula dari 11 hingga 18 Oktober. Jika awal penubuhan OIC sebelum ini diwujudkan selepas tekanan dan sengsaranya penduduk Palestin maka kali ini isu Palestin terus menjadi masalah ummah terutama dalam beberapa minggu ini termasuk masalah seorang Perdana Menteri Palestin yang baru dilantik meletak jawatan terus dan seorang lagi secara bersyarat di mana dunia menyaksikan keangkuhan yahudi yang mendapat sokongan Amerika terus mengganas bukan sahaja dalam negara Palestin malah mula memukul gendang perang dengan melakukan serangan rambang ke atas Syria dan Lubnan disamping Amerika sendiri memulakan sandiwara pemeriksaan senjata di Iran.

            Ketika OIC belum bersidang lagi dunia Islam telah menyaksikan bagaimana Majlis Pentadbiran Iraq yang ditubuhkan oleh Amerika Syarikat dan Britain diterima sebagai wakil Iraq sedangkan ianya begitu ditentang terutama oleh rakyat Iraq sendiri yang kini sedang menderita. Dunia Islam terus mengharapkan agar OIC dijadikan suatu badan yang kuat dalam mengimbangi kejahatan kuasa besar dunia yang diketuai oleh Amerika yang sebelum ini telah memperkudakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sehingga terjajahnya Afghanistan dan Iraq. Dunia Islam begitu mengharapkan agar OIC dapat mengukuhkan lagi kesatuan umat Islam dalam membina kekuatan pendidikan, pembangunan, persenjataan serta mengembalikan semula kedaulatan Afghanistan, Iraq, Palestin dan selainnya. Dunia Islam sudah benci melihat OIC yang kini dianggotai oleh 57 negara umat Islam hanya bersidang untuk melantik pengerusi baru dan terus bersepakat untuk berpecah dan tunduk kepada system ciptaan kuffar dengan terus mengenepikan system Islam yang bercanggah dengan nafsu pemimpin. Dunia Islam begitu muak menyaksikan OIC hanya menjadi badan yang sekadar bercakap dan melihat bukan untuk bergerak cergas dalam bertindak menyelesaikan masalah sejagat.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Sebarang keputusan OIC tidak akan bermakna jika hanya dilaung untuk menampilkan siapa yang lebih hebat bercakap sedangkan lembap dan takut dalam bertindak. Melihat kepada kekuatan dan hasil yang begitu banyak yang wujud dalam negara umat Islam ini maka sepatutnya OIC telah lama dapat membina kekuatan yang tersendiri tanpa terlalu banyak bergantung kepada sistem kuffar terutama yahudi. Apa yang malangnya apabila negara umat Islam sendiri tidak terlepas dengan masalah dalam negara mereka sendiri terutama dari segi rasuah, pecah amanah dan berlawan sesama sendiri sehingga pemimpin memandang rakyat yang bangun menegur kesalahannya sebagai pengganas. Malah sukatan pengajian agama turut dikurangkan serta banyak pusat pengajian agama diruntuhkan kerana terlalu mengikut telunjuk Amerika sedangkan kita dapat melihat yahudi sendiri sentiasa menambah dalam pengajian rakyatnya tentang dendam untuk menghancurkan umat Islam. Apabila pemimpin negara umat Islam sendiri lebih berani dalam menyerang rakyat sendiri dan menghancurkan pengajian Islam maka apakah ada lagi harapan yang tinggi untuk mengharapkan mereka untuk menyelesaikan masalah  umat sejagat.

            Oleh itu dunia Islam sentiasa mengharapkan agar persidangan OIC kali ini digunakan oleh para pemimpin  untuk bertaubat dan kembali kepada seluruh system Islam. Kurangkan pergantungan terhadap system ciptaan kuffar yang kebanyakannya bakal menghancurkan kita di dunia dan akhirat. Sempena persidangan OIC ini dengan pengerusi baru yang bakal dilantik dari pemimpin negara ini maka seluruh umat Islam yang bermaruah mendesak supaya semua tahanan ISA dibebaskan agar apa yang dicakap sama dengan apa yang dibuat, apa yang dikata sama dengan apa yang dikota. Usah bercakap isu keadilan sejagat sedangkan kebebasan rakyat sendiri disekat. Palingkan qiblat umat Islam daripada terus menggunakan system kuffar kepada berqiblatkan system Islam agar kita dimuliakan Allah di dunia dan akhirat. Islamlah nescaya kita selamat.       

Firman Allah dalam ayat 150 surah al-Baqarah :

ومن حيث خرجت فول وجهك شطر المسجد الحرام وحيث ما كنتم فولوا وجوهكم شطره لئلا يكون للناس عليكم حجة إلا الذين ظلموا منهم فلاتخشوهم واخشوني ولأتم نعمتي عليكم ولعلكم تهتدون

Maksudnya : Dan dari mana sahaja kamu keluar maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya agar tidak ada hujah bagi manusia untuk menentangmu kecuali orang-orang zalim di antara mereka. Maka janganlah kamu gentar kepada mereka dan takutlah kepada Allah. Dan nescaya Aku (Allah) akan sempurnakan nikmatKu ke atasmu dan agar kamu mendapat petunjuk

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

26. SUBURKAN BUMI DENGAN ISLAM

 

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ ….

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 77 surah al-Qosas :

وابتغ فيما ءاتئك الله الدار الآخرة ولاتنس نصيبك من الدنيا  وأحسن كما أحسن الله إليك ولا تبغ الفساد فى الأرض إن الله لايحب المفسدين

Maksudnya : Dan carilah apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadamu daripada kebahagian negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada kenikmatan dunia. Berbuat baiklah kepada orang lain sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu. Janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

            Islam merupakan agama yang diredhai Allah yang telah diturunkan melalui nabi kita Muhammad s.a.w sebagai rahmat kepada seluruh alam melalui ajarannya yang meliputi seluruh aspek kehidupan. Islam merupakan agama yang sesuai dengan fitrah kejadian mausia itu sendiri di mana ia begitu mudah untuk diamalkan bagi mereka yang benar-benar tunduk dan patuh kepada Allah dan rasulNya tetapi ia dirasakan terlalu berat bagi mereka yang sentiasa membenci dan memusuhi Islam. Kedatangan Islam telah mengeluarkan manusia daripada kesesatan, kejahilan dan kezaliman kepada kebenaran, keilmuan dan keadilan dalam setiap aspek kehidupan. Umat Islam sebelum ini bermula daripada zaman Rasulullah s.a.w memerintah Kota Madinah diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin dan khalifah-khalifah selepas mereka telah pun mencapai kejayaan yang gemilang dengan menjadikan Islam sebagai landasan hidup. Allah telah membantu mereka sehingga Islam berjaya menguasai dua pertiga dunia hasil daripada tarbiah dan ajaran suci yang meresap ke dalam sanubari manusia tanpa mengira batas usia dan takhta, negara dan budaya disamping dunia dapat melihat sendiri bagaimana adilnya perundangan Islam dan betapa untungnya menggunakan sistem ekonomi Islam. Islam bukan tersebar di atas mata pedang sebagaimana dakwaan jahat musuh Islam tetapi ia tersebar disebabkan ia merupakan agama yang berjaya menawan hati manusia di mana peperangan yang berlaku merupakan jalan terakhir setelah pihak kuffar tidak mahu tunduk kepada keadilan dan keindahan Islam yang ditawarkan.

 

Sidang Jumaat yang dihormati,

              Dunia eropah dan kuncunya turut mengkaji malah menggunakan sistem Islam tetapi mereka membuangkan ruh agama daripadanya. Ini dapat kita lihat bagaimana selepas peperangan dunia maka semua pemimpin tentera bersekutu yang di dalangi oleh Amerika Syarikat dan Britain telah menjadikan al-Quran dan sistem yang telah digunakan oleh khalifah Islam sebagai rujukan utama dalam mencari jalan penyelesaian untuk memerintah negara dan tanah jajahan mereka. Tetapi dalam masa yang sama mereka memberi peringatan agar dijauhkan seluruh ajaran al-Quran daripada dilaksanakan oleh umat Islam. Dasar pecah perintah yang dilakukan oleh pihak penjajah terutama ke atas negara umat Islam disamping memastikan agar segala sistem mereka terus diamalkan di negara jajahan mereka menyebabkan kekuatan umat Islam mula luntur dan lemah. Islam hanya dilihat dari sudut urusan ibadat khusus dan undang-undang keluarga sahaja sedangkan perlembagaan,perundangan, ekonomi, politik, sosial dan seluruh aspek kehidupan yang lain terus berkiblatkan sistem ciptaan kuffar. Kejayaaan dan kegemilangan umat Islam silam hanya mampu disebut sahaja setakat ini apabila Islam terus disekat dan dihalang daripada dilaksanakan walau pun di negara yang majoritinya adalah umat Islam kerana pemimpinnya yang merupakan tali barut penjajah lebih suka tunduk kepada penjajah daripada mengikut perintah Allah. Walau pun sistem kuffar telah terbukti gagal dalam memulihkan ekonomi negara malah menambahkan masalah sosial dengan pembunuhan, rompakan, penindasan dan sebagainya namun pemimpin negara terus berkeras untuk mengharamkan pelaksaan Islam dengan pelbagai alasan. Kita berharap dan berdoa kepada Allah semoga pemimpin ini segera insaf dan bertaubat kepada Allah sebelum malaikat Izrail datang mencabut nyawa dan kain kapan menjadi pembalut badannya.

 

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

        Keseluruhan negara umat Islam dianugerahkan dengan tanah yang subur samada dengan bahan galian seperti minyak, gas, emas atau pun subur dengan tanaman. Tetapi disebabkan kejahilan dan kedegilan kita daripada mengikut garisan yang telah ditetapkan oleh Islam maka umat Islam terus melarat dan bergantung kepada orang lain terutama musuh Islam yang sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam. Dasar yang diminta oleh barat diturut seratus peratus oleh pemimpin negara umat Islam yang jahil seperti membuat dasar menjadikan negara pertanian kepada negara perindustrian atau perkilangan. Ini menyebabkan bahan dan tanah pertanian dalam negara semakin sedikit dan sempit yang menyebabkan kita terpaksa mengimport hasil tanaman ini daripada negara lain. Dasar negara berasaskan perindustrian atau perkilangan juga menyebabkan banyak tanah yang subur menjadi kawasan perumahan dan perkilangan. Dasar ini merupakan antara cara yang halus yang digunakan oleh kuffar yang didalangi oleh yahudi untuk menghancurkan umat Islam. Apabila hasil tanaman semakin berkurang menyebabkan kita bergantung kepada hasil luar yang menyebabkan negara terpaksa membelanjakan wang yang banyak. Cara ini juga menyebabkan kita sentiasa bergantung kepada negara luar sehingga kita akan tunduk kepada kemahuan mereka kerana bekalan tanaman dalam negara tidak mencukupi bukan disebabkan bumi kita tidak subur tetapi kita sendiri yang mematikannya. Perkara ini berlaku dinegara kita sendiri terutama selepas kerajaan lebih berminat menjadikan negara ini sebagai negara industri kerana mahu keuntungan yang cepat tetapi hasilnya ekonomi negara semakin melarat dan kekayaan negara tidak mampu dinikmati oleh rakyat. Kita terpaksa bergantung kepada Thailand dari sudut pertanian dan Singapura dari sudut proses minyak mentah dan getah. Yahudi dengan mudah menjatuhkan ekonomi negara kita kerana kita terlalu bergantung kepada bursa saham dan industri dengan mengenepikan hasil pertanian dalam negara. Kita tidak pernah membela dengan sewajarnya golongan petani, penoreh getah, nelayan, peneroka sedangkan merekalah antara golongan banyak berjasa di dalam menambahkan hasil negara.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

        Barat begitu takut jika negara Islam membangunkan sendiri urusan ekonomi mereka kerana jika perkara ini berlaku maka negara umat Islam tidak lagi akan tunduk kepada mereka. Ini pernah berlaku apabila Sudan sebelum ini terpaksa mengimport kambing biri-biri daripada negara lain kerana tunduk kepada tekanan barat agar tidak memelihara kambing biri-biri lebih daripada yang telah ditetapkan oleh barat. Tetapi apabila gerakan Islam menang di sana mereka bukan sahaja tidak perlu bergantung kepada negara lain malah mereka mampu untuk menjual hasil mereka mereka ke luar negara. Islam begitu memberi galakan agar umatnya menghidupkan tanah yang mati yang mana dalam kitab feqah disebut ‘Ihya ul mawaat’. Sayyidina Ali sendiri pernah memarahi seorang sahabat yang tidak menghidupkan tanah yang diberi hasil rampasan perang di mana Sayyidina Ali meminta agar dia bercucuk tanam bukannya mendirikan rumah kediaman.

            Kita dapat lihat lagi bagaimana barat begitu kecewa apabila pemimpin Libya dengan dasar penghijauan bumi telah berjaya membina terusan di bawah tanah sehingga tanaman hidup subur di atas padang pasir yang sebelumnya kering kontang. Barat terus memusuhi Libya yang berusaha untuk membangunkan hasil negara tanpa bantuan barat malah Libya turut membantu umat Islam seluruh dunia dengan hasil negaranya di mana antara isu terbaru ialah penglibatan Libya dalam menyelesaikan kes penculikan yang turut melibatkan rakyat Amerika Syarikat oleh kumpulan Abu Sayyaf di Filiphina.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

            Barat juga akan sentiasa melagakan negara umat Islam bagi memberi ruang kepada mereka untuk menguasai ekonomi di negara itu. Ini dapat kita lihat melalui serangan Iraq ke atas Kuwait yang telah diambil kesempatan oleh Amerika Syarikat untuk menjual senjata kepada Kuwait dan Arab Saudi. Walau pun peperangan Teluk telah pun berlalu hampir 10 tahun tetapi sehingga hari ini Kuwait dan Arab Saudi terpaksa membayar hutang kepada Amerika Syarikat manakala Iraq sendiri terpaksa menyerahkan minyaknya kepada Amerika. Negara umat Islam yang kaya akhirnya terpaksa berhutang dengan negara barat barat yang kurang hasilnya dari segi bahan galian atau pun tanaman.     Inilah antara contoh yang dapat kita lihat bagaimana begitu licinnya perancangan musuh dalam menghancurkan umat Islam.Jika kita jahil dan lalai dengan perancangan yang telah mereka aturkan ini maka kita akan terus menjadi hamba abdi mereka walau pun berada dalam negara sendiri.

            Firman Allah dalam ayat 45  surah al-Haj:

فكأين من قرية أهلكنــها وهي ظالمةفهي خاوية على عروشها وبئر معطلة وقصر مشيد

Maksudnya : Maka bukan sedikit negeri yang Kami telah binasakan disebabkan kezaliman penduduknya lalu runtuh ranaplah bangunannya, telaga terbiar dan istana mewah ditinggalkan.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

59. ILMU ISLAM PENYEBAR KEAMANAN SEJAGAT

 

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 122 surah at-Taubah :

وما كان المؤمنون لينفروا كافة فلولانفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا فى الدين ولينذروا قومهم إذا رجعوا إليهم لعلهم يحذرون

Maksudnya : Tidak sepatutnya bagi orang mukmin pergi kesemuanya ke medan perang. Mengapa tidak pergi dari tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam ilmu mengenai agama untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya agar mereka itu dapat menjaga dirinya

                Islam dan ilmu tidak dapat dipisahkan kerana berkembangnya Islam atas asas ilmu yang disuluhi cahaya wahyu dan ia bukannya bangkit atas asas nafsu yang dikongkong oleh kesesatan. Oleh itu kita dapati banyak arahan dan saranan di dalam al-Quran dan hadis nabi mengenai ilmu agar umat manusia dapat menghindarkan diri daripada kejahilan yang boleh membawa kepada kesesatan dan kezaliman. Kejayaan barat yang dahulunya berada dalam kegelapan tamadun tetapi kini mampu membina tamadun kebendaan yang hebat kerana kejayaan mereka menguasai ilmu. Manakala terjajahnya umat Islam dan mundurnya kita dalam membina tamadun kebendaan serta hampir runtuhnya tamadun rohani yang dijaga sekian lama ialah disebabkan terabainya budaya ilmu dalam kehidupan. Sebab itulah Rasulullah s.a.w telah memperingatkan kita bagaimana kepentingan ilmu dalam mencari kesenangan hidup di dunia dan akhirat sebagaimana sebuah hadis nabi yang berbunyi :

من أراد الدنيا فعليه بالعلم ومن أراد الآخرة فعليه بالعلم ومن أرادهما فعليه بالعلم

Maksudnya : Sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan akhirat maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin keduanya iaitu dunia dan akhirat maka dia lebih dituntut agar berilmu

                Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada Sayyidina Ali bin Abi Tolib yang bermaksud :  Jika berlalu masa 40 hari sahaja sedangkan umat Islam tidak duduk di dalam mana-mana majlis ilmu maka dia akan menghadapi dua kemungkinan besar yang buruk iaitu yang pertamanya hatinya menjadi gelap dan keduanya dia akan bertindak berani melakukan dosa-dosa besar.

            Menyedari betapa pentingnya ilmu pengetahuan dan bahayanya jika kita mengabaikan ilmu maka sepatutnya kita lebih bersungguh untuk menambah ilmu pengetahuan bukannya terus ditakuk yang lama terutama dalam masalah ilmu agama. Jangan merasakan bahawa belajar ilmu agama itu adanya batasan umur tertentu kerana kita diminta agar belajar ilmu bermula daripada buaian sehinggalah ke liang lahad. Akibat terlalu berpuas hati dengan ilmu yang ada maka umat Islam terus ketinggalan dan mudah ditipu dengan istilah ilmu moden. Kita pernah dikejutkan bagaimana adanya jemaah haji yang terpaksa disuntik dengan vaksin yang dihasil daripada gelatin babi pada tahun lepas akibat kehabisan bekalan vaksin halal sedangkan negara umat Islam begitu ramai pakar sains yang sepatutnya lebih bersungguh untuk mengeluarkan vaksin tersebut bukannya terlalu bergantung kepada negara kuffar. Malah dalam sebulan ini dunia dikejutkan dengan lahirnya bayi hasil proses klon di mana ia mesti di ambil berat oleh ulama’ dan pakar sains agar dunia tidak menjadi lebih celaru. Masalah bayi hasil penzinaan pun sukar ditangani apatah lagi bayi klon yang lebih banyak mendatangkan masalah. Begitu juga dengan fatwa terbaru ulama’ al-Azhar yang mengharuskan pembinaan senjata nuklear bukan untuk mendatangkan ancaman kepada dunia tetapi bertindak sebagai pertahanan agar pihak kuffar merasa gerun untuk menyerang umat Islam sewenang-wenangnya kerana umat Islam turut ada senjata nuklear sebagaimana mereka.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Rasulullah s.a.w pernah mengingatkan kita bagaimana apabila hampirnya waktu qiamat maka ilmu akan ditarik iaitu dengan kematian ulama’. Perkara ini dapat kita saksikan dengan mata kepala kita sendiri di mana bukan setakat ulama’ yang mati malah ulama’ yang masih hidup disekat daripada bergerak dalam menyatakan kebenaran Islam ditambah lagi dengan pelbagai sekatan terhadap pengajian agama yang banyak melahirkan ilmuan Islam termasuk sekolah agama rakyat atas alasan negara ini tidak memerlukan lebih ramai ulama’.  Golongan agama dianggap sebagai golongan yang ketinggalan zaman yang banyak menganggur di mana akibat tiadanya kerja menjadikan golongan ini merasa marah dan bangkit menentang pemimpin. Jika pemimpin bercakap melalui fakta ilmiah maka tuduhan mereka begitu tersasar jauh kerana yang menubuhkan kumpulan perompak bersenjata tidak ramai yang belajar agama, yang terlibat dengan pelbagai masalah sosial yang lain amat sedikit yang faham agama. Malah berlakunya pengangguran lulusan agama kerana sikap pemimpin sendiri yang melarang daripada hidupnya majlis-majlis ilmu di surau dan masjid sedangkan rakyat begitu memerlukan khidmat mereka yang faham agama untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka. Pada peringkat sekolah kebangsaan pula hanya ada satu mata pelajaran agama sahaja yang disediakan sedangkan keperluan pelajar untuk memahami agama secara lebih mendalam terutama berkaitan ilmu fardhu ‘ain sendiri agak diperlukan. Kita terlalu bimbang memandangkan ramai pelajar Islam yang terkandas awal daripada persekolahan samada kerana gagal dalam peperiksaan, masalah kewangan atau malas belajar tidak mampu mempelajari ilmu fardhu ‘ain dengan baik yang menyebabkan peratus pelajar yang tidak pandai mengucap dua kalimah syahadah, membaca fatihah, membaca tahiyyat semakin meningkat apatah lagi yang mampu membaca al-Quran dengan baik serta mampu menunaikan solat dengan penuh sempurna.

Ini baru sentuh tentang beberapa kewajipan agama yang paling asas belum lagi diperingkat kefahaman tentang sistem Islam yang menyeluruh. Pemimpin hanya tahu memberi alasan bahawa hukum Islam tidak dapat dilaksanakan dalam negara kerana jarang saksi tidak fasik dan rakyat masih jahil sedangkan usaha pemimpin dalam menyekat daripada berjalannya pengajian agama semakin kuat. Orang yang belajar agama dianggap sebagai pengganas yang membayakan negara sedangkan ribuan umat Islam yang telah murtad daripada Islam tidak diambil tindakan sewajarnya. Malah semakin jahil rakyat yang mengikut kejahilan pemimpin telah menyebabkan pandangan terhadap kesucian Islam dicemari seperti masalah poligami yang dianggap menghancurkan maruah wanita sedangkan masyarakat barat sendiri telah lama mengiktiraf  bagaimana hanya melalui poligami mampu menangani masalah pelacuran, penzinaan dan penganiayaan  terhadap golongan wanita.

 

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

Inilah bahayanya apabila pemimpin hanya mengiktiraf ilmu moden sahaja sebagai penyumbang kepada pembinaan tamadun yang maju dan menganggap bahawa ilmu agama khusus hanya sebagai kegunaan peribadi. Kita perlu ingat bagaimana keadaan yang kucar kacir dalam dunia hari ini apabila masing-masing meninggalkan peranan agama. Akhirnya berdirinya bangunan tinggi yang megah tetapi tidak juga menenangkan hati manusia kerana ramai yang melakukan rasuah, pecah amanah dan kemungkaran yang lain di dalamnya. Semakin jauh rakyat meninggalkan agama maka semakin banyak wang negara yang perlu dihabiskan untuk menggaji anggota polis dan membina bangunan yang lebih kukuh agar terselamat daripada kecurian dan rompakan. Pembinaan penjara dan pusat serenti serta kelengkapan mahkamah yang memerlukan kos yang begitu tinggi kerana semakin tingginya kes jenayah akibat semakin rendahnya nilai akhlak disebabkan kurangnya kefahaman ilmu. Sedangkan jika kerajaan yang ada menghidupkan budaya ilmu dan mengangkat golongan ulama’ sebagai penyumbang penting dalam melahirkan masyarakat yang faham agama yang boleh mengurangkan kadar jenayah maka wang rakyat lebih banyak disumbangkan kepada orang soleh daripada mengalir untuk menjaga dan mengubati manusia yang telah rosak. Jika doktor di hospital dikira banyak berjasa kerana mampu mengubati penyakit ketagihan arak dan dadah maka ulama’ mesti lebih dikira berjasa kerana berjaya membina manusia yang terus menjauhi dadah dan arak dengan pencegahan sejak daripada awal lagi hasil penyampaian ilmu agama. Jika golongan pakar ilmu moden dikira penyumbang besar kepada tamadun negara kerana berjaya membina bangunan yang tinggi dan memajukan ekonomi maka golongan ulama’ lebih berjasa kerana berjaya membina manusia yang takut kepada Allah sehingga mampu menghidupkan bangunan tinggi yang dibina dan memajukan ekonomi berasaskan Islam dengan menghindari rasuah, pecah amanah dan sebagainya. Oleh itu sedarlah kita betapa pentingnya ilmu agama dan ulama’ dalam membangunkan tamadun negara bukannya pembinaan tamadun bersepadu bergantung semata-mata kepada ilmu moden sahaja.

Firman Allah dalam  ayat 17 surah Huud:

أفمن كان على بينة من ربه ويتلوه شاهد منه ومن قبله كتب موسى إماما ورحمة  أولئك يؤمنون به ومن يكفر به من الأحزاب فالنار موعده  فلاتك فى مرية منه إنه الحق من ربك ولكن أكثر الناس لايؤمنون

Maksudnya : Adakah  orang-orang kafir itu sama dengan orang-orang yang mempunyai bukti yang nyata (al-Quran) dari Tuhannya dan diikuti pula dengan seorang saksi (nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebelum al-Quran itu telah ada Kitab nabi Musa yang menjadi pedoman dan rahmat. Mereka itu beriman kepada al-Quran. Dan sesiapa di antara mereka (orang-orang Quraisy) dan sekutunya yang kafir kepada al-Quran maka nerakalah tempat yang disediakan baginya. Oleh itu janganlah kamu ragu-ragu terhadap al-Quran itu. Sesungguhnya al-Quran itu benar-benar dari Tuhanmu tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.

 بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

28. JIHAD SENJATA AMPUH MELAWAN MUSUH

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 53 – 56 surah As-Syu’ara’ :

فأرسل فرعون في المدائن حــشرين إن هؤلاء لشرذمة قليلون وإنهم لنا لغائظون وإنا لجميع حــذرون

Maksudnya:  Maka Firaun telah menghantar orang yang mengumpulkan tenteranya ke kota-kota. Firaun berkata : “ Sesungguhnya mereka bani Israel benar-benar golongan kecil dan sesungguhnya mereka membuat perkara yang menimbulkan kemarahan kita. Dan sesungguhnya kita benar-benar golongan yang sentiasa berjaga-jaga.

 

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Kini kita berada di awal bulan Rejab yang disifatkan sebagai bulan Allah di mana pada bulan ini telah tercatat satu peristiwa yang besar dan penting dalam kamus umat Islam iaitu berlangsungnya peristiwa Isra’ dan Mikraj. Kita telah mendengar bagaimana nabi Muhammad s.a.w telah tercium bau harum Masyitah penyisir puteri Firaun sebagai anugerah Allah terhadap jihadnya dalam mempertahankan keimanannya kepada Allah. Jihad yang dilancarkan oleh Masyitah terhadap Firaun bukan sahaja telah mengorbankan dirinya sahaja malah  suami dan anak-anaknya turut menjadi mangsa kezaliman Firaun dengan terhumbannya mereka sekeluarga ke dalam periuk yang menggelegak. Jihad yang ditunjukkan oleh Masyitah terhadap Firaun yang mengaku sebagai tuhan mestilah diteruskan oleh kita pada hari ini dalam memastikan kezaliman dan penindasan yang semakin hebat dapat dihancurkan. Firaun dan sikap bongkaknya dalam melawan kehebatan Allah terus ada setiap zaman termasuk zaman ini seperti nabi menyifatkan bahawa Abu Jahal merupakan Firaun pada zamannya. Segala cara keganasan dan penindasan yang dilakukan oleh Firaun terus diwarisi oleh pemimpin dunia hari ini yang mengenepikan hari akhirat dalam melawan kekuatan jihad umat Islam yang tidak mampu dipadamkan lagi malah semakin hari semakin marak membara. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati,

Firaun telah membina bangunan pencakar langit untuk menembak Tuhan nabi Musa tetapi bangunan tersebut bukan sahaja tidak mampu melaksanakan perancangannya yang bodoh itu malah tidak mampu membantunya ketika mati lemas dalam keadaaan penuh kehinaan di tengah laut Merah ketika mengejar nabi Musa dan pengikutnya. Begitu juga kita melihat bagaimana Amerika Syarikat yang megah mendabik dada kerana mempunyai bangunan pencakar langit yang dijadikan senjata utama dalam melawan agama Allah. Bangunan Pusat Dagangan Dunia yang merupakan pusat dalam menguasai ekonomi dunia termasuk ekonomi negara umat Islam yang tunduk kepada sistem yahudi dan juga bangunan pertahanan Pentagon yang menjadi pusat dalam merisik, merancang serta menghalalkan pembunuhan umat Islam terutama di Iraq, Bosnia, Kashmir, Kosovo, Palestin dan lainnya selama ini telah dihancurkan dalam masa yang sekejap menggunakan kapal terbang milik mereka sendiri bukannya bom atom, nuklear atau jet pejuang sebagaimana yang mereka lakukan terhadap musuh sebelum ini. Amerika Syarikat yang merupakan pengganas dunia masa kini mengambil tindakan sebagaimana Firaun iaitu dengan mengumpul segala tenteranya dan melobi sokongan daripada sekutunya disamping menagih simpati daripada negara lain termasuk negara umat Islam untuk melakukan keganasan yang boleh menggugat keamanan dunia. Amerika yang merupakan pengganas dunia tidak pernah menyalahkan diri mereka sendiri tentang sebab bangunan mereka diserang sebaliknya terus mengugut orang lain yang belum tentu terlibat dalam peristiwa ngeri ini sebagai pesalah dan penjenayah yang merbahaya.

Tindakan menuduh secara melulu tanpa bukti terhadap umat Islam yang didakwa menjadi perancang dan pelaksana kepada letupan yang berlaku itu telah menyebabkan keselamatan umat Islam terutama di Amerika, Britain, Jerman dan lainnya tergugat sehingga ada yang terbunuh, masjid di bakar dan sebagainya.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

            Kita melihat dalam siasatan awal yang dilakukan hanya terhadap umat Islam tanpa menyeluruh terhadap orang lain dan tuduhan yang dibuat bukan dengan bukti yang kukuh tetapi sekadar memberi alasan bahawa mereka mempunyai lesen memandu kapal terbang sahaja disamping ada dikalangan mereka yang memiliki taraf warganegara di banyak negara. Jika hanya perkara itu sahaja yang menjadi bukti untuk mendakwa umat Islam yang terlibat dalam serangan nekad ini maka orang yahudi turut mempunyai bukti yang sama termasuk 5 orang pekerja yaudi yang ditangkap oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat 4 jam selepas letupan. Malah bukti terhadap pengkhianatan yahudi lebih jelas dalam peristiwa ini seperti 4 ribu pekerja yahudi dan Israel tidak datang bekerja pada hari kejadian setelah mendapat makluman tentang serangan itu dari kerajaan Israel. Begitu juga pihak perisik Israel Mossad turut meminta agar Perdana Menteri Israel membatalkan lawatan ke Amerika dua hari sebelum letupan berlaku atas alasan akan berlakunya serangan pengganas. Jika perisik Israel Mossad boleh memberitahu kepada kerajaan mereka tentang serangan ini mengapakah mereka tidak memberitahu kerajaan Amerika yang selama ini menjaga kepentingan mereka dalam membunuh umat Islam di bumi Isra’ iaitu Palestin. Ini boleh menjadi bukti yahudi terlibat dan telah tahu tentang serangan ini tetapi malangnya umat Islam pula yang menjadi sasaran mereka. Kita sebagai umat Islam sentiasa diingatkan agar berhati-hati ketika menerima berita supaya kita tidak tersilap langkah dan cepat menuduh orang yang tidak bersalah. Kita mesti jelas bahawa semua media hari ini dikuasai oleh yahudi yang memutar belit segala berita. Jangan mudah terperangkap dengan taktik jahat yahudi dan kuffar.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Ketika Amerika dan sekutunya bersedia untuk menyerang Afghanistan tanpa dalil yang kukuh maka para ulama’ terus bangun mengeluarkan kenyataan bahawa haram membantu Amerika dalam meneruskan keganasannya walau dengan apa bantuan sekali pun. Begitu juga ulama’ dengan tegas menyatakan wajib membantu Afghanistan jika negara itu diserang oleh kuffar. Kebangkitan ulama’ ini sebenarnya menggerunkan kuffar walau pun selama ini mereka mendabik dada bahawa mereka mempunyai senjata yang canggih. Senjata walau sebagaimana canggih pun tetapi jika penggunanya takut mati maka akan tewas dengan izin Allah di tangan pejuang Islam yang begitu menginginkan mati syahid. Inilah yang digeruni oleh kuffar apabila berhadapan dengan umat Islam. Jika Amerika mahu menyerang Afghanistan maka mereka terpaksa memecah belahkan kesatuan negara umat Islam. Bagi tujuan ini maka Amerika dengan perancangan yang licik cuba mempengaruhi pemimpin negara umat Islam untuk menyokong keganasan mereka nanti. Jika perkara ini berlaku maka sekali lagi umat Islam akan menanggung kerugian yang besar kerana berperang sesama sendiri sedangkan kuffar akan mengaut keuntungan daripada peristiwa yang cuba diletuskan ini sebagaimana yang kita alami dalam peperangan Teluk 10 tahun yang lalu.

            Jika Amerika meneruskan juga perancangan jahat mereka ini tanpa mendapat sokongan daripada negara umat Islam maka peperangan yang bakal meletus nanti ialah antara kuasa Islam dengan kuasa Kuffar. Amerika tidak akan lupa bagaimana kejayaan umat Islam menghalau rejim komunis Russia malah berjaya menghancurkan kuasa komunis dunia itu bermula dari Afghanistan. Bukan suatu yang mustahil pengganas dunia Amerika dan sekutunya juga akan dihancurkan oleh pejuang Islam jika peperangan yang cuba meletus ini dilihat pertembungan antara Islam dan kuffar. Oleh itu kita menyeru pemimpin negara umat Islam dan seluruh umat Islam agar bersatu agar kita tidak lagi menjadi mangsa kerakusan kuffar yang ganas.

 

Sidang Jumaat yang dikasihi,

            Kita turut menyokong keputusan ulama’ Afghanistan yang membuat keputusan dengan memujuk Osama bin Laden yang dikehendaki oleh kuffar agar mencari negara lain untuk berhijrah. Ulama’ tetap bertegas untuk tidak menyerahkannya kepada kuffar serta bertegas agar jika diadili pun mesti di mana-mana negara umat Islam bukannya di negara kuffar. Keputusan ini memberi tamparan yang hebat kepada kuffar agar mereka lebih adil dalam menangani isu letupan ini dengan membuat penyiasatan yang kemas bukannya berat sebelah dan menuduh secara melulu. Kita juga peringatkan kepada mereka agar mendakwa pengganas daripada pemimpin kuffar yang terlibat dengan pembunuhan terhadap umat Islam termasuk ayah presiden Amerika sendiri yang menjadi dalang utama terhadap pembunuhan dan penderaan terhadap umat Islam Iraq. Biarkan kami umat Islam menyelesaikan sendiri masalah kami jika adanya orang Islam yang bersalah. Jika kuffar boleh bersandiwara terhadap pembunuhan umat Islam mengapakah apabila mereka sendiri terkena serangan akibat kezaliman dan penindasan mereka selama ini maka mereka terus menyerang tanpa bukti. Jangan cuba bermain api dengan umat Islam yang yakin kepada adanya Allah dan hari qiamat. Umat Islam jarang kalah dan murtad kerana peperangan tetapi umat Islam banyak kalah dan murtad apabila menghadapi serangan ideologi dan sistem ciptaan kuffar seperti sekularisme dan kapitalisme.

Firman Allah dalam ayat 7 surah Muhammad :

يأيها الذين ءامنوا إن تنصروا الله ينصركم ويثبت أقدامكم

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah nescaya Dia kan membantumu dan mengeuhkan kedudukanmu.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن

64. SISTEM ISLAM PENYEMBUH KEGANASAN

 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

فرمان الله تعالى دالم أية    27    سورة المائدة :

واتل عليهم نبأ ابنى ءادم بالحق إذ قربا قربانا فتقبل من أحدهما ولم يتقبل من الأخر قال لأقتلنك قال إنما يتقبل الله من المتقين

Maksudnya : Ceritakanlah kepada mereka kisah 2 anak nabi Adam yang sebenar ketika keduanya mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua dan tidak diterima daripada yang lain. Dia (Qabil) berkata :” Aku pasti membunuhmu!”. Lalu berkata Habil :” Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada mereka yang bertaqwa”.

                Setiap diri insan dianugerahkan akal dan nafsu di mana ia berperanan besar dalam mencari jalan kebenaran jika seseorang itu mampu tunduk kepada petunjuk wahyu. Sebaliknya jika akal dibiarkan berfikir mengikut kehendak nafsu tanpa pedoman wahyu maka kebanyakan manusia akan sesat seterusnya mereka melakukan kerosakan di atas muka bumi ini. Oleh itu dalam mencari jalan kebenaran maka ia memerlukan kepada pengorbanan bermula daripada menuntut ilmu agama peringkat asas lagi sehinggalah kita mampu menjalani kehidupan harian berdasarkan apa yang dikehendaki oleh wahyu. Bertepatan dengan maksud korban itu sendiri iaitu melakukan suatu amalan yang bertepatan dengan kehendak syarak bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Jika kita tidak sanggup berkorban dalam mencari kebenaran maka kita akan menjadi mangsa korban nafsu yang sentiasa bergelora dalam melakukan perderhakaan terhadap Allah. Ada pengorbanan yang dilakukan ikhlas kerana Allah di mana ia diterima sebagai suatu amalan mulia sedangkan ada perbuatan yang didakwa sebagai pengorbanan tetapi bercanggah dengan kehendak syarak maka ia bukan sahaja menjadi amalan yang sia-sia malah menambahkan dosa.

            Menyedari bahawa betapa perlunya sesuatu pengorbanan dalam memperolehi jalan kebenaran seterusnya mempertahankannya daripada dicemari oleh kesesatan maka kita perlu sedar tentang apakah yang perlu dikorbankan demi mencapai keredhaan Allah di dunia dan akhirat. Setelah melihat kepada keadaan yang berlaku terhadap umat Islam khususnya dan dunia umumnya maka memang tidak dapat dinafikan bahawa pengorbanan bermula daripada harta benda dan diri kita begitu diperlukan dalam menghentikan segala bentuk penindasan dan pembunuhan yang berlaku. Selagi umat Islam masih disaluti dengan perasaan terlalu kasih kepada harta dunia dan takut pada mati maka selama itulah pengorbanan yang sepatutnya disumbangkan demi membantu saudara seagama yang sedang ditindas dan dibunuh tidak dapat dilaksanakan  sepenuhnya. Akhirnya dunia umat Islam akan kekal terbahagi kepada 2 iaitu yang pertama dunia umat Islam yang terus menangis menderita disiksa oleh kuffar dan satu lagi dunia umat Islam yang hanya mampu menangis melihat saudara seagama sedang ditindas sedangkan dirinya terus hanyut dalam kenikmatan dunia serta takut untuk membantu dengan seluruh kemampuan yang ada akibat terlalu bimbang dirinya turut akan diserang oleh kuffar.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

            Dunia umat Islam terus diratah dan dibaham secara silih berganti oleh kuffar durjana diketuai oleh yahudi kerana kesilapan dalam berkorban sehingga umat Islam menjadi mangsa korban. Bermula dengan kejatuhan Khilafah Islamiah Othmaniah Turki 1924 akibat silap berkorban di mana kerana ditipu dengan istilah mahu melihat kemodenan maka sistem khilafah menjadi mangsa yang dihancurkan oleh umat Islam sendiri. Akibat tidak sedar tentang tipu daya musuh itu telah menyebabkan umat Islam kehilangan suatu kuasa pemerintahan yang mengawal umat Islam selama ini. Selemah-lemah pemerintah dalam suatu sistem khilafah namun ia masih mampu menjaga kebajikan dan maslahat umat Islam yang berada di bawah naungannya sehingga musuh tidak berani membunuh umat Islam sesuka hati. Sebaliknya kita dapat lihat bagaimana walau pun belum cukup 100 tahun umat Islam kehilangan sistem khilafah tetapi telah berjuta umat Islam menjadi mangsa korban kuffar yang tidak berperi kemanusiaan akibat tiada lagi suatu kuasa pemerintahan yang menjaga umat Islam walau pun jumlah kita begitu ramai. Umat Islam tiada tempat mengadu sehingga musuh mudah untuk menghancurkan negara umat Islam satu demi satu dalam memenuhi kehendak nafsu mereka.

            Dasar pecah perintah yang dilakukan oleh kuffar terhadap negara-negara umat Islam turut menjayakan lagi matlamat kuffar untuk terus menjajah umat Islam ditambah lagi tindakan kuffar yang terus berusaha dalam memastikan pemimpin negara umat Islam mestilah terdiri daripada kalangan mereka yang berusaha mempertahankan sistem penjajah dan sanggup bermati-matian dalam melawan sistem Islam. Kuffar akan memperkudakan pemimpin ini dalam melawan Islam samada secara kasar atau halus tetapi dalam masa yang sama kuffar akan menghancurkan pemimpin tersebut walau pun telah banyak berjasa kepada mereka apabila kuffar merasakan bahawa pemimpin tadi sudah tidak berguna lagi. Contohnya yahudi beberapa kali menggertak dengan menembak tempat kedudukan Yasir Arafat pemimpin Palestin sedangkan beliau telah banyak menjayakan kehendak yahudi dalam menguasai tanah sekitar masjid Aqsa dan mendirikan negara haram zionis yahudi di atas bumi Palestin. Begitu juga dengan Saddam Husein yang telah digunakan oleh kuffar dalam menyerang Iran sebelum ini tetapi bermula daripada peperangan Teluk sehingga hari ini kuffar berusaha menggulingnya sedangkan melalui Saddan Husein kuffar berjaya membina alasan kukuh untuk menyedut minyak bukan sahaja di Iraq malah di Kuwait dan Arab Saudi. Umat Islam pada hari ini diseru membantu Iraq bukan disebabkan mahu mempertahankan batang tubuh Saddam Husein tetapi kerana kewajipan dalam membantu rakyat Iraq yang begitu lama menderita terutama dengan sekatan ekonomi yang turut diberi sokongan oleh pemimpin negara umat Islam sendiri. Adakah kita tidak merasa berdosa membiarkan anak-anak kecil di Iraq mati kebuluran dan bakal menjadi mangsa pembunuhan kuffar. Adakah kita tidak rasa bersalah membiarkan orang-orang tua dan wanita yang tidak berdosa terus dibaham oleh peluru musuh. Adakah kita tidak berasa belas kasihan melihat rakyat Iraq diratah oleh bom kuffar durjana. Berapa banyakkah sumbangan yang kita telah dan bakal hulurkan untuk rakyat Iraq. Adakah kita sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Allah agar umat Islam di Iraq dan seluruh dunia diberi bantuan dan keselamatan.

           

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,

            Ketika berhadapan dengan keganasan kuffar yang dihasut oleh yahudi maka umat Islam mesti kembali bersatu di bawah panji Islam. Selagimana umat Islam meninggalkan ajaran Islam yang menyeluruh maka selama itulah kita akan dihina oleh Allah antaranya melalui penindasan musuh. Usah banyak bercakap dan hanya tahu berhimpun dalam menyebut keganasan terhadap umat Islam sedangkan pemimpin masih meneruskan dasar lama iaitu berpakat untuk tidak sepakat serta bersatu untuk berpecah. Sepatutnya sesuatu perhimpunan diadakan dalam mencari jalan terbaik untuk menghentikan keganasan bukannya untuk menonjolkan siapa jaguh dalam bercakap tentang keamanan sejagat sedangkan dialah juga jaguh yang melakukan penindasan terhadap rakyat sendiri. Pemimpin umat Islam sewajarnya memadamkan sikap gila kuasa serta menghilangkan semangat kebangsaan dengan mengutamakan maslahat Islam dan sejagat. Apabila tiada lagi sikap gila kuasa dan semangat kebangsaan yang sempit dalam diri pemimpin maka ia boleh membawa kepada seluruh negara umat Islam bersatu di bawah satu kepimpinan bukannya sebagaimana hari ini di mana ada ketua tetapi sekadar dalam Pertubuhan Negara Islam (OIC) sahaja sedangkan keputusan yang bakal dibuat kebanyakannya tertakluk kepada negara masing-masing. Akhirnya kuffar tidak pernah gentar apabila melihat pemimpin negara umat Islam berhimpun kerana kebanyakan hasil adalah menguntungkan kuffar.

            Disamping itu pemimpin negara umat Islam perlu bersepakat dalam melaksanakan seluruh sistem Islam dalam negara sehingga kita mampu tunjukkan model yang terbaik kepada dunia tentang keindahan dan keadilan sistem ekonomi, perundangan, sosial Islam. Negara bukan Islam tidak akan menolak mentah-mentah sistem Islam bagi menggantikan kegagalan sistem ciptaan yahudi terutama kapitalis, sosialis dan komunis jika ada model sistem Islam yang telah dijalankan dengan  jayanya. Dunia pernah menyaksikan bagaimana peristiwa Hijrah nabi ke Madinah telah mematikan sistem riba amalan yahudi dengan berjalannya sistem jual beli berdasarkan Islam sehingga penduduk Madinah dan yahudi sendiri sanggup tunduk kepadanya.  Selagi negara umat Islam sendiri terus tunduk kepada sistem kuffar serta terikut-ikut dengan rentak kuffar dalam menuduh umat Islam sebagai pengganas dan Islam adalah punca kemunduran maka selagi itulah kuffar akan terus memperkudakan kita manakala orang bukan Islam tidak nampak alasan yang munasabah untuk menggunakan sistem Islam apatah lagi untuk melantik umat Islam sebagai ketua dalam menjaga keamanan dunia.

 

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Setelah menyedari bagaimana pengorbanan yang sepatutnya dibuat maka umat Islam mesti sentiasa berhati dengan usaha musuh dalam menghancurkan Islam. Kita di negara ini diuji dengan pemimpin yang sikapnya seperti Mustafa Kamal at-Tartuk iaitu seorang pemimpin yang pasti melakukan apa yang dinafikan. Jika Mustafa Kamal at-Tartuk  laknatullah pernah berjanji kepada ulama’ dengan bersungguh-sungguh bahawa dia hanya mahu melihat Turki lebih maju dan sama sekali tidak akan membuang sistem khilafah yang ada tetapi apa yang dibuat adalah sebaliknya iaitu dengan menghancurkan sistem khilafah seterusnya menubuhkan negara Turki sekuler. Begitulah yang dilakukan oleh pemimpin kita pada hari ini termasuk dalam kes sekolah agama rakyat di mana telah dihamburkan janji kepada mufti bahawa sekolah agama tidak akan diganggu sebaliknya beberapa hari selepas itu bukan sahaja ditarik bantuan perkapita tetapi disertakan dengan usaha jahat yang lain atas alasan kemajuan dalam menghancurkan sekolah agama. Jika umat Islam sehingga hari ini menderita akibat kehilangan sistem khilafah akibat tipu daya Mustafal Kamal at-Tartuk maka kita disini jangan sama sekali tertipu buat kali kedua sehingga boleh menyebabkan usaha dalam menjadikan negara ini sebagai negara sekuler penuh akan terlaksana menyebabkan anak cucu kita bakal menderita dan kehilangan cahaya agama. Kita yang dijajah sehingga hilangnya sistem Islam yang pernah dilaksanakan pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu pun cukup menderita terutama hanya mampu melihat dengan mata putih bagaimana ribuan umat Islam murtad daripada agama tanpa tindakan yang sewajarnya. Ini ditambah lagi dengan kehilangan sistem pendidikan agama yang sepastinya akan diubah dari masa ke semasa mengikut kesesuaian sekuler. Oleh itu bangkitlah segera dalam melawan usaha jahat sekuler yang sememangnya memusuhi Islam. Sebelum terlambat maka berusahalah semampu yang mungkin dalam menghancurkan perancangan terkutuk ini. Berkorbanlah untuk Islam. Jangan korbankan Islam untuk nafsu.

Firman Allah dalam  ayat 24 surah at-Taubah:

قل إن كان آباؤكم وأبناؤكم وإخوانكم وأزواجكم وعشيرتكم وأموال اقترفتموها وتجارة تخشون كسادها ومسكن ترضونها أحب إليكم من الله ورسوله وجهاد فى سبيله فتربصوا حتى يأتي الله بأمره والله لايهدى القوم الفــسقين

Maksudnya : Katakanlah wahai Muhammad! : “ Jika bapa-bapa kamu, anak-pinakmu, saudara-maramu, isteri-isterimu dan keluargamu serta harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai di mana jika ini semua menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan rasulNya dan daripada berjihad untuk agamaNya maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan ketetapanNya daripada azab kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada mereka yang derhaka

 بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Edisi Khutbah Ke-7

1. Penuhi Syarat Kemenangan Islam                                                                  

2. Penyebaran Islam Dan Penjajahan Kuffar                                                     

3. Pertahankan Keutuhan Tamadun Rohani                                                      

4. Ilmu Islam Penyebar Keamanan Sejagat                                                       

5.  Bahaya Jauhi al-Quran                                                                                     

6.  Peranan Agama dalam Pembangunan Negara                                        

7.  Bahaya Utamakan Dunia Daripada Agama                                                           

8. Islam Berkuasa Melayu Perkasa                                                                                  

 9. Sistem Islam Penyembuh Keganasan                                                            

10. Khutbah Eidil Fitri 1425H

Edisi Khutbah Ke-6

1. Islamkan Dasar Pendidikan                                                                               

2. Iktibar Peperangan Mu’tah                                                                              

3. Ancaman Golongan Sesat Sekularisme                                                        

4. Merdekakan Negara Daripada Penjajahan Baru                                        

5. Menyanggah Fahaman Kebendaan                                                             

6. Bersatu Mencapai Kemerdekaan Hakiki                                                       

7. Iktibar Peperangan Tabuk                                                                                

8. Iktibar Peristiwa Isra’ dan Mikraj                                                                                   

9. Mendaulatkan Kembali Bumi Isra’                                                                   

10. Khutbah Eidil Fitri 1423H

Edisi Khutbah Ke-5

1. Kuffar Takut Kepada Islam                                                                    

2. Daulah Islamiah Memperkasakan Islam                                             

3. Hijrah Menjulang Kehebatan Islam                                                     

4. Lima Ujian Terhadap Orang Mukmin                                                  

5. Islam DiSanggah Masalah Bertambah                                                           

6. Antara Keimanan dan Amalan                                                                       

7. Kuffar Menyerang Islam Melawan                                                      

8. Berundur atau Terkubur Wahai Yahudi                                                           

9. Kelahiran Rasulullah s.a.w Perubah Tamadun                                               

10. Khutbah Eidil Adha 1422H