• Ahlan Wa Sahlan

    Selamat Datang Ke Blog Khutbah Pilihan yang menampilkan lebih 300 teks khutbah Jumaat dan Hari raya yang dinukilkan oleh Ibnuatiq bermula tahun 1999 hingga kini. Ia merupakan salah suatu usaha dakwah dalam mengembangkan syiar Islam di mana para pengunjung digalakkan untuk mengambil teks khutbah ini untuk sebaran umum. Sebarang teguran kepada kesilapan dan cadangan atau ingin khutbah terbaru bolehlah daftar melalui facebook.com/ekhutbah . Semoga kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah.

  • Kandungan Blog

  • ekhutbah Audio MP3

  • Kategori Khutbah

  • Arkib Khutbah

  • Tulisan Terbaik

  • Capaian Terhangat

  • Pengunjung Blog

    • 1,990,083 tetamu
  • Tetamu Online

  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 40,757 other followers

  • Advertisements

Tuan Guru Hj Yaakob Gong Serai

Datuk sebelah ayah penyunting

Advertisements

TUAN GURU HJ ABDUL AZIZ BIN HJ ABU BAKAR

( Pengasas 2 Pondok Pasir Tumboh)

 Datuk sebelah ibu penyunting eKhutbah 

Tarikh dan tempat lahir  : Awal Ogos 1923M di Kampung Terusan Limbat, Kota Bharu

Nama Ayahanda : Hj Abu Bakar bin Hj Abdul Latif  bin Abdul Ghani (meninggal sekitar 1966) di mana beliau pernah berguru dengan Tok Seridik, Kuala Nipah sewaktu berada di Mekah

Nama Bonda : Hajah Mariam bt Hj Daud iaitu anak kepada Tuan Guru Hj Daud b Hj Hasan (meninggal lebih kurang tahun 1957) yang merupakan seorang ulama’ di Kampung Machang Limbat yang sempat berguru dengan Hj Said Kg Lama, Besut, Hj Ismail b Hj Mahmud, Kg Atas Banggol, Kota Bharu, Hj Omar Mentuan dan Hj Nik Man Tua, Jalan Che Su, Kota Bharu.

 Pendidikan

a.     Belajar asas agama dengan ayahandanya sendiri

b.     1930 bersekolah di Sekolah Melayu Kubang Keranji hingga darjah IV

c.     Pondok Tok Kenali selama 3 tahun tetapi tidak sempat belajar dengan Tok Kenali sendiri disebabkan beliau telah meninggal dunia ketika itu

d.     1940 berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Ali Salahuddin b Awang, Pulau Pisang selama 3 tahun setengah

e.     1943 berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Abdullah Tahir, Bunut Payong

f.        Beliau turut belajar dengan berulang-alik ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu dengan mengayuh basikal untuk berguru dengan Mufti Hj Muhammad Nor b Hj Ibrahim disamping belajar dengan Dato’ Hj Ahmad Maher dirumahnya di Medan Tuan Padang dan juga Kampung Puteh

g.     1950 menyambung pengajian di Mekah selama 3 tahun 8 bulan  iaitu sehingga tahun 1953

h. Telah mempelajari kitab dengan sempurna (khatam) sebanyak 114 buah kitab bersempena dengan jumlah bilangan surah al-Quran al-Karim

i. Tempoh pengajian beliau selama 23 tahun bersempena dengan tempoh turunnya kitab suci al-Quran al-Karim

Antara Usaha dan Kata-kata Perangsang Daripada Ayahanda

1. Semasa kecil ayahandanya Hj Abu Bakar telah membawa beliau dan abangnya Tuan Guru Hj Mustafa untuk bertemu dengan Tok Kenali. Ayahandanya meminta agar Tok Kenali meludah ke dalam mulut kedua anaknya itu tetapi Tok Kenali tidak berbuat demikian sebaliknya bertindak meludah ke dalam bekas air lalu diberikan kepada abangnya dahulu tetapi dia enggan. Air itu diberikan kepadanya lalu diminumnya kemudian diikuti oleh abangnya

2. Ayahandanya sentiasa mengintip anaknya ini pada waktu malam sepanjang belajar di pondok di mana anaknya dapat mengetahui tentang kedatangan ayahandanya  selepas melihat adanya bekalan seperti beras, kayu api dan makanan lain yang diletakkan di atas tangga pondoknya

3. Semasa berada di Mekah maka ayahandanya sentiasa mengutus surat dan diantara kata perangsangnya ialah sebagaimana berikut :

a.     “ Wahai anakku! Ayahanda tidak akan mengaku bahawa engkau alim sehingga engkau dapat mengajar dalam Masjidil Haram”.

–         Sebelum pulang ke Malaysia pada tahun 1953, beliau sempat mengajar di Masjidil Haram sebagaimana yang dikehendaki oleh ayahnya

b.     “ Ayahanda mahukan anakanda belajar sekejap tetapi dapat menandingi ilmu orang-orang lama walau pun terpaksa menghabiskan wang”

– Beliau menunai permintaan ini dengan belajar lebih masa serta sanggup memberi saguhati kepada 4 orang guru sebanyak RM 25.00 setiap orang sebulan

Membuka pondok

Setelah pulang ke tanahair pada pertengahan tahun 1953 maka beliau bersama abangnya mulai mengajar di atas balaisah kepunyaan ayahandanya.

1954 dengan usaha mereka bersama bapa sepupunya Hj Yazid b Hj Yaakub b Hj Ghani , Penggawa dan orang-orang kampung maka sebuah madrasah untuk tempat berjemaah dan belajar berjaya dibina. Ia dinamakan al-Madrasah ad-Diniah al-Bakriah sempena nama ayahanda tercinta

  Lantikan dan Kurniaan

  a. 1950-an beliau dilantik menganggotai Jemaah Ulama’ Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sehinggalah beliau meninggal dunia

 b. 1978 KDYMM Sultan Yahya Petra telah mengurniakan Pingat Bakti (P.B) kepadanya

 c. Aktif dalam politik kepartian dan pernah menjawat jawatan ahli majlis syura Ulama’ Pas Kelantan

 Sakit dan Meninggal Dunia

Abangnya Tuan Guru Hj Mustafa telah meninggal dunia pada 19 April 1984

Beliau sendiri terpaksa berhenti daripada mengajar mulai tahun 1985 kerana sakit angin ahmar

Beliau menghembus nafas yang terakhir pada petang Rabu jam 7.10 malam Khamis 17 Jun 1987M bersamaan 20 Syawal 1407H

Info eKhutbah

Khutbah di bawah ini merupakan Himpunan Khutbah Dari Masjid Mukim Terusan, Pondok Pasir Tumboh dan beberapa masjid lain yang pernah disampaikan oleh penyuntingnya. Sebarang kesilapan fakta dan kesalahan bahasa diharapkan dapat teguran untuk kebaikan bersama. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua.

Khutbah-khutbah ini sebelum ini disiarkan melalui laman web Darul Ulum dan ekhutbah tetapi disebabkan masalah teknikal menyebabkan kedua-dua laman web tersebut tidak dapat berfungsi. Oleh itu maka pihak kami menggunakan blog ini dalam meneruskan usaha dalam menyampaikan mesej dakwah kepada umum. Semoga Allah memberkati usaha murni ini

Khutbah terbaru ialah boleh dilihat pada butang khutbah terkini

Jika mahu menukar khutbah-khutbah ini daripada tulisan rumi kepada tulisan jawi bolehlah menggunakan laman web E-Jawi

Biodata Pena

Ibnu Atiq
Ayahanda Tercinta Al-Marhum Ustaz Hj Atiqullah b Hj Yaacob. Ibunda tersayang Hajah Samihah bt Hj Abdul Aziz. Datuk sebelah ayah Al-Marhum Tuan Guru Hj Yaacob. Datuk Sebelah ibu Al-Marhum Tuan Guru Hj Abdul Aziz b Hj Abu Bakar Pondok Pasir Tumboh. Pengajian peringkat rendah di Sekolah Kebangsaan Gong Dermin. Peringkat menengah di Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu sebelum menyambung pengajian peringkat BA di Universiti Balqa’, Jordan. Terus menjadi penuntut ilmu di Pondok Pasir Tumboh sambil mencurahkan khidmat bakti setakat termampu

Alamat email : alasyqar@hotmail.com

Islam Antara Cinta dan Benci

السلام عليكم

الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T,

            Firman Allah dalam ayat 8 surah as-Soff :

يُرِيدُونَ لِيُطْفِؤُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ 

Maksudnya : Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).

            Islam merupakan agama fitrah yang bersesuaian dengan sifat kejadian manusia itu sendiri. Cuma sikap permusuhan dan terlalu mengikut kehendak hawa nafsu yang jahat menyebabkan adanya manusia yang melawan Islam. Pada hari ini kita dapat saksikan bagaimana Islam mula menjadi perhatian utama kepada umat manusia seluruh dunia samada mereka mencintai Islam atau membencinya. Rakyat negara barat sendiri mula celik mata berkenaan kehebatan dan keadilan Islam di mana jika sebelum ini di Kanada pernah bergema di dalam parlimennya suara cadangan agar dilaksanakan perundangan Islam terutama kepada warganegaranya yang beragama Islam. Pada awal tahun ini sekali lagi laungan agar pelaksanaan system perundangan Islam bergema di negara barat di mana kali ini ketua Paderi Kristian Protestan Amerika Syarikat pula yang menyuarakan perkara ini. Walaupun para pemimpin Amerika dan pengikutnya meminta agar saranan ini ditarik balik namun ketua paderi ini tetap bertegas dengan pandangannya. Begitu juga apabila kehangatan pemilihan presiden Amerika turut dikaitkan dengan Islam apabila salah seorang calonnya iaitu Obama dikatakan beragama Islam. Apabila dia menafikan bahawa dia bukan beragama Islam maka ada dakwaan bahawa keluarganya ada yang beragama Islam. Malah apa yang lebih hangat lagi apabila adanya dakwaan bahawa Obama pernah belajar di sebuah pondok di Indonesia berkaitan Islam. Rentetan beberapa peristiwa ini memberi pengajaran yang besar kepada umat Islam bagaimana Islam semakin ditekan semakin naik, semakin diperangi semakin mendapat tempat di hati manusia. Islam ibarat layang-layang semakin kuat ditongkah arus angin deras maka semakin tinggi ia melayang di udara. Adalah tidak menjadi suatu yang mustahil jika Islam akan memerintah negara-negara barat melalui kesedaran rakyat mereka sendiri yang bangun untuk melaksanakan sistem Islam dalam negara setelah melihat segala perundangan yang dilaksanakan sebelum ini gagal dalam membina diri manusia

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

            Firman Allah dalam ayat 9 surah al-Hijr :

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Maksudnya : Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya

            Musuh Islam yang sentiasa berusaha siang dan malam dalam memerangi Islam terus menerus cuba memesong ajaran Islam. Kita pernah dengar bagaimana adanya tuduhan liar bahawa al-Quran yang ada pada tangan kita pada hari ini atas resam Uthmani didakwa sebagai al-Quran baru yang direka oleh Sayyidina Uthman al-’Affan  bukannya sebagaimana al-Quran pada zaman nabi. Sayyiidina Uthman dituduh telah mengumpul dan membakar al-Quran zaman nabi dan digantikan dengan al-Quran versinya sendiri. Ini semua adalah fitnah liar kerana al-Quran terus terpelihara sebagaimana contohnya bilangan ayat dan surah al-Quran pada zaman nabi dan Sayyidina Uthman adalah sama dan tidak berubah walau pun satu huruf. Begitu juga sekitar tahun 1996 di mana yahudi telah bertindak biadap menulis beberapa surah palsu tetapi tindakan jahat mereka disedari dan dapat ditolak dngan mudah. Jika pada tahun 2006 dunia dikejutkan dengan tindakan biadap oleh sebuah akhbar Denmark yang melakar karikatur yang menghina nabi Muhammad s.a.w maka pada tahun ini pula dunia Islam sekali lagi dunia Islam digemparkan dengan tindakan biadap seorang ahli parlimen Belanda yang mereka sebuah filem pendek bertajuk ”Fitna” yang mempunyai dua versi ditayangkan lebih kurang 17 minit yang memaparkan beberapa potong ayat al-Quran yang menjelaskan mengenai konsep jihad dan peperangan dalam Islam yang disalahtafsirkan mengikut nafsu jahatnya di mana melalui filem ini digambarkan Islam menggalakkan keganasan. Umat Islam yang cintakan Islam bangkit menentang kebiapan ini termasuk memboikot barangan keluaran Belanda. Ini adalah tindakan dalam menyedarkan mereka yang bertindak biadap terhadap Islam supaya sedar mengenai kesalahan mereka serta memberi amaran keras bahawa umat Islam tidak akan membiarkan Islam dicaci dan dihina.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Firman Allah dalam ayat  36  surah al-Anfal :

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّواْ عَن سَبِيلِ اللهِ فَسَيُنفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ إِلَى جَهَنَّمَ يُحْشَرُونَ

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang kafir itu menafkahkan harta mereka untuk menghalangi jalan Allah. Mereka akan menafkahkan harta itu kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka dan mereka akan dikalahkan dan ke dalam neraka jahannam mereka akan dikumpulkan.

            Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia ini juga kita mengutuk tindakan kejam tentera Ethiopia (Habsyah) dalam tragedi penyembelihan 11 orang Ulama di Masjid Al-Hidayah, Mogadishu negara Somalia pada 21 April 2008 baru-baru ini . Begitu juga dengan kezaliman zionis yahudi di bumi Palestin yang saban hari membunuh umat Islam dan merampas bumi milik umat Islam. Sebab itulah bila timbulnya masalah keizinan terhadap 2 warga yahudi Israel yang akan datang bersama pasukan bolasepak Chelsea ke Malaysia atas alasan politik dan sukan tidak berkaitan maka badan-badan Islam bangun membantahnya memandangkan kepada kezaliman yang dilakukan oleh zionis yahudi kepada saudara kita di bumi Palestin. Peristiwa keganasan pihak tertentu atas arahan pimpinan negara terhadap umat Islam yang membantah kedatangan pasukan kriket Israel ke Malaysia sekitar tahun 1996 yang  lalu sepatutnya memberi peringatan kepada pimpinan negara agar tidak mengulangi peristiwa yang sama. Sukan dan politik ada kaitan antara satu sama lain malah ia dijadikan suatu senjata yahudi dalam menguasai dunia.

Umat Islam perlu ingat kepada protokol yahudi ke-13 dalam menguasai dunia yang berbunyi : untuk menjauhkan orang ramai selain yahudi daripada mendapat maklumat baru tentang garis kerja yang zionis yahudi laksanakan maka kita akan melalaikan masyarakat dunia dengan pelbagai program permainan dan hiburan. Kita akan mengiklankan di dalam akhbar dan lainnya tentang seruan supaya mereka menceburi pelbagai kegiatan seperti aktiviti seni hiburan, sukan dan sebagainya. Dengan keseronokan yang baru ini maka pemikiran manusia akan lalai daripada memikirkan masalah perselisihan antara yahudi dengan mereka. Apabila sesuatu bangsa telah kehilangan sedikit demi sedikit nikmat berfikir maka mereka akan datang kepada yahudi kerana sebab yang satu iaitu yahudi akan menjadi anggota masyarakat yang bernilai dan lebih layak dalam mengemukakan pendapat dan buah fikiran yang baru kepada manusia. Melalui cara ini negara Israel akan diiktiraf oleh dunia dan seluruh dunia akan berkhidmat untuk yahudi

Firman Allah dalam ayat  217  surah al-Baqarah :

وَمَن يَرْتَدِدْ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُوْلَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأُوْلَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Maksudnya : Dan sesiapa daripada kamu yang murtad daripada agamanya lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir maka gugurlah amalan-amalan mereka di dunia dan akhirat. Dan mereka menjadi ahli neraka yang mereka akan kekal di dalamnya selama-lamanya

Negara kita turut menyaksikan beberapa perkara berkaitan dengan Islam. Antaranya cadangan untuk mewajibkan muallaf yang baru memeluk Islam supaya mengistiharkan keislamannya di mana ia dibantah oleh kebanyakan saudara baru kerana ia boleh menyebabkan orang bukan Islam takut untuk memeluk Islam. Sebelum inipun muallaf bukan malu untuk menyatakan keislaman mereka sebaliknya takut  kepada keselamatan mereka jika mengistiharkan keislaman mereka ketika mula-mula memeluk Islam. Sehubungan dengan cadangan ini timbul pula cadangan daripada sebuah parti bukan Islam supaya dihalalkan murtad di mana kita akan menentang cadangan jahat ini habis-habisan. Islam bukan agama yang boleh dipermainkan. Kita tetap mempertahankan kesucian dan kemuliaan Islam walau apa pun yang bakal dihadapi. Kita tidak akan membiarkan sama sekali Islam djadikan bahan persendaan.  Islam tetap dijulang walau pun ia ditentang. Islam tetap berdiri gagah walau pun ada  pihak yang cuba menyanggah. Islamlah nescaya kita selamat di dunia dan akhirat.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Pertanian Subur Negara Makmur

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah S.W.T dalam ayat 46 – 49  surah Yusuf :

يُوسُفُ أَيُّهَا الصِّدِّيقُ أَفْتِنَا فِي سَبْعِ بَقَرَاتٍ سِمَانٍ يَأْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ وَسَبْعِ سُنبُلاَتٍ خُضْرٍ وَأُخَرَ يَابِسَاتٍ لَّعَلِّي أَرْجِعُ إِلَى النَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَعْلَمُونَ قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِي سُنبُلِهِ إِلاَّ قَلِيلاً مِّمَّا تَأْكُلُونَ  ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ لَهُنَّ إِلاَّ قَلِيلاً مِّمَّا تُحْصِنُونَ  عَامٌ فِيهِ يُغَاثُ النَّاسُ وَفِيهِ يَعْصِرُونَ

Maksudnya : Maksudnya : Setelah dia berjumpa dengan nabi Yusuf, berkatalah ia): “Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): 7 ekor lembu yang gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu yang kurus; dan 7 tangkai (biji-bijian) yang hijau serta 7 tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya”. Nabi Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh 7 tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah ia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, 7 tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). “Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”.

            Al-Quranul Karim merupakan mukjizat yang terbesar yang dianugerahkan kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Antara isi kandungan al-Quran ialah berkenaan kisah para nabi bagi dijadikan teladan terbaik dalam melahirkan diri kita sebagai umat terbaik. Bila kita membaca surah Yusuf umpamanya maka kita dapat mengambil begitu banyak pengajaran yang  penting antaranya berkaitan tafsiran mimpi nabi Yusuf berkaitan bumi Mesir yang mesti menggunakan peluang dalam menanam gandum pada musim subur selama 7 tahun sebelum datangnya musim kemarau selama 7 tahun selepas itu. Pelaksanaan terhadap tasiran mimpi Nabi Yusuf itu bukan sahaja dapat menyelamatkan rakyat Mesir daripada mati kebuluran malah dapat membantu rakyat daripada negara jiran yang lain. Kisah ini memberi pengajaran besar kepada kita yang sedang menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan yang berasaskan pertanian terutama beras.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Firman Allah dalam ayat 1 – 3 surah al-Mutaffifin :

 وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُواْ عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ  وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ

Maksudnya : Kecelakaan ke atas mereka yang curang terhadap sukatan atau timbangan. Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan bagi pihak mereka maka mereka minta disempurnakan. Dan apabila menyukat atau menimbang bagi pihak orang lain lalu mereka menguranginya

 Kita dicanangkan bagaimana masalah makanan bukan setakat masalah negara tetapi global kerana pertambahan penduduk dunia dan kekerapan makan yang turut bertambah. Kita jangan menelan mentah-mentah segala alasan ini kerana kita bimbang ada sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan terutama golongan yang berkuasa dan golongan peniaga besar yang sentiasa mencari peluang dalam mengaut keuntungan atas penderitaan rakyat jelata. Kita pernah membaca bagaimana Amerika Syarikat dan beberapa buah negara Eropah telah bertindak memusnahkan hasil tanaman yang lebih bagi memastikan harga terus tinggi daripada menghulurkan lebihan tanaman itu kepada negara lain yang memerlukan. Malah Sudan pernah diberi amaran keras agar tidak memelihara kambing melebihi keperluan rakyat negaranya apatah lagi mengeksport ke luar negara. Namun selepas kemenangan gerakan Islam di Sudan membolehkan kerajaannya bukan sahaja tidak lagi mematuhi arahan Amerika agar tidak memelihara kambing melebihi had yang telah ditetapkan malah bertindak mengeksport kambing ke negara luar. Jordan pula pernah ditipu apabila gandumnya yang berkualiti tinggi dibeli dengan begitu murah oleh Amerika Syarikat dan kemudiannya  rakyat mereka terpaksa membeli gandum Amerika yang kurang mutunya dengan harga yang begitu mahal. Ini menyebabkan rakyat Jordan bagun menentang dengan membuat beberapa siri demontrasi dalam menegur kezaliman kerajaan mereka. Catatan ini menunjukkan kepada kita bagaimana masalah bekalan makanan dapat ditangani sekiranya tiada pakatan jahat dalam menindas dan mengaut keuntungan berganda melalui sorok dan monopoli barang serta tindakan lain yang bercanggah dengan Islam yang semestinya zalim. Masalah penindasan ini dapat ditangani dengan baik dengan cara melaksanakan kembali sistem Islam. Yakinilah kita bahawa Islam bukan agama yang hanya berkaitan dengan ibadat khusus sahaja malah terlibat dalam semua sistem kehidupan manusia termasuk masalah perniagaan, sosial dan sebagainya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

            Kita juga perlu sedar bagaimana pertanian adalah antara benteng kedaulatan dan keselamatan sesebuah negara. Kesatuan Negara Eropah sebagai contohnya begitu terkehadapan dalam memastikan sumber makanan mereka sentiasa mencukupi dengan membuat perjanjian agar setiap negara anggota mesti menyediakan keluasan tertentu bagi tujuan pertanian. Negara haram yahudi Israel bermula daripada perampasan tanah bumi umat Islam Palestin sehingga kini sentiasa memastikan kawasan pertanian mereka terjamin dan mencukupi. Negara Jepun memberi subsidi sehingga 90 peratus kepada para petani dalam memastikan hasil tanaman mencukupi untuk rakyat. Betapa malangnya kebanyakan negara umat Islam yang hampir semuanya mempunyai tanah yang subur telah mengabaikan masalah ini sehingga kadang-kadang makanan rutin kita sendiri seperti gandum dan beras terpaksa bergantung kepada negara bukan Islam.  Kita sepatutnya bimbang bila negara terpaksa terus mengimport sayuran dan makanan dari luar akibat kealpaan kita sendiri sedangkan nabi Muhammad s.a.w sentiasa menggalakkan umat Islam agar bercucuk tanam menyuburkan bumi sebagaimana yang disarankan melalui sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah:

قال الرسول e  : مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرَسًا إِلا كَانَ مَا أُكِلَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةً  وَمَا سُرِقَ مِنْهُ لَهُ صَدَقَةً  وَلا  يَرْزَؤُهُ أَحَدٌ إِلا كَانَ لَهُ صَدَقَةً  – رواه مسلم

Maksudnya: Tidak ada daripada seorang muslim yang menanam satu tanaman kecuali apa saja yang dimakan daripadanya itu melainkan menjadi sedekah. Apa saja yang dicuri orang daripadanya juga menjadi sedekah. Dan tidak diambil daripadanya oleh seseorang kecuali semuanya itu menjadi sedekah

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,

Firman Allah S.W.T dalam ayat 25 surah  al-Anfal :

وَاتَّقُواْ فِتْنَةً لاَّ تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمْ خَآصَّةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya : Dan takutlah kamu kepada siksaan yang tidak diturunkan khusus terhadap orang-orang yang zalim di antara kamu sahaja. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaanNya

Tindakan melakukan maksiat kepada Allah turut menjadi penyebab utama kepada kekurangan bekalan makanan yang berlaku dalam negara. Ketika kita masih bersedih dengan penderitaan rakyat Myanmar yang ditimpa ribut Nargis yang mengorbankan puluhan ribu nyawa diikuti dengan gempa bumi di China yang turut meragut puluhan ribu nyawa sedangkan ada rakyat kita masih boleh membuat pesta arak dan seks di Port Dickson, Negeri Sembilan. Begitu juga program maksiat terus subur bersama dengan meningkatnya kes jenayah seperti dadah, rogol, bunuh, rompakan dan sebagainya. Betapa malangnya menjadi manusia yang dihina dengan sebab tidak bersyukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah. Kita jangan menjadi golongan yang menambah maksiat atas nikmat, menggunakan rezeki Allah untuk menentangNya semula.

            Firman Allah dalam ayat 112 surah al-Nahlu :

وَضَرَبَ اللهُ مَثَلاً قَرْيَةً كَانَتْ آمِنَةً مُّطْمَئِنَّةً يَأْتِيهَا رِزْقُهَا رَغَدًا مِّن كُلِّ مَكَانٍ فَكَفَرَتْ بِأَنْعُمِ اللهِ فَأَذَاقَهَا اللهُ لِبَاسَ الْجُوعِ وَالْخَوْفِ بِمَا كَانُواْ يَصْنَعُونَ

Maksudnya : Dan Allah memberikan suatu perbandingan sebuah negeri yang aman damai dan tenteram yang dilimpahkan rezeki yang mewah dari setiap tempat lalu penduduknya itu mengkufuri nikmat Allah itu. Maka Allah menimpakan mereka dengan kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang telah mereka lakukan

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

166. ISLAM ANTARA CINTA DAN BENCI