• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3











  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,676,525 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 6,409 other followers

Islam Antara Cinta dan Benci


 

 

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

            Firman Allah dalam ayat 8 surah as-Soff :

يُرِيدُونَ لِيُطْفِؤُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ 

Maksudnya : Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

            Islam merupakan agama fitrah yang bersesuaian dengan sifat kejadian manusia itu sendiri. Cuma sikap permusuhan dan terlalu mengikut kehendak hawa nafsu yang jahat menyebabkan adanya manusia yang melawan Islam. Pada hari ini kita dapat saksikan bagaimana Islam mula menjadi perhatian utama kepada umat manusia seluruh dunia samada mereka mencintai Islam atau membencinya. Rakyat negara barat sendiri mula celik mata berkenaan kehebatan dan keadilan Islam di mana jika sebelum ini di Kanada pernah bergema di dalam parlimennya suara cadangan agar dilaksanakan perundangan Islam terutama kepada warganegaranya yang beragama Islam. Pada awal tahun ini sekali lagi laungan agar pelaksanaan system perundangan Islam bergema di negara barat di mana kali ini ketua Paderi Kristian Protestan Amerika Syarikat pula yang menyuarakan perkara ini. Walaupun para pemimpin Amerika dan pengikutnya meminta agar saranan ini ditarik balik namun ketua paderi ini tetap bertegas dengan pandangannya. Begitu juga apabila kehangatan pemilihan presiden Amerika turut dikaitkan dengan Islam apabila salah seorang calonnya iaitu Obama dikatakan beragama Islam. Apabila dia menafikan bahawa dia bukan beragama Islam maka ada dakwaan bahawa keluarganya ada yang beragama Islam. Malah apa yang lebih hangat lagi apabila adanya dakwaan bahawa Obama pernah belajar di sebuah pondok di Indonesia berkaitan Islam. Rentetan beberapa peristiwa ini memberi pengajaran yang besar kepada umat Islam bagaimana Islam semakin ditekan semakin naik, semakin diperangi semakin mendapat tempat di hati manusia. Islam ibarat layang-layang semakin kuat ditongkah arus angin deras maka semakin tinggi ia melayang di udara. Adalah tidak menjadi suatu yang mustahil jika Islam akan memerintah negara-negara barat melalui kesedaran rakyat mereka sendiri yang bangun untuk melaksanakan sistem Islam dalam negara setelah melihat segala perundangan yang dilaksanakan sebelum ini gagal dalam membina diri manusia

 

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

            Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Hijr :

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Maksudnya : Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya

            Musuh Islam yang sentiasa berusaha siang dan malam dalam memerangi Islam terus menerus cuba memesong ajaran Islam. Kita pernah dengar bagaimana adanya tuduhan liar bahawa al-Quran yang ada pada tangan kita pada hari ini atas resam Uthmani didakwa sebagai al-Quran baru yang direka oleh Sayyidina Uthman al-’Affan  bukannya sebagaimana al-Quran pada zaman nabi. Sayyiidina Uthman dituduh telah mengumpul dan membakar al-Quran zaman nabi dan digantikan dengan al-Quran versinya sendiri. Ini semua adalah fitnah liar kerana al-Quran terus terpelihara sebagaimana contohnya bilangan ayat dan surah al-Quran pada zaman nabi dan Sayyidina Uthman adalah sama dan tidak berubah walau pun satu huruf. Begitu juga sekitar tahun 1996 di mana yahudi telah bertindak biadap menulis beberapa surah palsu tetapi tindakan jahat mereka disedari dan dapat ditolak dngan mudah. Jika pada tahun 2006 dunia dikejutkan dengan tindakan biadap oleh sebuah akhbar Denmark yang melakar karikatur yang menghina nabi Muhammad s.a.w maka pada tahun ini pula dunia Islam sekali lagi dunia Islam digemparkan dengan tindakan biadap seorang ahli parlimen Belanda yang mereka sebuah filem pendek bertajuk ”Fitna” yang mempunyai dua versi ditayangkan lebih kurang 17 minit yang memaparkan beberapa potong ayat al-Quran yang menjelaskan mengenai konsep jihad dan peperangan dalam Islam yang disalahtafsirkan mengikut nafsu jahatnya di mana melalui filem ini digambarkan Islam menggalakkan keganasan. Umat Islam yang cintakan Islam bangkit menentang kebiapan ini termasuk memboikot barangan keluaran Belanda. Ini adalah tindakan dalam menyedarkan mereka yang bertindak biadap terhadap Islam supaya sedar mengenai kesalahan mereka serta memberi amaran keras bahawa umat Islam tidak akan membiarkan Islam dicaci dan dihina.

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat  36  surah al-Anfal :

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّواْ عَن سَبِيلِ اللهِ فَسَيُنفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ إِلَى جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan dan ke dalam neraka jahannam mereka akan dikumpulkan.

            Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia ini juga kita mengutuk tindakan kejam tentera Ethiopia (Habsyah) dalam tragedi penyembelihan 11 orang Ulama di Masjid Al-Hidayah, Mogadishu negara Somalia pada 21 April 2008 baru-baru ini . Begitu juga dengan kezaliman zionis yahudi di bumi Palestin yang saban hari membunuh umat Islam dan merampas bumi milik umat Islam. Sebab itulah bila timbulnya masalah keizinan terhadap 2 warga yahudi Israel yang akan datang bersama pasukan bolasepak Chelsea ke Malaysia atas alasan politik dan sukan tidak berkaitan maka badan-badan Islam bangun membantahnya memandangkan kepada kezaliman yang dilakukan oleh zionis yahudi kepada saudara kita di bumi Palestin. Peristiwa keganasan pihak tertentu atas arahan pimpinan negara terhadap umat Islam yang membantah kedatangan pasukan kriket Israel ke Malaysia sekitar tahun 1996 yang  lalu sepatutnya memberi peringatan kepada pimpinan negara agar tidak mengulangi peristiwa yang sama. Sukan dan politik ada kaitan antara satu sama lain malah ia dijadikan suatu senjata yahudi dalam menguasai dunia.

Umat Islam perlu ingat kepada protokol yahudi ke-13 dalam menguasai dunia yang berbunyi : untuk menjauhkan orang ramai selain yahudi daripada mendapat maklumat baru tentang garis kerja yang zionis yahudi laksanakan maka kita akan melalaikan masyarakat dunia dengan pelbagai program permainan dan hiburan. Kita akan mengiklankan di dalam akhbar dan lainnya tentang seruan supaya mereka menceburi pelbagai kegiatan seperti aktiviti seni hiburan, sukan dan sebagainya. Dengan keseronokan yang baru ini maka pemikiran manusia akan lalai daripada memikirkan masalah perselisihan antara yahudi dengan mereka. Apabila sesuatu bangsa telah kehilangan sedikit demi sedikit nikmat berfikir maka mereka akan datang kepada yahudi kerana sebab yang satu iaitu yahudi akan menjadi anggota masyarakat yang bernilai dan lebih layak dalam mengemukakan pendapat dan buah fikiran yang baru kepada manusia. Melalui cara ini negara Israel akan diiktiraf oleh dunia dan seluruh dunia akan berkhidmat untuk yahudi

 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

Firman Allah dalam ayat  217  surah al-Baqarah :

وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُوْلَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Maksudnya : Dan sesiapa daripada kamu yang murtad daripada agamanya lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir maka gugurlah amalan-amalan mereka di dunia dan akhirat. Dan mereka menjadi ahli neraka yang mereka akan kekal di dalamnya selama-lamanya

Negara kita turut menyaksikan beberapa perkara berkaitan dengan Islam. Antaranya cadangan untuk mewajibkan muallaf yang baru memeluk Islam supaya mengistiharkan keislamannya di mana ia dibantah oleh kebanyakan saudara baru kerana ia boleh menyebabkan orang bukan Islam takut untuk memeluk Islam. Sebelum inipun muallaf bukan malu untuk menyatakan keislaman mereka sebaliknya takut  kepada keselamatan mereka jika mengistiharkan keislaman mereka ketika mula-mula memeluk Islam. Sehubungan dengan cadangan ini timbul pula cadangan daripada sebuah parti bukan Islam supaya dihalalkan murtad di mana kita akan menentang cadangan jahat ini habis-habisan. Islam bukan agama yang boleh dipermainkan. Kita tetap mempertahankan kesucian dan kemuliaan Islam walau apa pun yang bakal dihadapi. Kita tidak akan membiarkan sama sekali Islam djadikan bahan persendaan.  Islam tetap dijulang walau pun ia ditentang. Islam tetap berdiri gagah walau pun ada  pihak yang cuba menyanggah. Islamlah nescaya kita selamat di dunia dan akhirat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: